ict

23
Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Literasi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Kepentingan Pusat Sumber Sekolah Oleh Haslinda Binti Husaini Rafidah Binti Abdul Aziz Mohd Firdaus Bin Mohd Helmi Fakulti Pengurusan Maklumat Abstrak Pendidikan adalah kunci kepada kekuatan pembangunan ekonomi Negara dan kemantapan social masyarakat. Suasa pengajaran dan pembelajaran hari ini yang lebih cenderung ke arah mengikuti kemajuan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut kepada pentingnya peranan Pusat Sumber Sekolah dan perpustakaan dimainkan dengan sewajar dan sejajar dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang lebih berorientasikan penggunaan kemudahan teknologi terkini. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat kini membolehkan maklumat di perolehi hanya menggunakan hujung jari. Justeru, startegi penyampaian dan pengajaran guru perlu berubah dan ini berkait rapat dengan peranan yang perlu dimainkan oleh Pusat Sumber Sekolah dan perpustakaan. Senario ICT dalam pendidikan di Malaysia Pada masa kini, revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia yang melanda dunia telah banyak mempengaruhi masyarakat secara global. Untuk mengharungi cabaran ini serta merealisasikan matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dibincangkan dari dua aspek berbeza iaitu; pertama dari sudut pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek kedua adalah pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Perbincangan ini juga menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perbincangan meliputi peranan pemimpin sekolah dalam membentuk budaya ICT melalui pembinaan polisi dan pelan pembangunan; pemantauan sumber dan program perkembangan staf di samping peranan guru dan sokongan pihak luar terhadap integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Upload: paul-ding

Post on 15-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Ict

TRANSCRIPT

Page 1: Ict

Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Literasi Maklumat Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran: Kepentingan Pusat Sumber Sekolah

Oleh

Haslinda Binti Husaini

Rafidah Binti Abdul Aziz

Mohd Firdaus Bin Mohd Helmi

Fakulti Pengurusan Maklumat

Abstrak

Pendidikan adalah kunci kepada kekuatan pembangunan ekonomi Negara dan kemantapan social

masyarakat. Suasa pengajaran dan pembelajaran hari ini yang lebih cenderung ke arah mengikuti

kemajuan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut kepada pentingnya peranan Pusat

Sumber Sekolah dan perpustakaan dimainkan dengan sewajar dan sejajar dengan matlamat dan objektif

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berorientasikan penggunaan kemudahan teknologi terkini.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat kini membolehkan maklumat di

perolehi hanya menggunakan hujung jari. Justeru, startegi penyampaian dan pengajaran guru perlu

berubah dan ini berkait rapat dengan peranan yang perlu dimainkan oleh Pusat Sumber Sekolah dan

perpustakaan.

Senario ICT dalam pendidikan di Malaysia

Pada masa kini, revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia yang melanda dunia telah

banyak mempengaruhi masyarakat secara global. Untuk mengharungi cabaran ini serta merealisasikan

matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah mengambil

inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran dibincangkan dari dua aspek berbeza iaitu; pertama dari sudut pengajaran

guru (guru menggunakan ICT) dan aspek kedua adalah pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam

konteks pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan

komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi.

Perbincangan ini juga menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perbincangan meliputi peranan pemimpin sekolah dalam

membentuk budaya ICT melalui pembinaan polisi dan pelan pembangunan; pemantauan sumber dan

program perkembangan staf di samping peranan guru dan sokongan pihak luar terhadap integrasi ICT

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: Ict

Walaupun Malaysia masih lagi sebuah negara membangun, namun ia telah mengalami

pembangunan yang pesat dari segi infrastruktur sama ada di dalam dan luar bandar. Kepesatan ini

melibatkan peranan pelbagai sektor kerajaan dan swasta yang turut bekerjasama dalam pembentukan dan

pencapaian wawasan 2020 yang di laungkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Perkembangan ICT dilihat sebagai satu bidang yang amat berpotensi di

masa akan datang, yang mana ia mampu memberikan sumbangan yang menarik dan berkesan kepada

penggunanya. Sebagai persediaan menuju ke ambang kemajuan dan kepesatan ini, kerajaan Malaysia

telah merancang dan mengambil langkah drastik dengan merubah dasar negara mengikut kesesuaian

keadaan dan keperluan hasil dari perkembangan intelektual masyarakat yang celik ilmu dan ICT

disamping melahirkan tenaga kerja yang produktif, kritis dan inovatif dalam menghadapi alaf bar.

Kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, melalui Profil membaca Rakyat

Malaysia 2005 mendapati sebanyak 24.6% rakyat Malaysia memiliki komputer di tempat kediaman

berbanding 75.4% yang tidak memilikinya. Pemilikan komputer antara penduduk di bandar dan penduduk

di luar bandar adalah hampir sama banyaknya, iaitu 22.7% bagi bandar dan 22.0% bagi luar bandar. Ini

dimantapkan lagi dengan kebolehan akses kepada internet didapati 53.4% responden mempunyai

sambungan internet di rumah, dan 83% daripadanya yang menggunakan komputer di pejabat mempunyai

akses kepada internet. Kajian juga mendapati bahawa penggunaan komputer dan internet secara

keseluruhannya digunakan untuk mencari malumat, berkomunikasi melalui email dan untuk hiburan,

17.7% rakyat Malaysia menggunakan internet untuk tujuan bersembang atas talian, membuat urusan

perbankan dan perdagangan elektronik dan forum.

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat terutama dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran, pembinaan Pusat Sumber Sekolah turut giat dijalankan oleh pihak kerajaan. Pusat Sumber

Sekolah tidak lagi boleh kekal sebagai perpustakaan atau gedung simpanan buku semata-mata tetapi

sebaliknya berkembang menjadi Pusat Sumber Elektronik (PSE) lengkap dengan kemudahan multimedia

termasuk CD-ROM dan Internet. Untuk itu, guru sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran dan

pengetahuan tentang literasi komputer supaya PSE akan dapat digunakan dengan lebih berkesan. Ini juga

akan dapat melahirkan generasi muda yang celik komputer dan dapat menggunakan teknologi canggih

dalam pembelajaran mereka.

Keberkesanan Pusat Sumber Sekolah dalam proses pembelajaran dan pengajaran amat penting

sekali terutama dalam kaitannya dengan falsafah pendidikan negara. Ini bermakna Pusat Sumber Sekolah

harus merancang program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dan perkembangan potensi

pelajar secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi di samping mampu menyediakan

persekitaran yang sesuai untuk merangsang perkembangan diri pelajar. Langkah ini secara tidak langsung

Page 3: Ict

akan merangsang guru sekolah untuk bersikap lebih proaktif, kreatif dan inovatif dalam menguruskan

Pusat Sumber Sekolah.

