ikatan-18

4
C erdik pandai ada mengatakan, “Manusia adalah musuh kepada apa yang dia tidak tahu.” Secara logiknya, apabila kita berhadapan dengan suatu perkara atau isu yang kita kurang ilmu atau langsung jahil tentangnya, kita akan lebih terdedah kepada kesilapan. Justeru, setiap dari kita sememangnya perlu untuk mendapatkan ilmu. Persoalannya, bagaimana? Secara amnya, apabila bercakap tentang proses mendapatkan ilmu, kita tidak akan dapat lari daripada amalan membaca buku. Namun, dengan kepesatan kemajuan teknologi internet terutamanya, proses ini kini tidak lagi terhad kepada proses pembacaan buku. Manusia kini punya pelbagai alternatif untuk mendapatkan ilmu. Apatah lagi, alternatif yang tersedia kadang-kadang jauh lagi mudah dan cepat. Pelayan web seperti Google contohnya, menyediakan enjin carian yang mampu menyediakan pelbagai capaian ilmu dalam hampir setiap bidang. Falsafah ilmu di hujung jari anda sememangnya amat mengujakan. Tetapi di sebalik kemajuan ini, suatu perkara yang harus dibimbangkan, kemudahan ini berkemungkinan akan melahirkan generasi yang manja dalam mencari ilmu. Dengan hanya sedikit masa diperlukan untuk mendapatkan ilmu, generasi ini akan menghabiskan lebih banyak masa dalam berhibur. Maka benarlah kata-kata, jiwa manusia itu fitrahnya sentiasa ingin bergerak, jika tidak kepada kebaikan, maka ia akan bergerak kepada yang sebaliknya. Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir) Bilangan 18 ismamesir.com Membina Generasi Harapan

Upload: isma-mesir

Post on 14-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: ikatan-18

C erdik pandai ada mengatakan, “Manusia adalah musuh kepada apa yang dia tidak tahu.” Secara logiknya, apabila kita berhadapan dengan suatu perkara atau isu yang kita kurang ilmu atau langsung jahil tentangnya, kita akan lebih terdedah

kepada kesilapan. Justeru, setiap dari kita sememangnya perlu untuk mendapatkan ilmu. Persoalannya, bagaimana? Secara amnya, apabila bercakap tentang proses mendapatkan ilmu, kita tidak akan dapat lari daripada amalan membaca buku. Namun, dengan kepesatan kemajuan teknologi internet terutamanya, proses ini kini tidak lagi terhad kepada proses pembacaan buku. Manusia kini punya pelbagai alternatif untuk mendapatkan ilmu. Apatah lagi, alternatif yang tersedia kadang-kadang jauh lagi mudah dan cepat. Pelayan web seperti

Google contohnya, menyediakan enjin carian yang mampu menyediakan pelbagai capaian ilmu dalam hampir setiap bidang. Falsafah ilmu di hujung jari anda sememangnya amat mengujakan. Tetapi di sebalik kemajuan ini, suatu perkara

yang harus dibimbangkan, kemudahan ini berkemungkinan akan melahirkan generasi yang manja dalam mencari ilmu. Dengan hanya sedikit masa

diperlukan untuk mendapatkan ilmu, generasi ini akan menghabiskan lebih banyak masa dalam berhibur. Maka benarlah kata-kata, jiwa manusia itu fitrahnya sentiasa ingin

bergerak, jika tidak kepada kebaikan, maka ia akan bergerak kepada yang sebaliknya.

Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia Mesir

(ISMA-Mesir) Bilangan 18

ismamesir.com Membina Generasi Harapan

Page 2: ikatan-18

N a m u n , t a n p a menafikan kelebihan pada kemajuan Internet, sinonim ilmu pada buku tetap tidak dapat kita nafikan. Buktinya jelas daripada apa yang berlaku kepada tamadun ilmu dalam sejarah ketamadunan Islam. Antara faktor besar dalam kemunduran umat islam sekarang adalah kerana tindakan tentera Monggol (Tartar) ketika kejatuhan pemerintahan Islam era Abbasiah, menghumbankan jutaan karya khazanah ilmuwan islam ketika itu ke dalam Sungai Tigris sehingga menghitamkan airnya telah melumpuhkan ketamadunan ilmu islam. Mesir dan Maarad Kitab

