senario industri florikultur malaysia (malaysian floricultural...

12
9 Buletin Teknologi MARDI Bil. 20 (2020) Khas Florikultur: 9 – 20 Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural industry scenario) Mohd Zaffrie Mat Amin, Hanim Ahmad, Mohd Tarmizi Haimid dan Muhamad Syafiq Ahmad Dani Pengenalan Negara Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa, beriklim tropika yang unik dan mempunyai cuaca panas serta lembap sepanjang tahun amat sesuai untuk pengeluaran produk florikultur, termasuk bunga iklim sederhana sepanjang tahun. Faktor ini menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk menjadi salah satu negara pengeluar dan pengeksport utama produk florikultur di rantau ini. Industri florikultur Malaysia terdiri daripada pengeluaran tanaman hiasan dan orkid tropika yang tertumpu di tanah rendah, manakala pengeluaran bunga iklim sederhana tertumpu di dataran tinggi, terutamanya di Cameron Highlands. Selain Cameron Highlands, bunga iklim sederhana turut dihasilkan di Kundansang, Sabah. Evolusi industri Industri florikultur dunia telah bermula pada akhir abad ke-19 di England. Secara tradisinya, pusat pengeluaran florikultur adalah berdekatan dengan pusat pemasaran. Jepun, Eropah Barat dan Amerika Syarikat merupakan antara contoh pusat pengeluaran dan pemasaran florikultur yang tumbuh mendadak sejak pertengahan 1970-an. Negara Belanda telah menjadi pusat pengeluaran dan perdagangan utama produk florikultur dunia. Sepuluh negara pengeluar utama florikultur dunia ialah Belanda (52%), Columbia (15%), Ecuador (9%), Kenya (7%), Belgium (3%), Ethiopia (2%), Malaysia, Itali, Jerman dan Israel (masing-masing mengeluarkan 1% florikultur dunia). Pada pertengahan 1980-an, industri florikultur mula berkembang ke rantau Asia. Pada tahun 1990-an, import bunga- bungaan oleh Eropah dari negara-negara Asia telah meningkat. Pada peringkat awal, industri florikultur di Asia Tenggara membangun akibat permintaan bunga keratan berharga rendah di pasaran Eropah. Negara-negara di Asia Tenggara memberi tumpuan kepada produk florikultur untuk pasaran eksport dan juga untuk pasaran tempatan. Justeru, permintaan produk florikultur di rantau ini meningkat akibat kestabilan ekonomi, peningkatan populasi dan juga promosi yang dilakukan oleh industri florikultur Eropah terhadap penggunaan bunga keratan segar yang dapat meningkatkan kualiti taraf hidup. Tumpuan pasaran Asia Tenggara ialah Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura. Industri florikultur Malaysia telah dibangunkan lebih lima dekad yang lalu. Sebelum pertengahan tahun 1980-an, industri ini membangun dengan perlahan tanpa bantuan dan sokongan

Upload: others

Post on 29-Mar-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

9

Buletin Teknologi MARDI Bil. 20 (2020) Khas Florikultur: 9 – 20

Senario industri florikultur Malaysia(Malaysian floricultural industry scenario)

Mohd Zaffrie Mat Amin, Hanim Ahmad, Mohd Tarmizi Haimid dan Muhamad Syafiq Ahmad Dani

PengenalanNegara Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa, beriklim tropika yang unik dan mempunyai cuaca panas serta lembap sepanjang tahun amat sesuai untuk pengeluaran produk florikultur, termasuk bunga iklim sederhana sepanjang tahun. Faktor ini menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk menjadi salah satu negara pengeluar dan pengeksport utama produk florikultur di rantau ini. Industri florikultur Malaysia terdiri daripada pengeluaran tanaman hiasan dan orkid tropika yang tertumpu di tanah rendah, manakala pengeluaran bunga iklim sederhana tertumpu di dataran tinggi, terutamanya di Cameron Highlands. Selain Cameron Highlands, bunga iklim sederhana turut dihasilkan di Kundansang, Sabah.

