ibu ratu hatiku 2013

1

Click here to load reader

Upload: rosmawatijamil

Post on 24-Apr-2015

63 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

karangan hari ibu

TRANSCRIPT

Page 1: Ibu Ratu Hatiku 2013

IBU RATU HATIKU 2013

Ibu adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Air mata, pengorbanan yang tidak pernah berbelah bahagi, kelembutan, kasih sayang, kesabaran, kecekalan dan teman di kala susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya, Puan Hajah Rahimah binti Haji Abdul Rahman.Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu.

Pemergian papa buat selama-lamanya dalam hidup kami tetap menjadikan ibu semakin cekal mendidik dan membesarkanku hingga diriku meniti puncak kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya. Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata selepas pemergian papa ke rahmatullah.

Gabungan sifat ibu yang penyayang, penyabar, bertimbangrasa, berjiwa kental, bertoleransi serta sentiasa menitipkan kata-kata nasihat dan doa buat diriku jelas menjadikan ibuku seseorang yang terlalu istimewa di mataku. Malahan jutaan wang ringgit masih tidak mampu membalas segala pengorbanan ibuku selama ini. Kecekalan ibu telah menjadi inspirasi buat diriku sekaligus mematangkanku dalam melayari bahtera kehidupan ini.

Teringatku pada kisah lalu iaitu semasa diriku bergelut dengan peperiksaan akhir semester, ibuku tidak jemu memberi perangsang dan nasihat-nasihat berguna kepadaku. Paling menyentuh perasaan, ibu sanggup bersusah-payah datang ke kampusku serta menemaniku di saat getir diriku menghadapi peperiksaan akhir semester. Pengorbanan ibu berbaloi apabila keputusan peperiksaanku amat cemerlang hingga aku dianugerahkan pelajar terbaik.

Penghargaan yang cukup besar dan terindah buat ibuku adalah apabila ibu dinobatkan Ibu Tunggal Cemerlang pada tahun 2010. Betapa bangganya diriku dengan pengiktirafan tersebut. Linangan air mata kegembiraan dari kelopak mata ibu jelas menggambarkan ibu, engkaulah ratu hatiku, dulu kini dan selama-lamanya.

( 297 patah perkataan)