hubungan etnik di malaysia

43
1.0 Pengenalan Negara menghadapi pelbagai dugaan pada fasa awal pasca kemerdekaan. Politik, sosial dan ekonomi secara umumnya masih belum stabil pada waktu itu. Perhubungan antara kaum umpama api di dalam sekam; sedikit pergeseran mampu mencetuskan pertelingkahan besar. Apabila satu kaum menyinggung kaum yang lain, maka tercetuslah pertelingkahan besar, seperti peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Tarikh yang mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila timbul perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya. Peristiwa 13 Mei merupakan perintiwa yang melibatkan pergaduhan antara kumpulan etnik di Malaysia sepelas pilihan raya pada bulan Mei 1969. Konflik antara kaum ini berlaku khususnya antara kaum Melayu dan Cina yang tertumpu di Kuala Lumpur. Sentiment antara kumpulan etnik yang kuat akhirnya membawa kepada konflik secara terbuka. Analisis terhadap peristiwa 13 Mei wajar lihat dalam dilihat dalam konteks yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada sekitar tarikh 13 itu sahaja. 1 Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Ia juga merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. 1 Mohd Ashraf Ibrahim,Mohd Aris, Mohd Saleh, Chin Kuang Tiu, Amaran. (2013). Hubungan Etnik.,Selangor. Penerbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd. halaman 20. ~ 1 ~

Upload: dinesh-madhavan

Post on 18-Jan-2017

1.086 views

Category:

Career


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan etnik di Malaysia

1.0 Pengenalan

Negara menghadapi pelbagai dugaan pada fasa awal pasca kemerdekaan. Politik,

sosial dan ekonomi secara umumnya masih belum stabil pada waktu itu. Perhubungan

antara kaum umpama api di dalam sekam; sedikit pergeseran mampu mencetuskan

pertelingkahan besar.

Apabila satu kaum menyinggung kaum yang lain, maka tercetuslah pertelingkahan

besar, seperti peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Tarikh yang mencetuskan sejarah

paling hitam negara bermula apabila timbul perasaan bongkak satu kaum kerana

memenangi kerusi pilihan raya.

Peristiwa 13 Mei merupakan perintiwa yang melibatkan pergaduhan antara

kumpulan etnik di Malaysia sepelas pilihan raya pada bulan Mei 1969. Konflik antara kaum

ini berlaku khususnya antara kaum Melayu dan Cina yang tertumpu di Kuala Lumpur.

Sentiment antara kumpulan etnik yang kuat akhirnya membawa kepada konflik secara

terbuka. Analisis terhadap peristiwa 13 Mei wajar lihat dalam dilihat dalam konteks yang

lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada sekitar tarikh 13 itu sahaja. 1

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak

masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta

harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969”

merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Ia juga merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap

politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan

suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi

ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku

sebelumnya.

Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut

menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga

boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris

contohnya, telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif

terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan

ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan

1 Mohd Ashraf Ibrahim,Mohd Aris, Mohd Saleh, Chin Kuang Tiu, Amaran. (2013). Hubungan Etnik.,Selangor. Penerbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd. halaman 20.

~ 1 ~

Page 2: Hubungan etnik di Malaysia

ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru

yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk

mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Tun Mahathir dalam bukunya, Dilema Melayu (1970) menjelaskan bahawa

“Apa yang wujud ialah kurangnya perselisiahan antara kaum. Ada rasa tolerasi. Ada

terdapat penyesuaian. Ada sedikit sebanyak perasaan tolak ansur. Akan tetapi tidak wujud

harmoni yang sebenar. Sebaliknya, ada nada-nada sumbang walaupun tidak begitu ketara.

Ada kalanya nada-nada sumbang melansing nyaring lalu mencetuskan pergaduhan kaum

yang terpencil atau merata-rata.

Keharmonian antata kaum di Malaya tidaklah tulen, bahkan juga tidak berakar umbi secara

mendalam.”2

Menurut penjelasan Tun Mahathir, kekurangan perselisihan faham merupakan satu

punca yang boleh menyebabkan perpaduan kaum terjejas. Maka, rakya perlulah toleransi

supaya merapatkan perpaduan antara rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

2 Mohd Ashraf Ibrahim,Mohd Aris, Mohd Saleh, Chin Kuang Tiu, Amaran. (2013). Hubungan Etnik.,Selangor. Penerbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd. halaman 20.