Evolusi industriIndustri florikultur dunia telah bermula pada akhir abad ke-19 di England. Secara tradisinya, pusat pengeluaran florikultur adalah berdekatan dengan pusat pemasaran. Jepun, Eropah Barat dan Amerika Syarikat merupakan antara contoh pusat pengeluaran dan pemasaran florikultur yang tumbuh mendadak sejak pertengahan 1970-an. Negara Belanda telah menjadi pusat pengeluaran dan perdagangan utama produk florikultur dunia. Sepuluh negara pengeluar utama florikultur dunia ialah Belanda (52%), Columbia (15%), Ecuador (9%), Kenya (7%), Belgium (3%), Ethiopia (2%), Malaysia, Itali, Jerman dan Israel (masing-masing mengeluarkan 1% florikultur dunia). Pada pertengahan 1980-an, industri florikultur mula berkembang ke rantau Asia. Pada tahun 1990-an, import bunga-bungaan oleh Eropah dari negara-negara Asia telah meningkat. Pada peringkat awal, industri florikultur di Asia Tenggara membangun akibat permintaan bunga keratan berharga rendah di pasaran Eropah. Negara-negara di Asia Tenggara memberi tumpuan kepada produk florikultur untuk pasaran eksport dan juga untuk pasaran tempatan. Justeru, permintaan produk florikultur di rantau ini meningkat akibat kestabilan ekonomi, peningkatan populasi dan juga promosi yang dilakukan oleh industri florikultur Eropah terhadap penggunaan bunga keratan segar yang dapat meningkatkan kualiti taraf hidup. Tumpuan pasaran Asia Tenggara ialah Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura. Industri florikultur Malaysia telah dibangunkan lebih lima dekad yang lalu. Sebelum pertengahan tahun 1980-an, industri ini membangun dengan perlahan tanpa bantuan dan sokongan

Page 2: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

10

kerajaan. Keuntungan yang lumayan, peluang perniagaan dan pemasaran yang meluas, terutamanya bagi pasaran eksport ke Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun membuka peluang kepada Malaysia dan negara membangun lain membangunkan industri florikultur. Pemberian insentif oleh kerajaan turut membantu membangunkan industri florikultur terutamanya orkid dan bunga keratan hawa sederhana yang mengalami pertumbuhan pesat pada pertengahan 1980-an. Peningkatan kos pengeluaran di negara-negara pengeluar dan pengguna utama bunga keratan telah membuka peluang pasaran yang besar. Kesan peningkatan kos minyak telah membuka peluang bagi Malaysia untuk membangunkan industri florikulturnya.

Senario industri Florikultur duniaIndustri bunga global, juga dikenali sebagai industri bunga atau bunga-bungaan, merujuk kepada perniagaan yang merangkumi aktiviti menanam dan menjual borong serta runcit dalam pasaran global. Menurut laporan pasaran baru-baru ini daripada Sayali (2019), pasaran bunga global bernilai kira-kira USD67.3 bilion pada 2017 dan dijangka mencecah nilai USD103.9 bilion pada 2026 dan peningkatan jumlah eksport produk florikultur dijangka meningkatkan pertumbuhan pasaran florikultur sepanjang tempoh tersebut. Perubahan gaya hidup dan pemodenan yang pesat adalah antara faktor yang dijangka dapat meningkatkan pasaran florikultur di peringkat global. Di samping itu, para pengeluar juga giat membangun dan membiak varieti bunga baharu, seterusnya dijangka dapat mewujudkan permintaan bagi produk florikultur. Permintaan terhadap produk florikultur berkembang pesat kerana penggunaannya dalam pelbagai acara seperti majlis sosial, politik, sukan dan juga hiburan. Bagi pasaran serantau, Eropah adalah pasaran bunga terbesar dari segi pengeluaran dan perdagangan bunga yang menyumbang 40% daripada pendapatan industri bunga global. Belanda adalah pengeluar dan pedagang bunga global yang terkemuka untuk bunga tulip dan kekwa. Manakala United Kingdom (UK) dan Jerman pula menerajui pasaran serantau berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk bunga dan tanaman hiasan. Amerika Utara juga berpotensi tinggi sebagai pengimport produk florikultur iaitu industri bunga potong tempatan. Pasaran bunga Amerika Syarikat mewakili pasaran yang paling menguntungkan dan dijangka akan menjana pendapatan melebihi USD10 bilion menjelang tahun 2026. Asia Pasifik merupakan pasaran bunga yang sedang berkembang pesat dan menyumbang lebih daripada 20% pendapatan di pasaran bunga global. Peningkatan pengeluaran didorong oleh permintaan yang meningkat di

