hubungan penggunaan abm dgn minat pljr

61
 HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN. NORMA BINTI HAJI HASSAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004 

Upload: haizan-izras

Post on 15-Jul-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 1/61

 

HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHANBANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR

TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAANKEM, PENGKALAN CHEPA,

KELANTAN.

NORMA BINTI HAJI HASSAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2004 

Page 2: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 2/61

 

HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJARDENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH

KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA,KELANTAN.

NORMA BINTI HAJI HASSAN

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI

SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAHSARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK)

FALKUTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2004

Page 3: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 3/61

 

ii

 

PENGAKUAN 

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

05.01.2004 ………………………………….

(NORMA BINTI HAJI HASSAN)

2001108735

Page 4: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 4/61

 

iii

 

PENGESAHAN

Kajian ilmiah ini telah disahkan untuk memenuhi syarat memperolehi Ijazah Sarjana

Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Darul Ridzuan.

……………………………

(En. Azhar bin Ahmad)

Penyelia

………………………….

(Dr. Marzita Puteh)

Ketua Jabatan Matematik 

Univertiti Pendidikan Sultan Idris

Page 5: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 5/61

 

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga

dapat saya menyempurnakan latihan ilmiah ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras penulisan ilmiah ini iaitu

Dr. Lim Chong Hin dan En. Azhar bin Ahmad selaku penyelia di atas segala

bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyempurnakan

tugasan ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yangtelah meluluskan permohonan kajian ini. Terima kasih juga kepada Jabatan

Pendidikan Negeri Kelantan, yang telah memberikan kebenaran bagi kajian ini

dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Tidak dilupakan, ribuan terima kasih ditujukan kepada Guru Besar, guru-

guru, dan pelajar-pelajar yang telah memberikan kerjasama yang sewajarnya sewaktu

kajian ini dijalankan.

Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di UPSI dan juga kepada orang

perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam

menjayakan penulisan ini.Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadratIlahi, agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan

akhirat. Sekian,terima kasih.

Norma Binti Haji Hassan,

PKPG Matematik 2001/2004,

UPSI, Tanjong Malim,

Perak.

Januari 2004.

Page 6: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 6/61

 

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Di samping

itu, ianya juga untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu

Mengajar yang berupaya menarik minat pelajar. Kajian ini telah dilaksanakan di

Sek.Keb. Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada

36 orang pelajar Tahun 5. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mengukur

minat pelajar terhadap matematik ialah dalam bentuk soal selidik. Kaedah deskriptif,

di mana ujian statistik telah diguna bagi mendapatkan min dan sisihan piawai.

Dapatan kajian, menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar

merupakan salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap matematik.

Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis Bahan Bantu Mengajar juga perlu

diambil kira dan diberi perhatian oleh pihak guru.

Page 7: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 7/61

 

vi

ABSTRACT

The purpose of this research done is to study the connection between the usage of 

teaching instrument and the interest of the students towards mathematic subject. At

the same time is to make sure the right criterice and type of of teaching instrument

that will attract the interest of the students. This research has been done at Sek. Keb.

Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu , Kelantan. The sample of this research included 36 of 

Year 5 students. The instrument of this research that was used in the form

questionaire. Descriptive method was used to get min, standard deviation, and

percentage. The result of the research shows that positive relationship exists between

the using of teaching instrument and the interest of the student. Therefore teaching

instrument is one of the way to motivate and will interest the student towards

mathematic. The right teaching instrument must take into consideration by the

concerned teaching.

Page 8: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 8/61

 

vii

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Soalan Kajian 7

1.4 Kesignifikan Kajian 7

1.5 Batasan Kajian 8

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik 9

2.2 Hubungan minat Dengan Bahan Bantu Mengajar 12

Page 9: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 9/61

 

viii

2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 13

2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar 15

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Reka bentuk Kajian 16

3.2 Instrumen Kajian 17

3.3 Sampel Kajian 19

3.6 Prosedur Kajian 19

3.7 Analisa Data 20

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1  Penganalisaan Data 22

4.1.1 Hubungan di antara penggunaan Bahan

Bantu Mengajar dengan minat pelajarBerdasarkan skor min dan minat 23

4.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai 25

4.1.3  Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang

menjadi pilihan pelajar 27

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan 31

5.1.1  Hubungan di antara penggunaan Bahan

Bantu Mengajar dengan minat pelajar 32

5.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai 33

5.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang

menjadi pilihan pelajar 34

5.2 Kesimpulan 35

Page 10: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 10/61

 

ix

5.5 Cadangan Kajian 36

RUJUKAN 38

LAMPIRAN A 41

LAMPIRAN B 44

LAMPIRAN C 49

Page 11: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 11/61

 

x

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

3.1 Skala Pemeringkatan Likert 18

3.2 Analisis skor bagi min 20

3.3 Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r) 21

4.1 Min hubungan minat pelajar dengan penggunaan BahanMengajar 23

4.2 Korelasi antara minat pelajar dengan penggunaan 25

Bahan Bantu Mengajar

4.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. 25

4.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar berdasarkan keutamaan

pilihan pelajar 27

Page 12: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 12/61

 

xi

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

4.1 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 26

4.2 Bahan Bercetak 27

4.3 Bahan Bukan Bercetak 28

4.4 Bahan 3 Dimensi 28

4.5 Bahan Tayang 29

4.6 Bahan Audio 29

4.7 Bahan Video / TV / Komputer 30

Page 13: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 13/61

 

BAB 1

PENDAHULUAN 

Bab ini akan mengutarakan secara umum mengenai suasana pendidikan hari ini di

Malaysia. Fokus utama perbincangan ialah tentang minat pelajar dan perkaitannya

dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru-guru matematik. Di dalam bab

ini juga akan dipaparkan pernyataan masalah, soalan kajian, kesignifikan kajian serta

batasannya.

1.1  Pengenalan 

Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik dan

progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang ke

hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung

kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapan

untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagaibidang. Oleh itu penguasaan matematik menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia

  juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang sains dan

teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalam

mata pelajaran ini membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang seperti

ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains komputer dan teknologi.

Page 14: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 14/61

 

2

Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat berguna

dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan,

arkitek lebih-lebih lagi sebagai pelajar.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para

pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

matematik di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramai

murid yang tidak seronok atau berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik 

walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh

guru. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik.

Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif 

dan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiapmata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah

satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha

menjayakan agenda tersebut.

Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik 

minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk 

mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah

menyatakan bahawa;

“ kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin

murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam

  pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari

 persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah:

  Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar.

   Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama

lain.

    Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam

  pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja

anda.”

Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting

sekali bagi guru-guru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang

kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus

belajar dengan penuh keyakinan.

Page 15: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 15/61

 

3

Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar

memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya

kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar

ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami

pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting

tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. .

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan

dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu

Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik 

penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu:1.  Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat

audio video.

2.  Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan

manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplin

pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap

pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin

tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik 

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar

digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58),

pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses

pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan

pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang

disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak 

diajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan

Page 16: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 16/61

 

4

dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep

atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72).

Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan

oleh guru,penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang

kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu

deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996,

m.s.162).

Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik 

tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajar

matematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaranmatematik termasuklah:

a.  Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok 

kayu

pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan

sebagainya.

b.  Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang

kertas.

c.  Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.

d.  Alat permainan dan teka teki matematik.

e.  Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet

f.  Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard,

tangram, model geometri kayu ataupun plastik.

