implikasi kod etika perguruan malaysia kepada akauntabiliti guru

Download Implikasi Kod Etika Perguruan Malaysia Kepada Akauntabiliti Guru

If you can't read please download the document

Upload: fang-yun-low

Post on 12-Dec-2014

171 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA KEPADA AKAUNTABILITI GURU Definisi Akauntabiliti Sebagai seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciri-ciriakauntabiliti yang tinggi supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan berwibawa. Dengan ini barulah bidang perguruan dapat membantu atas perkembangan negara. Merujuk kepada kamus dewan edisi keempat, akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang diperlukan. Sebagai contoh, seorang guru mengutip yuran daripada pelajarnya perlu menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip dengan jelas kepada pelajar. Akauantabiliti bermaksud keuntungan pelajar secara berseorangan.Sekolah sepatutnya mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar mencapai kejayaan dan pelajar berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolahgagal. Akauntabiliti bermaksud maklum balas. Tujuannya ialah mengekal dan memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkan usaha. Selain itu, akauntabiliti sebagai pencapaian objektif. Akauntabiliti pendidikan bermakna sistem pendidikan yang dibentuk adalah bertanggungjawab untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Akauntabiliti juga ialah proses mendatangkan keputusan maksimum. Secara lebig luas lagi, akauntabiliti merupakan satu laporan umum oleh satu kumpulan pemeriksa bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi sesuatu perbelanjaan wang atau penggunaan sumber. Di Malaysia, akauntabiliti guru perlu dilaporkan kepada menteri pendidikanuntuk memudahkan beliau menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan pendidikan semasa bersidang di parlimen.

Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru a) Akauntabiliti terhadap diri sendiri Sebagai seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya. Oleh itu, melalui kod etika, guru akan berusaha meningkatkan pengetahuan diri. Guru harus menguasai subjek yang diajar degan mendalamdan mahir. Guru perlu belajar lebih daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran dan peperiksaan. Misalnya, seorang guru yang mengajar subjek matematik harus menguasai semua ilmu tentang matematik, tidak patut ada sebarang ilmu yang tidak jelas tentang matematik. Pengajaran tidak dapat diasingkan daripada pembelajaran. Guru harus belajar tentang bidang pengajarannya dengan lebih mendalam pada setiap masa.

Melalui kod etika tersebut guru akan mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak. Guru akan mempunyai pengetahuan psikologi tentang kanak-kanak, iaitu tingkah laku, minat, bakat, minat-minat dan keperluan kanak-kanak. Hal ini disebabkan guru dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya guru dapat menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar mengikuti tahap yang berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan menarik dan dapat menikmati kejayaannya. Selain itu, melalui kod etika tersebut guru-guru akan belajar tentang pengetahuan tentang kaedah mengajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai supaya pelajarnya boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Setiap mata pelajaran mempunyai kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah mengajar yang berkesan akan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping pelajar yang lemah juga mendapat manfaatnya dan guru juga perlu mengambil kira keperluan-keperluan pelajar yang cerdas supaya mereka tidak berasa bosan. Selain daripada itu, guru juga akan mempunyai pelbagai kemahiran yang tertentu. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran yang berkesan, kemahiran mengemukakan solan, menggunakan contoh-contoh,kemahiran menyediakan soalansolan yang baik, kemahiran melibatkan semuapelajar dalam pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran mengawal disiplin pelajar dan sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh guru supaya pelajar-pelajarnya dapat mengaplikasikan kemahiran mengguna, menganalisis, membuat sintesis serta penilaian, aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya dapat menyerap ilmu pengetahuan dengan berkesan dan dengan cara yang menarik. Sebagai seorang guru yang professional perlu memiliki kefahaman yang mendalam tentang tugasnya. Guru perlu mempunyai kefahaman terhadap pelajar-pelajarnya, kefahaman tentang mata pelajaran yang diajar serta kefahaman terhadap diri sendiri. Guru mempunyai kefahaman yang mendalam tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat dijalan dengan lancar, berupaya meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif yang lebh luas dan mengawal emosi sendiri dengan baik. Di samping itu, guru-guru juga akan mempunyai sikap yang positif terhadap profesionnya. Guru harus mementingkan kebajikan pelajar daripada perkara lain. Guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah, menyediakan tugasan yang lebih mencabar kepada pelajar yang cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru bersikap adil.Guru membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira kaum, bangsa, status sosioekonomi. Guru juga harus mempunyai sikap yang tegas dengan memberi hukuman atau ganjaran dengan sesuai. Yang penting, guru harus mempunyai tingkah laku yang sesuai. Antara tingkah laku yang

sesuai ialah bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih dan menepati masa dan sebagainya. Dengan ini, barulah guru dapat menjadi teladan baik yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

b) Akauntabiliti Terhadap Pelajar Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar ialah lebih mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Guru bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat lulus dalam peperiksaan di samping memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dengan sempurna. Pembentukan akhlak pelajar yang baik merupakan tanggungjawabseorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan pendidikan agama dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya. Guru juga perlu melatih pelajarnya dapat bersosialisasi dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Perkara ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan, unit-unit beruniform dan sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar meningkatkan sosialisasi pelajarnya. Guru juga bertanggungjawab menwujudkan suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi.

c) Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa Sebagai ibu bapa, mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Oleh itu, mereka akan menginginkan guru-guru anak mereka dapat meningkatkan prestasi akademik anaknya. Bagi pelajar yang lebih lemah, guru harus lebih memberi tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsep-konsep yang ingin disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian. Mereka perlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan terhadap akademik. Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopan-santun. Ibu bapa mengharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan semasa mereka belajar didalam kelas sepanjang masa. Apabila anak-anak mereka besar nanti akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, berinisiatif, proaktif serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup. Selain itu, ibu bapa juga mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran membaca pantas serta mencari dan memilih maklumat, patriotic, kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta kemahiran dari aspek interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan dengan bijak serta intrapersonal supaya pelajar dapat mengawal emosinya dengan baik. Di samping itu, ibu bapa mengharapkan guru dapat menjadi kaunselor anak-anaknya. Guru perlu mengendalikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu

bapanya. Misalnya masalah berbentuk akademik, sosioemosi dan sebagainya.

d) Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan Tugas guru ialah mengajar, membimbing, memberi dorongan kepadapelajar supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu, guru perlu memastikan aktiviti program pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya dapat mencapai matlamatmatlamat program pendidikan. Dengan ini pelajar akan menjadi berbudi pekerti, berpandangan progresif dan saintifik, berdisiplin serta bersedia menjunjung aspirasi negara dapat dibentuk.

e) Akauntabiliti Guru Terhadap Negara Guru adalah dibayar gaji oleh negara. Oleh itu, mereka bertanggungjawabuntuk menjawab atau memberi penerangan kepada atas segala kegagalan atau kelemahan kepada negaranya. Guru perlu memberi penjelasan kepada kierajaan jika kegagalan menyempurnakan sesuatu perkara. System pendidikan sesebuah negara hendaklah menghasilkan tenaga pekerja mengikut keperluan-keperluan negara. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu supaya perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan.