dato’ seri anwar bin ibrahim (perayu) - jakess.gov.my anwa… · 0018-2016 (y.a.a dato’ seri...

20
1 Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) [Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam, Negeri Selangor. Kes Jenayah Bil.: 10000-120- 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar, HMRyS, Y.A Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim, HMRyS] [10 Ramadhan 1438H bersamaan 5 Jun 2017M] [Di dalam Perkara: Rayuan Terhadap Keputusan Kes No. 10400-120-0016-2016] Fakta Kes Dan Prosiding Di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor [1] Pada 17 Februari 2015, Orang Yang Diadu (OYDA) telah membuat kenyataan di dalam suatu dialog terbuka yang menggambarkan dan menuduh Pengadu telah melakukan liwat sebagaimana yang telah diadukan oleh Pengadu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di dalam ‘Borang 6’. Pada 26 Jun 2015, Pengadu telah membuat aduan berkenaan jenayah qazaf yang telah dilakukan oleh Orang Yang Diadu kepada Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Negeri Selangor. Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Jabatan Agama Islam Negeri Selangor telah memanggil beberapa individu termasuk Dato’ Seri Wan Azizah Binti Ismail untuk siasatan. [2] Pada 16 Oktober 2015, melalui surat kepada Peguam Pengadu, pihak Penguatkuasa Agama Islam Negeri Selangor telah memaklumkan bahawa siasatan terhadap aduan Pengadu telah dihentikan atas ketiadaan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berhubung dengan kesalahan Qazaf yang diadukan oleh Pengadu. [3] Pada 11 Ogos 2016, Pengadu telah hadir bersama peguamnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor untuk membuat aduan kepada Hakim berkenaan jenayah Qazaf terhadap Orang Yang Diadu setelah Pegawai Penguatkuasa Agama

Upload: dangcong

Post on 22-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

1

Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu)

[Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam, Negeri Selangor. Kes Jenayah Bil.: 10000-120-

0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk

Haji Aidi Bin Haji Mokhtar, HMRyS, Y.A Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim,

HMRyS]

[10 Ramadhan 1438H bersamaan 5 Jun 2017M]

[Di dalam Perkara: Rayuan Terhadap Keputusan Kes No. 10400-120-0016-2016]

Fakta Kes Dan Prosiding Di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

[1] Pada 17 Februari 2015, Orang Yang Diadu (OYDA) telah membuat kenyataan di

dalam suatu dialog terbuka yang menggambarkan dan menuduh Pengadu telah

melakukan liwat sebagaimana yang telah diadukan oleh Pengadu kepada Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di dalam ‘Borang 6’. Pada 26 Jun 2015, Pengadu

telah membuat aduan berkenaan jenayah qazaf yang telah dilakukan oleh Orang Yang

Diadu kepada Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Negeri Selangor. Pegawai

Penguatkuasa Agama Islam Jabatan Agama Islam Negeri Selangor telah memanggil

beberapa individu termasuk Dato’ Seri Wan Azizah Binti Ismail untuk siasatan.

[2] Pada 16 Oktober 2015, melalui surat kepada Peguam Pengadu, pihak Penguatkuasa

Agama Islam Negeri Selangor telah memaklumkan bahawa siasatan terhadap aduan

Pengadu telah dihentikan atas ketiadaan peruntukan undang-undang di bawah

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 berhubung dengan kesalahan

Qazaf yang diadukan oleh Pengadu.

[3] Pada 11 Ogos 2016, Pengadu telah hadir bersama peguamnya di hadapan Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor untuk membuat aduan kepada Hakim berkenaan

jenayah Qazaf terhadap Orang Yang Diadu setelah Pegawai Penguatkuasa Agama

Page 2: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

2

Islam Negeri Selangor menolak aduan Pengadu dan tidak meneruskan siasatan

tersebut. Aduan Pengadu kepada Hakim Tinggi Syariah Selangor pada 11 Ogos 2016

di dalam ‘Borang 6’ adalah seperti berikut;

Bahawa saya telah dimaklumkan oleh keluarga dan peguam-peguam saya

bahawa pada 17hb. Februari, 2015 Tan Sri Shafee Abdullah telah membuat

suatu penyataan palsu (qazaf) terhadap saya yang jelas bertentangan

dengan hukum syarak.

Kejadian ini telah berlaku di dalam sebuah sesi dialog terbuka di Akademi

Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI), Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan

pada lebih kurang jam 9.30 malam. Di dalam majlis tersebut, beliau telah

membuat kenyataan yang menggambarkan dan selanjutnya menuduh saya

melakukan perbuatan liwat dengan seorang lelaki yang bernama “Saiful”.

