huraian ringkas kalimah nafi isbat

Upload: lukman

Post on 08-Apr-2018

287 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat

    1/9

    1

    1. KAL IMAH NAFI ISBAT (KALIMAH TAUHID)

    Setiap mukallaf wajib menafikan dewa-dewa, berhala atau apa sahaja yang

    disembah oleh orang kafir sebagai tuhan atau bagi mereka. Tidak ada ayatal-Quran atau hadith yang mengiktiraf dewa-dewaatau berhala sebagai tuhan atau

    bagi orang kafir.

    Sesungguhnya, tuhan bagi sekalian manusia (sama ada Islam atau kafir) hanya

    Allah, kerana firman-Nya dalam surah an-Nas, ayat ke-1 dan 3, yang bermaksud :

    Kata olehmu, aku berlindung kepada tuhan (yang menjadikan) sekalian manusia

    Tuhan sekalian manusia1

    Walaupun demikian, semasa kita mengucapkan kalimah agung yang bermaksud tiada tuhan melainkan Allah, kita DITEGAH MENAFIKAN

    TUHAN seperti berhala yang diakui oleh orang kafir pada adat. Dalam Bahasa

    Arab, ada 7 makna kalimah La ( ) atau "TIADA. 2 Kalimah ( ) disiniBUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN tuhan selain Allah. Apabila dinafikan juga, ia

    bermaksud membandingkan Allah dengan yang lain sedangkan Allah Maha Suci

    daripada banding. Kenapa bermaksud membandingkan Allah? Fahamkan dalil akal

    dan dalil syara berkaitan yang akan dinyatakan. Iktikad MENAFIKAN TUHANseperti berhala sebenarnya bercanggah dengan dalil akal dan bercanggah dengan

    makna mengesakan Allah dalam hukum syara. Lihat hadith Nabi yang berbunyi :

    Mai yafriku bainan naafi wal isbati fakod kafaro dan

    Mallam yufarriku bainan nafi wal isbati fakod kafaro.3

    Yang bermaksud :

    Sesiapa yang MENCERAIKAN antara nafi dan isbat, bahawasanya kafir.

    Sesiapa yang TIADA MENCERAIKAN antara nafidan isbat, bahawasanya kafir.

    Sesiapa yang menceraikan dan tidak menceraikan antara nafi dan isbat

    sebenarnya melambangkan makrifat yang tidak sempurna, masih syak, masih zon

    dan masih waham. Keterangannya akan dinyatakan selepas ini.

    1Lihat makna Tuhan, dan Allah, menurut hukum adat, akal dan syara dalam siapaALLAH.blogspot.com

    2Antara maksud atau makna kalimah La ( ) ialah menafikan, membandingkan, mensucikan dan

    mengesakan.Apakah maksud atau makna yang lain?3

    Ada ulama yang berpendapat bahawa, dua ayat berkenaan bukan hadith.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat

    2/9

    2

    Justeru, kalimah tauhid wajib diucapkan dengan makrifat yangsempurna, tanpa syak, tanpa zon dan tanpa waham, yakni sekurang-kurangnya had

    maiyah.

    Apakah maksud menceraikan dan tiada menceraikan oleh hadith itu? Lihatketerangan ringkas berikut :

    Hadith :tidak menceraikan Hadith :menceraikan

    Mula-mula dinafikan kemudian

    diisbatkannya . Sesungguhnya,

    penafian seperti ini adalah menafikan ,

    kerana makna bagi ialah dan

    menurut hadith itu, hukumnya kafir.

    4

    Mula-mula dinafikannya tuhan selain

    Allah seperti berhala, kemudian

    diisbatkannya pula .Menurut hadith di atas, hukumnya

    kafir. Keterangan lanjut dinyatakan

    seperti di bawah ini.

    Lihat makna kalimah "TIADA atau () pada 2 ayat berikut :

    TIADA tuhan yang disembah (oleh penganut Hindu) melainkan berhala.

