hubungan luar negara - bank negara · pdf filepenyertaan bank negara malaysia (bnm) dalam...

1

Upload: duongthuan

Post on 13-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Penyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalamforum antarabangsa, serantau dan dua halapada tahun ini terus tertumpu kepada usaha-usaha menggalakkan kerjasama monetari dankewangan yang lebih erat dan menggesamasyarakat antarabangsa supaya memberi lebihperhatian kepada pandangan dan kebimbanganmengenai isu-isu global yang memberi kesankepada negara-negara ekonomi baru muncul.

Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat serantau Menteri-menteriKewangan Pertubuhan Negara-negara AsiaTenggara (AFMM), Forum Bank Pusat PertubuhanNegara-negara Asia Tenggara (ACBF), Bank-bankPusat Asia Tenggara (SEACEN), MesyuaratEksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan Pasifik(EMEAP), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC),Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) dan Kumpulan15 (G-15). Mesyuarat peringkat antarabangsamerangkumi mesyuarat yang dianjurkan olehBank for International Settlements (BIS), TabungKewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia danPertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).Tumpuan perbincangan di mesyuarat-mesyuaratberkenaan di sepanjang tahun 2000 adalahterhadap kemajuan dalam penyusunan semulastruktur kewangan antarabangsa, inisiatif bagikerjasama serantau dan isu-isu pemantauanserantau dan global.

Perbincangan mengenai pemantauan serantaudi sepanjang tahun 2000 dan pada awal tahun2001 tertumpu kepada isu-isu kadar pertukaranasing serta penyusunan semula sektorperbankan dan sektor korporat. BNM terusmemberi penekanan kepada pertukaranmaklumat dan kerjasama di kalangan bankpusat dalam hubungan dua halanya pada tahun

2000. BNM juga telah bergiat secara aktifdalam mempromosikan Peraturan PembayaranDua Hala (BPA) dengan beberapa buah negaradalam usaha mempergiatkan perdagangandengan Negara Selatan-Selatan danmempelbagaikan profil rakan dagang Malaysia.Pada tahun 2000, BNM telah mencatatkan satupeningkatan yang nyata dalam jumlah pelawatdaripada bank pusat lain, termasuklah merekayang datang untuk program lawatan kerja.Program latihan yang ditawarkan kepada bankpusat lain juga meningkat dengan ketara.

Penyusunan Semula StrukturKewangan Antarabangsa

Penyusunan semula struktur kewanganantarabangsa (IFA) terus menjadi isu pentingdalam agenda forum serantau dan antarabangsadi sepanjang tahun 2000. Penyertaan BNMadalah menjurus kepada menekankan pentingnyamasyarakat antarabangsa meneruskan usahamenyusun semula IFA. BNM menyuarakankebimbangannya dalam pelbagai forum,termasuklah di forum anjuran IMF, APEC, ASEMdan G-15 mengenai risiko sikap mudah berpuashati di kalangan masyarakat antarabangsaterhadap usaha penyusunan semula IFA, ekorandaripada pemulihan ekonomi yang semakinmantap di negara Asia yang dilanda krisis dan

kewujudan semula suasana ekonomi global yanglebih positif. Kebimbangan turut dilahirkanterhadap kelembapan dalammemperkembangkan langkah-langkah untukmenggalakkan sektor swasta supaya lebih telus.

Penekanan oleh IMF, Bank Dunia, ForumKestabilan Kewangan (FSF) dan forum

Hubungan Luar Negara

Pada tahun 2000, penyusunan semula struktur kewangan antarabangsa(IFA) terus tertumpu kepada langkah-langkah yang diambil oleh pihakberkuasa kebangsaan untuk meningkatkan ketelusan dan pengurusanrisiko. Malaysia menyuarakan kebimbangannya terhadap kurangnyakemajuan dalam usaha yang sama oleh pihak swasta, di sampingmenekankan keperluan terhadap satu mekanisme global untuk memantaudan mengurus aliran modal.

Page 2: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Hubungan Luar Negara

antarabangsa lain terus cenderung ke arah usahamenggalakkan pihak berkuasa kebangsaan untukmelaksanakan inisiatif yang dipersetujui untukmempertingkatkan ketelusan dan pengurusanrisiko bagi mengurangkan dedahan kepada krisiskewangan. Dalam hal ini, satu perkembanganyang menggalakkan pada tahun 2000 adalahkeputusan FSF untuk menubuhkan sebuahkumpulan kerja untuk meneliti isu-isu yangberkaitan dengan insentif pasaran dan insentifrasmi bagi menggalakkan sektor awam danswasta melaksanakan piawaian antarabangsa.Satu lagi perkembangan pada tahun 2000 adalahpenerimaan masyarakat antarabangsa

(terutamanya IMF, FSF dan APEC) bahawaperlaksanaan piawaian dan kod antarabangsaharus mengambil kira keupayaan melaksanakandan keadaan spesifik negara yang terlibat.

Walaupun Malaysia menyedari pentingnyatahap ketelusan yang tinggi, ia berkongsikebimbangan dengan negara peserta laindalam Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS)IMF terhadap keperluan data yang terusmeningkat. Ini memberikan kesan yang tidaksepadan terhadap sumber yang terhad dinegara-negara peserta SDDS. Selain itu,tambahan keperluan data biasanya

Pasukan Petugas Forum Kestabilan Kewangan (FSF) mengenai Perlaksanaan Piawaian

• Pasukan Petugas ditubuhkan pada 15 September 1999 dengan objektif-objektif berikut:- Meneliti isu-isu penting; dan- Mempertimbangkan satu strategi untuk menggalakkan perlaksanaan piawaian yang

dikenalpasti untuk sistem kewangan yang mantap.

• Satu laporan telah dikemukakan kepada FSF yang bermesyuarat di Singapura pada 25-26 Mac2000. Isu-isu yang diperbincangkan termasuklah perkara-perkara berikut:- Isu-isu utama untuk menggalakkan perlaksanaan piawaian, seperti menggalakkan komitmen

negara, menyalurkan insentif pasaran dan insentif rasmi serta memobilisasikan sumber menerusi penggiatan perkongsian.

- Satu strategi lima peringkat telah dibentuk untuk:i. Mengenal pasti dan mencapai kesepakatan antarabangsa terhadap 12 piawaian utama;ii. Menyusun keutamaan piawaian untuk perlaksanaan;iii. Membentuk dan melaksanakan satu pelan bertindak untuk melaksanakan piawaian;iv. Menilai kemajuan pematuhan piawaian; danv. Menyebarkan maklumat mengenai kemajuan pematuhan piawaian.

• Dalam menangani isu-isu utama yang dikenal pasti di atas, FSF telah membentuk Kumpulan Susulan terhadap Insentif bagi Menggalakkan Perlaksanaan Piawaian untuk meneliti isu-isu berkaitan insentif pasaran dan insentif rasmi secara lebih mendalam:

Insentif Pasaran: meningkatkan kesedaran umum terhadap piawaian yang relevan dan manfaat yang dapat diperoleh daripada pematuhannya. Ini memerlukan kerjasama rapat di antara Institusi-institusi Kewangan Antarabangsa (IFIs) dan badan-badan pembentuk piawaian, yang perlu digalakkan untuk menambah maklumat mengenai pematuhan piawaianserta membentangkan Laporan Pematuhan Piawaian dan Kod (ROSCs).

Insentif Rasmi: satu pendekatan serampang tiga mata yang menggariskan insentif yang perlu diberi penekanan telah dicadangkan, memandangkan untuk memenuhi kesemua 12 piawaian utama Kompendium Piawaian mungkin terlalu sukar bagi kebanyakan negara.Ini termasuklah insentif yang bertujuan untuk:- Menggalakkan negara-negara supaya menerima pakai piawaian dan pelan

perlaksanaan yang mempunyai kredibiliti; dan- Menggalakkan disiplin pasaran, pematuhan terhadap piawaian yang relevan dan

pendedahan penilaian.

Page 3: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

menyebabkan penduaan data yang telah sediaada dalam laman web negara masing-masing.IMF memperakui masalah kekangan sumberyang dialami oleh negara-negara ini danbersetuju supaya SDDS disemak dari semasake semasa. Penilaian juga perlu dibuat ke atasSDDS samada ia berguna kepada para pelaburdan penganalisa.

Pendirian Malaysia mengenai aktiviti InstitusiBerleveraj Tinggi (HLI) juga telah disuarakanmanakala keperluan untuk suatu bentukpengawalan dan penyeliaan aktiviti HLI telahdiberi penekanan dalam usaha mengelakkankemeruapan yang keterlaluan dalam pasarankewangan. Isu yang agak membimbangkanadalah jumlah dana yang besar yang tersediakepada HLI, yang boleh memberi kesanketidakstabilan yang tinggi terhadap pasaranpertukaran asing dan pasaran modal negaraekonomi baru muncul yang secaraperbandingannya adalah kecil. Sedikit kemajuantelah dicapai dari segi permuafakatanantarabangsa mengenai pengawalan tidaklangsung ke atas HLI. Pada 22 Februari 2001,bank yang bergiat aktif di pasaran pertukaranasing global telah menerbitkan satu set garispanduan amalan urus niaga yang baik untukditerima pakai secara sukarela. Ia merupakantindak balas kepada saranan Kumpulan KerjaFSF mengenai HLI termasuklah langkah-langkahpengawalan pinjaman bank kepada HLI,keperluan ketelusan dan penggunaan kodtingkah laku industri oleh HLI. Ini bertujuanuntuk meningkatkan ketelusan dan pendedahanaktiviti HLI di samping mengukuhkanpengurusan risiko dan amalan institusikewangan apabila berurusan dengan HLI.