Keberadaan kita di Mesir seharusnya mendorong kita untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dalam lipatan sejarah Islam. Mesir, sebuah negara yang terkenal dengan sumber pembacaan yang cukup banyak dengan kos yang amat minima. Majalah bulanan Al-Azhar contohnya yang memuatkan pelbagai ulasan ahli akademik berkenaan isu-isu semasa dengan ketebalan 300 lebih muka surat hanya berharga LE 1.50. Apatah lagi, pameran buku antarabangsa Kaherah atau lebih sinonim dengan nama Maarad Kutub di kalangan pelajar menjadi acara tahunan di Mesir. Pameran buku yang dikatakan yang terbesar di rantau Arab ini menghimpunkan ratusan syarikat penerbitan buku dalam dan luar Mesir. Pada tahun ini, pameran yang bermula 28 Januari yang lalu dan dijangka tamat 13 Februari 2010, sememangnya menjadi acara wajib yang ditunggu-tunggu oleh setiap mahasiswa di Mesir. Pelbagai ragam mahasiswa dapat kita lihat setiap kali berlangsungnya pameran buku ini. Ada yang

sedari awal tahun sudah berjimat untuk memanfaatkan kesempatan yang ada di pameran buku. Memang begitulah sepatutnya. Namun, apa yang perlu diubah, sikap segelintir dari kita yang membeli buku saban tahun, berhabisan ratusan malah ribuan ringgit tetapi akhirnya, buku-buku yang dibeli hanya tersusun kemas di rak sebagai koleksi. S i k a p s e b e g i n i sebenarnya amat merugikan kita. Belilah buku untuk dibaca bukan untuk disusun di rak kaca. Kita selamanya tidak akan dapat manfaat daripada buku selagi mana buku itu tidak diselak dan isinya didalami serta dikaji. Ingatlah kata-kata pujangga arab:

العلم في الصدور � في .السطور

Maksudnya: “Ilmu itu letaknya di dada bukan pada baris-baris lembaran.” Ilmu dan Amal

Setelah sekian banyak ilmu yang dihafal dan dihadam, kita kembali mengingatkan diri kita dengan apa yang disebut oleh Ustaz Rahmat Abdullah, tokoh aktivis dakwah Indonesia dalam karyanya ‘Untukmu Kader Dakwah’: “Manusia tidak seharusnya hanya menjadi pengumpul dan penyimpan kepada ilmu kerana sesungguhnya tugas

mengumpul dan menyimpan ilmu itu sudah disempurnakan oleh buku-buku dan disket-disket. Sebaliknya apa yang dituntut daripada manusia itu adalah interpretasi ilmu dan amalan daripada ilmu yang dihadam.” Jom ke Maarad Kutub!

Page 3: ikatan-18

Assalamualaikum Suri ucapkan kepada pembaca semua.

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana kita semua telah pun selamat menjalani

peperiksaaan pertengahan tahun.

Suri yakin pembaca sekalian tentu sudah ada rancangan masing-masing untuk mengisi waktu cuti.

Suri lihat ada yang telah bertebaran di muka bumi melihat kebesaran ciptaan Allah, ada yang

memenuhkan cuti dengan kelas-kelas tambahan, ada pula yang sibuk menyiapkan assignment yang

tertangguh dan ada juga yang pergi ke Maarad Kutub setiap hari!

Apa-apa pun Suri berharap agar semua pembaca dapat mengisi cuti tersebut dengan perkara yang

berfaedah. Sekadar muhasabah pasca peperiksaan, kebanyakan daripada kita sangat berdisiplin ketika

peperiksaan menjelang. Kalau boleh, setiap hari kita akan bangun bertahajjud, solat berjemaah setiap kali

masuk waktu solat, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, bersengkang mata menelaah pelajaran,

malah kita bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah memohon agar kita dipermudahkan menjawab

soalan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

Tetapi yang sedihnya, Suri lihat apabila tamat sahaja exam, kita tinggalkan amalan-amalan tersebut,

bangun Subuh juga terkadang lewat dari waktunya.

Benarlah firman Allah dalam Surah Yunus ayat 12 yang bermaksud: “Dan apabila seseorang manusia

ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), sama ada dia sedang

berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu

daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami

memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya, demikianlah diperelokkan pada

pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.”

Janganlah begitu… Hamba mukmin itu kan seorang

yang sentiasa berusaha gigih memanfaatkan masa dan usianya dengan perkara kebaikan, yang tidak

hanya memikirkan kejayaan di dunia semata-mata tetapi mempunyai wawasan akhirat.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan

mukmin yang diredhaiNya.