~ 2 ~

Page 3: Hubungan etnik di Malaysia

PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI

Sistem pendidikan berbeza

Pertelingkahan Parti

Politik

Dasar pecah dan perintah pihak

british

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang

melayu

Layanan berat

sebelah oleh

tentera Jepun

2.0 Punca-punca yang membawa kepada berlakunya perintiwa 13 Mei 1969.

Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang tinggal bersama-sama secara aman dan

harmoni. Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi  huru hara

dan tidak stabil. Walau bagaimanapun, kita mempunyai sejarah berdarah yang melibatkan

dua kaum utama di Malaysia iaitu 13 Mei. 13 Mei 1969 merupakan peristiwa pergaduhan

antara 2 kaum utama Negara iaitu kaum Melayu dan kaum Cina. Peristiwa ini lebih

memfokuskan kepada dua kaum ini kerana secara amnya  Kaum Melayu memperjuangkan

hak ketuanannya manakala kaum Cina meraikaan kekuasaan politik mereka. Terdapat

banyak punca yang menjadikan Peristiwa 13 Mei sebagai peristiwa hitam dalam sejarah

Negara kita.

~ 3 ~

Page 4: Hubungan etnik di Malaysia

Salah satu punca yang menjadikan Peristiwa 13 Mei sebagai peristiwa hitam dalam

sejarah Negara kita adalah dasar pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan

British. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah memecahkan

perpaduan kaum di tanah Melayu. Dasar ini telah mengasingkan setiap kaum mengikut

kegiatan ekonomi iaitu orang Cina tinggal di bandar menjalankan perniagaan dan juga di

kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong. Manakala orang Melayu pula tinggal di luar

bandar bekerja  sebagai petani atau nelayan kecil dan kaum India kebanyakannya tinggal di

ladang dan berkerja sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja ladang. Pihak British

memecahkan tiga kaum ini dari segi ekonomi kerana mereka menyedari bahawa sekiranya

tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi

mereka akan terjejas. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-

kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok

masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pasar sahaja. Ini

melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya

tragedi 13 Mei 1969.

~ 4 ~

Penorehan getah oleh kaum india

Petani oleh kaum Melayu

Page 5: Hubungan etnik di Malaysia

Perasaan tidak puas hati oleh orang Cina terhadap hak istimewa orang Melayu juga

merupakan antara punca yang menyebabkan perusuhan kaum yang terbesar dalam sejarah

Malaysia. Perasaan ini mula dipaparkan apabila, parti pembangkang iaitu PAP

membangkitkan soal tentang kedudukan istimewa orang Melayu di negara tersebut semasa

kempen pilihanraya 1969. Parti pembangkang tidak berpuas hati dan menganggap hak

istimewa yang diberikan adalah tidak adil dan pilih kasih. Hak istimewa orang Melayu seperti

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak kerakyatan untuk orang bukan Melayu,

pengiktirafan orang Melayu sebagai bumiputera dan sebagainnya. Disamping itu, orang

Cina pula tidak berpuas hati dengan kekuasaan orang Melayu iaitu mereka tidak dapat

menerima situasi dimana, orang Cina menguasai sektor ekonomi manakala, orang Melayu

menjadi tuan kepada tanah Melayu. Situasi ini sangat memberikan kesan kepada orang

Cina sehingga mereka tidak suka dengan kaum Melayu. Orang Melayu menetapkan

beberapa peraturan dan perkara-perkara yang digolongkan sebagai hak istimewa yang tidak

boleh disoal atau diusik oleh sesiapa sahaja selain daripada tuan rumahnya iaitu orang

Melayu. Kekuasaan yang dipegang oleh orang Melayu tidak memberikan sebarang

perasaan hormat tetapi, melahirkan perasaan untuk berjuang demi mempertahankan hak

sebagai warga negara Tanah Melayu kepada kaum Cina. Oleh itu, orang Cina dan orang

Melayu bertempur dalam perjuangan mempertahankan hak-hak sendiri dan menggunakan

peluang tersebut untuk melepaskan geraman setiap individu yang telah lama terpendam

dalam hatinya. Tetapi, melalui peristiwa tersebut, kita boleh mengetahui bahawa orang Cina

akan berjuang pada bila-bila masanya untuk membuktikan kekuasaan mereka dan orang

Melayu juga tidak akan melepaskan negara Malaysia kepada sesiapa sahaja dan sentiasa

mempertahankannya.

~ 5 ~

Aktiviti perlombongan oleh kaum Cina

Page 6: Hubungan etnik di Malaysia

Selain itu, Pertelingkahan Parti Poilitik juga merupakan anatara punva yang

menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei ini. Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan

Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah

ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan

menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya

itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun

setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA

dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak

kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula

membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera

orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang

Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam

pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan

disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah

menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan

tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

Memang tidak dapat dinafikan bahawa latar belakang pendidikan yang berbeza juga

merupakan satu punca kepada berlakunya peristiwa 13 Mei. Pada zaman penjajahan

British, sistem pendidikan yang diadakan oleh semua kaum adalah sangat berbeza.