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah

masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mewujudkan

masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah

cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada

implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan..

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan

guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan

mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk

membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi

teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana ICT

menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional .

Integrasi ICT dan literasi maklumat dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan

sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara kerajaan, pemimpin, kementerian yang

berkaitan, pengetua, guru besar, guru, pelajar dan ibu bapa. Sekolah tiada pilihan lain melainkan

menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT

untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah

dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf

adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk

memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesedaran literasi maklumat dalam dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini amat mencabar

dan perlu seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang maju. Kajian yang dijalankan

pada tahun 2005 tutur mendapati, kadar literasi komputer hampir seimbang dari segi kumpulan rakyat

Malaysia. Etnik Bumiputra (Sabah, Sarawak, Semenanjung) mencapai tahap 46.7%, Cina 49.0%, India

46.1% dan lain-lain kumpulan etnik sebanyak 38.1%.

Oleh itu, transformasi dalam bidang pendidikan masa kini perlu lebih giat dijalankan demi

memastikan masyarakat Malaysia amnya dan pelajar sekolah khususnya dapat menikmati kemajuan

teknologi ini. Masyarakat amat bergantung dan berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

dan semua Institusi Pendidikan di Malaysia mampu merancang dan melaksanakan sistem pendidikan

yang terkini bagi melahirkan individu yang kreatif, berinovasi, berilmu dan boleh menguasai kemahiran

teknologi maklumat ini. Perubahan dan tuntutan baru ini diharapkan dapat membantu generasi muda

Page 4: Ict

untuk menjadi seorang individu yang dianggap sebagai literasi teknologi maklumat dan juga literasi

maklumat. Sehubungan dengan itu, dasar pendidikan Negara juga perlu diubah demi memastikan hasrat

ini dapat dicapai semaksimum yang mungkin. Impak teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini turut

mencabar fungsi pendidikan kebangsaan Negara di mana perlaksanaan penggunaan ICT ini perlu

dirancang dengan sebaik mungkin menggunakan pendekatan dan paradigma baru yang lebih moden,

efisyen dan berdaya saing.

Menurut Drucker (2003), konsep pembelajaran sepanjang hayat (life long learning) telah

menjadikan pendidikan ICT dan litersi maklumat ini semakin penting dan diberi perhatian oleh sama ada

individu, organisasi mahu pun pemerintah. Pendidikan formal perlu ditampung oleh keperluan ICT bagi

melahirkan pekerja dan masyarakat yang berpengetahuan (knowledge society). Cabaran-cabaran pada era

globalisasi ini merangkumi keseluruhan daripada dimensi hidup manusia iaitu ekonomi, politik dan

sosial. Malah lebih penting lagi adalah cabaran terhadap nilai-nilai spiritual dan budaya manusia. Inilah

abad kapitalisme (the Age of capitalism) yang menginstitusikan manusia berpelajaran (educated person)

dan masyarakat bermaklumat (knowledge society) sebagai teras pembangunan individu, masyarakat dan

negara secara keseluruhannya.

E-learning

Pada bulan Disember tahun 1996, National IT Council (NITC) telah melancarkan Agenda IT

Kebangsaan (National IT Agenda – NITA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada

ketika itu iaitu, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beberapa strategi telah dirancang oleh

NITC untuk membangunkan Malaysia di peringkat global. Lima (5) bidang yang dikenalpasti untuk

diberi tumpuan ialah:

1. E-Community

2. E-Public Services

3. E-Learning

4. E-Community

5. E-Sovereignty

Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta pada masa itu, telah

dipertanggungkawabkan untuk menjayakan agenda e-learning kebangsaan ini.

E-learning adalah kaedah pembelajaran yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan

ICT secara interaktif dengan menggunakan komputer, internet, alat bantuan audio visual dan

sebagainya. Kaedah pembelajaran adalah samada secara synchronously (serentak) atau pun

Page 5: Ict

asynchronously (pada masa yang berbeza) di mana bahan pengajaran menggunakan animasi,

interaktif, bunyi, teks dan grafik yang berwarna-warni serta simulasi. (Learnfram, 2001).

Pembelajaran kaedah E-learning ini membolehkan pelajar memilih masa, kandungan serta

hala tuju pembelajaran mereka secara kendiri. Segala pertanyaan dan perbincangan dijalankan secara

dalam talian (online) tanpa perlu merasa takut atau malu. Pelajar mampu melaksanakan semua ini

melalui penggunaan ICT yang banyak membantu mereka untuk meneroka dunia baru ini serta

menambahkan minat dalam pembelajaran di sekolah.

Sekolah Bestari

Antara usaha KPM dalam melestarikan pendidikan ICT ini adalah dengan mewujudkan Sekolah Bestari.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara SISTEMIK dari segi

amalan pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi

Zaman Maklumat. Namun begitu, KPM dan pihak pengurusan sekolah perlu menekankan aspek penting

dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari ini, misalannya, kemahiran berfikir, membuat

keputusan, penggunaan alat teknologi maklumat sama ada untuk pembelajaran mahupun berkomunikasi.

Pembestarian ialah proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan teknologi dalam pendidikan

untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Matlamat

Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan

menggunakan ICT sebagai pemangkin dan pendorong kepada pengajaran dan pembelajaran. Objektif

pembestarian adalah seperti berikut:

i. Membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-

ekonomi.

ii. Mengimbangkan jurang digital di antara bandar, luar bandar dan pedalaman

iii. Membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif

iv. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT

Dasar Pembestarian semua sekolah adalah merangkumi dasar ICT iaitu;

i. ICT untuk semua pelajar

ii. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata

pelajaran

iii. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan

Pelaksanaan pembestarian ini merangkumi tiga elemen utama iaitu:

i. infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan

ii. Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan

Page 6: Ict

iii. Pembangunan Sumber Manusia.

