iklan rasmi tawaran kursus sijil pendidikan awal kanak ... · pdf filejabatan kemajuan...

Download Iklan Rasmi Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak ... · PDF filejabatan kemajuan masyarakat (kemas) kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah tawaran mengikuti kursus sijil

If you can't read please download the document

Upload: phamthuan

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

    KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

    TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEMAS TAHUN 2017

    Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Tahun 2017

    1. SYARAT

    1.1 Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia;

    (b) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;

    (c) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan

    diiktiraf setaraf dengannya; dan

    1.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) calon perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

    (a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua daripada

    mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaaan; atau

    (b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaaan dalam tempoh tiga tahun berturut-

    turut; dan

    (c) calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

    1.3 terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.

  • 2. MAKLUMAT ASAS KURSUS

    2.1 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS 2.2 Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada

    perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

    3. PANDUAN MENGISI DAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

    3.1 calon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS SPAK Pin. 2017 yang boleh dimuat turun dari laman sesawang KEMAS (www.kemas.gov.my);

    3.2 calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan;

    3.3 borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada salah satu alamat KEMAS Negeri *(negeri bermastautin / merancang untuk bermastautin) sebelum tarikh tutup permohonan;

    3.4 borang permohonan yang lengkap hanya akan diproses melalui pejabat KEMAS

    Negeri; dan

    3.5 permohonan yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan tidak akan dilayan.

    4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Mei 2017

    5. PANGGILAN TEMU DUGA

    5.1 hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

    5.2 calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

    http://www.kemas.gov.my/

  • ALAMAT PEJABAT KEMAS NEGERI

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis Tingkat Bawah Bangunan Persekutuan Lama 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9761023 / 04-9779382

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Kedah Zon A, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah, 06550 Alor Setar Kedah Tel : 04-7322966 / 04-7311903

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pulau Pinang Aras 2, Anjung A Wisma Persekutuan, Seberang Perai Utara Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas Pulau Pinang Tel : 04-5755781 / 04-5755762

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perak Blok C, Tingkat 2C3-1 Bangunan Persekutuan Greentown Jalan Dato Seri Ahmad Said 30450 Ipoh, Perak Tel : 05-2535322 / 05-2535323

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Selangor Lot 03-42, Tingkat 3, Kompleks PKNS Persiaran Tasik, 40505 Shah Alam Selangor Tel : 03-55193044 / 03-55193145

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Wilayah Persekutuan Pusat Kegiatan Masyarakat Kg. Sri Batu Lot 48565 Jalan 2/12D, Kampung Sri Batu, 51100 Kuala Lumpur Tel : 03-62510218

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka Aras 2, Menara Persekutuan Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya 75450 Ayer Keroh, Melaka Tel : 06-2345000 / 06-2345002

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan Tingkat 6, Wisma Persekutuan Jalan Dato Abdul Kadir 70000 Seremban, Negeri Sembilan Tel : 06-7638114 / 06-7628792

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Johor Tingkat 6, Blok A, Wisma Persekutuan Jalan Air Molek 80100 Johor Bahru, Johor Tel : 07- 2278941 / 07-2278373

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pahang Tingkat 12, Wisma Persekutuan Jalan Gambut 25000 Kuantan, Pahang Tel : 09-5161636 / 09-5177586

  • Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Kelantan Tingkat 9, Wisma Persekutuan Jalan Bayam 15517 Kota Bharu, Kelantan Tel : 09-7441051 / 09-7443051

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Terengganu Tingkat 10, Wisma Persekutuan 20200 Kuala Terengganu Terengganu Tel : 09-6221321 / 09-6301400

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sabah Aras 5, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Jalan UMS Sulaman-Likas Peti Surat No.23 88400 Kota Kinabalu, Sabah Tel : 088-488407 / 088-488408

    Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak Tingkat 6 &7, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93300 Kuching, Sarawak Tel : 082-240636

    JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH