hubungan malaysia - amerika syarikat - wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas

6
Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat Malaysia Amerika Syarikat Isi kandungan 1 Sejarah 2 Perdagangan dan pelaburan 3 Kedutaan 4 Jadual perbandingan negara 5 Isu-isu berbangkit 5.1 Amerika proksi Israel 5.2 Serangan 911 Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara Amerika Syarikat - Rusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara-negara kecil seperti Malaysia. Hubungan antara kedua-dua negara ini diklasifikasikan sebagai intim dan erat. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi. Kedutaan Amerika Syarikat terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang dan beberapa kali menjadi sasaran penunjuk perasaan rakyat Malaysia berhubung isu Palestin. Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat memuncak dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Kuala Lumpur pada 26 April 2014. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua oleh pemimpin utama Amerika Syarikat ke Malaysia selepas Lyndon B. Johnson pada tahun 1966. Sejarah Dari segi sejarah, Malaysia masih boleh dikatakan sebagai sebuah negara baru (mula ditubuhkan 1957) berbanding negara Amerika Syarikat telah dibentuk lebih 200 tahun. Bendera Malaysia yang menampilkan tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih dengan bulan bintang berwarna kuning di jalur biru di bahagian tepi kiri mempunyai persamaan dengan bendera Amerika Syarikat. Amerika mempunyai 50 negeri sementara Malaysia mempunyai 14 buah negeri. Dari segi politik, kedua-dua negara tidak mempunyai masalah kecuali hubungan yang agak sedikit bermasalah di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003. Mahathir merupakan seorang yang bersuara lantang terhadap dasar-dasar luar negara Amerika Syarikat. Sungguh pun begitu, perkara ini tidak menghalang Amerika Syarikat daripada menjadi rakan dagang terbesar Malaysia semasa pemerintahan Mahathir. Sehingga hari ini, Amerika Syarikat masih rakan dagang terbesar Malaysia dan dianggap sebagai sekutu Malaysia. Hubungan diplomatik dua negara berdaulat ini semakin erat terutamanya di bawah pentadbiran Najib Razak. Buat masa ini Malaysia sedang berunding untuk memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dengan Amerika Syarikat dan 10 negara lain di rantau Asia Pasifik. Ramai pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di universiti-universiti dan kolej-kolej terkemuka di Amerika Syarikat. Perdagangan dan pelaburan Amerika Syarikat adalah pelabur asing terbesar di Malaysia. Syarikat-syarikat dari Amerika giat melabur di Malaysia terutamanya dalam sektor tenaga, elektronik, dan pembuatan, dan menggaji hampir 200,000 rakyat tempatan. Nilai kumulatif pelaburan persendirian A.S. dalam sektor pembuatan di Malaysia adalah lebih kurang $15 bilion. Dalam tahun 1970-an, syarikat- syarikat Amerika termasuk Agilent, AMD, Fairchild Semiconductor, Freescale, Intel, Texas Instrument dan Western Digital telah merintis sektor elektrikal dan elektronik (E&E) di Malaysia, serta mengeksport berbilion ringgit barangan itu ke

Upload: inoranain

Post on 09-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Info berkenaan hubungan Malaysia dan Amerika dari pelbagai sudut yand boleh digunakan untuk kajian dalam pendidikan.

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

Hubungan Malaysia-AmerikaSyarikat

Malaysia Amerika Syarikat

Isi kandungan

1 Sejarah2 Perdagangan dan pelaburan3 Kedutaan4 Jadual perbandingan negara5 Isu-isu berbangkit

5.1 Amerika proksi Israel5.2 Serangan 911

Hubungan Malaysia - Amerika SyarikatDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubunganantara kuasa besar dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. SemasaPerang Dingin antara Amerika Syarikat - Rusia dan China, Amerika dilihatsebagai pelindung kepada negara-negara kecil seperti Malaysia. Hubunganantara kedua-dua negara ini diklasifikasikan sebagai intim dan erat. Rakyat danpemimpin antara kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi. KedutaanAmerika Syarikat terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang danbeberapa kali menjadi sasaran penunjuk perasaan rakyat Malaysia berhubungisu Palestin.

Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat memuncak dengan kedatanganPresiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Kuala Lumpur pada 26 April2014. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua oleh pemimpin utamaAmerika Syarikat ke Malaysia selepas Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.

Sejarah

Dari segi sejarah, Malaysia masih boleh dikatakan sebagai sebuah negara baru (mula ditubuhkan 1957) berbandingnegara Amerika Syarikat telah dibentuk lebih 200 tahun. Bendera Malaysia yang menampilkan tujuh jalur merah dantujuh jalur putih dengan bulan bintang berwarna kuning di jalur biru di bahagian tepi kiri mempunyai persamaan denganbendera Amerika Syarikat. Amerika mempunyai 50 negeri sementara Malaysia mempunyai 14 buah negeri.

Dari segi politik, kedua-dua negara tidak mempunyai masalah kecuali hubungan yang agak sedikit bermasalah di bawahpentadbiran Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003. Mahathirmerupakan seorang yang bersuara lantang terhadap dasar-dasar luar negara Amerika Syarikat. Sungguh pun begitu,perkara ini tidak menghalang Amerika Syarikat daripada menjadi rakan dagang terbesar Malaysia semasa pemerintahanMahathir. Sehingga hari ini, Amerika Syarikat masih rakan dagang terbesar Malaysia dan dianggap sebagai sekutuMalaysia.

Hubungan diplomatik dua negara berdaulat ini semakin erat terutamanya di bawah pentadbiran Najib Razak. Buat masaini Malaysia sedang berunding untuk memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dengan Amerika Syarikatdan 10 negara lain di rantau Asia Pasifik.

Ramai pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di universiti-universiti dan kolej-kolej terkemuka di Amerika Syarikat.

Perdagangan dan pelaburan

Amerika Syarikat adalah pelabur asing terbesar di Malaysia.Syarikat-syarikat dari Amerika giat melabur di Malaysiaterutamanya dalam sektor tenaga, elektronik, dan pembuatan, danmenggaji hampir 200,000 rakyat tempatan. Nilai kumulatifpelaburan persendirian A.S. dalam sektor pembuatan di Malaysiaadalah lebih kurang $15 bilion. Dalam tahun 1970-an, syarikat-syarikat Amerika termasuk Agilent, AMD, FairchildSemiconductor, Freescale, Intel, Texas Instrument dan WesternDigital telah merintis sektor elektrikal dan elektronik (E&E) diMalaysia, serta mengeksport berbilion ringgit barangan itu ke

Page 2: Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

5.3 Lanun Selat Melaka5.4 Pekilang dari Amerika Syarikat5.5 Perjanjian FTA5.6 Campur tangan dalam negeri5.7 Boikot produk Amerika5.8 Tahanan Penjara Guantanamo

6 Kerjasama banteras jenayah7 Obama beri harapan baru8 Rujukan

Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur.

Kedutaan Malaysia diWashington, D.C.

kilang-kilang dan sebagainya di seluruh dunia setiap tahun. Syarikatutama minyak dan gas, termasuk ExxonMobil, ConocoPhillips,Hess dan Murphy Oil telah melabur berbilion ringgi untukmembangunkan sumber tenaga Malaysia.

Pelabur Amerika terkini termasuk Hershey, Kellogg, Bose danDarden. Pelaburan Malaysia di Amerika Syarikat adalah kecil tetapisemakin bertambah terutamanya dalam hiburan, permainan danbioteknologi. Amerika Syarikat adalah rakan dagang keempatterbesar Malaysia sementara Malaysia pula adalah rakan dagang ke-22 terbesar Amerika Syarikat. Perdagangan dua hala tahunan dalambarangan dan perkhidmatan berjumlah lebih kurang $44 bilion.

Kedua-dua negara kini sedang merundingkan perjanjian perdagangan bebas yang diberi nama Perjanjian PerkongsianTrans-Pasifik bersama 10 negara lain.

Kedutaan

Kedutaan Amerika Syarikat terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.Pegawai kedutaan ini termasuklah:

Duta - Joseph Y. Yun (Ogos 2013 - sekarang)Timbalan Ketua Perwakilan - Edgard D. Kagan (Julai 2014- sekarang )Pemangku Penasihat politik- Aaron M. CopePenasihat ekonomi - Andrew R. HerrupPenasihat perdagangan - Stephen JacquesPegawai perhubungan awam - Frank J. WhitakerAtase pertanian - Chris RittgersKonsul perwakilan - Wendy Vincent

Kedutaan Malaysia pula terletak di International Court NW di Washington, D.C.

Jadual perbandingan negara

Page 3: Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

Malaysia Amerika SyarikatPenduduk 27,496,000 304,875,000Luas 329,847 km² (127,355 sq mi) 9,826,630 km² (3,794,066 sq mi )Kepadatanpenduduk 83/km² (216/sq mi) 31/km² (80/sq mi)

Ibu negara Kuala Lumpur Washington, D.C.Bandarterbesar Kuala Lumpur - 1,887,674 (7,200,000 Metro) New York City - 8,214,426 (18,818,536 Metro)

Kerajaan Kerajaan persekutuan, Demokrasi berparlimenBahasarasmi Bahasa Melayu Bahasa Inggeris (de facto)

Agamautama

60.4% Islam, 19.2% Buddha, 9.1% Kristian, 6.3%Hindu, 2.6% Agama tradisi Cina, 2% lain-lainkepercayaan

78% Kristian, 2% Buddha, 1% Yahudi, 1%Islam,12% Lain-lain agama

GDP(nominal) $165 billion ($6,648 Per kapita) $13.770 trillion ($44,190 Per kapita)

Isu-isu berbangkit

Amerika proksi Israel

Amerika Syarikat dilihat mempunyai dasar luar yang condong kepada Israel. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia pulamempunyai dasar luar yang menyokong Palestin dan Malaysia seringkali menyuarakan bantahan terhadap serangan dandasar Israel terhadap Palestin. Perkara ini seringkali menjadi halangan kepada hubungan yang lebih erat di antara kedua-dua Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pada 1998, Dr Mahathir membidas Soros dan pernah dituduh anti semitik gara-gara mulut celuparnya dan kesannya tidakkecil. Pertemuan antara Dr Mahathir dengan George Bush selama 30 minit dikatakan terpaksa 'dibayar' jutaan ringgit.

Umat Islam seluruh dunia amat kesal dengan dasar Amerika yang menjadikan Israel wilayah tidak rasminya selepasAlaska. Semua serangan roket dan bom berangkai yang dilancarkan oleh Israel, sebenarnya dibekalkan oleh kilang-kilang senjata di Amerika. Israel adalah proxy Amerika di Timur Tengah.

Amerika berdolak-dalik untuk membekalkan Malaysia dengan jet canggih seperti F15 dan kereta kebal. Malaysiadibenarkan membeli kapal terbang skyhawk yang pernah digunakan semasa Perang Vietnam 1975. Oleh itu Malaysiamendapatkan jet pejuang Sukhoi dari Rusia. Kereta kebal 'Adnan' dari Turki. Kapal selam Scorpene dari Perancis.Sedangkan Singapura mendapatkan khidmat ketenteraan dan senjata canggih dari pihak Israel.

Serangan 911

Negara Islam menjadi mangsa dasar Amerika Syarikat selepas serangan 911. Semua negara tanpa kecuali dimintamenyokong Amerika untuk menyerang Afghanistan untuk memburu Osama bin Laden atas nama memerangi pengganas.Iraq dituduh memiliki senjata WMD dan senjata nuklear .Presiden Saddam Hussein yang menjadi paksi kejahatanmestilah dimusnahkan. Pada 2003, kerajaan Malaysia adalah antara negara yang terpaksa akur tunduk. Ketika itu, RTMmenyiarkan iklan-iklan versi Amerika ini . Beberapa negara Islam seperti Pakistan, Turki dan Turkmenistan dijadikanpangkalan kapal terbang mengisi minyak dan pangkalan tentera Amerika untuk menyerang. Pangkalan tentera dibinaDhahran, Arab Saudi bagi menyekat kemaraan Iran dan Iraq. Negara kecil seperti Kuwait, Qatar, UAE , Bahrain danlain-lain menyediakan pelbagai faciliti yang diperlukan oleh tentera Amerika Syarikat. Singapura turut menyediakanpelabuhannya untuk membaiki kapal perang jika berlaku kerosakan. Kapal terbang mengisi petrol di udara turutdisediakan di Lautan Hindi.