1.2 Pernyataan Masalah

Matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa

depan pelajar.Hampir semua pelajar menganggap Matematik adalah suatu sujek yang

sukar dan abstrak. Para guru juga merasakan pengajaran Matematik sebagi suatu

cabaran besar. Mengapakah keadaan begini berlaku?

Page 17: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 17/61

 

5

Adakah isi kandungan matematik memang sukar dan abstrak sehingga

dianggap hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja?

Atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan matematik 

sukar dan kurang diminati oleh kebanyakan pelajar?

Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang

berbentuk 3B, iaitu membosankan, membingungkan dan memberatkan pelajar kita.

Pengajaran matematik juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru.

Pendidikan matematik pada peringkat sekolah rendah dan menengah bercorak 

pendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep matematik yang abstrak, namun

begitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dan diperlukan

dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, pembelajaran matematik sepatutnya dijadikansebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar.

Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap matematik ini terjadi,

mungkin disebabkan faktor pelajar kurang minat. Para guru sentiasa berusaha mencari

rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan

dalam diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan

pembelajaran, serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna dan sesuai dengan

kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajar

dapat dikekalkan selama yang diperlukan baginya untuk menguasai idea atau isi

pelajaran tertentu.

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat

berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan

Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik 

penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu

dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan

Rahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis

Bahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya.

Page 18: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 18/61

 

6

Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri

berikut:

a.  Berkait dengan isi kandngan pelajaran yang diajar dan hasil yang

diharapkan.

b.  Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.

c.  Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang

diperlukan dalam penggunaannya.

d.  Dibuat dengan perincian yang tepat.

e.  Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun

hilang.

f.  Rupa bentuk dan warna yang menarik 

g.  Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabahh.  Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.

i.  Mudah diubah alih dan dipasang semula.

 j.  Fleksible dan pelbagai guna.

k.  Operasinya mudah

l.  Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan

semasa demonstrasi dalam kelas.

Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses

pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai

objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai

daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang,

sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang

berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983,

m.s. 90). Dalam konteks pengajaran Matematik, keberkesanannya akan diperolehi

dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan

rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika

pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980,

m.s. 165).

Page 19: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 19/61

 

7

Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran sering diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampu

mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktiviti-

aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid. (Abdul Rahman,

1997, m.s. 254).

Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru

meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi

peranan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi

meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar

bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat

serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s, 287)..

1.3 Soalan Kajian

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, penyelidik akan cuba mengenalpasti

perkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah ini.

1.  Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan

minat pelajar tahun 5 terhadap matematik.

2.  Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat

mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik 

1.4 Kesignifikan Kajian

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

pelajaran. Dalam konteks pelajaran matematik KBSR khasnya, penggunaan Bahan

Bantu Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran. Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar

untuk menyampaikan konsep matematik dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajian

ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru matematik khususnya

dan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya

terhadap kepentingan Bahan Bahan Mengajar dalam pengajaran matematik.

Page 20: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 20/61

 

8

Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan

teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan

pentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan

peningkatan kemampuan pelajar. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan

dapat:

a.  membantu pengkaji memperbaiki kelemahan diri sendiri berhubung

dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar untuk dimanfaatkan kepada

pelajar yang dibimbing.

b.  Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru matematik tentang

pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu membentuk guru supaya lebih kritis dan

kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan Mengajar yangsesuai dengan minat pelajar yang dibimbing.

c.  Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar

kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan

Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu satu

perancangan yang lebih teliti dapat dirangka seperti menganjurkan kursus

yang bersistematik kepada para guru untuk menyalurkan pengetahuann

tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guru-guru

matematik khasnya.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanyalah difokaskan kepada mata pelajaran Matematik Tahun Lima sahaja.

Respondennya terdiri dari pelajar-pelajar Tahun Lima, 2003 yang sedang belajar di

Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini

adalah merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak kira-kira 10 km dari bandar

Kota Bharu. Pelajarnya adalah terdiri dari anak-anak penduduk tempatan dan anak-

anak tentera Batalion 8 Bridget. Pemilihan yang dibuat adalah secara rawak.

Responden yang dijadikan sampel dalam kajian ini adalah memperolehi kemudahan

asas yang sama. Memandangkan sekolah yang dipilih adalah terhad kepada sebuah

sekolah sahaja maka segala kenyataan dan dapatan yang diperolehi hasil dari

penyelidikan ini adalah hanya boleh digunapakai dalam kajian ini sahaja.

Page 21: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 21/61

 

9

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Dalam bab ini,akan dibincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji

sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Minat yang mendalam dalam mata

pelajaran matematik memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalam

bidang matematik Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan BantuMengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik 

Minat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam

matematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap

matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang

sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Mereka juga tidak akanmenyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada di

dalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya.

Dalam kajian yang dilakukan oleh pensyarah matematik Baharudin Omar,

Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan

Page 22: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 22/61

 

10

Idris (tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003,

m.s. 12) , menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik 

adalah berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa matematik itu

susah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri

untuk menerima mata pelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami.

Adnan Khamis (1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannya

menunjukkan bahawa pelajar tidak suka belajar matematik kerana matematik 

merupakan satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Bagi mengatasi

masalah ini, pelajar mempelajari matematik secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajar

hilang minat untuk belajar matematik. Kesannya pencapaian terhadap matematik 

kurang memuaskan.

Sementara itu, Crow dan Crow (1986, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s.

18) pula menyatakan minat sebagai punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari

penyertaan dalam kegiatan itu. Oleh itu minat yang sedia ada pada seseorang disertai

dengan motivasi, akan meningkatkan daya usahanya untuk mempertingkatkan lagi

minat dalam sesuatu perkara.

Pendapat ini disokong oleh Russel (1968, dalam Norazila Ariff & Norazlina

Yusop, 2003, m.s. 11) yang mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktiviti

yang memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktiviti-

aktiviti seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalah

dipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini. Minat yang

bersungguh-sungguh dipercayai boleh memampasi kekurangan beberapa poin di

dalam kecerdasan. Perkara ini boleh dipertingkatkan dengan penyertaan dan dorongan

ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran.

Kajian yang dijalankan oleh Dungan dan Thurlow (1989, dalam Ismail Abd.

Hamid, 1999, m.s. 21) mendapati bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkan

pelajar meminati mata pelajaran matematik iaitu apabila mereka memahami mata

pelajaran itu, apabila mereka mendapat markah yang tinggi atau pengalaman berjaya

menyelesaikan masalah dalam matematik, apabila mereka meminati guru yang

Page 23: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 23/61

 

11

mengajar matematik dan apabila terdapat topik atau aktiviti yang baru, pelbagai,

menarik dan menyeronokkan.

Sementara itu, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Adnan Khamis (1986,

m.s. 43) pula berpendapat bahawa minat seseorang memainkan peranan yang penting

dalam mempelajari matematik. Menurut beliau, matematik merupakan satu mata

pelajaran yang kompleks dan berturutan dari mudah kepada sukar. Pelajar perlu

memberi tumpuan sepenuhnya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya

konsep yang diajar dapat difahami dan digunakan dalam menyelesaikan masalah yang

berkaitan. Biasanya pelajar yang memperolehi markah yang baik adalah mereka yang

memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berminat dalam mata pelajaran ini.