Sebelum Laporan Razak dikemukakan, di Malaysia tidak mempunyai satu pendidikan yang

sama. Pada masa itu, sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu telah terbahagi

kepada 4 aliran iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini

mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara setiap kaum. kurikulum sekolah

Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negara asal mereka, sukatan pelajaran

serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negara China

dan India. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira

sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan

keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini

menyukarkan semangat perpaduan sukar dicapai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk

bergaul dengan pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman antara

etnik. Melalui pendidikan ini juga pengaruh daripada kehidupan dan adat resam serta

merasakan kaum mereka lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan yang tidak seragam

juga boleh mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara kaum. Keadaan ini

menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza ini memandang rendah

terhadap kaum lain. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini

~ 6 ~

Page 7: Hubungan etnik di Malaysia

menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum

dapat dilakukan dengan sempurna.

Jika ditinjau dari perspektif yang lain, layanan berat sebelah oleh tentera Jepun juga

merupakan tunjang kepada peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1941, negara Jepun mula

menguasai Tanah Melayu dan membawa perubahan kepada pentadbiran negara yang

diarahkan oleh tentera Jepun. Tempoh masa tersebut boleh dikatakan sebagai satu tragedi

yang telah mengkorbankan banyak nyawa. Tentera Jepun melayan orang Cina dengan

begitu teruk kerana negara China pernah menyerang negara Jepun dan menguasainya.

Apabila pihak British telah menyerah alah, Jepun mula menguasainya Tanah Melayu,

tentera Jepun membunuh orang Cina tanpa perasaan kasih sayang. Oleh itu, orang Cina

telah melibatkan dirinya dalam kegiatan MPAJA iaitu Malayan People Anti Japanese Army

untuk menentang pengaruh Jepun di Tanah Melayu. Tetapi, orang Melayu diberikan layanan

yang baik dan mengiktirafkan kaum Melayu sebagai masyarakat bumiputera kerana untuk

mendapatkan sokongan dari orang Melayu. Pengaruh Jepun memberikan jawatan yang

besar kepada kaum Melayu dahulu dan memberikan layanan yang teruk kepada orang Cina.

Hal ini, menyebabkan orang Cina tidak berpuas hati dengan pemerintahan Jepun dan benci

dengan kaum Melayu. Layanan yang tidak adil ini mewujudkan perasaan peermusuhan

dengan orang Melayu dan mencetusnya peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan

kematian yang tidak menguntungkan sesiapa.

Gambar Tentera Jepun yang memerintah negara Tanah Melayu

~ 7 ~

Page 8: Hubungan etnik di Malaysia

Membentuk Majlis

Gerakan Negara

(MAGERAN)

Dasar Ekonomi

Baru (DEB)

Dasar Pendidikan

Kebangsaan

Dasar Pembangunan

Nasional (DPB)

Memperkenalkan Rukun Negara

3.0 Dasar-dasar yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam pembangunan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei 196, telah memberikan banyak pengajaran kepada rakyat Tanah Melayu

dan mula mengambil langkah-langkah untuk menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat

yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dasar-dasar telah diperkenalkan sebagai usaha oleh

pelbagai pihak atasan supaya peristiwa seperti 13 Mei tidak diulangi oleh rakyat di Tanah

Melayu. Antara dasar-dasar yang telah diperkenalkan adalah:-

~ 8 ~

Page 9: Hubungan etnik di Malaysia

Dasar ekonomi diperkenalkan oleh kerajaan untuk peristiwa 13 Mei ini tidak diulangi.

Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970. Pengenalan dasar

ini adalah untuk membaik pulih sektor ekonomi yang telah dirosakkan dalam perusuhan

kaum pada 13 Mei 1969. Tujuan dasar ini dikemukakan oleh kerajaan adalah untuk

membasmi masalah kemiskinan yang telah melanda negara Malaysia dan meningkatkan

keberkesanan produktiviti dalam sektor ekonomi. Hal ini kerana, semasa perusuhan kaum

berlaku, banyak kemusnahan dari segi harta benda, dan kemudahan awam telah berlaku.

Tambahan pula, terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin

sehinggakan golongan miskin tidak berpuas hati dengan golongan kaya. Oleh itu, sebagai

langkah untuk mencegah perasaan tidak puas hati, maka kerajaan telah mengambil dasar

ini.

Terdapat dua kaedah telah digunakan dalam dasar ini untuk mengekalkan

keharmonian antara pelbagai kaum. Antaranya, pembasmian kemiskinan tanpa mengira

kaum dan seterusnya, penyusunan semula masyarakat.

Daripada bancian penduduk pada tahun 1970 didapati bahawa 49.3% daripada semua

keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis

kemiskinan.sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar

bandar manakala 14% lagi di kawasan bandar. Manakala daripada Kajian Tahunan Hakmilik

Syarikat-Syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkatan dan Rekod Pendaftar

Syarikat, adalah didapati bahawa hak milik dan penguasaan ekonomi di antara kaum dan

pelabur dalam dan luar negeri adalah ti dak seimbang. 3

3 Dr. Ismail Said.2010.Perkembangan Sejarah Negara.Perak.Cipta Printing&Publishing (M) Sdn.Bhd.halaman 119

~ 9 ~

Page 10: Hubungan etnik di Malaysia

Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum adalah untuk menghapuskan

perasaan tidak puas hati yang telah melanda masyarakat di negara Malaysia dan

memajukan negaranya dari segi sektor ekonomi. Strategi ini diambil untuk mengelakkan

ketidakseimbangan kekayaan yang boleh mewujudkan konflik antara satu sama lain. Dasar

ini, telah memberikan fokus terhadap sektor ekonomi utama iaitu pertanian. Kerajaan mula

memberikan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil yang berasaskan pertanian.

Hal ini kerana, sumber pertanian adalah penting untuk sesebuah negara dan boleh

memajukan negaranya dengan lebih cepat. Untuk mengembangkan strategi ini, kerajaan

membuat pelbagai perancangan dan program untuk menggalakkan ramai penduduk

melibatkan dirinya dalam pertanian dan membuat perniagaan kecil. Antaranya, penyediaan

parit dan infrastruktur untuk penanaman padi, mendirikan kemudahan sosial seperti hospital,

klinik, sekolah dan sebagainya.

Strategi seterusnya adalah, penyusunan semula masyarakat. Langkah ini diambil

bertujuan untuk menyatupadukan rakyat yang telah berpecah belah dalam perusuhan kaum.

Beberapa kejayaan telah dicapai di abawah rancangan penyusuanan semual masyarakat.

Satu daripadanya ialah pendapatan purata kaum Bumiputera telah meningkat daripada

RM172 sebulan dalam tahun 1970 kepada RM614 sebulan dalam tahun 1987. Pendapatan

ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan kaum-kaum lain4

Kerajaan ini telah menetapkan sasaran ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaan.

Kerajaan menetapkan tujuh puluh peratus untuk rakyat Malaysia dan tiga puluh peratus

untuk kaum bumiputera. Terdapat beberapa usaha telah diambil dalam strategi ini seperti

meningkatkan pendapatan golongan kurang berupaya, menyusun semula pemilikan ekuiti,

menambahkan bilangan bumiputera dalam sektor awam dan swasta, latihan diberikan

kepada usahawan atau pedagang yang kaum bumiputera.

Pengenalan dasar ini dapat mengurangkan masalah kemiskinan dengan

menawarkan pekerjaan kepada ramai orang. Tetapi, dasar ini gagal merealisasikan

matlamat pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak tiga puluh peratus dalam aktiviti ekonomi.

Pada pendapat saya, dasar ini mempunyai banyak kelemahan yang perlu diambil kira oleh

kerajaan. Pengamalan dasar ini boleh merugikan sektor ekonomi kedua dan ketiga kerana

dasar ini terlalu mengutamakan pertanian iaitu sektor ekonomi utama. Tambahan pula,

dasar ini juga tidak bertindak adil dalam pembahagian ekuiti yang telah ditetapkan. Pada

pandangan saya, kerajaan tidak bertindak dengan adil kerana bumiputera mendapat ekuiti

sebanyak tiga puluh peratus berbanding dengan kaum lain. Akhirnya, dasar ini merugikan

4 Dr. Ismail Said.2010.Perkembangan Sejarah Negara.Perak.Cipta Printing&Publishing (M) Sdn.Bhd.halaman 119

~ 10 ~

Page 11: Hubungan etnik di Malaysia

golongan kaya kerana terlalu pemberikan keutamaan kepada golongan miskin dengan

menawarkan pekerjaan dan infrastruktur.

Seterusnya, dasar pendidikan kebangsaan juga antara langkah yang telah diambil

untuk mengekalkan perpaduan. Dasar ini akibat daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan dasar

ini adalah untuk menjadikan pendidikan sebagai medium untuk mengekalkan perpaduan

antara pelbagai kaum. Oleh itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar.

Objektif dasar ini adalah untuk memenuhi keperluan negara dengan menstabilkan

kedudukan dari segi politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Strategi yang telah digunakan

dalam dasar ini adalah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar dan struktur

kurikulum dengan peperiksaan yang sama kandunganya dilaksanakan di semua sekolah. 5

Untuk memberikan pendidikan, kerajaan telah memperkenalkan KBSR iaitu

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1982 dan KBSM iaitu Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah. Pengajaran yang dilaksanakan perlu diterapkan dengan

pendidikan rohani, mengajar disiplin dan menekankan keagamaan untuk memupuk

perpaduan dalam diri sendiri. Pendidikan yang diberikan kepada murid-murid di sekolah

rendah diterapkan dengan pelbagai bentuk pendidikan sebagai keagamaan supaya dapat

melahirkan manusia yang bersopan santun. Tambahan pula, dasar ini menekankan

pendidikan teknik dan vokasional untuk memberikan peluang kepada pelajar meneruskan

pengajian mereka.

Pada pandangan saya, dasar ini juga mempunyai beberapa kelemahan dalam

pelaksanaan strategi yang dibentukkan. Walaupun dasar ini, diambil untuk mengekalkan

perpaduan, tetapi, masih memberikan keutamaan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa

penghantar. Saya khuatir dengan keistimewaan yang diberikan kaum lain mungkin tidak

berpuas hati dengan langkah kerajaan. Seterusnya, saya berpendapat bahawa, jika bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris diberikan keutamaan, terdapat peluang dimana bahasa ibunda

dihapuskan dari penggunaanya.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan menekankan pengekalan perpaduan adalah dapat

dicapai dengan memajukan kebudayaan di negara Malaysia. Terdapat tiga prinsip utama

yang telah dirancangkan dalam dasar ini. Antaranya adalah, kebudayaan Kebangsaan

Malaysia harus menjadikan asas kebudayaan rakyat asal rantau tersebut, mementingkan

unsur-unsur kebudayaan lain serta dijadikan Islam sebagai satu titik utama dalam

pembentukan kebudayaan.

5 Ishak Saat(2000).Malaysia 1945-2000.Kuala Lumpur.Prin.Ad.Sdn.Bhd. halaman 238

~ 11 ~

Page 12: Hubungan etnik di Malaysia

Dasar ini telah tidak mengalakkan unsur-unsur Barat yang telah diikuti oleh

penduduk. Kerana, tujuan sepenuhnya dasar ini adalah semata-mata meningkatkan

keberkesanan kebudayaan dan memupuk penduduk yang bersih dari fikiran dan cara hidup

mereka sendiri. Tambahan pula, matlamat dasar ini adalah untuk membantu menguatkan

perpaduan, menjamin identiti kebangsaan iaitu sebagai seorang warnanegara Malaysia.

Dasar ini juga adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia melalui penerapan

nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Antara strategi yang telah dijalankan adalah menggalakkan pergerakan-pergerakan

atau pertunjukkan kebudayaan, bidang seni diberi keutamaan dalam meningkatkan

kebudayaan, mengisi keperluan sosiobudaya dan sebagainya. Segala strategi ini telah

memberikan kesan dalam pengekalan kebudayaan di kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum. Pada pendapat saya, usaha ini merupakan antara langkah yang efektif

untuk mengekalkan perpaduan. Melalui, dasar ini, Malaysia kini menjadi negara yang

bertinggi nilainya dalam kebudayaan. Terdapat pertubuhan yang telah ditubuhkan akibat

daripada dasar ini seperti KEKKWA iaitu kementerian kebudayaan, kesenian, dan warisan.6

Akhirnya, Dasar pembangunan Nasional (DPB) telah diumumkan untuk

mengekalkan perpaduan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada tahun 1991.

Dasar ini adalah bertujuan untuk mengantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai

banyak kelemahan. Dasar ini merangkumi beberapa aspek untuk tujuan kebaikannya.

Antaranya, kerajaan telah mewujudkan satu posisi ekonomi negara yang seimbang dan

memberikan layanan yang adil terhadap kaum yang berbilang kaum. Seterusnya, pihak

kerajaan juga menjaga sektor utama eekonomi dan meningkatkan perkembanganya. Sosial

dan ekonomi digunakan secara adil dengan mengurangkan situasi ketidakseimbangan

sosial dan ekonomi. Strategi seterusnya, dasar ini telah menguatkan lagi integrasi nasional

dimana, dengan mengurangkan hubungan yang tidak seimbang dalam ekonomi negeri-

negeri lain. Tenaga kerja diberikan perhatian dengan menerapkan teknik-teknik kerjaya

serta membantu mengharungi cabaran dalam pembangunan sektor perindustrian tanpa

merosakkan peenyusunan semula masyarakat. Tambahan pula, sains dan teknologi

dijadikan asas untuk merancang dan membangunkan sektor ekonomi yang berasaskan

perindustrian.

Dasar ini telah memberikan tumpuan kepada empat jenis kaedah ekonomi yang

telah digunakan untuk memupuk perpaduan kaum. Pertama, memandang isu kemiskinan

dengan serius dan lenyapkan masalah tersebut dengan mengurangkan tahap kemiskinan

relatif. Kerajaan mengutamakan pembangunan masyarakat Bumiputera dari aspek

6 Ishak Saat(2000).Malaysia 1945-2000.Kuala Lumpur.Prin.Ad.Sdn.Bhd. halaman 235

~ 12 ~

Page 13: Hubungan etnik di Malaysia

perdagangan dan perindustrian. Sektor swasta turut dijadikan penting dalam pengekalan

proses penyusunan semula masyarakat. Akhirnya, DPN telah meningkatkan penekanan

dalam sumber manusia dan sistem nilai dan etika agar dapat melaksanakan pertumbuhan

ekonomi yang adil agar dapat mencapai kemakmuran dan perpaduan negara.7

Kerajaan juga membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) supaya Negara kita

tidk akan diulangi peristiwa 13 Mei ini. Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara

pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang

diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak.

Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai

kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr.

Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri

Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail

dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.

