i beban tugas guru sekolah kebangsaan abd malek … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah...

23

Upload: vuongtuyen

Post on 31-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan
Page 2: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan
Page 3: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

i

BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN

KAWASAN ZON TIRAM DAERAH JOHOR BAHRU

ABD MALEK BIN ISMAIL

Laporan Projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian syarat

Penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Februari, 2004

Page 4: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan
Page 5: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur saya ke

hadrat Allah yang Maha Esa kerana dengan izin dan rahmat serta limpah kurniaNya telah

memberi kecekalan, ketabahan serta kesihatan yang baik kepada saya untuk

menyempurnakan kajian penyelidikan ini.

Buat ayahanda serta arwah bonda yang tercinta, segala pengorbanan dan jasa

budimu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat

membalas jasamu itu. Kepada isteri dan anak tersayang, sokongan dan dorongan yang

diberi merupakan azimat dalam mengharungi kepayahan di sepanjang pengajian ini.

Semoga semuanya dirahmati Allah hendaknya.

Page 6: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana

Muda, Encik Mohd Zolkifli bin Abd Hamid atas bimbingan, nasihat dan dorongan yang

diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan

Kerjasama daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang

telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Juga kepada Guru Besar

sekolah-sekolah kawasan Zon Tiram daerah Johor Bahru yang telah memberi kerjasama

yang sepenuhnya dalam menjalankan soal selidik kajian.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan rakan yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek

penyelidikan ini

Sekian, terima kasih. Abd Malek bin Ismail

Februari 2004

Page 7: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang beban tugas guru di sekolah. Responden terdiri daripada guru-guru yang memegang jawatan sebagai guru kelas yang mengajar di sekolah kebangsaan kawasan Zon Tiram, daerah Johor Bahru, Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jumlah masa yang diperlukan oleh seorang guru dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah sama ada berbentuk akademik atau bukan akademik dan untuk mengenalpasti jenis tugas yang dipertanggungjawab ke atasnya. Beban tugas seorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan kepadanya. Dapatan kajian, didapati secara purata setiap guru menggunakan 32.7 jam seminggu bagi melaksanakan tugas-tugas berbentuk akademik dan bukan akademik. Ini tidak termasuk masa sebanyak 3.9 jam yang digunakan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum pada hari sabtu minggu kedua dan minggu keempat. Sedangkan masa bekerja rasmi bagi guru di sekolah selama 27.0 jam seminggu. Bagi tugas bermusim pula, seorang guru memerlukan purata 98.1 jam dalam sesi persekolahan setahun. Daripada jumlah masa tersebut, 36.4 jam untuk melaksanakan tugas akademik manakala bakinya 61.7 jam bagi melaksanakan tugas bukan akademik.

Page 8: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

vi

ABSTRACT

This research is done for getting information about teacher duties at school. The respondents are among the class teachers in Primary School at Tiram Zone area, District of Johor Bahru, Johor. This research is to identify the number of hours needed by a teacher to done all their duties at school whether in academic or non-academic. It is also to identify the type of duties is to be responsible by them. The teacher task burden can be measured by calculating the number of hours used to done all the tasks that to be in-charged and responsible by them. From the research, its found that averages every teacher used 32.7 hours per week to done all the duties for academic and non-academic. This is not included 3.9 hours which to be done for guidance the curriculums activities every Saturday of second and fourth week while the official working hours for the teachers at school is only 27.0 hours per week. Meanwhile, for seasonal task, a teacher needs an average of 98.1 hours in one school session per year. From the total of those hours, 36.4 hours is to be done for academic task, while the balance of 61.7 hours is to be done for non-academic task.

Page 9: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 10: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Istilah 8