    TIADA tuhan yang disembah (oleh orang mukmin) melainkan Allah.Lafaz perkataan "TIADA pada kalimah "Tiada tuhan yang disembah (oleh

    penganut Hindu) melainkan berhala sebenar-benarnya secara tidak sedar atau

    tanpa niat telah mengakui bahawasanya:

    1) Wujud berhala yang lain, selain berhala yang dilafazkan.

    2) Kita pernah melihat berhala lain selain berhala yang disembah oleh

    penganut agama Hindu.

    3) Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Hindu.

    4) Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah berhalayang lain

    selain penganut agama Hindu.

    5) Kita yakin bahawasanya berhala penganut Hindu mempunyai persamaan

    dengan berhala yang disembah oleh bukan penganut agama Hindu.

    6) Kita yakin bahawa berhala dan penganut agama Hindu itu mempunyai

    kelemahan.

    Kenapa membawa maksud tidak sedar atau tanpa niat? Kita sama-sama

    fahamkan contoh tambahan ini.

    4Justeru,menafikan adalahmenafikan .

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat

    3/9

    3

    Katalah anda ditakdirkan bekerja sebagai penyelia dan penilai di Jabatan U

    suatu negeri. Skop tugas anda ialah menyelia, menilai dan memberi cadangan

    penambahbaikan kerja-kerja tukang kebun dan Ketua Jabatan U. Skop kerja Ketua

    Jabatan U ialah mentadbir Jabatan U . Bilik rehat Ketua Jabatan U ialah sebuah bilik

    berhawa dingin sesuai dengan pangkatnya.

    Skop kerja tukang kebun pula ialah menyiram bunga di kawasan yang terdedah

    dengan cahaya panas dan hujan, menanam bunga, mencambahkan bunga, membuang

    bunga-bunga yang sudah tidak sesuai dan sebagainya. Tempat berehatnya ialah di

    sebuah bilik khas yang sesuai.

    Ditakdirkan semasa anda datang melaksanakan arahan, Ketua Jabatan U

    melaksanakan cadangan mewajibkan semua pekerja memakai blazer atau kot

    semasa menjalankan tugas, termasuklah tukang kebun yang terbaik dan paling

    beradab bernama Tulus bin Ikhlas. Ketua Jabatan U bercadang demikian untukmenjadikannya sebagai identiti jabatannya. Apakah agaknya jawapan tukang kebun

    dan apakah agaknya laporan anda?

    Sebagaai tukang kebun, sudah pasti En. Tulus Ikhlas keberatan memakai blazer

    kerana tidak sesuai. Dengan hati yang tulus dia pasti berkata, ini satu cadangan yang

    kurang bijak dan memalukan kerana didalam fikirannya, blazer atau kot

    melambangkan status pekerjaan. Justeru dia berasa TIDAK LAYAK untuk memakai

    blazer semasa bekerja ditengah panas matahari. Anda sebagai penyelia, yang datang

    memakai blazer sudah tentu menulis laporan, TIDAK SETUJU dengan arahan Ketua

    Jabatan U.Tukang kebunperludikecualikan.Sekiranya Ketua Jabatan U meneruskan

    cadangannya dengan apa jua alasan seperti TIADA NIAT menyinggung perasaan

    orang atau tanpa niat, tetapi tukang kebun yang menurut fitrah tetap dapat

    merasakan maksud tersirat yang kurang baikiaitu kurang bijak dan memalukan.

    Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang melafazkan

    dan "menafikan tuhan selain Allah, sebenar-benarnya secaratidak sedar atau TANPA NIAT telah membatalkan makna esa kerana bercanggah

    dengan ayat Qulseperti di dalam surah al-Ikhlas. Lihat maksudmembatalkan makna

    esadalamsiapaALLAH.blogspot.com.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat

    4/9

    4

    Sesungguhnya setiap perkataan (lidah), perbuatan (anggota) dan iktikad (hati)

    mukallaf wajib mengatakan bahawasanya Allah Taala ESA. 5 Lihat dan fahamkan

    Jadual 1, 2 dan 3 berikut :

    Jadual 1 : Fahamkan Maksud Kalimah "TIADA

    Bil Ayat Maksudnya ialah

    1Tiadayang mendapat

    21A dalam SPM

    melainkanAbdullah.

