huraikan organisasi ketenteraan islam pada zaman pemerintahan nabi muhammad saw sehingga zaman bani...

4
Organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW sehingga zaman Bani Umaiyah. Satu konsep penting pertahanan dalam Islam ialah konsep jihad. Jihad dalam Islam bermaksud menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Konsep jihad dalam Islam juga merujuk kepada pengorbanan kerana menegakkan kebenaran yang telah diperintahkan oleh Allah. Namun jihad tidak hanya tertakluk kepada perang samata-mata, umat Islam boleh berjihad dengan harta, kepakaran dan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, matlamat dalam peperangan adalah untuk Menegakkan agama Allah, menjaga kehormatan dan maruah umat Islam dan kehormatan negara Islam. Setiap individu bertanggungjawab mempertahankan agamanya daripada diancam dan dihina oleh org lain. Peperangan sebagai jalan kepada niat untuk menegakkan kesucian Islam tetapi tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, hanya dihalalkan apabila umat Islam diperangi atau maruah Islam dihina. Alat kelengkapan peperangan yang digunakan semasa zaman Nabi Muhammad SAW ialah diperbuat daripada kayu dan telah dicelup dengan cuka dengan tujuan kalis api. Penggunaan tombak, panah, pedang digunakan. Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat merupakan salah satu senjata ketenteraan mereka seperti dalam Perang Khandak dan Hunain. Penggunaan kuda semasa serangan secara mengejut kerana lebih tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas. Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden. Pada zaman Bani Umayyah, angkatan tentera juga terdiri daripada pasukan berkuda, pasukan berkenderaan, dan pasukan pejalan kaki. Pada zaman Bani Umayyah telah wujud pasukan tentera laut. Sebagai contohnya, pada zaman Muawiyah terdapat 1700 buah kapal perang yang dibina daripada kayu dan berpaku. Perindustrian kapal terletak di pantai Syria dan Mesir. Penggunaan meriam juga banyak

Upload: musrifah-marhatip

Post on 01-Dec-2015

208 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ketenteraan

TRANSCRIPT

Page 1: Huraikan Organisasi Ketenteraan Islam Pada Zaman Pemerintahan Nabi Muhammad SAW Sehingga Zaman Bani Abbasiyah

Organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW sehingga zaman

Bani Umaiyah.

Satu konsep penting pertahanan dalam Islam ialah konsep jihad. Jihad dalam Islam bermaksud

menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Konsep jihad dalam Islam juga merujuk kepada pengorbanan

kerana menegakkan kebenaran yang telah diperintahkan oleh Allah. Namun jihad tidak hanya tertakluk

kepada perang samata-mata, umat Islam boleh berjihad dengan harta, kepakaran dan nilai-nilai murni

yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, matlamat dalam peperangan adalah untuk

Menegakkan agama Allah, menjaga kehormatan dan maruah umat Islam dan kehormatan negara Islam.

Setiap individu bertanggungjawab mempertahankan agamanya daripada diancam dan dihina oleh org lain.

Peperangan sebagai jalan kepada niat untuk menegakkan kesucian Islam tetapi tidak boleh dilakukan

sewenang-wenangnya, hanya dihalalkan apabila umat Islam diperangi atau maruah Islam dihina.

Alat kelengkapan peperangan yang digunakan semasa zaman Nabi Muhammad SAW ialah

diperbuat daripada kayu dan telah dicelup dengan cuka dengan tujuan kalis api. Penggunaan tombak,

panah, pedang digunakan. Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat merupakan salah satu senjata

ketenteraan mereka seperti dalam Perang Khandak dan Hunain. Penggunaan kuda semasa serangan

secara mengejut kerana lebih tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas. Angkatan perang

yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden. Pada zaman Bani Umayyah,

angkatan tentera juga terdiri daripada pasukan berkuda, pasukan berkenderaan, dan pasukan pejalan kaki.

Pada zaman Bani Umayyah telah wujud pasukan tentera laut. Sebagai contohnya, pada zaman Muawiyah

terdapat 1700 buah kapal perang yang dibina daripada kayu dan berpaku. Perindustrian kapal terletak di

pantai Syria dan Mesir. Penggunaan meriam juga banyak digunakan terutama ketika mereka terlibat

dalam pembukaan Kota Konstantinople.