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Beban Tugas

2.2.1 Kurikulum 12

2.2.2 Kokurikulum 13

2.2.3 Perkeranian 14

2.2.4 Mengurus Bengkel 15

2.3 Kesan Beban Tugas

2.3.1 Kerjaya 17

2.3.2 Kesihatan 18

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 21

3.2 Rangka Kajian 21

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 22

Page 11: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

ix

3.4 Instrumen Kajian 23

3.5 Prosedur Kajian 26

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Kajian Sebenar 27

3.8 Analisis Data 28

3.9 Penutup 28

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 29

4.2 Responden Kajian 30

4.3 Analisis Bahagian A 31

4.4 Analisis Bahagian B 38

4.5 Analisis Bahagian C 44

4.6 Analisis Bahagian D 47

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan

5.3.1 Tugas-Tugas Yang Dipertanggungjawabkan 53

Page 12: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

x

5.3.2 Penggunaan Masa Dalam Menjalankan 54

Tugas Rutin

5.3.3 Penggunaan Masa Dalam Menjalankan 55

Tugas Bermusim

5.3.4 Kesimpulan 57

5.3 Cadangan 57

5.4 Saranan Kajian Lanjutan 59

5.5 Penutup 60

Rujukan 61

BAHAGIAN ENAM

LAMPIRAN

LAMPIRAN A – C 65 - 76

Page 13: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bilangan guru yang memohon bersara awal 4

4.1 Pecahan responden yang menjawab soal selidik 30

mengikut sekolah

4.2 Taburan responden mengikut jantina 31

4.3 Taburan responden mengikut umur 31

4.4 Taburan responden mengikut keturunan 32

4.5 Taburan responden mengikut kelulusan akademik 32

4.6 Taburan responden mengikut bidang pengkhususan 33

4.7 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 34

4.8 Taburan responden mengikut guru kelas 35

4.9 Taburan responden mengikut bilangan subjek diajar 36

4.10 Taburan responden mengikut jumlah waktu mengajar 37

4.11 Taburan responden mengikut jumlah jawatankuasa 38

Pengurusan dan Pentadbiran yang disandang

4.12 Taburan responden mengikut jumlah jawatankuasa 39

Akademik yang disandang

4.13 Taburan responden mengikut jumlah jawatankuasa 40

Hal Ehwal Murid yang disandang

4.14 Taburan responden mengikut jumlah jawatankuasa 41

Kokurikulum yang disandang

4.15 Jumlah keseluruhan jawatankuasa yang disandang 42

di peringkat sekolah pada tahun 2003

Page 14: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

xii

4.16 Taburan jumlah jam dalam seminggu yang diperuntukkan 44

oleh responden di dalam melaksanakan tugas akademik

rutin

4.17 Taburan jumlah jam dalam seminggu yang diperuntukkan 45

oleh responden di dalam melaksanakan tugas akademik

bukan rutin

4.18 Taburan jumlah jam dalam setahun yang diperuntukkan 47

oleh responden di dalam melaksanakan tugas akademik

bermusim

4.19 Taburan jumlah jam dalam setahun yang diperuntukkan 49

oleh responden di dalam melaksanakan tugas bukan

akademik bermusim

Page 15: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

xiii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Pecahan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan 43

ke atas guru

4.2 Penggunaan masa dalam menjalankan tugas rutin 46

di sekolah dalam seminggu

4.3 Penggunaan masa dalam menjalankan tugas bermusim 51

di sekolah dalam setahun

Page 16: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

xiv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 65

B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia 75

C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 76

Page 17: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan

generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik

yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti

yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Oleh

itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf

baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan

bangsa dan negara.

Pofesion perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang

radikal dan drastik bagi mengatasi berbagai-bagai masalah, cabaran dan jangkaan

baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan. Peranan

pendidikan dalam mencorak arus perubahan dan perkembangan masyarakat dan

negara memerlukan anjakan paradigma profesionalisme perguruan yang lebih

dinamis dan progresif. Peranan guru semakin mencabar untuk melaksanakan

idealisme baru pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik komputer, berilmu

pengetahuan dan dapat menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk

perubahan dan kemajuan. Dengan berlakunya perkembangan terbaru pembentukan

Multimedia Super Corridor (MSC) sebagai infrastruktur teknologi maklumat yang

Page 18: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

2

canggih, maka peranan guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan semakin tergugat

kewibawaannya jika sekiranya paradigma tugas dan peranan guru tidak berubah.

Isu pembangunan sumber manusia atau tenaga manusia berkait secara akrab

dengan sistem pendidikan negara. Sesungguhnya sistem pendidikan di Malaysia

bersifat dinamik dan futuristik. Perubahan atau reformasi telah pun dimulakan

semenjak tahun 1982 iaitu di peringkat rendah. Reformasi pendidikan dilaksanakan

untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan

disamping bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan. Sistem

pendidikan sekarang telah berkembang dengan pesat selaras dengan kehendak

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk memenuhi keperluan-keperluan

yang asasi. Secara tidak langsung kurikulum bersepadu ini telah menyebabkan beban

tugas guru sedia ada bertambah terutama dalam penyediaan alat bantu mengajar dan

bahan-bahan pengajaran. Guru hari ini bukan sahaja bertugas di dalam bilik darjah,

malah dalam masa yang sama menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan

perkeranian dan ko-kurikulum. Guru juga terlibat dalam program yang dianjurkan

sama ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri.

Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan yang

berbentuk pengajaran adalah pekerjaan penuh tekanan. Semua guru mengalaminya

dari semasa ke semasa. Walaupun kesannya dapat dibendung, ia tidak dapat diatasi

sepenuhnya daripada tugas rutin seorang pendidik. Pada asasnya, ketegangan terhasil

daripada ketidak seimbangan di antara tuntutan dan desakan hasil kerja seorang guru

dan keupayaan guru itu untuk menghadapi dan menyesuaikan beban dan

tanggungjawab profesion perguruan. Tugas seorang guru adalah penting dan mulia di

sisi masyarakat. Di tangan para gurulah letaknya kualiti rakyat pada masa hadapan.

Seandainya guru dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna, akan lahirlah

masyarakat cemerlang tetapi jika sebaliknya yang berlaku maka masyarakat akan

menanggung akibatnya.

Page 19: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

3

Kaum pendidik harus memahami diri sendiri sebagai insan yang mempunyai

sahsiah dan personaliti yang unggul, terutama sebagai pendidik yang boleh terancam

dengan tekanan jiwa, ketegangan dan sindrom stress dan burnout. Guru semakin

dihantui oleh tugasan mengawal displin, kenakalan, gangguan, vandalisme, campur

tangan ibu bapa, kelas yang terlalu besar dan paper work yang berlebihan. Keadaan

ini menambahkan perasaan bingung guru dan perasaan kecewa serta gagal dalam

tugas mereka. Begitu banyak borang-borang, maklumat dan data untuk diisi,

dilengkapkan dan laporan dibuat. Banyak yang perlu dicatat dan direkodkan tetapi

banyak juga yang dianggap kerja sia-sia oleh guru seolah-olah berbentuk latihan

menulis. Apabila Skim Saraan Baru (SSB) dan Skim Saraan Malaysia (SSM)

diperkenalkan bagi meningkatkan mutu kerja kaki tangan awam, semua kaki tangan

termasuk guru terpaksa memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjaya mereka.

Kecemerlangan para guru akan diukur berdasarkan penglibatan mereka bukan sahaja

di dalam bilik darjah tetapi juga di dalam pelbagai aspek kerja lain.

Motivasi yang rendah di kalangan guru boleh memberi kesan yang negatif

kepada dunia pendidikan dan masa depan pendidikan negara. Motivasi yang rendah

di kalangan guru mempunyai pertalian dengan sikap, nilai dan komitmen bekerja

serta sumbangan yang rendah yang dikait dengan kegagalan profesion perguruan

dalam menangani berbagai-bagai masalah, isu dan tuntutan perubahan yang perlu

dilakukan. Kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam profesion ini menyebabkan ia

kurang berjaya menarik minat generasi muda yang mempunyai idealisme,

bermotivasi, bercita-cita tinggi dan berkelayakan cemerlang untuk menjadi barisan

hadapan mempelopori dan mempertahankan idealisme perguruan dengan melayakkan

diri menjadi golongan pendidik yang berkarisma dan berdedikasi. Perasaan

ketidakpuasan hati bekerja (job dissatisfaction) di kalangan guru dalam profesion

perguruan kebelakangan ini telah meningkat begitu tinggi. Ini disebabkan

meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang berbagai-bagai untuk dilakukan oleh

guru. Fenomena ini juga mendorong ramai guru ingin berhenti dan memohon untuk

pilihan bersara daripada profesion ini.

Page 20: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Dari hari ke sehari, tugas-tugas guru semakin bertambah selaras dengan

kehendak Wawasan Pendidikan. Menurut Ee Ah Meng (1999), guru mempunyai

peranan dan tanggungjawab bukan setakat mengajar tetapi juga mendidik. Selain dari

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru juga

menjalankan tugas-tugas luar bilik darjah seperti aktiviti ko-kurikulum, menghadiri

kursus dan seminar dan lain-lain tugas dalam mempertingkatkan profesion perguruan.

Selain itu, guru juga melaksanakan tugas-tugas di luar bidang perguruan seperti

bidang perkeranian dengan mengisi buku rekod pelajar dan kad laporan pelajar.

