tawaran ekuiti

Download TAWARAN EKUITI

Post on 12-Jan-2017

265 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Solidariti Maria

    Media_SelangorMediaSelangor

    selangortv.my

    www.selangorkini.my

    #SmartSelangorPERCUMA 25 November - 2 Disember 2016, 25 Safar - 2 Rabiulawal 1438

    2

    Penduduk tak jual tanah

    TAWARAN EKUITI RM. BILION

    Pada , nilai ekuitiditawarkan kepada syarikat

    konsesi terbabit dilakukansecara bertulis, sekali gus menepis

    dakwaan mantan Menteri Besar bahawa jumlah ditawarkan

    hanya RM juta

    - Panel Penilai Air Selangor

    Pada , nilai ekuitiditawarkan kepada syarikat

    konsesi terbabit dilakukansecara bertulis, sekali gus menepis

    dakwaan mantan Menteri Besar bahawa jumlah ditawarkan

    hanya RM juta

    - Panel Penilai Air Selangor

    BERITA PENUH MUKA

    Smart City jalin kerjasama pemain industri

    7

    10

  • Utama2 SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

    Rakyat berkobar tuntut perubahanLAPORAN OLEH HAFIZAN TAIB & NAZLI IBRAHIM

    KUALA LUMPUR - Himpunan BERSIH 5 yang berlangsung di ibu negara berjalan lancar dengan semua pihak memberi kerjasama tanpa insiden tidak diingini, pada 19 November lalu.

    Sejak awal pagi hingga lewat petang, peserta himpunan me-matuhi segala arahan diberi bagi

    memastikan ia berjalan aman se-perti dirancang.

    Walaupun penganjuran him-punan itu cuba diganggu pihak tertentu khususnya Gerakan Baju Merah, namun usaha terbabit tidak berhasil ekoran kebijaksa-naan pasukan polis mengawal keadaan.

    Kepatuhan peserta tidak men-ceroboh kawasan larangan se-perti Dataran Merdeka dan Da-

    taran Bandaraya Kuala Lumpur, memudahkan tugas polis me-ngendalikan himpunan hingga saat akhir.

    Ketiadaan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dalam himpunan kali ini tidak memu-darkan semangat rakyat bagi meneruskannya, malahan pe- nyertaan mantan Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan kelainan bagi edisi

    kali ini.Pengerusi Parti Pribumi Bersa-

    tu Malaysia (BERSATU) itu disertai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti lain.

    Tidak ketinggalan, mantan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga; Presiden KEADILAN, Da-tuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Dato Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah

    Anwar juga pimpinan daripada DAP serta Amanah.

    Himpunan kali ini memfokus-kan lima tuntutan iaitu menun-tut pilihan raya bersih, kerajaan bersih, memperkukuh demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasakan Sabah dan Sarawak.

    Dianggarkan hampir 70,000 peserta menyertai BERSIH 5 dan ia disifatkan berjaya oleh penganjur.

    Najib masih bershalala ketika rakyat tertekanKUALA LUMPUR - Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak masih mampu menyanyi dan bergem-bira di sebalik kehidupan rakyat yang semakin tertekan.

    Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berka-ta, tidak cukup dengan itu, Najib juga cuba menafikan hak rakyat untuk berhimpun.

    Ketika rakyat menderita, Na-jib masih boleh bershalala se-dangkan rakyat sudah tertekan, katanya ketika berucap di hada-pan peserta BERSIH 5, di KLCC.

    Katanya, kebangkitan rakyat dalam perhimpunan BERSIH 5 adalah simbol penolakan ter-hadap kerajaan yang rakus dan rasuah.

    Beliau berkata, kesan daripada itu, rakyat kini dipertanggungjawabkan untuk membayar hutang negara ekoran kelemah-an pentadbiran Najib.

    "Kita juga menggesa pihak bertanggungjawab menangkap Malaysia Official 1 (MO1) bukan orang ramai yang menghadiri

    BERSIH 5," katanya.Walaupun cuba dihalang pi-

    hak berkuasa, BERSIH 5 berjaya mengumpulkan ribuan rakyat pelbagai bangsa dan usia yang melahirkan kekesalan terhadap kerajaan yang didakwa tidak adil.

    Segera bebaskan Maria tanpa syarat

    BERSIH 5 berjaya

    SHAH ALAM - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah perlu dibebaskan dengan kadar segera dan tanpa syarat, gesa Timbalan Presiden KEADILAN, Dato Seri Mohamed Azmin Ali.

    Beliau yang juga Dato Menteri Besar turut mengutuk penahan-an tanpa bicara Maria di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

    Katanya, penggunaan un-dang-undang anti terorisme ke atas pejuang hak asasi dan de-mokrasi sama sekali tidak bera-sas, salah dan mencabuli perlem-bagaan.

    Kebebasan untuk mengkritik kerajaan dan berhimpun adalah hak rakyat yang dijamin Perlem-bagaan Persekutuan.

    SOSMA bukan sahaja men-cabul perlembagaan tetapi dija-dikan alat menghalang aktiviti sah BERSIH.

    Ini mengukuhkan keper-cayaan kita bahawa ia memang bertujuan mengekalkan mereka berkuasa dengan cara tidak sah, katanya dalam kenyataan.

    Pada 19 November lalu, Maria mula ditahan di bawah Sosma,

    diikuti beberapa pemimpin dan aktivis pro Bersih atas pelbagai kesalahan.

