iii - fp.utm.my fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu...

28

Upload: dangmien

Post on 27-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron
Page 2: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron
Page 3: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

iii

PERANAN KEGIATAN KOKURIKULUM DALAM MENERAPKAN

KEMAHIRAN GENERIK : SATU TINJAUAN DI KALANGAN JKM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI

MOHD ADIB BIN HARON

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

November 2007

Page 4: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

iv

Page 5: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

v

SEKALUNG BUDI

Buat Emak dan Abah tersayang…

Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan.

Pengorbanan, didikan dan kasih sayang yang kalian curahkan

kepada diri ini, akan ku jadikan landasan buat menempuh rintangan dan

dugaan hari mendatang. Tak terbalas budi kalian pada diri ini sampai bila-bila.

Buat Kakak, Serta Adik-adikku... . .

Yang tidak jemu memberi nasihat dan dorongan.

Pengorbanan kalian tetap akan menjadi pendorong menamatkan pengajian ini.

Akhirnya

Buat Teman Seperjuangan......

Semangat, nasihat serta dorongan kalian membuatkan

diriku terus bertahan dan terus bersaing.

Terima kasih semuanya.

Page 6: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan sekelian alam. Dengan izinnya

kajian ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Salam

dan hormat buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi penghargaan

serta ucapan terima kasih ingin saya rakamkan buat Penyelia Tesis, Dr. Yahya bin

Buntat di atas dedikasi serta sikap profesional dalam membimbing serta memberikan

tunjuk ajar yang berguna dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pengurusan Kolej Kediaman

pelajar UTM skudai serta pengerusi kolej-kolej kediaman pelajar dalam memberikan

kebenaran dan kerjasama untuk menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada

rakan-rakan dan semua pihak yang telah memberikan apa jua bantuan, sokongan

ataupun khidmat nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses

menyiapkan kertas Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Page 7: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti peranan kegiatan

kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik di kalangan Jawatankuasa Kolej

Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Kajian ini memberi tumpuan

kepada 4 aspek iaitu kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, kemahiran

bekerjasama dan kemahiran interpersonal. Seramai 96 orang pelajar yang menjawat

jawatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Skudai telah

dipilih keseluruhan sebagai responden kajian. Set soal selidik mengandungi dua

bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B

mengenai 4 persoalan kajian yang digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai

kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.96. Hasil kajian ini dianalisis

menggunakan SPSS (Statictical Package For Social Science) 12.0 untuk

mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan

kempat-empat kamahiran generik ini berada pada tahap tinggi sekaligus

membuktikan bahawa kemahiran generik ini dapat diterapkan dalam kegiatan

kokurikulum yang dijalankan.

Page 8: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

viii

ABSTRACT

This research was conducted in order to identify the role of co-curiculum

activity in to softskills embedded among Student College Community leader . This

research highlighted the four aspect such as thinking skills, communication skills, co-

operation skills and interpersonal skills. 96 students from Student College

Community in University Technology Malaysia Skudai were selected as respondents

for this study. A set of questionnaire comprising 2 section namely, section A on the

responden's particulars and section B consisted statement on the research scope were

used as research instrument. The reliability of the instrument is α = 0.96. Data were

processed and analyzed by using SPSS (Statistical Package For Social Science) 12.0

for window to obtain frequencies and percentages. Result showed that all the aspect

was in the high level and it proved that the softskills can be implement in the co-

curiculum activity which has been carried out.

Page 9: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

ix

PERANAN KEGIATAN KOKURIKULUM DALAM MENERAPKAN

KEMAHIRAN GENERIK : SATU TINJAUAN DI KALANGAN JKM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI

MOHD ADIB BIN HARON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 10: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

x

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN i

PERAKUAN PENSYARAH ii

STATUS PENYELIDIKAN iii

PERAKUAN PELAJAR iv

SEKALUNG BUDI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

TAJUK PENYELIDIKAN ix

KANDUNGAN x

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

Page 11: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

xi

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang masalah 3 1.2 Penyataan masalah 9 1.3 Objektif kajian 10 1.4 Persoalan kajian 10 1.5 Kepentingan kajian 11 1.5.1 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) UTM 10 1.5.2 Kolej kediaman di UTM 11 1.6 Skop dan Batasan kajian 11 1.7 Definisi istilah 12 1.7.1 Kokurikulum 12 1.7.2 Kegiatan Kokurikulum 13

