appreciate, uitm, 2019

23
1 KLUSTER MATEMATIK © APPRECIATE, FSKM, UiTM, 2019

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: APPRECIATE, UiTM, 2019

1

KLUSTER MATEMATIK

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 2: APPRECIATE, UiTM, 2019

2

AKTIVITI 41

TAJUK Siapa Aku? Cuba Teka!

PENULIS Mohd Fairuz Adnan

TUJUAN PEMBELAJARAN Untuk:

1. Untuk menimbulkan keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.

2. Untuk membolehkan peserta menyedari keadaan diri mereka.

3. Untuk membolehkan peserta mengenal diri mereka yang sebenar.

MASA DIPERLUKAN 30 minit

PENERAPAN NILAI MURNI 1. Mengenali dan menghargai diri sendiri.

2. Menghargai kelebihan dan kekuatan diri.

3. Mengenalpasti dan menerima kelemahan diri serta berusaha memperbaiki diri sendiri

BAHAN YANG DIPERLUKAN Kertas A4, Pen/pensel

BILANGAN PELAJAR 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN

KAEDAH 1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing. (Kecantikan

lukisan itu tidak penting.)

2. Pastikan jarak di antara setiap peserta adalah tidak terlalu rapat semasa melakukan aktiviti ini bagi

memastikan lukisan tidak terlihat oleh peserta lain.

3. Peserta diminta meletakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing dan bukan menulis

nama pada lukisan tersebut.

4. Masa di antara 5 – 7 minit diberikan untuk menghasilkan lukisan tersebut.

5. Mentor akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan lukisan yang terhasil

kepada peserta. Mentor perlu pastikan bahawa lukisan tidak diserahkan kepada tuan empunya lukisan.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 3: APPRECIATE, UiTM, 2019

3

6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan berdasarkan gambar yang telah dilukis

dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh mentor tanpa bergerak atau bangun dari kerusi.

7. Bagi peserta yang salah meneka, mentorperlu bertanya mengapakah susah untuk mengenalpasti

empunya lukisan gambar tersebut. Bagi yang meneka dengan betul pula mentor perlu menanyakan

sebab mereka boleh meneka dengan betul.

PENILAIAN Pembelajaran dari aktiviti:

Adalah sukar untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran sahaja kerana

mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikap sebenar sesorang itu.

Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika kita sendiri tidak kenal siapa diri kita.

KOS TERLIBAT RM100.00

RUJUKAN

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 4: APPRECIATE, UiTM, 2019

4

AKTIVITI 42

TAJUK Wasiat Ayah

PENULIS Nur Hidayah Zainal

TUJUAN PEMBELAJARAN Untuk:

1. 1. Mengaplikasi konsep pecahan.

2. 2. Membolehkan peserta berfikir secara kritis dan kreatif.

3. 3. Meransang minda peserta dalam mencari penyelesaian diluar kotak.

MASA DIPERLUKAN 30 minit

PENERAPAN NILAI MURNI 1. Tidak berputus asa.

2. Bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan.

3. Menghargai pemikiran yang kritis dan kreatif.

BAHAN YANG DIPERLUKAN Kertas A4, Pen/pensel

BILANGAN PELAJAR 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN

KAEDAH 1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seterusnya berada dalam kumpulan masing-

masing.

2. Setiap kumpulan diberikan situasi berikut:

Sebelum meninggal, seorang ayah menulis surat wasiat kepada anak anaknya.Wasiatnya berbunyi:

"Saya memiliki 17 unta, dan saya mempunyai 3 orang anak lelaki. Bahagilah unta saya tersebut kepada

anak-anak saya dengan kadar berikut:

Anak sulung saya mendapat 1/2 dari seluruh unta saya.

Anak yang kedua mendapat 1/3 dari seluruh unta saya.

Anak bongsu saya mendapat 1/9 dari seluruh unta saya."

