buletin ikatan september 2012

6
Menurut ilmu psikologi dan pem- bangunan sumber manusia, perbuatan dan tindakan manusia didorong oleh dua perka- ra. Yang pertama, kepercayaan dan ideolo- gi yang dimiliki seseorang. Di dalam Islam, ia lebih dikenali sebagai 'aqidah. Yang kedua, nilai dan prinsip yang dipegang dan dianggap penting dalam hidup seseorang. Ini lebih dikenali di dalam Islam dengan apa yang disebut sebagai akhlaq. Hasil adu- nan kedua-dua ini akan membentuk para- digma atau tasawwur di dalam seseorang terhadap dunia,hingga lahirlah kemudiann- ya segala tindak-tanduk dan cara hidup. * * * Mahasiswa dan mahasiswi Mesir mem- banjiri perlembahan Nil saban tahun, sejak awal kurun ke-20 lagi. Generasi demi gen- erasi datang berduyun-duyun dengan hajat menimba ilmu di bumi yang penuh dengan suasana yang tersendiri, dan asing di sisi bangsa Melayu. Generasi awal dari Tanah Melayu yang datang ke bumi Anbiya' ini membina se- jarah dan legasi mereka yang tersendiri. Penilaian dan pemerhatian mereka kepada suasana yang mengelilingi mereka pada zaman itu, membawa mereka kepada beberapa usaha penting di sisi mereka, dengan niat ingin membina suasana sal- ing membantu dan persaudaraan yang tinggi di kalangan semua bangsa Melayu yang ada pada ketika itu. Atas dasar dan semangat persaudaraan ini, serta ruh keterikatan dan kesatuan yang ada di jiwa, mereka dirikan badan yang mampu memenuhi hasrat tersebut. Satu-satunya badan, pada ketika itu, yang wujud sesuai dengan kecilnya bilangan mereka, yang berusaha memelihara keterikatan hati dan sifat saling membantu di ka- langan para penuntut ilmu, khususnya di Al-Azhar. Zaman demi zaman berlalu. Generasi yang dahulu membuka jalan menuntut ilmu di Al-Azhar, kini sudah mula menghantar generasi cucu mereka pula menimba di telaga yang pernah mereka timba dahulu. Demi meneguk siraman ilmu yang sama yang pernah mereka rasai dahulu. Cuma bezanya kini, di zaman cucu mereka, penuntut dan penimba ilmu sudah berpuluh kali ganda Mengubah Paradigma Pemikiran Mahasiswa Mesir ramainya. Berkat doa mereka inginkan zuriat yang berilmu, maka Allah alirkan generasi cucu-cucu mereka yang berbon- dong-bondong berasak di bangku ilmu, di Mesir ini. Selari dengan fitrah manusia yang pelbagai rencah dan kerenahnya, per- tambahan penuntut di bumi Mesir mem- bawa satu suasana yang baru dan tersendiri, ditambah pula dengan para penuntut ilmu perubatan yang tidak pernah putus dihantar ke sini. Gerombo- lan penuntut ilmu baru ini mencipta satu suasana baru yang tersendiri, yang jauh berbeza dengan suasana datuk dan ne- ...Bersambung di m/s 3

Upload: ismamesirmedia-ismamesir

Post on 23-Mar-2016

254 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Mengubah Paradigma Pemikiran Mahasiswa Mesir

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin IKATAN September 2012

Menurut ilmu psikologi dan pem-bangunan sumber manusia, perbuatan dan tindakan manusia didorong oleh dua perka-ra. Yang pertama, kepercayaan dan ideolo-gi yang dimiliki seseorang. Di dalam Islam, ia lebih dikenali sebagai 'aqidah. Yang kedua, nilai dan prinsip yang dipegang dan dianggap penting dalam hidup seseorang. Ini lebih dikenali di dalam Islam dengan apa yang disebut sebagai akhlaq. Hasil adu-nan kedua-dua ini akan membentuk para-digma atau tasawwur di dalam seseorang terhadap dunia,hingga lahirlah kemudiann-ya segala tindak-tanduk dan cara hidup.

* * *

Mahasiswa dan mahasiswi Mesir mem-banjiri perlembahan Nil saban tahun, sejak awal kurun ke-20 lagi. Generasi demi gen-erasi datang berduyun-duyun dengan hajat menimba ilmu di bumi yang penuh dengan suasana yang tersendiri, dan asing di sisi bangsa Melayu.