Page 3: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

11

negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan pasaran florikultur Asia Pasifik pada masa hadapan. Menurut Institut Perkhidmatan Perdagangan Luar Negara (IFTS), terdapat lebih daripada 90 negara yang aktif dalam industri florikultur dengan tiga negara pengeluar utama iaitu Belanda, Amerika Syarikat dan Jepun. Dari segi keluasan kawasan penanaman pula, China dan India adalah dominan. Produk florikultur utama bagi negara Jerman ialah bunga keratan (45.3%), manakala bagi Belanda pula ialah bunga keratan (48.5%) dan bunga pasuan (34.8%). Amerika Syarikat pula mengeluarkan 51.8% bunga taman dan 15.7% bunga potong. Sementara China mengeluarkan 39.1% bunga pasuan dan 31.6% bunga keratan. Sementara itu, Colombia mengeluarkan bunga keratan sebanyak 99.3%. Bunga keratan adalah produk utama dalam nilai penjualan florikultur dunia. Pada tahun 2001, bunga keratan segar menguasai 50.5% nilai perdagangan florikultur dunia yang mana tanaman yang paling digemari ialah bunga ros, kekwa, carnations dan bunga lili. Pengeluaran global produk florikultur akan terus berkembang, terutama di negara-negara pengeluar baharu seperti di Asia, Afrika dan Amerika Latin di mana produktiviti di negara-negara ini dijangka akan terus meningkat. Namun begitu Belanda, Jepun dan Amerika Syarikat pula akan terus mengungguli pengeluaran bunga global.

Pengeluaran Belanda mendominasi pengeluaran bunga dunia (52%) diikuti oleh Colombia (15%), Equador (9%) dan Kenya (7%). Malaysia juga turut tersenarai sebagai negara pengeluar utama bunga dengan peratusan sebanyak 1% ditangga ketujuh dunia (Jadual 1).

PerdaganganPerdagangan florikultur dunia dikategorikan terhadap tahap trend perdagangan yang tinggi dan sumber yang dikeluarkan. Negara maju seperti Eropah, Amerika dan Asia menyumbang lebih daripada 90% terhadap permintaan florikultur dunia dan trend perdagangan antarabangsa dalam florikultur, sebahagian besarnya mengikut benua. Negara-negara Asia Pasifik adalah pembekal utama produk florikultur ke Jepun dan Hong Kong. Manakala Afrika, Timur Tengah dan negara-negara Eropah yang lain adalah pembekal utama pasaran Eropah. Selain itu, negara Amerika Latin seperti Colombia dan Ecuador menguasai pasaran di Amerika Syarikat.

Jadual 1. Negara pengeluaran utama florikultur 2018

Negara Pengeluaran (%)Belanda 52Colombia 15Ecuador 9Kenya 7Belgium 3Ethiopia 2Malaysia 1Itali 1Jerman 1Israel 1Sumber: Khan (2018)

Page 4: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

12

Industri florikultur diklasifikasikan kepada empat kategori iaitu bebawang, tanaman hiasan, bunga keratan dan daun keratan. Perintah Duti Kastam telah menyenaraikan produk florikultur mengikut Kod HS (Jadual 2). Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan senarai negara-negara utama yang mengimport dan mengeksport produk-produk florikultur. Jerman mendahului sebagai pengimport utama bagi bunga keratan, tanaman hiasan dan bebawang. Ini selari dengan populasi penduduknya yang ramai dan penggunaan per kapita bunga-bungaan yang tinggi. Antara negara yang menduduki tangga lima teratas negara pengimport utama bagi empat kategori produk florikultur ialah Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat, Belanda dan Perancis. Malaysia tidak tergolong dalam senarai negara utama pengimport kerana populasi penduduk yang hanya 31.7 juta, di samping penggunaan per kapita penduduknya yang jauh lebih kecil berbanding dengan negara-negara pengguna utama lain. Namun begitu, negara-negara tersebut termasuk dalam kalangan destinasi eksport Malaysia untuk bunga-bungaan dan produk florikultur yang lain. Jadual 4 menyenaraikan empat buah negara utama yang mengeksport produk florikultur ke seluruh dunia bagi empat kategori utama (bunga keratan, tanaman hiasan, keratan daun dan bebawang). Belanda mendahului senarai sebagai pengeksport utama dunia bagi semua kategori. Malaysia menduduki tempat ketujuh bagi pengeksportan bunga keratan, tempat ke-28 untuk eksport tanaman hiasan, tempat ke-18 untuk keratan daun dan tempat ke-24 bagi eksport bebawang. Potensi Malaysia terletak pada eksport untuk bunga keratan, dengan kedudukan sebagai negara ketujuh (tahun 2014) dalam kalangan negara yang mengeksport bunga keratan. Justeru, kategori ini dilihat lebih kukuh dan mempunyai potensi untuk dibangunkan berbanding dengan tiga kategori lain. Nilai eksport bunga keratan pada tahun 2014 mencecah RM343.35 juta. Imbangan dagangan bagi produk florikultur merekodkan nilai positif (trade surplus). Nilai eksport melebihi nilai import setiap tahun dari tahun 2000. Jurang lebihan dagangan menjadi semakin besar sepanjang 10 tahun kebelakangan, menandakan industri ini berkembang pesat dan menyumbang kepada KDNK negara. Rekod tertinggi nilai eksport florikultur dicatat pada tahun 2012 sebanyak RM507,300,052 (Rajah 1). Namun, tahun-tahun berikutnya mula menunjukkan trend yang agak tidak menentu/tidak stabil bagi pengeksportan produk florikultur.

Page 5: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

13

Jadual 2. Kategori produk flofikultur perdagangan dunia

Kategori (Kod HS ) KeteranganKategori bebawang (HS06.01) Bebawang, ubi, akar berakar umbi, corms, rizom,

termasuk bercabang, dalam keadaan tidak aktif, dalam pertumbuhan atau bunga, tumbuh-tumbuhan dan akar chicory

Kategori tanaman hiasan (HS06.02) Tumbuhan hidup lain termasuk akar dan keratan dan slip

Kategori bunga keratan (HS06.03) Potong bunga dan tunas bunga yang sesuai untuk bunga atau untuk tujuan hiasan segar, hiasan kering, dicelup, terluntur, dihamilkan atau tersedia

Kategori keratan daun (HS06.04) Daun dan bahagian tumbuhan yang lain tanpa bunga atau tunas bunga, rumput, sesuai untuk tujuan hiasan, segar, kering, dicelup, terluntur, dihamilkan atau tersedia

Jadual 3. Negara pengimport utama produk florikultur dunia (RM juta)

Negara 2012 2013 2014 2015 2016Bunga keratan

Jerman 3600.4 3828.24 3591.73 3822.15 4553.5United Kingdom 3646.19 3512.25 3072.15 3338.22 3990.84Amerika Syarikat 2803.48 2792.44 3117.46 3222.73 3566.71Belanda 2098.95 2379.08 2368.11 2688.59 3474.14Malaysia (46*) 16.08 18.86 22.8 22.81 23.76

Tanaman hiasanJerman 4856.79 5406 5027.16 4867 5145.68Perancis 2639.49 2300.21 2172.26 2256.65 2335.11Belanda 1729.14 2215.78 2249.61 2514.91 2569.84United Kingdom 1481.24 1548.04 1242.23 1521.79 1767.07Malaysia (66*) 13.29 10.63 12.12 12.8 15.84

Daun keratanBelanda 657.6 723.35 749.12 910.73 994.43Jerman 513.09 627.59 532.07 542.68 655.21Amerika Syarikat 362.11 364.01 408.56 393.44 411.39Jepun 235.89 250.35 272.19 247.45 258.14Malaysia (44*) 1.6 2.04 2.72 2.27 2.71

BebawangJerman 425.96 506.87 516.27 710.63 782.03Amerika Syarikat 554.89 565.03 533.23 537.37 585.79United Kingdom 338.81 483.91 422.61 429.84 470.04Switzerland 356.26 409.78 407.03 404.23 451.49Malaysia (56*) 3.01 3.46 2.94 2.59 3.14*Kedudukan Malaysia bagi setiap kategori produkSumber: United Nations Commodity Trade Statistics Database (2018)

Page 6: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

14

Jadual 4. Negara pengeksport utama produk florikultur dunia (RM juta)

Perkara 2012 2013 2014 2015 2016Bunga Keratan

Belanda 12221.49 15764.16 14818.69 14941.77 16352.05Colombia 4106.00 3966.70 4089.42 4297.40 4809.86Ecuador 2011.69 2155.29 2483.55 2696.04 2794.52Ethiopia 476.03 819.59 533.37 1697.12 2136.51Malaysia (7*) 320.59 296.02 389.68 347.63 343.35

Tanaman hiasanBelanda 11084.18 13968.75 13274.08 13988.64 15503.07Jerman 1957.49 2452.12 2263.36 2591.89 2828.19Itali 2133.58 2270.27 2165.17 2172.41 2341.19Belgium 1601.72 1667.51 1616.6 1923.27 1841.19Malaysia (28*) 70.63 89.5 88 53.14 68.72

Daun keratanBelanda 725.6 964.15 1036.27 949.07 1012.93Denmark 600.91 622.16 667.64 609.9 628.4USA 379.5 388.84 383.9 359.86 385.94Itali 332.47 329.38 310.22 303.45 316.17Malaysia (18*) 36.83 49.48 45.57 31.45 54.09

BebawangBelanda 3729.93 4551.47 4422.01 4623.49 5512.53Jerman 243.16 260.06 275.86 290.73 289.68Chile 110.66 118.87 104.26 110.91 109.61Belgium 120.51 108.28 105.69 114.24 93.47Malaysia (24*) 3.43 12.26 4.53 4.67 5.29*Kedudukan Malaysia bagi setiap kategori produkSumber: United Nations Commodity Trade Statistics Database (2018)

Sumber: Malaysia External Trade Statistics Online (2019)

Rajah 1. Trend perdagangan produk florikultur Malaysia

0

200

400

600

800

1000

1200

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2008

2007

2006

2009

2011

2012

2013

2014

2015

2016

2017

2010

BOT

tahun

eksport

import

Juta

RM

Page 7: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

15

Senario industri florikultur MalaysiaPolisi Dasar Pertanian Negara Pertama (NAP1) telah mengenal pasti bahawa industri florikultur sebagai salah satu industri yang berpotensi dimajukan di Malaysia. Butiran terperinci terhadap tumpuan-tumpuan Dasar Pertanian Negara seterusnya adalah seperti dalam Jadual 5. Butiran lanjut mengenai polisi negara-negara pengeksport lain membangunkan industri florikultur mereka ditunjukkan seperti dalam Jadual 6. Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020) menyasarkan kawasan penanaman berkembang kepada 3,500 hektar pada tahun 2020, daripada 2,400 hektar pada tahun 2010, iaitu pertumbuhan sebanyak 3.8% setahun. Keluasan kebun bunga keseluruhan merekodkan peningkatan setiap tahun dan statistik menunjukkan bahawa Johor dan Pahang merupakan negeri-negeri pengeluar utama di Malaysia. Jumlah pengeluar pada tahun 2017 adalah sebanyak 777, di mana terdapat sedikit peningkatan daripada 675 pada tahun 2016. Daripada jumlah tersebut, 360 syarikat adalah berdaftar, 302 milik individu dan 16 bawah agensi kerajaan. Ladang-ladang milik syarikat adalah merangkumi 84.7% daripada jumlah kawasan bertanam. Ini menyumbang kepada nilai pengeluaran yang meningkat sebanyak 2.61% dalam tempoh 2005 – 2015, ekoran keluasan bertanam yang turut meningkat setiap tahun (Jadual 7). Jumlah keluasan tanaman bunga di Malaysia pada 2018 ialah 2,652 hektar yang melibatkan pengeluaran sebanyak

Jadual 5. Polisi dan dasar kerajaan berkaitan florikultur

NAP1(1984 – 1991)

Florikultur dikenal pasti sebagai sumber untuk meningkatkan hasil sektor pertanian

NAP2(1992 – 2010)

NAP2 fokus kepada industri florikultur yang berinovasi, berdaya maju, kompetitif dan menghasilkan produk berkualiti untuk memenuhi pasaran tempatan dan juga eksport

NAP3(1998 – 2010)

Florikultur dikenal pasti sebagai industri untuk masa hadapan dengan memberi tumpuan terhadap peningkatan kecekapan dan produktiviti, memperkukuhkan daya saing dan bantuan institusi dan mempromosikan pembangunan lestari

Dasar Agromakanan (2011 – 2020)

Keluasan dijangka akan meningkat pada kadar pertumbuhan 3.8%, iaitu meningkat daripada 2,400 hektar (2010) kepada 3,500 hektar (2020). Fokus pembangunan adalah membangunkan industri berasaskan biodiversiti, pembukaan kawasan baharu, peningkatan produktiviti, mempelbagaikan hasil hiliran produk florikultur seperti potpuri dan bau-bauan, memperkukuhkan R&D untuk menghasilkan varieti-varieti baharu, menjana teknologi pengeluaran yang kos efektif. Elaun pelaburan semula akan diperluas kepada pengusaha florikultur untuk meningkatkan penggunaan teknologi terkini. Kemudahan pinjaman melalui AGRO Bank akan diperluaskan kepada sektor florikultur

Page 8: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

16

Jadual 6. Butiran polisi negara-negara pesaing Malaysia membangunkan industri florikultur