Kegagalan pelajar membuktikan bahawa penguasaan mereka lemah dan

kurang meminati subjek tersebut. Menurut George (1990, dalam Ismail Abd. Hamid,

1999, m.s. 23) minat yang tinggi dalam matematik memainkan peranan penting

terhadap pencapaian pelajar dalam matematik. Dapatan kajiannya menunjukkan 72%

pelajar menunjukkan minat yang sangat sedikit dalam matematik dan dengan itu

kebolehan mereka dalam matematik sangat mengecewakan. Apabila pelajar hilang

minat terhadap matematik, mereka mungkin secara automatik hilang kekuatan untuk 

menyelesaikan masalah yang diberi. Kekurangan minat akan mengarah kepada

kegagalan.

Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk 

melihat sejauh mana hubungan minat terhadap pencapaian dalam matematik. Beliau

menggunakan 80 orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains

lebih berminat terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan memperolehi

pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yang

mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat terhadap

matematik moden dengan pencapaian dalam matematik.

Page 24: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 24/61

 

12

2.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar

Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu

menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar,

seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya

dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan

tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar :

1.  merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor

yang penting dalam pembelajaran mereka.

2.  Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan

corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas

lisan daripada pelajarnya.

3.  Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

4.  Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan

mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran

pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.

5.  Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.

6.  Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian

merangsangkan kegiatan seorang pelajar.

7.  mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian

menambahkan bacaan sukarela.

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih

diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji

semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang

diperolehi adalah melalui deria.

Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala

kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan

pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku

teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang

digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.

Page 25: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 25/61

 

13

Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,

1997 m.s. 18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran

dapat menimbulkan kesan positif seperti;

1.  Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media

pengajaran.

2.  Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.

3.  Membantu mencapai objektif pengajaran.

4.  Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil

kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan

semasa menyampaikan pelajaran.

b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.

c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.

d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang

berterusan kepada pelajar.

e. Menjimatkan masa pengajar.

f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983,

dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan Bahan

Bantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak 

isi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar.

2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 

Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian

tidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yang

digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-dua

pihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai.

Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan

digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran.

Page 26: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 26/61

 

14

Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991,

m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media

pengajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan

pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakan

haruslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yang

  jelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan

ciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak,

ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika boleh

dikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guru-

guru kerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat.

Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990,dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan

seperti berikut:

1. tepat dengan tajuk 

2. tahan lama dan ekonomi

3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar

4. mudah disimpan

5. kepelbagaian penggunaan.

Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu

Mengajar juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002,

m.s. 21). Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang

realistik dan bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teori

yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang.

Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang

lebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau

perkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pula

adalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberi

beberapa ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu

bahan tersebut tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama

Page 27: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 27/61

 

15

pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati,

boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan dan

mudah diganti, mudah disimpan dan tidak merbahaya.

2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar 

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer dapat

meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk belajar. Menurut kajian yang telah

dijalankan oleh Jonassen (1996, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003,

m.s. 75), para pelajarnya yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer

mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Terdapat banyak perisian pendidikan

matematik yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebutseperti teks, bunyi dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksi

dengan komputer serta menerima maklum balas daripadanya.

Page 28: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 28/61

 

16

BAB 3

METODOLOGI

Bab ini akan membincangkan tentang prosedur dan proses kajian yang dipilih untuk 

dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data tentang masalah minat pelajar

yang perlu dipupuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah

Kebangsaan Kem. Ianya memberikan tumpuan kepada reka bentuk kajian, sample

kajian, instrumen kajian, , prosedur kajian dan analisis data.

3.1 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal varians.

Oleh yang demikian, satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untuk 

mendapatkan maklumat-maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuk 

tinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik di dalam

proses kajian ini. Kaedah tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian seperti inikerana ia mengkaji tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yang

dikemukakan. Selain itu ia hanya melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan

maklumat daripada responden-responden yang terlibat sahaja. Kajian ini menumpukan

perhatian untuk mengkaji perkaitan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat.

Page 29: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 29/61

 

17

Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan para

penyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas

dan boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa

memerlukan kehadiran penyelidik. Melalui penggunaan soal selidik, identiti

responden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan

berkaitan tanpa kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang

longgar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah.

Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk mendapatkan data melalui kaedah

lain kerana faktor kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi. Oleh itu

penggunaan soal selidik telah dijadikan sebagai alat kajian kerana ianya dianggap

paling sesuai dalam mendapatkan maklumat bagi usaha menjawab persoalan yangtelah ditimbulkan pada awal kajian ini.

3.2  Instrumen Kajian

Instrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik ini untuk mendapatkan maklumat-

maklumat mengenai kajian. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A

mengandungi 16 item berkaitan dengan hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dengan minat pelajar. Item-item ini bertujuan untuk mendapatkan data

mengenai pandangan pelajar tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam

menarik minat mereka.

Manakala Bahagian B, 6 item berkisar mengenai jenis-jenis Bahan Bantu

Mengajar yang dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran

Matematik.. 4 item lagi berkenaan dengan ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar. Antara

ciri-cirinya ialah kesesuaian Bahan Bantu Mengajar dengan isi kandungan yang diajar

oleh guru, manakala kejelasan pula untuk mendapatkan maklumat mengenai adakah

Bahan Bantu Mengajar itu dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya ciri

menarik memberi erti dari segi rupa bentuk dan warna yang digunakan pada Bahan

Bantu Mengajar berkenaan. Ciri kekemasan pula, sama ada bahan itu kemas dan utuh

dari segi binaannya, iaitu tidak mudak rosak jika digunakan oleh pelajar nanti. 6 item

Page 30: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 30/61

 

18

lagi mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatian

pelajar bila digunakan.

Dalam kajian ini, jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar diklasifikasikan kepada 6

kumpulan seperti berikut:

1.  bahan bercetak: buku rujukan, majalah, surat khabar dan

sebagainya.

2.  bahan bukan bercetak: gambar, poster, lukisan, gambarajah,

peta dan sebagainya.

3.  bahan 3 Dimensi: model, spesimen, bongkah dan sebagainya.

4.  bahan tayangan: Projektor lutsinar(OHP), Projektor slaid, filembergerak dan sebagainya.

5.  sistem audio: radio, perakam pita audio, piring hitam dan

sebagainya.

6.  system video/TV/komputer: perakam pita video, rencana,

dokumentari, program TV Pendidikan, perisian dan sebagainya.

Penggunaan Skala Likert membolehkan pengumpulan data tentang darjah

persetujuan reponden terhadap setiap item yang digunakan. Responden dikehendaki

memilih dan membulatkan pada nombor peringkatan likert yang mengandungi 4

nilai skor. Skala dan skor adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah.

Jadual 3.1

Skala Pemeringkatan Likert

Aras Persetujuan Skor

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Setuju ( S ) 3

Sangat Setuju (SS) 4

Page 31: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 31/61

 

19

3.3 Sampel kajian

Kajian ini untuk meninjau sama ada wujud hubungan di antara penggunaan Bahan

Bantu Mengajar dengan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik 

oleh pelajar-pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kem. Sampel dalam kajian ini

melibatkan 40 orang responden daripada 120 orang pelajar tahun 5 di sekolah

berkenaan. Sampel ini telah di ambil secara rawak.

