iklan - bahan bacaan · pdf filebahan bacaan meliputi bahan-bahan ... syarat tersebut boleh...

2
KENYATAAN PELAWAAN PENILAIAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN 1. Tawaran adalah dipelawa kepada penerbit/pembekal tempatan yang berwibawa dan berkeupayaan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010102 (Bahan Bacaan) yang masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran. 2. Bahan bacaan meliputi bahan-bahan bercetak sama ada fiksyen dan bukan fiksyen dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Bahan-bahan yang mengandungi elemen-elemen yang menyokong kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir aras tinggi adalah digalakkan dan menjadi keutamaan. Buku teks, lembaran kerja, buku ulang kaji, bimbingan peperiksaan dan seumpamanya tidak termasuk dalam tawaran ini. 3. Kehadiran taklimat adalah WAJIB dan akan diadakan pada 11 Februari 2014 (Selasa), 10 pagi di Auditorium, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pesiaran Bukit Kiara, 50604 Kuala Lumpur. I. SYARAT PENYERTAAN Semua penerbit/pembekal yang berminat untuk menyertai tawaran ini mesti mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat tersebut boleh menyebabkan bahan yang dikemukakan tidak dinilai. 1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010102(Bahan Bacaan) dan mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan serta Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan. 2. Bahan yang diterima untuk penilaian adalah bahan terbitan dalam atau luar negara dari tahun 2012 hingga 2014 yang telah berada di pasaran tempatan. 3. Melengkapkan semua maklumat yang diperlukan secara dalam talian di alamat http://www.moe.gov.my/penilaianbbt2014/ 4. Pembekal hendaklah mengemukakan surat kebenaran oleh penerbit asal bagi menyerahkan bahan bacaan untuk tujuan penilaian. 5. Mengemukakan dua naskhah bagi setiap judul bahan bacaan tambahan untuk dinilai. 6. Penghantaran bahan oleh setiap penerbit/pembekal adalah terhad kepada jumlah maksimum iaitu sebanyak 10 judul bahan bukan bersiri atau 5 judul bahan bersiri atau gabungan kedua-duanya iaitu tidak melebihi 10 judul.

Upload: truongngoc

Post on 06-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: IKLAN - Bahan Bacaan · PDF fileBahan bacaan meliputi bahan-bahan ... syarat tersebut boleh menyebabkan bahan yang dikemukakan tidak dinilai. 1. ... negara dari tahun 2012 hingga 2014

KENYATAAN PELAWAAN PENILAIAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Tawaran adalah dipelawa kepada penerbit/pembekal tempatan yang berwibawa dan berkeupayaan serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010102 (Bahan Bacaan) yang masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran.

2. Bahan bacaan meliputi bahan-bahan bercetak sama ada fiksyen dan bukan

fiksyen dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Bahan-bahan yang mengandungi elemen-elemen yang menyokong kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir aras tinggi adalah digalakkan dan menjadi keutamaan. Buku teks, lembaran kerja, buku ulang kaji, bimbingan peperiksaan dan seumpamanya tidak termasuk dalam tawaran ini.

3. Kehadiran taklimat adalah WAJIB dan akan diadakan pada 11 Februari 2014

(Selasa), 10 pagi di Auditorium, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pesiaran Bukit Kiara, 50604 Kuala Lumpur.

I. SYARAT PENYERTAAN Semua penerbit/pembekal yang berminat untuk menyertai tawaran ini mesti

mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat tersebut boleh menyebabkan bahan yang dikemukakan tidak dinilai.

1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010102(Bahan Bacaan) dan mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan serta Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan.

2.

Bahan yang diterima untuk penilaian adalah bahan terbitan dalam atau luar negara dari tahun 2012 hingga 2014 yang telah berada di pasaran tempatan.

3. Melengkapkan semua maklumat yang diperlukan secara dalam talian di alamat http://www.moe.gov.my/penilaianbbt2014/

4. Pembekal hendaklah mengemukakan surat kebenaran oleh penerbit asal bagi menyerahkan bahan bacaan untuk tujuan penilaian.

5. Mengemukakan dua naskhah bagi setiap judul bahan bacaan tambahan untuk dinilai.

6. Penghantaran bahan oleh setiap penerbit/pembekal adalah terhad kepada jumlah maksimum iaitu sebanyak 10 judul bahan bukan bersiri atau 5 judul bahan bersiri atau gabungan kedua-duanya iaitu tidak melebihi 10 judul.

Page 2: IKLAN - Bahan Bacaan · PDF fileBahan bacaan meliputi bahan-bahan ... syarat tersebut boleh menyebabkan bahan yang dikemukakan tidak dinilai. 1. ... negara dari tahun 2012 hingga 2014

2

7. Menyerahkan semua bahan mengikut tarikh dan tempat yang ditetapkan. Bahan yang diserahkan adalah menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia dan tidak akan dikembalikan.

8. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak terikat dengan pembelian dan pembekalan ke atas bahan-bahan yang telah dinilai dan diperakukan dengan mana-mana pihak penerbit/pembekal.

9. Semua bahan yang telah siap diasing dan diikat hendaklah dimasukkan ke dalam kotak dan diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pesiaran Bukit Kiara, 50604 Kuala Lumpur.

10. Tarikh dan masa serahan adalah 12 hingga 21 Februari 2014. Isnin hingga Khamis-9.00 pagi – 4.00 petang ;dan Jumaat- 9.00 pagi – 12.00 tengah hari dan 2.45 petang – 4.00 petang di Unit Pengurusan Perolehan, Bahagian Teknologi Pendidikan.