implikasi globalisasi kepada dunia pendidikan

2
8/7/2019 IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-globalisasi-kepada-dunia-pendidikan 1/2 IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN Kekurangan tenaga pengajar di kawasan luar bandar khususnya di kawasan pedalaman telah menyebabkan proses pendidikan tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini kerana, di samping kekurangan tenaga pengajar yang mahir dan terlatih, kebanyakan guru juga telah ditugaskan untuk mengajar dalam bidang yang tidak sejajar dengan opsyen mereka. Oleh kerana kurangnya pengalaman dan pengetahuan mengenai bidang yang berlainan dengan opsyen mereka itu telah menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar dan telah mendorong kepada impak yang lebih besar iaitu pendidikan di luar bandar tidak berkembang sejajar dengan pembangunan nasional. Kesan daripada itu juga, pelajar-pelajar di luar bandar mengalami kesukaran untuk menguasai serta memahami matapelajaran yang dipelajari di dalam kelas. Selain itu, pelaksanaan program PPSMI telah menyebabkan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar. Penguasaan terhadap bahasa ibunda itu sendiri menjadi semakin merosot kerana kebanyakan sesi pembelajaran mereka menggunakan Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Melayu. Namun begitu, begitu mengecewakan apabila Bahasa Inggeris juga tergolong antara bahasa yang sukar untuk dikuasai oleh pelajar terutamanya pelajar luar bandar. Hal ini menyebabkan pelajar bukan sahaja gagal menguasai kedua-dua bahasa malahan subjek yang dipelajari juga gagal difahami oleh mereka sehinggakan objektif pendidikan yang sebenarnya seperti mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dapat dicapai. Kemajuan teknologi yang semakin pesat di zaman globalisasi ini telah memberikan banyak perubahan kepada negara kita terutamanya dalam bidang pendidikan sama ada impak yang positif mahupun negatif. Tidak dapat dinafikan perkembangan teknologi seperti pembangunan ICT dan penggunaan internet telah memudahkan pelajar dan guru untuk mendapatkan maklumat sama ada bersifat antarabangsa atau pun tempatan. Namun begitu, sejajar dengan itu juga telah wujud

Upload: zura-aeda-abdul

Post on 09-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN

8/7/2019 IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-globalisasi-kepada-dunia-pendidikan 1/2

IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN

Kekurangan tenaga pengajar di kawasan luar bandar khususnya di kawasan

pedalaman telah menyebabkan proses pendidikan tidak dapat berjalan dengan lancar.

Hal ini kerana, di samping kekurangan tenaga pengajar yang mahir dan terlatih,

kebanyakan guru juga telah ditugaskan untuk mengajar dalam bidang yang tidak sejajar

dengan opsyen mereka. Oleh kerana kurangnya pengalaman dan pengetahuan

mengenai bidang yang berlainan dengan opsyen mereka itu telah menyebabkan sesi

pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar dan telah mendorong kepada impak

yang lebih besar iaitu pendidikan di luar bandar tidak berkembang sejajar dengan

pembangunan nasional. Kesan daripada itu juga, pelajar-pelajar di luar bandar

mengalami kesukaran untuk menguasai serta memahami matapelajaran yang dipelajaridi dalam kelas.

Selain itu, pelaksanaan program PPSMI telah menyebabkan bahasa ibunda iaitu

Bahasa Melayu semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam

kalangan pelajar. Penguasaan terhadap bahasa ibunda itu sendiri menjadi semakin

merosot kerana kebanyakan sesi pembelajaran mereka menggunakan Bahasa Inggeris

dan bukannya Bahasa Melayu. Namun begitu, begitu mengecewakan apabila Bahasa

Inggeris juga tergolong antara bahasa yang sukar untuk dikuasai oleh pelajar

terutamanya pelajar luar bandar. Hal ini menyebabkan pelajar bukan sahaja gagal

menguasai kedua-dua bahasa malahan subjek yang dipelajari juga gagal difahami oleh

mereka sehinggakan objektif pendidikan yang sebenarnya seperti mana yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dapat dicapai.

Kemajuan teknologi yang semakin pesat di zaman globalisasi ini telah

memberikan banyak perubahan kepada negara kita terutamanya dalam bidang

pendidikan sama ada impak yang positif mahupun negatif. Tidak dapat dinafikan

perkembangan teknologi seperti pembangunan ICT dan penggunaan internet telah

memudahkan pelajar dan guru untuk mendapatkan maklumat sama ada bersifat

antarabangsa atau pun tempatan. Namun begitu, sejajar dengan itu juga telah wujud

Page 2: IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN

8/7/2019 IMPLIKASI GLOBALISASI KEPADA DUNIA PENDIDIKAN

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-globalisasi-kepada-dunia-pendidikan 2/2

satu masalah yang besar apabila kemajuan teknologi ini telah menyebabkan isu-isu

sosial dan masalah moral dalam kalangan pelajar khususnya semakin meningkat dan

sukar untuk dikawal. Hal ini kerana, penggunaan internet tanpa batasan telah

mendedahkan mereka kepada budaya masyarakat barat yang ternyata bertentangan

dengan budaya yang ingin diterapkan dalam diri masyarakat timur terutamanya dalam

isu penerapan aqidah sepertimana yang telah disyariatkan dalam Islam. Namun begitu,

jika dinilai daripada sudut yang positif, perkembangan teknologi juga telah mendorong

para guru untuk meningkatkan kreadibiliti serta potensi mereka dalam menjalankan

tanggungjawab mereka sebagai pendidik sejajar dengan kemajuan teknologi.

Salah satu cabaran yang harus dihadapi oleh guru di era globalisasi ini ialah

masalah sahsiah pelajar yang semakin merosot. Masalah ini menjadi begitu sukar untuk dibendung sehingga membawa kesan yang negatif terhadap pendidikan di

negara kita apabila para pelajar sekarang tidak berminat untuk meneruskan

pembelajaran tetapi lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti

merokok, melepak, vandalisme dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, matlamat

pendidikan di negara kita seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan tidak dapat dicapai kerana tiada keseimbangan dalam keempat-empat aspek

tersebut. Di samping itu, disiplin pelajar semakin membimbangkan dari hari ke hari

sehinggakan terdapat sesetengah masyarakat yang memandang serong terhadap

profesion perguruan kerana menganggap bahawa para guru telah gagal untuk

membentuk sahsiah pelajar dan meletakkan kesalahan ini sepenuhnya kepada guru

serta telah merendahkan martabat seorang guru.