ingin berzakat? - maij.gov.my · negeri johor yang membuat rawatan di situ. dr. mohd nasir mohd...

4
MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu- alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752 Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali. Nota 2.5% ANDA KAMI AGIH ASNAF YANG LAYAK KEPADA Zakat kita bahagiakan mereka Sila hubungi : Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected] INGIN BERZAKAT? Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549) MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209) BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357) SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179) KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542) PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395) KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859) MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946) TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209) KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214) PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105) Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.” -Hadis Sahih Muslim- Zakat kita bahagiakan mereka SKIM-SKIM BANTUAN ASNAF 1. Bantuan Hari Raya 2. Bantuan Sara Hidup Bulanan 3. Bantuan Perubatan 4. Bantuan Perumahan 5. Bantuan Berdikari 6. Bantuan Pendaftaran IPT 7. Dermasiswa Pelajar 8. Bantuan Pakaian Sekolah 9. Bantuan Basikal Pelajar 10. Bantuan Cermin Mata Pelajar 11. Pembiayaan Tambang Pengajian 12. Bantuan Menjelaskan Hutang 13. Bantuan dan Kebajikan Saudara Baru 14. Bantuan Segera (Kecemasan) Zakat itu Kewajipan Sedekah Menyempurnakan Wakaf Abadikan Kebaikan 4 buletin Al-Infaq

Upload: vannga

Post on 24-Aug-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat

SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber

berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya

membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh

menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq,

Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752

Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian

Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan

dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali.

Nota ✍

2.5% ANDA KAMI AGIH

ASNAF YANGLAYAKKEPADA

Zakat kita bahagiakan mereka

Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected]

INGIN BERZAKAT?Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)

PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)

Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah

SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat

mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka

hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”

-Hadis Sahih Muslim-

Zakat kita bahagiakan mereka

SKIM-SKIM BANTUAN ASNAF

1. Bantuan Hari Raya2. Bantuan Sara Hidup Bulanan3. Bantuan Perubatan4. Bantuan Perumahan5. Bantuan Berdikari6. Bantuan Pendaftaran IPT7. Dermasiswa Pelajar8. Bantuan Pakaian Sekolah9. Bantuan Basikal Pelajar10. Bantuan Cermin Mata Pelajar11. Pembiayaan Tambang

Pengajian12. Bantuan Menjelaskan Hutang13. Bantuan dan Kebajikan

Saudara Baru14. Bantuan Segera (Kecemasan)

Zakat itu KewajipanSedekah Menyempurnakan

Wakaf Abadikan Kebaikan

4buletinAl-Infaq

buletin

Al-InfaqBil. 9

Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyerahkan

hasil zakat berjumlah RM2 juta kepada Institut Jantung Negara (IJN) sebagai bantuan kepada pesakit jantung tidak berkemampuan dari negeri Johor yang membuat rawatan di situ. Majlis menandatangani persefahaman kerjasama tersebut telah ditandanganani di IJN di mana pesakit yang tidak berkemampuan akan dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MAIJ dan IJN terus tanpa perlu membuat permohonan di Johor bagi membolehkan bantuan disalur dengan lebih cepat.Inisiatif ini merupakan salah satu

usaha MAIJ membantu pesakit jantung warga Johor seterusnya memelihara kesejahteraan umat melalui manfaat bayaran zakat oleh masyarakat Islam di Johor. Sumbangan itu diserahkan oleh Penasihat MAIJ, Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadut kepada Pengerusi IJN, Tan Sri Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf di IJN di sini. Turut hadir, Mufti Johor, Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Kiai Haji Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Mohd Rofiki Bin Dato’ Haji A. Shamsudin; Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr. Mohd Azhari Yaakub; Timbalan Mufti Johor,

Dato’ Haji Yahya bin Ahmad dan Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed Fauzi. Sementara itu, Dr Mohd Nasir berkata, sumbangan zakat itu akan dapat membantu meringankan beban kewangan pesakit. “Agihan kepada pesakit akan dilakukan mengikut syarat serta kelayakan yang ditetapkan dan dipersetujui oleh MAIJ dan IJN,” katanya. Beliau berkata, kerjasama itu wajar dicontohi agensi korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi swasta lain bagi membantu pesakit membiayai kos rawatan di IJN.