3.4 Prosedur Kajian

Bagi menjayakan aktiviti pengumpulan data, beberapa langkah tertentu diambil oleh

penyelidik. Di antaranya termasuklah memohon kebenaran dari pihak-pihak yang

berkenaan, seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian PendidikanMalaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan pihak sekolah yang telah dipilih.

Langkah pertama yag dilakukan oleh penyelidik ialah mendapatkan surat

pengesahan daripada pejabat Fakulti Sains dan Teknologi untuk menjalankan kajian

tinjauan seperti mana yang telah dirangkakan. Setelah pengesahan diperolehi, barulah

langkah-langkah selanjutnya dilaksanakan.

Langkah seterusnya ialah penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada

Kememterian Pendidikan Malaysia (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan), pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan akhir sekali dari pihak 

sekolah iaitu Guru Besar sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. Di antara

perkara-perkara yang akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah ialah

menerangkan tentang tujuan kajian ini diadakan, penglibatan responden kajian serta

tarikh dan masa soal selidik akan diedarkan.

Selepas pemilihan dibuat, pihak penyelidik akan memberikan penerangan

kepada responden yang berkenaan tentang kajian dan cara bagaimana borang soal

selidik perlu dilengkapkan. Penyelidik akan memberikan penjelasan bagi setiap item

soal selidik, supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh item

berkenaan. Set soal selidik ini akan dikumpulkan semula setelah responden selesai

menjawabnya tanpa menghadkan masa.

Page 32: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 32/61

 

20

3.5 Analisis Data

Soal selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripada

responden. Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untuk 

memastikan semua soal selidik dijawab oleh responden mengikut arahan yang

diberikan. Kesemua data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dan

inferens dengan menggunakan pakej perisian SPSS.

Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan hubungan di antara

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik.

Penganalisaan data dibuat dengan mencari % , min dan sisihan piawai. Jadual analisis

skor ditunjukkan seperti di jadual 3.2.

Jadual 3.2Analisis skor bagi min.

Skor Min Petanda

1.00 – 2.00 Sangat Negatif 

2.01 − 3.00 Negatif 

3.01 – 4.00 Positif 4.01 – 5.00 Sangat Positif 

Min yang didapati akan menunjukkan keputusan pernyataan sama ada ke arah

positif atau ke arah negatif. Jika min menunjukkan ke arah positif, maka pernyataan

tersebut diterima dan sebaliknya. Seterusnya dapatan akan dibincangkan hasil dari

analisis data. Hasil daripada perbincangan dan dapatan maka boleh dikemukakan

untuk memperbaiki keadaan sedia ada ke arah yang lebih baik.

Analisis inferensi, Ujian Korelasi Pearson digunakan bagi menentukan

hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oeleh

guru. Penyelidik menggunakan aras signifikan 0.01 sebagai panduan bagi

menunjukkan hubungan positif atau negatif.

Page 33: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 33/61

 

21

Kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah pula ditentukan melalui nilai

pekali korelasi ( r ) yang dihasilkan. Pekali korelasi ( r ) hasil darab momen Pearson

boleh mengambil sebarang nilai di antara -1 hingga +1. Nilai pekali 1 samada positif 

atau negatif menunjukkan hubungan sempurna. ( Mohd Majid Konting, 2000, m.s.

469 ) Pekali korelasi positif menunjukkan hubungan yang mengikut arah yang sama.

Manakala nilai pekali negatif yang signifikan menunjukkan hubungan yang

berlawanan. Nilai pekali negatif yang tidak signifikan menunjukkan tidak ada

hubungan. Semakin besar nilai pekali korelasi bagi faktor-faktor yang dikaji, semakin

kuat hubungan di antara faktor-faktor itu.

Jadual 3.3 menunjukkan penentuan pekali korelasi berdasarkan sumber yang

dipetik daripada Best dan Khan ( 1989, dalam Muriatun Mohd Said, 1998, m.s.21 ).

Jadual 3.3

Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r)

Nilai ( r ) Kekuatan hubungan

0.00 hingga 0.20 Korelasi boleh diabaikan

0.21 hingga 0.30 Korelasi positif lemah

0.31 hingga 0.60 Korelasi positif sederhana

0.61 hingga 0.80 Korelasi positif kuat

0.81 hingga 1.00 Korelasi positif sangat kuat

-0.00 hingga -0.20 Korelasi negatif boleh diabaikan

-0.21 hingga -0.30 Korelasi negatif lemah

-0.31 hingga –0.60 Korelasi negatif sederhana

-0.61 hingga -0.80 Korelasi negatif kuat

-0.81 hingga -1.00 Korelasi negatif sangat kuat

Page 34: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 34/61

 

22

BAB 4 

DAPATAN KAJIAN

Dalam bab ini dibentangkan dapatan yang diperolehi dari kajian yang telah dijalankan.

Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah huraian mengenai penganalisaan

data-data yang telah dipunggut dari jawapan responden. Ianya merupakan keputusan

statistik hasil dari penganalisaan data-data kajian berkenaan.

4.1  Penganalisaan Data

Pada keseluruhannya penganalisaan dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua

bahagian:

a.  Hubungan di antara minat dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar.

b.  Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.

c.  Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang dapat menarik minat pelajar.

Terdapat seramai 40 orang responden yang dikehendaki memberi jawapan kepada

ietm-item yang telah dikemukakan. Item 1 hingga 16 untuk mendapatkan data tentang

minat pelajar terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Data tentang ciri Bahan

Bantu Mengajar yang sesuai dan jenis Bahan yang menjadi pilihan pelajar terdiri dari

Page 35: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 35/61

 

23

item 17 hingga 26. Item-item ini telah dianalisis secara berasingan dan hasilnya

seperti yang ditunjukkan dalam jadual.

Penyelidik telah memilih dua cara bagi menganalisa hubungan minat dengan

penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Pertamnya melalui Skor min dan sisihan piawai.

Manakala cara ke dua ialah dengan melihat hubungan Korelasi antara kedua

pembolehubah tersebut.

4.1.1 Hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu

Mengajar

4.1.1.1 Berdasarkan Skor Min dan Sisihan piawai

Penyelidik menyenaraikan tahap persetujuan responden terhadap hubungan di antara

minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam satu susunan jadual

mengikut pengiraan min per item berdasarkan Jadual 4.1. Item-item yang dipaparkan

dalam borang soal selidik ada yang bersifat positif dan negatif. Namun begitu

penganalisaan dibuat secara positif, di mana item negatif ditukar terlebih dahulu

semasa penganalisaan.

