iklan uitm sarawak

6
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak bagi jawatan lantikan/kenaikan pangkat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak bagi memenuhi BI L JAWATAN GRED STATUS JAWATAN SKIM PERKHIDMATAN JADUAL GAJI MINIMUM MAKSIMUM 1 PEGAWAI EKSEKUTIF N27 Kontrak Penolong Pegawai Tadbir P 1 RM1361.14 - RM3565.62 2 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 Kontrak Penolong Pegawai Perubatan P 1 RM1311.58 - RM3599.85 3 PEGAWAI KERJA AKAUN W27 Tetap Penolong Akauntan P 1 RM1366.27 - RM3570.75 4 PEMBANTU MAKMAL C17 Tetap Pembantu Makmal P 1 RM932.15 - RM2531.14 5 KERANI N17 Tetap Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi ) P 1 RM927.03 - RM2526.03 6 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 Tetap Pembantu Tadbir (Kewangan) P 1 RM928.74 - RM2527.73 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Upload: aynora-nur

Post on 23-Jun-2015

505 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Iklan uitm sarawak

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak bagi jawatan lantikan/kenaikan pangkat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

BI

LJAWATAN

GRE

D

STATUS

JAWATAN

SKIM

PERKHIDMATAN

JADUAL GAJI

MINIMUM MAKSIMUM

1

PEGAWAI EKSEKUTIF

N27 Kontrak

Penolong Pegawai

Tadbir

P

1

RM1361.14 - RM3565.62

2PENOLONG PEGAWAI

PERUBATANU29 Kontrak

Penolong Pegawai

Perubatan

P

1RM1311.58 - RM3599.85

3

PEGAWAI KERJA AKAUN

W27 Tetap Penolong Akauntan

P

1

RM1366.27 - RM3570.75

4

PEMBANTU MAKMAL

C17 Tetap Pembantu Makmal

P

1

RM932.15 - RM2531.14

5 KERANI N17 Tetap Pembantu Tadbir

(Perkeranian/Operasi)

P

1RM927.03 - RM2526.03

6PEMBANTU TADBIR

(KEWANGAN)W17 Tetap

Pembantu Tadbir

(Kewangan)

P

1RM928.74 - RM2527.73

7

PEMANDU

R3 Tetap Pemandu

P

1

RM792.60 - RM1610.99

UNIVERSITI TEKNOLOGI

Page 2: Iklan uitm sarawak

A. KUMPULAN PELAKSANA

1) PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED N27)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Gaji permulaaan ialah pada RM1361.14); atau

(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM1661.95); atau

(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM1737.15);

dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki diploma dalam bidang Pentadbiran Awam, Pengurusan, Teknologi Maklumat atau Komunikasi dan Media).

2) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (GRED U29)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada RM1687.59);

dan

(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki pengalaman kerja)

Page 3: Iklan uitm sarawak

3) PEGAWAI KERJA AKAUN (GRED W27)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM1667.08); atau

(ii) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM2650.63).

dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; ATAU

(ii) Lulus Peperiksaan Khas ; dan

(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4) PEMBANTU MAKMAL (GRED C17)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;

dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N17)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

Page 4: Iklan uitm sarawak

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

6) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;(c)

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada RM985.13); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada RM1154.33); atau

(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada RM1379.92); dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

7) PEMANDU (GRED R3)

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;(C)

(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;

(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

Gaji permulaan ialah pada Gred R3 ; Lesen D Lesen

E/E1/E2 Lesen F/H Lesen G/I

RM 884.90RM 931.05RM 977.20RM 1023.35

(iii) Berkebolehan memandu, mengendalikan dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan

Page 5: Iklan uitm sarawak

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

dan

(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

PERMOHONAN DAN SYARAT LANTIKAN

Borang permohonan dan syarat lantikan secara terperinci berkenaan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di http://sarawak.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak. Sila nyatakan jawatan yang dipohon dipenjuru atas

sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin,14 Januari 2013.

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN(BAHAGIAN PENTADBIRAN)UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SARAWAK94300 KOTA SAMARAHAN SARAWAKNO.TEL: (082) 677004

Iklan Jawatan Pentadbiran/norsuriati