imam malik: sorotan biografi, metodologi hukum dan maqasid...

2
Imam Malik: Sorotan Biografi, Metodologi Hukum Dan Maqasid Syariah Noor Naemah Abdul Rahman Ridzwan Ahmad 2.0 Pendahuluan Imam Malik dianggap sebagai imam ke dua selepas Imam Abu Hanifah dari sudut imam dalam mazhab empat yang berpegang dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Beliau terkenal dengan sangat berpegang teguh dengan hadith walaupun dalam waktu yang sama dikatakan beramal dengan maslahah secara meluas. Kemunculan mazhab Maliki lebih berteraskan pengamalan hadith berbanding kemunculan mazhab Hanafi yang lebih terkenal mengguna pakai qiyas. Mazhab Maliki telah berkembang ke seluruh dunia merangkumi beberapa Negara umat Islam seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin. 2.1 Biografi Imam Malik Namanya ialah Abu Abd Allah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir al-Asbahi al-Yamani. Dilahirkan di Madinah pada tahun 93 H/712M 1 . Beliau seorang yang berketurunan bangsa Arab dari daerah Dhu Asbah, sebuah kampung di kota Himyar satu daerah di negeri Yaman. 2 Ayahnya ialah Anas bin Malik seorang Tabiin bukannya Anas bin Malik seorang sahabat yang pernah menjadi khadam Nabi Muhammad SAW. Ini kerana nama penuhnya ialah Anas bin Abi ‘Amir bin Amr bin al-Harith bin Saad bin Awf bin Adi bin Malik bin Yazid. Manakala nama penuh Anas bin Malik, seorang Sahabat Nabi ialah Anas bin Malik bin Nadhar bin Dhamdham bin Zayd al- Ansari al-Khazraji. 3 Ibu Imam Malik ialah Siti al-Aliyah binti Syurayk bin Abd al- Rahman bin Syuraik al-Azadiyah. Pada masa beliau dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan kekuasaan Raja Sulayman bin Abd al-Malik, pemerintah Bani Umayyah yang ke VII. 4 Imam Malik membesar dan terdidik dalam lingkungan para ilmuwan iaitu dalam kalangan Sahabat, Tabi‘in, para ansar dan ahli hukum. 1 Syams al-Din Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Dhahabi (1991), Siyar Alam al-Nubala, j. 2. Jeddah: Dar al-Andalus, h. 614. 2 K.H.. Moenawar Chalil (1996), Biografi Empat Serangkai Imam Mazhab. Jakarta: PT Bulan Bintang, h. 84. 3 Ibid 4 Ibid 39

Upload: vuongtram

Post on 07-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Imam Malik: Sorotan Biografi, Metodologi Hukum Dan Maqasid ...repository.um.edu.my/34365/1/malik.pdf · Imam Malik: Sorotan Biografi, Metodologi Hukum Dan Maqasid Syariah Noor Naemah

Imam Malik: Sorotan Biografi, Metodologi Hukum DanMaqasid Syariah

Noor Naemah Abdul RahmanRidzwan Ahmad

2.0 Pendahuluan

Imam Malik dianggap sebagai imam ke dua selepas Imam AbuHanifah dari sudut imam dalam mazhab empat yang berpegangdengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Beliau terkenal dengansangat berpegang teguh dengan hadith walaupun dalam waktuyang sama dikatakan beramal dengan maslahah secara meluas.Kemunculan mazhab Maliki lebih berteraskan pengamalan hadithberbanding kemunculan mazhab Hanafi yang lebih terkenalmengguna pakai qiyas. Mazhab Maliki telah berkembang keseluruh dunia merangkumi beberapa Negara umat Islam sepertiMaghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.

2.1 Biografi Imam Malik

Namanya ialah Abu Abd Allah Malik bin Anas bin Malik bin Abi‘Amir al-Asbahi al-Yamani. Dilahirkan di Madinah pada tahun 93H/712M1. Beliau seorang yang berketurunan bangsa Arab daridaerah Dhu Asbah, sebuah kampung di kota Himyar satu daerah dinegeri Yaman.2

Ayahnya ialah Anas bin Malik seorang Tabi‘in bukannya Anasbin Malik seorang sahabat yang pernah menjadi khadam NabiMuhammad SAW. Ini kerana nama penuhnya ialah Anas bin Abi‘Amir bin ‘Amr bin al-Harith bin Sa‘ad bin Awf bin ‘Adi bin Malik binYazid. Manakala nama penuh Anas bin Malik, seorang SahabatNabi ialah Anas bin Malik bin Nadhar bin Dhamdham bin Zayd al-Ansari al-Khazraji.3

Ibu Imam Malik ialah Siti al-‘Aliyah binti Syurayk bin ‘Abd al-Rahman bin Syuraik al-Azadiyah. Pada masa beliau dilahirkan,pemerintahan Islam berada di tangan kekuasaan Raja Sulaymanbin ‘Abd al-Malik, pemerintah Bani Umayyah yang ke VII.4 ImamMalik membesar dan terdidik dalam lingkungan para ilmuwan iaitudalam kalangan Sahabat, Tabi‘in, para ansar dan ahli hukum.

1 Syams al-Din Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Dhahabi (1991),

Siyar A‘lam al-Nubala‘, j. 2. Jeddah: Dar al-Andalus, h. 614.2 K.H.. Moenawar Chalil (1996), Biografi Empat Serangkai Imam Mazhab.

Jakarta: PT Bulan Bintang, h. 84. 3 Ibid4 Ibid

39

Page 2: Imam Malik: Sorotan Biografi, Metodologi Hukum Dan Maqasid ...repository.um.edu.my/34365/1/malik.pdf · Imam Malik: Sorotan Biografi, Metodologi Hukum Dan Maqasid Syariah Noor Naemah