Beliau telah membuat pengataan palsu (qazaf) tersebut terhadap saya

dengan menyatakan dan menuduh saya seperti berikut:-

“Anwar asked him to take the position on the floor. Saiful described the

position yang diambil itu ialah sujud menonggeng because that’s the position

he took, that’s why he was so angry, he feels so humiliated masa benda tu

berlaku, orang yang went through this would be able describe this, he

described in the greatest of details, ada pada masa-masa yang dia tersebak

tetapi he is a strong boy….

Anwar suruh dia sapu KY Jelly tu pada Anwar punya zakar. Dia kata masa

tu Anwar dah tegang dah. Belum apa-apa dah tegang. So dia kata semasa

dia menonggeng tu daripada tangan kanan tu sapu dan Anwar suruh dia

navigate, navigatekan zakar tu masuk dalam dubur dia. Jadi dia buat tu. Dia

kata Anwar ni macam tak sabar. Rakus dan laju semasa dia lakukan itu,

memang dia rasa sakit, dia kata sakit sangat sampai dia terpicit KY Jelly tu

tertumpah samada atas towel ataupun atas karpet…

Page 3: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

3

Anwar ni jenis takmau pakai kondom langsung, saya tak faham, kenapa tak

mahu pakai kondom langsung, dia mancutkan air mani dia dalam dubur

saiful…..”

Bersama-sama ini saya lampirkan lampiran-lampiran berikut untuk rekod

dan rujukan Mahkamah:-

(a) Sebuah pen drive yang mengandungi rakaman penuh ucapan Tan Sri Shafee

Abdullah di dalam sesi dialog terbuka di Akademi Kepimpinan Kapten

Hussein (bermula pada minit 14:35 sehingga akhir), pada tarikh 17hb.

Februari, 2015 tersebut dan ditandakansebagai Lampiran AI-1;

(b) Sesalinan Laporan petikan daripada portal Malaysiakini bertarikh pada 17hb.

Februari, 2015 yang bertajuk “Shafee goes x-rated at Umno’s Sodomy II

Forum” dan ditandakan sebagai Lampitan AI-2;

(c) Sesalinan laporan petikan daripada portal Free Malaysia Today bertarikh

pada 18 Februari, 2015 yang bertajuk “Puting Dada Saiful dicubit Anwar”

dan ditandakan sebagai Lampiran AI-3;

(d) Sesalinan laporan petikan daripada Portal Utusan Online bertarikh pada

17hb. Februari, 2015 bertajuk “Saiful tidak rela diliwat tetapi terpaksa

menyerah- Shafee” dilampirkan dan ditandakan sebagai Lampiran AI-4;

Saya dengan sesungguhnya menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah

tidak benar dan ia merupakan fitnah semata-mata dan Tan Sri Shafee

Abdullah telah gagal untuk membawa saksi sebagaimana dituntut oleh

syarak.

Saya juga dengan sesungguhnya percaya bahawa penyataan palsu (qazaf)

yang dibuat oleh Tan Sri Shafee Abdullah di atas merupakan suatu jenayah

syariah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor)

Page 4: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

4

1995. Saya dengan ini mengaku dengan sesungguhnya bahawa maklumat di

atas adalah benar dan tiada yang lain melainkan yang benar belaka.

[4] Seterusnya, Pengadu memohon agar Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan suatu

Saman kepada Orang Yang Diadu (iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Bin Abdullah)

melalui prosiding di bawah Seksyen 74 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri

Selangor) 2003. Pengadu mendakwa OYDA telah membuat tuduhan qazaf

terhadapnya. Kesalahan tersebut di dakwa telah dilakukan di Kelana Jaya, Selangor

Darul Ehsan dan telah memenuhi peruntukan Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah

Syariah (Negeri Selangor) 2003.

[5] Aduan secara bersumpah yang dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah tersebut

kemudiannya telah ditandatangani oleh Pengadu. Prosiding pemeriksaan Pengadu

juga telah dijalankan pada hari yang sama bagi memenuhi kehendak Seksyen 74

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

[6] Walaubagaimanapun, Mahkamah telah menangguhkan prosiding dan memerintahkan

Pengadu membuat penghujahan berkaitan permohonan yang di pohon bagi

Mahkamah menentukan samada aduan pengadu ini boleh dibenarkan dengan siasatan

lanjut dan samada siasatan lanjut tersebut perlu di laksanakan oleh Mahkamah itu

sendiri ataupun Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA). Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah telah berpendapat bahawa isu utama yang paling penting untuk diputuskan

oleh Mahkamah Tinggi Syariah ialah samada aduan Pengadu itu wajar dibenarkan

untuk tindakan selanjutnya mahupun sebaliknya.

