in summary, holistic assessment aims to provide … · web viewkita harus memupuk sifat ingin tahu...

4
Copyright © 2011 Curriculum Planning and Development Division Ministry of Education, Singapore. All rights reserved.

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Copyright © 2011Curriculum Planning and Development Division

Ministry of Education, Singapore.

All rights reserved.

Penilaian Holistik PERI di Sekolah Rendah

Maklumat untuk Ibu bapa

Pengenalan

Jawatankuasa Penyemakan dan Pelaksanaan Pendidikan Sekolah Rendah (PERI) ditubuhkan pada bulan Oktober 2008 untuk mengkaji cara bagi meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah. Kita menginginkan anak-anak kita menjadi orang yang berkeyakinan, dapat bekerjasama dengan rakan dalam kumpulan serta berupaya menyampaikan pandangan dan idea mereka dengan berkesan. Kita harus memupuk sifat ingin tahu dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan sekeliling yang ada dalam diri kanak-kanak. Mereka juga perlu memperoleh kemahiran belajar yang dapat memanfaatkan kehidupan mereka pada masa depan.

Untuk mencapai hasil-hasil ini, jawatankuasa PERI telah menyarankan penggunaan penilaian holistik untuk menyokong pembelajaran yang akan membantu murid mencapai keseimbangan yang lebih baik antara pemerolehan pengetahuan dengan perkembangan kemahiran dan nilai-nilai.

Penilaian Holistik di Sekolah Rendah

Penilaian ialah satu bahagian penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian memberikan maklumat berguna untuk anda, anak anda dan guru-guru anak anda. Penilaian biasanya dijalankan untuk memenuhi dua tujuan utama – (i) untuk mengukur pencapaian murid dan melaporkan bukti pembelajaran dalam setiap bahagian pembelajaran dan (ii) untuk menyokong pengajaran di dalam bilik darjah dan pembelajaran murid.

Di peringkat Darjah 1 dan 2, apabila anak anda baru memulakan alam persekolahan, fokus utama adalah untuk membina keyakinan diri dan keinginan untuk belajar. Maka, penilaian tertumpu pada penyediaan maklumat yang cukup untuk memberikan gambaran tentang kemajuan pembelajaran mereka. Maklum balas kuantitatif dalam bentuk gred dan markah, serta maklum balas kualitatif dalam bentuk komen guru akan membantu anak anda belajar tentang kekuatan, kelemahan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan pembelajarannya. Maklum balas ini juga dapat menolong ibu bapa mengenal pasti cara untuk menyokong pembelajaran dan pertumbuhan anak-anak mereka.

Dalam melaksanakan Penilaian Holistik, sekolah-sekolah digalakkan agar menggunakan penilaian yang sesuai bagi pelbagai tujuan untuk menyokong perkembangan murid secara menyeluruh. Di peringkat Darjah 1, penekanan pada bentuk penilaian seperti peperiksaan semester akan dikurangkan untuk memastikan adanya satu peralihan yang lancar dari prasekolah ke sekolah rendah. Penilaian bersaiz kecil seperti ujian topik, penulisan ringkas, ujian membaca dan tugasan perlakuan akan digunakan. Hal ini akan memberikan peluang kepada murid untuk meraih kejayaan dan membina keyakinan diri dan keinginan untuk belajar. Guru akan menggunakan strategi-strategi penilaian yang pelbagai seperti penyoalan, persidangan, penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri untuk menyokong pembelajaran anak anda.

Anda akan terus menerima maklumat tentang kemajuan anak anda melalui kad laporan perkembangan murid pada setiap penggal, termasuk pertengahan dan akhir tahun. Anda juga akan menerima maklumat melalui portfolio yang mengandungi hasil kerja anak anda yang menunjukkan pelbagai kemajuan dan pencapaian dalam pembelajarannya. Komen secara kualitatif dalam portfolio dan tugasan anak anda akan dapat memberitahu anda tentang kekuatan, kelemahan dan cara anda boleh membantu anak anda dalam meningkatkan pembelajarannya.

Peranan Ibu bapa

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting dalam pembelajaran anak anda. Luangkanlah masa bersama anak anda semasa mereka membuat kerja harian. Galakkan anak anda mencapai matlamat pembelajarannya. Berikanlah pujian kepada mereka untuk semua usaha dan peningkatan pelajarannya.

Hadirilah sesi-sesi dialog dengan guru-guru anak anda dan kekalkan komunikasi yang baik dengan mereka supaya anda boleh bekerjasama untuk meningkatkan pembelajaran anak anda.

Guru-guru dan ibu bapa merupakan kunci untuk mencungkil potensi anak-anak. Kami berharap dapat bekerjasama dengan anda dalam pendidikan anak anda.