Generasi awal dari Tanah Melayu yang datang ke bumi Anbiya' ini membina se-jarah dan legasi mereka yang tersendiri. Penilaian dan pemerhatian mereka kepada

suasana yang mengelilingi mereka pada zaman itu, membawa mereka kepada beberapa usaha penting di sisi mereka, dengan niat ingin membina suasana sal-ing membantu dan persaudaraan yang tinggi di kalangan semua bangsa Melayu yang ada pada ketika itu. Atas dasar dan semangat persaudaraan ini, serta ruh keterikatan dan kesatuan yang ada di jiwa, mereka dirikan badan yang mampu memenuhi hasrat tersebut. Satu-satunya badan, pada ketika itu, yang wujud sesuai dengan kecilnya bilangan mereka, yang berusaha memelihara keterikatan hati dan sifat saling membantu di ka-langan para penuntut ilmu, khususnya di Al-Azhar.

Zaman demi zaman berlalu.

Generasi yang dahulu membuka jalan menuntut ilmu di Al-Azhar, kini sudah mula menghantar generasi cucu mereka pula menimba di telaga yang pernah mereka timba dahulu. Demi meneguk siraman ilmu yang sama yang pernah mereka rasai dahulu. Cuma bezanya kini, di zaman cucu mereka, penuntut dan penimba ilmu sudah berpuluh kali ganda

Mengubah Paradigma Pemikiran

Mahasiswa Mesir

ramainya. Berkat doa mereka inginkan zuriat yang berilmu, maka Allah alirkan generasi cucu-cucu mereka yang berbon-dong-bondong berasak di bangku ilmu, di Mesir ini.

Selari dengan fitrah manusia yang pelbagai rencah dan kerenahnya, per-tambahan penuntut di bumi Mesir mem-bawa satu suasana yang baru dan tersendiri, ditambah pula dengan para

penuntut ilmu perubatan yang tidak pernah putus dihantar ke sini. Gerombo-lan penuntut ilmu baru ini mencipta satu suasana baru yang tersendiri, yang jauh berbeza dengan suasana datuk dan ne-

...Bersambung di m/s 3

Page 2: Buletin IKATAN September 2012

Banyak perkara yang berlaku dan ber-lalu dalam sekitar sebulan ini. Walaupun Hari Merdeka berada dalam bulan Ogos, tetapi saya jangka semangat panasnya pas-ti berlegar pada bulan ini, khususnya dalam diri mahasiswa Mesir. Ditambah dengan seri Syawal, amalan puasa enam, kunjung mengunjung dan rumah terbuka turut menghiasi bulan September ini.

Namun tidak dilupakan juga bebera-pa tarikh penting seperti peringatan 11 september 2001, Pembunuhan Shabra shatilla (16-18 september) dan sambutan Hari Malaysia yang juga pada 16 Septem-ber. Moga sidang pembaca siswa dan siswi cakna dengan keadaan sekeliling samada isu tanah air kita, mahupun dunia islam di luar sana.

Bagi ISMA-Mesir, bulan ini ada keis-

timewaan yang tersendiri. Dua tokoh ISMA hadir bertujuan melawat ISMA Mesir iaitu Exco Tarbiyyah ISMA pusat, Ustaz Rusdi Alias dan juga Dr. Aznan Hasan yang meru-pakan Yang Dipertua Majlis Ulama ISMA (MUIS). Kehadiran mereka menambahkan lagi semangat ahli-ahli ISMA untuk terus berada dalam tarbiyyah dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran samada jurusan pengajian islam atau perubatan.

Kami di ISMA Mesir juga ingin men-

gucapkan selamat datang kepada pelajar baru dan berharap anda semua berani dan tabah dalam menghadapi ujian di bumi mesir ini.

Teruskan bersama kami dan layari ismamesir.com untuk maklumat lanjut!

Siapa nama

kamu? اسمك ايه؟

Berapa umur

kamu?

عندك كم

سنة؟

Kamu tinggal di

mana?

انت ساكن

فين؟

Apakah warga-

negara kamu? جنسك ايه؟

Kamu tinggal

bersama siapa?

ساكن مع

مين؟

Bagaimana ke-

hidupan kamu? انت عملت ايه؟

Page 3: Buletin IKATAN September 2012

nek mereka di Mesir dahulu, yang kecil bilangannya, dan sedikit pula ragamnya.

* * *

Imam Ibnu Al-Qayyim, ulama' ulung Islam satu masa dahulu, pernah menyebut di dalam kitabnya I'lam Al-Muwaqi'in :

"Sesungguhnya Syariah ini terbina atas asas hikmah dan kemaslahatan hamba."

Kata-kata beliau ini menjadi petunjuk penting tentang satu hakikat di dalam Sya-riah yang asasi, iaitu kemampuan Syariah untuk berkembang dan berubah (pada yang boleh berubah) sesuai dengan perubahan zaman dan perkembangan situasi semasa. Ini dinyatakan dan ditekankan dengan jelas oleh Dr Yusuf Al-Qardhawy di dalam bukunya Madkhal Li Dirasah Syariah Islami-ah di dalam bab 'Perubahan fatwa menurut perubahan zaman, tempat, dan situasi'. Sifat fleksibel, mampu berkembang, dan sentiasa memelihara faktor kesesuaian situasi inilah yang memungkinkan Islam sentiasa membawa kebahagiaan di dalam hidup para Muslim di dunia ini.

Malangnya, di bumi Mesir, di bumi ilmu berkaitan Syariah luas diajar dan dibin-cangkan, sifat penting Syariah ini tidak pula dihayati dan dijiwai para penuntut ilmu yang datang dari Malaysia. Keghairahan aktivisma dan keasyikan membina bakat kepimpinan, sering kali mengakibatkan sifat penting Syariah ini tidak sedaya upaya diji-wai serta diaplikasikan dalam kehidupan serta pengurusan seharian. Hilanglah hikmah dan kemaslahatan yang dipelihara oleh Islam, dan hilanglah kebahagiaan yang sepatutnya. Bumi Mesir yang luas dan kaya dengan ruang untuk semua mahasiswa disempitkan dimensinya. Pintu-pintu ker-

jasama dan perbincangan yang amat disaran di dalam Islam, tidak diusahakan untuk dibuka, malah dengan selesa dibiarkan tertutup sahaja.

Tiadalah yang rugi melainkan yang tidak menghayati ruh perubahan, ruh keterbukaan, serta ruh keanjalan, yang terpasak padu di dalam inti Islam dan Syariah sendiri.

* * *

Masyarakat Malaysia sedang melalui fasa-fasa perubahan yang besar. Rakyat Malaysia semakin terdedah kepada pel-bagai perkara, secara positif dan negatif. Ini bererti, cabaran bagi mereka yang berada di Mesir, khususnya yang mengambil jurusan pengajian Islam, se-makin berat. Kerja mendidik dan me-mahamkan rakyat terhadap Islam di Ma-laysia bakal menjadi lebih rumit dan menduga.

Di dalam arus dan suasana yang sebegini, mahasiswa yang diperlukan hanyalah mahasiswa yang mampu berka-ta seperti yang diajar oleh Al-Quran :

" Katakanlah (hai Muhamad) : Inilah jalanku, aku menyeru manusia kepada Allah berdasarkan keterangan yang jelas dan nyata..." (Yusuf : 108)

Mahasiswa yang mampu membawa ajaran dan seruan di atas basiirah - kefahaman yang jelas, tepat, dan sahih - tidak akan mampu muncul dan lahir da-lam suasana yang masih berpegang kepada fahaman lapuk, fahaman yang diwarisi, dan fahaman yang statik. Hal ini juga jelas dikritik oleh Al-Quran :

" Dan apabila dikatakan kepada mere-ka : Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul-Nya, mereka menjawab : Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati dari apa yang datuk nenek kerjakan. " (Al-Maidah : 104)

Ketidakmahuan berfikir, kegagalan mengubah paradigma, dan selesa dengan taklid serta kefahaman 'ikut-ikutan' tidak akan membawa mahasiswa ke mana-mana. Lebih teruk, mahasiswa begini jika pulang kelak ke tanah air, lebih banyak mudarat yang dibawa berbanding manfaat yang dinanti-nantikan seluruh warga Malaysia.

* * *

Mana-mana pakar motivasi dan pem-bangunan manusia bersetuju di atas satu perkara :

Hasil yang baru, sama sekali tidak mungkin diperolehi, dengan hanya menggunakan kaedah yang lama.

Seruan anjakan paradigma serta meluaskan hati dan pandangan minda, bukan lagi satu seruan yang hanya seka-dar manduub atau sunat sahaja. Ia meru-pakan kewajipan semasa, dan seha-rusnya difikirkan dan direnungkan oleh semua mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini, demi kemaslahatan bangsa, negara, dan agama.

Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim

Kuliah Syariah Tahun 4

Universiti Al-Azhar, Kaherah

Sambungan dari m/s 1...

Page 4: Buletin IKATAN September 2012

Mengimani pertemuan kembali di syurga yang kekal tidak menjadikan perpisahan ini manis. Tetap perit. Apalagi jika harus men-gorbankan perasaan orang yang tersayang. Mengorbankan perasaan sendiri mungkin tidaklah seperit itu.

“Setelah setahun berlalu, aku tidak tahu lagi untuk menangis. Yang ada hanya rinti-han-rintihan bisu bagai gelombang kecil bersembunyi di dasar lautan yang ada masa-masanya tiba-tiba mengganas bak tsuna-mi. Di waktu itu tiada lagi esak tangis bahkan sedu-sedan yang tak tertahan-tahan. Aku akan tergagap-gagap menyusun bicara. Bibir bawah digetap untuk menyem-bunyikan getar di kerongkong sedang pipi

terus dibanjiri air mata.”

Betapa perjuangan ini memerlukan lebih daripada hanya kata-kata.

-Ummu Musaab, IUG2012

Umairah terjelepok ke tanah. Cuba mene-lan ayat yang teramat pahit itu. Cuba menenangkan diri dengan mengandai-andaikan dirinya adalah jelmaan Musaab bin Umair yang kacak. Muhajir terawal ke Madinah, kalau boleh digelarkan begitu.

Belum ada arahan hijrah secara langsung daripada Allah, tetapi arahan daripada Rasulullah untuk pulang ke Madinah bersa-ma penduduk Yathrib selepas perjanjian Aqabah I. Menjadi duta yang mengetuk pintu hati ahli Yathrib. Angin musim sejuk bertiup kasar, menghulur salam pertemuan.

Mujur Allah mencipta bulu mata, jika tidak pastilah berparut korneanya diguris pepasir.

Beza antara dia dan Musaab bukan hanya dia wanita dan Musaab adalah jejaka. Musaab adalah pemuda pilihan Nabi. Wajar dia sehebat itu. Aku tak he-bat. Aku tak mampu!

“Bukankah aku juga pilihan? Pilihan

Allah. Jika tidak, takkan aku masih di sini menghirup bayu bumi Solahuddin,” bisik jiwa besarnya.

Umairah membuka sneaker biru mu-danya yang dibanjiri pasir. Membalik-balikkan. Pasir-pasir halus terbang keluar. Habaan mansura. Debu-debu yang berterbangan. Umairah tak sanggup menggadaikan tiketnya ke syurga. Amal-amalnya bagaikan debu. Apa patut kini dia menyiakan peluang yang hadir sekali

seumur nafas?

Panggilan ke Malaysia semalam benar-benar menyesak nafas.

“Baliklah Maia. Ummi bukan sihat san-gat. Balik!” ringkas kata-kata Insyirah sebelum talian mati. Talian internet pu-tus. Entah buat ke berapa kali hari ini. Bersama matinya talian penghubung itu dikuburkan juga air mata ke lantai meja bagi menyisih resah menggunung di da-da.

Andai Insyirah tahu, pilihannya tidak semudah itu. Perjalanan masuk memakan masa berminggu-minggu. Masih Umairah sabar berulang-alik ke pejabat kedutaan. Penahanan berjam-jam di pintu masuk Rafah bertemankan isy baladi semata-mata untuk menjaga pengaliran wang

keluar.

“TIADA BAJET PULANG,” begitu dicoret dalam diari kecilnya setiap hari. Motivasi diri!

Jika hanya sebelah kaki dihulur ke luar sempadan sekalipun, dia bakal mimpi siang seumur hidup untuk kembali ber-bakti di situ lagi.

“Maia, ni ummi nak cakap.”

“Ummi.”

Umairah memandang sayu lapangan Islamic University Ghaza (IUG). Universiti termuda antara 8 universiti di sekitar Ghaza ini menampung kira-kira 20,000 mahasiswa dan mahasiswi. Sayap timurn-ya hancur kesan amukan Zionis yang tak pernah surut dendam.

