info klinik pelajar utem je

3

Click here to load reader

Upload: azlan-ahmad

Post on 19-Jun-2015

42 views

Category:

Health & Medicine


1 download

DESCRIPTION

info klinik pelajar UTeM JE

TRANSCRIPT

Page 1: Info klinik pelajar UTeM JE

INFO KLINIK PELAJAR UTeM

JAPANESE ENCEPHALITIS (JE)

Sejenis Arbovirus = arthropod-borne virus (genus Flavivirus di dalam keluarga Flaviviridae.) Punca utama jangkitan viral encephalitis (virus yang menyerang sistem saraf) di Asia. Insiden – 30,000 – 50, 000 kes setahun di dunia Kawasan yang dijangkiti virus JE:

Di Malaysia, kes JE dilaporkan secara sporadik (kes-kes terpencil) dan kes pertama telah dicatatkan pada tahun 1951 di mana berlaku kejadian wabak di kalangan banduan British semasa Perang Dunia Kedua.

Page 2: Info klinik pelajar UTeM JE

CARA JANGKITAN – melalui nyamuk sebagai vektor Nyamuk memindahkan virus dengan menggigit haiwan (khinzir/ burung liar) yang dijangkiti virus JE. Virus dipindahkan kepada manusia yang digigit oleh nyamuk vektor tersebut. Manusia tidak dianggap sebagai perumah untuk penyebaran virus dan jangkitan daripada manusia ke manusia tidak pernah didokumenkan.

GEJALA PENYAKIT JE : (muncul selepas 5-15 hari gigitan nyamuk) 1. (MAJORITI) – tiada gejala 2. (1 dalam 250 orang) Ringan – demam, sakit kepala, sakit otot, loya, muntah 3. Teruk / serius – demam panas, sakit kepala yang teruk, sawan, perubahan keadaan mental, lumpuh sistem saraf, koma Dalam kes yang melibatkan jangkitan pada sistem saraf, kecacatan otak boleh berlaku dan kadar kematian boleh mencapai hingga 30%.

Page 3: Info klinik pelajar UTeM JE

CARA PENGESANAN/PENGESAHAN PENYAKIT JE: - Ujian darah - Ujian air tulang belakang Tiada rawatan khas / anti-viral untuk JE. Walau bagaimanapun rawatan di hospital adalah penting untuk perawatan sokongan dan pengawasan rapi. Pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi, meminum air yang banyak dan mengambil ubat berdasarkan kepada nasihat doktor untuk melegakan gejala penyakit. CARA PENCEGAHAN : 1. Vaksin (JE-VAX) - Jepun, Korea, Taiwan, India, Thailand - Malaysia – hanya di Sarawak untuk bayi 9 bulan (rujuk jadual imunisasi KKM) - Digalakkan untuk pelancong yang akan berada di kawasan endemic JE selama > 30 hari, yang bertujuan melakukan aktiviti luar (berkhemah, bertani, memancing, jungle trekking) 2. Kawalan Vektor – hapuskan tempat pembiakan nyamuk 3. Elakkan dari gigitan nyamuk di kawasan hutan, terutamanya di lokaliti bermasalah penyakit JE/ kawasan berhampiran dengan ladang khinzir

Klinik Pelajar UTeM.