Jadual 4.1

Min hubungan minat pelajar denganpenggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pernyataan item Min Sisihan

Piawai

Minat belajar matematik jika guru guna BBM 3.53 0.51

Tidak suka belajar Matematik tanpa BBM 3.65 0.48

Bosan belajar Matematik tanpa BBM 3.60 0.63

Seronok belajar Matematik dengan adanya BBM 3.50 0.60

BBM menjadi motivasi untuk belajar Matematik 3.50 0.64

Tidak dapat menumpukan perhatian walaupun ada

guru gunakan BBM 3.55 0.50

Seronok belajar Matematik jika guru menggunakan

BBM 3.53 0.51

Page 36: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 36/61

 

24

Penggunaan BBM dapat mengekalkan minat 3.35 0.62

Minat bertambah jika guru guna BBM 3.45 0.60

Minat buat latihan yang disedia oleh guru dalam

lembaran kerja 3.53 0.55

Penggunaan BBM tidak langsung menarik minat 3.80 0.46

Pembelajaran tidak menarik dengan BBM 3.18 0.87

Penggunaan BBM mendorong minat supaya lebih

rajin belajar 3.68 0.53

Pembelajaran jadi lebih menarik adanya BBM 3.50 0.60

Minat membuat latihan dalam buku rujukan 3.40 0.71

Berjaya menyelesaikan masalah matematik jika

belajar guna BBM 2.95 0.83

Berdasarkan Jadual 4.1 yang menunjukkan min perkaitan hubungan minat pelajar

dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran pembelajaran

Matemaik. Secara keseluruhannya, didapati skor min yang diperolehi bagi setiap

item di bahagian A adalah tinggi. Dengan merujuk pada Jadual 3.2, skor yang

diperolehi sekitar 3.01 hingga 4.00. Ini bermakna pembolehubah Bahan Bantu

Mengajar dan minat mempunyai hubungan positif. Dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa pelajar setuju bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar merupakan satu

cara untuk menarik minat mereka. Kecuali Item 16, skor minnya agak rendah iaitu

2.95 sahaja. Julatnya berada di antara 2.01 hingga 3.00 iaitu hubungan negatif. Ini

bermakna penggunaan Bahan Bantu Mengajar kurang membantu pelajar dalam

menyelesaikan masalah matematik terutama yang bersifat agak kompleks. Namun

begitu pelajar tidak menolak bahawa Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pelajar menyelesaikan

masalah matematik.

Page 37: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 37/61

 

25

4.1.1.2 Berdasarkan pekali Korelasi Pearson

Jadual 4.2

Korelasi antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pembolehubah Bahan Bantu mengajar

Minat Nilai Korelasi Pearson,

r = 0.670

Nilai Signifikan

= 0.000

Korelasi signifikan pada aras keertian 0.01

Jadual 4.2 menunjukkan keputusan Ujian Korelasi Pearson untuk menentukan

hubungan antara minat pelajar dalam pembelajaran matematik dengan penggunaan

Bahan Bantu Mengajar. Hasil ujian menunjukkan bahawa hubungan positif kuat

antara minat dan bahan Bantu Mengajar. Oleh kerana nilai 0.670 merupakan satu

hubungan yang positif, ini menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di

antara kedua pemboleh ubah tersebut dengan nilai signifikannya ialah 0.000 iaitiu

lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01.

4.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Dalam menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang mahu digunakan, para

guru perlulah memastikan terlebih dahulu ianya memenuhi ciri-ciri yang berkaitan

seperti yang ditunjukkan di bawah.

Jadual 4.3

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Ciri-ciri Bahan Bantu Min Sisihan Setuju Tidak 

Mengajar Piawai Setuju

Kesesuaian 3.35 0.74 90% 10%

Kejelasan 3.33 0.73 95% 5%

Menarik minat 3.80 0.41 100% -

Kekemasan 3.48 0.55 97.5% 2.5%

Page 38: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 38/61

 

26

Berdasarkan Jadual 4.3, bagi item ciri kesesuaian min 3.35 ,responden menyatakan

bahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mereka sesuai dengan topik 

yang diajarkan. Item kejelasan pula,minnya3.33 menyetujui Bahan Bantu Mengajar

tersebut jelas dan untuk item menarik minat min 3.80, dimana responden mengakui

yang Bahan Bantu Mengajar yang digunakan menarik minat mereka. Manakala bagi

item kekemasan pula min 3.48, menunjukkan responden turut bersetuju Bahan Bantu

Mengajar yang digunakan kemas dari segi binaan dan mudah digunakan.

90

10

95

5

10097,5

2,5

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Peratus

Kesesuaian Kejelasan Menarik Minat Kekemasan

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar

SetujuTidak Setuju

 

Rajah 4.1

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Page 39: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 39/61

 

27

4.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar 

Jadual 4.4

Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar berdasarkan keutamaan pilihan pelajar

Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Min Sisishan Piawai

Bahan bercetak 3.33 0.89

Bahan bukan bercetak 3.20 0.91

Bahan 3 Dimensi 2.98 0.95

Bahan tayang 3.45 0.68

Bahan audio 2.93 1.08

Bahan video/TV/ computer 3.73 0.51

Berdasarkan jadual 4.4 di muka surat sebelah, didapati responden memilih bahan

video/ TV/ komputer sebagai Bahan Bantu Mengajar yang paling mereka minati itu

min 3.75. Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan kedua responden pula bahan

tayangan min 3.45. Seterusnya bahan bercetak dan bahan bukan bercetak pula min

masing-masing ialah 3.33 dan 3.20. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahan 3

Dimensi dan bahan audio kurang diminati dan min yang ditunjukkan hanya 2.98 dan

2.93 sahaja. Graf 4.1 di bawah menunjukkan perbezaan peratus yang diperolehi oleh

setiap jenis Bahan Bantu Mengajar tersebut.

82.5

17.5

Setuju

Tidak Setuju

 

Rajah 4. 2 Bahan Bercetak 

Page 40: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 40/61

 

28

77.5

22.5

Setuju

Tidak Setuju

 

Rajah 4. 3 Bahan Bukan Bercetak 

75%

25%

Setuju

Tidak Setuju

 

Rajah 4.4 Bahan 3 Dimensi

Page 41: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 41/61

 

29

Setuju

90%

Tidak Setuju

10%

 

Rajah 4.5 Bahan Tayang

70%

30%

Setuju

Tidak Setuju

 

Rajah 4.6 Bahan Audio

Page 42: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 42/61

 

30

Setuju

97%

Tidak Setuju

3%

 

Rajah 4.7 Bahan Video/TV/Komputer

Page 43: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 43/61

 

31

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Di dalam bab ini akan dijelaskan tentang aspek perbincangan dan kesimpulan dari

dapatan analisis data. Rumusan dan kesimpulan ini berdasarkan Bab 1, Bab 2, Bab 3

dan Bab 4. Ekoran dari perbincangan dan kesimpulan ini, beberapa cadangan akan

dikemukakan bagi usaha untuk menarik dan meningkatkan minat para pelajar terhadap

mata pelajaran matematik khususnya.

5.1 Perbincangan

Sebagaimana yang telah dijelaskan di awal kajian ini, minat yang mendalam terhadap

subjek matematik akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang

sesuatu yang berkaitan dengannya. Dengan kata lain, pelajar yang meminati

matematik tidak akan menganggap ianya suatu yang susah dan membosankan.

Sebaliknya mereka merasakan bahawa mempelajari matematik merupakan satu

aktiviti pembelajaran yang menyeronokan. Tetapi fenomena sebaliknya terjadi padapelajar yang tidak minat matematik.

Jadi tujuan kajian ini dilakukan untuk menentukan adakah Bahan Bantu

Mengajar merupakan salah satu cara dalam menarik minat pelajar-pelajar ini supaya

meminati atau sekurang-kurangnya wujud kemahuan dalam diri mereka untuk belajar

Page 44: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 44/61

 

32

matematik. Kaedah yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan (survey).

Seramai 36 orang responden terdiri dari pelajar-pelajar tahun lima, Sek. Keb. Kem,

Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan telah dipilih untuk diedarkan soal selidik.

