incubator ayam kampung

Click here to load reader

Upload: akujee

Post on 27-Jun-2015

1.306 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Incubator Ayam KampungSALAH SATU MASALAH,MENGAPA ANDA PERLU ADA INKUBATOR Masalah yang sering kita hadapi ialah, apabila ayam bertelur di suatu tempat,ibu ayam suka berkongsi sarang ini salah satu contoh gambar ayam kawan saya yang tidak mempunyai inkubator:lagi satu masalah ialah pemangsa yang kerap menganggu serta merosak telur ayam..bila ia berjaya makan.pemangsa ini akan beulang-alik selagi tidak habis telur berkenaan:ini baru 2 masalah yang kita hadapi ada pelbagai lagi yang menyebabkan ternakan lambat membiak antaranya ialah ular,air hujan juga menyebabkan telur rosak kerana keasidan yang tinggi,panas yang melampau dan sejuk yang melampau.telur terlebih banyak contohnya sampai 15 biji satu sarang akan menyebabkan tidak semua berada di bawah perut ibu ayam.

TERBARU DI PASARAN alat ini adalah terbitan terbaru dari saya.jika anda berminat sila order sekarang.tempahan masih1

dibuka.HARGA RM 400.Termostat buatan italy.tempahan tanpa deposit.siap baru bayar. InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSekadar Rujukan dan Ilmu.Sumber/Dipetik:http://akubudaktol.blogspot.com/ SALAM HORMAT.SELAMAT MAJU JAYA KebunWarisanhttp://jutawanklik.com/?a_aid=kebunklik Posted by Anak Cameron at 6/26/2010 09:46:00 PM 0 comments Labels: Ayam Kampung, Iklan, Incubator Reactions:

Tuesday, March 16, 2010Kelas Menternak Ayam Kampung Cara Citypull-teknologi terkiniwww.citypullagro.blogspot.com Thursday, October 8, 2009 Kelas Menternak Ayam Kampung Cara Citypull-teknologi terkini Pihak Citypull telah bersetuju untuk mengadakan kelas menternak ayam kampung cara Citypull yang menggunakan teknologi terkini. Kelas ini mungkin adalah kelas pertama diadakan diMalaysia berikutan jenis ayam yang diternak adalah dari jenis ayam kampung biasa/melayu/malaikai/ori. Nama-nama diatas adalah panggilan kepada ayam jenis ini berikutan sekarang ini terdapat pelbagai variasi ayam kampung yang telah dikacuk untuk tujuan penambahbaikan. Seperti yang anda tahu, ayam jenis ini diternak oleh penduduk luar bandar secara kecil2an dimana jumlah ayam yang diternak tidak melebihi 100 ekor. Ayam ini biasanya diternak secara tradisional dan biasanya tidak mempunyai rujukan khas bagaimana penternak kampung ini melakukan tugasan mereka. Oleh kerana cara menternaknya yang terlalu tradisional, pendapatan dari penternakan ini adalah sangat tidak memuaskan. Reban yang dibina juga tidak sempurna sehingga wujud pepetah seperti "reban ayam" yang membawa maksud kawasan yang tidak tersusun atau sangat buruk dan tidak sesuai didiami manusia. Pihak kami telah memulakan penternakan ayam jenis ini sejak setahun dahuku kerana berpendapat ayam kampung ini mudah untuk diternak. Jika tidak kenapa orang kampung begitu mudah membiakkan dan membesarkan ayam ini sehingga matang. Kami pun memulakan pembinaan reban dan menternak 200 ekor ayam. Rupa2nya tiada panduan langsung mengenai ternakna ayam kampung jenis ini di mana2 temoat rujukan. Rujukan terdekat adalah penternakan ayam kacuk yang yg diternak diladang. Terlalu banyak perbezaan antara penternakan ayam kacuk dan ori. Setelah yakin dengan pengalaman dan pengetahuan, kami menemui cara kami sendiri untuk menternak ayam kampung ori ini dan rekaan atau cara ini adalah hak eksklusif pihak kami sendiri. Butiran tentang kelas kami adalah seperti dibawah:

