huraian kajian jawi

78
BAB 1 PENGENALAN 1.1 : Pendahuluan Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa yang perlu dipelihara dan diwarisi agar ianya terus kekal hingga ke akhir zaman. Tulisan jawi adalah merupakan salah satu seni penulisan yang telah wujud dan berkembang sejak berabad- abad lamanya di Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab yang dimasukkan kedalam sistem penulisan Bahasa Melayu, di mana kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan islam ke Nusantara. Ia digunakan secara meluas di kebanyakkan Negara islam antaranya Malaysia, Indonesia, Filipina dan menjadi tulisan rasmi bagi Negara Berunai Darussalam. Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti 1

Upload: zaleha-karim

Post on 26-Sep-2015

441 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

ii

BAB 1

PENGENALAN

1.1 : Pendahuluan

Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa yang perlu dipelihara dan diwarisi agar ianya terus kekal hingga ke akhir zaman. Tulisan jawi adalah merupakan salah satu seni penulisan yang telah wujud dan berkembang sejak berabad-abad lamanya di Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab yang dimasukkan kedalam sistem penulisan Bahasa Melayu, di mana kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan islam ke Nusantara. Ia digunakan secara meluas di kebanyakkan Negara islam antaranya Malaysia, Indonesia, Filipina dan menjadi tulisan rasmi bagi Negara Berunai Darussalam.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang dan kurang mendapat tempat di dalam jiwa murid-murid serta masyarakat Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru dan terus dimartabatkan apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Menteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program

j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah-olah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu. Manakala khabar terbaru pada tahun 2010 ini pula, Pendidikan Islam akan dijadikan matapelajaran teras bagi sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah merupakan perkhabaran yang sangat menggembirakan bagi guru-guru pendidikan islam. Ini kerana murid-murid akan sedikit sebanyak menyedari bahawa pendidikan islam adalah suatu matapelajaran penting di sekolah dan secara tidak langsung mereka akan mengambil berat serta memberi sedikit perhatian terhadap kepentingan mempelajari tulisan jawi.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini tidak terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara.

1.2: Latarbelakang Permasalahan Kajian

Ketika saya mengajar pelajaran jawi di kelas 2 Murni, SK Damansara Damai 1, saya mempamirkan carta perkataan suku kata terbuka di papan hitam. Murid-murid membaca carta tersebut secara kelas dan kumpulan. Murid-murid mengikut bacaan guru. Ketika membaca, semua murid mengikut bacaan tersebut dengan tekun, saya dapati beberapa orang murid hanya menggerak-gerakkan mulutnya sahaja tetapi tidak menyebutnya dengan betul.

Setelah diselidiki didapati hampir sebahagian besar murid gagal membaca carta tersebut. Ini kerana mereka tidak dapat membunyikan suku kata dari perkataan tersebut. Saya berikan latih tubi kepada murid-murid tersebut tetapi masih gagal. Saya berpendapat mereka ini lemah dalam penguasaan penggunaan huruf konsonan dan vokal jawi. Saya berasa jika mereka ini tidak diberi perhatian sudah pasti mereka ini berterusan tidak akan dapat membaca perkataan jawi pada masa hadapan.

Kajian ini memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun dua. Antara sebab tahun 2 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan kepada beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 2 adalah fasa awal dalam tahap satu bagi mengenali perkataan-perkataan yang lebih sukar dibaca dan dieja. Sewajarnya diperingkat ini murid perlu menguasai sukukata terbuka sebagai persediaan untuk mereka memahirkan diri dan menguasai sukukata yang lebih sukar iaitu sukukata tertutup serta sebagai persediaan awal mereka kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.

Kedua, adalah disebabkan tahun 2 merupakan tahun di mana murid telahpun menguasai kemahiran 3M. Yang mana, penguasaan mereka di dalam kemahiran tersebut boleh membantu dalam menguasai Kaedah JARUM yang digunakan di dalam kajian ini. Justeru, inilah masa yang sesuai untuk menilai kemampuan murid dan kecerdasan minda murid dalam menukarkan ejaan rumi ke jawi dengan cekap dan berkesan.

Ketiga, tahap perkembangan minda murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada murid tahun 1. Minda mereka semakin terbuka dan boleh menerima pembelajaran yang semakin sukar dan mencabar berbanding peringkat awal mereka untuk mengenali suasana dan alam persekolahan yang sebenar di tahun satu. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.

Kajian ini akan melibatkan murid tahun 2 Murni(kumpulan eksperimen) dan 2 Luhur (Kumpulan kawalan) SKDD1 yang berjumlah 25 orang sebagai sampel kajian (ujian pra dan pengumpulan data) dan sebagai responden(soal selidik).

Kajian ini akan mengumpulkan semua data murid tahun 2 Murni dan 2 Luhur untuk dianalisis tahap pencapaian sebenar murid dalam tulisan jawi. Sumber kepada data-data ini ialah pemerhatian, ujian pra, ujian pos dan soal selidik yang dijalankan di dalam kelas. Setelah data ini dikenal pasti murid akan diperkenalkan dengan kaedah JARUM. Selepas murid menguasai kaedah ini ujian jawi secara bertulis dan imlak akan dijalankan untuk mengetahui tahap pencapaian murid dari semasa ke semasa. Ujian ini akan dijalankan secara berterusan untuk mengetahui keberkesanan kaedah JARUM yang digunakan.

1.3: Persoalan Kajian

Kajian ini cuba mengenalpasti sejauhmanakah murid mengenali huruf-huruf jawi tunggal dan bersambung. Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui sejauhmanakah kemampuan murid dalam mengeja sukukata terbuka jawi serta untuk menguji sejauhmanakah keberkesanan kaedah JARUM membantu pelajar SKDD 1 yang menghadapi masalah dalam menguasai sukukata terbuka jawi. Antara persoalan yang timbul ialah:

1. Adakah Kaedah JARUM adalah kaedah berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pelajaran Jawi?

2. Sejauh manakah kaedah JARUM mempengaruhi persepsi dan minat murid terhadap Pelajaran Jawi?

3. Apakah Kaedah JARUM dapat membantu murid menguasai sukukata terbuka jawi?

Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan, penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini.

1.4: Objektif kajian

1.4.1. Objektif Am :

Kajian ini diharap membolehkan Membaca dan menyebut teks jawi dengan menggunakan sukukata terbuka dengan betul.

1.4.2. Objektif Khusus :

1- Membunyi suku kata terbuka dengan mengeja menggunakan huruf konsonan dan

vokal jawi.

