inkuiri berstruktur

4
INKUIRI BERSTRUKTUR LAPORAN EKSPERIMEN Tujuan : Untuk mengkaji kesan suhu bahan tindakbalas terhadap kadar tindakbalas Pernyataan masalah : Bagaimana suhu mempengaruhi kadar tindakbalas Hipotesis : Semakin tinggi suhu bahan tindakbalas, semakin tinggi kadar tindakbalas Pembolehubah manipulasi : Suhu larutan Natrium tiosulfat Pembolehubah bergerakbalas : Kadar tindakbalas Pembolehubah dimalarkan : Kepekatan dan isipadu larutan natrium tiosulfat, Prosedur eksperimen : 1. 50 cm 3 larutan R1 disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon 2. Suhu larutan R1 disukat dengan menggunakan termometer 3. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas bertanda ‘X’ 4. 5 cm 3 larutan R2 disukat menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi 50 cm 3 larutan R1 5. Jam randik dimulakan

Upload: salfariza-laila

Post on 29-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan kimia spm

TRANSCRIPT

INKUIRI BERSTRUKTURLAPORAN EKSPERIMEN

Tujuan

:Untuk mengkaji kesan suhu bahan tindakbalas terhadap kadar

tindakbalas

Pernyataan masalah:Bagaimana suhu mempengaruhi kadar tindakbalas Hipotesis:Semakin tinggi suhu bahan tindakbalas, semakin tinggi kadar tindakbalasPembolehubah manipulasi:Suhu larutan Natrium tiosulfat

Pembolehubah bergerakbalas:Kadar tindakbalas

Pembolehubah dimalarkan:Kepekatan dan isipadu larutan natrium tiosulfat,

Prosedur eksperimen:

1. 50 cm3 larutan R1 disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon

2. Suhu larutan R1 disukat dengan menggunakan termometer

3. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas bertanda X

4. 5 cm3 larutan R2 disukat menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi 50 cm3 larutan R1

5. Jam randik dimulakan

6. Campuran di dalam kelalang kon digoncang dan diletakkan di atas kertas bertanda X

7. Tanda X diperhatikan secara tegak daripada atas

8. Masa tindakbalas direkodkan apabila tanda X hilang daripada penglihatan dalam unit saat

9. 50 cm3 larutan R1 disukat menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon10. Kandungan kelalang kon dipanaskan dengan perlahan-lahan sehingga suhu larutan mencapai 35 0C

11. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas bertanda X

12. 5 cm3 larutan R2 disukat menggunakan silinder penyukat dan dituangkan ke dalam kelalang kon yang mengandungi 50 cm3 larutan R1. Pada masa yang sama, jam randik dimulakan.

13. Masa tindakbalas direkodkan apabila tandaX hilang daripada penglihatan dalam unit saat.

14. Langkah 9 hingga 14 diulang dengan menggunakan 50 cm3 larutan R1 pada suhu 40 0C, 45 0C dan 50 0C

15. Keputusan eksperimen direkodkan

Penjadualan data:Suhu larutan natrium tiosulfatMasa yang diambil untuk tanda X hilang dari penglihatan (s)1/masa (s-1)

Suhu bilik48.00.021

35 0C39.00.026

40 0C36.00.028

45 0C32.00.031

50 0C29.00.034

Analisis data :1. Daripada data di atas, dapat disimpulkan bahawa semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat yang digunakan, semakin berkurang masa yang diambil untuk tanda X hilang dari penglihatan

Kesimpulan eksperimen:

Semakin tinggi suhu larutan, semakin tinggi kadar tindakbalas yang berlaku

SOALAN 1 (BAHAGIAN C)

1.Apabila dua jalur pita magnesium dicelup ke dalam dua tabung uji yang mengandungi suhu asid sulfurik, R2 yang berlainan, kedua-duanya menunjukkan kadar tindak balas yang berbeza-

a) Cadangkan pemerhatian yang dijangkakan dalam tindakbalas di atas

Suhu asid sulfuric (0 C)Pemerhatian

Suhu tinggiTerdapat banyak gelembung udara

Suhu rendahHanya sedikit gelembung udara dapat diperhatikan

b) Nyatakan hubungan antara suhu asid sulfurik cair dan kadar tindakbalas

Semakin tinggi suhu asid sulfurik cair, semakin tinggi kadar tindakbalas

c) Apakah cara yang terbaik untuk menghitung kadar tindakbalas bagi tindakbalas di atas

-kumpul/kutip gas hidrogen yang terbebas

Kadar tindakbalas = isipadu gas hidrogen, (cm3)/masa (s)

d) Selain daripada suhu, cadangkan dua kaedah untuk mengubah kadar tindakbalas

1.menggunakan kepekatan asid sulfurik yang lebihtinggi2.menggunakan saiz bahan tindak balas yang lebih kecil.