info@pustaka · ucapan tahniah juga kepada kumpulan oasis yang ... dalam era terkini, maklumat...

20
INFO@PUSTAKA ISSN :1675-7394 Fakta menarik: Manusia Perak atau Perak Man adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai (sekitar 11,000 tahun-zaman batu era Palaeolithic) dan satu-satunya tengkorak sempurna manusia yang ditemukan di Semenanjung Malaysia. Menarik di dalam: Sambutan Hari Buku 3 Emas untuk OASIS 4 Pengurusan Risiko 5 Menyantuni anak pelarian Rohingya 7-8 Library Roadtour 10 Koleksi media 15 Hari Pustakawan 17 hp://pustaka.upsi.edu.my Januari-Jun 2017 Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris yang baharu Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran membuat kunjungan ke Perpustakaan Tuanku Bainun pada 10 Mac 2017.

Upload: vuongnhi

Post on 07-Jul-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

INFO@PUSTAKA ISSN :1675-7394

Fakta menarik:

Manusia Perak atau

Perak Man adalah

rangka manusia

yang tertua pernah

dijumpai (sekitar

11,000 tahun-zaman

batu era Palaeolithic)

dan satu-satunya

tengkorak sempurna

manusia yang

ditemukan di

Semenanjung

Malaysia.

Menarik di dalam:

Sambutan Hari

Buku 3

Emas untuk OASIS 4

Pengurusan Risiko 5

Menyantuni anak

pelarian Rohingya 7-8

Library Roadtour 10

Koleksi media 15

Hari Pustakawan 17

http://pustaka.upsi.edu.my

Januari-Jun 2017

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris yang baharu

Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran membuat kunjungan

ke Perpustakaan Tuanku Bainun pada 10 Mac 2017.

Page 2: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Muka surat 2

Dari Meja Ketua Pustakawan

Dari Meja Ketua Pengarang

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan limpah kurniaNya kita bersua

kembali dalam Info@Pustaka edisi Januari-Jun 2017.

Keluaran tahun ini lebih meriah dengan pelbagai acara dan program yang telah

berlangsung dengan jayanya pada separuh tahun pertama ini. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kakitangan yang telah berusaha bersungguh-

sungguh dalam merealisasikan peranan perpustakaan dalam menyebarkan ilmu dan

maklumat kepada masyarakat universiti malah melangkaui masyarakat awam sekitar.

Sehingga kini, perpustakaan menjadi tumpuan dan tempat rujukan kepada seluruh warga

Tanjong Malim tanpa mengira usia dan kerjaya. Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang

sekali lagi menjulang nama Perpustakaan Tuanku Bainun dengan membawa pulang pingat emas

dalam Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah Utara di Hotel Ixora Seberang Jaya, Pulau

Pinang. Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pelajar-pelajar Fakulti Seni

Komputeran dan Industri kreatif yang menyumbangkan hasil karya projek tahun akhir, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni 2017 untuk dipamerkan dalam perpustakaan. Suasana dalam perpustakaan

semakin ceria dengan pameran seni ini.

Jumpa lagi pada keluaran akan datang!

Rusliza Yaaacob

Bismillahirrahmanirrahim

Salam tahun baru 2017 kepada semua pembaca dan pengguna perpustakaan.

Khalayak ramai sedang memperkatakan mengenai Industri 4.0 atau Revolusi

Industri 4.0. Selepas Revolusi Industri 1.0, 2.0 dan 3.0, kini muncul yang ke 4.0 yang

memberi tumpuan kepada 'Internet of things', 'big data','cloud computing' dan 'data security'.

Maka peranan perpustakaan juga berubah dalam memberi perkhidmatan dan

kemudahan kepada pengguna. Langganan bahan perpustakaan secara elektronik

akan mengatasi bahan bercetak dan langganan jurnal akan datang lebih berkonsepkan 'cloud subscription'. Pinjaman dan pemulangan buku juga akan berlaku secara 'cloud borrowing and

returning of e-books' dengan mengambil kira tempoh pinjaman dan keselamatan data buku serta

data pengguna.

Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest' lebih digemari. Benarlah pepatah Inggeris yang mengatakan 'a picture

represents a thousand words'. Info@pustaka menyajikan bahan berita bergambar untuk tatapan

semua pembaca. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan seperti menyantuni anak pelarian

Rohingya, bengkel bibliometrik dan bengkel pengurusan data, serta promosi berterusan ‘library

roadtour’ dan koleksi sumber media.