2

Program: Kelas Menternak Ayam Kampung Asli Cara Citypullagro Tarikh : Ahad pertama setiap awal bulan Baru Lokasi : Bilik Mesyuarat Ladang Citypullagro Masa : dari 8.30 sehingga 5 petang Anjuran : Citypullagro Enterprise Hari : Ahad Jumlah peserta : Maksimum 20 orang Sasaran peserta: penternak baru atau tradisional,pesara, pekerja sepenuh masa yang mahu menternak secara partime,penganggur,penduduk kampung yang mahu pendapatan sampingan Anda akan bawa pulang:nota ternakan Yuran : RM 100 Sahaja Deposit : tidak diperlukan, bayaran dilakukan semasa pendaftaran kelas hubungi atau SMS butiran anda untuk pendaftaran. Tentatif: 8.30-9.00 -Pendaftaran & Minum Pagi 9.00-9.30 - lawatan singkat keLadang Citypull 9.30-12.30 -kelas (pengenalan,pelaksanan) 12.30-2.00 -rehat 2.00-3.45 -sambungan kelas 3.45-4.30 -lawatan reban Citypull(2),contoh reban citypull dan amali 4.30-5.00 -minum petang, penyerahan sijil, penyampaian cenderahati dan bersurai. -pihak citypull berhak untuk meminda tarikh dengan persetujuan semua peserta. -mudul yang diberikan adalah tertakluk kepada hak cipta Citypull dan tak boleh diterbitkan semula -peserta dinasihatkan hadir awal ke lokasi bagi mengelakkan tercicir silibus kelas. -peserta juga digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian untuk memasuki ladang Sebarang maklumat atau pertanyaan anda bolehlah menghubungi terus 012-3332273(saiful) Untuk mendaftar menyertai kelas, anda perlu menghantar Email kepada [email protected] maklumat berikut: 1. nama penuh serta alamat tempat tinggal 2. No telepon 3. bilangan peserta *anda juga boleh memohon untuk mengadakan kelas pada hari biasa yang ditentukan anda3

dengan syarat jumlah minimum peserta adalah 4 orang. Pilih tarikh yang sesuai dengan anda dan call kami. Posted by jaringan penternak ayam kampung.. at 12:03 PM

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu. Sumber/Dipetik:http://citypullshop.blogspot.com/2009/10/kelas-menternak-ayam-kampungcara.html Posted by Anak Cameron at 3/16/2010 04:04:00 PM 0 comments Labels: Ayam, Ayam Kampung, Kursus, Panduan Penternakan Reactions:

Saturday, March 13, 2010Penjagaan Anak Ayam KampungARTIKEL/JOURNAL YG SANGAT MENARIK OLEH WAA RAMLI LAWATILAH BLOG BELIAU:http://www.ternakanayamkampung.blogspot.com/ Jualan Ayam Kampung @ Ayam Belanda juga ada dijual. Saturday, February 27, 2010 Penjagaan Anak Ayam Kampung Alhamdullilah sekarang ni agak sibuk juga dengan jualan anak ayam kampung yang semakin meningkat.Walaupun didalam kesibukan itu,sempat juga aku memberikan beberapa tip untuk mereka yang membeli dari aku.Bukan aku nak tunjuk pandai cuma berkongsi ilmu dengan mereka.Tambahan pula aku nak mereka berjaya menternak sehingga dapat pulangan yang berbaloi.Kadang kadang aku follow up semula selepas 2 minggu pembelian untuk melihat sejauh mana perkembangan ternakan mereka.Didalam skop ternakan ini terdapat 2 perkara yang memainkan peranan penting. 1.Daya hidup benih ayam kampung yang dibeli 2.Kosa makana ayam kampung. Dua perkara yang aku sebut diatas ini teramat penting untuk menjaminkan untung rugi perniagaan ternakan ini.Sekiranya kita hendakkan magin yang tinggi maka kena ambil berat dua perkara tersebut.Disini aku berikan contoh yang mudah sekiranya perhatian tidak diberikan pada perkara tersebut. 1.Sekiranya tahap kematian anak ayam diparas tinggi ..andaikan 20% tahap kematian daripada 500 ekor bermakna kita telah kerugian sebanyak rm250.sekiranya perhatian diberikan mungkin kita dapat mengurangkan kadar kematian daripada 20% kepada 5%.lihat contoh dibawah4