[7] Pada 27 Oktober 2016 Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah menolak aduan

Perayu/Pengadu dengan alasan seperti mana di dalam Alasan Penghakimannya pada

muka surat 102 – 122 Rekod Rayuan. Rayuan ini difailkan oleh Perayu kerana tidak

berpuas hati dengan keputusan Y.A Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Syariah

Selangor dalam kes No.: 10400-120-0016-2016 yang diberikan pada 27 Oktober

2016. Perayu telah memfailkan Notis Rayuannya pada 7 November 2016 terhadap

keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.

Page 5: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

5

Diputuskan

SETELAH Kami meneliti Notis Rayuan, Alasan Rayuan, Rekod Rayuan, Penghujahan

Perayu, MAKA Kami dengan sebulat suara memutuskan seperti berikut:-

(1) Rayuan Perayu ditolak;

(2) Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam Kes No. 10400-120-0016-2016

yang diberikan pada 27 Oktober 2016 dikekalkan.

Peguam Syarie

Perayu: diwakili oleh Fadlina bt Dato’ Sidek daripada Tetuan Fadhlina Siddiq & Associates

Undang - undang yang dirujuk

1. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995- ss 2(2), ss. 2(4), s. 36.

2. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003- s. 2, s. 54, s. 55, s. 57, ss. 74

(1).

Kitab-kitab yang dirujuk

1. Dr. Abdul Qadir Audah. 2000. Tasyri’ al-Jina’ie al-Islamiy, Juz. 2. Beirut: Muassasah

Al-Risalah.

Kes - kes yang dirujuk

1. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim lwn Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan 3

Yang Lain, Kes No. 14100-099-0012-2010.

Page 6: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

6

Penghakiman Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh (Pengerusi), Y.A Datuk

Haji Aidi Bin Haji Mokhtar (Ahli Panel) Y.A Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim

(Ahli Panel).

[8] Perayu melalui Peguamnya telah memasukkan Petisyen Rayuan ke Mahkamah

Rayuan Syariah Selangor yang mengandungi sebelas (11) alasan bagi maksud rayuan

terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang menolak Aduan Perayu

tersebut. Kami telah membaca dan meneliti Rekod Rayuan, Alasan-alasan Rayuan

Perayu dan Hujah Perayu dan kami dapati terdapat dua (2) isu yang timbul dalam

rayuan ini iaitu;

a) Sama ada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah terkhilaf dari segi hukum

Syara’ dan Undang-Undang apabila tidak mentafsirkan kesalahan menuduh

sesorang melakukan liwat sebagai suatu kesalahan di bawah seksyen 36 Enakmen

Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen 9 Tahun 1995]; dan

b) Samada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah terkhilaf dari segi Undang-

Undang apabila menolak ‘Aduan kepada Hakim’ yang dibuat berdasarkan seksyen

74 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 3 Tahun

2003] oleh Perayu kepadanya.

Isu Pertama: Sama ada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah terkhilaf dari segi

hukum Syara’ dan Undang-Undang apabila tidak mentafsirkan kesalahan menuduh

sesorang melakukan liwat sebagai suatu kesalahan di bawah seksyen 36 Enakmen

Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen 9 Tahun 1995]

[9] Dalam kes ini, Perayu dalam penghujahan bertulis dan lisannya, menghujahkan

tuduhan liwat juga termasuk dalam makna zina. Tafsiran Perayu tersebut adalah bagi

membolehkan seksyen 36 digunapakai sebagai asas kesalahan qazaf ke atas Orang

Yang Diadu. Perayu mengemukakan nas dari kitab al-Tasri’ al- Jina’ie al-Islamiy,

kitab Mughni al-Mukhtaj, Kitab al-Fiqh al-Manhaji dan Qanun Jinayah Syar’iyah

dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith.

Page 7: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

7

[10] Merujuk kepada nas-nas yang dikemukakan oleh Perayu, persoalannya, ‘Apakah

tafsiran zina yang diperuntukkan oleh Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

bertentangan dengan Hukum Syara’? Para ulama berbeza pendapat berkaitan isu ini.

Ada yang menyatakan perbuatan liwat adalah termasuk zina dan ada yang

menyatakan ianya tidak termasuk kesalahan zina.