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 5: APPRECIATE, UiTM, 2019

5

3. Peserta diminta untuk berbincang dalam kumpulan mengikut kreativiti masing–masing bagi mendapatkan

penyelesaian terbaik supaya unta-unta tersebut dapat dibahagikan secara tepat seperti yang dikehendaki

dalam wasiat.

4. Selepas 15 minit, fasilitator/mentorakan mendengar hasil perbincangan kumpulan.

5. Fasilitator/mentorakan bertanyakan soalan dengan mengaitkan tajuk pecahan dalam perbincangan.

6. Fasilitator/mentorakan meminta ahli kumpulan untuk keluarkan pengajaran dan hasil dari perbincangan.

PENILAIAN Pelajar akan dapat:

1. Melakukan (perform) operasi aritmetik ke atas pecahan.

2. Mengaplikasi operasi aritmetik pecahan dalam penyelesaian masalah.

KOS TERLIBAT RM100.00

RUJUKAN

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 6: APPRECIATE, UiTM, 2019

6

AKTIVITI 43

TAJUK Harta ini Ahmad Albab Yang Punya

PENULIS Nur Hidayah Zainal

TUJUAN PEMBELAJARAN Untuk:

1. Menghubungkait konsep faraidh dengan matematik.

2. Mengaplikasi ilmu pecahan dan gandaan sepunya terkecil (lowest common multiple).

MASA DIPERLUKAN 30 minit

PENERAPAN NILAI MURNI 1. Menghargai ilmu berkaitan pecahan.

2. Menghargai kepentingan ilmu faraidh.

BAHAN YANG DIPERLUKAN Kertas A4, Pen/pensel

BILANGAN PELAJAR 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN

KAEDAH 1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seterusnya berada dalam kumpulan masing-masing.

2. Peserta diminta untuk melakonkan dan menyelesaikan situasi yang diberikan seperti berikut:

Encik Syawal disahkan meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Beliau meninggalkan seorang isteri

(Puan Mastura), seorang ibu (Ibu), seorang ayah (Tuan Mashood), seorang anak lelaki (Ahmad Albab) dan

seorang anak perempuan (Melur). Encik Syawal turut meninggalkan harta yang berjumlah RM 7,200,000

(7.2 Juta).

Pembahagian faraidh yang ditetapkan ke atas harta Encik Syawal adalah seperti berikut:

Puan Mastura: 1/8.

Ibu: 1/6.

Tuan Mashood : 1/6.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 7: APPRECIATE, UiTM, 2019

7

Baki harta hendaklah dibahagi dengan kadar berikut:

2 : 1

Ahmad Albab : Melur

3. Peserta diminta untuk berbincang dalam kumpulan dan menyelesaikan masalah pembahagian harta keluarga

allahyarham Encik Syawal.

4. Selepas 15 minit, setiap kumpulan akan membentangkan jawapan mereka dalam bentuk lakonan.

5. Fasilitator/mentor akan meminta ahli kumpulan untuk keluarkan pengajaran dan hasil dari perbincangan.

PENILAIAN Pelajar akan dapat:

1. Melakukan (perform) operasi aritmetik ke atas pecahan.

2. Mengaplikasi operasi aritmetik pecahan dalam penyelesaian masalah berkaitan faraidh.

KOS TERLIBAT RM100.00

RUJUKAN

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 8: APPRECIATE, UiTM, 2019

8

AKTIVITI 44

TAJUK TerrorNya Aku!

PENULIS 1. Nuru’l – ‘Izzah Othman (Dr)

2. Nor Hashimah Sulaiman (Dr)

TUJUAN PEMBELAJARAN Untuk menduga dan menggerakkan akal pelajar melalui aktiviti yang bercorak pertandingan.

MASA DIPERLUKAN 40 minit

PENERAPAN NILAI MURNI 1. Bekerjasama.