Malaysia, walau bagaimanapun, terusmenekankan perlunya pengawalan secaralangsung ke atas HLI. Keperluan ini telahdiiktiraf oleh FSF sewaktu mesyuaratnya diSingapura pada 25-26 Mac 2000. Seterusnya,masyarakat antarabangsa (terutamanya IMF,FSF, APEC dan ASEM) telah memberipertimbangan terhadap kemungkinanmengadakan pengawalan secara langsung keatas HLI, sekiranya langkah-langkahpengawalan secara tidak langsung yangdicadangkan terbukti tidak berkesan.

Dalam hal ini, Malaysia telah berulang kalimenyatakan pandangannya di pelbagaimesyuarat di sepanjang tahun 2000

mengenai perlunya mekanisme global untukmenyelia dan menguruskan aliran modaldalam usaha mewujudkan pasaran kewanganantarabangsa yang berfungsi dengan cekap disamping meminimumkan risiko kemeruapanyang keterlaluan dalam aliran modalantarabangsa. Kemajuan dalam hal ini adalahterhad dan tidak memenuhi saranan yangdikemukakan oleh Malaysia. SebuahKumpulan Perundingan Pasaran Modal telahditubuhkan di IMF untuk memudahkanpemahaman mengenai kedinamikan pasaranmodal antarabangsa dan operasi institusikewangan swasta. Adalah dijangkakanbahawa Kumpulan ini akan menyumbangkepada usaha-usaha untuk memperteguhkanpemantauan IMF dan memudahkanpembentukan dasar yang lebih sesuai ke atasaliran modal. Tambahan lagi, IMF telahmengumumkan keputusannya untukmenubuhkan Jabatan Pasaran ModalAntarabangsa pada 1 Mac 2000. Ianya akanmembantu IMF memenuhi peranannyasebagai pusat kompetensi bagi kestabilansistem kewangan antarabangsa. IMF jugatelah mengendalikan satu kajian mengenai"Pemantauan Berfrekuensi Tinggi terhadapKedudukan dan Urus Niaga dalam PasaranPertukaran Asing" untuk meningkatkankefahamannya mengenai perkembangan dipasaran tersebut. Sesungguhnya, kesimpulanyang dicapai semasa Mesyuarat TahunanIMF/Bank Dunia pada tahun 2000 ialahperlunya bagi IMF untuk membuat kajianyang lebih mendalam ke atas aliran modal.Malaysia masih meragui manfaatmengadakan lebih banyak kajian tanpasebarang cadangan yang membina dankonkrit bagi memastikan aliran modal yangstabil di pasaran kewangan. Oleh itu, diperingkat serantau, beberapa inisiatif telahdilancarkan termasuklah pembentukanmekanisme kerjasama serantau bagimemudahkan pertukaran maklumat mengenaialiran modal di kalangan ahli SEACEN,Reserve Bank of Australia dan Pihak BerkuasaKewangan Hong Kong. Pertukaran yangserupa juga dibincangkan di antara ASEANdengan Republik Rakyat China, Jepun danRepublik Korea sebagai sebahagian daripadapemantauan serantau di kalangan negara ini.

Satu lagi perkembangan penting pada tahun2000 adalah peningkatan dalam kesedaranmasyarakat antarabangsa terhadap perlunya

Page 4: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Hubungan Luar Negara

Mesyuarat-mesyuarat IMF Pada Tahun 2000

I. Mesyuarat Jawatankuasa Monetari dan Kewangan Antarabangsa pada tahun 2000- 16 April, Washington D.C., Amerika Syarikat- 24 September, Prague, Republik Czech

II. Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, 26-28 September, Prague, Republik Czech

Isu-isu yang Dibincangkan• Tinjauan Ekonomi Dunia

- Mengambil maklum mengenai pertumbuhan ekonomi global yang semakin kukuh, yang paling tinggi dalam masa 12 tahun.

- Menyatakan kebimbangan terhadap risiko harga minyak yang tinggi dan paras penilaian ekuiti yang tinggi di rantau G-3.

• Penyusunan semula IMF- Menggesa IMF dan masyarakat antarabangsa untuk mempergiatkan usaha

mengurangkan kerapuhan dan mengelakkan berlakunya krisis.- Mengambil maklum keperluan untuk memastikan manfaat perdagangan bebas dan

pasaran modal antarabangsa yang lebih bersepadu dinikmati oleh kedua-dua negara perindustrian dan membangun.

- Mengambil maklum keperluan bagi IMF disusun semula dan bersesuaian menurut persekitaran yang semakin berubah.

- Mengambil maklum bahawa IMF perlu menumpukan aktivitinya kepada bidang dalam tanggungjawabnya yang utama di samping meneruskan kerjasama dengan agensi-agensilain untuk mengukuhkan kerjasama dan saling melengkapi.

- Menyeru supaya syarat-syarat dasar IMF disemak semula untuk memastikan agar ia ditumpukan kepada isu-isu asas, mempertingkatkan keberkesanan program pembiayaan IMF dan mengambil kira keadaan ahli serta keupayaan mereka dalam melaksanakan program IMF.

- Mengalu-alukan penubuhan pejabat penilaian bebas bagi memperbaiki operasi dan akauntabiliti IMF.

- Mengambil maklum tugas yang sedang dijalankan oleh kumpulan kajian formula kuota dan menekankan agar kuota perlu mencerminkan perkembangan ekonomi antarabangsa.

• Ketelusan dan Akauntabiliti- Menyatakan semula perihal pentingnya ketelusan kerajaan dan institusi kewangan

antarabangsa yang lebih tinggi.- Mengalu-alukan penubuhan pejabat penilaian bebas yang akan melengkapi aktiviti audit

dalaman IMF dan aktiviti penilaian dalaman yang sedang dijalankan.

• Usaha-usaha Mengurangkan Kemiskinan dan Hutang Negara-negara Miskin- Mengalu-alukan peranan IMF yang semakin meningkat di negara-negara miskin dan

mengesahkan laporan kemajuan Inisiatif Negara-negara Miskin yang Banyak Berhutang (HIPC) dan Kemudahan Pertumbuhan dan Pengurangan Kemiskinan (PRGF), yang menyatukan usaha-usaha pengurangan kemiskinan sebagai satu unsur penting dalam strategi baru berorientasikan pertumbuhan untuk negara anggota yang berpendapatan rendah.

- Mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Perlaksanaan Bersama Bank Dunia/IMF untukmemudahkan perlaksanaan Inisiatif HIPC dan proses strategi mengurangkan kemiskinan.

- Mengalu-alukan cadangan untuk membolehkan 20 buah negara sampai ke Peringkat Keputusan menjelang akhir tahun 2000 untuk memastikan kelegaan daripada hutang diberikan berdasarkan komitmen padu kepada pertumbuhan dan pengurangan kemiskinan.

Page 5: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

- Menggesa negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif ini untuk mempercepatkan persiapan Kertas Strategi Pengurangan Kemiskinan (PRSPs), dengan menyatukan langkah-langkah keutamaan bagi penyusunan semula struktural dan pengurangan kemiskinan.

- Menekankan pentingnya penyertaan penuh semua pemiutang dalam Inisiatif HIPC.

• Penglibatan Sektor Swasta- Mengambil maklum kemajuan dalam pembentukan sebuah rangka kerja bagi melibatkan

pemiutang swasta dalam menyelesaikan krisis yang mengimbangi antara kehendak rangka kerja yang jelas untuk memberi panduan kepada jangkaan pasaran dan kehendak fleksibiliti operasi untuk membolehkan tindak balas yang paling cekap dalam setiap kes.

- Mengambil maklum kepentingan fasal tindakan berkelompok dalam penyelesaian krisis dan keperluan untuk memberi layanan sama rata kepada pemiutang swasta yang berlainan kelas.

- Mengesahkan pendekatan yang fleksibel yang digunakan oleh masyarakat antarabangsa untuk menangani kes-kes yang berbeza berdasarkan kepada penilaian IMF terhadap keupayaan membayar dan prospek untuk memasuki semula pasaran oleh sesebuah negara.

• Semakan ke atas Kemudahan IMF- Mengambil maklum penamatan Dana Penstabilan Matawang, Sokongan Kepada Hutang

dan Pengurangan Perkhidmatan Hutang Bank Perdagangan, Kemudahan Pembiayaan StokPenimbal dan bahagian Kemudahan Pembiayaan Ganti Rugi dan Luar Jangka yang membabitkan kemudahan luar jangka.

- Mengambil maklum pengubahsuaian ke atas Saluran Kredit Luar Jangka (CCL) untuk menjadikannya sebagai satu instrumen yang lebih berkesan dalam mencegah krisis.

- Mengambil maklum perubahan kepada terma Kemudahan Siap Sedia dan Kemudahan Pembiayaan Tambahan (EFF) bagi mengelakkan pergantungan kepada sumber-sumber IMF bagi jangka masa yang terlalu lama atau dalam bentuk jumlah yang sangat besar. Penggunaan EFF sepatutnya terhad kepada kes-kes di mana pembiayaan kewangan jangka panjang benar-benar diperlukan.

• Kemajuan Inisiatif di bawah Proses Pemantauan IMF- Mengambil maklum bahawa pemantauan IMF perlu diperkukuhkan lagi untuk mengenal

pasti kelemahan dan jangkaan ancaman terhadap kestabilan kewangan.- Menyokong analisa kelemahan dalam proses pemantauan.- Menggesa IMF supaya memperbaiki pemantauan pelbagai halanya dengan mengambil

kira kesan sejagat dasar nasional.- Menggesa supaya IMF membuat kerja-kerja lanjutan mengenai peraturan kadar

pertukaran, susun atur pembangunan sektor kewangan dan liberalisasi akaun modal, serta pemerhatian dan analisa perkembangan di pasaran modal antarabangsa.

- Meluluskan keputusan untuk memperluaskan liputan Program Penilaian Sektor Kewangankepada 24 buah negara pada tahun 2001.

- Mengambil maklum akan pentingnya bagi negara anggota menyalurkan maklumat dan mematuhi piawaian dan kod IMF.