Perpustakaan juga menyebarkan berita secara elektronik yang boleh dilayari dalam laman

web perpustakaan dan tidak berbentuk cetakan. Semoga ia menepati cita rasa pembaca masa kini

untuk mendapat sedikit tambahan ilmu dan pengetahuan.

Salam hormat dan bertemu lagi dalam isu akan datang.

Siti Sumaizan Ramli

INFO@PUSTAKA

Page 3: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Muk

Muka surat 3

SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA

Pada 25 April 2017, warga Perpustakaan Tuanku Bainun dan pengguna

perpustakaan turut bersama menyokong kempen MEMBACA selama 10 MINIT

bersempena sambutan Hari Buku Sedunia.

INFO@PUSTAKA

Page 4: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Muka surat 4 INFO@PUSTAKA

Sekali lagi kumpulan KIK Oasis daripada Perpustakaan Tuanku Bainun telah berjaya

merangkul Pingat Emas bagi projek bertajuk PENCARIAN BAHAN PERPUSTAKAAN

MENGGUNAKAN OPAC KURANG EFISIEN di Konvensyen Mini Team Excellence 2017 Wilayah

Utara di Hotel Ixora Seberang Jaya, Pulau Pinang. Inovasi OffPAC ini telah berjaya

menambat hati para juri. TAHNIAH Oasis!

PINGAT EMAS UNTUK KIK OASIS

Page 5: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Muka surat 5

Kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun mengikuti Kursus Pengurusan Risiko

Perpustakaan anjuran Unit Latihan Bahagian Sumber Manusia. Kursus

dikendalikan oleh Prof Madya Mohd Shoki Md Arif, pensyarah di Jabatan

Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Pengurusan UTM pada 3-4 April 2017.

Prof Madya Mohd Shoki Md Arif

KURSUS PENGURUSAN RISIKO PERPUSTAKAAN INFO@PUSTAKA

Page 6: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Muka surat 6 INFO@PUSTAKA

16 Mei 2017-Perpustakaan Tuanku Bainun yang terdiri daripada 15 orang kakitangan telah

membuat perubahan dengan memasang tikar getah baru di sekolah komuniti Rohingya

yang terletak di Kampung Cheras Baru dan memasang rak buku di sudut bacaan sekolah.

Kerja-kerja pemasangan rak buku dan tikar getah telah dibuat oleh kakitangan sendiri

dengan dibantu oleh murid-murid lelaki. Selesai kerja pemasangan rak, semua buku telah

disusun semula di atas rak di tingkat 1 dan 2 mengikut peringkat umur dan tahap.

MENYANTUNI ANAK-ANAK PELARIAN ROHINGYA

Page 7: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Muka surat 7 INFO@PUSTAKA

Perpustakaan Tuanku Bainun juga turut menyumbang buku-buku bacaan kepada sekolah

untuk bacaan murid-murid sekolah ini. Ini bertepatan dengan objektif untuk melahirkan

generasi celik ilmu dan meningkatkan budaya membaca sebagai satu amalan. Sekolah

komuniti ini diusahakan oleh Malaysian Relief Agency, sebuah organisasi bantuan

kemanusiaan. Turut bersama adalah guru yang mengajar murid-murid secara sukarela dan

penyelia sekolah iaitu Hajah Fauziah Tahar. Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat

kepada warga Sekolah Komuniti Rohingya.

MENYANTUNI ANAK-ANAK PELARIAN ROHINGYA

Page 8: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Muka surat 8

BENGKEL BIBLIOMETRIK PENERBITAN PENYELIDIKAN

PASCASISWAZAH FAKULTI PENGURUSAN EKONOMI

SIRI 1/2017

Pada 19 Mei 2017, Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik & Seranta melalui Unit

Rujukan dan Perundingan telah mengadakan satu Bengkel Bibliometrik Penerbitan

Penyelidikan Pascasiswazah dengan kerjasama Persatuan Pascasiswazah Fakulti

Pengurusan Ekonomi yang bertempat di Bilik Seminar Blok 10 Aras 3, Fakulti Pengurusan

Ekonomi. Encik Nurul Kashfi bin Subri, Pustakawan Kanan PTB merupakan individu yang

menguruskan data penerbitan universiti dan mempunyai pengalaman dalam bidang

bibliometrik penerbitan telah berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam bengkel yang

dianjurkan ini.

