hukum tajwid

Download Hukum Tajwid

If you can't read please download the document

Upload: ahmad-fitri

Post on 13-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tajwid Mad Asli with ppt

TRANSCRIPT

Pendahuluan

Bagaimana gaya pembelajaran murid-murid adalah berbeza antara satu dengan yang lain, begitu juga lah pemahamannya. Kemampuan seseorang untuk memahami dan menyerap pelajaran, ada yang cepat, sedang dan ada pula yang sangat lambat. Ini kerana mereka seringkali harus menempuhi cara yang berbeza dalam memahami apa yang diajar dengan apa yang mereka baca. Ada sebahagian murid yang suka serta mudah memperolehi pemahaman pada ketika pengajaran berlangsung, dan ada pula yang memerlukan latihan dan lain-lain lagi. Dengan adanya berbagai variasi ini, guru sebagai pendidik diharapkan dapat menyampaikannya dengan baik dan dapat difahami oleh seluruh murid-muridnya. Untuk itu guru harus benar-benar cermat dan tepat dalam memilih kaedah yang akan dapat digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini, sehingga murid mampu memperolehi pemahaman yang baik. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah serta memerlukan pemahaman yang jitu, malahan apabila ianya semua telah diketengahkan namun masalah masih terjadi. Ibadah membaca Al-Quran adalah merupakan satu perkara yang amat penting dan dituntut oleh agama Islam. Ini adalah kerana Al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia sebagai panduan dan rujukan di dalam menjalani kehidupan di dunia yang fana' ini. Oleh itu pembacaan Al-Quran perlu dilakukan oleh setiap individu Muslim pada setiap hari mengikut kemampuan masing-masing. Setiap Mu'min yang mempercayai Al-Quran, mempunyai kewajiban dan tanggungjawab terhadap Kitab Sucinya itu. Di antara kewajiban dan tanggungjawab itu ialah mempelajarinya dan mengajarkannya. Belajar dan mengajarkan Al-Quran adalah kewajiban suci dan mulia. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Yang sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."

Dalam hadith lain Rasulullah besabda:

"Sesungguhnya seseorang yang berpagi-pagi pergi mempelajari ayat-ayat dalam Kitabullah lebih baik yang seperti itu daripada mengerjakan sembahyang sunat 100 rakaat."

Dari hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas , Rasululah juga bersabda:

"Barangsiapa yang mempelajari Kitabullah, kemudian diamalkannya isi yang terkandung di dalamnya, Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan dipeliharanya pada hari kiamat dari siksa yang berat."

Jadi belajar Al Quran itu merupakan kewajiban yang utama bagi setiap mu'min, begitu juga mengajarkannya. Belajar Al-Quran itu dapat dibahagi kepada beberapa tingkatan, iaitu belajar membacanya sampai lancar dan baik, menuruti kaedah-kaedah yang berlaku dalam qiraat dan tajwid belajar erti dan maksudnya sampai mengerti akan maksud-maksud yang terkandung di dalamnya dan terakhir, belajar menghafalnya, sebagaimana yang diajarkan oleh para sahabat pada masa Rasulullah, demikian pula pada masa sekarang dibeberapa negeri Islam. Belajar Al-Quran itu hendaklah dari sejak kecil, sebaiknya semenjak berumur 5 atau 6 tahun. Sebab, umur 7 tahun sudah disuruh mengerjakan sembahyang. Rasulullah sudah bersabda:

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang, bila sudah berumur 7 tahun dan pukullah (marahilah) bila dia tidak mengerjakan sembahyang kalau sudah berumur 10 tahun."