• Penjagaan dan Salah Lapor- Mengalu-alukan pemakaian rangka kerja yang diperkukuhkan yang merangkumi langkah-

langkah untuk penjagaan penggunaan sumber IMF dan mencegah salah lapor dan salah guna sumber-sumber IMF.

• Rejim Kadar Pertukaran- Mengambil maklum bahawa tiada satu rejim kadar pertukaran yang sesuai untuk semua

negara pada setiap masa.

Page 6: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Hubungan Luar Negara

liberalisasi transaksi akaun modal yang teratur.Para peserta mesyuarat IMF, APEC, G-15, ASEMdan ASEAN memperakui kebimbangan Malaysiabahawa liberalisasi akaun modal melibatkan kosselain memberi manfaat, dan bahawa proses iniperlu diatur dengan baik selaras denganperkembangan rangka kerja sistem kewangandan pengawalseliaan tempatan. BNM jugamenegaskan bahawa negara-negara perlumempunyai pilihan untuk menggunakan kawalanyang bersesuaian, termasuk kawalan pertukaranasing, bagi menangani risiko kemeruapan aliranmodal yang keterlaluan. Dalam tahun 2000,masyarakat antarabangsa (terutamanya IMF,APEC, EMEAP dan Kumpulan Rangka KerjaManila) semakin sedar mengenai kebaikankawalan modal walaupun kawalan terhadapkemasukan modal lebih digemari daripadakawalan ke atas aliran keluar modal. BNM akanterus berusaha untuk menggesa masyarakatantarabangsa supaya tidak menghukum negara-negara yang mengenakan kawalan modal walhallangkah-langkah berhemat seperti ini amat perluuntuk mengembalikan kestabilan pasarankewangan tempatan.

Isu pilihan rejim kadar pertukaran yang sesuaiterus menjadi fokus perbincangan di forum

antarabangsa dan serantau pada tahun 2000.Masyarakat antarabangsa mengakui bahawatidak ada rejim kadar pertukaran yang universalyang sesuai untuk semua negara pada setiapmasa dan negara-negara tidak perlumenghadkan pilihan mereka kepada penyelesaian"dua penjuru" iaitu rejim kadar pertukaran tetapatau rejim kadar pertukaran yang diapung secarabebas. Ini adalah berbeza dengan kenyataanterdahulu, terutamanya dari IMF dan sebilangannegara perindustrian, mengenai kelebihan rejimkadar pertukaran yang lebih fleksibel. Walaupunsetiap negara mempunyai hak untuk memilihrejim kadar pertukaran masing-masing, semuanegara bersepakat bahawa dasar ekonomi makrodan peraturan institusi perlulah konsistendengan rejim yang dipilih. Ini adalah pentinguntuk memastikan rejim yang dipilih dapatbertahan. Pada tahun 2000, masyarakat

antarabangsa telah meminta supaya IMFmeneruskan kajian mengenai isu kadarpertukaran supaya dapat memberi nasihat yangsesuai kepada negara anggotanya.

Satu dimensi tambahan dalam perdebatanmengenai kadar pertukaran telah diutarakansemasa Mesyuarat Menteri-menteri KewanganASEM pada bulan Januari 2001. Para Menteriberpendapat bahawa penyelesaian dua penjuruiaitu rejim kadar pertukaran apungan bebas danrejim kadar pertukaran tetap bukanlahpenyelesaian semulajadi, memandangkan kedua-dua strategi mempunyai keburukan. Rejimperantaraan seperti peraturan jaluran mungkinlebih sesuai bagi negara ekonomi baru munculyang inginkan sedikit fleksibiliti di sampingmengelakkan turun naik kadar pertukaran yangketerlaluan.

Di samping menyedari akan pentingnyamelaksanakan dasar yang selaras dengan rejimkadar pertukaran yang dipilih, BNM juga telahmemperjelaskan kebimbangan Malaysia bahawadasar domestik yang cekap secara sendirinyatidak dapat menjamin kestabilan. Yang palingdibimbangkan adalah kesan limpahan daripadaturun naik keterlaluan di kalangan mata wang

Kumpulan Tiga (G-3), khususnya dolar AS, Eurodan yen Jepun. Dalam hal ini, BNM telahmenegaskan bahawa penyelarasan dasar yanglebih mantap di kalangan negara anggota G-3adalah perlu untuk mengurangkan risikopelarasan yang mengejut dan tidak menentu dipasaran pertukaran asing. Pemantauan IMF keatas G-3 perlu diperkukuhkan, dengan lebihperhatian diberi ke atas kesan sistemik dasar-dasar ekonomi G-3. Dalam hal ini, negara G-3perlu lebih prihatin terhadap kesan global dasar-dasar mereka dalam menangani isu domestik,terutamanya ke atas negara ekonomi barumuncul dan negara membangun.

Satu lagi isu dalam agenda global pada tahun2000 adalah penyusunan semula institusikewangan antarabangsa (IFI). Malaysia kekaldengan pendiriannya bahawa penyusunan semula

Masyarakat antarabangsa menyedari perlunya liberalisasi akaun modal yangteratur dan memperakui bahawa tiada suatu rejim kadar pertukaran yangsesuai bagi semua negara pada setiap masa – pilihan rejim kadar pertukaranpatut disokong oleh asas-asas ekonomi makro dan mencerminkan keadaanspesifik sesebuah negara.

Page 7: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

IFA perlu melibatkan penyusunan semula IMF daninstitusi kewangan antarabangsa dan serantauyang lain. Khususnya, IMF perlumempertingkatkan ketelusan dan akauntabilitinyasendiri, memberikan semula tumpuan kepadafungsi utamanya selain mengelak daripada terlalumencampuri hal dalam negeri negara anggota.Penyusunan semula juga diperlukan dalammempertingkatkan keupayaan IMF menyelesaikanmasalah, berdasarkan pengajaran yang diperolehdaripada krisis kewangan Asia. IMF perlumengelak kecenderungan untuk membebaniprogram pinjamannya dengan isu-isu yang tiadakaitan dengan masalah yang dihadapi.

Dalam hal ini, beberapa kemajuan telah dicapai,terutamanya dalam menyelaraskan kemudahanpinjaman IMF serta penubuhan pejabat penilaianbebas untuk memastikan IMF lebihbertanggungjawab ke atas saranan-saranandasarnya kepada negara anggota. Syarat-syaratpinjaman IMF telah disemak bagi memastikanianya tertumpu kepada perkara-perkara yang

kritikal dan mengambil kira keupayaan sesebuahnegara untuk melaksanakannya. Satu kemajuanpenting yang dicapai adalah semakanpengubahsuaian ke atas kemudahan SaluranKredit Luar Jangka (CCL) IMF untukmeningkatkan kebolehgunaan dankeberkesanannya sebagai satu alat untukmengelak krisis dan seterusnya menghindarkankesan penularan. Bayaran tambahan ke ataskadar faedah dan yuran komitmen ke atas CCLtelah dikurangkan, manakala pengagihanautomatik bahagian awalan dana telah dinaikkankepada satu pertiga daripada keseluruhanpemberian kredit di bawah kemudahan CCL.

Terdapat kata sepakat supaya IMF patutmemberi tumpuan kepada tiga isu utama:peraturan kadar pertukaran; susun aturpembangunan sektor kewangan danliberalisasi akaun modal; serta pemerhatiandan analisa terhadap perkembangan dalampasaran modal antarabangsa. IMF jugadigalakkan supaya meningkatkan usahanya

Kemudahan Kewangan Terpilih IMF

Saluran Kredit Luar Jangka (CCL)Tujuan: Untuk menyediakan kemudahan kredit sebagai langkah berjaga-jaga bagi negaraanggota yang mempunyai dasar ekonomi yang kukuh yang mungkin menghadapi masalahimbangan pembayaran akibat daripada penularan masalah kewangan antarabangsa.Kadar faedah: Kadar faedah SDR, termasuk bayaran tambahan sebanyak 150-350 mata asas.Jadual pembiayaan: Pemberian sebanyak 1/3 daripada jumlah kredit keseluruhan secaraautomatik, di mana bakinya akan diberi selepas persetujuan untuk melaksanakan programpenyesuaian IMF. Tempoh matang: 1 - 1 1/2 tahun, boleh dilanjutkan sehingga 2 – 2 1/2 tahun.

Kemudahan Rizab Tambahan (SRF)Tujuan: Bantuan kewangan kepada negara anggota yang menghadapi masalah imbanganpembayaran luar biasa kesan daripada keperluan untuk pembiayaan jangka pendek yang besarakibat kehilangan keyakinan pasaran secara mengejut dan membinasakan.Kadar faedah: Kadar faedah SDR, termasuk bayaran tambahan sebanyak 300-500 mata asas.Jadual pembiayaan: Disalurkan pada asas suku tahunan, tertakluk kepada pematuhan terhadapkriteria prestasi dan penyiapan semakan ke atas program. Tempoh matang: 1 - 1 1/2 tahun, boleh dilanjutkan kepada 2 – 2 1/2 tahun.

Kemudahan Pertumbuhan dan Pengurangan Kemiskinan (PRGF)Tujuan: Menyediakan bantuan kewangan jangka panjang untuk menyokong program ekonomimakro jangka sederhana dan program pelarasan struktur di negara-negara anggota yangberpendapatan rendah.Kadar faedah: 0.5% setahun.Jadual pembiayaan: Pembiayaan selama tiga tahun, tertakluk kepada pematuhan kriteria prestasidan penyiapan semakan ke atas program.Tempoh matang: 5 1/2 – 10 tahun.

Page 8: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Hubungan Luar Negara

dalam sektor pasaran kewanganantarabangsa. Khususnya, kakitangan IMFdigesa supaya mempertingkatkan pemahamanmereka terhadap kedinamikan pasaran danaliran modal merentasi sempadan.Penyusunan semula berkenaan adalah selarasdengan seruan para Gabenor IMF danwawasan Pengarah Urusan IMF yang baruuntuk memastikan IMF terus relevan dalammemenuhi keperluan negara anggota danpersekitaran di mana ia beroperasi.

