hubungan jepun china

12
1.0 PENGENALAN Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai keadaan semula jadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai suatu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan. 1 Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan. 2 Misalnya, keindahan alam semula jadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun. Hal ini demikian kerana secara lagendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon (Nippon) 3 dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari terbit. 4 Manakala secara geografinya, Jepun merupakan sebuah negara yang terletak sebahagian daripada Zon Asia Timur yang kedudukannya berdekatan dengan China, Korea, Taiwan dan Vietnam. 5 Kepulauan Jepun ini terdiri daripada empat pulau utama iaitu Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang berhampiran. Honshu merupakan pulau terbesar mempunyai beberapa buah bandar-bandar terbesar di Jepun seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya dan Yokohama, dan secara tidak langsung kebanyakan penduduk Jepun tinggal di pulau Honshu ini. 6 Pulau Honshu mempunyai perkembangan perbandaran yang pesat berbanding pulau-pulau lain kerana pulau ini mempunyai satu per lima dataran lanar berbanding empat per lima daripada tanah yang lain di 1 W. Scott Morton, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah dan Budaya, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 1. 2 Ibid. 3 Istilah Nihon telah diterima secara amnya sebagai nama untuk Jepun dan pertama kali digunakan oleh para cendiakawan Korean yang telah ramai datang ke Jepun semasa awal abad ke-7. Manakala penggunaan istilah Nippon secara meluas adalah semasa era pemerintahan Meiji (1868-1912) dan Taisho (1912-1926). Lihat, M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd., 1988, hlm. 1. 4 Ibid. 5 Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah Sebuah Negara, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 2. 6 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd., 1988, hlm. 1.

Upload: eyzasakura86

Post on 08-Jun-2015

1.863 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hasil tulisan ini adalah salah satu tugasan yang dihasilkan untuk subjek Sejarah Jepun.

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Jepun China

1.0 PENGENALAN

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai keadaan semula jadi

yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai

suatu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi,

kebudayaan dan sosial. Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan

nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun

secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat

kepulauan.1 Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah

kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan.2 Misalnya, keindahan alam semula jadi yang

terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun. Hal

ini demikian kerana secara lagendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal

daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan

negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna

Nihon (Nippon)3 dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari

terbit.4

Manakala secara geografinya, Jepun merupakan sebuah negara yang terletak

sebahagian daripada Zon Asia Timur yang kedudukannya berdekatan dengan China, Korea,

Taiwan dan Vietnam.5 Kepulauan Jepun ini terdiri daripada empat pulau utama iaitu Honshu,

Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang berhampiran. Honshu merupakan

pulau terbesar mempunyai beberapa buah bandar-bandar terbesar di Jepun seperti Tokyo,

Osaka, Kyoto, Nagoya dan Yokohama, dan secara tidak langsung kebanyakan penduduk

Jepun tinggal di pulau Honshu ini.6 Pulau Honshu mempunyai perkembangan perbandaran

yang pesat berbanding pulau-pulau lain kerana pulau ini mempunyai satu per lima dataran

lanar berbanding empat per lima daripada tanah yang lain di Jepun adalah diliputi oleh

pergunungan. Misalnya, tiga dataran yang subur di Honshu adalah seperti Kanto di Teluk

Tokyo, Kinai di Teluk Osaka dan Teluk Ise.7 Oleh itu, keadaan tanah yang subur ini

1 W. Scott Morton, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah dan Budaya, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 1.2 Ibid.3 Istilah Nihon telah diterima secara amnya sebagai nama untuk Jepun dan pertama kali digunakan oleh para cendiakawan Korean yang telah ramai datang ke Jepun semasa awal abad ke-7. Manakala penggunaan istilah Nippon secara meluas adalah semasa era pemerintahan Meiji (1868-1912) dan Taisho (1912-1926). Lihat, M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd., 1988, hlm. 1.4 Ibid.5 Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah Sebuah Negara, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 2.6 M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd., 1988, hlm. 1.7 Ibid.

Page 2: Hubungan Jepun China

menyebabkan kawasan tersebut mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi berbanding

kawasan-kawasan lain.

Kedudukan geografi Jepun yang terpisah dan terasing ini sememangnya memainkan

peranan yang penting dalam membentuk Jepun menjadi sebuah negara yang bercirikan

pemencilan, di samping menjadikan masyarakat Jepun sebagai sebuah masyarakat yang

mempunyai kesedaran yang tinggi dan sentiasa berhati-hati terhadap masyarakat luar.8 Hal ini

demikian kerana hubungan antarabangsa Jepun dan perasaan kurang senang yang dihadapinya

mengenai kedudukan mereka di mata dunia amat berkait rapat dengan pemencilan ini. Walau

bagaimanapun, sifat pemencilan Jepun inilah yang telah mendorong mereka untuk berusaha

membentuk tamadun dan budaya yang istimewa dan setanding dengan tamadun dunia yang

lain. Misalnya, masalah jarak bukan lagi menjadi faktor penghalang kepada Jepun untuk

muncul sebagai antara negara yang unggul dalam perdagangan global.9 Sehingga ke hari ini,

Jepun merupakan antara negara dari benua Asia yang berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama

rendah dengan negara-negara maju dari Barat seperti Amerika Syarikat, England, dan Russia

sama ada dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial.

Oleh itu, hubungan antarabangsa yang terjalin antara Jepun dengan negara-negara lain

merupakan satu aspek yang amat penting untuk dibincangkan. Hubungan diplomatik Jepun

dengan negara luar dalam era moden telah bermula semenjak era Meiji lagi iaitu dengan

tujuan, ‘to the attainment of national security and equality with other members of the family

nations’.10 Hubungan diplomatik Jepun juga boleh diklasifikasikan kepada dua arah iaitu

pertama terhadap negara jirannya, China dan Korea manakala kedua terhadap negara-negara

Barat. Penulis akan membincangkan mengenai hubungan dua hala yang terjalin antara Jepun

dengan China bermula sejak zaman awal sehingga kepada zaman moden meliputi aspek-aspek

seperti masalah yang dihadapi dan kesan-kesannya. Hubungan dua hala yang terjalin antara

Jepun dengan China sememangnya amat penting memandangkan hubungan ini bukan sahaja

mendatangkan kesan ke atas kedua-dua buah negara ini tetapi turut mempengaruhi keadaan

semasa pada peringkat global.11

2.0 HUBUNGAN AWAL JEPUN DAN CHINA

8 Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah Sebuah Negara, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 4.9 Ibid., hlm. 2.10 Masamichi Royama, Foreign Policy of Japan 1914-1939, Tokyo: Japanese Council Institute of Pacific Relations, 1941, hlm. 1.11 Greg Austin and Stuart Harris, Japan and Greater China: Political Economy and Military Power in Asian Century, United Kingdom: C. Hurst & Co., 2001, hlm. 2.

Page 3: Hubungan Jepun China

Secara asasnya, Jepun sememangnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan negara

China terutamanya dalam aspek ketinggian kebudayaan iaitu kebanyakan budaya Jepun

adalah berasal dari China. Hal ini demikian kerana kebudayaan Jepun itu sendiri telah

dianggap sebagai “daughter of Chinese civilization” sama seperti negara-negara di Eropah

Utara yang menjadi “daughter of Mediterranean civilization”.12 Walau bagaimanapun,

penerimaan kebudayaan China ini adalah rasional kerana bukan sahaja Jepun yang menerima

pengaruh daripada kebudayaan China ini, tetapi negara-negara di Zon Asia Timur yang lain

seperti Korea dan Taiwan turut menerima pengaruh yang sama memandangkan keadaan ini

adalah impak daripada dominasi China13 di Asia Timur sejak sekian lama. Namun begitu,

pengaliran kebudayaan dari luar ke dalam masyarakat Jepun ini tidak diterima semata-mata

tetapi akan digabungkan dengan tradisi ringkas penduduk Jepun untuk membentuk satu

budaya baharu yang bersesuaian dengan keadaan geografi mereka.14

Pengaliran masuk pengaruh China ke Jepun secara rasmi bermula pada tahun 552 iaitu

pada tahun yang sama ajaran Buddha diperkenalkan kepada pemerintah Yamato daripada

kerajaan beraja di Korea Selatan.15 Walau bagaimanapun, sebelum tarikh rasmi ini terdapat

kumpulan perutusan dan ahli perniagaan yang telah berulang-alik antara Jepun dan China

pada abad ke-4 S.M sehingga abad pertama Masihi. Selain itu, pengaruh kebudayaan China

juga meresap ke Jepun melalui bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian

kerana pemerintah Jepun telah melaksanakan pemilihan sekumpulan anak-anak muda bagi

mempelajari ilmu pengetahuan dalam bidang kesusasteraan China, falsafah, sejarah atau

teologi Buddha, kemahiran dalam seni lukis, puisi dan muzik di negara China. Tindakan ini

bukan sahaja dapat menjadi bukti bahawa pemerintah Jepun pada ketika itu mempunyai

keupayaan dan kebijaksanaan yang hebat tetapi secara tidak langsung telah membantu

perkembangan Jepun sebagai sebuah tamadun. Selain itu, tindakan ini juga telah menjadi

pemangkin kepada pembaharuan yang pantas di Jepun iaitu melalui Reformasi Taika.

3.0 ANALISIS HUBUNGAN JEPUN DAN CHINA

12 Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah Sebuah Negara, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 3.13 Zaman keagungan China bermula seangkatan dengan kegemilangan Rom iaitu antara abad ke-220 S.M sehingga 220M.14 Hal ini dapat menafikan konsep yang menganggap masyarakat Jepun hanyalah peminjam atau peniru kerana keadaan terasing bukan sahaja meningkatkan kesedaran mereka untuk mempelajari sesuatu dari negara luar tetapi secara tidak langsung telah mendorong mereka untuk membentuk keunikan tamadun yang tersendiri . Misalnya, rupa bentuk rumah Jepun yang unik. 15 Ibid., hlm. 12.

Page 4: Hubungan Jepun China

Setiap negara pastinya akan menjalankan hubungan luarnya dengan negara-negara lain

sama ada melalui hubungan politik, ekonomi mahupun kebudayaan. Greg Austin dan Stuart

Harris telah menyatakan mengenai kepentingan sesebuah hubungan dua hala yang terjalin

antara negara iaitu, ‘The bilateral relationship has an important impact on the economic

perfomance and strategic standing of each...’. Hubungan yang terjalin antara Jepun dengan

China sememangnya sering menjadi perhatian dunia untuk dibincangkan kerana hubungan

antara kedua-dua buah negara ini adalah tidak menentu. Hal ini demikian kerana sering sahaja

terdapat pelbagai masalah atau isu yang menghalang hubungan tersebut menjadi tidak dingin.

Oleh itu secara keseluruhannya, hubungan antara Jepun dengan China adalah dingin kerana

kedua-dua buah negara besar di Asia Timur ini sering sahaja mengalami pertelingkahan

mengenai sesuatu perkara yang menyebabkan pelbagai masalah timbul dan dibangkitkan.

Pada kebiasaannya, perbincangan mengenai hubungan antara Jepun dengan China ini akan

dihuraikan melalui beberapa pembahagian masa iaitu sebelum dan semasa Perang Dunia

Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua iaitu antara tahun

1931 hingga 1945, hubungan antara Jepun dengan China berlaku melalui peperangan yang

berlaku. Hal ini demikian kerana Jepun dan China telah berhadapan dengan masalah

mengenai Manchuria.

Perang Dingin telah bermula setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua. Oleh itu,

keadaan ini turut mempengaruhi hubungan antara Jepun dan China. Hal ini demikian kerana,

akibat daripada Perang Dingin ini, kedua-dua buah negara ini berada dalam keadaan

kelompok yang saling bermusuhan.16 Keadaan ini sebenarnya turut dipengaruhi oleh beberapa

faktor lain, antaranya ialah faktor politik dalaman di kedua-dua buah negara dan juga tekanan

yang dihadapi oleh Jepun daripada Amerika Syarikat yang mahu menjadikan Jepun sebagai

benteng untuk menentang atau menghalang penularan komunisme di Asia Timur. Walaupun

sehingga tahun 1972 negara Jepun dan China tidak menjalankan perhubungan diplomatik

antara satu sama lain, tetapi masih terdapat hubungan yang terjalin melalui badan-badan

bukan kerajaan kedua-dua negara ini. Pengenalan diplomasi yang diistilahkan sebagai

diplomasi rakyat ini sememangnya telah dapat membawa era pembaharuan dalam hubungan

kedua-duanya. Diplomasi ini bukan sahaja memberi penekanan terhadap aspek ekonomi tetapi

turut menjalin hubungan melalui pertukaran kebudayaan yang terjalin melalui persatuan-

persatuan persahabatan dan lain-lain organisasi bukan kerajaan.17

16 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 122.17 Ibid., hlm. 123.

Page 5: Hubungan Jepun China

Kesan daripada diplomasi rakyat ini ialah menyebabkan semakin ramai orang Jepun

daripada pelbagai kumpulan seperti persatuan wanita, belia, kesatuan pekerja dan juga ahli

parlimen yang mengunjungi China di samping diplomasi inilah yang telah membawa kepada

termeterainya perjanjian antara bukan kerajaan dalam pelbagai bidang seperti perdagangan,

perikanan dan kebudayaan.18 Misalnya, dalam tahun 1952, 1953 dan 1955 terdapat kira-kira

40 perjanjian perdagangan dan kebudayaan yang dimeterai oleh organisasi awam dan syarikat

persendirian kedua-dua buah negara ini.19 Hal ini dapat membuktikan bahawa polisi yang

dilaksanakan oleh Jepun semenjak tahun 1951 adalah memisahkan antara hubungan politik

daripada ekonomi.20 Hal ini juga dapat menjadi bukti bahawa matlamat utama Jepun dalam

zaman selepas perang kebanyakannya adalah tertumpu dalam bidang ekonomi, dan negara ini

sedang mencari keperibadian dan kekuatannya dalam kalangan masyarakat antarabangsa

semata-mata dari segi ekonomi.21 Selain itu, melalui hubungan ekonomi dan kebudayaan yang

terjalin ini telah dapat memberikan peluang kepada China untuk menekan Jepun dari segi

politik khususnya dengan mengiktiraf Peking dan memutuskan hubungan diplomatik dengan

Taiwan.22 Oleh itu, dapat penulis merumuskan bahawa sehingga tahun 1972, hubungan Jepun-

China adalah atas usaha dan kesedaran rakyat Jepun untuk mengimbangi penggantungan

Jepun kepasa pasaran Amerika Syarikat di samping memperlihatkan rasa bersalah terhadap

apa yang pernah dilakukan oleh Jepun.

Seterusnya, hubungan diplomatik antara Jepun dan China menjadi semakin pulih

akibat pengaruh daripada pemulihan hubungan antara Amerika Syarikat dengan China. Hal

ini demikian kerana tindakan Presiden Nixon melawat Beijing pada bulan Mac 1972 telah

memberikan kejutan kepada Jepun memandangkan Amerika Syarikat tidak mengadakan

rundingan dengan Jepun terlebih dahulu mengenai rancangan pemulihan hubungan dengan

China tersebut.23 Pada penilaian penulis, situasi ini telah menyebabkan Jepun menyedari

bahawa mereka tidak mempunyai alternatif lain selain daripada turut memulihkan hubungan

mereka dengan China. Namun begitu, kesan positif yang diperoleh China daripada pemulihan

hubungan ini ialah Jepun telah mengiktiraf bahawa Republik Rakyat China dan Taiwan

adalah sebahagian daripada China. Hal ini demikian kerana selepas normalisasi ini, Jepun

18 Ibid.19 Savitri Vishwanathan (Editor), Japan: The New Challenges, New Delhi: Allied Publishers Private Limited, 1982, hlm. 21.20 Ibid.21 Yasasuke Murakami dan Yutaka Kosei, Jepun dalam Komuniti Sejagat: Peranan dan Sumbangan Pada Abad Ke-21, Malaysia: Yayasan Penataran Ilmu, 1988, hlm. 13.22 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 124.23 Savitri Vishwanathan (Editor), Japan: The New Challenges, New Delhi: Allied Publishers Private Limited, 1982, hlm. 22.