[11] Dr. Abdul Qadir Audah dalam kitab Tasyri’ al-Jina’ie al-Islamiy, Juz. 2, Muassasah

Al-Risalah, halaman 463 telah menyatakan;

والرمى باللواط عند مالك والشافعى وأمحد حكمه حكم الرمى بالزنا ألهنم يعتربون

اللواط زنا والألئط زانيا سواء كان فاعال أو مفعوال به امرأة أو رجال فاذا ثبت أن

القاذف أراد من القذف أن املقذوف يعمل عمل قوم لوط فعليه احلد. أما أبو حنيفة

باللواط ويرى تعزيره ألنه اليعترب اللواط زنا ومن مث ال يعترب الرمى اليرى حد القذف

باللواط رميا بالزنا

Bermaksud:

“Tuduhan liwat pada pandangan Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali

adalah berhukum dengan tuduhan zina kerana mereka menganggap

liwat itu sama dengan zina. Peliwat dianggap sebagai penzina sama

ada peliwat atau kena liwat itu lelaki atau perempuan. Apabila sabit

sipenuduh sengaja menuduh orang yang kena tuduh melakukan liwat

maka dia hendaklah dikenakan hukuman had. Adapun Imam Abu

Hanifah berpandangan tidak dikenakan hukuman had bagi tuduhan

liwat bahkan dikenakan hukuman takzir kerana liwat tidak dikira

sebagai zina. Dengan yang demikian, tidak dikira tuduhan liwat

sebagai tuduhan zina.”

Page 8: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

8

[12] Oleh kerana ianya adalah perkara khilafiah, maka terserah dan atas budi bicara Badan

Perundangan Negeri untuk memilih atau menentukan pendapat yang manakah yang

mahu ditakninkan. Apabila pendapat itu telah ditakninkan atau diperundangkan, maka

itulah pendapat yang dianggap telah diterima oleh masyarakat ketika ianya diluluskan

oleh Badan Perundangan Negeri dan ianya hendaklah diterima oleh badan kehakiman

dan masyarakat.

[13] Seterusnya, Kami merujuk kepada tafsiran yang telah diberikan oleh undang-undang

itu sendiri. Dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 perkataan “zina” telah

ditafsirkan di dalam seksyen 2 iaitu;

“(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki

makna yang lain —

‘zina’ ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa

nikah.”

[14] Perkataan “liwat” tiada disebutkan atau ditafsirkan di dalam Enakmen Jenayah

Syariah (Selangor) 1995. Ianya berbeza dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang telah mentafsirkan makna perkataan

“liwat” yang ertinya perhubungan seks sesama lelaki.

[15] Persoalannya, adakah makna “zina” yang terdapat di dalam seksyen 36 dan

mendasari kesalahan qazaf boleh ditafsirkan mempunyai pengertian yang lain dari apa

yang dinyatakan di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Bagi mengulas

isu tersebut, Kami mengulas dan berpendapat sepertimana berikut.

[16] Subseksyen 2(2) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan seperti

berikut;

“Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen

ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam

Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 hendaklah mempunyai erti yang

Page 9: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

9

diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta-Akta itu setakat

yang erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syara'.”

[17] Di dalam subseksyen 2(2) tersebut menyatakan bahawa pengertian sesuatu perkataan

dan ungkapan yang tidak ditakrifkan oleh Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

hendaklah mempunyai ertinya sepertimana yang ditakrifkan oleh Akta Tafsiran.

Namun demikian, tafsiran yang diertikan oleh Akta tersebut hanya terpakai setakat

yang tidak bercanggah dengan Hukum Syara’. Ini bererti subseksyen 2(2) telah

memberikan garis panduan seperti berikut;

i. Segala pengertian terhadap sesuatu perkataan atau ungkapan hendaklah

berdasarkan pengertian yang telah ditakrifkan oleh Enakmen Jenayah Syariah

(Selangor) 1995;

ii. Jika sekiranya Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak mentakrifkan

sesuatu perkataan atau ungkapan itu, maka takrifan yang diberikan oleh Akta-

Akta Tafsiran 1948 dan 1967 adalah terpakai setakat erti yang diberikan itu

tidak bercanggah dengan Hukum Syara'.

[18] Seterusnya, jika sekiranya berlaku keraguan atau kesulitan dalam mentafsirkan apa-

apa perkataan atau ungkapan yang berkaitan Hukum Syara’ yang tidak ditakrifkan

oleh Enakmen, pada ketika itu, Mahkamah diberikan kuasa budi bicara secara

kehakiman oleh undang-undang untuk menentukan erti perkataan atau ungkapan

tersebut. Ianya dinyatakan pada subseksyen 2(4) Enakmen Jenayah Syariah

(Selangor) 1995 sendiri.

[19] Dalam hal ini, perkataan “zina” telahpun ditakrifkan oleh Enakmen itu sendiri di

bawah seksyen 2. Oleh itu kami berpendapat bahawa pengertian zina yang lain dari

yang ditakrifkan oleh Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak dibenarkan

oleh undang-undang itu sendiri.

[20] Oleh yang demikinan, Kami berpendapat, di dalam kes ini, tuduhan liwat tidak

terpakai di dalam kes qazaf di bawah seksyen 36 kerana undang-undang

Page 10: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

10

memperuntukkan qazaf dibawah sekyen tersebut hanya boleh digunakan dalam kes

pertuduhan zina sahaja. Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

menyatakan seperti berikut;

“Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain

melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syara', empat

orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan

suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi

lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga

tahun atau kedua-duanya.”