Walaupun perkembangan ini dialu-alukan,penyusunan semula yang lebih komprehensifdiperlukan di IMF. Khususnya, IMF perlu lebihbertanggungjawab ke atas dasar yangdisarankannya. Ini mungkin boleh dicapaidengan memberi negara-negara Asia hakbersuara yang lebih besar dalam prosesmembuat keputusan di IMF. Dalam hal ini,satu persetujuan segera terhadap formula baruuntuk pengagihan kuota IMF adalahdiperlukan untuk lebih mencerminkan

perkembangan ekonomi dan sistem kewangandunia. Khususnya, keperluan yang mendesakadalah dalam memastikan supaya pengagihankuota IMF kepada ekonomi berasaskan pasaranyang baru muncul mencerminkan perubahankedudukan mereka dalam ekonomi dunia.

Pada keseluruhannya, beberapa kemajuantelah dicapai dalam mengukuhkan IFA padatahun 2000. Walaupun demikian, lebih banyakyang perlu dilakukan dan BNM akan terusmenekankan keperluan supaya masyarakatantarabangsa meneruskan penyusunan semulaIFA untuk memastikan globalisasi dapatmemberikan kebaikan kepada semua negara.Tanpa penyusunan semula yang menyeluruh,terutamanya dari segi peraturan antarabangsake atas aliran modal, BNM akan mengulangipendirian Malaysia bahawa semua negaraberhak untuk melaksanakan langkah berjaga-jaga yang sesuai, termasuk kawalan modalyang bersifat sementara untuk membendung

turun naik yang keterlaluan dalam pergerakanmodal merentasi sempadan.

Liberalisasi Sektor Kewangan di Pertubuhan Perdagangan Sedunia

Pada tahun 2000, aktiviti PertubuhanPerdagangan Sedunia (WTO) tertumputerutamanya kepada rundingan berkaitan sektorpertanian dan perkhidmatan. Ini disebabkanPersidangan peringkat Menteri WTO yang Ketigadi Seattle (30 November-3 Disember 1999) tidakmencapai persetujuan untuk melancarkan satupusingan rundingan perdagangan komprehensifyang baru, berikutan kegagalan ahli WTO untukmencapai persetujuan mengenai beberapa isuseperti pelaburan, dasar daya saing dan buruh.Berikutan itu, para Pemimpin APEC diPersidangan Kemuncak di Brunei Darussalampada 12–16 November 2000, bersetuju untukmempertingkatkan usaha untuk melancarkanpusingan rundingan perdagangan WTO yangbaru pada tahun 2001. Pemimpin APEC juga

bersetuju dengan saranan Malaysia supayapusingan baru tersebut dilancarkan hanyaapabila persetujuan dicapai mengenai agendayang seimbang dan meluas yang memberipertimbangan terhadap isu-isu yang dianggappenting oleh semua ahli WTO.

Pusingan rundingan baru bagi sektorperkhidmatan, yang merupakan mandatPerjanjian Am mengenai PerdaganganPerkhidmatan (GATS), telah dilancarkan secararasmi pada 25 Februari 2000 oleh MajlisPerdagangan Perkhidmatan WTO. Sebagai penandatangan kepada perjanjianperkhidmatan kewangan dalam GATS, Malaysiaadalah bertanggungjawab kepada prosesmeliberalisasikan sektor perkhidmatan kewangansecara beransur-ansur dan progresif. BNMterlibat secara aktif dalam peringkat "merangkaperaturan" rundingan perkhidmatan, terutamanyadalam rundingan menggubal langkah-langkahperlindungan kecemasan (emergency safeguard

Pada tahun 2000, satu pusingan rundingan baru perkhidmatan yangdimandatkan telah dimulakan. Walau bagaimanapun, pelancaran satupusingan rundingan perdagangan yang komprehensif pada tahun 2001bergantung kepada persetujuan terhadap keseimbangan agenda yangmencerminkan isu-isu yang dianggap penting oleh semua negara anggota.

Page 9: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Langkah-langkah Perlindungan Kecemasan untuk Sektor PerkhidmatanRundingan mengenai ESMs adalah sebahagian daripada mandat yang terkandung dalam Artikel X"Langkah-langkah Perlindungan Kecemasan" GATS.

Tujuan mekanisme perlindungan ini ialah untuk membolehkan ahli WTO melindungi industriperkhidmatan tempatan buat sementara waktu sekiranya komitmen WTO mereka mengakibatkanatau mungkin mengakibatkan kerosakan yang serius terhadap industri tempatan. Ini adalahserupa dengan Perjanjian mengenai Perlindungan dalam sektor barangan.

ESMs yang dijangka boleh diambil termasuklah langkah-langkah untuk menggantung dan/ataumengubahsuaikan komitmen yang telah dibuat dalam jadual komitmen yang spesifik.

measures, "ESMs") bagi sektor perkhidmatan.BNM juga terlibat dalam perbincangan mengenaideraf perjanjian ESMs yang telah disediakan olehASEAN, yang menggariskan objektif, prinsip danunsur peraturan bagi ESMs untuk perdaganganperkhidmatan. Deraf perjanjian mengenai ESMstersebut telah dikemukakan sebagai kertas kerjaberkecuali (non-paper) semasa mesyuaratJawatankuasa Kerja mengenai Peraturan GATSpada 30 November 2000. Disebabkan kerumitanisu berkenaan dengan ESMs, ahli WTO telahbersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir bagi menyelesaikan rundingan mengenai ESMsselama 15 bulan kepada 15 Mac 2002.

Kerja-kerja permulaan bagi peringkat"permohonan dan tawaran" rundinganperkhidmatan yang dijadual bermula padatahun 2001 sedang dilaksanakan. Pada akhirpusingan rundingan perkhidmatan kewangan

lalu yang tamat pada bulan Disember 1997,tawaran yang dibuat oleh Malaysiamencerminkan dasar semasa dalam sektorkewangan serta perubahan yang besar dalamsektor insurans dan sektor kewangan luarpesisir. Khususnya, agregat maksimumpemegangan saham rakyat asing dalam sektorinsurans telah dinaikkan daripada 30% kepada51% tertakluk kepada syarat-syarat tertentu,sementara komitmen telah dibuat untukmemberi enam lesen baru bagi insuranssemula hayat dan tujuh lesen baru bagiinsurans semula am. Di samping itu, sepertiyang dipersetujui dalam WTO, Malaysia telahmenaikkan had maksimum ekuiti rakyat asingdalam syarikat broker saham dan syarikatpemajakan daripada 30% kepada 49% berkuatkuasa 1 Julai 2000. Tambahan lagi, berkuatkuasa 1 Disember 2000, Malaysia juga telahmelaksanakan komitmennya yang terdahulu

Rundingan Perkhidmatan yang Baru DilancarkanTidak seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN yang mempunyai tarikh perlaksanaan yangspesifik pada tahun 2003, GATS tidak mempunyai tarikh akhir untuk liberalisasi sektorperkhidmatan. Sebaliknya, GATS memperuntukkan supaya rundingan berkaitan sektorperkhidmatan dikendalikan setiap lima tahun sekali, bermula dari tarikh penguatkuasaanPerjanjian WTO pada tahun 1995. Peruntukan ini adalah bagi membolehkan proses liberalisasisektor perkhidmatan dilaksanakan secara beransur-ansur dan progresif.

Pusingan rundingan baru sektor perkhidmatan dibahagikan kepada dua peringkat: • Peringkat "merangka peraturan" di mana ahli-ahli berunding mengenai peraturan

baru dan disiplin berkenaan dengan beberapa peruntukan spesifik GATS, termasuk subsidi, perlindungan kecemasan dan perolehan kerajaan. Perbincangan juga tertumpu kepada kaedah dan garis panduan untuk pusingan baru, penjadualan komitmen serta disiplin ke atas pengawalan domestik; dan

• Peringkat "permohonan dan tawaran" di mana ahli-ahli berunding untuk meliberalisasikan lagi sektor perkhidmatan. Walaupun peringkat "permohonan dan tawaran" dijangka dimulakan selepas kerja dalam peringkat "merangka peraturan" selesai, beberapa ahli telah mencadangkan supaya rundingan di peringkat ini dimulakan pada bulan Mac 2001.

Page 10: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

untuk menaikkan jumlah maksimumkemudahan kredit yang boleh diperoleh olehsyarikat milik bukan pemastautin daripadainstitusi perbankan yang dimiliki oleh pihakasing daripada 40% kepada 50%. Tidakseperti beberapa negara Asia yang lain,Malaysia tidak menaikkan had ekuiti rakyatasing dalam sektor perbankan sebagai reaksikepada krisis di Asia. Malaysia memang sudahmempunyai tahap penyertaan asing dalamsektor perbankan yang agak tinggi berbandingnegara Asia yang lain. Terdapat 14 buah bankperdagangan yang mempunyai 100% ekuitirakyat asing di Malaysia. Secarakeseluruhannya, institusi perbankan asing diMalaysia menguasai kira-kira 25% daripadabahagian pasaran sektor perbankan dari segijumlah aset dan jumlah deposit pada akhirtahun 2000.

