huruf konsonan pinjaman khusus

20
Huruf Konsonan Pinjaman Khusus. Daripada 26 huruf konsonan itu, terdapat tiga huruf konsonan pinjaman yang kita gunakan secara tetap iaitu q, v, dan x. Huruf Q Huruf q digunakan untuk mengeja kata istilah agama yang berasal daripada bahasa Arab iaitu: i.Buraq ii.Qadak iii.Qadar iv.Quran v.Wuquf vi.Qazaf vii.Qasar viii.Ununquadium Huruf V Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, misalnya: i.Versi ii.vitamin iii.Vokasional iv.Revolusi v.Vertebrata vi.Vaskular vii.Vesikel viii.Ventrikel ix.Ovum x.Vanadium Huruf X Huruf x hanya digunakan dalam beberapa istilah khusus. Contohnya: i.Xenon ii.Xenolit iii.Xenomorf iv.Xilofaj v.Xilofon vi.Xerofit

Upload: amy-babynot

Post on 06-Aug-2015

194 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

Huruf Konsonan Pinjaman Khusus.Daripada 26 huruf konsonan itu, terdapat tiga huruf konsonan pinjaman yang kita gunakan secara tetap iaitu

q, v, dan x.

Huruf QHuruf q digunakan untuk mengeja kata istilah agama yang berasal daripada bahasa Arab

iaitu:i.Buraqii.Qadakiii.Qadariv.Quranv.Wuqufvi.Qazafvii.Qasarviii.UnunquadiumHuruf VHuruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, misalnya:i.Versiii.vitaminiii.Vokasionaliv.Revolusiv.Vertebratavi.Vaskularvii.Vesikelviii.Ventrikelix.Ovumx.VanadiumHuruf XHuruf x hanya digunakan dalam beberapa istilah khusus. Contohnya:i.Xenonii.Xenolitiii.Xenomorfiv.Xilofajv.Xilofonvi.Xerofitvii.X-rayviii.Qulexix.ununhexium

HURAIAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA

Page 2: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

JUNAINAH HARUN TEH BOON ENGSYUHADA BT HUSSAIN           

PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat

pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan

kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang

digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat

dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan

pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik

dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354),

fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan

kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut

Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik

dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of

languages”.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut

kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam

sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry

tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech

sounds including, especially the history and theory of sound changes in a

language or in two or more related languages”.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51)

memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang

menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

 

 Huraian huruf  Vokal

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam

bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.

Page 3: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

 

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan

[a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah,

iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal

kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat

dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika

menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga

tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau

geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti

bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa

sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh

beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau

dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau

belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,

dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada

dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja

( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat

sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga

hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan

glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara

bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal

rangkap.

Huraian Huruf konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila

terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari

peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak

bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila

tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala

konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari

peparu tidak menggetarkan pita suara.

Page 4: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan

asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan

konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa

sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9

jenis konsonan iaitu :

a)    Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b)    Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

c)    Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d)    Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

e)    Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f)     Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara

( s) dan geseran glotis bersuara ( h ).

g)    Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h)    Satu konsonan sisian bersuara ( i ).

i)      Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j)      Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua

bibir bersuara (w).

k)    Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah

artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara,

glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf  vokal

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis

huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan

peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah,

anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal

bahasa Melayu.

(a)  Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:

(a)                 Keadaan bibir hampar

(b)                 Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras

tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras

Page 5: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

(c)                Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga

hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-

paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada

perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Ikan Bila Tali

Ibu Tiba Padi

(a)  Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:

·         Keadaan bibir hampar

·         Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi

·         Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga    

·         hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari   

·         paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti

pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Enak Teleng Tauge

Elok Leher Tempe

(b)  Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung

supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Page 6: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε]

seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Esa Belek Tauge

Enak Belok Tempe

Page 7: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

(c)  Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Depan lidah diturunkan serendah mungkin

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung

supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti

pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Awan Kadar Siapa

Anak Beras Nama

(d)  Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi

tidak sampai menyentuh lelangit lembut

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung

supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada

perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

ubat bulat Batu

ular sudu Palu

(a)  Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi  ke arah lelangit lembut tetapi

tidak sampai menyentuh lelangit lembut

Page 8: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung

supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti

pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Tolong Pidato

Otak Bohong Koko

(b)  Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh rendah  

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung

supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang

seperti [כ] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Borong Soto

Oleh Bolot Teko

Page 9: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

(f)   Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir antara hampar dengan bundar

(b)  Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit keras  

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung

supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan

berikut:

Awal Tengah Akhir

Emak Penat Sosialisme

Empat Tenat Behaviurisme

Cara Membunyikan  Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat

diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat

dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara

sebutan

bibir Gigi-gusi Lelangit

keras

Lelangit

lembut

Glottis

Letupan P b T d - K g -

Letusan - - C j - -

Sengau M N (ny) (ng) ŋ -

Geseran - S - - H

Getaran - R - - -

Sisian - L - - -

Separuh

vokal

W - Y - -

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah

dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g,

Page 10: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah

terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam

perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan

alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita

suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini

disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap

konsonan tersebut dihasilkan.