Menjadikan anak-anak dapat belajar AlQuran mulai semenjak kecil itu, adalah kewajiban orang tuanya masing-masing. Berdosalah orang tua yang mempunyai anak-anak, tetapi anak-anaknya tidak pandai membaca Al Quran. Tidak ada malu yang paling besar di hadapan Allah nantinya, bila mana anak-anaknya tidak pandai membaca Al-Quran. Sebaliknya, tidak ada kegembiraan yang lebih memuncak nanti, bilamana orang tua dapat menjadikan anaknya pandai membaca Al-Quran. Rasulullah s.a.w. telah mengatakan:

"Tidak ada suatu keuntungan bagi seorang yang telah menjadikan anaknya pandai membaca Al Quran, kecuali baginya nanti pada hari kiamat akan diberikan suatu mahkota dari dalam syurga."

Menurut Dr. Surul Shahbudin an-Nadawi dalam buku Ilmu Tajwidnya 'Menurut Riwayat Hafs An Asim melalui Tariq Asy -Syatibiyyah', ilmu Tajwid ialah ilmu yang membicarakan asas-asas kaedah dan hukum sebutan huruf-huruf al-Quran seperti yang diwarisi sebutan tersebut dari Rasulullah s.a.w. Ilmu Tajwid itu biasanya disusun sesuai dengan Qiraat sesuatu bacaan. Mempelajari ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah manakala mempraktikkannya dalam bacaan adalah fardhu ain. Mempelajari ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah dengan erti kata, mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seseorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu Tajwid dan boleh menjadi rujukan ilmu Tajwid bagi masyarakat setempat. Jika tiada seorang pun dalam sesuatu bandar, orang yang mahir dalam ilmu Tajwid dan menjalankan kewajiban mengajarkannya kepada penduduk bandarnya, maka kesemua penduduk bandar tersebut adalah berdosa.

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN ILMU TAJWID

Al-Quran adalah ilmu utama yang perlu dipelajari oleh setiap individu Muslim. Penurunan ayat Al-Quran adalah menekankan kepada aspek pembacaan itu sendiri. Ini dapat kita lihat melalui suruhan iqra yang bermaksud bacalah. Dapat difahami aspek pembacaan khususnya membaca AI-Quran adalah amat dituntut dalam Islam kerana AIQuran adalah wahyu iaitu Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi rujukan dan panduan kepada semua manusia. Oleh yang demikian dengan menguasai AI-Quran akan mlahirkan individu Muslim yang patuh dan taat perintah Allah.

Antara sebab dan punca murid-murid lemah dalam pembacaan Tajwid, berkemungkinan adalah kerana:

1.Berpunca dari diri individu murid-murid itu sendiri iaitu mereka kurang mengambik perhatian sewaktu guru mengajar.

2.Murid-murid hanya mengharapkan membaca dan belajar Al-Quran di sekolah dan juga kurang mengamalkan pembacaan Al-Quran di rumah.

3.Murid-murid juga tidak mengikuti kelas-kelas tambahan seperti di masjid, surau atau di rumah.

4.Murid-murid menganggap pelajaran Al-Quran kurang penting berbanding dengan pelajaran-pelajaran yang lain, perkara ini menyebabkan mereka tidak mengambil berat untuk berusaha meningkatkan pemahaman ilmu Tajwid pada tahap yang lebih baik.

5.Kurangnya kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa murid dalam memantau pelajaran Al-Quran mereka yang berkemungkinan disebabkan ibu bapa juga kurang mahir dalam bidang Al-Quran.

6.Kurang pemerhatian daripada guru yang mengajar di luar persekolahan kerana tidak membuat teguran pada kesalahan-kesalahan bacaan Al-Quran murid-murid yang mana ada diantara murid-murid sudah membaca Al-Quran sehingga juz 30 tetapi apabila di tasmi didapati bacaan murid-murid masih kurang sempurna, sebutan huruf tidak betul dan kurang tepat.

7.Perkara ini juga mungkin berpunca daripada guru itu sendiri yang mana kebanyakan daripada guru-guru hanya mengahar dengan cara penerangan dan latih tubi sahaja, tidak ada penggunaan alat bantu mengajar, Cuma menggunakan papan putih dan pen sahaja. Kepelbagaian kaedah dan alat bantu juga boleh membantu pengajaran dan menarik perhatian serta minat murid-murid pada pelajaran yang di ajarkan.