„Ah, masih berbaki 3 bulan!‟

Umairah sedang mengusahakan sistem perpustakaan baru buat institut pengajian tinggi ini setelah hancur dalam serangan Zionis pada tahun 2009. Mengumpulkan bahan yang sedia ada, membawa masuk bahan dari luar dan menyusun atur. Se-penuh daya. IUG yang hampir lumpuh menelan kira-kira USD35 juta untuk pros-es membaik pulih. Makmal kejuruteraan dan bioperubatan yang telah musnah pasti diberi tempat duduk yang lebih uta-ma. Maka, sistem sumber ilmu ini

terpaksa dianak tirikan buat sementara waktu. . Melainkan jika ada yang suka dan rela membantu. Tiada sistem kod elektronik seperti di Malaysia. Segalanya manual. Sekurang-kurangnya buat masa ini.

Umairah mengetuai sekumpulan anak

Page 5: Buletin IKATAN September 2012

Beliau merupakan salah seorang da-

ripada syuhada‟ Al-Quds, beliau adalah

seorang pemuda yang hidup di zaman

permulaan kezaliman regim Zionis ter-

hadap rakyat di bumi Palestin. Beliau

dilahirkan di Rafah pada 3 Mac 1966.

Nama beliau bermaksud „kehidupan yang

panjang‟ bertepatan dengan maksudnya,

kini namanya tersemat dalam hati para

pencinta Al-Quds. Contoh teladan yang

beliau tonjolkan memberi motivasi kepa-

da para pemuda Palestin, untuk terus

berjuang membebaskan Masjidil Aqsa.

Kisah hidup beliau bukanlah satu kisah

luar biasa. Beliau mempunyai keluarga,

saudara-mara, guru-guru, kawan-kawan

dan beliau juga pernah hidup sebagai

seorang pelajar di Rafah. Cuma ber-

bezanya, beliau hidup dalam keadaan

peperangan, kesusahan, manakala kita

hidup dalam keamanan dan lengkap

dengan pelbagai kemudahan.

Beliau menamatkan persekolahan di

Rafah dengan keputusan yang cemer-

lang. Sehinggakan beliau layak menyam-

bung pelajarannya di Beit Zeit Universiti

dalam ijazah Electrical Engineering pada

tahun 1988. Ketika itu umur beliau 22

tahun. Selepas itu, beliau ingin menyam-

bung pelajarannya ke peringkat master,

tetapi dihalang oleh pihak Zionis. Bermula

daripada inilah, beliau menggunakan

kepakarannya, dengan bergerak secara

aktif dalam Briged Izzuddin Al-Qassam.

Sumbangan beliau dalam pembuatan

bom telah memberi impak yang besar

kepada tentera Zionis. Beliau juga ber-

tanggungjawab dalam misi „pengebom

berani mati‟ dalam peperangan menen-

tang regim Zionis. Hal ini menyebabkan,

pihak Zionis menjadikan beliau sebagai

sasaran. Zionis telah merancang pem-

bunuhan kotor keatasnya. Regim Zionis

menggunakan anak buah beliau untuk

memasukkan bom di dalam telefon bim-

bitnya. Pihak Zionis menyangka kesyahi-

dan beliau akan menyebabkan umat Is-

lam lemah, tetapi sebenarnya mereka

silap, kerana setelah kesyahidannya telah

lahir ramai „beliau‟ yang baru, malah lebih

hebat lagi!

Beliau adalah ‘Sang Jurutera’ Al-

Quds - Yahya Ayyash

Yahya Ayyash sangat mahir dalam

bidang pembuatan bom, beliau adalah

ketua pembuat bom Hamas. Kema-

hirannya begitu terserlah apabila beliau

berjaya membunuh 90 orang tentera

Zionis dalam misi pengeboman yang

dirancang. Beliau juga digelar sebagai „

Sang Jurutera‟ oleh rakyat Palestin.

Yahya Ayyash adalah wira bagi rakyat

Palestin, sehinggakan nama beliau dia-

badikan sebagai nama tempat dan jalan

di sekitar Palestin.

Tentunya masyarakat di Malaysia dan

mahasiswa mahasiswi di Ardul Kinanah

ternanti-nanti akan kelahiran Yahya Ay-

yash. Apa yang pasti, kepakaran dalam

sesuatu bidang sangat memberi manfaat

dalam kebangkitan Islam. Islam kini me-

merlukan lebih ramai pakar dalam pel-

bagai bidang.

