huraian presentation fonem segmental dlm bm

Upload: zhi-wen-khor

Post on 29-Feb-2016

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

1. Sebagai contoh, satu perkataan (yang juga merupakan salah satu unit dalam Bahasa), iaitu padam , boleh dipenggalkan kepada lima unit penggalan yang lebih kecil atau lima fonem yang berasingan iaitu.....

2. Unit-unit ini tidak mempunyai sebarang makna jika diletakkan secara berasingan

3. Sebaliknya jika salah satu daripada unit terkecil atau fonem itu digantikan dengan satu fonem yang lain maka makna perkataan itu akan berubah. Misalnya jika fonem /m/ pada perkataan padam tersebut digantikan dengan satu morfem yang lain akan menghasilkan perkataan padan, padat, padah.

4. Hal ini menunjukkan bahawa fonem mempunyai fungsi distingtif, iaitu fonem berperanan dalam membezakan dan mengubah makna perkataan.

5. Secara kesimpulannya fonem ialah unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh membawa perbezaan makna.

1. Menurut jenisnya, fonem dapat dibahagi menjadi dua iaitu fonem segmental dan suprasegmental.2. Fonem segmental adalah fonem yang dapat disegmen-segmen atau dipisah-pisahkan.3. Berlawanan dengan fonem segmental , fonem suprasegmental merupakan fonem yang tidak dapat dipisah-pisahkan.4. Kehadirannya bersifat menyertai fonem segmental. Contoh fonem suprasegmental ialah intonasi, nada, jeda, tekanan yang dapat membezakan maksud sesuatu ayat.

1. Dalam erti kata lain, vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang semasa menghasilkannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran.2. Bunyi vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.3. Sifat vokal ini ditentukan oleha) Bahagian lidah yang terlibat, sama ada bahagian hadapan lidah atau belakang lidah,b) Ketinggian lidah dinaikkanc) Keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja (Bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan hidung (menghasilkan bunyi yang disengaukan)d) Kedudukan bibir sama ada bundar atau hampar4. Rajah ini menunjukkan ketinggian lidah diangkat semasa membunyikan sesuatu vokal itu. Huraian: Rajah ini merupakan carta vokal bm yg diilustrasikan sebagai keratan rentas lidah manusia. Bahagian sebelah kiri dinamakan bahagian hadapan lidah, bahagian di sebelah kanan pula dinamakan bahagian tengah lidah di tengah. Sebagai cth: bagi membunyikan i dan u, lidah dinaikkan dengan tinggi berbanding semasa penghasilan bunyi vokal a, lidah diangkat sedikit sahaja.5. Secara keseluruhan terdapat 8 bunyi vokal dalam bahasa tetapi 6 sahaja yang biasanya berlaku dalam pertuturan bahasa Melayu standard iaitu [a], [e], [i], [o], [u], []. Vokal bahasa melayu dapat dikategorikan kepada tiga jenis 6. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belang* Bagi huruf [e] dan [c] tidak ada huruf yang khusus dalam sistem tulisan. Huruf yg dipakai untuk melambangkan bunyi vokal [e] ialah huruf e manakala bunyi vokal [c] dilambangkan oleh huruf o. Vokal-vokal ini wujud dalam dialek-dialek dan merupakan kelainan daripada vokal [e] dan [o].