5.1.1 Hubungan antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar

Berdasarkankan kepada jadual 4.1, dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan

min yang diperolehi bagi setiap item di bahagia A ini adalah tinggi. Didapati

sebahagian besar pelajar memberi respon positif terhadap penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dalam pelajaran matematik. Mereka meyokong serta memberi sambutan

yang baik terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar kerana bagi mereka tanpa

Bahan Bantu Mengajar proses pengajaran dan pembelajaran adalah membosankan. Iniditambah lagi dengan anggapan sedia ada pada diri mereka yang matematik 

merupakan satu subjek yang sukar.

Manakala berdasarkan pekali Korelasi Pearson yang telah diperolehi, maka

bolehlah disimpulkan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat menarik 

minat pelajar tahun 5 di Sek. Keb. Kem, Peng. Chepa terhadap matematik.

Keputusan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Sharif 

Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997, m.s 18). Beliau mendapati

penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan

positif seperti pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan pelajar berpendapat bahawa

penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pembelajaran matematik telah mendorong

dan memotivasikan diri mereka supaya lebih rajin belajar. Di mana penggunaan

Bahan Bantu Mengajar ini telah menimbulkan rasa seronok pada diri pelajar. Justeru

itu mereka lebih rajin untuk membuat latihan-latihan yang diberikan oleh guru

matematik. Ini termasuklah latihan dalam lembaran kerja ataupun yang terdapat dalam

buku kerja dan rujukan lainnya.

Page 45: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 45/61

 

33

Keputusan kajian ini juga menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh

Bahan Bantu Mengajar tidak kurang pentingnya dalam menarik minat para pelajar, Ini

seperti yang dilaporkan dalam kajian yang dijalankan oleh Dale (1963, m.s 67),

mendapati terdapat tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar.

Salah satunya menyatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh

merangsang minat yang tinggi di kalangan para pelajar dan minat merupakan satu

faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Dapatan ini juga turut disokong

oleh dapatan kajian oleh Rulon dan Arnspinger (1998, dalam Mohamad Lebai Ishak,

1998, m.s. 20). Mereka juga turut bersetuju bahawa penggunaan Bahan Bantu

Mengajar boleh merangsang pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi

pelajaran yang boleh diterima oleh pihak pelajar itu sendiri.

5.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Pada keseluruhannya pelajar menyatakan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh

guru mereka adalah sesuai, jelas, menarik perhatian dan kemas. Namun begitu mereka

tidak menafikan kadang kala ada di antara Bahan Bantu Mengajar tersebut tidak 

memenuhi keempat-empat ciri yang digariskan secara serentak. Ini dapat dilihat pada

bilangan pelajar yang memberi respon kepada item yang terdapat pada borang soal

selidik. Di mana masih ada pelajar yang memberi jawapan negatif tetapi bilangannya

tidaklah ramai. Berdasarkan Jadual 4.3 dan rajah 4.1, untuk ciri kesesuaian dan 90%

sahaja bersetuju dan 10% lagi tidak menyetujuinya. Bagi mereka, mungkin guru boleh

menggunakan Bahan Bantu Mengajar lain yang lebih relevan dengan tajuk yang diajar

berbanding dengan bahan yang telah guru gunakan.

Manakala dari segi kejelasan pula seramai 5% menafikan bahawa Bahan

Bantu Mengajar yang digunakan itu jelas. Ini mungkin disebabkan faktor jarak antara

pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar berkenaan, contohnya peta atau carta.

Mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas

tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata

mereka sudah berkurangan.

Page 46: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 46/61

 

34

Bagi ciri kekemasan pula hanya 2.5% sahaja tidak bersetuju dengan ciri

berkenaan. Ini mungkin disebabkan bahan yang digunakan untuk menghasilkan

Bahan Bantu Mengajar berkenaan bukanlah terdiri bahan yang benar-benar berkualiti

atau mungkin pelajar yang menggunakan bahan berkenaan kurang teliti semasa

penggunaannya.

Perkara di atas mendapat sokongan dari para pengkaji sebelum ini.

Sebagaimana kajian yang telah dijalankan oleh Abd Rahim (1989, dalam Zaiton

Zainal, 1991, m.s. 12 ) yang menyatakan adalah penting bagi memastikan Bahan

Bantu mengajar yang digunakan benar-benar berfungsi dan memberi manfaat kepada

pelajar dan guru. Fakta yang dikemukakan haruslah kemas dan teknik yang digunakan

pula perlu jelas sesuai dengan saiz penglihatan pelajar. Begitu juga dari segi dayapenarik yang perlu ada pada bahan itu selaras dengan kajian Razali (1990 dalam

Zaiton Zainal, 1991, m.s. 15) dan Kajian oleh Barry (1976, dalam Suzita Mohd Resad,

2002, m.s. 22)

5.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Mengikut Pilihan Pelajar

Hasil kajian menunjukkan wujud variasi peralatan Bahan Bantu Mengajar yang

diminati dan dipilih oleh pelajar. Berdasarkan Rajah 4.2, di mana 97% pelajar lebih

cenderung memilih bahan video, TV atau komputer sebagai pilihan utama mereka. Ini

selari dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin berpengaruh dalam

kehidupan kita hari ini. Kaedah pengajaran dengan menggunakan komputer dapat

meningkatkan motivasi dan minat pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian yang

dibuat oleh Jonassen (1998, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s. 75),

beliau mendapati bahan pengajaran melalui komputer memberikan motivasi yang

tinggi kepada pelajar untuk belajar.

Terdapat banyak perisian pendidikan matematik yang mempunyai unsur-unsur

multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan

membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas

daripadanya. Ciri interaktif yang ada dalam perisian komputer berpotensi

meningkatkan motivasi belajar. Antara ciri-ciri perisian yang baik seperti mesra

Page 47: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 47/61

 

35

pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna,

kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-

benar tercapai,tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.

Begitu juga penggunaan video, di mana pita rakaman atau vcd mengenai

pendidikan banyak disediakan di pusat sumber negeri. Pihak sekolah boleh

mendapatkan salinannya dari sana ataupun dibeli dari pasaran. Bahagian TV

Pendidikan pula menyediakan banyak rancangan pendidikan yang disiarkan melalui

ASTRO. Kemudahan ini telah disediakan di sekolah oleh pihak yang berkenaan.

Namun begitu bahan Bahan Bantu Mengajar yang lainnya juga turut menjadi pilihan

pelajar. Berdasarkan Rajah 4.4, 90% pelajar bersetuju dengan penggunaan Bahan

Tayangan. Manakala Jenis Bahan Bantu Mengajar yang kurang mendapat sambutandari pelajar ialah Bahan Audio iaitu 70%, sahaja pelajar memilih bahan jenis ini.

Walau apapun bahan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan jika guru tahu

mengendalikannya dengan baik akan menarik minat pelajar untuk terus mengikuti

pengajarannya. Hasil penemuan ini turut di sokong oleh dua orang pengkaji berikut

iaitu Naim Ahmad(1989, m.s. 64) dan Nurudin Jamin (1983, dalam Hasimah Yassim,

2000 m.s.12). Naim Ahmad telah merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan

media pengajar iaitu mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat

yang berterusan dalam diri pelajar. Manakala dalam kajian Nurudin pula, beliau

mendapati bahawa model buatan berjaya menarik minat para pelajar disebabkan

keadaannya 3 dimensi. Minat ini patut dieksploitasikan untuk menggerakkan perasaan

ingin tahu dan imaginasi pelajar.