    Kita pernah melihat atau mendengar bahawa,

    "wujud orang lain yang mendapat hampir 21A atau

    lebih dalam peperiksaan lain yang setara.

    2 Tiadayang datang

    ke tempat inimelainkan

    engkau.

    Kita pernah melihat atau mendengar bahawa, pernah

    "wujud orang lain yang datang ke situ dan "wujud

    tempat lain yang seumpamanya.

    3

    Tiadayang mati dalam

    perjalananitu melainkan

    semuanya hidup.

    Kita pernah melihat atau mendengar bahawa,

    "wujud orang lain yang telah mati dalam

    perjalanan yang seumpamanya..

    4Tiadaorang yang amanah

    melainkan Ali.

    Kita pernah melihat atau mendengar bahawa,

    "wujud orang lain yang amanah dan yang TIDAK

    amanah.

    5

    Tiadayang membaca

    bukuini melainkan Ahmad.

    Kita pernah melihat atau mendengar bahawa,

    "wujud orang lain yang pandai dan tidak pandai

    membaca.

    6

    Tiadayang boleh

    menerangkan "halnya

    melainkan yang faham.

    Kita pernah melihat atau mendengar bahawa,

    "wujud orang lain yang faham dan boleh

    menerangkannya.

    Justeru, lihat dan fahamkan maksud 2 kalimah yang disebutkan sebelum ini.

    TIADA tuhan yang disembah (oleh penganut Hindu) melainkan berhala.

    TIADA tuhan yang disembah (oleh orang mukmin) melainkan Allah.Jadual 2

    Bil

    Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh

    Penganut Hindu) Melainkan Berhala

    Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh

    Orang Mukmin) Melainkan Allah

    1Wujud berhala yang lain, selain

    berhala yang disebutkan.

    Wujud tuhan yang lain, selain "Allah

    yang disebutkan.

    2

    Kita pernah melihat berhala lain selain

    berhala yang disembah oleh penganut

    agama Hindu.

    Kita pernah melihat tuhan selain Allah

    yang disembah oleh penganut agama

    Islam.

    5Lihat semula Bab 5.1

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat

    5/9

    5

    Bil

    Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh

    Penganut Hindu) Melainkan Berhala

    Tiada Tuhan Yang Disembah (Oleh

    Orang Mukmin) Melainkan Allah

    3

    Kita pernah melihat atau mendengar

    agama lain selain agama Hindu.

    Kita pernah melihat atau mendengar

    agama lain selain agama Islam.

    4

    Kita pernah melihat penganut agama

    lain menyembah berhalayang lain

    selain penganut agama Hindu.

    Kita pernah melihat penganut agama

    lainmenyembah Allah selain

    penganut agama Islam.

    5

    Kita yakin bahawasanya berhala

    penganut Hindu mempunyai persamaan

    dengan berhala yang disembah oleh

    bukan penganut agama Hindu.

    Kita yakin bahawasanya Allah

    mempunyai persamaan dengan "tuhan

    selain Allah yang disembah oleh bukan

    penganut Islam.

    6

    Kita yakin bahawa berhala dan

    penganut agama Hindu itu mempunyai

    kelemahan.

    Kita yakin bahawa Allah dan penganut

    agama Islam itu mempunyai

    kelemahan.

    Apakah maksud yang anda faham daripada Jadual 1 dan Jadual 2 di atas?