Bengkel ini dijalankan sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi yang dihadiri oleh pensyarah Fakulti

Pengurusan Ekonomi dan sesi petang dihadiri oleh pelajar pascasiswazah. Matlamat

bengkel ini adalah untuk memupuk budaya penyelidikan dan penerbitan di kalangan

pelajar dan pensyarah, serta memberi pendedahan kepentingan sesebuah penerbitan

ilmiah kepada universiti. Bibliometrik adalah indikator dalam penyediaan penerbitan

penyelidikan yang berkualiti. Selain itu, ia menjadikan perpustakaan sebagai pakar rujuk

dalam membantu pelajar dan pensyarah bagi penghasilan penyelidikan dan penerbitan.

Disediakan oleh:

En. Nurul Kashfi Bin Subri

INFO@PUSTAKA

Page 9: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Muka surat 9

BENGKEL PENGURUSAN DATA UNIVERSITI DAN SISTEM MAKLUMAT BPSA

Pada 9 Mei 2017, Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik & Seranta(BPSA) melalui

Unit Rujukan dan Perundingan telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Data Universiti dan

Sistem Maklumat BPSA kepada kakitangan BPSA di Makmal Latihan IT, Perpustakaan.

Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk melihat proses kerja dan carta alir

dalam penjanaan data penerbitan berindeks seperti Scopus, Web of Science, ERA dan

MyCite. Maklumat daripada data ini akan digunakan bagi keperluan univesiti. Penglibatan

semua kakitangan BPSA dalam memberi input dan berbincang akan proses kerja yang

dilakukan ini membantu dalam mengenalpasti sebarang kelemahan atau

penambahbaikkan proses kerja dalam penjanaan data penerbitan universiti ini.

Selain itu, bengkel ini juga mengemaskini keperluan bagi sistem-sistem penyebaran

maklumat yang diuruskan oleh BPSA seperti Sistem Profil Penerbitan Pensyarah, IPAC, ISYS-

SPP, Siberprob dan RIMS-RIMC. Pengurusan sistem maklumat BPSA yang bersepadu dan

sistematik diharap dapat membantu pengguna dalam mendapatkan maklumat yang

lebih tepat.

Disediakan oleh: Nurul Kashfi Bin Subri

INFO@PUSTAKA

Page 10: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

LIBRARY ROADTOUR@ E-LEARNING

Pelajar-pelajar mencuba nasib meneka

bilangan batang ais krim.

Antara staf JPPHB dan Pusat ICT yang

turut berkunjung ke booth Library

Pelajar-pelajar yang

menyertai aktiviti Fun

Corner

Staf Unit Sirkulasi sedang mempromosikan

perkhidmatan Books On Wheels

INFO@PUSTAKA Muka surat 10

Page 11: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Majlis pelancaran NILAM, Kem Membaca 1Malaysia

dan VLE FROG di SKTM

12 April 2017 --- Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim menjemput Puan Rusliza bt Yaacob,

Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Bainun untuk merasmikan Majlis Pelancaran

NILAM, Kem Membaca 1Malaysia dan VLE FROG. Majlis berlangsung dengan meriah di

pekarangan sekolah, yang turut dihadiri Pustakawan UPSI, guru-guru serta murid-murid

Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim.

INFO@PUSTAKA Muka surat 11

Page 12: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

LAWATAN KE PTB SEPANJANG JANUARI-JUN 2017

Lawatan Universitas National, Yogyakarta

Indonesia pada 18 Januari 2017

Lawatan Universitas Al-Muslim, Acheh

Indonesia pada 25 Januari 2017

Lawatan USIM & UKM pada 22 Februari 2017

Lawatan SMK Gombak Setia, KL

pada 25 Februari 2017

Lawatan SMK Tun Ismail, Johor pada

14 Mac 2017 Lawatan SMK Sultan Ismail 2,

Terengganu pada 17 Mac 2017

INFO@PUSTAKA Muka surat 12

Page 13: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Lawatan Kolej Vokasional Balik Pulau,

P.Pinang pada 15 April 2017 Lawatan SMK Senawang 3, Seremban,

N.Sembilan pada 27 April 2017

Lawatan SK Sungai Behrang, Slim River

pada 17 Mei 2017

Lawatan Jabatan

Pendidikan Selangor

pada 3 Mei 2017

Lawatan Fakulti Pengurusan

Maklumat, UITM Puncak

Perdana

pada 24 Mei 2017

Muka surat 13 INFO@PUSTAKA

LAWATAN KE PTB SEPANJANG JANUARI-JUN 2017

Page 14: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Hasil Projek Tahun Akhir Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni 2017

yang dipamerkan di PTB.

PAMERAN DI PERPUSTAKAAN

INFO@PUSTAKA Muka surat 14

Page 15: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Koleksi Media merupakan himpunan koleksi bahan bukan buku seperti DVD, VCD, skor muzik, peta, CD-ROM, CD audio,

kit, kaset audio dan 'courseware'. Koleksi ini terletak di aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun.