Page 4: Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

Lanun Selat Melaka

Amerika Syarikat di bawah Presiden George W. Bush melihat lanun berpotensi menjadi pengganas yang boleh menculikpelancong dan mengebom lokasi strategik di Bali, Jakarta, Singapura dan lain-lain. Peningkatan aktiviti lanun di SelatMelaka amat membimbangkan Amerika kerana laluan ini menjadi laluan kapal perang, kapal dagang, kapal tangkipetroleum dan lain-lain dari Timur Tengah ke Amerika Syarikat. Kapal perang berkuasa nuklear memilih menggunakanSelat Melaka berbanding Selat Sunda.

Lanun dan pengganas Abu Sayyaf di Mindanao,Filipina turut menerima tempias dasar pre emtif Amerika Syarikat.Tentera marin Amerika tidak berpuas hati dengan tentera Filipina lalu bertindak memerangi 'kem-kem pengganas' dikepulauan Jolo.

Pekilang dari Amerika Syarikat

Sejak tahun 1970-an, pekilang-pekilang dari Amerika Syarikat menikmati insentif kawasan perindustrian bebas di SungaiWay, Bayan Lepas dan lain-lain. Antara pekilang-pekilang ini ialah Western Digital, Intel, Motorola, Texas Instrumentsyang produk mereka termasuk cip komputer, barang elektrik dan elektronik. Kilang-kilang ini tidak dikenakan cukaiselama 5 tahun. Selepas itu, syarikat dari Jerman dan Jepun banyak melabur di Malaysia dan mereka ini kebanyakannyaberasaskan insentif buruh. Antaranya ialah Hitachi,Sony, National Seminconductor, Robert Borch, Sumida danPanasonic .

Apabila Amerika Syarikat mengamalkan dasar berbaik-baik semula dengan India, Vietnam dan China, maka pekilang-pekilang ini beralih arah ke negara-negara tersebut kerana buruh lebih murah, penduduk 1 bilion yang berpotensi menjadipasaran barang elektronik dan elektrik. Akhirnya Malaysia kehilangan kelebihan buruh murah.

Perjanjian FTA

Malaysia dan Amerika Syarikat telah mengadakan beberapa siri perundingan untuk perjanjian perdagangan bebas tetapimasih belum memuktamadkan perjanjian selepas lapan pusingan perundingan. Pada tahun 2010, Malaysia menyertaiAmerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam dalamperundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau lebih dikenali dengan TPP (Jepun kemudian menyertaiperundingan pada tahun 2013). Perjanjian ini bertujuan meluaskan capaian pasaran, memperkuatkan perlindungan hartaintelek, dan menyokong standard perburuhan dan alam sekitar yang lebih tinggi, pada masa yang sama memupukintegrasi ekonomi yang lebih tinggi dalam kalangan negara-negara yang menyertai perjanjian.

Selain daripada itu Malaysia juga mempunyai perjanjian dengan pelbagai negara seperti dengan Kanada, Mexico,Singapura dan Australia. Malaysia terpaksa mengikut rentak negara-negara ini agar tidak ketinggalan. Malaysia amatbergantung pada barangan dari Amerika Syarikat seperti jentera, mesin, perkakasan dan perisian komputer, filem,makanan dan benih ayam dan lain-lain. Malaysia amat mengharapkan Amerika membeli minyak kelapa sawit, sarungtangan, petroleum, cip semiconduktor dan lain-lain.

Campur tangan dalam negeri

Pada 3 julai 2008, Tom Casey dari Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan Amerika Syarikat menentang siasatanatau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.[1] Ketika itu Anwar Ibrahim terpaksa bersembunyi diKedutaan Turki berikutan kes sodom Saiful Bukhari Azlan . Pada 4 Julai 2008, Setiausaha Agung PPIM Datuk DrMa'amor Osman menghantar memorandum bantahan terhadap campurtangan kuasa besar itu dalam urusan hal ehwaldalaman Malaysia.[2][3]