    Adakah 6 maksud ayat itui SALAH? Jawapannya TIDAK. Itulah salah satu daripada

    maksud-maksud kalimah LA iaitu membuat banding bagi Allah. Maha Suci Allah

    daripada suatu perbandingan kerana Ia

    Semua contoh kalimah "TIADA pada Jadual 1 dan Jadual 2 di atas

    menunjukkan WUJUD yangsetara, WUJUD yang seumpama, WUJUD suatu yang

    boleh dijadikan perbandingan, WUJUD kelemahan dan sebagainya. Lihat dan

    bandingkan pula kalimah berikut :

    tiada yang menerangi alam semesta (bumi) melainkan matahari

    Adakah maksud semuanya itu sama dengan maksud pada kalimah tiada yang

    menerangi alam semesta (bumi) melainkan matahari di atas? Orang yang menurut

    fitrah, pasti menjawab, TIDAK. Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya

    sesiapa yang menafikan tuhan selain Allah itu, sebenar-benarnya, membatalkan

    makna mengesakan kerana bercanggah dengan maksud ayat Qul dalam surah

    al-Ikhlas.

    Itulah dalil akal yang menunjukkan bahawasanya, jika seseorang melafazkan

    dan "menafikan tuhan selain Allah, sebenar-benarnya secaratidak sedar atau tanpa niat telah membatalkan makna esa kerana bercanggah

    dengan ayat Qulseperti di dalam surah al-Ikhlas. Sesungguhnya iktikad "menafikan

    tuhan selain Allah bertentangan dengan hadith Nabi kerana tidak mempunyai dalil akal

    yang mentahkiqkannya. Iktikad "menafikan itu sebenarnya membawa maksud seperti

    berikut :

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat

    6/9

    6

    1. Wujud tuhan yang lain, selain "Allah yang dilafazkan.

    2. Kita pernah melihat tuhan selain Allah yang disembah oleh penganut agama

    Islam.

    3. Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Islam.

    4. Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah Allah selain

    penganut agama Islam.

    5. Kita yakin bahawasanya Allah mempunyai persamaan dengan "tuhan selain

    Allah yang disembah oleh bukan penganut Islam.

    6. Kita yakin bahawa Allah dan penganut agama Islam mempunyai kelemahan.

    7. Kita telah membandingkan Allah Taala dengan makhluk.

    Justeru, kalimat tiada yang menerangi alam semesta (bumi) melainkan

    matahari menunjukkan bahawa dengan sesungguhnya, kita tidak pernah melihat, tidak

    pernah mendengar bahawa, ada matahari kedua, yang menerangi muka bumi atau

    alam semesta. Kita tidak menafikan benda-benda lain yang menerangi rumah,

    jalanraya dan sebagainya kerana, cahayanya TIDAK LAYAK sama sekali, untuk

    dibandingkan dengan cahaya matahari. Lihat Jadual 3 berikut :

    Jadual 3 : Fahamkan Maksud Dalil Akal

    BilTiada yang menerangi muka bumi

    melainkan matahari

    Tiada tuhan (yang menjadikan muka

    bumi) melainkan Allah

    1Tidak pernah ada objek kedua yang

    setara dengan matahari.

    Tidak pernah ada tuhan kedua yang

    setara dengan Allah.

    2

    Tidak pernah didengar bahawa ada

    objek lain yang mungkin setara

    dengan matahari.

    Tidak pernah di dengar bahawa ada

    tuhan lain yang mungkin setara dengan

    Allah.

    3

    Kita tidak menafikanbulan, bintang

    dan sebagainya yang menerangisebahagian alam.

    Kita tidak menafikan berhala atau apa

    sahaja yang disembaholeh sebahagianorang kafir.

    4

    Yakin dan tahkiq dalam hati

    bahawasanya hanya matahari yang

    menerangi alam semesta.

    Yakin dan tahkiq dalam hati

    bahawasanya hanya Allah yang

    menjadikan alam semesta.