Jadual 1.1 : Bilangan guru yang memohon bersara awal di daerah Johor Bahru

Tahun Bilangan Permohonan Bilangan Diluluskan

2002 50 20

2003 30 6

JUMLAH 80 26

Data dari Bahagian Pencen, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Perangkaan dari Bahagian Pencen, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

menunjukkan setiap tahun terdapat permohonan dari guru untuk bersara awal. Antara

alasan untuk bersara awal adalah kerana beban kerja yang semakin banyak.

Peningkatan beban kerja guru masa kini menyebabkan guru-guru mengalami tekanan

mental dan emosi. Ini akan menyebabkan prestasi guru terjejas dan pengajaran dan

pembelajaran tidak dapat berjalan dengan sempurna. Masalah beban tugas guru ini

boleh menganggu fikiran dan menjejaskan kesihatan yang serius. Gold & Roth

(1993) berpendapat bahawa bidang pendidikan tidak dapat memenuhi janji kepada

guru sesuatu yang hebat, kepuasan bekerja dan kegembiraan kerana menolong anak-

anak membesar dan menjadi matang. Keadaan ini menyebabkan hasrat murni para

guru untuk menolong anak-anak membesar dan menjadi matang musnah kerana guru

menghadapi tekanan.

Page 21: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

5

Kerjaya seorang guru penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran dengan

purata pada setiap hari persekolahan, seorang guru terpaksa berdepan dengan purata

seramai 200 orang murid yang berlainan perwatakan, maka ia tidak dapat mengelak

daripada menghadapi seribu satu masalah. Dalam usaha ia melayan keperluan,

kehendak dan keperihatinan kesemua muridnya, ia menghadapi pelbagai

kebimbangan, tekanan dan desakan emosi. Justeru itu, ia terpaksa juga mengharungi

cabaran dan desakan dari segi perancangan untuk mengajar, pengajaran guru, kerja-

kerja perkeranian, kegiatan ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan

bermacam-macam kerja ad hoc seperti menganjur pertandingan, pameran dan kuiz.

Dalam pengajaran, seorang guru melibatkan dirinya secara total, sama ada dari segi

fizikal, mental atau pun secara afektif. Dalam kesemua tugas ini, guru perlu

mengekalkan hubungan interpersonal yang baik dengan semua murid serta semua

rakan sejawat. Memandangkan tuntutan-tuntutan yang pelbagai dan berat ini, adalah

tidak hairan bahawa kajian-kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa seorang

guru mengalami tahap tekanan dan tahap burnout yang sangat tinggi (Suseela 1994).

Salah satu punca berlakunya burnout adalah disebabkan oleh faktor beban tugas.

Sekiranya tahap burnout tidak terkawal ia boleh membawa implikasi kepasa sistem

pendidikan secara keseluruhannya (Lawrence, 1998)

Page 22: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah, pengkaji ingin menjalankan kajian

untuk mengetahui tahap beban tugas yang terpaksa dipikul dan ditanggung oleh guru

dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian

yang bakal dijalankan tertumpu kepada penggunaan masa di dalam menjalankan

tugas tersebut termasuk tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada guru

1.4 Objektif Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah menetapkan beberapa objektif

yang perlu dicapai bagi menjawab persoalan di atas. Antara objektif-objektif tersebut

ialah:-

1.4.1 Mengenalpasti jumlah masa yang diperlukan oleh guru dalam

menjalankan tugas berbentuk rutin.

1.4.2 Mengenalpasti jumlah masa yang diperlukan oleh guru dalam

menjalankan tugas berbentuk bukan rutin/bermusim.

1.4.3 Mengenalpasti jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepada guru.

Page 23: i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … fileseorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan

1.5 Persoalan Kajian

Secara khusus, kajian ini akan melihat beban tugas guru dari segi tugas yang

dipertanggungjawabkan dan jumlah masa yang diperlukan bagi menyempurnakan setiap

tugas yang diberikan.

1.5.1 Berapakah jumlah masa yang diperuntukkan oleh guru bagi menjalankan

tugas rutin di sekolah?

1.5.2 Berapakah jumlah masa yang diperlukan oleh guru bagi menjalankan

tugas bukan rutin di sekolah?

1.5.3 Berapa banyakkah tugas yang diterima oleh seseorang guru? 1.5.4 Adakah tugas-tugas tersebut berkaitan dengan tugas akademik?