Terdapat tiga faktor utama yang perlu di ambil perhatian yang boleh jadi punca mengapa murid-murid lemah dalam pembacaan Al-Quran, iaitu faktor individu, faktor ibu bapa dan faktor daripada guru.

1.FAKTOR MURID

i.Kebanyakan daripada murid-murid yang belajar dalam kategori dalam hal ini didapati mereka kurang minat dalam pembelajaran Hukum Tajwid. Mereka kurang memberikan perhatian kepada pengajaran guru sewaktu guru mengajar.

Murid-murid juga tidak berusaha untuk memperbaiki pencapaian pembelajaran Tajwid mereka. Sikap inilah yang menjadi salah satu punca mereka lemah dalam pembelajaran Tajwid.

ii.Murid-murid seharusnya sentiasa menyedari kepentingan ilmu dalam kehidupan mereka termasuklah ilmu yang berhubung dengan Tajwid. Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar adalah amat penting kerana ianya akan membentuk keperibadian diri mereka, di samping bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa serta guru adalah amat penting.

2.FAKTOR IBU BAPA

i.Ibu bapa selaku pendidik awal murid-murid sejak dari kecil perlulah memberi dorongan dan bimbingan yang padu pada anak-anak mereka. Anak-anak juga boleh dilatih untuk mempelajari Al-Quran sejak mereka kecil lagi. Pendidikan awal adalah penting bagi seseorang kanak-kanak dalam usaha menjadikan mereka sebagai seorang yang celik Al-Quran.

ii.Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya mengenali dan mencintai Al-Quran, ibu bapa juga mengambil peranan penting dalam menangani masalah anak-anak mereka dalam pemahaman ilmu Tajwid. Mereka juga perlu memberi perhatian kepada anak-anak mereka dengan memberikan tunjuk ajar dan meluangkan masa untuk membaca Al- Quran bersama-sama. Perkara ini boleh mendorong anak-anak untuk minat dalam membaca Al-Quran seterusnya memperbaiki ilmu Tajwid mereka. Jika ibu bapa kurang berkemahiran dalam bidang Al-Quran, maka adalah lebih baik jika mereka mendatangkan guru untuk mengajar anak-anak mereka atau menghantar mereka belajar ke masjid-masjid atau surau-surau. Perkara ini sedikit sebanyak boleh membantu anak-anak mereka untuk lebih memahami dan dapat membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna. Hal ini akan mengelakkan anak-anak mereka tercicir dan tertinggal dalam pemahaman ilmu Tajwid di sekolah-sekolah dan mereka pula tidak berasa rendah diri akibat kekurangan yang ada pada diri mereka.

3.FAKTOR GURU

i.Guru juga adalah salah satu faktor yang boleh menolong dan membantu murid-murid untuk memperbaiki mutu bacaan mereka. Guru adalah merupakan pendidik atau pembimbing utama kepada murid-murid terutama kepada mereka yang belajar dalam kategori dal. Oleh itu, guru-guru perlulah mempunyai kemahiran di dalam pengajaran Al-Quran.

ii.Guru-guru hendaklah mempunyai mutu bacaan Al-Quran yang baik, sebutan huruf yang sempurna dan mempunyai pengetahuan dalam ilmu tajwid supaya bacaan guru baik dan sempurna. Jika guru mempunyai bacaan Al-Quran yang tidak betul dan kurang sempurna maka perkara ini akan mempengaruhi bacaan murid-murid yang mana sudah setentunya mereka juga akan membaca dengan salah dan kurang sempurna.

iii.Guru-guru juga perlulah tegas dalam menjalankan tugas serta prihatin terhadap keperluan murid-murid. Mereka perlulah memahami kelemahan dan kemampuan murid-murid agar mereka tidak berasa tertekan dengan tindakan yang di ambil.