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat

    7/9

    7

    BilTiada yang menerangi muka bumi

    melainkan matahari

    Tiada tuhan (yang menjadikan muka

    bumi) melainkan Allah

    5

    Suci daripada syak, zon atau

    waham bahawa "tiada yang

    menerangi alam semesta (bumi)

    melainkan mataharikerana cahaya

    objek lain TIDAK layak sama sekali

    dibandingkan dengan cahaya

    matahari.

    Suci daripada syak, zon atau waham

    bahawa "tiada tuhan yang menjadikan

    sekalian alam (bumi) melainkan Allah

    kerana kuasanya TIDAK layak sama

    sekali dibandingkan dengan kekuasaan

    Allah.

    6

    Jika dinafikan juga objek lain,

    sesungguhnya yang menafikan itu

    TIDAKmengenalmatahari.

    Jika dinafikan juga berhala,

    sesungguhnya yang menafikan itu

    TIDAK mengenal Allah.

    7Sesungguhnya kalimah "tiada itu

    BUKAN menafikan bintang.

    Sesungguhnya kalimah "La itu BUKAN

    menafikan berhala.

    Menafikan tuhan selain Allah sebenar-benarnya telah mencampur-adukkan 3

    hukum.6 Kenapakah dikatakan mencampur-adukkan 3 hukum? Yang mana hukum

    adat, akal dan syara? Mencampur-adukkan 2 atau 3 jenis hukum adalah ditegah.

    Hukum syara, akal dan adat, sama sekali TIDAK bercampur hingga hari kiamat. Dalil

    bahawasanya, ia ditegah dari segi syara ialah, hadith di atas.

    Dari sudut hukum adat pula, mustahil, kerana bercampur. Lihat perumpamaan

    berikut :

    Tiga orang lelaki Malaysia (keturunan Arab, Cina dan India) di tangkap kerana

    merompak di Arab Saudi. Mustahil perompak itu menerima hukuman yang

    bercampur yakni dihukum menurut undang-undang di 2 atau 3 buah negara.

    Mustahil pesalah itu dihukum menurut undang-undang civil seperti yang diamalkan

    oleh Malaysia. Mustahil juga, perompak itu dihukum menurut undang-undang

    komunis di Negara China. Mustahil juga, perompak itu dihukum menurut undang-

    undang Negara India. Meskipun undang-undang semua negara itu mempunyai

    persamaan, ia bukanlah makna bercampur. Melaksanakan hukuman kepada

    pesalah tersebut, menurut undang-undang Islam di Arab Saudi, bukannya menafikan

    undang-undang di Malaysia, China ataupun India.

    6Perkataan mentauhidkan Allah TIDAK boleh dicampuradukkan dengan perkataan yang membatalkan makna

    esa. Tuntutan mengesakan Allah dengan menyebut sama dengan tuntutan memuji Allah dalam solat 5waktu. Kita diperintahkan oleh Allah supaya memuji-Nya ketika solat. Dalam ertikata lain, semasa memuji Allah

    dalam solat, JANGAN dicampuradukkan dengan pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana membatalkan

    makna mengesakan dan mencacatkan salah satu daripada syarat sembahyang (iaitu segala yang HALAL diluar

    solat adalah HARAM didalam solat kecualibacaan solat danmembaca al-Quran).

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat

    8/9

    8

    Menurut adat, berhala bukannya tuhan. Tuhan pada adat ialah "tukang. Tuhan

    yang dimaksudkan oleh akal dan syara TIDAK SAMA dengan tuhan yang maksudkan

    oleh adat. Oleh kerana itu dalam Islam, Tuhan hanya wujud berdasarkan hukum akal

    dan hukum syara. Dalilnya ialah, ayat pertama di dalam al-Quran dan ayat pertama

    surah al-Fatihah yang bermaksud :

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Segala puji bagi Allah, tuhan yang menjadikan sekalian alam.

    Lihat dalil tambahan iaitu, dialog antara Firaun dan tukang sikat anaknya

    (Mashitah). Firaun bertanya kepada Mashitah, adakah Tuhan selain aku? Mashitah

    menjawab, Ya, Tuhanmu dan Tuhanku ialah .