Perkhidmatan yang ditawarkan;

1. Peminjaman dan pemulangan bahan media

2. Ruang Tayangan

Sebanyak 3 ruang tayangan disediakan untuk pelanggan menikmati tayangan video pilihan. Setiap

ruang boleh memuatkan seramai 4-6 orang mengikut keselesaan.

3. Pustaka i-Media Pustaka i-Media merupakan pangkalan data bahan media yang dibangunkan secara dalaman untuk

kemudahan pelanggan menyaksikan sedutan atau 'trailer' bagi bahan media yang ada di dalam

koleksi.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut;

Unit Serial, Media dan Sumber Elektronik 05-4505492/6801

Kategori pelanggan Kelayakan pinjaman Tempoh pinjaman Kadar denda

Semua ahli

Perpustakaan Tuanku

Bainun

2 unit Tujuh (7) hari bekerja RM1.00 untuk satu (1)

bahan, satu (1) hari

Waktu Perkhidmatan

9.00 am - 5.00 pm (Isnin - Khamis)

1.00 pm - 2.00 pm (Tutup)

9.00 am - 12.15 pm (Jumaat)

12.15 pm - 2.45 pm (Tutup)

2.45 pm - 5.00 pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup)

MARI MENJENGUK KOLEKSI MEDIA

Skor Muzik ‘Courseware’

DVD

Ruang pameran dan promosi

koleksi media

Kemudahan komputer untuk menggunakan Internet

dan Pangkalan data i-Media

INFO@PUSTAKA Muka surat 15

Page 16: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

INFO@PUSTAKA Muka surat 16

JASAMU DIKENANG…

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Keluarga Perpustakaan Tuanku Bainun mengucapkan selamat bertugas dan selamat maju

jaya kepada Encik Mohd Fazli bin Mohd Rasmi yang bertukar ke Fakulti Sains Sukan dan

Kejurulatihan. PTB juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas

khidmat baktinya sepanjang berada bersama keluarga PTB.

Saudara Mohd Fazli bin Mohd

Rasmi

Page 17: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

INFO@PUSTAKA Muka surat 17

SAMBUTAN HARI PUSTAKAWAN

Sambutan Hari Pustakawan 2017 disambut meriah! Kali ini bertemakan ‘rock and roll’ dan

majlis makan malam diadakan pada 10 Mei 2017 di Sarang Art Hub, Tanjung Malim diiringi

kumpulan Buskers. Semoga tradisi ini dapat diteruskan setiap tahun untuk mengeratkan

silaturrahim sesama pustakawan.

Page 18: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

Muka surat 18

Sukan Tertutup Kelab Kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun (KLiK) telah diadakan pada

bulan April dan disertai semua kakitangan PTB. Antara acara sukan yang dipertandingkan

adalah badminton, bola tampar, ping pong, dam, dart dan larian kampus mengikut

rumah. Pasukan Blue Avatar telah dinobatkan sebagai juara, diikuti naib johan pasukan

Black Decepticon, tempat ketiga pasukan Purple Paladins dan tempat keempat pasukan

Yellow Bumblebee. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 19 April 2017 di

Auditorium PTB. Syabas kepada semua!

INFO@PUSTAKA BERITA KELAB KAKITANGAN

Page 19: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

PENERAJU KLIK SESI 2017/2019

Tahniah diucapkan kepada peneraju KLiK yang baharu dilantik bagi sesi

2017/2019, diketuai Puan Wan Kartini bt Wan Sulaiman. Semoga KLiK terus

sukses dengan agenda yang menarik.

Majlis Iftar KLiK telah diadakan 8

Jun 2017, bertempat di Ruang

Pameran PTB dan Bilik Bacaan

24 Jam.

INFO@PUSTAKA Muka surat 19

Page 20: INFO@PUSTAKA · Ucapan tahniah juga kepada kumpulan OASIS yang ... Dalam era terkini, maklumat berita juga lebih bersifat grafik berbanding teks dan maklumat berbentuk 'Pinterest

SIDANG REDAKSI:

Penasihat: Rusliza Yaacob

Ketua Pengarang: Hajah Siti Sumaizan Ramli

Ketua Editor: Najah Saghirah Haroman

Pengarang: Najah Saghirah Haroman, Nurul Kashfi, Nor Hanizah Zahid, Khairul Asyrani Sulaiman, Firdausiah

Ahamad, Suliza Osman.

Penerbitan dan Edaran: Noriah Mohamad

Fotografi: Muhammad Zuhad Abdul Aziz,