2. Kepimpinan.

BAHAN YANG DIPERLUKAN Kertas A4, Pen/pensel

BILANGAN PELAJAR 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN

KAEDAH 1. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan akan dipandu oleh seorang mentor. Mentor bertindak sebagai pemudahcara

sahaja. Mereka tidak dibenar menyelesai dan memberi jawapan bagi pihak kumpulan peserta yang

dipandu.

3. Peserta dibekalkan dengan kertas soalan aktiviti-aktiviti yang merupakan soalan penyelesaian

masalah berbentuk ayat atau pola.

4. Masa 30 minit diberikan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diberi.

5. Selepas 30 minit mentor akan membincangkan jawapan dan memberikan markah.

6. Kumpulan yang memperolehi markah yang tertinggi adalah pemenang bagi pertandingan ini.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 9: APPRECIATE, UiTM, 2019

9

Aktiviti:

Peserta berbincang sesama ahli kumpulan untuk menjawab soalan-soalan berikut:

1. Puan Aida telah berjaya memasak 5 balang besar tat nenas untuk perayaan Hari Raya ‘Idil Fitr pada tahun

ini. Setiap balang boleh disi sebanyak 115 keping tat.

a) Berapakah jumlah tat nenas yang berjaya disediakan oleh Puan Aida?

Jumlah tat yang disediakan ialah _________ keping.

b) Dia menjual 5

1 dari jumlah keseluruhan tat itu kepada jirannya. Bakinya telah dibahagikan dalam

nisbah-nisbah berikut: 5 bahagian kepada ibunya, 3 bahagian kepada adiknya dan 2 bahagian untuk

dirinya sendiri. Kira bilangan keping tat yang diperolehi oleh setiap dari mereka yang telibat:

Jiran : _____________ keping.

Ibu : _____________ keping.

Adik : _____________ keping.

Puan Aida : _____________ keping.

2. Ammar telah membeli sekeping pizza pada pukul 12 tengahari dan telah memakan separuh dari pizza

tersebut pada pukul 1 petang. Pada pukul 2 petang dia memakan separuh dari baki pizza yang tertinggal dan

seterusnya separuh dari baki yang tertinggal bagi setiap jam berikutnya.

a) Berapakah bahagian baki pizza yang tinggal selepas:

Jam pertama : _____________.

Jam kedua : _____________.

Jam ketigaa : _____________.

Jam keempat : _____________.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 10: APPRECIATE, UiTM, 2019

10

b) Cuba anda buat kesimpulan mengenai pola baki pizza tersebut: _________.

c) Bahagian pizza yang tinggal selepas selepas pukul 6 ialah _________.

3. Tentukan bandingan yang sesuai: MILAH dengan ILHAM, seperti 31475 dengan ________.

4. Sekiranya Amin dapat menyiapkan 6 model kereta mainan dalam masa 3 hari, berapa harikah yang

diperlukan untuk Amin menyiapkan 10 model kereta mainan?

5. Jika 7

6 daripada suatu nombor ialah 126, maka

7

4 daripada nombor yang sama memberikan nilai

___________.

6. Markah purata yang diperolehi oleh Lilian dalam empat subjek ialah 81. Berapakah markah yang

diperolehi oleh Lilian untuk subjek kelima sekiranya markah purata kelima-lima subjek ialah 77?

7. Aiman diberi satu kad yang tertulis satu nombor. Dalam operasi pertama, dia menolak nombor

tersebut sebanyak 30. Seterusnya, dalam operasi kedua dia menambah nombor di kad sebanyak

20% daripada nombor yang diperolehi daripada operasi pertama. Sekiranya nombor yang

diperolehi dalam operasi kedua berbeza dengan nombor di kad sebanyak 26, apakah nombor yang

tertera pada kad tersebut?

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 11: APPRECIATE, UiTM, 2019

11

8. Perhatikan pola nombor berikut:

2, 3, 6, 11, 18, 27, ____.

a) Dapatkah anda membuat kesimpulan mengenai pola nombor tersebut?

b) Apakah nombor berikutnya selepas 27?