Fokus utama ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai capaian ICT yang sama dengan:

i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi untuk semua pelajar

ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap

iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan

Antara program yang telah dilaksanakan ke sekolah- melalui projek Kementerian Pelajaran adalah seperti

berikut:

i. projek makmal Komputer Sekolah

ii. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

iii. rangkaian SchoolNet

iv. rancangan TV pendidikan

v. projek Rintis Sekolah Bestari

vi. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

vii. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT

viii. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta

ix. latihan ICT Guru

x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan

keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

(Sumber:Laman web, Bahagian Teknologi Pendidikan – Teknologi untuk pendidikan bestari)

Projek SchoolNet

Selain dari Sekolah Bestari, KPM dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi turut

menyediakan infrastruktur komunikasi bagi merapatkan jurang digital di antara pelajar sekolah

di bandar dan luar bandar. Usaha in dibuat bagi memoden dan mempertingkatkan keberkesanan

sistem pendidikan negara. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan suasana

pendidikan yang berunsurkan interaktif. Oleh itu, sebanyak 10,000 buah sekolah dipastikan

dapat menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”

untuk memberi akses yang lebih cepat bagi tujuan P & P menggunakan ICT. Wawasan SchoolNet ini

adalah bertujuan untuk:

1. Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.

2. Mewujudkan masyarakat yang celik IT.

3. Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

Page 7: Ict

Rajah 1: Gambaran Keseluruhan Pedagogi dalam Industri VS Masyarakat Bermaklumat

ASPECT LESS

(TRADITIONALL PEDAGOGY)

MORE

(EMERGING PEDAGOGY FOR THE

INFORMATION SOCIETY)

Active • Activities prescribed by

• Whole class instruction

• Little variation in activities • Pace determined by the programme

• Activities determined by learners

• Small groups

• Many different activities • Pace determined by learners

Collaborative • Individual • Homogenous groups

• Everyone for him/herself

• Working in teams • Heterogeneous groups

• Supporting each other

Creative • Reproductive learning

• Apply known solutions to problems

• Productive learning

• Find new solutions to problems

Integrative • No link between theory and practice • Separate subjects

• Discipline-based

• Individual teachers

• Integrating theory and practice • Relations between subjects

• Thematic

• Teams of teachers

Evaluative • Teacher-directed

• Summative

•Student-directed

• Diagnostic

Source: Thijs, A., et al. Learning Through the Web Available Online

http://www.decidenet.nl/Publications/ Web_Based_Learning.pdf Accessed 31 May 2002.

Pembelajaran Kreatif - Pelajar boleh memanipulasikan maklumat sedia ada menggunakan ICT dan

menjadikannya sebagai satu produk baru dengan cara yang lebih kreatif.

Pembelajaran Berintegrasi – Pembelajaran menggunakan ICT untuk mempromosikan

pendekatan secara integrasi dengan menggabungkan aspek P & P. Teknik ini lebih dikenali dengan nama

“blended learning”.

Pembelajaran Melalui Penilaian – Teknik pembelajaran dengan mendidik pelajar untuk mendengar,

memerhati dan memahami pengajaran oleh guru. Seterusnya, pelajar ini digalakkan untuk

mengeksplorasi sendiri maklumat mengunakan pengaplikasian ICT untuk mengkaji kebenaran sesuatu

fakta.

Pemantauan Keberkesanan Pelakasanaan ICT di Sekolah

Page 8: Ict

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah

untuk memantau penggunaan ICT di sekolah. Dua sistem pemantauan telah diletakkan dalam portal

Bahagian Teknologi Pendidikan, iaitu:

1. Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

2. Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Aplikasi ini diwujudkan bagi mendapatkan maklum balas dari sekolah berkaitan pembudayaan

dan penggunaan ICT di sekolah tersebut. Penggunaan ini pada asalnya dijalankan secara manual

di 88 buah sekolah bestari dan kini aplikasi berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat

penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Rancangan Malaysia ke-10

Dalam RM ke-10, aspek pendidikan telah menjadi antara isu yang penting dibincangkan

demi meningkatkan modal insan di kalangan generasi muda. Antaranya ialah merombak sistem

pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar, di mana Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi di sekolah akan dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan

mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi.

(Sumber:Laman web, Bahagian Teknologi Pendidikan – Teknologi untuk pendidikan bestari)

Pelaksanaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran

Perlaksanaan ICT dalam pengajaran-pembelajaran perlu terancang dan bersesuaian bagi

memastikan keberkesanan perlaksanaannya. Matlamat pembangunan ICT dalam pendidikan antara

lainnya ialah untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT dengan memperluaskan akses dan

ekuiti dalam kemudahan ICT, memperluas kurikulum berasaskan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran

dengan menggunakan ICT, menekankan pengintegrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran,

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personal

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan,

meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT, meningkatkan program

penyelidikan dan pembangunan, dan meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan

masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan (Pelan Induk Peningkatan

Pendidikan,2007).

Pengajaran merupakan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Di mana

pengajaran meliputi perkara – perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan

penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara

berkesan (Mok Soon Sang,2003). Tujuan mengajar ialah menukar tingkah – laku dan kelakuan pelajar

melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Manakala pembelajaran bermaksud proses

Page 9: Ict

memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh diperolehi melalui

pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berada di persekitarannya. Kamus Dewan mentaksirkan bahawa

pembelajaran sebagai satu proses belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.

ICT tidak hanya terhad kepada internet dan peralatan dan perisian komputer yang bersifat

teknikal sahaja. Justeru itu, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran merupakan satu

langkah bijak yang perlu dilaksanakan dengan jayanya. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya,

pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran boleh dilaksanakan dengan beberapa kaedah

antaranya ialah kaedah pakej pembelajaran. Pakej pembelajaran berperanan dalam pendidikan yang

berkonsepkan pembelajaran berdikari (Independent learning).

Melalui pakej pembelajaran berasaskan ICT yang lebih bersifat terbuka dan kolobrasi, pelajar

boleh melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan atau individual. Di mana, pakej ini mengandungi

cadangan pelbagai aktiviti mengikut kepelbagaian tahap kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar.

Pelajar boleh mengakses pelajaran mereka semasa di rumah dan boleh berhubung dengan guru di luar

waktu sekolah. Melalui kaedah ini juga guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan

dengan berasaskan prosedur perlaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Penilaian

pembelajaran juga boleh dilaksanakan oleh guru mahupun murid melalui akses internet.

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai medium bagi menyampaikan pengajaran dan bukan

bergantung semata-mata kepada penerangan secara lisan. Ia memerlukan bahan-bahan sokongan dan

perkakasan seperti komputer, projector overhead (OHP), pita rakaman, televisyen dan LCD projector

dalam kaedah penyampaian yang seimbang bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran.

Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan yang menekankan perkembangan potensi individu dari segi JERIS iaitu

jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosialnya telah mengilhamkan kerajaan untuk mewujudkan

sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi terkini hasil aplikasi perdana koridor raya multimedia bagi

memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada agar dapat melahirkan masyarakat yang berdaya maju dan

produktif dalam menghadapi cabaran alaf baru. Menyedari hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia,

berpendapat minda yang kreatif dan inovatif perlu diterapkan sejak zaman kanak-kanak. Ekoran dari itu,

tumpuan diberi kepada penggubalan kurikulum yang ada agar selari dengan perkembangan zaman dan

ICT.

Perubahan global dalam dunia pendidikan telah menjana kepada minat dan usaha bagi para

pendidik menggunakan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (Rosidayu Sabran, 2006).

Page 10: Ict

Faktor- faktor penggerak yang lain seperti kos teknologi bagi perkakasan dan perisian yang murah,

perisian bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih mesra pengguna dan perkembangan dalam teori

dan model pendidikan yang bertumpu kepada pemusatan pelajar.

Guru memainkan peranan sebagai fasilitator bagi pengajaran dan pembelajaran di peringkat

sekolah. Seiring dengan perubahan masa, proses pengajaran dan pembelajaran telah berubah daripada

kaedah eksposisi kepada pengajaran yang lebih bertumpu kepada pengekplorasian sesama pelajar. Pelajar

secara individu berpeluang untuk belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang

bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehannya. Melalui kaedah ini, antara pendekatan yang dapat

dijalankan oleh guru adalah dengan menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah, iaitu dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran.

Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70- an telah meninggalkan impak yang besar bagi

penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan di Malaysia (Chee, 2000). Suasana pembelajaran dan

pengajaran di dalam bilik darjah tidak lagi bertumpu kepada elemen “chalk and talk”, malah telah diganti

dengan pendekatan yang lebih interaktif dan kondusif seperti penggunaan komputer dan bahan

multimedia.

Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berasaskan memori kepada aspek

yang berorientasikan pengetahuan, pemikiran, kreativiti dan penyayang melalui penggunaan teknologi

terkini (KPM, 1997). Pelajar juga perlu memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (“self-

directed”) dan kemajuan (“self- pace”) pembelajaran kearah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang

ditetapkan (Dana Sudjana dan Ahmad Rivai, 1989).

Selaras dengan perkembangan ini, para guru disaran agar menggunakan pendekatan strategi ICT

seperti penggunaan multimedia dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Perkataan multimedia adalah

berasaskan kepada 2 perkataan utama iaitu “multi” dan “medium”. Multi bermaksud pelbagai dan

medium adalah sebuah alatan yang digunakan bagi menyampaikan atau membuat sesuatu, selain daripada

bertindak sebagai perantara (Michael, 2001). Apabila dikaitkan dengan pemprosesan komputer, medium

dianggap sebagai alat pengagihan dan persembahan maklumat seperti teks, imej, muzik dan sebagainya.

Teknologi maklumat contohnya seperti multimedia sememangnya mampu menghasilkan impak yang

besar dalam bidang pendidikan hasil daripada pengintegrasian elemen teks, grafik, animasi, audio dan

video. Selain itu multimedia juga membantu kepada pengembangan proses pengajaran dan pembelajaran

kearah yang lebih dinamik. Guru seharusnya memperkasakan diri dengan kefahaman akan penggunaan

teknologi tersebut dengan lebih efektif agar dapat membantu menghasilkan idea- idea bernas terutamanya

untuk diguna pakai dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi maklumat juga membolehkan guru mengamalkan gaya pembelajaran yang pelbagai

untuk pelajar menerusi elemen yang terdapat di dalamnya. Bagi pelajar yang mempunyai kelebihan

Page 11: Ict

belajar dengan cepat, peluang akan diberikan untuk meneroka dan menggunakan sendiri aplikasi

multimedia dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini dapat menggalakkan pelajar tersebut untuk

menjalankan proses pencarian dan tidak hanya bergantung kepada guru untuk memberikan maklumat

yang dikehendakinya. Sebaliknya bagi pelajar yang lambat dalam sesi pembelajaran, peluang akan

diberikan untuk pelajar tersebut mengulangi semula perkara yang sudah dilalui sehingga mampu untuk

memahami perkara yang dipelajari. Dengan ini dapat dilihat elemen interaktif dalam teknologi

multimedia menjadikan pelajar lebih berdaya saing dan proaktif dalam membina pengetahuan

berdasarkan pilihan, kadar dan kehendak sendiri.

Kelebihan lain bagi penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat

memangkin kepada penjanaan pembelajaran secara koperatif, seperti mewujudkan interaksi di antara

pelajar melalui perbincangan dan projek kumpulan. Khususnya, Pembelajaran Koperatif (“Cooperative

Learning”) boleh didefinisikan sebagai satu bentuk strategi pembelajaran yang bersistematik di mana

kumpulan kecil dibentuk belajar atau bekerjasama bagi mencapai matlamat dan kejayaan dan guru

bertindak sebagai fasilitator (Slavin, 1990).

Hasil daripada pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya

penggunaan elemen multimedia dilihat sebagai kaedah bagi menggalakan minat pelajar mengikuti sesi

pembelajaran tersebut, selain daripada membantu penguasaan maksimum terhadap tajuk yang dipelajari.

Kelebihan multimedia selain bertindak sebagai pemudahcara adalah sebagai pengganti atau menyokong

kepada pengajaran dan pembelajaran serta sesi latihan yang dikendalikan oleh guru dalam menyampaikan

maklumat kepada para pelajar (Neo dan Neo, 2004).

Page 12: Ict

Rajah 2: Kelebihan Multimedia sebagai pemudah cara(sumber daripada Neo dan Neo, 2004)

Objektif dalam dunia pendidikan tidak hanya tertumpu kepada gaya pembelajaran mengikut

kecenderungan pelajar malahan turut memberi penekanan kepada gaya pembelajaran yang kurang

kecenderungan oleh pelajar. Ini diharapkan akan dapat diperkembangkan agar dapat menjana kepada satu

tahap keseimbangan. Sehubungan ini, teknologi maklumat di lihat dapat membantu proses pengajaran dan

pembelajaran dalam mengisi kepelbagaian gaya belajar pelajar supaya proses pembelajaran yang lebih

efektif akan dapat dicapai

Kementerian Pendidikan melalui Sektor Multimedia Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan

Disember 1997 menyarankan kaedah dan pendekatan pengajaran yang dapat digunakan bagi

menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang berkesan.

