ingin berzakat? · buletin al-infaq bil.12 terbitan majlis agama islam negeri johor seramai 133...

4
4 buletin Al-Infaq SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu- alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752 Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali. Nota 2.5% ANDA KAMI AGIH ASNAF YANG LAYAK KEPADA Zakat kita bahagiakan mereka Sila hubungi : Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected] INGIN BERZAKAT? Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549) MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209) BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357) SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179) KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542) PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395) KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859) MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946) TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209) KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214) PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105) Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.” -Hadis Sahih Muslim- Zakat kita bahagiakan mereka MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat Zakat itu Kewajipan Sedekah Menyempurnakan Wakaf Abadikan Kebaikan

Upload: vonhi

Post on 02-Aug-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

4buletinAl-Infaq

SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber

berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya

membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh

menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq,

Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752

Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian

Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan

dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali.

Nota ✍

2.5% ANDA KAMI AGIH

ASNAF YANGLAYAKKEPADA

Zakat kita bahagiakan mereka

Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected]

INGIN BERZAKAT?Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)

PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)

Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah

SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat

mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka

hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”

-Hadis Sahih Muslim-

Zakat kita bahagiakan mereka

MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

mainj_official

telegram.me/MainjZakat

Zakat itu KewajipanSedekah Menyempurnakan

Wakaf Abadikan Kebaikan

buletin

Al-InfaqBil.12

Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor

Seramai 133 asnaf yang berkelayakan

ditawarkan menduduki rumah transit MAIJ di Taman Cendana Pasir Gudang. Rumah transit MAIJ adalah penempatan sementara kepada asnaf yang berkelayakan di mana mereka dibenarkan mendiami rumah tersebut secara percuma dalam tempoh tertentu sehingga keluar dari kemiskinan dan seterusnya diberi peluang

pula kepada pihak lain yang memerlukan. Sesi taklimat berkenaan syarat menduduki dan juga sesi soal jawab diadakan pada sebelah pagi tadi bagi memastikan sebarang kemusykilan dapat di atasi oleh mereka. Inisiatif ini adalah di antara usaha MAIJ membantu menyelesaikan masalah tempat tinggal kepada golongan kurang berkemampuan di bandar.

MINDA PENGARANG

1buletinAl-Infaq

MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat

Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini,

kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan Allah kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Rumah TransitPERCUMA133 ASNAF BERKELAYAKAN

Jun 2017/1438H(sisipan Buletin Majlis)

RM 14,010.59* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar

minima yang ditetapkan oleh syarak bagi

sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.KA

DA

R N

ISA

B Z

AK

AT:

Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Allah menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti

mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu. Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip ‘amal makruf, nahi munkar’ atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. -Shafie Mustapha

“BERBAHAGI ITU INDAH”

Z KATKEPADA PEMBAYARTerima Kasih

YB Tuan Haji Abd Mutalip Abd Rahim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Tuan Haji Md. Rofiki A. Shamsudin (kanan) menunjukkan senarai kadar bantuan fakir miskin dan perincian bayaran pada majlis sidang media sempena pengumuman Kadar Fitrah di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.

2buletinAl-Infaq

MAJLIS Agama Islam Negeri Johor melalui Bahagian Baitulmal menyerahkan bungkusan makanan fidyah kepada 200 penerima di sekitar Johor Bahru. Turut hadir menyampaikan ialah Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad sempena Karnival Permuafakatan Zon 14 di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru.

TULAR... Sebagaimana tersiar di dada akhbar baru-baru ini, Amran Jabar adalah penerima bantuan sara hidup MAIJ RM300.00 sebulan mulai Julai 2013. Ekoran berita yang tersiar, MAIJ berkunjung melihat keperluan tambahan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

HIBA... Aminah Apah dari Kampung Tanjung Olak, Bukit Pasir, Muar menerima bantuan segera MAIJ sebanyak RM3,000 berikutan kediaman beliau dijilat api baru-baru ini. sumbangan disampaikan oleh Pegawai MAIJ Muar, Azizan Marzuki.

Kadar zakat fitrah di Johor pada tahun ini ditetapkan pada kadar RM7.00. berdasarkan harga semasa beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri ini. Jumlah itu diselaraskan Jabatan Fatwa Negeri Johor dengan pengesahan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, YB Tuan Haji Abd Mutalip Abd Rahim, berkata 1,641 amil dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh Johor, selain terbabit dengan tugas membanci fakir serta miskin di kariah masing-masing. “Umat Islam boleh mula membayar zakat terbabit mulai 1 Ramadan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. “Umat Islam yang bermukim di negeri ini wajib membayar zakat fitrah di Johor kepada amil

bertauliah yang dilantik MAIJ dan resit penerimaan akan dikeluarkan oleh amil berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan pungutan berjumlah RM14 juta tahun ini dengan anggaran dua juta umat Islam di Johor membayar zakat fitrah. Sebagai persediaan menyambut Aidilfitri, katanya, sejumlah RM7.73 bantuan akan disalurkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin manakala 8,794 mualaf serta Orang Asli akan menerima bantuan membabitkan peruntukan RM1.9 juta.

Kadar Fitrah RM7

“1,641 AMIL DILANTIK DAN DIBERI TAULIAH BAGI

MENJALANKAN TUGAS MEMUNGUT FITRAH DI

SELURUH JOHOR, SELAIN TERBABIT DENGAN

TUGAS MEMBANCI FAKIR SERTA MISKIN DI KARIAH

MASING-MASING”

Sekitaragihan zakat

Ke Arah Wakaf Berteknologi

www.e-wakafjohor.gov.my

Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan

ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Al-Baqarah:267)

3buletinAl-Infaq

Sekitaragihan zakat

SIASAT... Hasil makluman penduduk Simpang Renggam serta tindakan segera Amil Agihan Zakat Daerah Kluang, kunjungan ziarah di kediaman Tapah Lebar yang tinggal berseorangan dan mengharap belas ikhsan jiran tetangga bagi keperluan harian, sumbangan segera MAIJ disampaikan untuk meringgankan beban.

SERAH ZAKAT... Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim al-Haj berkenan menerima bayaran zakat daripada Bank Muamalat berjumlah RM171,018.43 serta menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf zakat di Masjid Dato’ Ahmad Awang, jalan Duke, Johor Bahru, Ramadan lalu.

SERAH... Amin Baitulmal Daerah Muar melawat tiga buah rumah dan menyerahkan wang sumbangan MAIJ kepada mangsa ribut di Kampung Parit Ponorogo dan Kampung Sarang Buaya Darat, baru-baru ini.

“membentuk muafakat ummah”KIRA TERIMA TUNAI E-BAYARAN RESIT AGIHAN

WakafZakat Baitulmal

www.maij.gov.my