[21] Dalam memutuskan isu ini kami juga telah merujuk kepada penghakiman Mahkamah

Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kes Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim lwn

Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan 3 Yang Lain, Kes No. 14100-099-

0012-2010 yang menyatakan:

“Kami bersetuju dengan Perayu yang membawakan pelbagai

pandangan ulama’ berkaitan Zina, namun sayangnya Kami selaku

badan kehakiman telah diikat oleh undang-undang yang telah

ditakninkan atau diperundangkan. Oleh yang demikian, Kami tidak

mempunyai pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan

maksud zina di dalam seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang hanya terhad kepada

makna persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan sahaja dan

tidak termasuk kesalahan liwat.”

[22] Oleh itu, dalam kes ini, Kami juga bersetuju dengan Perayu yang membawakan

pelbagai pandangan ulama’ berkaitan zina, namun sayangnya, sekali lagi kami

tegaskan bahawa Kami selaku badan kehakiman telah diikat oleh undang-undang

yang telah ditakninkan atau diperundangkan. Dan ianya adalah merujuk kepada

kaedah fiqh;

Page 11: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

11

حكم احلاكم الزام ويرفع اخلالف

Bermaksud:

“Keputusan pemerintah bersifat mengikat dan menghilangkan

kekhilafan”.

Perbezaan dalam berpendapat pada perbahasan fiqh berdasarkan pendapat mazhab

adalah suatu yang lumrah dan harus dihormati, tetapi dengan tegas fiqh menghendaki

campur tangan pemerintah dalam hal mengikat masayarakat dalam pelbagai persoalan

termasuklah perundangan dengan tujuan penyeragaman dari segi amaliyyah dan

perlaksanaannya.

[23] Oleh yang demikian, Kami tiada pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan

maksud zina di dalam seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang

hanya terhad kepada makna persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan sahaja

dan tidak termasuk perbuatan liwat.

[24] Namun demikian, memandangkan hari ini semakin banyak berlakunya perbuatan

menuduh orang lain melakukan perbuatan liwat, maka sudah tiba masanya

Pemerintah dan Badan Perundangan Negeri meminda seksyen 36 Enakmen Jenayah

Syariah (Selangor) 1995 bagi membolehkan seseorang yang menuduh orang lain

melakukan perbuatan liwat dipertuduhkan di Mahkamah Syariah. Ianya bertepatan

dengan kaedah fiqh yang menyatakan;

تصرف االمام على الرعية منوط باملصلحة

Bermaksud:

“Tindakan seseorang pemimpin terhadap apa yang dipimpinnya

(rakyat) hendaklah berdasarkan kepada kemaslahatan.”

Page 12: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

12

Isu Kedua: Samada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah terkhilaf dari segi

Undang-Undang apabila menolak ‘Aduan kepada Hakim’ yang dibuat berdasarkan

seksyen 74 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 3

Tahun 2003] oleh Perayu kepadanya.

[25] Perayu dalam hujahan bertulisnya telah menyatakan, Yang Arif Hakim Mahkamah

Tinggi Syariah dalam Penghakiman Bertulisnya telah memutuskan bahawa

Mahkamah Tinggi Syariah tidak berbidangkuasa di dalam ‘kes tak boleh ditangkap’

dan aduan Perayu hanya boleh didengar di Mahkamah Rendah Syariah sahaja. Perayu

berhujah bahawa keputusan Hakim Bicara itu adalah bertentangan dengan Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 3 Tahun 2003] dan

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Perayu seterusnya

menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berbidangkuasa untuk

menerima aduan Perayu mengikut seksyen 74 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 2003.

[26] Perayu juga dalam penghujahannya menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah berbidangkuasa untuk menerima aduan Perayu apabila Ketua Hakim Syarie

telah mengarahkan Mahkamah Tinggi Syariah mendengarnya.

[27] Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam penghakimannya menyatakan

seperti berikut:

“[15] Ianya tidak terhenti setakat isu di atas sahaja bahkan timbul

persoalan seterusnya, adakah prosiding ini terpakai bagi semua jenis

kesalahan ataupun sebaliknya?. Persoalan ini timbul apabila Seksyen

77 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

menyatakan suatu Saman hendaklah dikeluarkan kepada OYDA

sekiranya wujud alasan yang mencukupi. Penggunaan Saman

sebagai proses memaksa kehadiran Tertuduh atau OYDA ini hanya

melibatkan kesalahan tidak boleh tangkap iaitu sesuatu kesalahan

yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang

daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya pada

Page 13: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

13

lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis tidak

boleh menangkap tanpa waran sebagaimana yang dinyatakan di

dalam Seksyen 2 dan Seksyen 28 Enakmen Tatacara Jenayah

Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Ini bermaksud bagi

seseorang yang melakukan kesalahan di bawah tafsiran ini tidak boleh

ditangkap kecuali enggan hadir setelah saman sempurna diserahkan

kepadanya. Manakala aduan Pengadu terhadap OYDA adalah

berkaitan kesalahan qazaf yang terjumlah di dalam kategori

kesalahan boleh tangkap iaitu sesuatu kesalahan yang boleh dihukum

dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang

baginya pada lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai

polis boleh menangkap tanpa waran berdasarkan tafsiran Seksyen 2

Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)

