hpd232 4pemikiran pemimpin negara terhadap isu isu global

23
HPD 232 PEMIKIRAN PEMIMPIN NEGARA ~ PEMIKIRAN PEMIMPIN TERHADAP ISU – ISU GLOBAL ~

Upload: tom-dytorn-torney

Post on 23-Dec-2015

61 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

TRANSCRIPT

Page 1: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

HPD 232PEMIKIRAN PEMIMPIN

NEGARA

~ PEMIKIRAN PEMIMPIN TERHADAP ISU – ISU

GLOBAL ~

Page 2: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

GLOBALISASI

Globalisasi boleh bermaksud:- Globalisme, jika hanya aspek ekonominya yang diggariskan, boleh dikatakan bertentang dengan nasionalisme ekonomi dan keperlindungan. Ia berkait kapitalisme dan neoliberalisme. - Ia berkongsi beberapa ciri-ciri dengan keantarabangsaan dan sering digunakan sebagai kata ganti dengannya, walaupun sesetengah lebih suka menggunakan globalisasi untuk menekankan hakisan negara bangsa atau sempadan kebangsaan.

Page 3: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:- Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.) - Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.) - Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.) - Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.

Page 4: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan.Anjakan dari segi ekonomi : Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat

berbanding pertumbuhan ekonomi dunia Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk

pelaburan langsung asing Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan

OPEC melalui perjanjian Pembangunan sistem kewangan global

Anjakan dari segi budaya : Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap, Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya

melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.

Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah Imigras secara sah dan haram yang terus meningkat

Page 5: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

Contoh- contoh Isu Global

Isu-isu Global

Inflasi Krisis Makanan HedonismeKrisis

Alam Sekitar

Page 6: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

INFLASI Sejak kebelakangan ini ekonomi negara bahkan dunia telah

melalui pelbagai isu seperti kenaikan harga minyak mentah, kekurangan bekalan bahan makanan, peningkatan permintaan di dua negara asia yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi hasil daripada pertumbuhan ekonomi iaitu di China dan India serta becana alam yang melanda beberapa buah negara di dunia.

Ekoran daripada kesan global tersebut ianya turut memberikan kesan kepada suasana ekonomi negara dan seterusnya mengakibatkan peningkatan pada pertumbuhan kadar inflasi negara.

Inflasi secara huraian mudahnya adalah sesuatu keadaan ekonomi yang berlaku di sebabkan oleh kenaikan harga (kebanyakan barangan dan perkhidmatan) yang berterusan sehingga memberi kesan kepada kadar nilai wang semasa.

Page 7: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

5 jenis punca yang mendorong kepada keadaan inflasi dalam ekonomi sesebuah negara :

1. Inflasi Tarikan Permintaan

Berlaku apabila bekalan barangan dan Perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih. Contohnya apabila taraf hidup rakyat meningkat dengan kenaikan pendapatan yang diterima oleh kakitangan awam pada tahun lepas.

2. Inflasi Tolakan Kos

Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. Contohnya apabila berlaku kenaikan harga minyak (petrol/diesel/gas) pada masa yang sama kita dapat rasai kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Page 8: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

3. Inflasi Bekalan Wang

Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.

4. Inflasi Pentadbiran Harga

Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran,

Page 9: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

5. Inflasi Yang Diimport

Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau tidak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada negara pengeksport. Contohnya dalam isu bekalan beras kebelakangan ini.

Page 10: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

KRISIS MAKANAN

Sebab berlakunya krisis makanan di dunia Kenaikan harga makanan dunia Ketidakstabilan politik dan ekonomi Tahap kemiskinan di Negara membangun Bencana alam Peperangan Ketiadaan infrastuktur yang baik untuk pertanian Kenaikan harga bahan bakar

Page 11: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

PERANAN KUASA DUNIA DAN PERTUBUHAN LAIN

Kuasa kumpulan 8 (G8) Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (UN) Kuasa veto didalam UN Pertubuhan Negara – Negara Islam (OIC) Kesatuan Eropah (EU) ASEAN

Page 12: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

STRATEGI PROGRAM MAKANAN DUNIA (WFP) Menyelamatkan setiap nyawa yang menjadi pelarian dan semasa

keadaan kecemasan Memperbaiki nutrisi dan kualiti hidup masyarakat pada keadaan

yang kritikal Membantu membina asset dan mempromosi kebolehan diri

kepada masyarakat miskin.