2- Membunyikan satu dan dua suku kata perkataan yang telah dipelajari.

3- Menyambung dan seterusnya menyebut perkataan yang menggunakan suku kata

terbuka.

4- Membina ayat dengan menggunakan perkataan dari suku kata terbuka.

5. Mengubah persepsi negatif murid terhadap matapelajaran jawi kepada yang lebih

positif.

1.5 Hipotesis Kajian

Berdasarkan persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan, hipotesis-hipotesis yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Tidak terdapat perbezaan peratus ujian pra dan peratus ujian pos bagi kesan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam menulis sukukukata terbuka antara

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap minat pelajar dalam pembelajaran

Sukukata terbuka jawi di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

3. Tidak terdapat Perbezaan yang signifikan di antara peratus ujian pra dan peratus ujian

pos bagi kumpulan eksperimen

4. Tiada Perbezaan yang signifikan di antara peratus ujian pra dan peratus ujian pos

bagi kumpulan kawalan.

1.6Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:

1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat tahap pencapaian murid dalam pembelajaran sukukata terbuka jawi ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan manakala bagi murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.

3. Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dengan mengggunakan kaedah-kaedah tertentu dalam penguasaan sukukata terbuka jawi murid.

4. Dapat mempertingkatkan prestasi pencapaian murid dalam membaca dan menulis sukukata terbuka jawi.

5. Dapat mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis sukata terbuka jawi.

6. Dapat membuang tanggapan negatif murid terhadap pembelajaran jawi dan menukarkannya kepada tangggapan yang positif.

7. Dapat mengenalpasti keberkesanan kaedah yang diperkenalkan dalam membantu peningkatan pembelajaran jawi murid-murid. Sekiranya gagal kajian lanjutan akan dijalankan bagi merungkai permasalahan sebenar yang mereka hadapi agar prestasi pembelajaran mereka dalam tulisan jawi akan terus meningkat.

1.1 Batasan Kajian

Kajian ini berasaskan beberapa batasan seperti berikut:

1. Penyelidikan hanya akan mengkaji sejauhmana kaedah JARUM yang diperkenalkan dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca dan menulis sukukata terbuka jawi murid-murid.

2. Responden kajian ini adalah terbatas kepada 15 orang murid kelas 2 Murni sebagai kumpulan eksperimen dan 10 orang murid Kelas 2 Luhur SK Damansara Damai 1 sebagai kumpulan kawalan.

3. Kajian ini hanya mengkaji penggunaan kaedah JARUM dalam sukukata terbuka jawi sahaja tidak kepada sukukata tertutup dan penggunaan kata pinjaman.

4. Kajian ini tidak akan mengkaji kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain.

5. Kajian ini tidak mengkaji penggunaan Kaedah JARUM di dalam matapelajaran Pendidikan Islam yang lain seperti Tilawah Al-Quran, Ulum Syariah dan Akhlak Islamiah.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kaedah pengajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala di antara guru dengan murid yang sentiasa berinteraksi dan saling pengaruh mempengaruhi ketika ilmu pengetahuan disampaikan. Dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sesuai, pembelajaran bukan sahaja dapat dijalankan dengan menarik dan berkesan, bahkan ianya membantu murid dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, menanam minat murid terhadap apa yang dipelajari serta mampu mengubah tingkah laku dan menanamkan nilai-nilai positif di dalam diri murid.

Melalui Ahmad Mohd Salleh(1997), para sarjana pendidikan telah memberikan takrif yang pelbagai tentang kaedah pengajaran. Mohd Athiyah Al-Ibrasyi(1970), mentakrifkan kaedah pengajaran sebagi jalan yang kita ikuti untuk memudahkan kefahaman kepada murid-murid, dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan perancangan yang disusun sebelum memasuki kelas dan dilaksanakan di dalam kelas. Ghunaimah, Mohd. Abd. Rahim, Prof(1953) mentakrifkannya sebagai cara-cara praktis yang menjelaskan tujuan-tujuan dan maksud-maksud pengajaran. Manakala Ali al-Jumbalathy, Prof. dan Abu al-Fath Attawanisy(1971) mentakrifkannya pula sebagai cara-cara yang diikuti oleh guru untuk menyampaikan maklumat kepada murid-murid.

Justeru itu, kaedah pengajaran merupakan salah satu unsur penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan serta salah satu cara bagi mencapai matlamat sesuatu pengajaran. Berdasarkan kepada takrifan-takrifan yang diberikan, ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua murid dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan murid. Dengan demikian, guru haruslah pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan murid.

2.2Kajian berkaitan.

Pada umumnya kajian ini memfokuskan berkaitan penggunaan kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan dalam membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran jawi di sekolah dan pada dasarnya pula kajian ini memfokuskan kepada satu kaedah pengajaran yang digunakan oleh penulis bagi menguji keberkesanannya dalam membantu murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis sukukata terbuka jawi di kalangan murid tahun 2 Murni SK Damansara Damai 1.

Justeru, kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literature berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan penggunaan kaedah pengajaran yang digunakan penulis. Lantaran itu penulis mengetengahkan beberapa kajian yang hampir sama berlandaskan kepada masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis sukukata terbuka jawi menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang dijalankan di sekolah rendah dan menengah sebagai panduan dan rujukan serta kajian-kajian lain berkaitan penguasaan tulisan jawi sebagai rujukan sampingan antaranya kajian tersebut ialah:

1. Isahak Haron, Abdul Rahim Razali, Zainiah Mohamed Isa, Samri Sainuddin, Nordin Mamat.(2005). Kajian Keberkesanan Pengajaran Jawi Di Sekolah Rendah Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata. Kertas kerja Universiti Perguruan Sultan Idris.

Kertas kerja ini melaporkan hasil kajian tentang keberkesanan penggunaan kaedah gabungan bunyi-kata (KGBK) untuk mengajar jawi di peringkat awal sekolah rendah, terutama untuk tahun 1. Bukumudah jawiterbitan dewan bahasa dan pustaka 2005 digunakan untuk 50 orang sampel guru dan 1089 orang murid gunakan bagi melaksanakan pengajaran pendekatan KGBK selama 3-4 bulan di sekolah rendah dalam tahun 2005. Seramai 40 responden guru menjawab dan menghantar balik soal selidik. Analisis data dari rekod kemajuan murid menunjukkan kemajuan pembelajaran murid dalam jawi rata-rata adalah memuaskan. Analisis data soal selidik responden guru (termasuk 10 orang guru j-qaf) tentang pengalaman mereka mengajar KBGK jawi, menunjukkan sebahagian besar mereka berpendapat KGBK mudah dan berkesan sebagai kaedah pengajaran jawi. Ia boleh dijadikan kaedah alternatif kepada kaedah abjad untuk mengajar awal membaca dan menulis jawi, dan pengajaran pemulihan jawi di sekolah rendah.