(a)  Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua

bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]

1.    Dua bibir dirapatkan untuk

membuat sekatan penuh pada arus

udara dari paru-paru ke rongga

mulut.

2.    Lelangit lembut dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga

tekak untuk membuat sekatan

udara dari paru-paru ke rongga

hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Udara dari paru-paru keluar ke

rongga mulut tanpa menggetarkan

pita suara.

5.    Sekatan pada dua bibir dilepaskan

serta- merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan

dua bibir tidak bersuara [p].

 Cara membunyikan sama seperti

membunyikan konsonan [p]. yang

berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar

melalui rongga mulut dengan

mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi  yang dihasilkan ialah letupan

dua bibir bersuara [b].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Page 11: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

Konsonan [p] Palu Lapik Atap

Konsonan [b] Batek Rabun Adab

     

(b)  Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi

bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]

1.    Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi

untuk membuat sekatan penuh pada

arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan ke belakang atau ke

dinding rongga tekak untuk menutup

arus udara ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan .

4.    Arus udara dari paru-paru keluar

melalui rongga mulut tanpa

menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan yang dibuat oleh hujung

lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan

gusi tidak bersuara [t].

Cara membunyikan konsonan sama

seperti membunyikan konsonan [t].

yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar

melalui rongga mulut dengan

menggetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah

letusan gusi bersuara [d].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [t] Takut Batas Padat

Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

(c)  Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan

langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]

Page 12: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

1.    Belakang lidah dirapatkan ke

lelangit lembut untuk membuat

sekatan penuh pada arus udara .

2.    Lelangit lembut dan anak tekak

dirapatkan ke rongga tekak bagi

menyekat arus udara dari paru-

paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara di renggangkan.

4.    Arus udara keluar dari paru-paru

melaui rongga mulut tanpa

menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan udara yang dibuat oleh

belakang lidah dilepaskan serta

merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah

letupan lelangit lembut tidak

bersuara [k].

Cara membunyikan konsonan sama

seperti membunyikan konsonan [k].

yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan .

2.    Arus udara dari paru-paru yang

keluar melalui rongga mulut

mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan

lelangit lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [k] Kala Makan Tamak

Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

                   

(d)  Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding

rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga

hidung

(b)  Pita suara dirapatkan sepenuhnya

(c)  Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang

rapatan pita suara.

(d)  Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Page 13: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan 

berikut:

Awal Tengah Akhir

Anak Saat Lemak

Ikan Rakyat Budak

(e)  Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan

lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]

1.    Hadapan lidah rapat ke lelengit

keras untuk membuat sekatan pada

arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan ke belakang atau ke

dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan terhadap arus

udara dari paru-paru ke rongga

hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Arus udara dari paru-paru melalui

rongga mulut tanpa menggetarkan

pita suara.

5.    Udara yang tersekat oleh hadapan

lidah di lelangit keras dilepaskan

pelahan-lahan.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan

lelangit keras gusi tidak bersuara

[č].

Cara membunyikan konsonan sama

seperti membunyikan konsonan [Ĵ].

yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar

melalui rongga mulut dengan

menggetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan

lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [č] Cara Laci Koc

Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej

Page 14: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

(f)   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a)  Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk

menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara di renggangkan.

(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita

suara

(e)  Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan

bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:

Awal Tengah Akhir

Silap Lasak Pedas

Satu Lesu Lemas

(f)   Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk

membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan.

(d)  arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan

pita suara

(e)  arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada

perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Rapat Tiram Sabar

Rugi Seram Lebar

(f)   Konsonan gusi bersuara [I]:

(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk

membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

Page 15: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

(c)  Pita suara dirapatkan

(d)  Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut  dengan menggetarkan

pita suara

(e)  Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada

perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Lagu Tilam Tebal

Lipat Kelam Kekal

(f)   Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:

(a)  Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus

udara.

(g)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(h)  Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga

hidung.

(i)    Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.

(j)    Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti

pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Macam Teman Ketam

Murah Lumba Badam

(k)  Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:

(a)  Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan

arus udara.

Page 16: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung

(d)  Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada

perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Naga Tanah Taman

Nilam Panah Laman

(e)  Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:

(a)  Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus

udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus

udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.

(e)  Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut

dilepaskan pelahan-pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara

[ŋ] seperti yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Ngilu Bingka Lalang

Ngeri Rangkap Tulang

(f)   Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ]. Cara membunyikannya:

(a)  Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara

Page 17: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus

udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung

(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

(d)  Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga

hidung

(e)  Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan

pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (ּת)

seperti perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Nyaris Banyak -

Nyala Senyap -

(f)    Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a)  Bibir di bundarkan.

(b)  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus

udara udara dari paru-paru ke rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan

untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]

seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Waris Kawan Takraw

Wajar Lawan -

(g)  Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

Page 18: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

(a)  Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.

(b)  Bibir di hamparkan.

(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara

dari paru-paru ke rongga hidung.

(d)  Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk

membunyikan vokal [j].

(e)  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara

[j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Yakin Tayang -

Yuran Payah -

Page 19: Huruf Konsonan Pinjaman Khusus

KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara

lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak

alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi

yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat

unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi

mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur

tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam

menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang

dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-

bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang

tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan

keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat

sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita

suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita

suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka

getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang

tidak bersuara.