Boikot produk Amerika

Page 5: Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

Setelah pelbagai usaha menarik perhatian Amerika agar prihatin dengan nasib Palestin di Gaza, segelintir daripada rakyatMalaysia memboikot produk negara itu seperti kopi Starbucks, Coca-Cola dan ubat gigi Colgate seperti yang disaran olehPersatuan Pengguna Islam Malaysia serta badan bukan kerajaan yang lain. Banyak kilang dan produk ini diusahakansecara francais oleh usahawan Malaysia juga. Banyak lagi senarai barangan yang hendak diboikot disebarkan melaluiSMS.[4]

Bekas Presiden Bursa Malaysia, Muhammad Salleh Majid bimbang dengan implikasi tindakan itu. Malaysia era Tun DrMahathir Mohamad memperkenalkan kempen "Beli Barangan Britain Akhir". Kempen itu berikutan perbezaan mengenaihak pendaratan penerbangan dan kos penuntut Malaysia. Bagaimanapun Perdana Menteri Britain, Margaret Thatchermengadakan perundingan dengan Dr Mahathir dan kempen itu tamat. Dr Mahathir mencadangkan Malaysia dan OICberhenti menggunakan dolar AS dan beralih kepada Euro.Ada 1.5 bilion Muslim di seluruh dunia berbanding dengan 14juta orang Yahudi dan kita hendaklah bersatu menentang mereka (rakyat Amerika dan rakyat Israel).Terlalu banyakproduk dan industri yang dimiliki oleh Yahudi di Amerika seperti industri filem Hollywood, media , kewangan , internetdan lain-lain. [5] Ironinya, pada 1980 , Malaysia tidak menghantar pasukan bola sepak ke Olimpik Moscow 1980 keranamenyokong boikot Amerika Syarikat bagi membantah pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan.[6]

Pada 9 Januari 2009, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman menyatakan demonstrasimembantah kekejaman Israel diadakan di Masjid Negara, Masjid Kampung Baru, Kedutaan Amerika Syarikat, KedutaanMesir dan Masjid Kementerian Pertahanan. Demonstrasi terbesar diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan TunRazak yang melibatkan lebih 5,000 orang dan disertai oleh 127 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik. Di MasjidNegara, kempen boikot barangan keluaran Yahudi turut disertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamadbersama lebih 1,000 orang. 10,000 pelekat "Boikot Produk US" dan 'Anti Israel' diedar kepada orang ramai.[7]

Tahanan Penjara Guantanamo

Dua rakyat Malaysia ditahan tanpa bicara oleh tentera marin Amrika di Teluk Guantanamo. Kerajaan Malaysia tidakdapat berbuat apa-apa kerana Malaysia sendiri mempunyai ISA iaitu seseorang pesalah boleh dikurung selama 6 bulanhingga 2 tahun di Kem Tahanan Kamunting. Ada yang menyamakan Kem Tahanan Kamunting dengan penjara TelukGuantanamo.[8]

Pada 24 Januari 2009, Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap Presiden BarackObama menyegerakan penutupan penjara itu dan membenarkan pegawai PDRM berjumpa dengan Mohammed Nazir Lepdan Mohammad Farik Amin. Mereka berdua dituduh terbabit dengan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI) danserangan bersiri di Asia Tenggara termasuk Pengeboman Bali 2002. Mohammed Nazir disyakki memindahkan dana Al-Qaeda untuk digunakan dalam pengeboman JW Marriott 2003 di Jakarta dan 12 orang terbunuh.

Kerjasama banteras jenayah

Pada 24 Januari 2009, Perjanjian Bantuan Perundangan Dua Hala Amerika Syarikat-Malaysia (MLAT) mengenaijenayah bagi membolehkan kedua-dua negara memerangi keganasan antarabangsa dengan lebih berkesan, telahdikuatkuasakan. Ilango Karuppannan selaku Kuasa Usaha Malaysia dan Penolong Setiausaha Negara bagi Hal EhwalAsia Timur dan Pasifik AS Christopher Hill, memeterai protokol instrumen pengesahan perjanjian itu di Jabatan Negaradi Washington,Amerika Syarikat pada 21 Januari 2009. Iaitu sehari selepas Presiden Barack Obama angkat sumpahsebagai presiden dan menandakan lembaran baru hubungan Malaysia-Amerika Syarikat. Agensi yang terlibat ialah Polis,Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Bank Pusat, Suruhanjaya Syarikat dan Biro Siasatan Persekutuan. Amerikamemulakan usul ini pada 1996, dimulakan pada Mac 2004 dan ditandatangani pada Julai 2006 sempena kunjunganSetiausaha Negara Amerika Syarikat, Dr. Condoleezza Rice yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri/PersidanganPasca Peringkat Menteri Asean ke-11 dan Mesyuarat Serantau Asean. Amerika Syarikat menandatangani perjanjianserupa dengan lebih 60 negara lain.