    Sehubungan itu, BERSIH 2.0 mengerakkan himpunan Vigil Solidariti #BebasMaria menuntut pembebasan Maria di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Pulau

    Pinang, Sarawak dan Johor.Pemangku Pengerusi BERSIH

    2.0, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, perhimpunan aman di Dataran Merdeka bermula 21 November lalu terus berjalan se-hingga polis membebaskan Ma-ria.

  • Utama3SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

    Isu pengambilalihan SPLASH

    Khalid tidak berkata benarSHAH ALAM - Panel Penilai Air Selangor (Panel) mengesahkan Tan Sri Abdul Kha-lid Ibrahim menawarkan RM1.579 bilion untuk mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

    Katanya, nilai ekuiti ditawarkan ke-pada syarikat konsesi terbabit dilakukan secara bertulis, pada 2009, sekali gus menepis dakwaan mantan Menteri Be-sar itu bahawa jumlah ditawarkan hanya RM250 juta.

    Panel turut menyifatkan dakwaan Abdul Khalid bahawa Kerajaan Negeri sudah memuktamad dan menawarkan RM2.7 bilion kepada SPLASH sebagai ti-dak bertanggungjawab.

    "Abdul Khalid juga mendesak supaya perbincangan pengambilalihan SPLASH dibahas di Dewan Negeri Selangor (DNS), namun beliau sendiri lupa banyak perihal tawaran dilakukan sendiri kepada semua syarikat konsesi sejak 2009, tidak lang-sung dibahas.

    "Ia termasuk keputusan memulang-kan semula 'non water assets' yang dimi- liki Puncak Niaga Sdn Bhd kepada Pun-cak Niaga Holdings Berhad yang meru-pakan nilai 'substantial' RM577 juta tidak langsung dirujuk kepada DNS," katanya dalam kenyataan.

    Pada masa sama, panel turut memuji

    tindakan Kerajaan Negeri yang melan-tik penilai bebas juga mendapatkan pe-nilaian adil dan profesional berkenaan pengambilalihan SPLASH.

    Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa menekankan terma pengambilalihan ber- asaskan prinsip keadilan, tidak membe-bankan rakyat dan pengguna.

    "Panel sekali lagi menegaskan kesu-karan menetapkan penentuan penilaian sama untuk mencapai keadilan buat semua pemilik konsesi ekoran pelbagai faktor perbezaan sejarah pengkorpo-ratan dan terma konsesi.

    "Panel akan terus menekankan ama-lan 'best practice' dilaksanakan serta merujuk amalan pakar kewangan juga korporat dalam membantu Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan ini," katanya.

    Panel ditubuhkan pada 2009 berfung-si membantu Kerajaan Negeri menyem-purnakan pelan Penstrukturan Industri Bekalan Air Selangor (Penstrukturan).

    Panel terdiri daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parli-men Klang, Charles Santiago; Ahli Parli-men Selayang, William Leong; Ahli De-wan Negeri Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan dan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad.

    Tiada bayaran kali ganda kepada SPLASHTANJUNG KARANG - Pentadbi-ran Kerajaan Negeri tidak pernah membuat lebihan pembayaran 10 kali ganda untuk mengambil alih ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

    Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, dakwaan bersifat jahat dilemparkan individu tidak ber-tangungjawab itu sengaja di-timbulkan untuk memburukkan pentadbiran negeri.

    Saya tidak faham mengapa ada pihak membuat tohmahan

    seolah-olah kita membayar 10 kali ganda daripada nilai ta-waran yang pernah dibuat itu.

    Ini satu tuduhan tidak ber-tangunggjawab dan saya gem-bira apabila menteri sendiri mengesahkan di Parlimen ba-hawa perbincangan berkenaan rundingan itu masih berjalan.

    Kita menyambut baik inisi-atif Kerajaan Persekutuan me-lantik penilai bebas dan Kera-jaan Negeri sudah membuat lantikan itu sebelum ini, kata-nya selepas menyerahkan sum-

    bangan baik pulih masjid dan surau di Masjid Kampung Haji Razali, di sini, pada 18 Novem-ber lalu.

    Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Mohamed Azmin menawarkan RM2.7 bi-lion kepada SPLASH, namun perkara terbabit dinafikan.

    Kerajaan Negeri turut melan-tik panel penilaian bebas anta-rabangsa untuk menentukan kadar pembayaran bagi pe-ngambilalihan saham SPLASH.

    Andaian Zein dangkalSHAH ALAM - Andaian kononnya rakyat bakal menanggung tarif air RM1,200 setahun jika Kerajaan Negeri mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan tawaran RM2.7 bilion adalah jauh meleset.

    Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, andaian itu jelas berbentuk tohmahan bertujuan memburuk-burukkan Kerajaan Negeri sedangkan sehingga kini ia masih di peringkat rundingan.

    Katanya, Kerajaan Negeri akan memastikan pengambilalihan SPALSH menepati terma keadilan untuk semua pihak, akauntibiliti, telus dan tidak membebankan rakyat.

    Kerajaan Negeri sentiasa teliti dalam isu penstrukturan in-dustri air termasuk mengambil pendapat pelbagai pihak selain menubuhkan Panel Penilai Air Selangor (Panel) bagi meneliti perjalanan penstrukturan air di-lakukan secara adil.

    "Ia juga dijamin mampu mem-beri kesan bermanfaat kepada rakyat pada masa akan datang, katanya mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sela-ngor, Datuk Zein Isma.

    Pada masa sama, Shuhaimi tu-rut mempertikai teori dikemuka-kan Zein selain menyifatkannya sebagai tidak munasabah