9. Perhatikan gambarajah berikut yang terhasil dari pertindihan tiga bentuk geometri asas. Diberi jarak

AB = BI = DE = EF = 4 unit. Garis BI melalui titik tengah O. Jarak CD = GH = 3 unit sementara jarak

CE = FH = 5 unit.

a) Nyatakan ketiga-tiga bentuk geometri asas yang membentuk gambarajah di atas.

b) Jika AI2

1AJ , EF

4

3DG dan jika

o45GOIBOD serta o09IOJ , kira

i) perimeter bentuk tersebut.

ii) luas bentuk CEFH.

J

O B I

A

C D

E F

H G

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 12: APPRECIATE, UiTM, 2019

12

PENILAIAN Pelajar akan dapat mengaplikasi pengetahuan asas matematik, pengetahuan mengenai bentuk dan pola matematik,

dan kemahiran matematik dalam penyelesaian masalah.

KOS TERLIBAT RM100.00

RUJUKAN

1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Matematik.

Dokumen Standar Kurikulum dan Pentaksiran. Tingkatan 1.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Matematik.

Dokumen Standar Kurikulum dan Pentaksiran. Tingkatan 2.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 13: APPRECIATE, UiTM, 2019

13

AKTIVITI 45

TAJUK MindaKu Aktif!

PENULIS

1. Hamidah Maidinsah (Prof. Madya Dr)

2. Nuru’l – ‘Izzah Othman (Dr)

3. Nor Hashimah Sulaiman (Dr)

TUJUAN PEMBELAJARAN Untuk membolehkan pelajar merasakan dan menghargai keseronokan mempelajari matematik.

MASA DIPERLUKAN 60 minit

PENERAPAN NILAI MURNI 1. Semangat berpasukan.

2. Hormat-menghormati (pendapat orang lain)

BAHAN YANG DIPERLUKAN Soalan Soduku, Set Tangram, Papan Congkak

BILANGAN PELAJAR 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN

KAEDAH 1. Pelajar akan dibahagikan kepada tiga kumpulan besar, ia itu A, B dan C.

2. Setiap kumpulan akan bermain satu permainan yang berbeza ia itu samada Soduku, Tangram atau Congkak

selama 20 minit.

3. Selepas 20 minit setiap kumpulan akan bertukar permainan.

Aktiviti 1: Soduku

i. Peserta akan diberikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 4 orang pelajar dan seorang fasilitator/mentor.

ii. Setiap kumpulan akan dilatih oleh mentor selama 10 minit untuk menyelesaikan teka silang Soduku.

iii. Pertandingan “10 minit teka silang Soduku” akan dilaksanakan selepas latihan.

Aktiviti 2: Tangram

i. Peserta akan diberikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 4 orang pelajar dan seorang

fasilitator/mentor.

ii. Setiap kumpulan akandibekalkan dengan rajah-rajah Tangram yang perlu diselesaikan dalam masa 15 minit.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 14: APPRECIATE, UiTM, 2019

14

iii. Kumpulan yang dapat menyelesaikan rajah Tangram terbanyak adalah pemenang.

Aktiviti 3: Congkak

i. Pelajar dibahagi mengikut 2 orang pelajar dengan satu papan congkak.

ii. Permainan akan dilaksanakan dalam masa 10 minit bagi setiap pusingan.

PENILAIAN Pembelajaran dari aktiviti Sudoku:

• Menajamkan kemahiran operasi matematik dan nombor.

• Mengaktifkan aritmetik mental/congak, logik nombor dan kombinatorik.

• Mengenali warisan bangsa Jepun.

Pembelajaran dari aktiviti Tangram:

• Penguasaan konsep matematik: bentuk geometri, saiz, kongruen, keserupaan, simetri.

• Meningkatkan keupayaan kemahiran gabungan bentuk, ruang, putaran, penaakulan, imaginasi, kreativiti,

ketelitian, kesabaran.

• Mengenali warisan bangsa Cina.

• Menghargai gabungan bentuk-bentuk geometri.

Pembelajaran dari aktiviti Congkak:

• Mengenali warisan bangsa Melayu.

• Latihan koordinasi tangan dan otak.

• Kemahiran imbangan dan anggaran.

KOS TERLIBAT RM500.00

RUJUKAN Arsmah et al. (2014). Modul Perkhemahan Matematik PERSAMA,PERSAMA. 978-967-10529-2-1.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 15: APPRECIATE, UiTM, 2019

15

AKTIVITI 46

TAJUK Seni Matematik (Mathematical Art)

PENULIS Hamidah Maidinsah (Prof. Madya Dr)

TUJUAN PEMBELAJARAN

Untuk:

1. Memberi pendedahan kepada pelajar kepada seni matematik yang terdapat di dalam kehidupan sehari-hari.

2. Meransang kognitif pelajar dengan konsep berkaitan saiz, bentuk, transformasi dan corak teselasi.

MASA DIPERLUKAN 40 minit

PENERAPAN NILAI MURNI

1. Kreativiti.

2. Menghargai fungsi matematik dalam memperihalkan seni.

3. Menghayati dan menghargai seni.

4. Mengagungi ciptaan tuhan.

BAHAN YANG DIPERLUKAN Kertas

Pen/pensil

Warna

BILANGAN PELAJAR 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN

KAEDAH Aktiviti 1: Corak kertas pembalut hadiah / lantai

Keterangan konsep teselasi:

Teselasi ialah proses untuk mencorakkan satu permukaan sepenuhnya dengan hanya menggunakan satu

atau beberapa bentuk geometri yang sama saiz dan tanpa meninggalkan ruang yang kosong.

1. Pilih satu atau dua bentuk geometri yang boleh membentuk corak teselasi.

2. Tentukan transformasi yang digunakan untuk memenuhi permukaan kertas.

3. Penuhkan permukaan kertas yang diberi.

4. Warnakan.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 16: APPRECIATE, UiTM, 2019

16

Teselasi dengan satu bentuk geometri: Teselasi dengan dua bentuk geometri:

Aktiviti 2: Gambar/Objek bergeometri di sekeliling sekolah atau taman

1. Gunakan bentuk segitiga sama atau segiempat sama atau gabungan kedua-duanya.

2. Perbagaikan saiz bentuk segitiga sama atau segiempat sama

3. Lukis gambar seperti rumah, orang, kapal, pokok dll.

4. Pelajar menceritakan bagaimana proses yang digunakan untuk menghasilkan gambar.

PENILAIAN Pembelajaran dari aktiviti:

Bentuk dan seni di sekeliling kita boleh dijelaskan atau diterbitkan dari konsep matematik.

Bentuk dan seni di sekeliling kita adalah objek matematik.

KOS TERLIBAT RM250.00

RUJUKAN -

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 17: APPRECIATE, UiTM, 2019

17

AKTIVITI 47

TAJUK Am I Counted?

PENULIS Aida Maria Ismail (Dr)

TUJUAN PEMBELAJARAN Untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepada ilmu perakaunan di dalam kehidupan sehari-hari

MASA DIPERLUKAN 40 minit

PENERAPAN NILAI MURNI 5. Bersyukur (di atas aset yang dimiliki)

6. Berjimat cermat

BAHAN YANG DIPERLUKAN Flash Card - Klasifikasi Perakaunan (Aset/Modal/Liabiliti)

Flash Card - Persamaan Perakaunan Asas:

Aset = Modal + Liabiliti

Flash Card - Persamaan Perakaunan Dikembangkan:

Aset = Modal + Pendapatan - Perbelanjaan + Liabiliti

Kerta soalan aktiviti, Kertas A4 (Putih dan warna), Pen/pensel

BILANGAN PELAJAR 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN

KAEDAH 1. Peserta-peserta akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan akan membuat aktiviti berbeza samada Klasifikasi Perakaunan atau Persamaan Perakaunan

Asas atau Persamaan Perakaunan Dikembangkan.

3. Selepas 25 minit setiap kumpulan akan bertukar aktiviti.

Aktiviti 1: Klasifikasi Perakaunan

i. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 5 orang pelajar dan seorang

fasilitator/mentor.

ii. Setiap kumpulan akan dilatih oleh mentor selama 15 minit untuk memahami dan mengenalpasti item/benda

untuk diklasifikasikan mengikut prinsip Akaun dari segi Aset/Modal/liabiliti.

iii. Pertandingan “10 minit Klasifikasi Perakaunan (Aset/Modal/liabiliti)” akan dilaksanakan selepas latihan.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 18: APPRECIATE, UiTM, 2019

18

Aktiviti 2: Persamaan Perakaunan Asas

5. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 5 orang pelajar dan seorang

fasilitator/mentor.

6. Setiap kumpulan akan dilatih oleh mentor selama 15 minit untuk memahami konsep Persamaan Perakaunan

Asas ia itu:

Aset = Modal + Liabiliti

7. Pertandingan "10 minit Persamaan Perakaunan Asas" akan dilaksanakan selepas latihan.

Aktiviti 3: Persamaan Perakaunan Dikembangkan

i. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 5 orang pelajar dan seorang

fasilitator/mentor.

ii. Setiap kumpulan akan dilatih oleh mentor selama 15 minit untuk memahami konsep Persamaan Perakaunan

Dikembangkan ia itu:

Aset = Modal + Pendapatan - Perbelanjaan +Liabiliti

iii. Pertandingan "10 minit Persamaan Perakaunan Dikembangkan” akan dilaksanakan selepas latihan.

PENILAIAN Pembelajaran dari aktiviti Klasifikasi Perakaunan:

Memahami setiap item/benda di sekeliling kita boleh diklasifikasikan mengikut prinsip akaun ia itu

Aset/Modal/liability.

Memberi kepekaan terhadap nilai setiap item/benda di sekeliling kita.

Memahami prinsip asas perakaunan yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan sehari-hari.

Pembelajaran dari aktiviti Persamaan Perakaunan Asas dan aktiviti Persamaan Perakaunan Dikembangkan:

Memahami bahawa apabila item/benda disekeliling kita yang diklasifikasikan mengikut prinsip akaun

(Aset/Modal/liability) dimasukkan ke dalam Persamaan Perakaunan Asas,ianya perlulah sentiasa sama ia

itu:

Aset = Modal + Liabiliti

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 19: APPRECIATE, UiTM, 2019

19

Membantu didalam perancangan bajet dan pembuatan keputusan.

Memberi pendedahan terhadap konsep keushawanan.

KOS TERLIBAT RM250.00

RUJUKAN

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 20: APPRECIATE, UiTM, 2019

20

AKTIVITI 48

TAJUK Hey Biz! Let’s Account!

PENULIS Aida Maria Ismail (Dr)

TUJUAN PEMBELAJARAN Untuk memberi pemahaman kepada pelajar bagaimana dikatakan Perakaunan sebagai bahasa perniagaan.

MASA DIPERLUKAN 40 minit

PENERAPAN NILAI MURNI Kejujuran

BAHAN YANG DIPERLUKAN Flash Card - Penyata Imbangan Kira-kira (BalanceSheet)

Flash Card - Penyata Pendapatan (Income Statement)

Kerta soalan aktiviti, Kertas A4, Pen/pensel

BILANGAN PELAJAR 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN

KAEDAH 1. Peserta-peserta akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan akan membuat aktiviti berbeza samada Penyata Imbangan Kira-kira (Balance Sheet) atau

Penyata Pendapatan (Income Satement).

3. Selepas 25 minit setiap kumpulan akan bertukar aktiviti.

Aktiviti 1: Penyata Imbangan Kira-kira (BalanceSheet)

i. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 5 orang pelajar dan seorang

fasilitator/mentor.

ii. Setiap kumpulan akan dilatih oleh mentor selama 15 minit untuk memahami dan menyediakan Penyata

Imbangan Kira-kira (Balance Sheet).

iii. Pertandingan “10 minit Penyediaan Penyata Imbangan Kira-kira” akan dilaksanakan selepas latihan.

Aktiviti 2: Penyata Pendapatan (Income Satement)

i. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 5 orang pelajar dan seorang

fasilitator/mentor.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 21: APPRECIATE, UiTM, 2019

21

ii. Setiap kumpulan akan dilatih oleh mentor selama 15 minit untuk memahami konsep PenyataPendapatan

(Income Statement).

iii. Pertandingan “10 minit Penyediaan Penyata Pendapatan" akan dilaksanakan selepas latihan.

PENILAIAN Pembelajaran dari aktiviti Penyata Imbangan Kira-kira (BalanceSheet):

Memahami bahawa setiap item/benda disekeliling kita yang boleh diklasifikasikan mengikut prinsip akaun

(Aset/Modal/liabiliti) akan dimasukkan ke dalam Penyata Imbangan Kira-kira.

Melalui Penyata Imbangan Kira-kira kedudukan kewangan dari segi Aset, Modal dan Liabiliti boleh dilihat

dengan jelas.

Membantu didalam perancangan bajet dan pembuatan keputusan.

Memberi pendedahan terhadap konsep keushawanan.

Pembelajaran dari aktiviti Penyata Pendapatan (Income Satement):

Memahami bahawa setiap item/benda di sekeliling kita yang boleh diklasifikasikan mengikut prinsip akaun

(Pendapatan/Perbelanjaan) akan dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.

Melalui Penyata Pendapatan prestasi kewangan boleh dilihat dengan jelas.

Membantu di dalam perancangan bajet dan pembuatan keputusan.

Memberi pendedahan terhadap konsep keushawanan.

KOS TERLIBAT RM250.00

RUJUKAN

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 22: APPRECIATE, UiTM, 2019

22

AKTIVITI 49

TAJUK Saya berintegriti!

PENULIS Aida Maria Ismail (Dr)

TUJUAN PEMBELAJARAN Untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar dan memberi pendedahan bagaimana nilai-nilai tersebut

dipraktik di dalam perniagaan.

MASA DIPERLUKAN 40 minit

PENERAPAN NILAI MURNI Integriti, kejujuran

BAHAN YANG DIPERLUKAN Integrity Board Game

Buah Dadu

“Flash cards” yang mempunyai soalan berkaitan nilai-nilai murni didalam perniagaan.

Penanda untuk setiap pemain/peserta.

BILANGAN PELAJAR 5 ORANG DALAM SATU KUMPULAN

KAEDAH 1. Peserta-peserta akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan akan bermain Integrity Board Game.

3. Pemain/peserta yang sampai ke garisan penamat (HOME) dikira sebagai pemenang

4. Pemainan dianggarkan selama 35 minit.

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019

Page 23: APPRECIATE, UiTM, 2019

23

PENILAIAN Pembelajaran dari Interity Board Game:

Memahami pentingnya nilai murni didalam kehidupan kita sehari-hari.

Melalui Integrity Board Game pelajar dapat didedahkan bagaimana nilai murni ini dipraktikan didalam alam

perniagaan.

Memberi pendedahan betapa pentingnya nilai murni ini bagi memastikan kelastarian sesuatu perniagaan.

Membentuk keperibadian yang berintegriti dikalangan pelajar.

Memberi pendedahan terhadap konsep keushawanan.

KOS TERLIBAT RM300.00

RUJUKAN

© APPRECIATE,

FSKM, UiTM, 2

019