2003. Ini bermaksud bagi seseorang yang melakukan kesalahan di

bawah tafsiran ini maka tindakan yang wajar berdasarkan undang-

undang sedia ada untuk memaksa ke Mahkamah adalah dengan

tangkapan sahaja tanpa perlu Mahkamah mengeluarkan Saman

terhadapnya.

[16] Selain daripada yang dijelaskan di atas, tiada sebarang

peruntukan khusus menjelaskan tentang prosedur perlaksanaan bagi

kedua-dua jenis kumpulan kesalahan tersebut dan tiada juga sebarang

peruntukan khusus yang menghadkan larangan prosiding ini. Namun

berdasarkan peruntukan sedia ada Mahkamah mendapati bahawa

itulah maksud sebenarnya undang-undang iaitu prosiding aduan

kepada Hakim ini hanya berkuatkuasa kepada kes tidak oleh tangkap

sahaja. Ini diperkukuhkan lagi dengan Seksyen 183(2)(c) Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menetapkan

bahawa pendakwaan oleh pengadu hanya boleh dijalankan di

hadapan Mahkamah Rendah Syariah sahaja sebagaimana berikut:-

Page 14: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

14

183. (1) Apa-apa pendakwaan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah

hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie atau seseorang

Pendakwa Syarie.

(2) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bolehlah

djalankan oleh—

(a) Ketua Pendakwa Syarie atau seorang Pendakwa Syarie;

(b) seorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang diberi kuasa

secara bertulis oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk bertindak

bagi pihaknya; atau

(c) seorang pengadu sebagaimana yang dibenarkan oleh

Mahkamah.

Peruntukan ini adalah peruntukan khusus yang telah menetapkan

kategori orang yang boleh menjalankan pendakwaan di peringkat

Mahkamah tertentu. Oleh itu, Mahkamah adalah terikat dengan

peruntukan ini dan tidak boleh menyalahinya ataupun

mentafsirkannya secara umum sebagaimana dijelaskan di atas.

Walaupun peruntukan ini hanya menjelaskan orang yang boleh hadir

di dalam kes pendakwaan jenayah syariah namun ianya secara tidak

langsung menjelaskan bahawa prosiding aduan kepada hakim ini

hanya terpakai di Mahkamah Rendah Syariah di dalam kes tak boleh

tangkap sahaja. Ini kerana proses pendakwaan kes tak boleh tangkap

seperti contoh kesalahan berpoligami tanpa kebenaran hendaklah

dimulakan pendakwaannya di Mahkamah Rendah Syariah.”

[28] Bagi mengulas isu “Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berbidangkuasa untuk

menerima aduan Perayu apabila Ketua Hakim Syarie telah mengarahkan Mahkamah

Tinggi Syariah mendengarnya”, kami telah meneliti Rekod Rayuan dan “Ikatan

Autoriti Perayu di Mahkamah Rayuan”. Kami mendapati Perayu telah gagal

menunjukkan atau mengemukakan kewujudan arahan dari Ketua Hakim Syarie yang

dikatakan telah mengarahkan Mahkamah Tinggi Syariah mendengar aduan Perayu

Page 15: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

15

tersebut. Kami hanya ditunjukkan oleh Perayu atau Perayu hanya mengemukakan

kepada kami surat Peguam Perayu kepada YAA Ketua Hakim Syarie bertarikh 10

Februari 2016 yang memohon/berhasrat untuk membuat aduan terus kepada YAA

Ketua Hakim Syarie. Oleh yang demikian, kami berpendapat dakwaan atau hujah

Perayu adalah tidak berasas dan kami tiada pilihan lain melainkan menolak hujah

Perayu tersebut.