Fungsi utama MAGERAN ini ialah mengembalikan keamanan dan undang-undang

negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan mengembalikan suasana

keharmornian dan kepercayaan antara kaum  di Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN

maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah

dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada

23 Februari 1971.

Kerajaan juga telah memperkenalkan Rukun Negara untuk membawa perpaduan

terhadap rakyat Negara supaya Negara kita tidak mengulangi Peristiwa 13 Mei. Menyedari

masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka

kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih

jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi

idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa

mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh

MAGERAN ini pada asasnya  ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia

berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan  pegangan masyarakat

Malaysia. Antaranya ialah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta suatu masyarakat yang adil dan

kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin

satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak dan membina sebuah

masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. 8

7 Ishak Saat(2000).Malaysia 1945-2000.Kuala Lumpur.Prin.Ad.Sdn.Bhd. halaman 2388 Ishak Saat(2000).Malaysia 1945-2000.Kuala Lumpur.Prin.Ad.Sdn.Bhd. halaman 254

~ 13 ~

Page 14: Hubungan etnik di Malaysia

4.0 Langkah-langkah mengekalkan perpaduan pebagai etnik di Malaysia.

Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang

pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia

turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat

antarabangsa. Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita

sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan

berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap “bagai aur

dengan tebing” sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana

Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab

bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung bulat

manusia kerana muafakat”. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu

melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat

seantero Malaysia.

~ 14 ~

Page 15: Hubungan etnik di Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, iaitu Yang Berhorm,at Datuk Seri Najib bin Tun Razak

telah mengemukakan gagasan “Satu Malaysia” sejak tahun 2009 lagi. Gagasan ini bertujuan

memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan memandangkan Malaysia

terdiri daripada masyarakat majmuk. Sudah tentu kita tidak menginginkan peristiwa 13 Mei

1969 berulang lagi dalam tanah bertuah yang aman makmur pada hari ini. Namun, pelbagai

langkah harus diambil untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana

"bertepuk sebelah tangan tak akan dapat berbunyi".

Persoalannya, sebagai bakal pendidik, apakah usaha-usaha yang boleh

dicadangkan mengekalkan perpaduan pelbagai etnik di Malaysia? Salah satu usaha yang

dicadangkan adalah perpaduan pelbagai etnik di Malaysia dapat dikekalkan melalui aktiviti

kemasyarakatan. Setiap kaum perlu mengambil bahagian dalam setiap aktiviti

kemasyarakatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Cara ini dapat memupuk semangat

kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap

mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif

masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu

masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan

sukar untuk diterapkan di dalam jiwa mereka. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus

dijalinkan seperti aktiviti gotong royong. Sejajar dengan saranan Satu Malaysia oleh perdana

menteri, pihak masyarakat terutamanya rakyat dikota perlu rajin membudayakan gotong-

royong dalam kehidupan. Gotong-royong merupakan aktiviti yang memerlukan sumbangan

setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat

dilahirkan. Tuntasnya, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi

memupuk semangat perpaduan.

Selain itu, sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan

dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan

semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia semasa

berinteraksi dengan orang lain. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat

meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan

sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah

mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan

dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan

ini akan membawa perpaduan antara rakyat. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia perlu

mengamalkan sifat berdisiplin dalam dirinya untuk memupuk perpaduan di Negara kita.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan mengadakan rumah terbuka pada

musim perayaan juga dapat memupuk perpaduan di negara Malaysia kita. Pada musim

~ 15 ~

Page 16: Hubungan etnik di Malaysia

perayaan, semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengadakan rumah

terbuka kepada rakyat kaum lain untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum.

Misalnya, rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri oleh kaum Melayu, Tahun Baru Cina

oleh etnik Cina, Hari Deepavali oleh bangsa India, dan Hari Natal oleh penganut agama

Kristian. Melalui rumah terbuka ini, kita dapat bersikap bergaul mesra dengan rakan-rakan

yang terdiri daripada pelbagai kaum sambil mereka juga dapat menikmati makanan

tradisional yang dihidangkan. Rentetan itu, kita akan lebih memahami budaya kaum lain dan

memupuk persefahaman dalam masyarakat. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mengadakan

rumah terbuka pada musim perayaan masing-masing untuk mengeratkan hubungan

silaturahim antara pelbagai kaum.

Tambahan pula, sistem pendidikan di Malaysia turut bertujuan memupuk perpaduan

kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui aktiviti Rancangan Intergrasi Murid

untuk Perpaduan atau lebih dikenali sebagai RIMUP, pelajar-pelajar dapat berkawan

dengan rakan-rakan daripada pelbagai bengsa dan latar belakang. Semasa proses

Pengajaran dan Pembelajaran berlaku, pelajar-pelajar mempelajari mata pelajaran teras

yang sama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Bahasa

Melayu dititikberatkan dalam pelajaran kerana bahasa kebangsaan ini dapat memudahkan

komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang diberikan

turut komunikasi antara pelajar daripada pelbagai kaum. Malah, kerja-kerja kursus yang

diberikan turut menggalakkan aktiviti berkumpulan kerana 'perpaduan teras kejayaan".

Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum. 

Misalnya,penglibatan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti

sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain.  Semangat berpasukan juga

dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana ’bersatu

kita teguh,bercerai kita roboh’. Contohnya aktiviti sukan boleh diadakan di sekolah,

kampung, taman perumahan dan sebagainya. Contoh aktiviti sukan yang boleh diadakan

adalah larian, bola sepak, bola jarring, tarik tali, meniup belon dan sebagainya. Aktiviti

sukan seperti ini dapat menarik perhatian semua rakyat dan mereka juga melibatkan diri

dalam aktiviti sukan tersebut tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Pada masa yang

sama, semasa mengadakan aktivti sukan yang berkumpulan, hal ini juga dapat membantu

untuk memupuk perpaduan di negara kita. Mereka juga melibatkan diri dalam sukan dengan

semangat kesukanan tanpa mengira agama. Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat

mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri.  Negara juga

dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan negara.

~ 16 ~

Page 17: Hubungan etnik di Malaysia

Seterusnya, pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah juga dapat

menanam semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Sebagai

contoh,murid-murid dapat merancang dan membuat keputusan bersama bagi memajukan

persatuan dan kelab masing-masing.  Mereka juga sentiasa berkongsi idea dan maklumat

dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Mereka juga akan bekerjasama dalam kumpulan untuk

mengambil keputusan dan mereka juga tidak mengira agama semasa mengkongsikan idea.

Murid-murid juga dapat menghormati keputusan dan idea orang lain semasa mengadakan

aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini perlulah diadakan kepada semua murid sekolah dari kecil

kerana bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jadi jelaslah bahawa,

aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah telah dapat melahirkan semangat perpaduan

dari sekolah.

 Jika ditinjau dari perspektif yang lain, ibu bapa juga memainkan peranan yang

penting dalam melahirkan semangat perpaduan di negara kita. Ibu bapa perlulah

menggalakkan anak-anak mereka menonton filem, drama dan iklan yang bertemakan

perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah menunjukkan filem-filem ini memang jauh

lebih efektif dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis kerana

persembahan media elektronik lebih menarik, kreatif dan inovatif. Maka, pelbagai iktibar dan

pengajaran dapat diperoleh oleh generasi muda melalui persembahan-persembahan

elektronik ini. Rentetan itu, wujudlah garis panduan yang berladaskan segala iktibar dan

pengajaran yang diperolehi oleh generasi muda untuk mengecapi perpaduan dan

keharmonian. Ibu bapa juga perlulah menjadi contoh di hadapan anak-anaknya. Ibu bapa

juga perlulah menonton filem-filem yang berkaitan dengan perpaduan antara kaum sebagai

menunjukkan dirinya di hadapan anak mereka supaya anak mereka mencuri perwatakan ibu

bapanya dan mereka juga bermula menonton filem-filem tersebut kerana bagaimana acuan

begitulah kuihnya. Ibu bapa juga perlulah menjelaskan pengajaran yang terdapat daripada

filem tersebut kepada anak mereka supaya anak-anak mereka mengamalkan pengajaran

tersebut dalam kehidupan seharian untuk memupuk semangat perpaduan.  Oleh itu, ibu

bapa perlulah mencorakkan anak-anak mereka dengan nilai murni yang berkaitan dengan

semangat perpaduan kerana anak-anak merupakan ibarat kain putih. Ibu bapalah perlu

mencorakkan anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan perpaduan

negara.

Program Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah juga dapat memupuk

perpaduan di Negara kita. Program ini perlu melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta

sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Dalam program ini juga perlu mengadakan

pelbagai acara-acara yang boleh berkaitan dengan perpaduan dan acara-acara ini juga

perlu membawa impak positif terhadapa diri, keluarga, masyarakat dan negara. Acara-acara

~ 17 ~

Page 18: Hubungan etnik di Malaysia

yang boleh dijalankan adalah seperti ceramah, motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian,

kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang

dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari

mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia

dan nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. Mereka juga dapat

berusaha memupuk perpaduan di negara kita melalui perkhemahan bina insan ini.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah

negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan

bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal

diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan

keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum

sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira

kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam

dan kepercayaan kaum lain.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan

salah satu langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam

mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu,

Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek

pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai

contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu

iaitu baju kurung ke sesuatu majlis dan kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose

juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan

warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan

seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia telah dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara Malaysia kita. Sekolah

wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis

kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan

kaum. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai

bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum

berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa.

Usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan

juga amat berkesan demi mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan

agama dan bangsa.  Melalui usaha ini semangat cinta akan negara akan berkembang dalam

~ 18 ~

Page 19: Hubungan etnik di Malaysia

diri setiap anggota masyarakat, seterusnya mendorong mereka sama-sama menepis

sebarang anasir yang boleh mengacau kemerdekaan negara. Mereka juga akan menyambut

hari kemerdekaan dengan bersama-sama pelbagai kaum dengan gembira. Oleh itu,

penglibatan masayarakat dalam sambutan hari kemerdekaan dapat memupuk semangat

perpaduan antara pelbagai kaum.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang

berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul

kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam

sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.

Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk

bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui

aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat

disangka bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk

perpaduan kaum.

Secara kesimpulan, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin, hujan,

makan, dan minum sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke mana-

mana sahaja, bebas bekerja dan bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu, untuk

mengecapi kebebasan ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan dan terus dimantapkan.

Dengan itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk terus mengekalkan perpaduan negara

kerana membina perpaduan memakan masa puluhan tahun tetapi meranapkannya akan

mengambil masa sehari. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar

Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan

menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan

negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan

negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020. Iltizam dan kesungguhan semua

pihak dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua

negara yang bersatu padu, aman, maju, dan berdaya saing di peringkat global.  Hal ini tidak

mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

~ 19 ~

Page 20: Hubungan etnik di Malaysia

~ 20 ~

Page 21: Hubungan etnik di Malaysia

5.0Persembahan multimedia

~ 21 ~

Page 22: Hubungan etnik di Malaysia

~ 22 ~

Page 23: Hubungan etnik di Malaysia

~ 23 ~

Page 24: Hubungan etnik di Malaysia

~ 24 ~

Page 25: Hubungan etnik di Malaysia

~ 25 ~

Page 26: Hubungan etnik di Malaysia

~ 26 ~

Page 27: Hubungan etnik di Malaysia

~ 27 ~

Page 28: Hubungan etnik di Malaysia

~ 28 ~

Page 29: Hubungan etnik di Malaysia

~ 29 ~

Page 30: Hubungan etnik di Malaysia

~ 30 ~

Page 31: Hubungan etnik di Malaysia

~ 31 ~

Page 32: Hubungan etnik di Malaysia

~ 32 ~

Page 33: Hubungan etnik di Malaysia

6.0 Rumusan

Untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara sama ada dari

segi  politik, ekonomi ataupun sosial maka kayu ukur hubungan kepelbagaian kaum yang

mendiami sesebuah negara menjadi teras utama.Dalam konteks negara Malaysia, selepas

peristiwa 13 Mei 1969, status kstabilan negara semakin pulih. Banyak perancangan dibuat

dan diimplimentasikan.Antara perancangan yang dibuat ialah menubuhkan Jabatan

PerpaduanNegara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Tujuan utama adalah untuk

merapatkan hubungan anatara kaum di Malaysia seperti Bangsa Melayu, Cina dan India.

Disamping itu juga, merapatkan hubungan antara masyarakat di Sabah dan

Sarawak..Selain itu, Rukun Negara turut diperkenalkan. Rukun negara merupakan Ideologi

Kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati oleh semua kaum yang berada di dalam Negara

Malaysia dan menjadi teras atau tiang kepada Negara.

Hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara

kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Survival Malaysia sebagai sebuah negara

bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan

ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Memupuk dan mengekalkan

hubungan etnik yang harmonis. Pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita

nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13

mei 1969.

~ 33 ~

Page 34: Hubungan etnik di Malaysia

7.0 Rujukan

Malaysia terkini. Mendedahkan punca sebenar rusuhan 13 Mei.11Mei 2007 daripada http://www.malaysiakini.com/news/67120

Yanz Fatheehah. Kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. 01 April 2011 dari http://rimupsmktp09.blogs

Syahrul. Peristiwa 13 Mei. 16 January 2011 dari http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm

Abdul Rahman Ibrahim (2011).. 13 Mei 1969 Di Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka

Sivachandralingam Sundara raja et.al (2008), Sejarah masih relevan, Shah Alam, Karisma Publication Sdn. Bhd.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim (1998), 365 Hari dalam Sejarah. Ampang, Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd

Syed Mahadzir Syed Ibrahim (1998), 365 Hari dalam Sejarah. Ampang, Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Abdul Shukor Ariffin dan Hassan Hj. Ali (1982), Sejarah Malaysia, Serdang: Penerbit UPM

Shamsul Amri Baharuddin (2009), Modul Hubungan Etnik. Maskha SDN.BHD: Kuala Lumpur

~ 34 ~

Internet

Buku

Artikel dalam Akhbar

Page 35: Hubungan etnik di Malaysia

Utusan (2012). PLKN Medan Pupuk Perpapaduan. http://ww1.utusan.com.my/utusan/dalam_negeri/20121013/dn_15/plkn-medan-pupuk-perpaduan

Utusan (2013). Pupuk Perpaduan Melalui Aktiviti Gotong-royong. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20131211/wk_05/Pupuk-perpaduan-melalui-aktiviti-gotong-royong

~ 35 ~

Page 36: Hubungan etnik di Malaysia

8.0 Lampiran

~ 36 ~