Kematian Senario 1 500 x 20% = 100 ekor 100 x rm2.50 = rm250 Senario 2 sekiranya kadar kematian 5% 500 ekor x 5%=25 ekor 25 ekor x rm2.50=rm62.50 Dari Senario diatas tahap kerugian adalah amat ketara tetapi sekiranya diberikan perhatian,kita dapat mengurangkan sebanyak kerugian sebanyak rm187.50.Ini kita lihat dari segi kerugian kos.Bagimana pulak dari segi kerugian Jualan.(ini yang Lebih penting) Sekiranya Senario 1 dapat dikurangkan seperti senario 2 maka kita mempunyai lebihan ayam dewasa sebanyak 75 ekor.Lihat Senario dibawah: Senario 1 Jualan Ayam dewasa yang hidup 400 ekor Harga jualan Sekilo (andaian) RM 10 sekilo Berat purata ayam 1.4 kg Jumlah berat ayam keseluruhan 560kg Jualan 560 x rm10 = rm5600 Senario 2 Jualan Ayam Dewasa yang Hidup 475 ekor Harga Jualan Sekilo RM 10 Berat Purata 1.4kg Jumlah berat keseluruhan 665 kg Jualan 665 kg x rm10 = RM 6650 senario 1 - senario 2 RM 5600 - RM 6650 = RM1050 Dari contoh diatas kita dapat lihat sekiranya perhatian tidak diberikan kepada anak2 ayam tersebut kerugian jualan yang ditanggung oleh penternak sebanyak RM1050 semusim..ini sekiranya 20% ..BAGAIMANA SEKIRANYA KADAR KEMATIAN MELEBIHI 20%.APAKAH PERHATIAN YANG PERLU KITA MENGAMBIL BERAT UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMATIAN DAN MENINGKATKAN MAGIAN PERNIAGAAN INI. 1.Persediaan sebelum ketibaan anak ayam kampung. Persediaan yang rapi perlu dititik beratkan.Di peringkat persediaan ini juga amat penting untuk memastikan kadar kematian yang rendah.Persediaan yang perlu dilakukan adalah seperti beri ikut. i)Perkara yang penting dan harus diberikan keutaman sebelum ketibaan anak ayam kampung adalah reban anak ayam asuhan atau brooder.Size reban ayam ini atau brooder harus le mengikut5