Penulis menjadikan kajian ini sebagai rujukan awal kerana penulis juga menggunakan satu kaedah pengajaran yang diuji keberkesanannya dalam meningkatkan penguasaan jawi di kalangan murid-murid sekolah rendah.

2. Mohd Sarhan Ismail, Nur Baiti Anum Mohd Shafie, Rosmiza Rioh (2009). Meningkatkan Penguasaan Menulis Dan Membaca Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Melalui Kaedah Simulasi Komputer. Kertas Kerja Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kajian ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long (SMKBBSL). Kajian dilakukan sewaktu proses p&p berlangsung yang mana ianya dilakukan dalam tempoh sebulan dan melibatkan lapan (8) kali sesi pengajaran. (setiap sesi =30 minit).

Apa yang dapat dipelajari melalui kajian ini ialah sebarang kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru itu hendaklah melibatkan pelajar secara aktif di dalam bilik darjah seperti kaedah simulasi komputer ini, yang mana pelajar perlu melihat, mendengar dan menyebut lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah lain yang tidak memerlukan atau kurang memerlukan pelajar bergiat secara aktif di dalam kelas. Melalui kaedah ini juga secara tidak langsung, guru boleh membudayakan penggunaan komputer dikalangan pelajar sekolah.

Hasil kajian ini mendapati kaedah simulasi komputer dapat menarik minat pelajar dan membuatkan pelajar bertindak aktif di dalam kelas. kaedah ini juga membantu meningkatkan penguasaan membaca dan menulis jawi dikalangan pelajar.

Melalui kajian ini penulis dapat membuat rumusan bahawa beliau perlu menggunakan bahan bantu yang boleh merangsang pancaindera serta mampu melibatkan penglibatan aktif murid dalam merealisasikan penggunaan kaedah JARUM yang akan dijalankan.

3. Dalilah binti Desa, Abdul Kahar bin Abdul Rahim SK. Bukit Kalam W.P Labuan SK. Pantai W.P Labuan. Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Dan Mengenal Huruf Tunggal Jawi Yang Boleh Dan Tidak Boleh Disambung Dengan Kaedah Dalil Avu Zar Zad.

Kajian ini telah dijalankan oleh dua orang guru sekolah rendah di Labuan. Mereka mengkaji keberkesanan teknik ini kepada murid yang bermasalah dalam menulis jawi. Teknik Dalil digunakan untuk mengatasi masalah menukarkan tulisan rumi kepada Jawi. Manakala Teknik Avu Zar Zad pula digunakan untuk meningkatkan kemahiran menyambung Huruf Tunggal Jawi.

Kajian ini telah dijalankan kepada murid-murid lemah jawi di dua sekolah rendah dan empat sekolah menengah yang berbeza. Tujuannya adalah untuk mengetahui tahap tindakbalas dan reaksi tingkah laku mereka terhadap Teknik Dalil Avu zar zad. Sebagai permulaan kajian, satu ujian pengesanan pencapaian pengetahuan sedia ada murid diberikan kepada 4 kategori pelajar tersebut .

Hasilnya , Bagi kategori sekolah rendah kajian ini dijalankan ketika mata pelajaran Jawi selama setengah jam setiap minggu. Manakala bagi sekolah menengah pula satu program khas untuk Pelajar-pelajar PMR anjuran Jabatan Pelajaran W.P Labuan telah diadakan bagi memantapkan kemahiran Jawi mereka. Ujian pra dan pos diberikan kepada sample kajian. Selepas Teknik Dalil Avu zar zad di perkenalkan kepada sampel-sampel ini didapati peratus luluspelajar sekolah rendah dan menengah telah meningkat dengan ketara .

Penulis mendapati kajian ini hampir menyamai kaedah pengajaran yang akan digunakan oleh penulis sendiri iaitu kaedah JARUM, di mana ia menggabungkan penggunaan huruf-huruf jawi dan huruf-huruf rumi dalam merealisasikan kaedah yang dijalankan. Oleh itu kajian ini amat berguna kepada penulis kerana ia dapat dijadikan bahan rujukan utama semasa perlaksanaan kajian yang akan dijalankan.

4. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.

5. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat penulis simpulkan ialah kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan

suasana setempat.

6. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap

modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.

7. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah

Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan sekolah rendah.

8. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my

Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.

2.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi adalah kurang diberi perhatian manakala kajian yang berkaitan dengan keberkesanan suatu kaedah pengajaran yang dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran dan menulis jawi menggunakan kaedah tranliterasi atau gabungan system ejaan jawi-rumi sebagaimana yang di gunakan oleh penulis juga agak sukar ditemukan.

Penulis berpandangan bahawa penulisan bahan ilmiah berkaitan tulisan jawi ini kurang mendapat tempat dihati para pengkaji atau dalam erti kata lain ia agak dipinggirkan. Justeru itu, penulis berpendapat tajuk yang dikemukan ini adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru tentang satu kaedah atau cara penyampaian isi pelajaran yang betul-betul berkesan dan dapat membantu para guru sewaktu mengaplikasikan pengajaran jawi di kelas serta dapat memantapkan lagi pendidikan Islam di SK Damansara Damai 1 khususnya dan di Malaysia amnya.

Bab 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1Pendahuluan

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru-guru meningkatkan penguasaan pelajaran jawi di kalangan murid-murid agar guru berpeluang untuk membuat tindakan susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut dilakukan di dalam atau di luar kelas. Selain itu kajian ini juga diharapkan akan dapat membantu murid mempertingkatkan minat mereka terhadap tulisan jawi dan mengubah persepsi negatif mereka yang menganggap pelajaran jawi adalah satu pelajaran yang sukar dikuasai. Justeru itu disini dibentangkan beberapa perkara yang berkaitan metodologi kajian bagi mendapatkan kajian yang benar-benar berkualiti serta bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah.

3.2: Reka bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tindakan yang berasaskan kepada Model Stringer (2004) dan model Somekh (1989) sepertimana rajah 1.1 dan 1.2, di mana pengumpulan data dilakukan menggunakan soal selidik, ujian pra dan ujian pos yang akan diberikan untuk menguji sejauhmana keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Rajah 1.1

Rajah 1.2

Pada asasnya Kajian Tindakan ini bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek ) iaitu:

Proses 1 : Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu

membuat perancangan disamping mengenal pasti masalah yang akan

dikaji.