Page 13: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

BERHADAPAN DENGAN KRISIS MAKANAN

Akses kepada makanan Mengambil kira keperluan, Potensi Kenaikan produk berasaskan makanan Pengeluaran Penyimpanan Proses Pengagihan Pasaran dan semasa kecemasan

Page 14: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

PERTUBUHAN DIDALAM PROGRAM MAKANAN DUNIA (WFP) Agensi Kerajaan Antarabangsa

DFID, ECHO, EUROPEAID, USAID

Agensi Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (UN) Food and Agriculture Organisation (FAO) International Fund for Agricultural Development (IFAD)

Agensi bukan Kerajaan Antarabangsa Save the Children, Catholic Relief Services dan Norwegian

Refugee Council Badan korporat seperti TNT, Citigroup, the Japan Ad Council

and the Boston Consulting Group

Page 15: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

HEDONISME

Dalam keghairahan mantan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan konsep Islam Hadhari yang bermatlamat melahirkan umat Melayu yang seimbang pencapaian antara kejayaan duniawi dan ukhrawi, rakyat negara ini dihimpit oleh budaya kuning yang diimport dari luar.

Budaya hedonisme juga menggalakkan para remaja untuk mengagung-agungkan penyanyi barat. Amalan ini bukan sahaja mambazirkan wang ringgit, malahan juga masa yang tidak ternilai. Akibat amalan ini, para remaja mula mengidolakan penyanyi yang membawa imej budaya kuning ini.

Page 16: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi baru-baru ini telah menggariskan modul pembangunan insan sebagai teras utama. Hal ini jelas membuktikan peri pentingnya golongan muda sebagai tangan yang turut sama membangunkan negara. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kenyataan ini haruslah disedari setiap belia di negara kita. Ironinya, generasi muda masa kini bukan sahaja bersikap ‘acuh tak acuh’, malahan terjangkit dengan budaya hedonisme yang kian merebak dengan meningkatnya pengaruh pihak media. 

‘Budi bahasa budaya kita’. Rangkaian kata yang merupakan slogan Kempen Berbudi Bahasa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan  ( KEKKWA) ini sebenarnya mendukung seribu satu makna. Budaya hedonisme telah dikenal pasti sebagai agen penghakis amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak muda. Melalui media hiburan yang dibawa dari Barat, anak-anak muda telah didedahkan dengan adat pertuturan yang kasar, gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas. Pada masa kini, kita boleh melihat album-album lagu Barat yang berlambak di pasaran tempatan.

Page 17: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

Budaya hedonisme telah melahirkan generasi muda yang tidak mementingkan masa depan. Apa tidaknya, golongan remaja ini hanyalah hendak bersuka ria tanpa matlamat hidup yang tinggi. Pada pendapat mereka, mereka hanyalah hidup untuk bersuka ria dan berfoya-foya. Mereka tidak merancang untuk masa depan yang lebih cerah, sebaliknya semakin mundur apabila masa ditelan zaman. Orang lain semakin jauh ke depan, manakala anak muda kita masih lagi terkial-kial di belakang.

Usaha tokoh pejuang tanah air memperjuangkan kemerdekaan akhirnya tersia apabila negara kita tidak dapat dibangunkan oleh warganegara Malaysia, sebaliknya hanya bergantung harap kepada negara lain. Hendakkah kita balik ke cengkaman kuku besi penjajah? Sanggupkah kita hidup di bawah telunjuk orang lain? Sewajarnya, golongan pemuda yang merupakan generasi pelapis pemimpin masa kini haruslah sedar daripada dibuai mimpi-mimpi kosong dan seterusnya, memegang tanggungjawab mereka dengan berusaha ke arah yang lebih baik. 

Budaya hedonisme merupakan gaya hidup yang bercanggah dengan norma hidup masyarakat yang menghendakkan kejayaan. Jadikanlah diri cemerlang, gemilang dan terbilang dengan mengetepikan budaya hidup yang memakan minda, diri, masyarakat dan negara ini. Jadikanlah diri seorang yang berguna untuk keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebagai generasi muda, kita haruslah mempersiapkan diri untuk memajukan negara.

Page 18: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global
Page 19: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

MENANGANI ISU PEMANASAN GLOBAL DAN BENCANA ALAM

TANGGUNGJAWAB NASIONAL DAN ANTARABANGSA

Sejak akhir-akhir ini ramai yang telah mula menyedari dan sering kedengaran keluhan seumpama ‘keadaan hujan lebat yang berpanjangan’, ‘cuaca terlalu panas’, ‘cuaca tidak menentu atau sudah tidak mengikut musim lagi’.