Peranan utama teknologi maklumat dilihat dari pelbagai aspek antaranya:

1. menambah kualiti pembelajaran

Page 13: Ict

2. mengurangkan masa bagi pelajar mencapai matlamat hasil pembelajaran

3. menambah keberkesanan pengajaran guru

4. mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti

5. membantu guru dalam kaedah penyampaian pengajaran

(Muhamad Hasan Abdul Rahman, 2000)

Selain itu, aktiviti perkembangan dan pembangunan secara profesional perlu sentiasa

dilaksanakan dari masa ke semasa ini bagi memastikan pemurnian didalam pelaksanaan proses ICT dan

pendidikan sentiasa berlangsung. Ia perlu dilaksanakan dan diimplementasikan supaya keperluan diantara

guru dan aktiviti dapat diselaraskan dan dikenalpasti supaya penambahbaikan dapat dijalankan dari masa

ke semasa.

Pendekatan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran

Menurut Doyle, C. (1994) literasi maklumat adalah, keupayaan untuk mengakses menilai dan

mengguna maklumat dari pelbagai sumber. Literasi maklumat amat penting di dalam bidang pendidikan

khususnya dan pengajaran dan pembelajaran amnya adalah kerana ia merupakan penyumbang utama

kepada;

1. Polisi dan pembangunan negara yang mana membantu membangunkan ekonomi berasaskan

pengetahuan (k-ekonomi). Selain dari itu ia turut juga menyumbang dari segi faktor

memperkukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga manusia

berpengetahuan.

Pada dasarnya, Kerajaan mengkehendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai

pengetahuan mengenai “Information Technology” (IT). Justeru itu pengetahuan berkenaan teknologi

maklumat dan literasi maklumat dipandang penting oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkembangan

dalam KPM

- Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang

- beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera

- Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan

bantuan ICT

- Pembangunan ICT dalam pendidikan

Page 14: Ict

2. Kemahiran maklumat perlu untuk bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu

bergantung kepada maklumat. Pembelajaran secara berdikari adalah peting dalam menghayati

konsep pendidikan seumur hidup. Ia juga menjadi penyumbang kepada pencapaian negara – K-

Masyarakat dan K-Ekonomi.

Peranan Perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah

Dari aspek literasi maklumat, peranan Perpustakaan Negara Malaysia dapat dilihat melalui hasil

dari kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia sendiri

panda tahun 1996 iaitu kadar literasi rakyat Malaysia adalah 93% tetapi hanya 87% sahaja yang

mengamalkan buday membaca. Dari laporan Kualiti Hidup Malaysia tahun 2002 yang diterbitkan oleh

Unit Perancang Ekonomi, kadar literasi sehingga tahun 2002 adalah sebanyak 93.8%

Menurut hasil kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005, rakyat Malaysia secara puratanya

membaca 2 buah buku dalam setahun. Disebabkan oleh faktor inilah maka, Perpustakaan dan Pusat

Sumber sekolah perlu memainkan peranan yang lebih di dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan

dan menarik minat pelajar di peringkat sekolah untuk menggunakan Perpustakaan dan Pusat Sumber

sekolah serta mengenali trend terkini kaedah pencarian maklumat secara alam maya. Dapatan 2 buah

buku setahun ini tidak termasuk buku yang dibaca untuk tujuan peperiksaan, kemajuan kerjaya dan

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta vahan bacaan secara atas talian. Kajian semula laporan Profil

Membaca Rakyat Malaysia 2005 merumuskan rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas membaca

secara puratanya sebanyak 8 hingga 12 buku setahun. Hasil ini amat memberansangkan dan ia adalah

kejayaan daripada peranan dan fungi PSS dan perpustakaan yang sebenarnya banyak melakukan aktiviti-

aktiviti bagi menggalakkan pembacaan dilakukan.

PSS pada hari ini adalah tempat di mana permulaan kekayaan ilmu dapat diperolehi. Ini kerana di

sinilah terdapatnya:

i. Tempat koleksi bahan sumber

ii. Pusat Perkembangan segala aktiviti pengajaran & pembelajaran

iii. Perkembangan k earah Pusat Sumber elektronik dan maya

Kepentingan PSS dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dinafikan. Contohnya dapat dibuktikan

dari pencapaian akademik pelajar;

Johan Nilam Kebangsaan

Nur Ameera Faiz - Kategori Sekolah Rendah

Page 15: Ict

Syed Nabil - Kategori Sekolah Menengah

Nur Amalina - Bekas Tokoh Nilam dan 18A SPM

Ini membuktikan terdapatnya korelasi di antara PSS dengan pencapaian akademik pelajar. PSS dan juga

kecermerlangan pelajar adalah pekara yang sentiasa berhubungkait dan perlu dibangunkan bersama.

Aktiviti PSS yang aktif, dinamik dan terkini dengan kemudahan teknologi maklumat dapat membantu

menarik minat para pelajar dan menyumbang kepada kejayaan pencapaian akademik.

Sistem pendidikan bestari telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1999 di mana

sebanyak 88 buah sekolah rintis telah dibangunkan yang menelan belanja 30 juta bagi setiap buah

sekolah. Menurut Fiske (1992), Sekolah Bestari mengamalkan kaedah baru dalam sistem pendidikan,

sistem pengajaran, sistem pengurusan dan penilaian pelajar berteraskan teknologi.

Ciri pendidikan bestari ialah memastikan semua murid mampu belajar, kurikulum yang

mengambilkira pelbagai kebolehan dan keperluan, iklim yang sesuai untuk pembelajaran, penilaian yang

dibuat secara berterusan, pentadbiran dan guru yang professional dengan sokongan komuniti dan ibubapa.

Mengikut kertas konsep sekolah bestari yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

pendidikan bestari bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik IT, meningkatkan

penglibatan pihak berkepentingan, membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani pelajar,

mendemokrasikan pendidikan dan mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan

individu. Ini adalah usaha ke arah mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan

membangunkan tenaga kerja untuk menghadapi zaman maklumat.

Sistem pendidikan bestari mengamalkan cara pembelajarn dengan mengunakan courseware

interaktif menggunakan CD-ROM atau melalui intranet sekolah, dengan networking melalui e-mel kepada

pakar tertentu, mendapatkan bahan di internet, berkongsi maklumat dengan rakan lain melalui

perbincangan, membuat field trip atau lawatan ketempat mempunyai sumber maklumat yang diperlukan

serta memperolehi maklumat dari bahan konvensional.

Di dalam memastikan kejayaan pendidikan bestari, Pusat Sumber sekolah perlu mengunakan

sumber pendidikan yang pelbagai selaras dengan keperluan pelajar yang mempunyai gaya belajar yang

tersendiri serta mengikut keupayaan masing-masing.