MINDA PENGARANGKos perbelanjaan kerajaan

terhadap sektor kesihatan semakin meningkat dari tahun ke tahun dan ini akan memberi tekanan kepada pihak kerajaan untuk menyediakan bajet tersebut. Bebanan kos ini menjadi semakin berat apabila sejak kebelakangan ini berlakunya peningkatan kos perubatan yang mendadak di peringkat global. Peningkatan kos perubatan ini

RM2 juta wang zakatBUAT PESAKIT JANTUNG DARI JOHOR MELALUI IJN

Mac 2017/1438H(sisipan Buletin Majlis)

RM 14,917.87* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar

minima yang ditetapkan oleh syarak bagi

sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.KA

DA

R N

ISA

B Z

AK

AT:

bukan sahaja menekan perbelanjaan kerajaan bahkan lebih parah turut membebankan masyarakat awam untuk mendapatkan rawatan kesihatan di hospital kerajaan mahupun swasta terutamanya golongan fakir dan miskin. Kualiti hidup masyarakat dan pembangunan ekonomi negara juga akan terjejas sekiranya kos ini tidak dapat ditangani sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan masyarakat. Oleh itu, Pelaksanaan bantuan zakat perubatan di hospital-hospital kerajaan telah banyak

membantu asnaf mendapatkan rawatan kesihatan yang sewajarnya. Kebanyakkan asnaf tidak lagi perlu risau akan masalah kewangan yang sering menghantui pesakit-pesakit. Dengan adanya bantuan zakat, perbelanjaan asnaf yang mengalami masalah kesihatan dapat dijaga sehinggakan mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan wang tunai bagi membiayai sesetengah kes rawatan kesihatan.

-Shafie Mustapha“BERBAHAGI ITU INDAH”

Z KATKEPADA PEMBAYARTerima Kasih

SERAH...Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Dato’ Dr. Hj, Nooh Gadut menyampaikan replika cek pada majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Inistitut Jantung Negara (IJN) dan MAIJ. Turut menyaksikan Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub, Pengerusi IJN, Tan Sri Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Md Rofiki Datuk Samsuddin dan Mufti Johor, Datuk M Tahrir Datuk Samsuddin.

1buletinAl-Infaq

SYUKUR... Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ menyampaikan sumbangan khas MAIJ kepada 300 ketua keluarga komuniti Rohingya daerah Kulai sebagai usaha membantu kesempitan hidup mereka. Terdahulu MAIJ turut membantu menyedia pusat tarbiah pendidikan fardhu ain kepada anak-anak Rohingya untuk mendapat didikan asas agama.

BANTU... Penyampaian sumbangan bantuan segera MAIJ kepada tiga keluarga terlibat dalam kebakaran di Taman Santalia Batu Pahat.

Sekitaragihan zakat

PENYERAHAN bantuan bencana kebakaran sebanyak RM3,000 oleh Amin Baitulmal Kluang baru-baru ini.

PENYAMPAIAN bantuan segera perubatan kepada Rodjigen Kasran, dan anaknya Rohani Rodjigen kedua-duanya merupakan pesakit kencing manis kronik.

2buletinAl-Infaq

JEJAK... Warga emas sekitar Kampung Sawah Ring, Kampung Sungai Bilah dan Kampung Parit Ghani, Tangkak terima sumbangan MAIJ.

Dua kelengkapan tidur buat keluarga Rosli Sharif untuk keperluan ibu bapanya hasil sumbanga zakat.

BAITULMALWASIAT WANG TIDAK PATUH SYARIAH

LUQATAH

FIDYAH

TEBUS HAK MILIKSEWAAN PREMISDERMA & SEDEKAH

KAFFARAH

3buletinAl-Infaq

SIMPATI... YB Tuan Hj Abd Mutalip Abd Rahim meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru baru-baru ini. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyumbang RM1,000 kepada setiap keluarga terbabit.

Johor Bahru - Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) baru-baru ini menyerahkan sumbangan RM20,800 kepada 16 keluarga remaja yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, YB Haji Abd.

Mutalip Abd. Rahim berkata, lapan keluarga yang terkorban masing-masing menerima RM1,800 manakala lapan keluarga remaja yang cedera masing-masing mendapat RM1,000. “Bantuan ini untuk meringankan beban dan kita berharap keluarga mangsa bersabar dengan dugaan ini,” katanya

BERANI MATI... Fenomena remaja menyertai aktiviti basikal lajak dianggap sebagai mukadimah rempit jalanan yang menyusahkan orang ramai dan tentunya dilarang oleh agama.

ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga mangsa nahas basikal di Kampung Senibong, Permas Jaya. Sumbangan tersebut diterima Amir Omar, 47, bapa kepada arwah Mohd. Azhar dengan turut disaksikan isterinya, Sabariah Yusof, 49, dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Senibong, Yacob Shadan. Dalam kejadian pukul 3 pagi baru-baru ini, sekumpulan remaja berbasikal berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di jalan itu maut dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita. Pelanggaran tersebut mengakibatkan lapan maut, dua kritikal sementara enam lagi cedera dan mereka rata-ratanya remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun.

TRAGEDIBasikal Lajak