Lihat kembali sejarah kegemilangan

Islam, bagaimana ketika itu lahir ramai

ulama‟ dalam bidang fiqh, hadis, falaq

dan mantiq. Umat Islam ketika itu cin-

takan ilmu, mereka benar-benar mahir

dalam bidang yang dipelajari. Sehing-

gakan kini, ilmu mereka masih digunakan

oleh barat dan barat sendiri mengakui

kehebatan mereka.

Yahya Ayyash mampu menyambung

pelajarannya sehinggamemperoleh ijazah

kejuruteraan ,walaupun diakhirnya beliau

disekat oleh pihak Zionis. Apatah lagi

kita, yang tiada sekatan malah dilim-

pahkan dengan pelbagai kemu-

dahan.Tetapkan matlamat dan atur

strategi. Jadilah pemuda yang sentiasa

menguji diri untuk melakukan sesuatu

yang hebat, kerana jika tidak, anda akan

merasakan satu kerugian yang besar

apabila sudah tua nanti.

Nahdiyyah binti Rushdan

Kuliah Syariah

Universiti Al-Azhar

muda dari Malaysia yang secara sukarela menawarkan diri untuk membangunkan sistem sumber ilmu di IUG ini. Kerja mereka tidak kompleks, tidak hebat. Han-ya mereka ini darah muda yang beriman dengan sabda baginda ar-Rasul.

“Sebaik-baik daripada kamu, yang ber-manfaat untuk orang lain.”

Mereka pegang utuh pada hadis me-nyedekahkan sendi-sendi di jalan Allah. Mereka ingin memanfaatkan diri menjadi aset umat, bukan liabiliti.

“Achoo!”

Umairah mengesat hujung matanya yang berair. Alergi. Umairah alah pada udara lembap Malaysia. Umairah mengesat lagi hujung matanya. Makin deras, makin lebat. Bercampur baur anta-ra kesedihan meninggalkan IUG dan bimbang rintangan yang menanti di hadapan. Akhirnya, sireh pulang ke ga-gang. Belut pulang ke lumpur.

Azimat nafi‟un lighayriha akan ber-tebaran di bumi pendekar. Pendekar beriman itulah mujahid. Umairah memba-yangkan sentuhan-sentuhan yang bakal menghidupkan jiwa anak singa yang te-lah lama menjadi kijang. Lalu singa-singa ini meneruskan legasi sentuhan keramat warisan ar-Rasul. Ini manfaat terbesar buat umat yang sedang sakit. Bahkan mungkin lebih besar daripada jerih payah

merentas sempadan Rafah.

“Satu rijal seribu umat,

darah pahlawan ku genggam azimat,

diriku manfaat dan aset umat,

akan aku hantar lebih ramai pendekar ke sana!”

Amirah Binti Jalil

Kuliah Perubatan Tahun 6

Universiti Kaherah

Page 6: Buletin IKATAN September 2012

1 paket macaroni - direbus sampai kembang

1 paket mafrum - ayam/daging cincang

2/3 sudu besar - tepung

cheese monzarella/cheddar

sedikit butter

1 biji bawang besar

3/4 biji bawang putih

1 liter susu segar

1 sudu teh lada sulah/lada hitam

1 sudu teh oregano/italian mix herbs

1 kiub pati ayam

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

(Untuk makaroni) 1. Panaskan butter dan tumis bawang putih yang telah di mayang halus. Kemudian ma-sukkan tepung dan susu, kacau sehingga tid-ak berketul dan pastikan pekat. 2. Masukkan origano sedikit dan garam. 3. Apabila siap, tutup api dan kacaukan

makaroni bersama sos ini dan letakkan ketepi.

(Utk mafrum) 1. Panaskkan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan mafrum daging/ayam dan biarkan sehingga daging/ayam masak. 2. Masukkan lada sulah dan lada hitam dan juga sedikit origano, kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan kiub ayam (jika per-lu) dan tambah sedikit garam. 3. Masukkan makaroni yang telah dicampur sos tadi ke dalam Loyang, kemudian di selan-gi dengan daging mafrum dan lapisan atas sekali adalah makaroni. Lapisan atas sekali boleh diletakkan cheese (jika perlu). 4. Bakar dalam suhu 180 darjah selama 40 minit. Sesuai untuk dikongsikan bersama jiran arab, selamat mencuba …… ^_^