5.1  Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang

melibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Secara keseluruhannya pelajar

berpendapat Bantu Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru berupaya menarik 

minat mereka. Dengan kata lain memang wujud hubungan positif di antara

penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Bahan Bantu Mengajar

yang digunakan oleh guru telah dapat mengelak kebosanan pelajar dalam kelas

Page 48: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 48/61

 

36

matematik dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif 

terhadap matematik.

Bahan Bantu Mengajar yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Kesesuaian

bahan dengan isi pelajaran yang diajar penting bagi memastikan isi pelajaran yang

disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya kekemasan,

kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Jika tidak Bahan Bantu

Mengajar yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan Bantu Bantu

Mengajar tersebut.

Jelaslah kepada kita dari kajian ini, jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling

diminati oleh pelajar berbentuk bahan elektronik selaras denagn keperluan masa kini.Walau bagaimanapun tidak kira apa jua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan dalam

pengajaran pembelajaran,yang perlu dipastikan ianya mesti dapat menyediakan

suasana pembelajaran yang memberangsangkan minat pelajar.

5.3 Cadangan

Berdasarkan kepada kesimpulan yang telah didapati, pengkaji cuba memberi beberapa

cadangan dan strategi yang dirasakan sesuai dalam pengajaran matematik 

berbantukan Bahan Bantu Mengajar agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

5.3.1 Cadangan Untuk Guru. 

a. Guru-guru perlulah meningkatkan kemahiran diri dalam menghasilkan dan

mengendalikan Bahan Bantu Mengajar supaya dapat memenuhi ciri-ciri

yang sepatutnya. Guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan

dengan Bahan Bantu Mengajar.

b. Pengendalian pengajaran Matematik dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar

hendaklah dijalankan dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat

kesan positif.

Page 49: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 49/61

 

37

5.3.2 Cadangan Untuk Pihak Sekolah

a.  Sentiasa peka dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar berbentuk perisian

yang terdapat di pasaran dan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi

mendapatkannya.

b.  Menyediakan kemudahan prasarana seperti bilik tayangan dan peralatan terkini

terutama media alat pandangan dengar.

c. Merancang dan mengadakan aktiviti penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang

terancang dan berkesan dengan bantuan guru yang berkenaan.

5.3.3 Saranan Untuk Kajian Pada Masa Depan.

a. Kajian adalah mengenai persepsi pelajar tahap dua terhadap tahap pengunaanBahan Bantu Mengajar oleh guru matematik sewaktu pengajaran mereka.

b. Mengkaji secara khusus jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dengan menilai

tahap keberkesanannya dan pengaruhnya kepada pelajar.

c. Masa dan waktu soal selidik haruslah dipanjangkan dan disesuaikan supaya

responden kajian dapat menjawab dengan lebih berhati-hati dan ini akan

memberikan keputusan yang lebih tepat.

Page 50: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 50/61

 

38

RUJUKAN

Abd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1)

m.s. 22 – 26.

Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan Pencapaian

Akademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30.

Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita 

memahaminya? Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 –15. 

Azman Awang (1988).   Imej Guru Matematik : Suatu Kajian Kes Di Sek. Men.

Teknik Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Muda UTM

Crow dan Crow (1983). Psikologi Pndidikan Untuk Penguruan (Terjemahan

Habibah Elias). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dale, E. (1969).   Audio – Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart

and Winston.

Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan

Penggunaan Video / Kamera Dalam Mempelajari Sifir 1 hingga 9  Bagi

Pelajar Di Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana. UTM.

Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan.

Kertas Kerja dalam seminar Konvokesyen Pendidikan ke 5 di Johor   Bahru.Anjuran Persatuan Suluh Budiman dan Kerjaya.

Mohd Nawi Ab Rahman (1998). Kaedah Statistik . Universiti Putra Malaysia.

Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Che Su. (1981). Teknologi di bidang pendidikan. Majalah Widya, November,

Kuala Lumpur: Adabi.

Hassan Abu Bakar. 1990). Tinjauan alat dan bahan dalam pengajaran Bahasa

 Malaysia. hlm. 23 – 38. Kuala Lumpur: Printing Sdn. Bhd.

Page 51: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 51/61

 

39

Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992).Difusi dan Budaya ABM dalam pendidikan

Sains dan Matematik: Satu Tinjauan Awal. Kertas Kerja dibentangkan pada

Seminar Pendidikan Sains dan Matematik, di UTM, 2 – 4 Mei, 1992.

Ismail Abd. Hamid (1999). Minat Matematik Bagi Murid-murid di Sebuah-Sekolah di

 Daerah Kulai, Johor . Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.

Joseph Low Eng Guan. (1994). Kemahiran Berfikir Dalam Matematik . (44, 1994).

Berita Matematiki Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan

Malaysia. M.s. 22 – 34.

Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh

Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan pada

 Bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat , 7 – 8 Dis, 1987.

Kamaruddin Hj Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. KualaLumpur: Longman Sdn. Bhd.

Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka

 Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.

Lim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu Mengajar 

 Matematik. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mahat Ibrahim. (1997). Penggunaan ABM dalam Pengajaran Matematik di kalangan

guru-guru Sek. Ren. Daerah Batu Pahat. Satu kajian. Tesis Sarjana Muda,

UTM. Minat Tentukan Kecemerlangan Matematik (2001-2002). Diperolehi

Ogos19,2003 daripada

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/11_01_02.htm.

Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1992). Psikologi, Strategi pengajaran dan Penilaian Matematik ,

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd. Najib Ghafar. (1997). Asas Penyelidikan Sains Sosial, Johor:.UTM.

Mohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan

 Bantu Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran:

Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 –280.

Mohd. Nashuha Zainudin dan rakan-rakan. (1992). Kemahiran Berfikir dan belajar .

Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Page 52: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 52/61

 

40

Musa Daia. Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan di Malaysia:

Pustaka aman Press, 1966.

Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri

dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 – 65.

Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003).  Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah

Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran

 Matematik. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanajong Malim, Perak, Malaysia.

Oemar Hamalik.(1982). Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni.

Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap

 penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis

Sarjana. UTM.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah

dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Rohani Kasmani. (1999). Tinjauan mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan

 ABM dalam pengajaran Matematik di Sek. Men Dato’ Mohd Yunos Sulaiman,

Pekan Nenas, Johor . UTM.

Tang Ching Tong (1992). Satu kajian mengenai perbezaan sikap dengan pencapaian

dalam matapelajaran matematik moden antara pelajar jurusan sains dan

sastera. Latihan ilmiah. UM.

Yusup Hashim. (1997).   Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan.

Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Page 53: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 53/61

 

41

LAMPIRAN A

Borang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar)

Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu daripada 4 aras

persetujuan anda yang terdapat di setiap hujung pernyataan tersebut.