Seterusnya, dari segi komposisi ketenteraan pula, penyusunan tentera terawal adalah al-saf ,

setiap barisan mempunyai 100 hingga 1000 orang tentera semasa zaman Nabi Muhammad SAW.

Sebagai contohnya, Perang Badar diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, jumlah tentera seramai 313

orang dan dibahagikan dua barisan iaitu barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala

barisan belakang pula bersenjatakan panah dan perisai. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib,

sistem kurdus atau Karadis  (pasukan) digunakan dalam penyusunan tentera Islam yang mengandungi

300 hingga 600 orang tentera. Pada zaman Bani Umaiyah pula, pasukan tentera diketuai oleh komander

atau al-Amir yang mempunyai 50 hingga 100 orang tentera. Kerajaan Bani Umayyah

mengemaskinikan Angkatan tentera dengan corak gerakan tentera Parsi. Tentera kerajaan umaiyah

kepda 5 kepimpinan iaitu pasukan tengah, pasukan sayap kanan, pasukan sayap kiri, barisan hadapan

dan barisan belakang.

Page 2: Huraikan Organisasi Ketenteraan Islam Pada Zaman Pemerintahan Nabi Muhammad SAW Sehingga Zaman Bani Abbasiyah

Dari segi jenis tentera, tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w kebanyakannya terdiri

daripada tentera darat sahaja. Pada zaman Khalifah Uthman, jalan laut telah digunakan untuk tentera-

tentera laut walaupun pada ketika itu potensi tentera laut kurang terutamanya selepas kekalahan mereka

di Tawus yang telah mengorbankan ramai tentera laut Islam. Tentera laut masih diteruskan juga pada

zaman Bani Umayyah iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah, ekspedisi ketenteraan laut

menentang Byzentine dan Constantinople pada 54H telah dilancarkan. Tentera laut terbahagi kepada

dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal besar berpaku dan Laut

Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa besi dan berpaku.

Manakala dari segi gaji tentera pula, Zaman Nabi Muhammad SAW tentera berjihad untuk

mempertahankan islam. Mereka tidak dibayar gaji tetapi diberi imbuhan melalui harta rampasan

perang.. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun kepada

para tentera setelah penubuhan Diwan Tentera pada  tahun 20H. Sebagai contohnya, lelaki Muhajirin

dan Ansar menerima dua hingga lima ribu dirham setahun. Tentera junior pula menerima 1500 hingga

2000 dirham setahun. Pada zaman Bani Umaiyah pula purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk

elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman pemerintahan Yazid  sebanyak 100 dirham. Pada masa

ini sumber kerajaan mantap dan perlukan pasukan tetap untuk menyaingi tentera Rom atau Barat.

Pada zaman Khalifah Ali b. Abi Talib, pelbagai taktik dan strategi ketenteraan telah digunakan

seperti taktik menyerang, mengepung, dan bertahan. Selain itu, kubu, bandar-bandar tentera, dan badan

perisik juga telah ditubuhkan. Khalifah Ali juga telah membentuk kurdus atau batalion, dalam

pasukan tentera sebagai usaha memantapkan lagi tentera Islam. Islam memperkenalkan penubuhan kem

tentera dan bandar tentera. Bandar seperti Basrah, Fustat dan lain – lain ditubuhkan adalah untuk

memenuhi keperluan tentera di samping pusat pentadbiran dan perdagangan. Pada zaman Bani Umayyah

pula, kaedah peperangan diperluas lagi dengan pembentukan pasukan kurdus (cohorts), jabatan perisikan,

penggunaan peta dan serangan dari laut.

Secara kesimpulannya, struktur dan organisasi ketenteraan yang mantap sesuai dan berkesan

membawa kejayaan kepadan ketenteraan zaman Khulafa Al-Rashidin dan Bani Umaiyah. Kedua-dua

kerajaan Islam ini telah berjaya mewujudkan organisasi ketenteraan Islam yang unggul dan hebat.

Kejayaan ini terserlah dengan beberapa kejayaan tentera Islam meroboh dominasi jajahan dari tentera

Rom dan Parsi. Hal ini juga memperlihatkan kewibawaan Nabi Muhammad SAW perintis sebagai

seorang pemimpin ketenteraan dan perancang taktik dan strategi perang yang unggul.