1.7.3 Kemahiran 13

1.7.4 "Softskills" 13

1.7.5 Interpersonal 14 1.7.6 Komunikasi 14

1.7.7 Bekerjasama 14

1.7.8 Berfikir 15

Page 12: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

xii

II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 16

2.1 Latar belakang pendidikan kokurikulum 18 2.2 Matlamat kokurikulum 19 2.3 Konsep kemahiran "Softskills" 20 2.4 Ciri – ciri kemahiran "Softskills" 21 2.4.1 Kemahiran berfikir 21 2.4.2 Kemahiran berkomunikasi 24 2.4.3 Kemahiran bekerjasama 29 2.4.4 Kemahiran interpersonal 31 2.5 Kegiatan kokurikulum JKM kolej mahasiswa 33

III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 36

3.1 Rekabentuk kajian 36 3.2 Tempat kajian 37 3.3 Populasi dan sampel kajian 37 3.4 Instrumen kajian 39 3.4.1 Bahagian A 40

3.4.2 Bahagian B 40 3.5 Prosedur Kajian 42 3.6 Kajian Rintis 43

Page 13: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

xiii

3.7 Kaedah Analisis Data 44

IV ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 46 4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 47

4.2.1 Latar Belakang Responden 48 4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 51 4.3.1 Kemahiran Berfikir 51 4.3.2 Kemahiran Berkomunikasi 53 4.3.3 Kemahiran Berkerjasama 55 4.3.4 Kemahiran Interpersonal 57 4.4 Rumusan 59

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61 5.2 Rumusan 62 5.3 Perbincangan 63 5.3.1 Latar Belakang Responden 63 5.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 65

Page 14: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

xiv

5.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 67 5.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 69 5.3.5 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 71 5.4 Cadangan 72 5.5 Cadangan Penyelidikan Di Masa Hadapan 73 5.6 Penutup 74 BIBLIOGRAFI 76 LAMPIRAN (Set Soal selidik) 81

Page 15: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

xv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Pecahan mengikut institusi dan peratus 7 1.2 Pecahan mengikut bidang pengajian dan peratus Penganguran 7 2.1 Bilangan JKM mengikut kolej kediaman 35 3.1 Taburan Populasi dan sampel 38 3.2 Pengkelasan skala likert lima mata 41 3.3 Jadual pembolehubah 41 3.4 Pekali Alpha Cronbach 44 3.5 Klasifikasi terhadap item 45 3.6 Penilaian peratusan terhadap "tahap" bagi setiap persoalan kajian 45 4.1 Item-item mengikut persoalan kajian 47 4.2 Tahap pencapaian berdasarkan peratus 48 4.3 Bilangan dan peratus responden mengikut jantina 48 4.4 Bilangan dan peratus responden mengikut bangsa 49 4.5 Bilangan dan peratus responden mengikut CGPA 49

Page 16: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

xvi

4.6 Bilangan dan peratus responden mengikut kolej Kediaman pelajar UTM Skudai 50

4.7 Taburan kekerapan dan peratus berkaitan analisis

kemahiran berfikir pelajar 51 4.8 Taburan kekerapan dan peratus berkaitan analisis kemahiran berkomunikasi pelajar 54 4.9 Taburan kekerapan dan peratus berkaitan analisis kemahiran berkerjasama pelajar 55 4.10 Taburan kekerapan dan peratus berkaitan analisis

Kemahiran interpersonal pelajar 57 4.11 Purata peratus keseluruhan bagi setiap kemahiran "softskills" 59

Page 17: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

xvii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses Komunikasi 24

Page 18: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

xviii

SENARAI SINGKATAN

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institusi Pendidikan Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

JCS - Job Clearing System

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

JKM - Jawatankuasa Kolej Mahasiswa.

KRP - Kolej Rahman Putra

KTF - Kolej Tun Fatimah

KTHO - Kolej Tun Hussien Onn

KTDI - Kolej Tun Dr. Ismail

KTC - Kolej Tuanku Canselor

KP - Kolej Perdana

K9 - Kolej 9

K10 - Kolej 10

K11 - Kolej 11

KDSE - Kolej Datin Seri Endon

KTGB - Kolej Tun Ghafar Baba

K 16 & 17 - Kolej 16 dan 17

MPP - Majlis Perwakilan Pelajar

SPSS - Statistical Package For Social Science

CGPA - Purata Matanilaian Kumulatif

Page 19: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sebagai satu rekabentuk rancangan pendidikan, kokurikulum memainkan

peranan penting dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan

kepada falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menghendaki seseorang insan

itu dapat memanfaatkan ilmu ke arah kecemerlangan diri dan mampu memberi

sumbangan kepada masyarakat serta negara, maka pengisian maklumat tersebut

tidak tertumpu semata–mata terhadap kurikulum. Aktiviti kokurikulum

menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan

mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai–nilai yang telah dipelajari di

dalam kelas.

Pendidikan di Malaysia terbahagi kepada dua bahagian program yang besar

iaitu kurikulum dan juga kokurikulum. Kedua–dua bahagian ini berhubungkait antara

satu sama lain bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta

melahirkan rakyat yang berilmu, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

Page 20: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

2

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pernyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia jelas

menunjukkan bahawa kepentingan kegiatan kokurikulum iaitu :-

Menurut Wee Eng Hoe ( 1996), gerak kerja kokurikulum mempunyai

banyak nilai pendidikan yang boleh disemai dan dipupuk secara langsung atau

tidak langsung ke dalam diri pelajar dan mahasisiwa atau mahasisiwi. Kegiatan

kokurikulum di anggap berkesan untuk memupuk perkembangan mental, rohani,

jasmani dan sosial pelajar secara seimbang.

Menurut Mohd Sofian (2002) kokurikulum merupakan pelengkap kepada

kehendak dan kepentingan kurikulum. Sumbangan kokurikulum bukan setakat

mengisi kepentingan perseorangan semata-mata tetapi yang nyata kecemerlangan

tersebut jika digemblengkan akan memberi satu sumbangan yang bererti dalam

pembinaan masyarakat seimbang dan negara yang makmur.

“Kegiatan kokurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah

penting untuk mengenali, memupuk dan menanam perasaan

kekitaan ataupun ‘spirit de corpe’ di antara murid berbagai

keturunan dan mempunyai latar belakang dan cara hidup yang

berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap

bertanggungjawab. Kegiatan ini juga melatih mereka berdisplin,

berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka

sertai”

( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1984 )

Page 21: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

3

Aktiviti kokurikulum sebagai lanjutan daripada aktiviti kurikulum. Menurut

Ab. Alim (1994), aktiviti-aktiviti yang sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik

darjah pula disebut kokurikulum. Kegiatan kokurikulum pula akan menekankan

aspek seperti displin diri, bakat, peranan, kepimpinan, nilai, keberanian dan

sebagainya.

Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum

dilaksanakan sama ada melalui unit beruniform, persatuan dan kelab mempunyai

kurikulum tersendiri. Ini dikenali sebagai kurikulum kokurikulum (Ab Alim, 1994 ).

1.1 Latar Belakang Masalah

Kegiatan kokurikulum ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan bagi

membentuk diri pelajar yang seimbang. Pada dasarnya kegiatan kokurikulum ini

kurang mendapat sambutan dari segi penglibatan pelajar sekolah serta pelajar IPTA

mahupun sokongan pihak–pihak tertentu seperti ibu bapa, guru dan masyarakat.

Perkara ini terjadi kerana kebanyakan sekolah atau institusi pendidikan lebih

mementingkan bidang akademik sehingga membuat pelajar mengabaikan aspek–

aspek bukan akademik (Abu Bakar, 1991). Permasalahan ini juga dapat dilihat

dengan penglibatan pelajar IPTA khususnya mereka yang menjawat jawatan

organisasi pelajar di universiti seperti Jawatankuasa Kolej Kediaman pelajar

mahupun Majlis Perwakilan Pelajar di peringkat Fakulti kurang aktif dimana jumlah

kedatangan di dalam sesuatu program yang dijalankan berkurangan dari jumlah

kedatangan sebenar.