[29] Seterusnya, bagi mengulas secara keseluruhan isu “Aduan kepada Hakim” yang

dirayu oleh Perayu, pada pendapat Kami, undang-undang dengan jelas telah

menetapkan bahawa, apabila seorang biasa atau preman membuat aduan kepada

Pegawai Penguatkuasa Agama dan setelah pernyataan diturunkan kepada dalam

bentuk tulisan, jika dibuat secara lisan, dan dibaca dan ditandatangani olehnya,

Pegawai Penguatkuasa itu akan merujuknya kepada seorang Hakim Mahkamah

Rendah Syariah jika kesalahan adalah berhubung dengan satu kesalahan tidak boleh

tangkap. Seksyen 55 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

[Enakmen 3 Tahun 2003] menyatakan seperti berikut:

(1) Apabila maklumat yang disebut dalam seksyen 54 adalah berhubungan

dengan pelakuan sesuatu kesalahan tak boleh tangkap, pegawai yang

kepadanya ia diberikan hendaklah merujukkan pemberi maklumat itu

kepada seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama boleh, dalam sesuatu kes yang

melibatkan kesalahan tak boleh tangkap, menjalankan mana-mana kuasa

khas berhubung dengan penyiasatan yang diberikan oleh Bab ini tanpa

perintah Ketua Pendakwa Syarie.

(3) Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima perintah

sedemikian boleh menjalankan kuasa berkenaan dengan penyiasatan

yang diberikan di bawah Bab ini kecuali kuasa untuk menangkap tanpa

waran.”

Page 16: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

16

[30] Orang tersebut (Pemberi Maklumat/Pengadu) kemudiannya akan membuat aduannya

kepada seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan prosedur/tatacara ‘Aduan

kepada Hakim’ adalah seperti yang dinyatakan didalam seksyen 74 hingga seksyen 77

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

[31] Oleh kerana seksyen 74 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

telah menyatakan perkataan “Hakim” secara umum tanpa menyebutkannya sebagai

“Hakim Mahkamah Rendah Syariah” atau “Hakim Mahkamah Tinggi Syariah” atau

“Hakim Mahkamah Rayuan Syariah”, maka ianya telah menimbulkan kekeliruan.

Ianya seolah-olah bererti “Aduan kepada Hakim” boleh dibuat kepada mana-mana

Hakim Syarie.

[32] Kami berpendapat perkataan “Hakim” yang dinyatakan pada seksyen 74 Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 adalah ‘seorang Hakim Mahkamah

Rendah Syariah’. Ini kerana prosiding ‘Aduan kepada Hakim’ adalah merujuk kepada

subseksyen 55(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Subseksyen 55(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

menyatakan seperti berikut;

“Apabila maklumat yang disebut dalam seksyen 54 adalah

berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan tak boleh tangkap,

pegawai yang kepadanya ia diberikan hendaklah merujukkan pemberi

maklumat itu kepada seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah”

[33] Menurut subseksyen 74 (1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)

2003, Hakim, iaitu Hakim Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dengan serta-merta

memeriksa pengadu atas sumpah apabila Hakim Mahkamah Rendah mengambil

perhatian akan kesalahan yang diadukan. Subeksyen 74 (1) Enakmen Tatacara

Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 menyatakan seperti berikut;

“(1) Apabila seseorang Hakim mengambil perhatian tentang sesuatu

kesalahan apabila diadukan, dia hendaklah dengan serta-merta

memeriksa pengadu itu yang bersumpah mengikut Borang 6 Jadual

Page 17: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

17

Kedua, dan isi pemeriksaan itu hendaklah diubah ke dalam bentuk

bertulis dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh

Hakim itu.”

Tindakan ini hanya boleh dilakukan setelah seksyen 54 dan seksyen 55 Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dipenuhi atau dibuat.

[34] Seterusnya, seksyen 2 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

telah mentafsirkan pengertian “kesalahan tak boleh tangkap” iaitu;

“(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki

makna yang lain—

“kesalahan tak boleh tangkap” ertinya sesuatu kesalahan yang

boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang

daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya

pada lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai

polis tidak boleh menangkap tanpa waran;

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen

ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam

Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti

yang diberikan kepadanya setakat yang pengertian itu tidak

bercanggah dengan Hukum Syarak.”

[35] Seterusnya, kami perturunkan kembali peruntukan seksyen 36 Enakmen Jenayah

Syariah (Selangor) 1995 iaitu kesalahan Orang Yang Diadu oleh Perayu, iaitu;

“Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain

melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syara', empat

orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan

suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima

ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun

Page 18: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

18

atau kedua-duanya.”

[36] Berdasarkan tafsiran yang diberikan di bawah seksyen 2 Enakmen Tatacara Jenayah

Syariah (Negeri Selangor) 2003 mengenai ‘kesalahan tak boleh tangkap’, maka

kesalahan dibawah seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak

termasuk di dalam kes yang boleh dibuat aduannya kepada Hakim kerana ianya

adalah merupakan kes “kesalahan boleh tangkap”.