Proses 2 : Pengumpulan data awal untuk tindakan selanjutnya. Seperti

penggunaan soal selidik.

Proses 3 : Menganalisis data dan membuat hipotesisi berdasarkan data awal

yang diperolehi bagi menentukan tindakan yang selanjutnya.

Proses 4 : Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.

( contoh:cara penilaian pemerhatian, kumpulan sasar pelajar, guru )

Proses 5 : Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian

tindakan. Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang

telah dirancang.

Proses 6 : Mengumpulkan data-data lengkap hasil pelaksanaan kajian yang

dijalankan.

Proses 7 : Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang

dijalankan.

Proses 8 : Mereflek ( analisa dan refleksi )

Terdapat tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penulis. Kaedah pertama adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik yang perlu diedarkan kepada murid-murid bagi mengetahui sikap sebenar pelajar terhadap matapelajaran jawi di SK Damansara Damai 1 selepas kaedah JARUM dijalankan beberapa kali serta untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan kaedah tersebut dalam membantu murid mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis sukukata terbuka jawi.

Kaedah kedua adalah berasaskan ujian pra yang diberikan kepada murid pada awal kajian sebelum memulakan pengajaran dengan menggunakan kaedah JARUM untuk mengesan tahap kebolehan dan penguasaan murid terhadap sukukata terbuka jawi untuk dibuat tindakan susulan.

Kaedah Ketiga adalah menggunakan ujian pos yang permulaannya dilakukan untuk mengenal pasti apakah bentuk-bentuk soalan yang agak sukar untuk mereka kuasai dan ujian seterusnya adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Kaedah Jarum yang telah diperkenalkan kepada murid. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

3.3Sampel kajian

Semua sampel kajian terdiri daripada 15orang murid tahun 2 Murni sebagai kumpulan eksperimen dan 10 murid Kelas 2 Luhur Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 sebagai kumpulan kawalan. Kesemua sampel ini adalah pelajar yang lemah dalam membina, membatang sukukata jawi dan mendapat markah C dan D dalam peperiksan pelajaran jawi. Mereka juga mempunyai ciri yang sama iaitu minat terhadap pelajaran jawi tetapi mereka sukar untuk membaca dan mengeja sukukata yang diberikan sama ada secara lisan mahupun bertulis kerana mereka kurang mahir dalam membentuk ejaan.

Bagi soalan soal selidik 25 orang murid yang telah dijadikan sampel juga telah dipilih sebagai responden.

3.4 Instrumen Kajian

Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, terdapat empat instrument yang digunakan:

3.4.1 Pemerhatian

Pemerhatian ke atas tingkah laku murid- murid telah dilakukan secara berterusan semasa P&P dijalankan. bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing. tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan.

3.4.2 Ujian pra.

Proses kajian akan dimulakan dengan memberikan murid ujian pra bagi mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam membina dan menulis sukukata terbuka jawi. Ujian diberikan dalam bentuk menjawikan secara lisan(imlak lisan), menjawikan secara bertulis dan merumikan secara bertulis. Ujian ini dijalan kepada 25 orang murid Kelas 2 Murni dan kelas 2 Luhur SK Damansara Damai 1 yang telah dipilih menjadi sampel kajian. Ujian yang dijalankan hanya tertumpu kepada menjawikan dan merumikan sukukata terbuka jawi sahaja.

3.4.3Ujian pos

Ujian pos ini dijalankan dengan tujuan untuk mengukur dan menguji tahap pencapaian murid-murid dalam membina dan menulis sukukata terbuka jawi menggunakan kaedah JARUM. Ujian ini dijalankan sebanyak empat kali. Antara item-item soalannya adalah menguji murid-murid dengan cara menjawi dan merumikan perkataan bersukukata terbuka.

3.4.4 Soal selidik

Soal Selidik merupakan satu instrumen untuk mengumpul data secara formal. Soal selidik perlu memenuhi objektif atau soalan yang hendak dikaji. Terdapat beberapa jenis soalan dalam soalan soal selidik. Antaranya ialah skala Likert.

Soal selidik ini mengandungi 9 item yang mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan sikap murid terhadap subjek Pelajaran Jawi dan persepsi mereka selepas kaedah JARUM dipraktikkan di dalam kelas.

Soal selidik ini merangkumi 3 skop seperti di bawah:

i. Apakah persepsi responden terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran jawi

menggunakan kaedah JARUM?

ii. Apakah Pembelajaran jawi menggunakan Kaedah JARUM berkesan?

iii. Apakah Kaedah JARUM membantu mempertingkatkan kemahiran membaca dan

menulis sukukata terbuka jawi murid?

Penulis menggunakan skala Likert untuk mengukur maklum balas responden. Skala Likert ini dipilih sebagai alat mengukur adalah kerana :

i. Soal selidik lebih mudah ditadbir setelah dibina dengan baik.

ii. Lebih mudah untuk mendapatkan data yang banyak.

iii. Maklumat yang diperolehi daripada responden mudah dianalisis.

iv. Soal selidik lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos.

v. Responden lebih mudah dan berani untuk memberikan tindak balas terhadap aspek

dikaji.

3.5 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Kebangsaan Damansara Damai 1 yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Alamat sekolah ialah:

SK Damansara Damai 1NO 2 Jln Pju 10/1 Damansara Damai47830 Petaling Jaya ,

Selangor.

3.6Prosedur Pengumpulan data

3.6.1 Tajuk dan tempat kajian

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan tajuk keberkesanan kaedah JARUM dalam meningkatkan kemahiran membaca dan menulis sukukata terbuka jawi di kalangan pelajar tahun 2 Murni. Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid tahun 2 Murni SK Damansara Damai 1 yang terletak di No 2 Jln PJU 10/1 Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya Selangor.

3.6.2 Meminta Kebenaran

Kajian yang dijalankan ini telah mendapat kebenaran dan kelulusan secara lisan daripada Guru Besar SK Damansara Damai 1 iaitu En Mohd Mohradi bin Mohd Mohlas.

