huraian model

9
HURAIAN MODEL-MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU . Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli- ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin). Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah laku yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu. Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya

Upload: cik-melati

Post on 17-Feb-2015

61 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian Model

HURAIAN MODEL-MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU .

Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah

mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan

aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut

merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris

dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner,

Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser

dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin).

Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti

Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku

berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah

laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah laku yang berlaku sebaik sahaja

ditunjukkan.  Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik

darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke

dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial

antara individu.

Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada

elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang

menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis

peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku

apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk

meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila

rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan

tingkah laku yang diingini.

Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah

dan pujian jika mereka menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising,

melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Manakala

untuk peneguhan negatif pula, guru akan memberikan hukuman atau dendaan sekiranya

murid-murid melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar.

Guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid akan kembali menumpukan

perhatian mereka kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai bahan

Page 2: Huraian Model

rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid

melakukan rangsangan yang tidak diingini. Untuk mendapatkan semula perhatian murid-

murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang di jalankan , guru

mengumpan dengan mengeluarkan bahan rangsangannya iaitiu komik yang di bawa oleh

murid tersebut. Dengan ini , guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang di

ingini .

Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau

meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan.

Peneguhan merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak

diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan

tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh

peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner,

untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas

seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di

dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau

penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh

daripada guru.

Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru

untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku

yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan

yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini,

hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru

boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah.

Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan

pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan

betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk

mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau

mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku

yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan

memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan

kepada tingkah laku yang ditunjukkan.

Apabila murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(P&P) seperti mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk

memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan

Page 3: Huraian Model

pada waktu-waktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut.

Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan

dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi

tidak dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat

tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.

Model Disiplin Assertif Canter

Seterusnya ialah model modifikasi tingkah laku Model Disiplin Asertif Canter

merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini

serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter

berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik

darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk

mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk

belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya

guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang

murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga

jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner,

namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta

memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga

melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan

berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa

murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur

manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak

pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem

pengurusan guru di dalam bilik darjah.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian,

guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih

tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif,

keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang

Page 4: Huraian Model

asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di

dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian.

Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan

negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat

dengan mematuhi peraturan.Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan

mengenai cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat

menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan

kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling

mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Model Akibat Logika Dreikurs

Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik

darjah yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang

ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu

juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu

dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri

perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.

Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah:

1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru

dengan cara yang salah.

2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai

bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.

3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru

jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba kenal

pasti punca kelakuan mereka.

4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif

sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah dan

tidak upaya.

Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah

menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu

kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar

matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas

matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

Page 5: Huraian Model

Model Pengurusan Kelompok Kounin.

Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah

iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya

beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan ‘Konsep Riak’ -

apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori

ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat

teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-

perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah:

1) Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua

atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.

2) Merangkumi semua (withitness): Ia merujuk kepada kebolehan guru

membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh

dikawal.

3) Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk

menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.

4) Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.

5) Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain

daripada respons seorang murid sedang diberikan.

6) Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid

bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.

Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah

seperti berikut:

Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah

laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai

kesan riak (ripple effect).

Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam

setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta

oleh Kounin.

Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan

momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan

dengan berkesan.

Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin

setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran

optimal berlaku.

Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau

kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

Page 6: Huraian Model

Model Terapi Realiti Glasser

Diperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti.

Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944, ketika

berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan

kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua

psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan

California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau

undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu

Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.

Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:

Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.

Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya

diberikan bimbingan dan sokongan.

Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk

persekitaran mengikut kehendak masing-masing.

Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa

untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru perlu

mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah laku

melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang

positif dengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan. Guru juga

perlu mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu

pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika tidak berkesan,murid

diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid dihantar ke satu lokasi

yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka. Bagi murid yang di luar

kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih

serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa.

Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser:

• Membantu murid membuat pilihan yang wajar

• Mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi

• Menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau

• Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah

laku mereka

• Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku

• Percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif

Page 7: Huraian Model