Pada peringkat "permohonan dan tawaran"rundingan perkhidmatan yang akan datang,Malaysia dijangka akan menerima banyakpermohonan daripada negara lain untukmeliberalisasikan lagi sektor kewangan.Malaysia akan terus dengan dasarmeliberalisasikan sektor kewangan secaraprogresif dengan memastikan bahawa prosesliberalisasi akan memberi faedah kepadaekonomi negara dan tidak mengancamkestabilan pasaran kewangan tempatan. Oleh

itu, kadar proses liberalisasi sektor perbankandan insurans adalah bergantung kepadahaluan yang telah ditetapkan dalam PelanInduk Sektor Kewangan. Strategi yang akandiambil ialah melalui pendekatan liberalisasisecara beransur-ansur dan progresif, selarasdengan keperluan ekonomi negara dankeupayaan infrastruktur yang sedia ada sertarangka kerja pengawalseliaan untuk menerimaperubahan dan risiko yang timbul dalamsuasana yang lebih liberal. Pada masa ini,usaha tertumpu kepada membangunkankeupayaan bagi memperkukuhkan institusikewangan tempatan bagi membolehkanmereka menghadapi persaingan yang lebihsengit dalam suasana yang lebih liberal padamasa hadapan. Oleh itu, BNM telah

menumpukan usaha terhadapmemperkukuhkan rangka kerjapengawalseliaan dan penyeliaan untukmeningkatkan keutuhan dan daya saingsistem kewangan serta meningkatkanpentadbiran korporat dalam sistem perbankan.

Inisiatif Kerjasama Serantau

Kerjasama Kewangan ASEANBNM telah mengambil bahagian dalampelbagai inisiatif penting untuk mengeratkanlagi kerjasama serantau pada tahun 2000. Diperingkat ASEAN, BNM menyelaras usahapenambahan ahli dan pembesaran saizPeraturan Swap ASEAN (ASA) dengan jayanya,iaitu satu tradisi kerjasama kewangan ASEANbagi menyediakan bantuan imbanganpembayaran dan mudah tunai sementarauntuk ahli-ahli yang memerlukannya. Dalamperanannya sebagai Bank Ejen untuk ASA bagitahun 2000-2002, BNM memudahkanpencapaian persetujuan bagi menambahkeahlian ASA untuk merangkumi kesemuabank pusat dan pihak berkuasa kewanganASEAN, dan membesarkan saiz ASA kepadaAS$1 bilion. ASA yang diperbesarkan inimerupakan satu sumbangan penting ASEANkepada inisiatif-inisiatif serantau untukmenggalakkan mekanisme bantuan dansokongan kendiri.

Pada tahun 2000, satu Pasukan Petugas ACBFtelah ditubuhkan untuk menilai kesesuaian,prasyarat dan kelebihan Mata Wang Tunggaldan Mekanisme Pertukaran Asing ASEAN.Walaupun tiada komitmen untuk mengadakanmata wang tunggal untuk ASEAN buat masaini, kerja awal dalam bidang ini adalahsebahagian daripada program jangka panjangkerjasama kewangan ASEAN. Menteri-menteriKewangan dan Ketua-ketua Negara ASEANmenganggap bahawa adalah berguna untukmengenal pasti prasyarat, kos dan faedahmempunyai mata wang tunggal ASEAN. Pemahaman yang lebih mendalam mengenaiisu-isu yang berkenaan akan memudahkanperbincangan dan penggunaan langkah-langkah yang bersesuaian di kalangan negara

Hubungan Luar Negara

Kerjasama kewangan serantau diperkukuhkan lagi pada tahun 2000.Peraturan Swap ASEAN diperluaskan kepada AS$1 bilion dan perbincanganmengenai rangkaian peraturan swap dua hala ASEAN+3 dimulakan dibawah Inisiatif Chiang Mai.

Page 11: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Mesyuarat Forum Bank Pusat ASEAN Pada Tahun 2000

I. ACBF Ke-6, 22 Mac, Brunei DarussalamII. ACBF Ke-7, 21 Ogos, Brunei Darussalam

Isu-isu yang Dibincangkan• Pemantauan Antara Anggota: Dalam keadaan ekonomi di negara-negara ASEAN bertambah

baik pada tahun 2000, risiko masih tetap wujud, termasuk harga minyak yang lebih tinggi, susut nilai mata wang serantau, serta perbezaan dalam kepesatan penyusunan semula sektor korporat dan perbankan. Ahli-ahli bertukar pendapat mengenai langkah-langkah yang telah diambil untuk membangunkan pasaran modal dalam negeri yang bertujuan untuk memastikan pasaran kewangan adalah kukuh dan mempunyai tahap mudah tunai yang tinggi, di samping mempelbagaikan punca pembiayaan.

• Kemajuan dan Isu-isu dalam Memenuhi Keperluan Baru Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) IMF: Ahli-ahli bersetuju bahawa ACBF boleh menjadi forum berguna untuk bertukar maklumat atau mengatasi kebimbangan mengenai keperluan SDDS IMF. Walaupun kebanyakanahli ACBF, termasuk BNM, telah memenuhi templat baru SDDS berkenaan rizab dan hutang luar, kebimbangan mengenai implikasi keperluan tersebut akan dimaklumkan kepada IMF.

• Kajian Semula Peraturan Swap ASEAN: Ahli-ahli bersetuju bahawa kemudahan tersebut diperbesarkan kepada AS$1 bilion dan keahliannya ditambah untuk merangkumi sepuluh buah bank-bank pusat/pihak berkuasa kewangan ASEAN. Ciri-ciri Peraturan tersebut juga akan diubahsuaikan/disesuaikan untuk mencerminkan persekitaran semasa.

• Peraturan Swap dan Perjanjian Beli-Balik Dua Hala (BSA) ASEAN+3 di bawah Inisiatif Chiang Mai: Ahli-ahli bertukar pendapat mengenai terma dan syarat-syarat BSA ASEAN+3 yang dicadangkan.

• Mata Wang Tunggal dan Mekanisme Pertukaran Asing ASEAN: Ahli-ahli bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas yang akan dipengerusikan oleh BNM, untuk menjalankan Kajian Kesesuaian Mengenai Mata Wang Tunggal dan Mekanisme Pertukaran Asing ASEAN.

CMI telah dilancarkan pada 6 Mei 2000 untukmemperkukuhkan mekanisme bantuan dansokongan kendiri serantau di Asia Timursebagai tambahan kepada kemudahan-kemudahan antarabangsa yang sedia ada.CMI mempunyai dua bahagian, iaituPeraturan Swap ASEAN (ASA) yangdiperbesarkan dan rangkaian peraturan Swapdan perjanjian beli-balik dua hala (BSA)antara ASEAN dan Republik Rakyat Cina,Jepun dan Republik Korea.

Matlamat CMI adalah untuk membolehkannegara-negara menggembleng sumber merekadan menyalurkan bantuan kewangan kepadanegara-negara yang memerlukan mudah tunaijangka pendek dan seterusnya mengelakkankemungkinan berlakunya krisis dan kesanpenularan.

ASEAN yang diperlukan untuk mencapaimatlamat jangka panjang ini.

Kerjasama Kewangan ASEAN+3Satu lagi perkembangan penting dalamkerjasama serantau pada tahun 2000 ialahmesyuarat pertama Menteri-menteriKewangan ASEAN+3, yang menyediakanforum yang lebih berkesan untukperbincangan dan kerjasama antaraMenteri-menteri Kewangan ASEAN denganrakan-rakan sejawat dari Republik RakyatCina, Jepun dan Republik Korea (negara-negara +3). Penglibatan BNM dalam forumini menumpukan kepada perkembanganInisiatif Chiang Mai (CMI), satu rangkaianbantuan kewangan serantau di bawahnaungan Proses Menteri-menteri KewanganASEAN+3.

Page 12: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Hubungan Luar Negara

Peraturan Swap ASEAN

Latar BelakangPada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bank-bank Pusat dan Pihak Berkuasa Kewangan ASEANyang ke-6 di Kuala Lumpur pada 15 Januari 1977, para Gabenor ASEAN bersetuju untukmenubuhkan Peraturan Swap ASEAN (ASA) bagi menyediakan bantuan mudah tunai jangkapendek tanpa syarat dan serta-merta untuk pembiayaan pertukaran asing yang tidak didugakepada ahli-ahli yang mengalami masalah mudah tunai sementara.

Pada 5 Ogos 1977 di Kuala Lumpur, Memorandum Persefahaman ASA telah ditandatangani bagijangka masa setahun sebagai permulaan dengan jumlah kemudahan sebanyak AS$100 juta diantara bank-bank pusat Indonesia, Malaysia, Filipina, Negeri Thai dan Pihak Berkuasa KewanganSingapura. Jumlah yang disediakan telah ditambah kepada AS$200 juta pada tahun 1978. Untukmenyelaras dan mengurus kemudahan tersebut, ahli-ahli mengambil giliran (menurut susunanabjad) untuk menjadi Bank Ejen.

Semenjak penubuhannya pada tahun 1977, ASA telah diperbaharui sebanyak lapan kali, di antaratahun 1979 dan 2000. Pembaharuan terakhir, Perjanjian Tambahan Kelapan kepadaMemorandum Persefahaman ASA, telah ditandatangani pada 27 Januari 2000 untuk jangka masasetahun, sementara menunggu kajian semula yang menyeluruh ke atas kemudahan tersebutdijalankan bagi memastikan ia kekal relevan dengan keperluan para ahli.

ASA yang DiperbaharuiKrisis Kewangan di Asia telah mengetengahkan keperluan untuk mengkaji semula kemudahantersebut bagi memenuhi keperluan ahli dalam persekitaran kewangan dunia yang telah berubah.Selain daripada perubahan persekitaran kewangan, kajian semula tersebut juga wajarmemandangkan keahlian ASEAN telah meningkat kepada sepuluh buah negara Asia Tenggara. Dimesyuarat Ke-7 Forum Bank Pusat ASEAN (ACBF) pada 21 Ogos 2000, kerja telah dimulakanuntuk membesarkan saiz kemudahan tersebut kepada AS$1 bilion dan menambah keahlian ASAbagi merangkumi Brunei Darussalam, Kemboja, Lao P.D.R., Myanmar dan Vietnam.