3.6.3 Proses pengumpulan data

Proses pengumpulan data adalah dengan cara 25 orang murid tahun 2 yang terlibat diberikan soalan ujian pra, ujian pos jawi dan soal selidik. Soalan tersebut akan dikutip dan ditanda setelah mereka siap mengisikan jawapannya. Ujian pos akan diberikan beberapa kali kepada pelajar tersebut setelah teknik JARUM diperkenalkan untuk melihat sejauhmana teknik tersebut berkesan dan memberikan impak yang positif serta membantu mereka di dalam membaca dan mennulis sukukata terbuka jawi .

Setelah beberapa ujian dan soal selidik dijalankan data yang diperolehi akan dianalisis secara manual dan dibuat laporan.

3.7 Analisis Data

Oleh kerana populasi kajian adalah sedikit dan skop kajian adalah kecil dan hanya melibatkan soal selidik, ujian pra dan ujian pos, data yang dikumpul hanya dianalisis secara manual atau pengiraan biasa tanpa menggunakan perisian SSPS. Antara statistik yang digunakan ialah bilangan , purata dan peratus bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan.

3.8 Kesimpulan

Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis ke arah sifar buta jawi bagi mencapai visi SKDD 1 Cemerlang Menjelang 2013.

Kebolehan membaca dan menulis sukukata terbuka Jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Murid-murid sekolah rendah juga diwajibkan untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan membaca al-Quran dengan lancar.

Berdasarkan kajian ini, dicadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah JARUM atau kaedah dan mencampurkannya tulisan jawi dengan Rumi dalam proses pengajaran dan pembelajaran jawi sebagai alat transliterasi, agar semua murid-murid lemah jawi sekolah rendah dapat memahami, membaca dan menulis jawi dengan baik. Kaedah pengajaran juga boleh dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai latar belakang keupayaan yang berbeza dalam penguasaan Jawi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid sekolah rendah memahami pengajaran guru dan memudahkan mereka untuk belajar dengan baik.

3.9Jadual Pelaksanaan

Bil

Aktiviti

Jangkamasa pelaksanaan

Memilih tajuk kajian

1 minggu

Mengenal pasti pelajar untuk sasaran

3 hari

Menulis kertas cadangan kajian

3 minggu

Menghantar kertas cadangan kajian

29 November 2010

Soal selidik pelajar

3 hari

Menjalankan ujian pra

1 hari

Menjalankan pengajaran menggunakan kaedah JARUM

1 minggu

Menjalankan ujian pos

1 minggu

Menjalankan pengajaran menggunakan kaedah JARUM

1 minggu

Menjalankan ujian pos 2

1 minggu

Menganalisis data

2 minggu

Menyampaikan hasil

1 minggu

Refleksi dan penilaian kajian

1 minggu

Menulis laporan penuh kajian

3 minggu

Menghantar laporan kajian kepada tutor

17 Julai 2011

3.10 Jumlah perbelanjaan:

Bil

Jenis Bahan

Jumlah Kos

1

Kad bacaan 20 x RM 1.00

RM 20.00

2

Photostat bahan

RM 50.00

3

Membeli dakwat printer

RM160.00

4

Kulit laporan akhir

RM50.00

Jumlah

RM280.00

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan tentang profil kajian yang terdiri daripada 25 orang pelajar tahun 2 SK Damansara Damai 1, Petaling Jaya Selangor. Seterusnya bab ini akan membentangkan hasil analisis data yang telah dijalankan dengan proses pengiraan secara manual menggunakan perisian Microsoft Excel sahaja.

Perisian ini diguna pakai memandangkan sampel kajian yang tidak melebihi angka 30 orang. Perisian ini digunakan untuk mendapatkan peratusan bagi setiap soal selidik, ujian pra dan pos yang dijalankan. Carta bar juga akan digunakan bagi memenuhi kehendak kajian dan sesuai dengan perisian yang digunakan. Bagi memenuhi objektif kajian, kajian rintis dijalankan untuk menjamin keesahannya , ujian pra dan pos pula dijalankan untuk mendapatkan keputusan yang berkenaan kaedah JARUM yang telah digunakan. Ujian ini telah menggunakan kaedah tradisional yang melibatkan lima langkah iaitu pernyataan hipotesis, pengiraan peratusan, keputusan ujian dan kesimpulan.

4.2 Profil Responden

Kajian ini melibatkan seramai 25 orang murid Tahun 2 SK Damansara Damai 1, Petaling Jaya Selangor. 15 orang murid kelas 2 Murni sebagai kumpulan eksperimen dan 10 orang murid kelas 2 Luhur sebagai kumpulan kawalan. Keseluruhan responden ini adalah murid islam kerana pelajaran jawi merupakan salah satu pecahan daripada matapelajaran Pendidikan Islam. Bagi kumpulan eksperimen taburan murid lelaki lebih ramai daripada murid perempuan, manakala bagi kumpulan kawalan pula menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki. Taburan responden dalam kumpulan eksperimen dan kawalan, seperti yang ditunjukkan dalam jadual.

Kumpulan

Jantina

Kekerapan

Peratus

Eksperimen

(2 Murni)

Lelaki

Perempuan

8

7

53.33 %

46.67%

Kawalan

( 2 Luhur )

Lelaki

Perempuan

4

6

40%

60%

4.3 Dapatan Kajian

Dalam kajian ini, data-data telah direkodkan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel . Menurut terjemahan Microsoft Excel atau Microsoft Office Excel adalah sebuah program aplikasi lembar kerja(spreadsheet) yang dibuat dan diedarkan oleh Microsoft Corporation untuk system operasi Microsoft Windows dan Mac OS. Aplikasi ini mempunyai cirri-ciri pengiraan dan pembuatan grafik , dengan menggunakan strategi pemasaran Microsoft yang agresif menjadikan Microsoft Excel sebagai salah satu program komputer yang popular digunakan di dalam komputer mikro hingga saat ini.

Hipotesis bagi kajian ini adalah seperti berikut:

(i)Ho1

Tiada perbezaan yang signifikan di antara peratus ujian pra dan peratus ujian pos bagi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam menulis sukukukata terbuka antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Ha1

Terdapat perbezaan yang signifikan di antara peratus ujian pra dan peratus ujian pos bagi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam menulis sukukukata terbuka antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Ho adalah suatau pernyataan yang merujuk kepada tiada perbezaan di antara dua

parameter. Manakala hipotesis alternative iaitu Ha1 menunjukkan wujud perbezaan di antara dua parameter. Oleh itu pengujian hipotesis dilakukan bagi menguji sama ada menerima atau menolak dakwaan

Dalam menentukan penolakan mahupun menyokong hipotesis nol ini peratus lulus dan gagal murid akan dibandingkan dan kesimpulan yang tepat akan dibuat sama ada ianya memenuhi kehendak ataupun tidak.

