inovasi jqaf

3
Inovasi bilik j-qaf skpt2 2016 Tajuk Inovasi : BILIK PENGHARGAAN ( ة رف غ ة أ كأف م لا) Objektif Inovasi : Bilik atau ruangan yang mengandungi kemudahan asas istimewa untuk mewujudkan rasa kepuasan dalam diri murid kerana dihargai oleh guru atas kejayaan melakukan sesuatu aktiviti yang mencabar. Penerangan : Setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza. Keadaan ini memerlukan guru mewujudkan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Bagi murid yang komited di dalam melakukan sesuatu aktiviti, mereka tentu akan dapat menyelesaikan tugasan diberi dengan begitu pantas. Murid seperti ini perlu dijaga prestasinya agar tidak rasa bosan dan tidak dihargai sewajarnya. Sebagai satu kaedah jalan keluar kepada guru untuk mengatasi masalah ini, satu kemudahan interaktif perlu diwujudkan bagi menanamkan semangat berlumba untuk belajar dan mendapatkan penghargaan. Antara contoh kemudahan bilik tersebut ialah : a) Permainan komputer – bahasa arab atau jawi b) Tayangan video / cerita kartun /dendangan lagu- lagu asma ul-husna/zikir taubat c) Permainan Dam Ular Bahasa Arab/Jawi d) Bacaan Al Qur’an Interaktif e) Kipas angin/Air Doa/Kismis Doa/Kerusi Rehat f) Buku daftar penggunaan bilik Pelaksanaan : 1) Pdp dijalankan seperti biasa 2) Murid yang telah mencapai objektif pdp dengan cemerlang dan waktu masih ada diumumkan. 3) Guru memberikan pas kebenaran masuk bilik penghargaan 4) Murid menulis nama pada buku daftar 5) Murid menggunakan kemudahan disediakan dengan mematuhi peraturan

Upload: nordin-sanat

Post on 22-Jan-2017

26 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi jqaf

Inovasi bilik j-qaf skpt2 2016

Tajuk Inovasi : BILIK PENGHARGAAN ( غرفة (المكافأةObjektif Inovasi : Bilik atau ruangan yang mengandungi kemudahan asas istimewa untuk mewujudkan rasa kepuasan dalam diri murid kerana dihargai oleh guru

atas kejayaan melakukan sesuatu aktiviti yang mencabar.

Penerangan : Setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza. Keadaan ini memerlukan guru mewujudkan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Bagi murid yang komited di dalam melakukan sesuatu aktiviti, mereka tentu akan dapat menyelesaikan tugasan diberi dengan begitu pantas. Murid seperti ini perlu dijaga prestasinya agar tidak rasa bosan dan tidak dihargai sewajarnya. Sebagai satu kaedah jalan keluar kepada guru untuk mengatasi masalah ini, satu kemudahan interaktif perlu diwujudkan bagi menanamkan semangat berlumba untuk belajar dan mendapatkan penghargaan. Antara contoh kemudahan bilik tersebut ialah :

a) Permainan komputer – bahasa arab atau jawib) Tayangan video / cerita kartun /dendangan lagu-lagu asma

ul-husna/zikir taubatc) Permainan Dam Ular Bahasa Arab/Jawid) Bacaan Al Qur’an Interaktife) Kipas angin/Air Doa/Kismis Doa/Kerusi Rehatf) Buku daftar penggunaan bilik

Pelaksanaan : 1) Pdp dijalankan seperti biasa 2) Murid yang telah mencapai objektif pdp dengan cemerlang dan waktu

masih ada diumumkan. 3) Guru memberikan pas kebenaran masuk bilik penghargaan 4) Murid menulis nama pada buku daftar 5) Murid menggunakan kemudahan disediakan dengan mematuhi peraturan 6) Murid mengemas kemudahan digunakan dan memulangkan pas kepada guru

Kos Penyediaan : 1. Meja dan kerusi murid dihias/disarung cantik atau kerusi banquet sedia ada untuk keselesaan pengguna.

2. PC atau Net Book 1M sedia ada daripada Makmal Komputer (pinjam)

3. CD hiburan pembelajaran/lagu zikir, nasyid dsb download dpd. web

4. Sudut minuman & snack (air bacaan doa/kismis doa) – Tabung Derma

5. Buku daftar penggunaan bilik khas.

6. Permainan Dam Ular bahasa Arab /Tulisan Jawi (jika lebih daripada seorang penerima pas penghargaan) 7. Kipas angin untuk keselesaan pengguna

Page 2: Inovasi jqaf

Inovasi Bilik J-Qaf skpt 2 2016

Tajuk : Botol Rezeki Ahmad Albab

Objektif : Memberi murid peluang menimba pengalaman belajar secara hands-on dan inkuiri penemuan agar terus berminat menyertai aktiviti pembelajaran di sekolah.

Penerangan : Botol rezeki merupakan satu kaedah pengiktirafan pencapaian pembelajaran murid secara ansur maju. Terdapat tiga aras soalan yang diisikan di dalam tiga kumpulan botol yang dipilih oleh murid secara berperingkat. Kandungan soalan sentiasa diubah mengikut tajuk pada minggu tersebut. Penggunaan botol terpakai dapat mendidik murid amalan guna semula bahan terpakai untuk menjaga alam sekitar.

1) Kumpulan botol mengandungi soalan mudah 2) Kumpulan botol mengandungi soalan sederhana 3) Kumpulan botol mengandungi soalan KBAT4) Kumpulan botol rezeki Ahmad Albab – kad ganjaran/bonus

Pelaksanaan :

1. Guru telah menyediakan soalan pelbagai aras di dalam kumpulan botol tersebut .2. Murid melontar gelang getah/gelang plastik ke arah botol untuk memilih soalan.3. Murid tersebut membaca soalan diperoleh secara kuat dan cuba menjawab soalan

pada masa yang ditetapkan (5-10 saat).4. Murid yang berjaya menjawab soalan aras rendah akan maju ke kumpulan botol aras

sederhana dan seterusnya aras KBAT.5. Mereka yang dapat menyelesaikan semua soalan dalam tempoh masa diberi berpeluang

mendapatkan ganjaran melalui kumpulan botol rezeki Ahmad Albab.

Pintu kecil untuk mengambil/meletak soalan dan juga kad bonus/hadiah

Gelang getah sebagai buah permainan akan dilontar ke arah penutup botol.