Kegiatan kokurikulum juga mempunyai pelbagai faedah yang tersembunyi,

namun sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan kejayaan dalam

peperiksaan telah menjadikan kurikulum akademik dipandang lebih penting daripada

Page 22: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

4

aktiviti kokurikulum oleh sesetengah golongan pelajar sekolah mahupun pelajar

universiti dimana penglibatan yang kurang didalam sesebuah organisasi khususnya

perwakilan pelajar (Faridah, 1991).

Penglibatan pelajar dalam kokurikulum sekiranya dapat dijalankan dengan

sebaik mungkin pasti menyumbangkan kepada pembentukan personaliti dan

ketrampilan pelajar yang diinginkan. Shahril dan Khatijah (1992), menyatakan

pelajar–pelajar yang sering melatih diri dalam gerak kerja kokurikulum berpeluang

besar memiliki sifat–sifat positif. Ini berjaya dilakukan melalui latihan–latihan secara

berterusan dari semasa ke semasa seperti penglibatan pelajar dalam sesebuah

organisasi perwakilan pelajar di IPTA khususnya. Kenyataan ini tentunya

menyangkal ungkapan Inggeris yang berbunyi “ Leaders are born, not made”. Tanpa

latihan secara langsung ini, daya kepimpinan tidak akan dapat disemai, apatah lagi

untuk disebarkan secara paling berkesan.

Kebanyakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masa kini

menitikberatkan kegiatan kokurikulum yang tidak realistik, iaitu tidak dapat

membantu mahasiswa mendapat pekerjaan dan tidak membantu mahasiswa

meningkatkan daya pemikiran (Berita Harian, 14 Ogos 2004). Oleh itu pelajar IPTA

khususnya mereka yang memegang jawatan Jawatankuasa pelajar harus melibatkan

diri dalam pelbagai aktiviti untuk memastikan mereka ini berkebolehan dalam

pelbagai bidang.

Menurut Kementerian Sumber Manusia (2001) iaitu faktor penyumbang yang

besar dalam pengangguran di kalangan lepasan pengajian tinggi adalah kerana

bilangan graduan dalam bidang tertentu melebihi bilangan permintaan dan majikan

pula tidak berminat untuk mengambil mereka yang bekemahiran dalam satu bidang

sahaja. Maka jelaslah, keputusan yang cemerlang semata–mata belum dapat

menjamin seorang majikan untuk mengambil graduan bekerja.

Page 23: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

5

Menurut Hasliza (2002), antara faktor lulusan institusi pendidikan tinggi

tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai

kemahiran–kemahiran soft skils atau generik.

Mengikut Tengku Mahaleel Tengku Arif (2002), antara punca graduan gagal

dalam sesi temuduga adalah kerana mereka gagal menonjolkan kelebihan diri dan

memberi pendapat yang bernas bagi sesuatu isu kepada panel penemuduga walaupun

antara mereka mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang. Justeru itu, jelaslah

kelulusan akademik dan teknikal perlulah juga dilengkapi dengan kemahiran generik.

Pihak kementerian menyambut baik usaha untuk memantapkan program

kokurikulum di IPTA kerana program tersebut mampu melahirkan graduan yang

bermutu, berdaya saing dan mempunyai semangat ketaatan yang tinggi terhadap

negara. 5% daripada kredit pengijazahan diperuntukan untuk kegiatan kokurikulum

di semua universiti. Pelajar IPTA yang kurang berminat dengan aktiviti kokurikulum

akan menunjukkan perbezaan nilai dan menimbulkan kekeliruan terhadap pihak

majikan (Utusan Malaysia, 16 Ogos 2004).

Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah penting supaya

apabila tamat pengajian kelak, mereka tidak menjadi graduan yang jumud. Graduan

dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya mereka yang menjadi

ketua pelajar dalam sesebuah organisasi contohnya seperti Jawatankuasa Kolej,

Majlis Perwakilan Pelajar dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seharusnya

mempunyai keseimbangan dan kekuatan bukan sahaja dari segi keilmuan malahan

dari segi pembentukan sahsiah diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang supaya

kualiti graduan dapat dipertonjolkan. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar dilatih

bagaimana untuk menguruskan aktivitinya dalam berpersatuan, kelab, kegiatan

sosial, sukan mahupun badan beruniform. Di antaranya, pelajar akan diajar kaedah

berorganisasi, bekerja secara berpasukan dan memupuk kemahiran komunikasi

kerana pelajar perlu sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan universiti dan

pihak luar (Berita Harian, 30 Ogos 2005).

Page 24: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

6

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan pelbagai

kemahiran didalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh kolej kediaman kerana

mereka ini juga merupakan pelajar IPTA sekaligus mencerminkan siswazah yang

berkualiti serta dapat mengurangkan peratus pengangguran. Ini bertujuan untuk

memperlengkapkan diri mereka untuk menghadapi alam pekerjaan dan sekaligus

menjamin diri memperoleh pekerjaan kelak kerana majikan kini mementingkan

keseimbangan antara pencapaian akademik serta penglibatan kokurikulum.

Ini terbukti dengan laporan yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber

Manusia 2006 bahawa laporan yang diterima daripada majikan lepasan siswazah

yang baru bekerja menunjukkan siswazah tersebut tidak mempunyai bakat dan daya

berfikir yang tinggi, tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tidak

dapat melaksanakan tugas secara berkumpulan dengan baik. Kementerian Sumber

Manusia juga menyenaraikan faktor-faktor kegagalan lepasan siswazah yang

memohon pekerjaan tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum walaupun

mempunyai keputusan akademik yang baik. (Utusan Malaysia, 21 November 2006).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Mustapha Muhamed

menyatakan kajian 24 September hingga 7 Oktober 2005 diseluruh negara, kira –

kira 42% atau 24619 siswazah belum mendapat pekerjaan (Berita Harian, 27 Januari

2006).

Ini terbukti dengan perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber

Manusia melalui Job Clearing System (JCS) iaitu jumlah siswazah menganggur dan

tidak bekerja semasa mendaftar setakat 12 Jun 2006 adalah sebanyak 20,217 orang.

Secara terperinci, pecahan mengikut institusi dan peratus pengangguran adalah

seperti jadual 1.1.

Page 25: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

7

Jadual 1.1: Peratus Pengangguran Mengikut Pecahan Institusi

Institusi pengajian Jumlah siswazah

menganggur

Peratusan

(%)

Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3278 16.2

Universiti Utara Malaysia (UUM) 1532 7.6

IPTS 1217 6.0

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1147 5.7

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 971 4.8

Universiti Putra Malaysia (UPM) 919 4.5

IPTA lain 840 4.2

Universiti Malaysia (UM) 531 2.6

Universiti Sains Malaysia (USM) 505 2.5

Universiti Malaysia Sabah (UMS) 371 1.8

IPTA luar negara 342 1.7

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 174 0.9

Universiti Pendidikan Sultan Idris 39 0.2

Lain – lain 7993 39..5

Jumlah 20217 100

Daripada jadual 1.1 di atas, institusi lain – lain yang dimaksudkan adalah

daripada kolej awam, Institusi Jabatan Tenaga Manusia. Manakala pendaftar aktif

siswazah mengikut bidang setakat 12 Jun 2006 adalah seperti jadual 1.2.

Jadual 1.2 : Peratus Pengangguran Mengikut Pecahan Bidang Pengajian

Bidang pengajian Jumlah siswazah

menganggur

Peratusan

(%)

ICT 3942 19.5

Pentadbiran pengurusan/ Perdagangan 2714 13.4

Kejuruteraan Elektrik, Elektronik,

Telekomunikasi

1229 6.1

Page 26: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

8

sambungan dari jadual 1.2...

Perakaunan 1923 9.5

Pengurusan Sumber Manusia 1022 5.1

Kejuruteraan Awam 983 4.9

Kejuruteraan Mekanikal/Mekatronik 884 4.4

Sastera/Sains Sosial 843 4.2

Sains Tulen 770 3.8

Kewangan/Perbankan/Insurans/Pelaburan/

Hartanah

613 3.0

Senibina/Bangunan/Ukur Bahan/Ukur Tanah 540 2.7

Sains Gunaan 553 2.6

Ekonomi 440 2.2

Lain – lain 2828 13.9

Jumlah 20217 100

Daripada apa yang dinyatakan, jelaslah menunjukkan bahawa kegiatan

kokurikulum diharapkan dapat membentuk personaliti pemimpin pada diri pelajar

khususnya pelajar IPTA yang memegang jawatan seperti Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti ataupun pada peringkat Fakulti mahupun Kolej Kediaman pelajar sendiri.

Ini selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia

ke enam yang telah mensasarkan beberapa objektif yang boleh dicapai berkaitan

dengan pembentukan daya kemahiran yang tinggi di kalangan pelajar melalui

kegiatan kokurikulum yang memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri

dengan aktif secara individu atau kumpulan, meningkatkan disiplin pelajar melalui

penyemaian dan pemupukan nilai dengan sikap positif, meningkatkan kemahiran

"softskills" di kalangan mereka dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar

untuk melatih diri serta memupuk sikap yakin diri dan berani.

Secara umumnya kita menyedari bahawa bakat kepimpinan, kebolehan,

perasaan, sikap dan tanggungjawab dalam diri seseorang tidak wujud secara

Page 27: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

9

semulajadi atau tersendiri. Menyedari hakikat ini, pihak berwajib telah mengambil

inisiatif untuk menyemai dan menyebarkan sikap tersebut diperingkat paling awal

yang mungkin sama ada dalam kegiatan kurikulum atau kokurikulum. Usaha ini

dijangkakan akan lebih berjaya jika dilakukan di alam persekolahan mahupun di

peringkat universiti seperti penglibatan pelajar di dalam organisasi pelajar kerana

inilah masa yang paling sesuai untuk mengasah dan mendidik pelajar – pelajar

supaya bersikap mulia dan bertanggungjawab kerana pelajar masih kurang terdedah

dengan anasir luar (Robiah, 1989).

1.2 Pernyataan Masalah

Terdapat pelbagai isu berkaitan dengan masalah bidang kokurikulum dan

juga kemahiran-kemahiran "softskills" yang terdapat pada para pelajar atau lulusan

khususnya dari universiti-universiti awam dimana mereka ini kurang mendapat

sambutan dan peluang pekerjaan di sektor-sektor pekerjaan. Oleh yang demikian,

penyelidik ingin mengkaji peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan

kemahiran “softskills” yang menyentuh beberapa aspek tertentu termasuklah dari segi

penerapan kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerjasama

dan kemahiran interpersonal dikalangan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor.

Page 28: iii - fp.utm.my  fileiii peranan kegiatan kokurikulum dalam menerapkan kemahiran generik : satu tinjauan di kalangan jkm universiti teknologi malaysia skudai mohd adib bin haron

10

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi :-

1. Mengenalpasti sejauh mana aktiviti–aktiviti kokurikulum dapat

menerapkan kemahiran berfikir dikalangan JKM.

2. Mengenalpasti sejauh mana aktiviti–aktiviti kokurikulum dapat

menerapkan kemahiran berkomunikasi dikalangan JKM.

3. Mengenalpasti sejauh mana aktiviti–aktiviti kokurikulum dapat

menerapkan kemahiran berkerjasama dikalangan JKM.

4. Mengenalpasti sejauh mana aktiviti–aktiviti kokurikulum dapat

menerapkan kemahiran interpersonal dikalangan JKM.

1.4 Persoalan Kajian

Soalan kajian bagi kajian ini ialah :

1. Adakah aktiviti–aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dapat

menerapkan kemahiran berfikir dikalangan JKM?

2. Adakah aktiviti–aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dapat

menerapkan kemahiran berkomunikasi dikalangan JKM?

3. Adakah aktiviti–aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dapat

menerapkan kemahiran berkerjasama dikalangan JKM?

4. Adakah aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dapat

menerapkan kemahiran interpersonal dikalangan JKM?