i penggunaan komputer di kalangan guru dalam … · bestari dan program-program yang menggalakkan...

22

Upload: dangnhi

Post on 05-Jun-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di
Page 2: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

i

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH

DANIEL CHAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains & Komputer Serta Pendidikan ( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 3: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di
Page 4: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di
Page 5: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

iv

DEDIKASI

Untuk

Tuhan Yesus,

Ibu bapa saya,

Chan Hooi Leng,

Kung Li Ching

Adik beradik saya,

Hannah Chan,

Joel Chan,

Jane Chan

Teman teristimewa,

Sim Lee Lee

serta rakan-rakan saya

yang dikasihi.

Terima kasih atas segala-galanya.

Page 6: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

v

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Encik Abdul Razak bin Idris, selaku penyelia penulis atas dorongan dan bimbingan yang

diberi oleh beliau sepanjang penulisan projek sarjana muda ini. Tanpa beliau, projek ini

tidak dapat disiapkan dengan sempurna.

Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada para responden yang rela

meluangkan masa untuk mengisi borang soal selidik. Mereka telah memberi maklumat

yang banyak dan berguna kepada penulis.

Selain itu, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga

atas sokongan yang diberikan sepanjang proses penulisan projek sarjana muda ini.

Tidak dilupai, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kerana sudi memberi

sokongan dan maklumat.

Page 7: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

vi

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan komputer di kalangan

guru-guru dalam pengajaran mata pelajaran matematik. Sampel kajian terdiri daripada

183 orang guru yang mengajar mata pelajaran matematik di sekolah menengah sekitar

daerah Kota Star, Kedah yang dipilih secara rawak. Data dikumpul dengan

menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Nilai alpha yang

diperolehi melalui kajian rintis ialah 0.84. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan

maklum balas daripada guru-guru yang mengajar Matematik tentang persepsi,

pengetahuan dan sikap mereka terhadap pengajaran Matematik berbantukan komputer.

Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang baik

terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik. Para guru juga

berpengetahuan serta berminat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.

Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan

komputer dalam pengajaran Matematik berdasarkan dapatan kajian.

Page 8: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

vii

ABSTRACT

Due to the rapid development of the field of ICT, its influence is felt strongly in

almost all discipline, including education. This study of using computer in teaching

Mathematics was done on 183 Mathematics teachers from the district of Kota Star,

Kedah. The study was conducted with the use of surveys via questionnaires. To obtain

the data, questionnaires were distributed among the samples and were analyzed

descriptively. Reliability value of the instrument was α = 0.84. The initial findings

indicate a good level of perception and attitude among the teachers surveyed. Overall,

the findings indicate an encouraging environment for the implementation of computer in

the teaching Mathematics at the schools surveyed.

Page 9: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Halaman Judul i

Halaman Pengesahan Penyelia ii

Halaman Pengakuan iii

Halaman Dedikasi iv

Halaman Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Jadual Kandungan viii

Senarai Jadual xii

Senarai Singkatan xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 10: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

ix

1.6 Kepentingan kajian 8

1.7 Kekangan 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Pengenalan 13

2.3 Penggunaan Komputer dalam P&P 16

2.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 17

2.5 Peranan Guru dalam Penggunaan Komputer 18

2.5.1 Penggubal Pembelajaran 19

2.5.2 Fasilitator 19

2.5.3 Pengurus Pembelajaran 20

2.6 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berkomputer 21

2.6.1 Perbincangan 21

2.6.2 Tunjuk Cara 22

2.6.3 Permainan 22

2.6.4 Penyelesaian Masalah 23

2.6.5 Latih Tubi 23

2.7 Kebaikan Penggunakan Komputer dalam P&P

Matematik

24

2.8 Masalah Penggunaan Komputer dalam P&P

Matematik

25

2.8.1 Faktor Sekolah 26

2.8.1.1 Peranan dan Sikap Pengetua 26

2.8.2 Faktor Guru 27

2.8.2.1 Persepsi Guru Terhadap Kepentingan

Page 11: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

x

Komputer 27

2.8.2.2 Kerisauan untuk Menghadapi

Perubahan

27

2.8.2.3 Masa dan Beban Tugas Guru 28

2.8.2.4 Kemahiran komputer dan

Pengetahuan penggunaan komputer

dalam P&P

29

2.9 Penutup 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Sampel kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.5 Prosedur Pengumpulan Data 34

