info bmw_tandas 201ere3

4
SERBA SEDIKIT MENGENAI SAYA BMW ini tiada kaitan dengan jenama kereta mewah atau bas mini wilayah. Sebaliknya BMW membawa maksud Bersih, Menarik dan Wangi. Nama BMW dirasakan lebih sesuai agar usaha untuk memastikan tandas sekolah sentiasa bersih, menarik dan wangi tidak dipandang remeh dan dimomokkan. BERSIH bermaksud tiada contengan, tiada goresan, tiada sampah, tiada sawang, tidak berhabuk/berdebu, tidak berbau busuk, sentiasa dinyahkuman, dan mengekalkan warna asal. MENARIK pula bermaksud ceria, dihias dengan bunga , dipenuhi mutiara kata, gambar, taman mini (tumbuhan

Upload: aimee-greene

Post on 15-Nov-2015

11 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

OIYUY

TRANSCRIPT

SERBA SEDIKIT MENGENAI SAYABMWini tiada kaitan dengan jenama kereta mewah atau bas mini wilayah. Sebaliknya BMW membawa maksud Bersih, Menarik dan Wangi. Nama BMW dirasakan lebih sesuai agar usaha untuk memastikan tandas sekolahsentiasa bersih, menarik dan wangi tidak dipandang remeh dan dimomokkan.BERSIH bermaksud tiada contengan, tiada goresan, tiada sampah, tiada sawang, tidak berhabuk/berdebu, tidak berbau busuk, sentiasa dinyahkuman, dan mengekalkan warna asal.MENARIK pula bermaksud ceria, dihias dengan bunga , dipenuhi mutiara kata, gambar, taman mini (tumbuhan menghijau), dinding hijau berkonsepkan Tandas Dalam Taman.Sementara WANGI pula pula bermaksud tiada bau busuk, berbau wangi, pengguna berasa selesa menggunakan tandas.

Selain itu, Jawatankuasa BMW juga telah mengatur jadual penggunaan tandas supaya pelajar tidak mengambil kesempatan untuk keluar masuk tandas bila-bila masa yang mereka suka. Sebaliknya melalui penggunaan masa tetentu akan melatih pelajar sekolah untuk merancang masa mereka untuk membuang air. Pihak sekolah sentiasa mengingatkan pelajar bahawa tiada sesuatu pun yang tidak boleh dirancang dan dilatih, ini termasuklah jadual membuang air (sama ada air besar atau kecil). Inilah jam biologi atau jam hayat namanya dan jam jenis ini dikurniakan kepada semua orang, tetapi jarang-jarang yang menggunakannya.Jam ini hanya benar-benar berfungsi dan berguna jika setiap individu itu melalui kebiasaan yang diwujudkan berasaskan latihan dan ulangan. Sebagai contoh jika seseorang itu biasa ke tandas sebaik-baik sahaja bangun pagi, maka itulah yang akan dilakukannya sebelum melakukan kerja-kerja lain pada waktu itu. Usaha pihak sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan kesedaran dan sikap warga sekolah tentang pentingnya memelihara kebersihan tandas dalam kehidupan seharian di samping memberi kesedaran kepada mereka agar peka serta melibatkan diri dalam membanteras perbuatan vandalisme di bilik BMW sekolah khasnya.