Negara Polisi kerajaanBelanda Strategi membangun industri melalui kempen pemasaran yang agresif

dengan memfokuskan kepada kualiti dan imej bunga Belanda. Tumpuan kepada bunga keratan

Colombia Dapat bantuan daripada United States Agency for International Development (USAID) dan Bank Dunia

China Kerajaan membina infrastruktur dan memberi diskaun kepada penggunaan lori sejuk

India Kerajaan India telah mengenal pasti bahawa industri florikultur adalah salah satu industri untuk dibangunkan dan berorientasikan 100% untuk pasaran eksport dan berteknologi tinggi. Polisi baharu memberi kebenaran untuk mengimport biji benih termasuk bahan tanaman. Tumpuan diberikan kepada bunga ros

Israel Subsidi pengangkutan untuk bersaing dengan negara-negara pengeluar di Eropah dan meningkatkan penyelidikan bagi menghasilkan teknologi yang menjimatkan pengairan

Kenya Pengeluaran sepanjang tahun. Ke arah IPM dengan penggunaan vermiculture dan dapat menjimatkan 40% kos baja. Penggunaan kawalan biologi untuk hamama di ladang ros dan teluki

China Hasil produk kurang berkualiti dan mengakibatkan harga murah. Tidak mahu membayar royalti terhadap benih-benih yang dibekalkan oleh Belanda yang mengakibatkan susah untuk mengimport varieti baharu

Jadual 7. Keluasan kebun bunga mengikut kawasan (Ha)

Perkara 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018Jumlah keseluruhan

2,181 2,190 2,213 2,227 2,570 2,699 2,610 2,559 2,605 2,652

Semenanjung Malaysia

2,067 2,077 2,098 2,112 2,437 2,559 2,469 2,421 2,464 2,509

Sabah 47 47 48 48 56 59 60 59 60 61Sarawak 60 59 60 61 70 74 74 72 73 74W.P. Labuan 7 7 7 6 7 7 8 8 8 8

Sumber: Jabatan Pertanian (2019)

509,085,932 keratan per pasu bebanding dengan keluasan 2,699 hektar dengan pengeluaran 508,622,084 keratan per pasu pada tahun 2014 (Jadual 8). Kawasan yang menjadi tumpuan pengeluaran bunga adalah seperti Cameron Highlands, Pahang (bunga iklim sederhana), Selangor, Perak dan Johor bagi bunga orkid dan tanaman hiasan.

PengeluaranIndustri pokok hiasan landskap adalah satu industri tempatan yang besar dalam pasaran tempatan dan juga untuk eksport utama ke Singapura. Antara penyumbang kepada peningkatan dalam pengeluaran industri florikultur ini adalah melalui

Page 9: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

17

Jadual 8. Trend keluasan bertanam, pengeluaran dan nilai pengeluaran bagi florikultur Malaysia, 2005 – 2014

Luas bertanam(Ha)

Pengeluaran(keratan/pasu/pokok)

Jumlah nilai pengeluaran (RM’000)

2005 1,780 135,145,712 93,702.122006 1,837 146,099,730 126,781.522007 1,843 153,121,584 131,852.782008 1,941 316,721,121 219,259.542009 2,181 410,871,935 281,310.242010 2,192 414,243,980 255,511.742011 2,213 417,065,881 252,349.312012 2,227 419,989,512 257,896.342013 2,570 484,434,011 321,334.552014 2,699 508,662,084 338,563.842015 2,610 498,967,031 338,4852016 2,559 510,290,217 331,7162017 2,605 500,084,413 341,8572018 2,652 509,085,932 n.aSumber: Jabatan Pertanian (2019)

pembinaan infrastruktur yang rancak terutamanya dalam industri perumahan dan bangunan menyebabkan permintaan terhadap pokok hiasan untuk landskap juga meningkat. Ini adalah hasil daripada peruntukan perundangan yang meletakkan syarat agar 10% daripada keluasan kawasan pembangunan perlu disediakan sebagai kawasan lapang dan kawasan rekreasi. Pokok-pokok ini termasuklah kumpulan pokok-pokok teduhan, pokok-pokok renek dan tanaman penutup bumi. Nurseri-nurseri yang besar terdapat di Johor manakala nurseri secara kecilan berselerak di seluruh negara seperti yang terdapat di Sungai Buloh, Selangor. Bawah RMK-10, Jabatan Pertanian akan memberi tumpuan pada pengurusan nurseri bunga dan tanaman hiasan secara komersial. Program ini memperuntukkan sebanyak RM40,000/ha untuk setiap peserta bagi keluasan minimum 0.2 ha akan disediakan bagi tujuan pembangunan kawasan, kemudahan infrastruktur asas seperti rumah teduhan, sistem pengairan dan juga bahan input. Pada tahun 2005 – 2018, pengeluaran bagi florikultur (keratan/pasu/pokok) meningkat daripada 135 juta kepada 509 juta. Kemuncak pengeluaran dalam negara adalah pada tahun 510 juta pengeluaran dengan nilai pengeluaran sebanyak RM331 juta.