Antara peranan utama Pusat Sumber ialah :

1. Mengesan dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran

2. Menilai bahan-bahan yang mempuyai hubungan dengan bidang dan matapelajaran

3. Melengkapkan pengunaan „courseware‟ yang bersesuaian dengan sistem pengurusan Sekolah

Bestari (SSMS).

4. Mengesan dan menyimpan data individu sebagai bahan sumber untuk membantu proses

pengajaran dan pembelajaran

Page 16: Ict

5. Mengemaskini inventori sumber pendidikan sekolah

6. Sistem Pusat Sumber berautomasi.

Pengwujudan Pusat Sumber adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Ia juga merupakan pusat penyimpanan koleksi maklumat yang terkini yang

terpilih dan disimpan secara sistematik untuk digunakan oleh pengguna mengikut keperluan. Terdapat

juga perkhidmatan serta pelbagai program yang dijalankan untuk pelajar dan guru sekolah bagi

menggunakan bahan serta peluang yang terdapat di dalamnya.

Fungsi Pusat Sumber

Pusat Sumber mempunyai tiga fungsi utama iaitu:

1. teknologi pengajaran

2. makmal pembelajaran dan

3. pengurusan ilmu .

Teknologi pengajaran

Fungsi teknologi pengajaran memerlukan Pusat Sumber menyediakan bahan pengajaran,

memberi peluang kepada pelajar mengunakan bahan dalam pelbagai bentuk (komputer, projektor, slaid,

dan lain-lain), memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran, menarik minat

pelajar terhadap pelajaran, memperkukuhkan kualiti bahan pengajaran dengan pengunaan komputer,

mengurangkan masa yang diperlukan untuk mencipta dan megeluarkan lagi bahan, meningkatkan

keberkesanan bahan pengajaran melalui persembahan yang menarik, menyatukan pengunaan grafik,

video, audio dan teks dalam bentuk media menjadi satu persembahan yang bersepadu, berkomunikasi

dengan Pusat Sumber lain yang jauh dan dekat serta pelajar boleh mengunakan komputer dalam

menyempurnakan tugas mereka.

Makmal Pembelajaran

Peranan Pusat Sumber sebagai makmal pembelajaran pula ialah merancang media pendidikan

yang dapat diintegrasikan dalam kurikulum sekolah untuk menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran, mengumpul dan menyebarkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan teknologi dan

reka bentuk pengajaran, pengumpulan maklumat dan mengedar pelbagai jenis alat dan bahan mengajar

(cetak dan bukan cetak) untuk kemudahan guru dan murid. Di samping itu, ia juga berfugsi untuk

menyediakan kemudahan dan perkhidmatan media yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar yang

Page 17: Ict

berbeza antara satu dengan yang lain, membantu guru memilih dan menilai alat dan bahan pengajaran

yang telah dihasilkan oleh guru sendiri atau yang diberi oleh pihak pembekal serta melatih dan

mengalakkan guru mengunakan alat dan bahan media mengikut pendekatan sistem.

Pengurusan Imu

Fungi Pusat Sumber dalam pengurusan ilmu pula ialah untuk mengenalpasti bahan atau ilmu

yang diperlukan oleh sesebuah sekolah, bagi memastikan ilmu dapat distrukturkan untuk memenuhi

keperluan pelajar, membantu pelajar dan pengajar mengunakan kaedah IT untukmeng akses ilmu yang

terdapat di dalam Pusat Sumber serta membantu guru dan pelajar menggunakan ilmu yang terdapat di

dalamnya secara kreatif dan inovatif. Melihat kepada fungsi yang perlu dimainkan oleh Pusat Sumber

dalam pendidikan bestari ini jelas ianya perlu menghadapi pelbagai cabaran berkaitan teknologi

maklumat, komunikasi dan globalisasi.

Peranan guru pusat sumber/guru media/penyelaras pusat sumber sekolah

Dalam memastikan sekolah mendapat faedah dan peluang dari pengurusan Pusat Sumber yang

berkesan, peranan guru Pusat Sumber atau guru media atau penyelaras Pusat Sumber adalah amat

penting. Tanpa kesedaran serta kefahaman terhadap keperluan pendidikan bestari maka pengurusan Pusat

Sumber yang berkesan tidak mungkin tercapai. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh mereka adalah

seperti:

1. Bekerjasama antara guru subjek dan pelajar dalam memperkenalkan teknologi baru. Membantu

guru dalam penyediaan alat bantu mengajar serta menunjuk ajar cara pengendalian alat atau ICT.

2. Guru media juga perlu mengadakan orientasi pusat sumber kepada penguna iaitu pelajar, guru

dan juga ibu bapa.

3. Guru media perlu mempromosikan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan pelajar

yang terdapat dalam Pusat Sumber serta menggalakkan guru menggunakan alat bantuan mengajar

seperti multimedia dalam pengajaran.

4. Untuk meningkatkan keupayaan guru sekolah dalam mengunakan sumber pembelajaran yang

terdapat di dalam Pusat Sumber, guru media perlu memberi latihan dan pendedahan kepada guru

serta pelajar kaedah untuk mengakses serta menilai maklumat.

5. Guru media juga perlu sentiasa mengemaskini bahan dan ilmu di dalam Pusat Sumber seperti

menyediakan bahan pengajaran yang berkaitan dan mempunyai maklumat yang terkini serta

sentiasa bersedia mengubah kaedah tradisional kepada cara moden berdasarkan kepada perubahan

teknologi terkini.

Page 18: Ict

6. Perbincangan di antara guru media dan guru, guru panatia serta pengetua adalah amat untuk

mengetahui bahan yang perlu disediakan mengikut matapelajaran dan strategi pengajaran dan

pembelajaran.

7. Guru media juga perlu bersedia untuk memberikan khidmat nasihat kepada pelajar

dalam usaha menggalakkan mereka menggunakan sumber yang disediakan oleh usat Sumber.

8. Dalam melestarikan keberkesanan pengurusan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat

Sumber sudah pasti memerlukan seorang guru media yang dapat menjalankan tanggugjawab

ini secara sepenuh masa. Untuk itu guru media perlulah senantiasa bersedia untuk

meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan (content knowledge)-ilmu mengurus

Pusat Ssumber, membuat keputusan, kemahiran menjalankan promosi atau memperkenalkan

Pusat Sumber kepada penguna, mampu menjalankan penyelidikan dan mengaplikasikan hasil

serta ilmu baru yang diperolehi dari penyelidikan bagi meningkatkan lagi keupayaan Pusat

Sumber.

9. Guru media juga mestilah mampu untuk mempromosikan pembelajaran, pengajaran

dan penyelidikan di kalangan pelajar dalam membantu menyiapkan tugasan mereka

agar menjadi lebih kritis di samping mempromosikan kemahiran menilai maklumat

kepada guru, pelajar dan staf.

10. Dapat mempromosikan perkembangan intelektual yang dinamik dalam

meningkatkan pencapaian pelajar dan mampu memenuhi keperluan pelajar.

11. Bagi menarik agar Pusat Sumber sentiasa dikunjungi oleh penguna, guru media perlu mahir

dalam mengurus PusatSsumber secara efektif, efisyen serta membuktikan ianya mampu

meningkatkan pencapaian dalam prestasi pendidikan sekolah.

Peranan Pihak Pengurusan sekolah

Pengurusan Pusat Sumber yang berkesan lagi efektif tidak mungkin akan tercapai tanpa kesedaran

serta keyakinan daripada pihak pengurusan sekolah. Sokongan yang berterusan amat diharapkan agar

Pusat Sumber mampu berkembang dan sekaligus menjadi nadi kepada pembestarian pendidikan.

Pengurus sekolah perlu menyedari peri pentingnya peranannya. Sebagai langkah awal pengurus perlulah

bertindak untuk :-

1. Berwawasan dan memahami visi sekolah bestari.

2. Memberi sokongan moral, teknikal, kewangan kepada guru-guru yang akan menjayakan

sekolah bestari.

Page 19: Ict

3. Mempastikan prasarana untuk membangun dan memperkembangkan proses pembelajaran

bestari dapat diperolehi dan dilaksanakan.

4. Memahami konsep sekolah bestari.

Isu Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Literasi Maklumat dalam Pengajaran

& Pembelajaran

ICT atau ringkasnya Information Communication and Technology atau Teknologi Maklumat dan

Komunikasi bermaksud kepelbagaian sumber dan alat yang digunakan untuk berkomunikasi, menyimpan,

menyebarkan dan menguruskan maklumat. Teknologi yang digunakan adalah seperti komputer, internet,

radio, televisyen dan sebagainya.

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;

ICT untuk semua pelajar

ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata

pelajaran

ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan

Terdapat juga isu di mana persoalaan yang timbul adalah kemajuan teknologi ICT ini akan

menggantikan peranan guru di sekolah kelak?. Ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada

kurangnya penggunaan ICT di sekolah dan ada juga guru yang tidak mahu mempelajari teknologi ICT ini

kerana bimbang pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada ICT dari guru. Kenyataan ini ada juga

kebenarannya kerana kawalan dan had penggunaan ICT di kawasan Bandar adalah tidak terkawal

berikutan kemunculan kafe internet (cybe café) yang menyediakan kemudahan mengakses internet

sehingga 24 jam berbanding dengan kawasan luar Bandar.

Walaubagaimanapun, bagi melahirkan pelajar yang literasi maaklumat, pendedahan awal perlu

diberikan dan guru serta ibubapa perlu mengawal penggunaan ICT ini supaya pelajar tidak

menyalahgunakan kemudahan teknologi ini.

WEB 2.0

Kemunculan WEB 2.0 juga telah banyak mengubah persepsi pelajar dan sekolah dalam

penggunaan ICT. Ketaksuban pelajar dan masyarakat terhadap Fcebook, Twitter, Friendster, Youtube

dan sebagainya adalah hasil kemunculan WEB 2.0 yang juga dikenali sebagai web komunikasi sosial.

Ianya membolehkan pengguna berhubung sesame sendiri, memberi pendapat, mendengar music, melihat

gambar, berkongsi idea dan banyak lagi. Kesemua ini melibatkan penggunaan ICT secara interaktif.

Page 20: Ict

Cabaran

Cabaran yang paling hebat dihadapi oleh dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini adalah

jurang digital (digital divide) yang amat besar di kalangan masyarakat Malaysia terutama sekali pelajar

sekolah. Ini bermakna pengenalan dan pengintegrasian ICT di kalangan pelbagai lapisan pelajar sekolah

akan menghadapi kesukaran dan halangan yang akan menyebabkan jurang digital semakin besar dan

penyebaran maklumat atau ilmu pengetahuan akan terganggu. Jurang digital ini berlaku di kalangan

masyarakat bandar dan luar bandar disebabkan oleh jurang ekonomi yang besar dan ketidakstabilan

sosial.

Melalui pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi ICT ini, pelajar sekolah secara

tidak langsung akan dimotivasikan melalui penggunaan perisian komputer, video, televisyen yang

mengaplikasikan teknologi imej berwarna warni, animasi, bunyi yang akan meningkatkan minat dan

kecenderungan pelajar untuk lebih mendalami dunia ICT ini. Teknik pengajaran dan pembelajaran (P &

P) juga akan menjadi lebih menarik sekiranya pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan

maklumat dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Penggunaan ICT ini juga akan

menggalakkan pelajar untuk berfikir, membuat keputusan serta menjadi lebih kreatif dalam pencarian

maklumat. Guru juga akan mendapat manfaat yang banyak melalui peenggunaan ICT dalam P & P ini

kerana kemahiran ini dapat memperbaiki teknik pengajaran mereka agar lebih menarik dan dapat menarik

minat pelajar untuk mendengar dan member tindakbalas dalam proses pembelajaran. Inilah sebenarnya

cabaran yang paling besar perlu dipikul oleh guru dan Pusat Sumber Sekolah dalam memastikan objektif

dan misi pelaksanaan ICT ini dapat dijayakan dengan sepenuhnya.

Cabaran lain yang perlu dihadapi oleh pihak sekolah adalah kekangan kewangan dan tenaga

pengajar yang mahir ICT untuk mendidik dan membimbing pelajar menggunakan teknologi ini.

Kesedaran penggunaan ICT ini juga perlu mendapat kerjasama dari semua pihak, iaitu KPM, Institusi

Pendidikan, pihak sekolah, ibubapa dan pelajar sekolah sendiri. Sebagai sebuah Negara membangun,

Malaysia sememangnya menghadapi kemelut ekonomi yang meruncing dan ini turut memberi impak

yang besar kepada industri pendidikan. Faktor ketidakstabilan sosial juga turut menyumbang kepada

kelembapan pembangunan ICT di sekolah.

Di samping itu, akses kepada ICT juga merupakan masalah yang besar di Malaysia. 83%

masyarakat di luar Bandar dan 60% masyarakat di bandar mendapati akses kepada ICT adalah terlalu

mahal. Mengikut perangkaan yang pernah dijalankan di Malaysia, dari 1.5 juta rakyat Malaysia yang

menggunakan internet, 50% darinya adalah di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini telah

wujudkan jurang digital yang amat besar di dalam masyarakat di Malaysia. (Education Quarterly, 2001).