[37] Oleh kerana kesalahan yang diadukan oleh Perayu adalah merupakan kesalahan boleh

tangkap, maka tiada aduan boleh dibuat kepada Hakim dan maklumat yang dibuat

berdasarkan seksyen 54 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

sepatutnya diambil tindakan berdasarkan seksyen 57 Enakmen yang sama, dan itulah

yang telah dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dalam kes ini. Seksyen 57

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 menyatakan seperti

berikut;

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang

Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai sebab untuk mengesyaki

pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap maka dia hendaklah,

melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang telah diarahkan

oleh Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu dilaporkan kepadanya, dengan

serta-merta menghantar suatu laporan mengenai maklumat itu kepada

Ketua Pendakwa Syarie, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah

mempertanggungjawabkan seorang daripada pegawai bawahannya pergi

ke tempat kesalahan itu dilakukan untuk menyiasat fakta-fakta dan hal

keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi

penemuan pesalah itu:

Dengan syarat bahawa—

(a) apabila apa-apa maklumat tentang pelakuan mana-mana

kesalahan sedemikian diberikan terhadap mana-mana orang yang

disebut namanya dan jenis kes itu tidak berat, Pegawai Penguatkuasa

Page 19: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

19

Agama yang menerima maklumat itu tidak perlu pergi sendiri atau

mempertanggungjawabkan seorang pegawai bawahan untuk membuat

siasatan di tempat kesalahan itu dilakukan;

(b) jika didapati oleh Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima

maklumat itu bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk bertindak

atau bertindak selanjutnya dalam perkara itu, maka dia tidaklah boleh

berbuat demikian.

(2) Dalam setiap kes yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (1)(b),

Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah

menyatakan dalam laporannya, jika ada, sebab-sebab dia tidak mematuhi

subseksyen (1) dengan sepenuhnya.”

[38] Selanjutnya, berdasarkan bacaan dan penelitian Kami terhadap Rekod Rayuan

berhubung dengan rekod prosiding ketika aduan dibuat kepada Hakim oleh Perayu,

Kami mendapati telah berlaku ketidakpatuhan terhadap undang-undang dalam

prosiding tersebut seperti berikut;

i) Aduan yang dibuat oleh Perayu adalah terhadap suatu kesalahan yang tidak

terjumlah kepada “kesalahan tak boleh tangkap”;

ii) Perayu telah bertindak membuat “Aduan kepada Hakim” secara terus. Ini bererti

Perayu membuat Aduan kepada Hakim tanpa dia dirujuk oleh Pegawai

Penguatkuasa.

iii) Perayu membuat “Aduan kepada Hakim” kepada Hakim Mahkamah Tinggi

Syariah dan bukan kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

[39] Oleh yang demikian, Kami mendapati bahawa “Aduan kepada Hakim” yang dibuat

oleh Perayu adalah tidak mematuhi seksyen 55 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah

(Negeri Selangor) 2003. Seksyen 55 Enakmen secara jelas telah menyatakan antara

syarat-syarat yang membolehkan sesuatu Aduan boleh dibuat kepada Hakim adalah

seperti berikut:

Page 20: Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perayu) - jakess.gov.my Anwa… · 0018-2016 (Y.A.A Dato’ Seri Dr. Md. Yusup Bin Che Teh, Pengerusi HMRyS, Y.A Datuk Haji Aidi Bin Haji Mokhtar,

20

i) Maklumat/Aduan hendaklah terlebih dahulu dibuat berdasarkan seksyen 54 iaitu

terlebih dahulu diberikan kepada seorang Pegawai penguatkuasa Agama;

ii) Maklumat/Aduan tersebut adalah berhubungan dengan pelakuan sesuatu

kesalahan tak boleh tangkap;

iii) Pemberi Maklumat/Pengadu hanya boleh membuat Aduan kepada Hakim jika

sekiranya dia dirujuk oleh Pegawai Penguatkuasa Agama kepada Hakim tersebut;

dan

iv) Hakim yang boleh mendengar aduan tersebut adalah Seorang Hakim Mahkamah

Rendah Syariah.

[40] Oleh yang demikian, Kami bersetuju terhadap keputusan Yang Arif Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam yang telah menolak aduan

Perayu/Pengadu terhadapnya walaupun Alasan Penghakiman yang diberikan oleh

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam membuat keputusan tersebut adalah kurang

tepat atau ada kekhilafan pada Hakim dalam menggunakan peruntukan undang-

undang secara khusus bagi memberikan penghakimannya.

KEPUTUSAN

SETELAH Kami meneliti Notis Rayuan, Alasan Rayuan, Rekod Rayuan, Penghujahan

Perayu, MAKA Kami dengan sebulat suara memutuskan seperti berikut:-

(1) Rayuan Perayu ditolak;

(2) Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dalam Kes No. 10400-120-0016-2016

yang diberikan pada 27hb Oktober 2016 dikekalkan.