huraikan perkaitan falsafah pendidikan kebangsaan dengan sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah...

Upload: norleda-saidin

Post on 06-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Huraikan Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    1/4

    Huraikan perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa

    Melayu Sekolah Rendah

    Pengenalan

    Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan

    atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara seorang ibu dengan

    anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya. Ia juga boleh berlaku antara individu

    dengan beberapa individu lain seperti seorang anak dengan ibu bapa atau keluarganya atau

    dengan rakan sebaya, atau yang pastinya dengan seorang guru.

    Pendidikan juga merupakan suati proses komunikasi dan interaksi manusia dengan

    persekitarannya seperti tempat tinggal, sekolah, media massa, pekerjaan dan tempat bekerja

    serta institusi masyarakat lain. Oleh sebab pendidikan adalah suatu proses menerima dan

    menyebar maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak

    langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, soaial dan rohani manusia. Proses ini

    berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi

    dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan beribadah kepada tuhan

    (Allah s.w.t.)-(Ab. Rahman Abu bakar, 1992).

    Bagi setiap negara merdeka, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha

    untuk menuju kea rah negara maju dalam aspek polotik, ekonomi dan soaial ialah penekanan

    terhadap perlaksanaan system pendidikan. System pendidikan yang dilaksanakan bukan

    sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya, iaitu di mana kanak-kanak dididik untuk

    menjadi insane yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, malahan juga boleh

    digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan sesuatu ideology kepada masyarakat. Hal ini

    dilakukan melaui proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

  • 8/3/2019 Huraikan Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    2/4

    Pengertian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran

    (a)Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)Pada asalnya, FPK dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara(FPN). Ia diperkenalkan

    sekitar pertengahan tahun 1980-an. Sekitar tahun 1990-an, FPN ditukarkan kepada FPK

    dengan sedikit pengemasan. Kandungan FPK sebagaimana di bawah.

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kea rah memperkembang

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta membersumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

    Meneliti setiap kata yang tekandung dalam FPK di atas, dapat kita perhatikan bahawa

    matlamat atau hasrat kerajaan dalam sector pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan

    individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi

    mahupun jasmani (Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini ,tentulah tanggungjawab

    tersebut perlu dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam

    kalangan pelajar bagi melahirkan modal insane yang unggul dan dapat melaksanakan

    tanggungjawab ini. Penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui penggubalankurikulum terpaksa dilakukan.

    Unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan satau usaha berterusan

    y Proses pemerolehan dan pemindahanberlangsung sepanjang hayat.

    y Proses pendidikan bagi membantuindividu menyesuaikan diri dengan

    pelbagai perubahan.

  • 8/3/2019 Huraikan Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    3/4

    Perkembangan potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu.

    y Pendidikan seharusnya memberi peluangy individu mengembang bakat, potensi dan

    kebolehan mereka.

    Insan yang seimbang dan harmonis

    y Keseimbangan empat aspek JERImenjadikan individu memiliki ketahanan

    untuk menghadapi segala cabaran yang

    mendatang.

    Unsur intelek

    y Keupayaan menguasai 3M -Membaca, menulis dan mengira.

    y Kemahiran berfikir kreatif, kritikal danreflektif.

    Unsur Rohani

    y Percaya kepada tuhany Berakhlak mulia dan berpegang kepada

    nilai murni.

    Unsur Emosiy Emosi matang dan stabily Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan

    Unsur Jasmaniy Sedar kepentingan kesihatan dan kembang

    bakat dan kemahiran teknikal,

    manipulative dan soaial serta

    memanfaatkan untuk masyarakat.

    Kesejahteraan diriy Berfikiran waras dan berjiwa tenang.y Mempunyai daya tahan yang kuat.

  • 8/3/2019 Huraikan Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    4/4

    Memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara

    y Berusaha memajukan negara daripadapelbagai aspek, antaranya ekonomi

    ,berdasarkan syarat yang ditetapkan.

    y Mematuhi perlembagaan negara.

    (b)Sukatan Pelajaran