quntity anak ayam yang bakal dimuatkan.Kebanyakan ilmu yang terdapat didalam intenet ini tidak diberitau size untuk anak ayam ini.Sekiranya untuk Induk atau ayam dewasa adalah 1 kaki persegi untuk setiap seekor,tetapi untuk anak ayam tidak diketaui.Ini adlah dari pengalaman saya sendiri dimana untuk 500 ekor anak ayam,keluasan brooder yang aku buat adalah 12x3.Keluasaan ini cukup untuk memuatkan 500 ekor anak ayam.didalam reban itu pulak saya bahagikan kepada 5 bahagian dimana setiap 1 bahagian untuk 100 ekor anak ayam sahaja.Ini bagi mengelakan berlaku anak ayam mati disebabkan tertindih antara satu sama lain. ii)Selain dari size reban haba juga menjadi salah 1 faktor yang perlu diambilberat,Sumber haba yang kebiasaan dibekalkan untuk memanaskan anak ayam ialah lampu mentol.Anak ayam yang masih baru memerlukan haba untuk memanaskan badan mereka.Anak anak ayam ini mempunyai bulu2 yang halus,ia tidak dapat membantu anak ayam untutk memanaskan badan mereka ketika malam atau pun dimusim hujan.Jadi lampu yang dipasang dapat membantu memberikan kepanasan kepada anak2 ayam ini.Tetapi sekiranya watt mentol yang digunakan terlalu besar boleh menyebabkan anak ayam ini mati kepanasan.Ditahap minggu pertama hingga ke sebulan lampu hendaklah dipasang 24 jam.Ini bagi menjaminkan anak2 ayam ini mendapat kepanasan yang secukupnya.ntuk keluasan 12x3 saya gunakan cuma mentol 5 watt.jarak diantara 1 lampu ke 1 lampu adalah didalam 2 kaki.6 mentol digunakan untuk memberikan kepanasan kepada anak2 ayam.Sekiranaya dimusim hujan watt lampu ini hendaklah ditukar ke 15 watt.Diwaktu hujan angin agak sejuk sedikit.Jadi anak2 ayam ini memerlukan haba yang secukupnya.Sekiranya masih kekal kepada 5 watt,ia tidak dpt memberikan suhu yang diperlukan.Jadi pastikan haba yang secukupnye diberikan pada anak2 ayam anda. iii)Bekas makan ayam janganlah dipandang sebagai remeh.Ini boleh meyebabkan anak ayam anda bantut pembesaranya.Seandainya anda memberikan bekas makanan yang tidak cukup besar dengan quntity anak ayam 500 ekor,bagaimana dapat anda pastikan kesemua anak ayam itu dapat makanan dan minuman.DIdalam reban anak/brooder saya gunakan 5 bekas air yang besar bagi memastikan kesemua anak ayam boleh mendapat minuman yang secukupnya dan saya gunakan tray atau dulang segi empat tepat untuk makanan ayam.Makan anak ayam yang saya berikan adalah 201c Gold Coin.Brand ini agak mahal,tapi ia amat bagus dan berquality untuk pembesaran anak2 ayam ini. iv)Reban ayam/brooder yang telah siap dibina hendaklah dibasuh dahulu supaya hilang bau kayu.Sebaiknya spray dengan EM.Ia bagi mengelakkan bacteria yang terdapat didalam reban ayam tersebut hilang dan tidak berbau. Diatas adalah sedikit tip yang saya berkongsi dengan anda semua untuk persediaan anak ayam sebelum sampai.Jagan tunggu anak ayam sampai dulu baru nak buat reban dan sebagainya.Ini boleh menyebabkan anda kerugian besar.Dibawah ini akan saya kongsi bersama2 perkara yang penting apabila ketibaan anak2 ayam ini....Sambung nak gi Ulu langat tengok tanah..nak sewa disana...untuk projek diKuala lumpur.Sapa2 yg ada tanah untuk disewa sekitar Selangor boleh hello saya..tq Seperti yang saya janjikan.Tengahari tadi.Disini saya berkongsi dengan anda persediaan yang perlu ketika ketibaan anak ayam kampung. 1)Apabila anak ayam kampung anda telah sampai hendaklah disegerakan masuk kedalam reban anak ayam/brooder.Bekas minum hendaklah disiapkan.Pastikan air tersebut di campur dengan ubat anti stress.Ubat anti stress itu bertujuan untuk mengurangkan stress kerana perjalanan yang jauh dan memenatkan.Dan juga pasti makan anak ayam telah disiapkan.Apa yang saya amalkan adalah,Anak ayam ini diberikan makan sehari 2 kali.Ia itu sebelah pagi dan petang.Ini bagi6

memastikan anak ayam mendapat makanan yang secukupnya.Sekiranya anak ayam anda mempunyai luka dibadan atau kekurangan bulu,ini bermakna anka ayam anda tidak cukup makanan. Makan yang terbaik ketika anak adalah Gold Coin 201M dan apabila umur meningkat 1 minggu berikan 201C. 2)Reban ayam / brooder pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin sejuk masuk.Angin sejuk boleh mengurangkan haba didalam reban tersebut dan juga akan menyebabkan kematian.Ketika dimusim hujan pastikan tiada kebocoran yang boleh air hujan masuk kedalam reban anda.Cabaran yang saya hadapi pada mula2 menternak,waktu tu kiranya hujan lebat juga entah masa bila agaknya bumbung brooder saya tu ada kebocoran.Dengan rasa sedihnya esokkan hari mati anak ayam 260 ekor.Kerugian mencecah hampir RM650.00,pada masa tu anak ayam saya beli dengan harga rm2.50.Pesanan saya pada rakan ternak.Pastikan reban anak ayam /brooder anda tidak bocor. 3)Ketika anak ayam berumur bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam sehari.Seperti yang saya nytakan di peringkat persediakan sebelum tiba anak ayam.Disaat umur bawah 2 minggu ini adalah waktu yang paling critical.Ketika ini macam macam cabaran yanag akan datang sekiranya kita tidak menjaga anak ayam ini dengan teliti,Kekurangan Haba akan menyebabkan anak ayam ini berkumpul diantara satu sama lain.Sebaiknya ambil suhu brooder setiap masa.Amalkan themormeter sentiasa ada didalam brooder kalu gunakan yang digital lagi baik.Suhu yang terbaik untuk brooder adalah sekitar 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun 1 c setiap minggu.Anak ayam ini akan kurang stress dan akan lebih sihat.Anak ayam yang sihat akan memberikan berat dan tumbesar yang stabil. 4)Reban anak ayam/brooder hendaklah sentiasa dibersihkan.Ini bagi mengelakkan anak ayam dari pada terkena penyakit.Tahi ayam mempunyai gas Ammonia yang boleh menyebabkan kematian.Menggunakan EM boleh mengurangkan bau busuk dan mengelakkan lalat.Selain dari itu EM juga boleh meningkatkan FCR anda.Pengeluaran juga akan bertambah dengan kadar kematian yang kurang. Semoga semua penternak atau bakal penternak yang membaca blog saya ini mendapat serba sedikit ilmu dari Blog ini.Saya doakan anda berjaya didalam ternakan ini.Dan juga jangan lah kita lupa memohon doa dari Allah swt untuk melindugi ternakan kita dari segala bencana dan khianat. PERTANIAH ADALAH PERNIAGAAN.MENLANGKAH KEARAH MEMBEKAL MAKANAN HALAL. at 9:03 PM Posted by Waa Ramli Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu. Sumber/Dipetik:http://www.ternakanayamkampung.blogspot.com/ Posted by Anak Cameron at 3/13/2010 01:59:00 AM 0 comments Labels: Artikel Pertanian, Ayam, Ayam Kampung Reactions:

Monday, October 26, 2009BLOG MENARIK:Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan

7

SILA LAWATI BLOG http://shawnagrofarm.wordpress.com/ UTK MAKLUMAT BERGAMBAR. PENUH INFORMASI. Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan Batu 13, Jalan Sintok, 06010 Changlun, Jitra, Kedah (0194702839) Ayam Kampung : Ori vs KacukanOctober 22, 2009 Leave a Comment Penternak sering keliru. Mereka beli anak ayam kampung kat kedai-kedai pets, pasar-pasar hari dan dari pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar depa tengok awat ayam depa tak macam ayam kampung ori tu. Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya. ayam kampung ori ayam kampung kacukan Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan: Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan! Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong. Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi. Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar. Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;8

* Kadar kematiannya kurang 5% * Kaki dan kulit warna kuning * Paruh tidak dipotong * Tumbesarannya sekata * Dagingnya pejal dan rasanya sedap. Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi. Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulatulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi? Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni. yang penting ialah telur... Posted in Penternakan Ayam Kampung Tags: asli, kacuk, ori, sam-sam

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu. Sumber/Dipetik:http://shawnagrofarm.wordpress.com/ Posted by Anak Cameron at 10/26/2009 01:00:00 PM 0 comments Labels: Ayam, AYAM BELANDA, Ayam Kampung, Panduan Penternakan Reactions:

Saturday, March 22, 2008PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN

9

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu. Sumber/Dipetik: Sumber Informasi Usahawan Tani PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN PENDAHULUAN Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat. TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu; Telur dan daging untuk makanan keluarga Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan. KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG Boleh dibiakkan sepanjang tahun Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya. Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh. SISTEM PERUMAHAN Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan Sistem Lantai Atas atau Sistem Lantai Bawah . 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai. kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat gunakan peralatan makan/minum yang murah.10

PEMAKANAN AYAM Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:Makanan komersil/dagangan Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash) Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet) Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet) Makanan Campuran atau Sisa Makanan Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek Ikan baja dan lain-lain PENGURUSAN Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu) Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu) Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit Boleh dilepaskan pada siang hari Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi Sediakan sarang bertelur Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram PEMBIAKAN Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari. KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:Warisan Pemakanan Pengurusan Persekitaran Jangkitan Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Reban sentiasa bersih Anak ayam bebas dari penyakit Jauh dari ternakan dan haiwan lain11

Pelawat perlu dikawal Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat. Program Pencegahan penyakit Umur 1 hari - Sampar Ayam F (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan) Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar F Umur 6 - 8 minggu - Sampar S Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit Kurang nafsu makan Monyok dan tidak aktif Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung Muka bengkak Berak cair atau berdarah Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya. JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM Sampar ayam (ND) Penyakit Gumboro (IBD) Puru Salmonellosis Pasteurellosis Lain-lain Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan. Posted by Anak Cameron at 3/22/2008 10:00:00 PM 1 comments Labels: Ayam, Ayam Kampung, Panduan Reactions:

Monday, December 24, 2007Ternakan Ayam KampungMaklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu. Sumber: Tidak diketahui Ternakan ayam kampung Mei 18, 2007 Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka12

luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan. Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar. Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu di sekitar kawasan reban. Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.

13