3.6 Kajian Rintis 35

3.7 Analisis Data 37

3.8 Penutup 38

BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data 39

4.3 Analisis Bahagian A 40

4.3.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Jantina

40

Page 12: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

xi

4.3.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Umur

40

4.3.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Keturunan

41

4.3.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi

42

4.3.5 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Pengkhususan

42

4.3.6 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Aras Tingkatan

43

4.3.7 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

yang Memiliki Komputer

43

4.3.8 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Kursus Komputer dalam

Perkhidmatan

44

4.3.9 Taburan Frekuensi dan Peratus Persepsi

Responden Terhadap Kepentingan Kursus

Komputer dalam Perkhidmatan

44

4.4 Analisis Bahagian B 45

4.4.1 Apakah Persepsi Guru Terhadap Peranan

Komputer dalam Pengajaran Mata Pelajaran

Matematik?

45

4.4.2 Adakah Guru Mempunyai Pengetahuan

Menggunakan Komputer dalam Aktiviti

Pengajaran Matematik di Sekolah?

48

4.4.3 Adakah Guru Berminat untuk Menggunakan

Komputer dalam Pengajaran Mata Pelajaran

Matematik?

51

4.5 Kesimpulan 53

Page 13: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

xii

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 54

5.2.1 Latar belakang responden 55

5.2.2 Apakah persepsi guru terhadap peranan

komputer dalam pengajaran mata pelajaran

Matematik?

56

5.2.3 Adakah guru mempunyai pengetahuan

menggunakan komputer dalam aktiviti

pengajaran Matematik di sekolah?

57

5.2.4 Adakah guru berminat untuk menggunakan

komputer dalam pengajaran mata pelajaran

Matematik?

58

5.3 Cadangan 59

5.3.1 Meningkatkan Kemahiran 59

5.3.2 Perubahan Sikap 60

5.3.3 Kelengkapan Prasarana dan Bahan Sokongan 61

5.4 Cadangan Lanjutan 62

5.5 Kesimpulan 63

RUJUKAN 65

LAMPIRAN 71

Page 14: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MULA SURAT

4.1 Jantina 40

4.2 Umur 41

4.3 Keturunan 41

4.4 Kelulusan Akademik Tertinggi 42

4.5 Pengkhususan 42

4.6 Tingkatan Mengajar Metematik 43

4.7 Memiliki Komputer 43

4.8 Pernah Mengikuti Kursus Komputer 44

4.9 Kepentingan Kursus Komputer 44

4.10 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Persepsi

Guru Terhadap Peranan Komputer dalam Pengajaran

Mata Pelajaran Matematik

47

4.11 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden

Pengetahuan Guru Menggunakan Komputer dalam

Aktiviti Pengajaran Matematik di Sekolah

50

4.12 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Guru

Terhadap Minat untuk Menggunakan Komputer dalam

Pengajaran Mata Pelajaran Matematik

52

Page 15: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

xiv

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer

PLATO - Programmed Logic Automatic Teaching Operation

MSC - Multimedia Super Corridor

ICT - Information Technology and Communication

NCTM - National Council of Teachers' of Mathematics

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PKPG - Program Khas Pengsiswazahan Guru

SPSS - Statistical Package for the Social Science

PBBK - Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer

PKG - Pusat Kegiatan Guru

Page 16: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dunia kini semakin hari semakin maju dengan pelbagai teknologi yang terkini.