Ujian-T (2 Murni)

Julat

markah

gred

Tanpa Kaedah JARUM

(Menjawikan suku kata terbuka)

Tanpa Kaedah JARUM

( Merumikan Sukukata terbuka)

A

B

C

D

E

Bilangan

Murid

Peratus

%

Bilangan

Murid

Peratus

%

8-10

6-7

4-5

2-3

1

0

0

1

9

5

0%

0%

6.7%

60%

33.3%

0

0

1

8

6

0%

0%

6.7%

53.3%

40%

% Lulus

6.7%

6.7%

% Gagal

93.3%

93.3%

Julat

markah

gred

Dengan Kaedah JARUM

(Menjawikan suku kata terbuka)

Dengan Kaedah JARUM

( Merumikan Sukukata terbuka)

A

B

C

D

E

Bilangan

Murid

Peratus

%

Bilangan

Murid

Peratus

%

8-10

6-7

4-5

2-3

1

2

4

7

2

0

13.3%

26.7%

46.7%

13.3%

0%

4

6

5

0

0

26.7%

40%

33.3%

0%

0%

% Lulus

86.7%

100%%

% Gagal

13.3%

0%

Jadual 4.2 Ujian Pra Kumpulan Eksperimen(2 Murni)

4.3 Ujian Pos Kumpulan Eksperimen (2 Murni )

Hasil ini sebenarnya diperolehi daripada pengiraan secara manual menggunakan Microsoft Excel. Daripada Hasil ini pernyataan hipotesis diperolehi dimana dianggap Ho1 adalah tiada perbezaan antara ujian pra dan ujian pos manakala Ha1 adalah wujudnya perbezaan antara ujian pra dan ujian pos dan Ha1 adalah ditetapkan sebagai dakwaan. Nilai perbezaan peratusan antara lulus dan gagal bagi menjawikan sukukata terbuka adalah ditetapkan sebanyak 80%, manakala merumikan sukukata terbuka pula sebanyak 93.3%. Dengan ini jelaslah bahawa Ho ditolak kerana peratus lulus lebih tinggi daripada peratus gagal selepas Kaedah JARUM dijalankan. Ini Menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara sampel pelajar 2 Murni bagi ujian pra dan ujian pos . Analisis ini menunjukkan bahawa Kaedah JARUM yang telah dijalankan ke atas pelajar mempengaruhi keputrusan mereka di dalam peperiksaan.

Untuk sampel kedua iaitu sampel yang diambil dari kelas 2 Luhur pula analisisnya seperti berikut:

Julat

markah

gred

Tanpa Kaedah JARUM

(Menjawikan suku kata terbuka)

Tanpa Kaedah JARUM

( Merumikan Sukukata terbuka)

A

B

C

D

E

Bilangan

Murid

Peratus

%

Bilangan

Murid

Peratus

%

8-10

6-7

4-5

2-3

1

0

0

2

5

3

0%

0%

20%

50%

30%

0

0

2

6

2

0%

0%

20%

60%

20%

% Lulus

20%

20%

% Gagal

80%

80%

Jadual 4.4 Ujian Pra Kumpulan Kawalan ( 2 Luhur )

Julat

markah

gred

Dengan Kaedah JARUM

(Menjawikan suku kata terbuka)

Dengan Kaedah JARUM

( Merumikan Sukukata terbuka)

A

B

C

D

E

Bilangan

Murid

Peratus

%

Bilangan

Murid

Peratus

%

8-10

6-7

4-5

2-3

1

3

4

2

1

0

30%

40%

20%

10%

0%

4

4

2

0

0

40%

40%

20%

0%

0%

% Lulus

90%

100%%

% Gagal

10%

0%

Jadual 4.5 Ujian Pos Kumpulan Kawalan ( 2 Luhur )

Hasil ini sebenarnya diperolehi daripada pengiraan secara manual menggunakan Microsoft Excel. Daripada hasil ini pernyataan hipotesis diperolehi dimana dianggap Ho1 adalah tiada perbezaan antara ujian pra dan ujian pos manakala Ha1 adalah wujudnya perbezaan antara ujian pra dan ujian pos dan Ha1 adalah ditetapkan sebagai dakwaan. Nilai perbezaan peratusan antara lulus dan gagal bagi menjawikan sukukata terbuka adalah ditetapkan sebanyak 70%, manakala merumikan sukukata terbuka pula sebanyak 80%. Dengan ini jelaslah bahawa Ho ditolak kerana peratus lulus lebih tinggi daripada peratus gagal selepas Kaedah JARUM dijalankan. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara sampel pelajar 2 Luhur bagi ujian pra dan ujian pos . Analisis ini menunjukkan bahawa Kaedah JARUM yang telah dijalankan ke atas pelajar mempengaruhi keputusan mereka di dalam ujian yang diberikan.

(ii)Ho2

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap minat pelajar dalam pembelajaran sukukata terbuka jawi di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Ha2

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap minat pelajar dalam pembelajaran

sukukata terbuka jawi di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

BIL

ITEM MODUL INI DAPAT :

STS

TS

KS

S

SS

B1

mendatangkan keseronokan saya untuk belajar

0%

0%

0%

56%

44%

B2

memberikan saya banyak maklumat berkaitan pelajaran, baik secara langsung mahupun tidak langsung

0%

0%

0%

68%

32%

B3

membolehkan saya mengikuti pembelajaran Pelajaran Jawi dengan mudah

0%

0%

0%

20%

80%

B4

menjadikan saya lebih faham belajar Pelajaran Jawi

0%

0%

0%

50%

50%

B5

menjadikan saya lebih bersemangat mengikuti pembelajaran Pelajaran Jawi

0%

0%

0%

50%

50%

B6

meningkatkan tahap pemikiran saya semasa belajar Pelajaran Jawi

0%

0%

0%

52%

48%

B7

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ceria

0%

0%

0%

72%

28%

B8

membuatkan saya lebih menghayati Pelajaran Jawi

0%

0%

0%

64%

36%

B9

membantu saya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

0%

0%

0%

80%

20%

Jadual 4.6 Item soal selidik

Borang soal selidik ini telah diberikan kepada kelas 2 Murni iaitu kumpulan eksperimen untuk melihat sejauh mana Kaedah JARUM mempengaruhi persepsi dan minat murid terhadap Pelajaran Jawi di bawah tajuk Sukukata Terbuka.