Selamat bercuti Suri ucapkan!

TIPS MENJAGA SOLAT SUBUH 1. Mengikhlaskan niat kerana Allah. 2. Berazam dan muhasabah diri setiap hari. 3. Menghindari dosa, bertaubat dan tidak

mengulanginya. 4. Membaca doa sebelum tidur dan memohon

Allah memudahkan untuk bangun. 5. Berusaha bersama-sama sahabat yang

baik. 6. Tidur dengan cara yang betul mengikut

sunnah Rasulullah SAW; tidur awal, berwuduk, lambung kanan, zikir sebelum tidur.

7. Jangan makan banyak sebelum tidur dan elakkan kopi dan teh ketika malam.

8. Sentiasa memperingati diri tentang kelebihan-kelebihan Solat Subuh dan bangun awal pagi dengan menampal poster, nota dll.

9. Penggera; jam loceng, telefon – pesan kepada kawan untuk telefon ketika Subuh, pintu rumah – pesan kepada jiran untuk menekan loceng pintu ketika Subuh.

10. Ajak orang lain untuk solat Subuh dan mulakan dengan keluarga anda.

Rujukan: Bagaimana Menjaga Solat Subuh, Dr. Ragheb El-Sergany.

HARWANIS HARI WANITA ISLAM

“Wanita Muslimah Teras Kebangkitan Ummah”

19 Februari 2010 9.30AM

Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah

YURAN: LE1

Antara yang menarik: Ketahui rahsia personaliti anda, Bijak mengurukan wang?, Tips menjaga kesihatan, F O R U M : W a n i t a M u s l i m a h ; Tanggungjawab dari Perspektif Syara’ dan Sosial.

Anjuran: Biro Wanita ISMA-Mesir

EKSIS2010 EKSPEDISI SINAI ISMA-MESIR

“Menjejaki Tanda Kebesaran Ilahi”

17&18 Februari 2010 *bertolak dari Hayyu Asyir jam 10.00pm, 16/2/2010.

LE190 (Trip, Chalet, BBQ, Snek)

Untuk pendaftaran: Ustaz Thaaqhib (Kaherah) 011-4841224 Ustaz Hanif (Mansurah) 011-6452573 Ustaz Arif (Tanta) 010-0706289

Page 4: ikatan-18

1 I S

2 T T

3 S R

4 T L

5 I H

6 K K

7 W K

8 R A

9 M U

10 B I

1. Amalan jadi sia-sia tanpanya. 2. ...dan barang siapa yang tidak ber___ maka

mereka itulah orang-orang yang zalim (Al-Hujurat: 11).

3. Telah berkata Ibnu Qayyim: Iman itu dua bahagian, bahagian ___ dan bahagian syukur.

4. Dan hanyalah kepada Allah hendaklah kamu ber___ jika kamu orang yang beriman. (Al-Maidah: 23).

5. Sabda Rasulullah S.A.W. (Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau ber___).

6. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang ___ dalam solatnya (Al-Mukminun: 1-2).

7. Kata Abu Sulaiman Ad-Darani: ___ ialah permulaan zuhud seperti manaE

8. Eqanaah ialah permulaan ___. 9. Salah satu cabang daripada iman. 10. Saidina Umar r.a. terkenal sebagai sorang

yang ___.

INTERAKTIF

KARTUN TAHU TAK SYAMIL, DAIE BOLEH DIIBARATKAN SEPERTI SEBIJI PAU...

Biar benar?

PAU YANG DIBAKAR SEPERTI DAIE DITIMPA UJIAN...

Oh Tuhan...

ADA YANG HANCUR BERKECAI...

Oh, apakah?!...

Selamat tinggal dunia...

ErrE Silap oven ke? Racist...

ADA PULA KERAS MENGHITAM...

DAN YANG BERJAYA IALAH YANG SANGAT BAIK HASILNYA...

Lihatlah dunia...

E dan sangat-sangat menyelerakan...

Tapi Ramadhan, daie bukan ibarat batu bata ke?

Batu bata bukan boleh makan...

Lapar rupanya kawan aku ni...

Buletin ini diterbitkan oleh Biro Media, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir). Sebarang maklumbalas sila hantarkan ke: [email protected]. Laman web: ismamesir.com