    Justeru, dengan penuh keyakinan dan tahkiq, bahawasanya, HANYA matahari

    yang menerangi bumi (alam semesta). Itulah dalil akal yang menunjukkanbahawasanya, kalimah La bukan menafikan tuhan selain Allah. Kita tidak

    pernah mengetahui, tidak pernah melihat dan tidak pernah mendengar, ada tuhan

    selain Allah yang menjad ikan alam semesta (muka bumi).7

    Diambil daripada makna, Allah Taala Maha Esa, maka yang wujud, yang qidam,

    yang baqo hingga yang mutakallimun, itulah Allah, justeru semua maksud kalimah itu

    adalah serupa dengan maksud,

    iaitu tiada tuhan melainkan Allah Maksud

    kalimah tauhid itu adalah sama dengan ayat dalam surah : Al-Baqarah : 163

    yang bermaksud Tiada Tuhan Melainkan Dia yakni AllahMustahil Alah menafikan Diri-Nya Tuhan yang menjadikan sekalian alam. Itulah

    dalilnya daripada Quran bahawa sanya Allah MENEGAH kita menafikan selain Dia

    ketika menyebut kalimah

    Ayat itu bukannya menafikan makhluk atau perbuatan makhluk. Begitulah juga

    dengan makna sifat 20, iaitu :

    tiada yang wajib wujud melainkan Allah

    tiada yang qidam melainkan Allah

    tiada yang kekal melainkan Allahhingga

    tiada yang mutakallimun melainkan Allah

    7Makna paling tepat bagi

    ialah yang menjadikan alam semesta..

  • 8/6/2019 Huraian Ringkas Kalimah Nafi Isbat

    9/9

    9

    Semua ayat itu BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN melainkan menurut yakni

    mengikut perintah Allah dalam ayat surah al-Ikhlas Kata Olehmu Allah Taala ESA

    dan menyatakan SUMPAH dan BERSAKSI sudah dikenalnya zat yang

    menjadikan dirinya, sama seperti yang dinyatakan Allah di dalam Quran. Kita

    bersumpah dengan sesungguhnya dan dengan sepenuh keyakinan dan tahkiq,

    bahawasanya

    Allah Taala ESA tiada yang seumpama-Nya.

    Maka sesungguhnya kalimah

    Tiada Tuhan Melainkan AllahTIDAK SAMA SEKALI

    MENAFIKAN TUHAN YANG LAIN,SELAIN ALLAH

    kerana membandingkan Allah dengan makhlluk.

    Justeru, apabila dinafikan juga kewujudan makhluk, ketika menyebut tiada

    yang wujud melainkan Allah, sesungguhnya, tanpa disedari, tanpa niat TELAH

    MENGAKUI bahawasanya, wujud tuhan selain Allah yang mempunyai kuasa

    menjadikan, daripada tiada kepada ada dan sebagainya sedangkan tuhan yang

    disembah oleh orang kafir itu TIDAK LAYAK sama sekali dibandingkan dengan Allah.

    Maka, iktikad yang menafikan makhluk adalah iktikad orang yang syak, zon dan

    waham, yakni terkeluar daripada iktikad sebenar.

    Dalam erti kata lain, kerana telah sempurna makrifatnya, sama seperti yang

    dinyatakan Allah di dalam Quran. tanpa syak, tanpa ragu-ragu dan tanpa

    was-was, bahawasanya, tiada yang menjadikan sekalian alam melainkan Allah,8 maka

    diucapkan kalimah tauhid,

    yang bermaksud

    Tiada Tuhan (yang menjadikan sekalian alam) melainkan .

    Wallohualam.

    8Alam semesta TIDAK sama dengan sekalian alam. Alam semesta ialah alam yang zahir pada pancaindera manusia

    sahaja. Maksud sekalian alam adalah lebih luas iaitu, meliputi alam ghaib.