Masalah ini juga semakin meruncing kerana hampir 80% bahan pengajian interaktif dan laman sesawang

Page 21: Ict

adalah dalam Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Melayu. Ini telah mengakibatkan pembelajaran dan

pengajaran menjadi agak lambat kerana pelajar kuang memahami bahasa kedua ini.

Di samping itu, sekolah dan guru juga menghadapi dilema dalam mengawasi dan memastikan

pelajar sekolah hanya dapat mengakses maklumat yang berkualiti dan bernilai serta mampu untuk

mengenepikan atau mengasingkan maklumat yang tidak benar dan tidak sesuai untuk peringkat umur

mereka. Kawalan ini perlu dilaksanakan oleh guru yang mengajar ICT dan juga kakitangan Pusat Sumber

Sekolah. Kaedah yang terbaik adalah dengan pelaksanaan program antara guru dan Pusat Sumber di

mana pelajar diminta untuk menyiapkan tugasan atau mendapatkan maklumat di Pusat Sumber yang turut

menyediakan kemudahan ICT. Namun begitu, penggunaan yang berterusan dan kemudahan yang terhad

akan menyebabkan program sebegini jarang dapat dilaksanakan oeh pihak sekolah. Oleh itu, persoalan

utama di sini adalah apakah langkah yang sebaiknya untuk mengurangkan jurang digital di kalangan

pelajar bandar dan luar bandar demi memastikan kedua-dua pihak ini mendapat pendedahan ICT dan

menjadi seorang literasi maklumat yang seimbang?.

Cabaran lain yang turut dirasai oleh Malaysia dalam sektor pendidikan adalah kestabilan

teknologi. Walaupun teknologi ICT di Malaysia adalah lebih baik dari sesetengah Negara Asia namun

sektor pendidikan dan KPM menghadapi masalah dalam pemilihan dan pembelian teknologi yang boleh

bertahan lama dan efektif untuk jangkamasa yang panjang. Oleh itu, pakar komputer atau pakar ICT

perlu membantu KPM untuk membuat pemilihan dan member khidmat nasihat supaya tindakan yang

diambil tidak merugikan mana-mana pihak.

Page 22: Ict

RUJUKAN

Abdul Rahim Mohd Saad (1998). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Dinamika Perubahan

Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001.

Bahagian Teknologi Pendidikan. (2010). Teknologi untuk Pendidikan Bestari. Retrieved July 13, 2010, from http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/home

Bahrudin Aris, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim Basir. (2001). Pembelajaran fizik secara koloboratif menggunakan laman web dan internet. Virtec Journal, 1-1. Bruner, J. (1990). Acts of

meaning. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Chee, K. Y. T. (2000). Running a smart school successfully. Presented at E-Learning 2000: Accelerating

e-learning towards higher education value, Malaysia International Conference & Exhibition On E-

Learning 2000. Kuala Lumpur, Malaysia, 25 May, Available at www.e- learning2000.com.my.

Accessed 28th September 2009.

Dana Sudjana & Drs. Ahmad Rivai. (1989). Teknologi pengajaran. Bandung: Sinar Baru.

Gates, B. (1999). Business @ the speed of thought. New York: Penguin Books.

Haynes, C. & Holmevik, J.R. (1998). High wired: on the design, use and theory of educational MOOs.

Ann Arbor, MI: University of Michigan Press.

Heinrich. P. (1995). The school development plan for IT. In B. Tagg (Ed), Developing a whole-school IT

policy. London: Pitman, p.p. 51 – 71.

Holmes, W. (1999). The transforming power of information technology. Community College Journal,

70(2), p.p. 10-15.

Jonassen, D. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Inglewood Cliffs, NJ:

Prentice Hall.

Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Smart school flagship application: A conceptual

blueprint. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.

Malaysia. Ministry of Education. (1997). The Malaysian smart school implementation plan. Kuala

Lumpur: Ministry of Education.

Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Smart school flagship application: the Malaysian

smart school implementation plan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.

Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Smart school flagship application: The Malaysian z smart school technology infrastructure. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.

Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Smart school flagship application: The Malaysian smart school assessment school system. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.

Malaysia.Kementerian Pendidkan Malaysia. (1997). Smart school flagship application: The Malaysian

smart school management. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.

Page 23: Ict

Managing knowledge. (2001). Education Quarterly, 16. 34-35.

Merill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman, M. (1996).

Computers in education. Needham Height, MA: Allyn & Bacon.

Michael. (2002). Multimedia dalam pendidikan. Available at

http://michael001.tripod.com/mm1.htm#cabaran%20multimedia%20masa. Accessed 19th

September 2009.

Mohamad Sani Ibrahim, & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan pembestarian sekolah.

Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19 Disember 2002.

Mohamed Sani, & Mohd Jasmy (2003). Pembestarian sekolah era globalisasi: satu pemikiran baru

dalam sistem pendidikan. Jurnal BTP. Disember 2003.

Muhamad Hasan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran penghasilan bahan pengajaran berkesan.

Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Neo, M., & Neo, T.K. (2004). Classroom innovation: Engaging students in interactive multimedia

learning. Campus Wide Information System. 21 (3): 118 -124. Retrieved 18th September 2009,

from http: // www. emeraldinsight.com

Ng W. K, (1999). ICT & pengajaran. Retrieved 19th September 2009 from

http://www.ptpm.usm.my/ICT-BM(1).htm

Nor Hayati, & Zaharah. (2002). Teknologi maklumat dan komunikasi teras pendidikan di alaf baru.

Jurnal BTP. Disember 2002.

Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000). Integrating technology into teaching and learning.

Singapore: Prentice Hall.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Retrieved from: http://kdp.ppk.kpm.my

Ramlee, & Abu Abdullah (2000). Implementation of IT and multimedia-related courses in technical and vocational education in Malaysia. Paper presented at the International Conference on Teacher and

Vocational Education in Malaysia, Petaling Jaya, November

Rancangan Malaysia ke Sepuluh. (2010). Retrieved July 13, 2010, from http://www.moe.gov

Rosenberg, J. M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital age.

Slavin, R. E. (1990). “Cooperative learning : Theory research and practise”. Prentice Hall, New Jersey.

U.S.A: McGraw-Hill.

Williams, D. M. (2000). Integrating technology into teaching and learning. Singapore: Prentice Hall.

Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: nadi sekolah bestari. Utusan Malaysia.