Berdasarkan soalan B1, didapati 56% responden memilih setuju dan 44% memilih sangat setuju, peratus ini menunjukkan bahawa murid sangat seronok mempelajari Sukukata terbuka Jawi dengan menggunakan Kaedah JARUM. Bagi soalan B2 pula 68% murid setuju dan 32% sangat setuju bahawa dengan menggunakan kaedah JARUM ini dapat memberikan mereka banyak maklumat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung berkaitan dengan pelajaran. Berdasarkan soalan B3 20% setuju dan 80% murid sangat setuju dapat pembelajaran pelajaran jawi dengan mudah dibawah tajuk sukukata terbuka dengan menggunakan Kaedah JARUM ini.

Berdasarkan soalan B4, didapati 50% responden setuju dan 50% sangat setuju bahawa dengan menggunakan Kaedah Jarum menjadikan mereka lebih faham belajar pelajaran jawi. Soalan B5 juga didapati skala setuju dan sangat setuju adalah seimbang sebagaimana soalan B4, di mana 50% murid memilih setuju dan 50% murid memilih sangat setuju dengan penggunaan Kaedah JARUM menjadikan mereka murid yang bersemangat mengikuti pembelajaran Pelajaran Jawi di bawah tajuk Sukukata terbuka. Bagi soalan B6 pula, 52% murid setuju dan 48% murid sangat setuju dengan menggunakan Kaedah JARUM dapat meningkatkan tahap pemikiran mereka semasa belajar pelajaran jawi. Ini menunjukkan bahawa Kaedah ini memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran sukukata terbuka murid.

Berdasarkan soalan B7, 72% murid setuju dan 28% sangat setuju Kaedah JARUM dapat mewujudkan suasana pembelajaran pelajaran jawi yang ceria. Ini menunjukkan bahawa mereka seronok dan gembira menggunakan kaedah ini. Bagi soalan B8, kenyataan bahawa menggunakan kaedah JARUM menjadikan mereka murid yang lebih menghayati pelajaran jawi, 64% murid setuju dan 36% pula sangat setuju.

Soalan B9 pula menunjukkan bahawa 80% responden setuju dan 20% sangat setuju penggunaan Kaedah JARUM membantu mereka mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Ini jelas menunjukkan Kaedah Jarum ini sangat membantu murid-murid serta memberikan impak yang positif bukan sahaja dalam pembelajaran sukukata terbuka jawi mereka malah dapat diaplikasikan di bawah tajuk yang lain.

(iii)Ho3

Tidak terdapat Perbezaan yang signifikan di antara peratus ujian pra dan peratus

ujian pos bagi kumpulan eksperimen.

Ha3

Terdapat Perbezaan yang signifikan di antara peratus ujian pra dan peratus ujian

pos bagi kumpulan eksperimen.

Rajah 1

Berdasarkan histogram di dalam rajah 1 di atas, dapat dilihat dengan jelas bukti terdapatnya perbezaan bagi ujian pra dan ujian pos yang dijalankan kepada murid kumpulan eksperimen yang terdiri daripada 15 orang murid kelas 2 Murni. Peratusan murid lulus dalam ujian pos lebih tinggi jika dibandingkan dengan purata murid lulus di dalam ujian pra.

(iv)Ho4

Tiada Perbezaan yang signifikan di antara peratus ujian pra dan peratus ujian pos

bagi kumpulan kawalan.

Ha4

Tiada Perbezaan yang signifikan di antara peratus ujian pra dan peratus ujian pos

bagi kumpulan kawalan

Rajah 2

Berdasarkan histogram yang dipaparkan di dalam rajah 2 juga jelas membuktikan bahawa terdapat perbezaan bagi ujian pra dan ujian pos yang dijalankan ke atas murid kumpulan kawalan yang terdiri daripada 10 orang murid kelas 2 Luhur. Beza peratus lulus bagi ujian pra dengan ujian pos dalam menjawikan sukukata terbuka sebanyak 80% manakala beza peratus lulus bagi ujian pra dengan ujian pos dalam merumikan sukukata terbuka pula adalah sebanyak 93.3%.

Berdasarkan analisa daripada ujian pra dan pos di atas didapati Kaedah JARUM ini berjaya menjadi satu kaedah yang boleh digunapakai dalam membantu murid-murid meningkatkan penguasaan membaca dan menulis sukukata terbuka jawi bagi kumpulan sasaran yang terdiri dari murid kelas 2 Murni dan 2 Luhur SK Damansara Damai 1, serta berjaya melonjakkan prestasi markah murid-murid di dalam pelajaran jawi dengan peratus lulus yang tinggi.

BAB 5

RUMUSAN

5.1Pengenalan

Bab ini merangkumi perbincangan dan kesimpulan kajian tentang penggunaan kaedah JARUM dalam matapelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 dalam meningkatkan penguasaan sukukata terbuka jawi murid. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1, Petaling Jaya Selangor. Perbincangan adalah merujuk kepada ringkasan kajian, perbincangan mengenai dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan cadangan-cadangan bagi meningkatkan penggunaan kaedah JARUM di dalam pengajaran dan pembelajaran jawi.

5.2Ringkasan Kajian

Kajian ini telah mengkaji penggunaan Kaedah JARUM dalam membantu meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam matapelajaran Pelajaran Jawi di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1, Petaling Jaya Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan peratus lulus dan gagal murid melalui penggunaan Kaedah JARUM dalam pengajaran dan pembelajaran Pelajaran Jawi di bawah tajuk Sukukata Terbuka Jawi serta menarik minat murid terhadap Pelajaran Jawi.Satu set soalan daripada ujian pra, ujian pos dan satu set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Pengumpulan data dalam kajian ini diperolehi melalui dapatan ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Kaedah analisis secara manual digunakan untuk menganalisis semua data berkaitan pencapaian murid dan minat murid. Kaedah analisis data secara manual ini digunakan memandangkan jumlah sampel kajian yang kurang daripada 30 orang.

5.3Perbincangan

Semua perkara berkaitan hasil dapatan kajian dibentang dan dibincangkan mengikut data pencapaian murid berdasarkan ujian pra dan ujian pos serta dapatan daripada soal selidik awal yang membincangkan mengenai profil responden menjurus kepada perbincangan tentang minat murid terhadap Pelajaran Jawi. Seterusnya perbincangan tentang tiga persoalan kajian iaitu:

1 Adakah Kaedah JARUM adalah kaedah berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pelajaran Jawi?

2 Sejauh manakah kaedah JARUM mempengaruhi persepsi dan minat murid terhadap Pelajaran Jawi?

3 Apakah Kaedah JARUM dapat membantu murid menguasai sukukata terbuka

jawi?

5.4Kesimpulan dapatan kajian

Berdasarkan daripada dapatan kajian yang dijalankan berhubung dengan keberkesanan Kaedah JARUM, dapatlah disimpulkan seperti berikut:

i. Penggunaan kaedah JARUM banyak membantu murid dalam meningkatkan tahap pemikiran murid semasa belajar Pelajaran Jawi.

ii. Penggunaan Kaedah JARUM banyak membantu murid meningkatkan kefahaman dalam pembelajaran Sukukata Terbuka Jawi disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik.

iii. Pelajar sedar dengan penggunaan Kaedah JARUM yang menarik boleh membantu menarik minat mereka mempelajari Pelajaran Jawi.

iv. Selain meningkatkan keyakinan diri, Kaedah JARUM dapat membentuk pelajar kepada sikap yang lebih positif dan berfikir secara kreatif.

v. Penggunaan Kaedah JARUM yang berkesan dapat membantu murid membaca dan menulis jawi secara berkesan.

vi. Penggunaan kaedah JARUM yang berkesan boleh menjadikan murid lebih bersemangat mengikuti pembelajaran Pelajaran Jawi.

viipenggunaan Kaedah JARUM yang berkesan dan menarik di dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran sukukata terbuka jawi dapat meningkatkan keseronokan murid untuk belajar jawi dengan berbantukan media dan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

5.5Implikasi dapatan kajian

Hasil kajian ini secara umumnya mempunyai perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos di mana penggunaan kaedah jarum adalah lebih berkesan berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional. Bagi meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Pelajaran Jawi yang dianggap sukar bagi mereka, maka teori pembelajaran konstruktivisme melalui penggunaan kaedah jarum telah digunakan untuk mengajar pelajar tahun 2.

Pengajaran Pelajaran Jawi di bawah tajuk sukukata terbuka jawi menggunakan kaedah jarum adalah untuk melihat sama ada murid memahami pengajaran sukukata terbuka jawi dengan berkesan jika sentiasa berfikir dan mengembangkan idea. Ia dapat mengelakkan murid dapripada pembelajaran secara hafalan, maka dengan ini akan wujudlah suasana pembelajaran yang berkesan, menarik dan menyeronokkan.

Di samping data-data kuantitatif, sedikit data yang berbentuk kualitatif turut dianalisis. Beberapa pelajar telah memberikan pendapat mereka tentang pembelajaran sukukata terbuka jawi dengan menggunakan kaedah jarum yang diajar mengikut sukatan Pelajaran Jawi Tahun 2. Berikut antara pendapat yang diberikan oleh responden:

Dulu saya tidak berapa pandai membaca dan menulis sukukata terbuka sekarang saya dah boleh baca dan tulis dengan menggunakan kaedah jarum ini

5.6Cadangan Kajian Lanjutan

Terdapat beberapa cadangan bagi meningkatkan penggunaan kaedah jarum di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Jawi iaitu:

i. Semua murid perlu didedahkan dan dibiasakan dengan kemahiran

menjawikan tulisan rumi dan merumikan tulisan jawi secara berkesan.

ii. Guru-guru perlu diberikan kursus peningkatan profesionalisme terutama

dalam kaedah dan teknik-teknik pengajaran serta ilmu pedagogi.

iii. Guru hendaklah mempunyai kesabaran dan komitmen yang tinggi untuk

membimbing murid dengan penuh semangat serta mencari pelbagai kaedah yang berkesan bagi menarik pelajaran mempelajari tulisan jawi.

iv. Pelajar perlu selalu didedahkan kepada teknik membaca dan menulis jawi

yang mudah, betul dan berkesan agar melahirkan minat dan cinta mereka kepada tulisan jawi.

v. Latihan-latihan pengukuhan perlu sentiasa diberikan kepada murid supaya

mereka sentiasa ingat konsep-konsep yang penting.

vi. Kajian khusus mengenai langkah-langkah atau kaedah-kaedah untuk

menangani masalah murid berkaitan membaca dan menulis jawi perlu

diperbanyakkan supaya suatu penyelesaian yang berkesan dapat

dihasilkan bagi menangani masalah buta jawi.

Kesimpulannya, kaedah jarum yang digunakan dapat meningkatkan pencapaian murid pelbagai aras dalam matapelajaran Pelajaran Jawi khususnya di bawah tajuk sukukata terbuka jawi dengan cara mengaitkan huruf-huruf tunggal rumi dengan huruf-huruf tunggal jawi supaya menjadi satu perkataan bersukukata terbuka yang memberi maksud dan boleh difahami. Kaedah Jarum juga boleh membantu murid meningkatkan kecerdasan dan kemahiran berfikir mereka untuk menulis dan menghasilkan sesuatu perkataan yang memberi maksud. Sesungguhnya pembelajaran melalui kaedah jarum dapat meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam matapelajaran pelajaran jawi seterusnya dapat melahirkan murid yang kreatif dan berinovatif.

RujukanAhmad Mohd Salleh.(1997). Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.

Shah Alam. Fajar bakti Sdn. Bhd.

Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di

Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Dalilah binti Desa, Abdul Kahar bin Abdul Rahim SK. Bukit Kalam W.P Labuan SK.

Pantai W.P Labuan. Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Dan

Mengenal Huruf Tunggal Jawi Yang Boleh Dan Tidak Boleh Disambung Dengan

Kaedah Dalil Avu Zar Zad.

Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian

IRPA. Universiti Malaya.

Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah

Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Isahak Haron, Abdul Rahim Razali, Zainiah Mohamed Isa, Samri Sainuddin, Nordin

Mamat.(2005). Kajian Keberkesanan Pengajaran Jawi Di Sekolah Rendah

Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata. Kertas kerja Universiti Perguruan

Sultan Idris

Mohd Sarhan Ismail, Nur Baiti Anum Mohd Shafie, Rosmiza Rioh.(2009).

Meningkatkan Penguasaan Menulis Dan Membaca Jawi Di Kalangan Pelajar

Tingkatan 2 Melalui Kaedah Simulasi Komputer. Kertas Kerja Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi.

Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian

http://jpnperak.edu.com.my.

Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan

Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3

11

12

Mengumpul data

Menganalisis data/membentuk hipotesisi

Mengenal-pasti masalah/fo-kus yang diminati

Putaran seterusnya

Mengana-lisis dan menilai

Mengumpul data untuk mengesah-kan perubahan

Merancang pelan tindakan

Melaksana-kan pelan tindakan

1