iv.Guru-guru perlu mendidik murid-murid dengan didikan yang sesuai sepertimana yang disarankan Islam. Selain itu, peneguhan dengan memberikan imbuhan atau ganjaran kepada mereka yang boleh membaca Al-Quran dengan cepat dan lancer merupakan satu motivasi kepada mereka. Hal ini adala satu tindakan yang positif dan menjadi dorongan kepada murid-murid untuk lebih menggandakan lagi usaha dalam pembelajaran Al-Quran.

v.Untuk meningkatkan lagi penguasaan dan juga kemahiran murid-murid dalam pembelajaran Al-Quran, guru-guru seharusnya mencari kaedah-kaedah yang lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran. Mempelbagaikan alat bantu mengajar juga dapat membantu kefahaman murid-murid dalam pelajaran Al-Quran.

vi.Keprihatinan guru-guru terhadap murid-murid adalah perkara yang paling penting. Guru perlu mengambil berat berhubung dengan masalah-masalah yang dihadapai murid-murid terutama sekali hal-hal yang berhubungkait dengan pembelajaran Al-Quran, kerana mereka ini memerlukan pemerhatian yang lebih.

vii.Amalan pengajaran Al-Quran yang berkesan juga berkait rapat dengan sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru. Seorang guru perlu muhasabah diri dan menjaga tingkah laku serta keperibadian yang baik dan mengikut garis batasan yang disyariatkan falam Islam di samping ikhlas, iaitu segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.

viii.Guru juga perlu sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawwab dan tugasnya kerana untuk menangani murid-murid yang belajar dalam kategori dalam hal ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan usaha yang gigih demi untuk membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran mereka kepada tahap yang lebih baik. Guru juga perlu jujur dengan apa yang disampaikan yang mana guru perlulah melaksanakan pengajarannya dengan sebaiknya dan tidak hanya sekadar untuk mengajar sahaja.

Berdasarkan fator-faktor ini, diharapkan pihak-pihak berkenaan akan meningkatkan penguasaan murid-murid dalam pelajaran Al-Quran. Sebagai guru Al-Quran perlulah mempunyai kemahiran pedagogi pengajaran Al-Quran yang tinggi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Al-Quran. Guru juga semasa mengajar Al-Quran perlu menanamkan sikap dan ciri-ciri seorang guru Al-Quran yang berketrampilan dan berilmu jika ingin memajukan murid-murid dalam pembelajaran mereka. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru agar murid-murid tidak berterusan lemah dalam penguasaan pembacaan Al-Quran dan ilmu Tajwid. Keprihatinan, tanggungjawab, tunjuk ajar guru dan amalan pengajaran guru yang betul dan sempurna memainkan peranan penting demi menjamin penguasaan murid-murid dalam kemahiran bacaan Al-Quran dan lahirnya generasi celik Al-Quran. Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu Al-Quran semata-mata tetapi untuk membentuk murid-murid sebagai persediaan kepada kehidupan mereka yang seterusnya dan kebahagiaan serta keselamatan hidup dunia dan akhirat.

Panduan Al Tajwid

Realitinya hari ini, masalah penguasaan bacaan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim adalah merupakan satu fenomena yang membelenggu segenap lapisan masyarakat kita hari ini. Sebagai umat Islam, penguasaan bacaan al-Quran sebenar sebagaimana ia diturunkan adalah menjadi kewajipan setiap individu yang bergelar muslim. Masalah penguasaan pembacaan al-Quran secara bertajwid merupakan fardu ain, manakala mempelajari ilmu tajwid itu satu fardu kifayah. Atas kesedaran akan kepentingan pembacaan al-Quran secara bertajwid, maka sebagai seorang pendidik, penulis terpanggil untuk meninjau dan mengkaji tahap penguasaan bacaan al-Quran secara bertajwid di kalangan pelajar. Tujuannya adalah untuk menjamin kepentingan dan kesucian al-Quran daripada sebarang bentuk kesalahan dan kesilapan dari segi tajwid, kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat membaca al-Quran dengan bertajwid sebagaimana al-Quran itu diturunkan. Pembacaan al-Quran yang tepat dan bertajwid akan memperolehi keredhaan Allah s.w.t. dan sebaliknya jika pembacaan al-Quran yang bersalahan dengan hukum tajwid akan mendapat laknat Allah. Untuk mengelakkan perkara tersebut kita hendaklah mempunyai ilmu yang mantap dalam satu-satu bidang tertentu. Lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan ilmu agama yang menjadi tuntutan yang wajib ke atas kita, mempelajari, mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Pengertian Hukum Mad