Perjanjian ini berkaitan penyeludup dadah, penyangak wang dan penyeludup manusia yang merupakan jenayah merentassempadan. Semua bukti, kenyataan, urusan mengatur perjalanan seseorang ke negara lain bagi memberi keterangan ataumembantu dalam penyiasatan, penyerahan dokumen, urusan carian dan rampasan, mengesan dan mengenal pasti orang,

Page 6: Hubungan Malaysia - Amerika Syarikat - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

benda atau tempat terbabit, memeriksa objek dan tempat kejadian, membekukan dan merampas aset atau harta danmengutip bayaran denda serta mengenal pasti atau mengesan pendapatan daripada kegiatan jenayah.Urusan penyiasatandan prosiding berkaitan kes jenayah lebih mudah dan cepat.

Perjanjian ini perjanjian ekstradisi. Namun ada kalanya saksi dari Malaysia perlu dibawa ke Amerika Syarikat.Contohnya jenayah di Washington tetapi menyembunyikan wang di bank Malaysia. [9]

Obama beri harapan baru

Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton memberi harapan baru kepadawarga dunia, termasuk Malaysia. Obama telah melawat Indonesia, Turki dan berucap di Universiti Al Azhar, Mesir.Ketika di Mesir, Obama mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif.

Pada 14-15 Mei 2009, Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berbincang dengan Hillary Rodham Clinton danRichard Lugar di Washington, D.C. Jumlah perdagangan dua hala Malaysia-Amerika ialah AS$49 bilion. AmerikaSyarikat dan Malaysia telah memulakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala sejak Jun 2006 dan akandimuktamatkan.[10]

Pada Jumaat, 26 Jun 2009, jam 9.2 malam, Najib dan Obama berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit.Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung keMalaysia.[11]

Rujukan1. ↑ Malaysia against US interference in Anwar Ibrahim case (http://www.thaindian.com/newsportal/world-news/malaysia-against-

us-interference-in-anwar-ibrahim-case_10067203.html)2. ↑ PPIM Serah Memorandum Bantah Campurtangan Amerika Dalam Urusan Negara

(http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=343884)3. ↑ The Rule of Law Needs to Stand Above Politics in Malaysia (http://72.14.235.132/search?

q=cache:0r0e3Slo3m0J:malaysia.usembassy.gov/casey_pressAnwar0630.htm+tom+casey+anwar&hl=en&ct=clnk&cd=5&gl=my)4. ↑ Najib: Hak Individu Boikot Barangan Amerika (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=383052)5. ↑ Boikot Barangan Amerika Dengan Ada Tujuan (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=383470)6. ↑ Bola Sepak Malaysia: Di Mana Silapnya? (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=204490)7. ↑ Demonstrasi Bantah Kekejaman Israel Di Ibu Kota (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=382659)8. ↑ ANOTHER GUANTÁNAMO IN MALAYSIA? INDEFINITE DETENTION AND RISK OF TORTURE

(http://www.amnesty.org/en/news-and-updates/feature-stories/another-guantanamo-in-malaysia-indefinite-detention-and-risk-of-torture-2006)

9. ↑ Perjanjian Banteras Jenayah M'sia-AS Dikuatkuasa (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=385849)10. ↑ Anifah Aman Akan Lakukan Lawatan Kerja Ke Amerika Syarikat (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?

id=410611) Bernama11. ↑ [Najib Pelawa Obama Melawat Malaysia]

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hubungan_Malaysia_-_Amerika_Syarikat&oldid=3477195"

Kategori: Hubungan Malaysia – Amerika Syarikat Hubungan dua hala Hubungan dua hala MalaysiaHubungan luar Amerika Syarikat

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 03:58, 20 Ogos 2014.Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahanmungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.