Page 6: Hubungan Jepun China

telah mengumumkan tiga perkara utama dalam dasar luar ke atas China iaitu pertama, Jepun

mengiktiraf China sebagai kerajaan sah, keduanya Jepun telah menegaskan bahawa Taiwan

adalah sebahagian dari China dan yang ketiga, Jepun telah mengakui dan menginsafi

kesengsaraan masyarakat China yang ditimbulkan oleh tentera-tentera Jepun ketika Perang

Dunia Kedua.24

Selain itu, kesan daripada pemulihan ini juga Jepun telah mewujudkan hubungan

diplomatik secara rasmi dengan China sambil menawarkan Bantuan Pembangunan Rasmi

(ODA) yang dimulakan pada tahun 1979. Tindakan Jepun memberikan bantuan ODA ini

dapat memperlihatkan bahawa Jepun sebagai negara yang mempunyai kekuatan ekonomi dan

ideologi yang kuat telah menggunakan strategi soft power25 untuk memberikan bantuan

kepada negara-negara lain terutamanya negara yang terlibat dalam pencerobohan Jepun

seperti China dan Korea. China merupakan negara penerima bantuan ODA yang terbesar dari

Jepun dan hubungan perdagangan Jepun-China pada tahun 1972 juga telah mengalami

peningkatan yang memberangsangkan. Selain itu, antara tahun 1972 hingga 1978, Jepun juga

telah menandatangani 12 perjanjian dalam pelbagai bidang dengan China termasuk bidang

penerbangan dan kaji cuaca diikuti dengan Perjanjian Persahabatan dan Keamanan pada tahun

1978. Pada penilaian penulis, hal ini dapat membuktikan bahawa China sememangnya telah

mendapat kesan positif yang banyak melalui normalisasi ini berbanding Jepun iaitu tiga kesan

positif yang utama ialah pengiktirafan kawasan, bantuan pembangunan dan pengakuan maaf

daripada Jepun.

Walau bagaimanapun, hubungan yang semakin kukuh berdasarkan jumlah

perdagangan yang dicatatkan iaitu berjumlah US$1.1 bilion pada 1972 telah menjadi tegang

pada tahun-tahun berikutnya apabila timbul isu lawatan beberapa Perdana Menteri Jepun ke

Kuil Yasukuni26 terutama sejak kami 14 penjenayah perang disemadikan di kuil tersebut. Hal

ini demikian kerana lawatan ini telah mendapat tentangan hebat daripada Beijing walaupun

Jepun dalam masa yang sama telah berusaha untuk memulihkan hubungan diplomatik tersebut

dengan China melalui cara memohon maaf, menambahkan geran di bawah ODA dan lawatan

Maharaja Jepun ke China. Malah sehingga ke tahun 2006, lawatan Perdana Menteri ke kuil ini

24 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 125.25 Menurut Joseph Nye, soft power merupakan kuasa yang dating dari ekonomi, ideology, nilai dan budaya iaitu Negara tersebut telah menggunakan pengaruh dalam tiga bidang tersebut untuk mempengaruhi Negara lain tanpa menggunakan kuasa ketenteraan. Lihat Obaidellah Mohamad (Penyunting), China: Isu dan Hubungan Luar, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2004, hlm. 64.26 Tokyo Shokonsha telah ditukar namanya menjadi Kuil Yasukuni pada tahun 1879 dan telah dijadikan kuil kebangsaan utama bagi memperingati mangsa-mangsa yang meninggal dunia dalam peperangan yang berjuang untuk Jepun sehingga Perang Dunia Kedua. Lihat Caroline Rose, Sino-Japanese Relations: Facing the past, looking to the future?, London: Routledge Curzon, 2005, hlm. 110.

Page 7: Hubungan Jepun China

telah menjadi faktor utama yang menyebabkan hubungan antara Jepun dan China menjadi

tegang. Pada penilaian penulis, China seharusnya tidak perlu menentang hebat lawatan

tersebut memandangkan Jepun telah berusaha untuk membantu membangunkan China

melalui bantuan ODA yang menunjukkan rasa tanggungjawab Jepun mengenai masa

silamnya.

Keseluruhannya, terdapat tiga masalah utama yang menganggu hubungan Jepun

dengan China iaitu masalah pertikaian kawasan, isu buku teks dan isu pengakuan maaf

Jepun. Masalah pertama yang sering dihadapi oleh Jepun dan China ialah masalah mengenai

kedudukan Taiwan, “For the rest of this decade, as for the last two, Taiwan will be an

important issue in relations between the national governments in Beijing and Tokyo”.27

Sememangnya masalah berhubung dengan Taiwan ini telah berlaku sejak tahun 1890-an lagi

iaitu sehingga membawa kepada meletusnya Perang China-Jepun pada tahun 1894 hingga

1895. Hal ini demikian kerana dalam tahun 1895 telah menyaksikan imperialis Jepun telah

melibatkan diri dalam peperangan yang menjatuhkan Dinasti Qing di China sehingga

membawa kepada termeterainya Perjanjian Shimonoseki.28 Kesan daripada perjanjian ini ialah

Jepun berjaya mendapatkan Taiwan dan kepulauan Penghu sehinggalah China berjaya

menewaskan imperialis Jepun lebih kurang setengah abad selepas itu iaitu pada 2 Okbtober

1945. Walau bagaimanapun, masalah ini telah berjaya diselesaikan melalui pernormalan

hubungan yang termeterai pada tahun 1972 kerana Jepun telah memberikan pengiktirafan

kepada China mengenai kedudukan Taiwan di samping menamatkan hubungan dengan

Taiwan demi memastikan kelangsungan hubungan baik dengan China.

Selain itu, hubungan antara Jepun dengan China juga dipengaruhi oleh isu mengenai

buku teks Jepun yang cuba menerapkan persepsi rasmi Jepun terhadap China kepada murid-

murid sekolah terutamanya di peringkat sekolah rendah.29 Misalnya, pada tahun 1982 terdapat

usaha daripada pihak birokrat Jepun yang telah cuba untuk memberikan gambaran “baik”

kepada tindakan yang dilakukan oleh orang Jepun di China seperti peristiwa penaklukan

Jepun ke atas China telah ditukar kepada “Jepun mara ke China untuk membebaskannya”.

Usaha yang cuba diterapkan melalui pendidikan seperti ini bukan sahaja menyebabkan

perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat di negara China, tetapi turut mendapat

27 Greg Austin and Stuart Harris, Japan and Greater China: Political Economy and Military Power in Asian Century, United Kingdom: C. Hurst & Co., 2001, hlm. 4.28 Obaidellah Mohamad (Penyunting), China: Isu dan Hubungan Luar, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2004, hlm. 63.29 Caroline Rose, Sino-Japanese Relations: Facing the past, looking to the future?, London: Routledge Curzon, 2005, hlm. 50. Lihat juga Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 141.

Page 8: Hubungan Jepun China

tentangan hebat daripada negara-negara lain yang pernah mengalami nasib pencerobohan

yang sama seperti China, misalnya seperti Korea. Pada penilaian penulis, isu buku teks ini

merupakan satu isu yang penting kerana buku teks yang dikeluarkan oleh Jepun adalah

cerminan daripada persepsi rasmi mereka terhadap China yang cuba diterapkan kepada murid-

murid sekolah.

Sebelum tahun Perang Dunia Kedua, sememangnya telah terdapat usaha-usaha yang

dilakukan oleh pihak pemerintah Jepun untuk menerapkan persepsi tersebut melalui buku teks

di sekolah. Misalnya, buku teks yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Jepun

(Mambusho) pada tahun 1904 telah mengandungi persepsi negatif terhadap China seperti

memasukkan hanya seorang sahaja wira China ke dalam buku moral berbanding 13 wira

Eropah dan hal ini sangat berbeza dengan buku teks yang digunakan sebelum 1881 yang

mengandungi 44 wira China.30 Malahan melalui buku teks tahun 1904 ini, Jepun telah

menyalahkan tindakan dan dasar China yang menjadi punca utama yang mencetuskan Perang

China-Jepun pada tahun 1894. Manakala, selepas Perang Dunia Kedua pula isu buku teks

kembali menjadi topik hangat pada tahun 1982 dan 1990-an.31 Pada tahun 1990-an, isu

mengenai buku teks ini menjadi hangat apabila Kementerian Pendidikan Jepun telah tidak

membenarkan perkataan ‘rogol’ digunakan manakala Unit 731 di Harbin telah dihilangkan

sama sekali.32 Tindakan ini telah membangkitkan kemarahan rakyat China di samping

memburukkan hubungan dua hala Jepun-China.

Isu lain yang menimbulkan masalah terhadap hubungan Jepun dengan China ialah

mengenai isu permohonan maaf yang sepatutnya dilakukan oleh Jepun. Ketegangan hubungan

Jepun-China pada awal tahun 1990-an telah menyebabkan, ‘Japanese politicians and

bureaucrats to carefully settle past wrongs against neighboring countries by laying to rest the

memories about them’. Misalnya, selepas selepas peristiwa isu buku teks pada tahun 1990-an,

Kementerian Pendidikan Jepun telah melaksanakan dasar dalam tahun 1995 iaitu “Resolution

to Renew the Determination for Peace on the Basis of Lessons Learned from History”.33

Tindakan ini telah dapat memperlihatkan bahawa kerajaan Jepun telah mula bersedia untuk

mengakui dan mengingati peristiwa pada masa lepasnya iaitu kekejaman dalam Perang Dunia

Kedua. Selain itu, terdapat segelintir rakyat Jepun, veteran perang dan kumpulan perdamaian

30 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 142.31 Caroline Rose, Sino-Japanese Relations: Facing the past, looking to the future?, London: Routledge Curzon, 2005, hlm. 5032 Ibid., hlm 58. Lihat juga Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 126.33 Caroline Rose, Sino-Japanese Relations: Facing the past, looking to the future?, London: Routledge Curzon, 2005, hlm. 99.

Page 9: Hubungan Jepun China

telah mengambil langkah dengan melawat China demi membuat perdamaian dengan rakyat

China.

Walau bagaimanapun, sebenarnya antara tahun 1952 sehingga 2001, Jepun telah

beberapa kali mengeluarkan pernyataan maaf kepada China sama ada melalui ucapan Perdana

Menteri ataupun ucapan Maharaja Jepun. Misalnya, pada tahun 1992, ketika Maharaja

Akihito melawat China, beliau telah berucap:

‘In the long history of the relationship between our two countries there was an unfortunate

period in which my country inflicted great sufferings on the people of China. I deeply deplore

this. When the war came to an end, the Japanese people, believing with a deep sense of remorse

that such a war should be repeated, firmly resolved to tread the path of peaceful nations and

addressed themselves to national reconstruction.’34

Manakala, pada tahun 2001 ketika Perdana Menteri Koizumi melawat Beijing, beliau telah

menyatakan bahawa, ‘I express my heartfelt apology and condolences to the Chinese people

who fell victim to aggression.’35 Selain itu, isu memperingati tentera-tentera yang mati di

dalam peperangan juga merupakan satu isu yang saling berkaitan dengan isu permohonan

maaf ini. Hal ini demikian kerana seperti yang telah dibincangkan di atas, lawatan beberapa

Perdana Menteri Jepun ke Kuil Yasukuni telah menyebabkan ketegangan dalam hubungan

kedua-dua buah negara ini. Hal ini demikian kerana lawatan tersebut merupakan lawatan

kontroversi yang menjadi upacara untuk memperingati tentera-tentera Jepun.

Pada pendapat penulis, berdasarkan kepada tiga masalah utama ini iaitu isu buku teks,

masalah Taiwan dan isu permohonan maaf ini, terdapat beberapa langkah yang boleh

dilaksanakan oleh kedua-dua pihak untuk memastikan hubungan mereka tidak menjadi

tegang. Masalah permohonan maaf daripada Jepun boleh diselesaikan dengan mengadakan

ucapan permohonan maaf kepada China secara formal iaitu bukan menyatakan ucapan maaf

tersebut sebagai daripada ucapan-ucapan pemimpin mereka terutama Maharaja Jepun. Hal ini

demikian kerana ketegangan hubungan Jepun-China adalah disebabkan keengganan Jepun

untuk menyatakan ucapan maaf secara ikhlas kepada kerajaan dan rakyat China. Seterusnya,

kerajaan Jepun perlu lebih terbuka untuk mengakui peristiwa yang berlaku semasa Perang

Dunia Kedua terutamanya Peristiwa Nanjing. Oleh itu, penjelasan yang jelas dan adil perlu

dilakukan melalui buku teks Jepun agar peristiwa sejarah tersebut dapat diketahui dengan

lebih jelas dan tidak terpesong.

34 Ibid., hlm. 101.35 Ibid., hlm 102.

Page 10: Hubungan Jepun China

Manakala langkah lain yang boleh diambil oleh kerajaan Jepun ialah dengan melarang

ahli-ahli politik mereka untuk mengeluarkan komen atau pernyataan yang bersifat perkauman

dan memesongkan fakta sejarah terutamanya mengenai Perang Dunia Kedua. Selain itu,

lawatan kontroversi ke Kuil Yasukuni juga tidak perlu dilakukan sekiranya isu lawatan

tersebut menjadi sesuatu isu yang menyebabkan ketegangan hubungan dengan China. Walau

bagaimanapun, penulis juga berpendapat bahawa bukan sahaja Jepun yang perlu

melaksanakan beberapa langkah untuk menjamin kelangsung hubungan baik ini tetapi China

turut perlu melaksanakan beberapa langkah yang boleh memperbaiki hubungan mereka.

Antaranya ialah dengan menghentikan aktiviti mengindoktrinasikan rakyat untuk menentang

Jepun sama ada melalui cara mengubah sistem pendidikan dan cara pengajaran sejarah serta

memudahkan pelancong daripada Jepun untuk melawat China seperti memudahkan

pelaksanaan visa.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hubungan antara Jepun dengan negara China sebelum dan selepas

Perang Dunia Kedua sememangnya adalah tidak menentu disebabkan kewujudan beberapa

masalah yang membawa kepada ketegangan antara kedua-dua buah negara tersebut. Walau

bagaimanapun, dapat disimpulkan bahawa ketegangan hubungan antara kedua-dua buah

negara ini adalah disebabkan keinginan untuk Jepun dan China saling bersaing untuk

memperlihatkan keunggulan negara masing-masing. Misalnya, keengganan Jepun untuk

mengakui sejarah yang telah berlaku dalam Perang Dunia Kedua adalah tidak wajar

memandangkan peristiwa tersebut telah berlaku dan sejarah tidak mungkin dapat diubah

melainkan dengan menjadikan peristiwa tersebut sebagai sejarah dan pengajaran agar tidak

akan berulang kembali.

BIBLIOGRAFI

Page 11: Hubungan Jepun China

Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

Caroline Rose, Sino-Japanese Relations: Facing the past, looking to the future?, London: Routledge Curzon, 2005.

Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah Sebuah Negara, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006.

Greg Austin and Stuart Harris, Japan and Greater China: Political Economy and Military Power in Asian Century, United Kingdom: C. Hurst & Co., 2001

M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd., 1988.

Masamichi Royama, Foreign Policy of Japan 1914-1939, Tokyo: Japanese Council Institute of Pacific Relations, 1941.

Obaidellah Mohamad (Penyunting), China: Isu dan Hubungan Luar, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2004.

Savitri Vishwanathan (Editor), Japan: The New Challenges, New Delhi: Allied Publishers Private Limited, 1982.

W. Scott Morton, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros), Jepun: Sejarah dan Budaya, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006.

Yasasuke Murakami dan Yutaka Kosei, Jepun dalam Komuniti Sejagat: Peranan dan Sumbangan Pada Abad Ke-21, Malaysia: Yayasan Penataran Ilmu, 1988.