Rujukan pernyataan:

Aras persetujuan  Skor

Sangat Tidak Setuju (STS)  1

Tidak Setuju (TS)  2

Setuju (S) 3 

Sangat Setuju (SS)  4

Bahagian A

Hubungan minat pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar

STS TS S SS

Contoh: Saya gembira belajar Matematik. 1 2 3 4

1. Saya sangat minat belajar Matematik bila

guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar

semasa mengajar. 1 2 3 4

2. Saya tidak suka belajar Matematik tanpa

Bahan Bantu Mengajar.. 1 2 3 4

3. Saya rasa bosan belajar Matematik sekiranya guru

tidak menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa

mengajar. 1 2 3 4

4. Saya merasa seronok belajar Matematik 

dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4

Page 54: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 54/61

 

42

5. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh

guru menjadi motivasi kepada saya untuk 

mengikuti pelajaran Matematik. 1 2 3 4

6. Saya tidak dapat menumpukan perhatian walaupun

guru menggunakan Bahan Bantu Mengajarsemasa mengajar. 1 2 3 4

7. Saya berasa seronok belajar Matematik jika guru

menggunakan Bahan Bantu Mengajar 1 2 3 4

8. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan semasa

pengajaran dapat mengekalkan minat saya pada

subjek Matematik. 1 2 3 4

9. Minat saya pada Matematik bertambah bila guru

menggunakan Bahan Bantu Mengajar dalam

pengajarannya. 1 2 3 4

10. Saya berminat membuat latihan Matematik yang

disediakan oleh guru pada lembaran kerja. 1 2 3 4

11. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru

tidak langsung menarik minat saya pada

Matematik. 1 2 3 4

12. Pembelajaran Matematik tidak menarik dengan

penggunaan Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4

13. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru

telah mendorong minat saya untuk lebih rajin

belajar Matematik. 1 2 3 4

14 Pembelajaran Matematik menjadi lebih menarik 

dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4

15. Saya minat membuat latihan Matematik yang

terdapat dalam buku rujukan selain yang diberi

oleh guru. 1 2 3 4

16. Saya berjaya menyelesaikan masalah Matematik apabila guru gunakan Bahan Bantu Mengajar ketika

mengajar. 1 2 3 4

Page 55: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 55/61

 

43

Bahagian B

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.

17. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru

sesuai dengan isi pelajaran yang disampaikan. 1 2 3 4

18. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru

dapat dilihat dengan jelas. 1 2 3 4

19. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru

menarik perhatian saya. 1 2 3 4

20. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru

kemas dan mudah digunakan. 1 2 3 4

Saya sangat seronok jika Bahan Bantu Mengajar berikut digunakan oleh guru semasa

mengajar.

Jenis BBM STS TS S SS

21. Bahan bercetak 1 2 3 4

22. Bahan bukan bercetak 1 2 3 4

23. Bahan 3D 1 2 3 4

24. Bahan Tayangan 1 2 3 4

25. Bahan audio 1 2 3 4

26. Bahan video dan komputer 1 2 3 4

*SELAMAT MENJAWAB*

*TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA* 

Page 56: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 56/61

 

44

Lampiran B

Frequency Table

A1

19 47.5 47.5 47.5

21 52.5 52.5 100.0

40 100.0 100.0

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

 A2

14 35.0 35.0 35.0

26 65.0 65.0 100.0

40 100.0 100.0

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A3

1 2.5 2.5 2.5

13 32.5 32.5 35.0

26 65.0 65.0 100.0

40 100.0 100.0

1

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A4

2 5.0 5.0 5.0

16 40.0 40.0 45.0

22 55.0 55.0 100.0

40 100.0 100.0

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A5

1 2.5 2.5 2.5

17 42.5 42.5 45.0

22 55.0 55.0 100.0

40 100.0 100.0

1

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A6

18 45.0 45.0 45.0

22 55.0 55.0 100.0

40 100.0 100.0

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 

Page 57: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 57/61

 

45

A7

19 47.5 47.5 47.5

21 52.5 52.5 100.0

40 100.0 100.0

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A8

3 7.5 7.5 7.5

20 50.0 50.0 57.5

17 42.5 42.5 100.0

40 100.0 100.0

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A9

2 5.0 5.0 5.0

18 45.0 45.0 50.0

20 50.0 50.0 100.0

40 100.0 100.0

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A10

1 2.5 2.5 2.5

17 42.5 42.5 45.022 55.0 55.0 100.0

40 100.0 100.0

2

34

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A11

1 2.5 2.5 2.5

6 15.0 15.0 17.5

33 82.5 82.5 100.0

40 100.0 100.0

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 

A12

3 7.5 7.5 7.5

3 7.5 7.5 15.0

18 45.0 45.0 60.0

16 40.0 40.0 100.0

40 100.0 100.0

1

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 

Page 58: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 58/61

 

46

A13

1 2.5 2.5 2.5

11 27.5 27.5 30.028 70.0 70.0 100.0

40 100.0 100.0

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A14

2 5.0 5.0 5.0

16 40.0 40.0 45.0

22 55.0 55.0 100.0

40 100.0 100.0

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 

A15

1 2.5 2.5 2.5

2 5.0 5.0 7.5

17 42.5 42.5 50.0

20 50.0 50.0 100.0

40 100.0 100.0

1

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A16

1 2.5 2.5 2.5

12 30.0 30.0 32.5

16 40.0 40.0 72.5

11 27.5 27.5 100.0

40 100.0 100.0

1

2

3

4

Total

Valid Frequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A17

1 2.5 2.5 2.5

3 7.5 7.5 10.0

17 42.5 42.5 52.519 47.5 47.5 100.0

40 100.0 100.0

1

2

34

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 

Page 59: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 59/61

 

47

A18

2 5.0 5.0 5.0

21 52.5 52.5 57.5

17 42.5 42.5 100.0

40 100.0 100.0

1

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A19

8 20.0 20.0 20.0

32 80.0 80.0 100.0

40 100.0 100.0

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 A20

1 2.5 2.5 2.5

19 47.5 47.5 50.0

20 50.0 50.0 100.0

40 100.0 100.0

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 B21

2 5.0 5.0 5.0

5 12.5 12.5 17.511 27.5 27.5 45.0

22 55.0 55.0 100.0

40 100.0 100.0

1

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 B22

2 5.0 5.0 5.0

7 17.5 17.5 22.5

12 30.0 30.0 52.5

19 47.5 47.5 100.0

40 100.0 100.0

1

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 

Page 60: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 60/61

 

48

B23

4 10.0 10.0 10.0

6 15.0 15.0 25.0

17 42.5 42.5 67.5

13 32.5 32.5 100.0

40 100.0 100.0

1

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 B24

4 10.0 10.0 10.0

15 37.5 37.5 47.5

21 52.5 52.5 100.0

40 100.0 100.0

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 B25

6 15.0 15.0 15.0

6 15.0 15.0 30.0

13 32.5 32.5 62.5

15 37.5 37.5 100.0

40 100.0 100.0

1

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

Cumulative

Percent

 B26

1 2.5 2.5 2.5

9 22.5 22.5 25.0

30 75.0 75.0 100.0

40 100.0 100.0

2

3

4

Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

 

Page 61: Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr

5/13/2018 Hubungan Penggunaan ABM Dgn Minat Pljr - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-penggunaan-abm-dgn-minat-pljr-55a751f65efd6 61/61

 

49

Lampiran C

Correlations

Descriptive Statistics

Mean Std. Deviation NBBM 3.50 .38 40

Minat terhadap Matematik 82.3000 14.2976 40

 Correlations

BBM Minat terhadap MatematikBBM Pearson Correlation 1.000 .670

Sig. (2-tailed) . .000N 40 40

Minat terhadapMatematik

Pearson Correlation .670 1.000

Sig. (2-tailed) .000 .N 40 40

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).