Perkara ini sangat membimbangkan kita walaupun tidak semua bencana alam berpunca dari pemanasan global. Kenapa ini terjadi? Adakah dunia sudah semakin tua atau sudah sampai ke penghujungnya? Apa akan terjadi jika keadaan ini berterusan? Inilah persoalan yang masih menjadi perdebatan hangat di kalangan saintis demi survival penduduk dunia yang sudah menjangkau lebih enam bilion penghuni.

Page 20: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

Di era industri sains dan teknologi berkembang pesat, manusia mampu mengecapi nikmat kesejahteraan hasil hubungan manusia dengan alam sekitar. Manusia juga hampir lupa untuk mengamati dan peka terhadap pencemaran alam yang menyebabkan bencana alam berlaku.

Pemanasan global dan bencana alam merupakan dua isu yang berbeza namun berkaitan antara satu dengan yang lain. Dua perkara ini harus diberi perhatian yang khusus kerana ia boleh menjadi salah satu ancaman yang paling serius kerana terjadinya bencana alam berpunca dari pemanasan global manakala pemanasan global terhasil dari penipisan lapisan ozon akibat pencemaran alam. Justeru mengenal pasti punca dan langkah-langkah signifikan perlu diambil bagi mengatasi pemanasan global dan bencana alam.

Pakar alam sekitar telah merumuskan bahawa antara lain punca utama ke semua ini dianggap hasil dari aktiviti manusia. Kebanyakan kegiatan dipercayai bersumber dari pembakaran bahan bakar fosil yang melepaskan karbon dioksida dan gas rumah hijau serta gas-gas lainnya ke atmosfera, pada masa yang sama berlaku penghakisan hutan hijau yang tidak terkawal di negara maju dan sedang berkembang.

Page 21: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

Ini mengakibatkan bumi menghadapi pemanasan yang drastik dan menyumbang kepada kenaikan suhu permukaan bumi serta ketidakstabilan ekosistem. Secara umum implikasi pemanasan global telah mencairkan ais di benua antartika dan menghangatkan lautan, diikuti dengan hujan luar biasa menyebabkan banjir besar menenggelamkan kawasan tanah rendah bumi sementara dibahagian kawasan lain bumi mengalami kekeringan. Kenaikan paras air laut, kemarau, puting beliung, ribut taufan, El-Nino, La-Nina, hujan asid, ribut salji, banjir kilat dan tanah runtuh merupakan antara senario bencana alam akibat kesan pemanasan global. Keadaan ini juga turut mempengaruhi kesihatan manusia dan menjejaskan habitat semula jadi.

Sebenarnya masalah ini sudah menjadi tumpuan dan perhatian di kalangan pengkaji sejak dulu lagi. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) pada tahun 2001 bahawa suhu udara global telah meningkat 0.6 darjah celsius (1 darjah fahrenheit) sejak 1861. Menurut kajian IPCC atmosfera bumi diramal meningkat sehingga mencapai 1.4-5.8 darjah celsius (2.5-10.4 darjah fahrenheit) dan paras laut pula dijangka naik antara 9 hingga 88 sentimeter (0.09-0.88 meter) pada tahun 2100. Terbaru sidang kemuncak perubahan iklim IPCC yang diadakan di Paris menggambarkan senario masa depan bumi yang suram dan membimbangkan. Keadaan ini hendaklah ditangani secara global serta menuntut tindakan pencegahan yang lebih tegas.

Page 22: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

Islam mengajar kita supaya sentiasa mengamalkan suruhannya dan menjauhi segala larangannya. Mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab bersama bagi mengelakkan dosa dan kemaksiatan berleluasa. Dari sudut alami pula ia berkaitan dengan aktiviti kehidupan seharian manusia yang tidak bertanggungjawab. Dalam Al-Qur’an ada dijelaskan melalui firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ar-Rum ayat 41 mafhumnya: “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Lantaran itu sikap menghargai nilai alam sekitar dan kesedaran terhadap punca pemanasan global perlu ada pada setiap individu kerana ia masih mampu dikawal. Integrasi serta tindak balas segera secara menyeluruh dari semua pihak dan negara dunia sangat perlu ke arah mengurangkan kesan pemanasan global dan mencari jalan alternatif bagi mengatasi masalah ini.

Page 23: Hpd232 4pemikiran Pemimpin Negara Terhadap Isu Isu Global

SEKIAN, TERIMA KASIH…,