Menurut bahasa, Mad artinya tambahan atau melebihkan. Di dalam istilah ilmu tajwid, Mad adalah memanjangkan bacaan ketika bertemu dengan huruf-huruf yang mengandung hukum Mad. Dapat dikatakan bahwa Hukum Mad adalah hukum yang mengatur panjang bacaan di dalam Al-Quran.

Sebelum membahas lebih jauh tentang Hukum Mad, ada baiknya mengenal sedikit tentang ketukan dalam membaca Al-Quran:

Panjang suara atau bacaan yang dipakai harus rata, tetap, dan teratur.

Huruf berharakat fathah dan fathatan ( ); dhammah dan dhammatain ( ) ; kasrah dan kasratain ( ) dibaca 1/2 alif atau 1 harakat (ketukan)

Huruf yang mengandung Hukum Izhar harus dibaca 1 harakat

Huruf yang mengandung dengung (ghunnah) seperti Idgham Bighunnah, Iqlab, Ikhfa dibaca antara 1 alif hingga 1 1/2 alif atau sekitar 2 hingga 3 harakat

Huruf ber-tasydid dibaca 2 harakat. Di dalam hukum-hukum Mad, jika aturannya harus dua harakat, maka harus dibaca 2 harakat secara rata, tetap dan teratur. Jika 6 harakat harus dibaca 6 harakat. Apabila aturannya harus 6 harakat, namun dibaca 2 harakat sehingga menyebabkan terjadinya perubahan makna pada kata/kalimat, maka hukum bacaan tersebut adalah haram.

Hukum MAD terdiri dari 2 cabang, yaitu Mad Thobii (Mad Ashli) dan Mad Fari.

Mad Thobii adalah salah satu cabang dari Hukum Mad. Mad Thobii artinya biasa atau alami, yaitu tidak kurang dan tidak lebih. Dibaca panjang 1 alif atau 2 harakat. Di dalam ilmu tajwid, Mad Thobii sering disebut juga dengan Mad Ashli, artinya asal-muasal atau asal mula kejadian, dan merupakan kunci dasar dalam mempelajari hukum-hukum Mad Fari.

Mad Thobii berlaku apabila:

huruf berharakat Fathah ( ) bertemu dengan huruf Alif ( );

huruf berharakat Kasrah ( ) bertemu huruf Ya Sukun ( );

dan Dhammah ( ) bertemu Waw sukun ( )

maka huruf-huruf tersebut dibaca panjang dua harakat.

Mad Fari terbagi lagi menjadi 11 cabang:

Mad Jaiz Munfashil

Mad Wajib Mutthashil

Mad Arid Lissukun

Mad Badal

Mad Tamkin

Mad Lin / Mad Layin

..dibaca ~ sauuuuf

..dibaca ~ khauuuuf

.....dibaca ~ baiiiit

..dibaca ~ syaiiii'

Mad Lazim Kilmi Mutsaqqal

Mad Lazim Kilmi Mukhaffat

Mad Lazim Kilmi Mukhaffat adalah mad yang terjadi dari pertemuan antara Mad Badal dengan huruf bertanda sukun (mati). Durasi Mad Lazim Kilmi Mukhaffat adalah 6 harakat.

