implikasi penggunaan bbm

3

Click here to load reader

Upload: ieka-hanim

Post on 02-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BBM

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi Penggunaan BBM

Implikasi Penggunaan BBM / ABM Dalam P&P

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan impak yang

positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah

pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran.

Salah satu daripada implikasi positif penggunaan BBM dalam proses pembelajaran ialah

ianya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan

diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Contohnya semasa melaksanakan aktiviti menggunakan BBM ini guru akan memberi peluang

kepada semua murid untuk pergi ke hadapan dan mengeja perkataan yang terdapat pada

papan carta pusing yang telah disediakan. Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid

sekaligus mereka akan mendapat pengetahuan baru.

Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan BBM yang berpusatkan murid ini akan

menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti

yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan

bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.  

Di samping itu, melalui aktiviti penggunaan BBM ini juga akan memupuk semangat

kerjasama di kalangan murid. Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan

kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar

terhadap suasana pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga

disiplin diri dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya semasa belajar suku kata ini murid yang sudah

fasih membaca boleh membantu rakan yang masih lemah penguasaan membaca mereka

mengeja perkataan yang diberikan dalam kad suku kata pada BBM yang telah disediakan

oleh guru.

Penggunaan BBM yang berkesan juga akan menggalakkan guru untuk meningkatkan kadar

penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah. Bagi menghasilkan

perlaksaaan aktiviti yang berkesan, guru akan mengambil kira latar belakang dan kebolehan

Page 2: Implikasi Penggunaan BBM

murid. Secara tidak langsung ini akan menjadikan mereka lebih professional dalam

mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di

dalam bilik darjah.

Dalam erti kata lain dengan adanya integrasi pendekatan yang digunakan akan dapat

menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada semua murid kerana mereka tidak

terikat dengan teknik pengajaran tradisional yang agak membosankan dimana ianya lebih

berpusatkan guru sahaja. Aplikasi penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar ini akan

lebih berkesan kerana ianya tidak hanya terikat kepada kaedah “talk and chalk”.

Oleh itu, penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu

memberi kesan yang positif baik kepada murid dan guru sama ada dari segi perubahan sikap

dan tingkah laku mahupun peningkatan dalam akademik dan amalan dalam ikhtisas

perguruan.