Tidak ketinggalan juga dengan negara kita. Ekoran perkembangan pesat teknologi

canggih ini, Malaysia juga turut mengorak langkah untuk sama-sama menikmati arus

peredaran zaman ini. Kini komputer bukan sahaja sebagai alat pengiraan terpantas,

malah penggunaannya telah meluas dalam pelbagai bidang termasuklah penyedian

dokumen, penghasilan muzik, kartun animasi melalui tiga dimensi serta membuat

simulasi yang lain.

Ekoran daripada perkembangan pesat teknologi canggih ini, ia telah

menyebabkan teknologi dan penggunaan komputer menjadi penting dalam kehidupan

seharian. Maka dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa komputer

merupakan elemen yang sesuai untuk dijadikan perantaraan yang berkesan dalam

mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Lantas budaya persekolahan

seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang

berpengetahuan, berpemikiran, kreatif, dan penyayang dengan menggunakan teknologi

terkini ( KPM, 1997 ).

Page 17: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

2

Pada masa kini telah wujud satu pakej perisian komputer yang dikenali sebagai

Pengajaran Berpandukan Komputer (PBK). PBK merupakan satu integrasi antara

komputer dan pengajaran. Komputer digunakan sebagai pelaksana dalam pengajaran dan

pembelajaran untuk membantu guru mengajar pelbagai kemahiran seperti menulis,

membaca, dan mengira.

Mengikut Rusdiana Abdul Rahim ( 1993 ), kemunculan komputer sebagai alat

bantu mengajar bukan merupakan satu fenomena baru, terutama di negara-negara barat.

Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun

1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek

PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation)

telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan

perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah.

Di Malaysia beberapa program lain yang berkaitan dengan penggunaan komputer

juga dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada mulanya,

KPM telah melancarkan program komputer di sekolah-sekolah dalam 3 peringkat.

Peringkat pertama pembinaan makmal komputer bermula pada Mac 2000 melibatkan 18

buah sekolah di 6 buah negeri. Makmal tersebut dapat digunakan sepenuhnya oleh

sekolah-sekolah tersebut pada November 2000. Peringkat kedua bermula November

2000 di mana 2400 sekolah terpilih. Makmal komputer telah beroperasi keseluruhannya

pada November 2001. Peringkat ketiga bermula November 2001 dan siap pada suku

ketiga 2002. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan budaya celik komputer di

kalangan pelajar dan pengajar di samping mengurangkan jurang digital di antara pelajar

di sekolah bandar dan luar bandar. Program ini juga bertujuan untuk membuat persiapan

bagi sekolah-sekolah tersebut mencapai status Sekolah Bestari.

Page 18: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

3

Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia

sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Maka dengan adanya sekolah

Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah yang dikendalikan oleh

pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di

masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke- 21.

Dengan adanya program sebegini kaedah pengajaran menggunakan komputer

juga akan semakin berkembang disebabkan wujudnya sekolah Bestari yang mana

merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh

semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui

pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang

bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.

Ambigapathy dan Suthagar (2003) menyatakan bahawa cabaran baru dalam

dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat memerlukan penglibatan guru-guru

dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan

pembelajaran yang berterusan. Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa dengan

perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat dalam

pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran.

Guru mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi dan

berupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara.

Justeru penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal

ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.

Institusi pendidikan sebagai tempat terpenting yang perlu mengalami perubahan terlebih

awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut.

Page 19: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu

inovasi dalam pendidikan di mana inovasi ini merupakan satu perkara baru kepada

pendidik. Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang

dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh

NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya

pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and

Landersman) didapati pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik

mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan

berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang

digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep

dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar dalam

peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan yang belajar

berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka

masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Akan tetapi kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan

matematik khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan

oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit,

kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga

kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau

bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah banyak

menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang

dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan

serta kemahiran dalam penggunaan komputer.

Page 20: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

5

Dalam dapatan kajian Robiah & Juhana (2002) menunjukkan penggunaan

komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima iaitu sekali sekala dalam masa

sebulan. Dapatan juga menunjukkan guru-guru kerap menggunakan hanya tiga jenis

program iaitu pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam

pengajaran dan pengurusan fail. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data,

persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam

pengajaran.

Seperti yang kita ketahui, guru merupakan agen perubahan yang mampu

mempengaruhi pelajar-pelajarnya dari segi mental dan sikap. Sekiranya seseorang guru

itu masih terikat dengan kaedah pengajaran yang telah biasa dilakukan oleh kebanyakan

guru dan ia dianggap konvensional, maka tidak akan berlaku perubahan yang positif

dalam era pendidikan. Perubahan sosiobudaya dan ekonomi negara ini memerlukan paar

guru merubah minda mereka dan bersaing dengan keadaan semasa yang serba mencabar

ini. Perubahan-perubahan ini penting bagi melahirkan generasi yang baru yang akan

membentuk sebuah masyarakat yang progesif dan makmur dengan ekonomi yang lebih

kukuh. Selain itu, masyarakat juga adpat memanfaatkan teknologi moden ini dan turut

sama menyumbang kepada pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa

hadapan.

Reformasi pendidikan yang dilaung-laungkan oleh Kementerian Pendidikan

perlu diambil perhatian yang serius oleh para guru supaya dapat menyesuaikan

kandungan pendidikan yang ada dengan perubahan sosial dan ekonomi, kemajuan sains

dan terknologi, perkembangan maklumat dan sebagainya. Menurut Johnston ( 1987 )

sikap guru-guru adalah faktor utama sebagai penentu keberkesanan pelaksanaan sesuatu

program. Menurut Mc. Carthy ( 1990 ), guru merupakan kunci utama bagi sesuatu

revolusi komputer. Oleh itu kita perlu mengetahui apa kehendak guru dan memutuskan

sama ada komputer dapat memberikan penyelesaian ataupun sebaliknya dalam sesuatu

Page 21: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

6

perkara atau masalah yang khususnya berkaitan dengan pengajaran guru di sekolah-

sekolah.

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa para pendidik memainkan peranan

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Wiseman, D. L., Cooner, D. D.,

Knight, S. L 1999; Tickle, L. 2000), justeru sokongan yang padu perlu diberikan kepada

tenaga pengajar terhadap perkembangan ini. Tenaga pengajar perlu menanamkan

kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi dalam menghadapi cabaran ini. Maka

dengan itu para pengajar perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan komputer

supaya mereka boleh menggunakan kebolehan ini dalam Pengajaran Berpandukan

Komputer.

1.3 Pernyataan Masalah

Semua pihak sedia maklum, bahawa hampir semua sekolah di Semenanjung

Malaysia telah dilengkapi dengan kemudahan komputer sebagai satu usaha untuk

menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Tetapi pada masa kini

kebanyakan para guru di sekolah hanya menggunakan komputer dalam pemprosesan

perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pengurusan

fail. Kenyataan ini di sokong oleh Robiah & Juhana (2002) dalam kajian mereka.

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer di kalangan

guru-guru Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa kini.

Oleh yang demikian satu kajian dijalankan untuk mengetahui persepsi guru matematik

terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Page 22: i PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM … · Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan:-

i. Mengenal pasti persepsi guru terhadap peranan komputer dalam pengajaran

mata pelajaran Matematik.

ii. Mengenal pasti pengetahuan guru dalam penggunaan komputer dalam

aktiviti pengajaran Matematik di sekolah.

iii. Mengenal pasti minat guru dalam penggunaan komputer dalam pengajaran

mata pelajaran Matematik.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah persepsi guru terhadap peranan komputer dalam pengajaran mata

pelajaran Matematik?

ii. Adakah guru mempunyai pengetahuan menggunakan komputer dalam

aktiviti pengajaran Matematik di sekolah?

iii. Adakah guru berminat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mata

pelajaran Matematik?