PerdaganganAktiviti perdagangan di Malaysia turut berkembang dengan beberapa jenis bunga yang diperdagangkan. Antara spesies bunga yang dieksport adalah seperti Chrysanthemum, foliage, orkid, lili, ros, carnations dan bunga keratan lain. Bunga jenis

Page 10: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

18

Chrysanthemum merupakan jenis yang banyak dieksport iaitu 33,652 tan pada tahun 2014 dan meningkat kepada 37,222 tan pada tahun 2016 dengan nilai pengeluaran RM377 juta. Jepun merupakan negara pengeksport utama produk bungaan yang diperdagangkan dengan nilai dagangan meningkat daripada RM262 juta kepada RM310 juta pada tahun 2016 dan 2017. Antara negara lain yang menjadi pengeksport utama produk bungaan ialah Thailand, Australia dan Hong Kong. Jumlah kuantiti eksport Malaysia meningkat satu kali ganda daripada 36,307 tan pada tahun 2016 kepada 68,898 tan pada tahun 2017. Menurut Jabatan Pertanian, pada tahun 2020 kuantiti eksport dijangka meningkat kepada 69,519 tan dengan kadar 3.8% setahun. Aktiviti pengimportan produk bungaan di Malaysia juga turut rancak berlaku dengan nilai import meningkat daripada 3,484 tan pada tahun 2016 kepada 3,587 tan pada tahun 2017 menurut Jabatan Pertanian (2019). Antara negara pengimport utama pada tahun 2016 ialah China (RM13 juta), India (RM6.4 juta), Thailand (RM1.7 juta) dan negara pengimport lain (RM2.6 juta).

Jadual 9. Jenis eksport produk bunga di Malaysia (2014 – 2017)

Jenis Eksport florikultur2014 2015 2016 2017

Kuantiti (tan)

RM Kuantiti (tan)

RM Kuantiti (tan)

RM Kuantiti (tan)

RM

Chrysanthemum 33,652 266,200,611 34,081 323,886,927 37,222 377,389,099 34,275 409,048,608Foliage 28,982 50,570,618 17,884 46,079,036 16,392 59,829,620 29,209 52,421,731Bungakeratan lain

4,780 42,059,056 4,909 45,636,254 5,047 43,925,673 3,867 37,190,884

Orkid 1,489 11,505,086 1,187 11,971,122 1,020 10,678,469 1,002 9,331,322Lili 98.33 1,198,014 73 834,134 90 1,424,255 1,963 8,894,692Ros 3.89 27,251 1.2 16,577 33 357,742 24 241,690Carnations 0.09 1,050 1.8 16,577 4.2 21,401 1 10,339Jumlah 69,005 371,561,686 58,137 428,440,627 59,808 493,626,259 70,341 517,139,266

Sumber: Jabatan Pertanian (2019)

Jadual 10. Negara pengeksport utama produk bunga-bungaan di Malaysia

Negara pengeksport 2016 2017Kuantiti (tan) Nilai (RM) Kuantiti (tan) Nilai (RM)

Jepun 21,726 262,256,608 20,046 310,367,015Thailand 11,547 68,954,104 15,073 75,737,847Australia 2,323 33,060,698 2,067 37,212,667Hong Kong 395 1,941,958 630 4,472,529UAE 316 3,632,025 n.a n.aSingapura n.a n.a 31,082 68,779,577Jumlah 36,307 369,845,393 68,898 496,569,635