Mad Iwadh Anit Tanwin

Mad Lazim Harfi Mutsaqqal

Mad Lazim Harfi Mukhaffat

Mad, menurut istilah ulama tajwid dan ahli bacaan (ahli qiraat) adalah memanjangkan suara bacaan huruf Al-Quran disebabkan adanya huruf "Mad" sesuai aturan-aturan yang berlaku.

Huruf Mad ada tiga :

1. ~ Alif, sebelumnya ada fathah(baris atas).

2. ~ Ya' mati, sebelumnya ada kasrah(baris bawah).

3. ~ Wawu mati, sebelumnya ada dhommah(baris depan).

Contoh :

1. ~Alif, sebelumnya ada fathah(baris atas) :

.....dibaca Baa dengan kadar panjang dua harakat

...dibaca Jaa dengan kadar panjang dua harakat

....dibaca Zaa dengan kadar panjang dua harakat

2. ~ Ya' mati, sebelumnya ada kasrah(baris bawah) :

......dibaca Sii dengan kadar panjang dua harakat

.......dibaca 'ii dengan kadar panjang dua harakat

.........dibaca Qii dengan kadar panjang dua harakat

3. ~ Wawu mati, sebelumnya ada dhommah(baris depan) :

...dibaca Kuu dengan kadar panjang dua harakat

...dibaca Huu dengan kadar panjang dua harakat

,,,,dibaca Yuu dengan kadar panjang dua harakat

Panjang pendeknya bacaan mad diukur dengan menggunakan harakat, 1 alif = 2 harakat.

Mad Jaiz Munfashil

Kesimpulan

Secara umumnya juga, pengajian al-Quran di Malaysia telah berjaya mencapai tahap yang memuaskan. Apa yang menjadi masalah ialah pelaksanaan terhadap apa yang dirancangkan haruslah dengan sepadu dan jitu. Perlu juga ada perubahan sikap samada guru, pelajar atau ibu bapa untuk memandang kepentingan pengajian al-Quran sebagai wahana untuk pendidik jiwa dan berdisiplin dalam hidup. Bertitik tolak dari itu, bagi mereka yang merasakan kurang mahir tidak tahu membaca al-Quran, adalah menjadi kewajipan untuk mereka mempelajarinya. Dengan tertubuhnya pelbagai peringkat dan tempat yang menawarkan pengajian al-Quran sepatutnya menjadi sumber dan tempat untuk mereka mempelajari dan mendalami al-Quran. Jadi, pekerjaan mengajarkan Al-Quran merupakan tugas yang sangat mulia di sisi Allah. Di dalam tugas mengajarkan Al-Quran itu tergantung tiga kemuliaan iaitu, kemuliaan mengajar yang merupakan warisan tugas Nabi, kemuliaan membaca Al-Quran sementara mengajar dan kemulian memperdalam maksud yang terkandung di dalamnya. Dengan mengajar terus menerus, ia akan menjadi orang yang mahir memahami Al-Quran. Dari hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang berasal dari Siti Aisyah r.a. Rasulullah bersabda:

"Orang yang membaca Al Quran, lagi pula ia mahir, kelak mendapat tempat dalam syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik; dan orang yang membaca Al-Quran, tetapi tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan tampak agak berat lidahnya (belum lancar) ia akan mendapat dua pahala.

Rujukan

Yusuf, Tayar dan Anwar, Syaiful. 1995. Metodologi Pengajaran Agama dan Bahasa Arab. Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada.

Dr. Surul Shahbudin an-Nadawi, 2007. Ilmu Tajwid: Menurut Riwayat Hafs An Asim. Selangor.

Pedoman Daurah Al-Quran, Abd.Aziz Abdur R, Al-Hafizh, LC. Indonesia.

Ust Acep Iim Abdurrohman, 2009. Pedoman Ilmu Tajwid Lengkap. Jakarta: PT. CV. Diponegoro.