Pada November 2000, bank-bank pusat ASEAN, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura danKementerian Kewangan Brunei Darussalam menandatangani Memorandum Persefahaman ASAyang baru dan yang diperbesarkan. ASA yang sedang beroperasi adalah berkuat kuasa untukjangka masa dua tahun, tertakluk kepada pembaharuan dengan persetujuan bersama dari ahli-ahli yang mengambil bahagian. Selaras dengan ini, tempoh jawatan Bank Ejen yang dilantiktelah dilanjutkan kepada dua tahun untuk menyelaras operasi dan pengurusan ASA.

Mekanisme Swap di bawah ASABantuan kewangan di bawah ASA melibatkan penjualan spot mata wang ahli, bersamapembelian semula hadapan (forward repurchase) mata wang tersebut dengan dolar AS, yen Jepunatau Euro. Permintaan ahli untuk swap mata wang tempatan dengan dolar AS, yen Jepun atauEuro dibenarkan sebanyak dua kali ganda jumlah sumbangan ahli tersebut kepada ASA danuntuk jangka masa tidak melebihi enam bulan. Selaras dengan peranannya sebagai kemudahanpembayaran cepat, permintaan swap ahli untuk bantuan sementara mudah tunai atau imbanganpembayaran akan disahkan melalui Bank Ejen yang akan memaklumkan dan berbincang denganahli lain untuk menilai dan memproses permintaan tersebut (secepat mungkin). Adalahdijangkakan bahawa pembayaran boleh dibuat dalam masa tujuh hari bekerja.

ASA yang diperbesarkan ini merupakan satu langkah ke hadapan yang penting dalammeningkatkan kerjasama kewangan antara negara-negara ASEAN. ASA juga akan memainkanperanan penting dalam usaha untuk membangun dan memperkuatkan mekanisme bantuan dansokongan kendiri, termasuk Inisiatif Chiang Mai.

Page 13: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Peraturan Swap ASEAN yang dibesarkantelah berkuat kuasa pada 17 November 2000,dengan BNM sebagai Bank Ejen untukmenyelaras operasi dan pengurusan ASA(Butir terperinci dalam rencana PeraturanSwap ASEAN).

Peraturan Swap dan Perjanjian Beli-Balik DuaHala ASEAN+3 (BSA) terdiri daripadarangkaian perjanjian swap dan beli-balik duahala antara negara ASEAN dan negara-negara+3. Satu Kumpulan Kerja Mesyuarat ParaTimbalan Menteri Kewangan dan Bank PusatASEAN+3 (AFDM+3) yang terdiri daripadapegawai kanan kementerian kewangan dan bankpusat telah ditubuhkan untuk mengkaji bentukdan ciri-ciri operasi BSA yang dicadangkan.Kumpulan Kerja tersebut telah bertemu

sebanyak dua kali pada tahun 2000, di Bangkok,Negeri Thai pada 22 Oktober, dan di Beijing,Republik Rakyat China pada 6-7 November.

SEACENDi sepanjang tahun 2000, BNM terus memberisokongan kepada aktiviti Pusat Penyelidikan danLatihan SEACEN (South-East Asian Central Banks),terutamanya usaha SEACEN untuk meningkatkanperanannya sebagai pusat yang ulung dalambidang penyelidikan dan latihan yang berkaitandengan tugas-tugas bank pusat dan penyeliaankewangan. Sehubungan dengan ini, beberapaaktiviti SEACEN telah dianjurkan di Kuala Lumpur,termasuklah Persidangan Tahunan Para GabenorSEACEN yang telah diadakan pada bulan Januari2000 dan program-program latihan berkembar diantara Pusat SEACEN dengan berbagai organisasi

Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN dan ASEAN+3 Pada Tahun 2000

I. AFMM Ke-4, 25-26 Mac, Brunei DarussalamII. AFMM Khas Ke-2, 25 September, Prague, Republik CzechIII. AFMM+3 yang Pertama, 6 Mei, Chiang Mai, Negeri ThaiIV. AFMM+3 Ke-2, 25 September, Prague, Republik Czech

Isu-isu yang Dibincangkan• Pemantauan Antara Anggota: Para Menteri mengalu-alukan pemulihan ekonomi negara ahli

yang memberangsangkan dan bersetuju untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai dasar dan aktiviti kerjasama serantau dalam pengawasan aliran modal, mekanisme bantuan dan sokongan kendiri dan penyusunan semula kewangan antarabangsa.

• Kerjasama Kewangan ASEAN: Para Menteri mengambil perhatian kemajuan yang dicapai dalam pelbagai aktiviti kerjasama kewangan serantau untuk mengekalkan pemulihan ekonomi, termasuk pembangunan pasaran modal.

• Kerjasama Kewangan Asia Timur: Para Menteri mengambil maklum kemajuan dalam kajian semula Peraturan Swap ASEAN dan Perjanjian Swap Dua Hala yang dicadangkan di bawah Inisiatif Chiang Mai. Para Menteri meminta kajian lebih lanjut dijalankan ke atas lain-lain peraturan kewangan serantau yang sesuai bagi negara-negara ASEAN+3 yang boleh memberisokongan yang cukup dan bertepatan bagi menjamin kestabilan kewangan serantau.

• Pemantauan Aliran Modal: Para Menteri mengambil maklum perkembangan kerjasama dalampemantauan aliran modal di ASEAN+3, khususnya, perjumpaan pakar-pakar di Bengkel Pengawasan Aliran Modal ASEAN+3 pada April 2000. Tambahan lagi, adalah dipersetujui supaya ASEAN+3 menggunakan rangka kerja yang sedia ada untuk memudahkan pertukaran maklumat berkenaan aliran modal. Para Menteri juga bersetuju untuk mewujudkan satu rangkaian pegawai yang boleh dihubungi (contact persons) bagi membantu pemantauan serantau di Asia Timur untuk meningkatkan keberkesanan ulasan ekonomi dan perbincangan dasar.

• Struktur Kewangan Antarabangsa: Para Menteri mengambil maklum perkembangan di G-7, G-20 dan FSF pada tahun 2000.

Page 14: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Hubungan Luar Negara

pelbagai-hubungan dan institusi-institusiserantau.

Dalam meluaskan program-programberkembarnya, Pusat SEACEN telahmengadakan kerjasama strategik denganbeberapa organisasi, di antaranya IMF, BankDunia, BIS dan Toronto Center. Bagi meluaskanlagi perkongsian pengalaman dan kepakaran diantara gabungan bank pusat, aktiviti latihan diPusat latihan SEACEN terus mendapatkansumber-sumber daripada ahli bank-bank pusatdan pihak berkuasa kewangan serta daripadabank pusat lain seperti Sistem RizabPersekutuan AS dan Bank of England. Dalamusaha untuk meneruskan program latihanberkembar dengan institusi kewanganantarabangsa dan serantau, aktiviti latihan diPusat latihan SEACEN telah memberipenekanan kepada kemahiran sebenar danlatihan kerja praktikal sebagai sebahagiandaripada usaha Pusat tersebut untukmenyediakan latihan yang berkualiti.

SEACEN juga telah memulakan tugasberkaitan Projek Kajian Semula Strategik yangakan menentukan hala tuju masa hadapanPusat tersebut dan mencari jalan untukmemenuhi keperluan ahli-ahlinya denganlebih berkesan. Projek tersebut akan mengenalpasti langkah-langkah perubahan danrangkaian aktiviti yang akan menaikkan statusSEACEN sebagai institut penyelidikan danlatihan untuk bank pusat yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Projek tersebutdibiayai oleh Program Bantuan Teknikal Jepundi bawah naungan IMF dan dijangka siapselewat-lewatnya pada bulan Jun 2001.

Satu perkembangan yang penting pada tahun2000 ialah peningkatan program berkembardi antara SEACEN dengan BIS serta institusidan forum antarabangsa yang lain. Sebagaisalah satu program SEACEN bagimeningkatkan lagi kerjasama di kalanganbank pusat dan pihak berkuasa kewangan,satu kumpulan pakar aliran modal telahditubuhkan pada tahun 2000. PenubuhanKumpulan Pakar SEACEN Bagi Aliran Modal(SEG) adalah hasil daripada cadanganGabenor-gabenor SEACEN supaya PusatSEACEN memainkan peranan yang lebihberkesan dalam mempromosikan kerjasamakewangan serantau. Pesertanya terdiridaripada ahli-ahli SEACEN, Reserve Bank ofAustralia dan Pihak Berkuasa Kewangan HongKong, sementara sokongan teknikaldisediakan oleh Pusat SEACEN. Objektif SEGadalah untuk membentuk rangka kerjaserantau bagi mempromosikan perkongsianmaklumat dalam aliran modal. SEG jugabertujuan untuk membentuk cadangan yangpraktikal dan konkrit yang boleh dilaksanakanoleh para ahli sama ada secara bersendirianatau bersama bagi mempertingkatkanpengurusan aliran modal.

SEG telah bermesyuarat sebanyak dua kalipada 29 Mei di Kuala Lumpur dan pada 6September di Ulaanbaatar, Mongolia. Kerja-kerja di peringkat awal termasuklah merangkareka bentuk templat data bersama danmewujudkan satu senarai pegawai yang bolehdihubungi bagi melancarkan pertukaranmaklumat berkaitan aliran modal sesamaahli-ahli SEG. SEG juga membincangkan isudan arah aliran, termasuk faktor-faktor yang

Program-program SEACEN yang dianjurkan oleh BNM Pada Tahun 2000-2001

Persidangan/Mesyuarat• Persidangan Tahunan Para Gabenor SEACEN yang ke-35 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah

Para Gabenor SEACEN yang ke-19, pada 27-28 Januari 2000

Kursus Latihan• Kursus SEACEN-IMF mengenai Penyesuaian Ekonomi Makro dan Isu-isu Sektor Kewangan,

30 Oktober -10 November 2000

Seminar• Seminar Kepimpinan anjuran bersama SEACEN–Toronto Centre bagi Pengurusan Kanan

Bank-bank Pusat, 24 Jun 2000• Kesan Perbankan Elektronik dan E-Dagang ke atas Fungsi-fungsi Bank Pusat, 9-11 Januari

2001

Page 15: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

mempengaruhi aliran masuk dan keluarmodal bagi negara ahli secara individu,masalah memperoleh data terutamanya yangberkaitan dengan aliran sektor swasta danmasalah dalam membezakan di antara aliranyang berkaitan dengan perdagangan danaliran yang tiada kaitan denganperdagangan. Inisiatif SEG dipengerusikanbersama oleh BNM dan Bangko Sentral ngPilipinas.

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)Di sepanjang tahun 2000, kerjasama APECdalam sektor kewangan tertumpu kepadacabaran-cabaran untuk menguruskan

globalisasi dengan lebih baik. Sejajar denganini, Menteri-menteri Kewangan APEC bersetujuuntuk mempertingkatkan kerjasama teknikalbagi membantu ahli-ahli dalam pembinaankapasiti. Bagi memenuhi objektif jangkapanjang APEC untuk membantu ahli-ahlimengukuhkan asas-asas bagi pertumbuhanyang mapan di rantau ini, beberapa inisiatiftelah dilancarkan untuk meningkatkanpembangunan pasaran kewangan dan modal.

BNM merupakan ahli kumpulan utama dalamPelan Tindakan Sukarela (VAP) untukMenyokong Aliran Modal Yang Lebih Bebas danStabil di rantau APEC. Tujuan VAP ialah untuk

Mesyuarat-mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Pada Tahun 2000

I. Mesyuarat Timbalan Kewangan dan Bank Pusat APEC- 16–19 April, Washington D.C., Amerika Syarikat- 9–10 September, Brunei Darussalam

II. Sidang Kemuncak Tidak Formal Ketua-ketua dan Menteri-menteri Kewangan APEC- 12–16 November, Brunei Darussalam

Isu-isu yang Dibincangkan• Pengurusan Globalisasi: Sejajar dengan pengiktirafan bahawa globalisasi meningkatkan

pendedahan negara-negara terhadap kejutan luaran dan ketidak-teraturan sosial, APEC mengulangi keperluan terhadap institusi yang berkembang pesat dan masyarakat yang terlatih untuk memastikan agar peluang-peluang globalisasi diterokai sepenuhnya. Penekananseterusnya ialah pengurusan yang lebih cekap terhadap kesan-kesan negatif globalisasi, terutamanya penyediaan taraf hidup dan keperluan sosial yang lebih tinggi kepada masyarakat. Terdapat juga penekanan untuk menangani jurang perbezaan di antara yang kayadengan yang miskin dan pengetahuan melalui program-program kerjasama ekonomi dan teknikal untuk membantu ahli-ahli meningkatkan keupayaan yang diperlukan.

• Membentuk Sistem Kewangan Global yang Lebih Kukuh: APEC mengalu-alukankan usaha antarabangsa untuk mengurangkan kejutan kewangan melalui pemantauan antarabangsa, mengukuhkan rangka kerja pengawalan dan penyeliaan serta melibatkan pihak pemiutang swasta dengan sewajarnya dalam penyelesaian krisis. Satu perakuan juga dicapai mengenai perlunya penyusunan semula institusi-institusi kewangan antarabangsa termasuk penyemakan semula kuota IMF untuk mencerminkan perkembangan dalam ekonomi dunia.

Peraturan kewangan serantau yang lain telah juga diiktiraf sebagai berkemampuan secara berkesan untuk mengelak dan menyelesaikan krisis, jika digabungkan bersama sumber-sumberyang disediakan oleh pelbagai institusi-institusi kewangan antarabangsa.

• Membina Asas yang Kukuh: Objektif jangka panjang APEC ialah untuk membina asas yang kukuh bagi pertumbuhan yang mapan di rantau ini dengan membangunkan pasaran kewangan dan modal. Bagi memenuhi objektif tersebut, APEC telah membentuk beberapa inisiatif untuk mengukuhkan usaha pembinaan keupayaan APEC. Malaysia telah mengambil bahagian dalam tiga inisiatif: Pelan Tindakan Sukarela (VAP); Inisiatif Pengurusan Kegagalan Bank; dan Inisiatif Latihan Pengawal-pengawal Kewangan.

Page 16: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

Hubungan Luar Negara

meningkatkan kefahaman ahli-ahli mengenaimanfaat dan risiko berkaitan aliran modalmerentasi sempadan selain menumpukanperhatian kepada pembangunan danperlaksanaan dasar untuk memaksimumkanmanfaat dan meminimumkan risiko. BNMmembentangkan pengalaman Malaysia dalammenangani aliran modal dan dasar yang diambiluntuk mengukuhkan masalah kewangandomestik. Pengalaman terkini telah menunjukkankesukaran ekonomi yang berpunca daripadaanjakan radikal dalam aliran modal merentasisempadan kerana ketiadaan pengawalseliaanantarabangsa terhadap aliran modal. Oleh sebabitu, pendekatan Malaysia menekankan bahawanegara-negara memerlukan fleksibiliti dalammelaksanakan mekanisme yang sesuai diperingkat negara mereka untuk membendungketidaktentuan yang keterlaluan dalampergerakan modal antara sempadan. Oleh keranakeadaan kewangan antarabangsa pada masa kinitelah menyebabkan kemeruapan pasarankewangan yang lebih tinggi dan ketidaktentuanekonomi, pengalaman Malaysia telahmenunjukkan bahawa langkah-langkah yangdibentuk dengan teliti dan terpilih bersama dasarekonomi makro yang pragmatik bolehmenyumbang kepada kestabilan.

Di bahagian dialog dasar dalam laporan VAP,BNM telah menyokong perlaksanaan kod danpiawaian kewangan antarabangsa yang utamabagi menggalakkan pasaran kewangan utuh,cekap dan stabil di rantau ini. Walaubagaimanapun, BNM terus menekankan bahawaperhatian juga harus diberikan kepadakebimbangan dan kekangan yang dihadapi olehnegara-negara ekonomi baru muncul termasukMalaysia, untuk mematuhi kod dan piawaianyang semakin bertambah.

BNM juga merupakan ahli kumpulan utamadalam inisiatif terkini APEC iaitu PengurusanKegagalan Bank. Inisiatif ini bertujuan untukmengkaji dan memperoleh pengajaran daripadapengalaman ekonomi-ekonomi dalam menanganimasalah sektor kewangan. Sementara itu,semenjak tahun 1998, di bawah Inisiatif LatihanPengawal Kewangan, APEC bersama PusatSEACEN dan Bank Pembangunan Asia telahmelaksanakan seminar latihan kepada pengawalsektor kewangan, penyelia perbankan sertapengawal industri sekuriti untuk memperbaikilatihan domestik serta meningkatkan kerjasamaantarabangsa dalam program latihan tersebut. Di

bawah Tahap II inisiatif tersebut, BNM telahterlibat secara aktif dalam Kumpulan PenasihatPenyelia-penyelia Bank APEC danmenyumbangkan bantuan teknikal dan logistikuntuk kursus-kursus dan forum-forum serantau,terutamanya mesyuarat tahunan PersidanganPengarah Penyeliaan SEACEN/APEC.

Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)BNM terus menerima bantuan teknikaldaripada ASEM melalui Tabung AmanahASEM bagi dua buah projek. Projek SistemAmaran Awal akan meningkatkan kemampuanuntuk memantau institusi-institusi kewangan,sementara projek kedua akan memberitumpuan kepada isu-isu berkaitanperlindungan pencarum. Proses perlaksanaanbantuan teknikal bermula pada bulan Ogos1999 dan bantuan teknikal untuk membantukerja-kerja berkaitan dengan sistem amaranawal sedang dilaksanakan. Bagi skim insuransdeposit pula, BNM telah menganjurkan seminarpada 19 Januari 2000 untuk membincangkanpelbagai pilihan skim tersebut.

EMEAPBNM kekal aktif dalam kegiatan EMEAPkerana ia merupakan satu forum pentinguntuk kerjasama monetari dan kewangan dikalangan bank pusat di rantau Asia Timur danPasifik. Para Timbalan EMEAP bermesyuaratsebanyak dua kali pada tahun 2000 (18 Macdi Hong Kong dan 27 Oktober di Bangkok),manakala mesyuarat para Gabenor telahdiadakan di Seoul pada 7 Julai 2000.

Inisiatif baru di bawah proses EMEAPtermasuklah pelancaran MesyuaratPenyeliaan Pasaran Tukaran Asing Serantaupada tahun 2000. Ia bertujuan untukmenyediakan peluang bagi pegawai-pegawaiyang berkenaan daripada bank-bank pusatyang menganggotai EMEAP berinteraksi danbertukar-tukar pandangan dengan pegawai-pegawai institusi lain seperti Federal ReserveBank AS dan BIS, selain sesama sendiri.

Dalam menyumbang kepada usaha-usahameningkatkan kefahaman mengenai isu-isukadar pertukaran, BNM telah mengambilbahagian dalam tiga penyelidikan bersamaEMEAP pada tahun 2000. Penyelidikan iniadalah mengenai Pengalaman dan Isu-isuPraktikal Mengenai Operasi Pertukaran Asing;Penilaian Ketidakjajaran Kadar Pertukaran Asing;

Page 17: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

serta Akaun Modal dan Kadar Pertukaran dalamRumusan Keputusan Dasar Kewangan.

Pada tahun 2000, BNM telah juga mengambilbahagian dalam aktiviti-aktiviti tigakumpulan kerja EMEAP. Ini termasuklahKumpulan Kerja mengenai PenyeliaanPerbankan yang melibatkan penilaian setiapanggota terhadap pematuhan kepada EnamNota Panduan Kumpulan Kerja ini dalammenangani pinjaman bermasalah. BNM telahmenghuraikan pengalamannya berhubungusaha ke arah pendekatan pengawalanberdasarkan risiko, ujian tekanan sertaPeraturan Minimum mengenai PengurusanRisiko Kredit.

Kerja yang berkaitan isu-isu operasi dalammenguruskan aliran modal adalah salah satudaripada projek di bawah Kumpulan Kerjamengenai Pasaran Kewangan. DalamKumpulan Kerja mengenai Sistem Pembayarandan Penjelasan, BNM mengambil bahagiandalam kajian untuk menilai risiko penjelasanpertukaran asing. Dua tema utama dalam

perbincangan EMEAP pada tahun 2000termasuklah keberkesanan dasar kewangansemasa pemulihan ekonomi Asia dan dasarkewangan dalam era aliran modal yangsemakin meningkat.

Kumpulan Rangka Kerja ManilaKumpulan Rangka Kerja Manila (MFG) yangterdiri daripada pegawai KementerianKewangan dan Bank Pusat di peringkatTimbalan bermesyuarat sebanyak dua kali padatahun 2000 (20-21 Mac 2000, di Hong Kongdan 3-4 Disember 2000 di Bangkok).Sebagaimana di tahun lepas, Kumpulan inimenumpukan perbincangan kepadapemantauan serantau dan isu-isu yangmelibatkan sistem kewangan antarabangsa.Mengenai pemantauan serantau, Kumpulan inimengambil maklum bahawa walaupun Asiamengalami pertumbuhan yang kukuh, penunjukmemperlihatkan tanda-tanda bahawapertumbuhan akan menjadi semakin perlahan.Risiko yang wujud termasuklah harga minyakyang tinggi, pertumbuhan yang lebih perlahandalam ekonomi Amerika Syarikat dan sentimen

Mesyuarat–mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Pada Tahun 2000-2001

I. Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin ASEM ke-3, 19-21 Oktober 2000, Seoul, KoreaII. Mesyuarat Timbalan-timbalan Kewangan ASEM, 15 Disember 2000, Tokyo, JepunIII. Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEM ke-3, 13-14 Januari 2001, Kobe, Jepun

Isu-isu yang Dibincangkan: • Mengambil maklum perkembangan Inisiatif Chiang Mai dalam mengukuhkan kerjasama

kewangan Asia, dan usaha negara-negara ASEAN+3 untuk mengukuhkan dialog dasar serantau dan meningkatkan pemantauan serantau.

• Mengambil maklum bahawa tiada satu rejim kadar pertukaran yang sesuai bagi semua negaradalam semua keadaan. Bagi menentukan rejim kadar pertukaran yang bersesuaian, sesebuah negara boleh membuat pilihan daripada berbagai rejim kadar pertukaran, bergantung kepada keadaan tertentu negara tersebut.

• Menyokong usaha-usaha antarabangsa untuk menangani aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) melalui Inisiatif Anti Pengubahan Wang Haram ASEM.

• Mengalu-alukan bantuan teknikal melalui inisiatif-inisiatif ASEM seperti Tabung Amanah ASEM dan Rangkaian Pakar Kewangan Eropah (EFEX) untuk mengukuhkan sistem kewangan. Tabung Amanah ASEM II akan dilancarkan bagi menggalakkan dialog di antara pengubal-pengubal dasar dari Asia dan Eropah.

• Memperakukan "Projek Penyelidikan Kobe" untuk membantu kerjasama penyelidikan serantau dan mengkaji aktiviti-aktiviti dalam isu-isu yang berkaitan di kalangan ahli-ahlinya.

Page 18: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

pasaran kewangan dan modal yang lemah.Kumpulan ini menekankan perlunya lebihbanyak kemajuan dalam penstrukturan semulahutang korporat. Kumpulan ini jugamembincangkan isu kecukupan rizabantarabangsa dan pilihan strategi pertumbuhan. Dalam hal yang berkaitan dengan sistemkewangan antarabangsa, Kumpulan inisependapat dengan forum antarabangsa yanglain bahawa pilihan rejim kadar pertukaranperlu ditentukan berdasarkan keadaan negaraindividu dan disokong oleh ekonomi makro,dasar struktural dan peraturan institusi yangbersesuaian. Kumpulan ini jugamembincangkan kemajuan dalam semakansemula kemudahan kewangan IMF.

Kerjasama Dua Hala

Peraturan Pembayaran Dua Hala (BPA)Pada tahun 2000, BNM terus meningkatkanusaha mempromosikan Peraturan PembayaranDua Hala (BPA) sebagai sebahagian daripadausaha Malaysia untuk mempertingkatkanperdagangan dengan Negara Selatan- Selatanserta mengeratkan lagi kerjasama denganbank-bank pusat yang lain. Usaha tersebut

adalah sejajar dengan dasar Kerajaan untukmempelbagaikan pasaran eksport Malaysia kedestinasi-destinasi bukan tradisional.

Mengikut definisi, BPA ialah sistem penjelasanmonetari yang wujud hasil daripadaperdagangan antara dua buah negara. Kaedahini menukarkan risiko perniagaan yangberkaitan dengan perdagangan kepada risikoberdaulat di mana bank pusat kedua-duanegara akan menjamin pembayaran dalammata wang tempatan kepada pengeksportmasing-masing. Oleh yang demikian, BPAmemudahkan pertumbuhan perdaganganantara kedua-dua pihak walaupun terdapatkekangan rizab pertukaran asing. Semenjak iadiperkenalkan, BPA telah terbukti sebagai

pemangkin yang penting dalam memajukanperdagangan dengan Negara Selatan-Selatan.Sebelum ini, perdagangan dengan negara-negara berkenaan telah terhalang bukansahaja disebabkan oleh pertukaran asing yangterhad tetapi juga kesukaran untukmemperoleh maklumat perdagangan sertakurangnya kerjasama perbankan danhubungan perniagaan.

Semenjak ianya dimulakan pada tahun 1987,sebanyak 31 perjanjian BPA telahditandatangani oleh BNM. BPA telah berjayamenyumbang kepada peningkatan yangsangat ketara dalam perdagangan Malaysiadengan pasaran bukan tradisional, iaitukepada RM26.7 bilion pada tahun 2000daripada RM2.4 bilion pada tahun 1987.Walaupun secara relatifnya perdaganganmelalui kaedah ini adalah kecil jikadibandingkan dengan keseluruhan jumlahperdagangan Malaysia, BPA ternyata telahmemainkan peranannya sebagai pemangkinkepada pertumbuhan perdagangan.Pengalaman telah menunjukkan bahawaperdagangan di bawah BPA ini akanmeningkat pada peringkat permulaan.

Seterusnya apabila pedagang telah mulamengenali rakan dagangannya, mereka lebihcenderung untuk bertukar kepada kaedahperdagangan dan perbankan biasa (yangtelah menjadi semakin kukuh). Sehubunganitu, perdagangan melalui BPA akan mulaiberkurangan. Kejayaan BPA juga dapat dilihatpada peningkatan yang ketara dalam jumlahhubungan perbankan yang telah dijalinkan dibawah BPA (287 semenjak tahun 1987).

Bantuan Teknikal dan PertukaranMaklumat BNMSebagai sebahagian daripada program luaranBank, BNM terus menyediakan bantuan teknikalkepada institusi awam dan sektor swasta asingdalam tahun 2000. Bantuan ini adalah dalam

Hubungan Luar Negara

Bantuan teknikal di antara bank-bank pusat asing menerusi program lawatankerja tertumpu kepada bidang penyeliaan perbankan, sistem pembayaran, isu-isu penstrukturan semula dan pengumpulan data. Malaysia juga telah secaraaktif mempromosikan Peraturan Pembayaran Dua Hala untuk menggalakkanperdagangan dengan Negara Selatan-Selatan dan mempelbagaikan pasaraneksport Malaysia.

Page 19: Hubungan Luar Negara - Bank Negara · PDF filePenyertaan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam forum antarabangsa, ... mengenai isu-isu global yang ... pemiutang swasta dalam menyelesaikan

bentuk program latihan, lawatan sambil belajardan taklimat mengenai beberapa aspek bankpusat di Malaysia.

Selaras dengan dasar Bank untukmenggalakkan kerjasama di kalangan bankpusat, BNM menawarkan 10 tempat dalamKursus Perbankan Pusat (CBC) BNM kepadapeserta luar negara di bawah ProgramKerjasama Teknikal Malaysia pada tahun 2000.CBC adalah program latihan tiga minggu yangintensif dan meliputi aspek praktikal isu-isukewangan dan monetari. Peserta-peserta luarnegara pada tahun 2000 adalah dari bank-bank pusat Bosnia dan Herzegovina,Botswana, Kemboja, Guinea, Indonesia, India,Iran, Iraq, Republik Kyrgyz dan Sudan.

Pada tahun 2000, Bank menerima 37 delegasiasing untuk tujuan lawatan sambil belajar danprogram lawatan kerja. Delegasi ini adalah dariAlbania, Bahrain, Bhutan, Brunei Darussalam,Republik Czech, Cuba, India, Indonesia, Iran,Kazakhstan, Malawi, Mesir, Mongolia, Nigeria,Republik Rakyat China, Republik Uganda, SriLanka, Turkmenistan, Negeri Thai, Uzbekistan,Vietnam dan Zimbabwe. Bagi memenuhibeberapa permintaan tertentu, BNM telahmelibatkan diri dalam kumpulan kajianmengenai pengalaman Malaysia dalambeberapa aspek perbankan pusat, termasukpenyeliaan bank, pengawalan bank, ekonomi,kawalan pertukaran asing, pelaburan danoperasi perbendaharaan, dasar monetari dankewangan, pengurusan dan operasi mata wangserta perbankan Islam. BNM juga menerimakunjungan pelawat dari Australia, Austria,Finland, Perancis, Hong Kong SAR, Jepun,Parlimen Eropah, Republik Rakyat China,Singapura, Switzerland dan United Kingdom.Pertemuan yang diadakan memberi peluangbagi perbincangan mengenai perkembanganekonomi dan sistem kewangan Malaysia sertainisiatif dasar yang telah diambil.