Page 11: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

19

KesimpulanImbangan dagangan untuk komoditi/industri florikultur negara adalah positif. Bagi empat kategori produk florikultur, Malaysia menduduki carta 30 teratas dalam senarai negara pengeksport utama, di mana kategori bunga keratan menunjukkan potensi yang paling tinggi (kedudukan ketujuh). Bunga Chrysanthemum berpotensi untuk diperluaskan pasarannya kerana produknya yang berkualiti tinggi dan permintaan juga tinggi dari luar negara. Cameron Highlands masih menghasilkan kualiti eksport tertinggi Chrysanthemum ke Jepun dan Australia. Industri florikultur mampu bersaing dan berkembang dengan pesat sekiranya keperluan pemain industri dipenuhi dan mendapat sokongan daripada semua pihak. Industri florikultur di Malaysia berpotensi besar untuk meningkatkan pasaran eksport bunganya. Pemain industri florikultur memainkan peranan penting dalam membangunkan industri florikultur terutamanya dalam pengeluaran bunga berkualiti tinggi. Kerajaan diseru menggembleng tenaga bersama semua pihak agar industri florikultur ini terus meningkat dan mampu bersaing seiring kualiti produk yang dikeluarkan di peringkat antarabangsa.

PenghargaanPengarang mengucapkan terima kasih kepada Pengarah, Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes, Timbalan Pengarah Program Agronomi dan Sistem Pengeluaran, Pengarah, Pusat Penyelidikan Hortikultur kerana minat dan dorongan yang sangat bernilai dalam penyelidikan yang dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat kumpulan penyelidik dan ahli-ahli kumpulan kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini.

BibliografiAnon. (2018). Buku Perangkaan Agromakanan. Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani, Malaysia Anon. (2018). Dasar Agromakanan Negara 2011-2020. Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani, MalaysiaAmita, A. dan Baweja, H.S. (2019). Floriculture-worldwide production, trade,

consumption pattern, market opportunities and challenges Cindy, V.R. (2016).World Floriculture Map 2016: Equator Countries Gathering

Speed. Diambil dari https://research.rabobank.com/far/en/sectors/regional-food-agri/world_floriculture_map_2016.html

Comtrade. (2018). International Trade Centre (ITC).FAOStat (2018). Diambil dari http://www.fao.org/3/ac452e/ac452e0c.htmHeidi, C.W. (1998). Potential of commercial floriculture in asia: opportunities

for cut flower development - Food And Agriculture Organization Of The United Nations Regional Office For Asia And The Pacific Bangkok, Thailand,

Sayali, T. (2019), Global Floriculture Market Research Gain Impetus due to the Growing Demand Over 2019-2028 with a CAGR of 5.00%. Diambil dari https://www.researchgate.net/publication/335029127

Page 12: Senario industri florikultur Malaysia (Malaysian floricultural ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/20/Zaffrie.pdf11 negara-negara seperti China, Jepun dan India yang dijangka dapat meningkatkan

20

Khan, H. (2018). Top 10 flower producing countries in the world. Diambil dari www.worldblaze.in.

Malaysia External Trade Statistics Online (2019). Diambil dari https://metsonline.stats.gov.my/

Xia, Y., Deng, X., Zhou. P., Shima, K. dan da Silva, J.A.T. (2006). The world floriculture industry: dynamics of production and markets. Ornamental and Plant Biotechnology IV

RingkasanIndustri florikultur tergolong dalam kategori produk pertanian bernilai tinggi, seperti mana yang termaktub dalam Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020). Produk florikultur keluaran Malaysia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa. Persaingan menjadi semakin sengit berikutan banyak negara pengeluar baharu bunga-bungaan mula berkecimpung dan semakin mendahului dalam aktiviti import dan eksport produk florikultur. Imbangan dagangan untuk komoditi/industri florikultur negara adalah positif. Berdasarkan empat kategori produk florikultur yang diperdagangkan, Malaysia menduduki carta 30 teratas dalam senarai negara pengeksport utama, dimana kategori bunga keratan menunjukkan potensi paling tinggi (kedudukan ketujuh).

SummaryThe floriculture industry included into the category of high value agricultural products, as enshrined in the National Agricultural Policy (2011 – 2020). Malaysian floriculture products have high demand in the international market. Competition is intensifying as many new countries begin to emerge and take the lead in the import and export activities of floriculture products. Trade balance for the country’s commodity/floriculture industry is positive. Based on four categories of flower trading worldwide, Malaysia ranks in the top 30 in the list of major exporting countries, in category of cut flowers that shows the highest potential (7th position).

PengarangMohd Zaffrie Mat AminPusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, SelangorE-mel: [email protected]

Mohd Tarmizi Haimid dan Muhamad Syafiq Ahmad DaniPusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor

Hanim Ahmad (Dr.)Pusat Penyelidikan Tanaman Industri, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor