hormat menghormati

9
4.0 Hormat-Menghormati ? Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. CIRI-CIRI ? Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat ? Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain ? Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain Cara Amalkan ? Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain ? Mewujudkan persefahaman dan kerjasama ? Melatih dari supaya berkelakuan sopan ? Menyedari hidup dilingkumi undang-undang ? Melatih diri supaya tidak emosional 4.1 Hormat dan taat kepada ibu bapa ? Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa Cara amalkan ? Menolong ibu bapa ? Bercakap dengan sopan ? Tidak melawan cakap ? Berhemah tinggi dan berperibadi mulia semasa berkomunikasi ? Menghargai dan menyanjungi ? Mengenang jasa dan pengorbanan ? Meminta pandangan

Upload: anuar-redzuan

Post on 18-Feb-2015

180 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: hormat menghormati

4.0 Hormat-Menghormati

? Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

CIRI-CIRI

? Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat ? Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain ? Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain

Cara Amalkan

? Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain ? Mewujudkan persefahaman dan kerjasama ? Melatih dari supaya berkelakuan sopan ? Menyedari hidup dilingkumi undang-undang ? Melatih diri supaya tidak emosional  

4.1 Hormat dan taat kepada ibu bapa

? Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa

Cara amalkan

? Menolong ibu bapa ? Bercakap dengan sopan ? Tidak melawan cakap  ? Berhemah tinggi dan berperibadi mulia semasa berkomunikasi ? Menghargai dan menyanjungi ? Mengenang jasa dan pengorbanan ? Meminta pandangan

4.2 Hormat dan taat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,jiran tetangga dan pemimpin.

? Menunjukkan rasa hormat kepada dolongan tersebut dengan memberi layanan yang baik

CIRI-CIRI

Page 2: hormat menghormati

? Ikhlas dan tidak mengharapkan balasan ? Menghormati orang tua tanpa mengira keturunan,pangkat, kedudukan dan harta ? Tidak menyinggung perasaan ibu bapa ? Menerima nasihat dan tunjuk ajar

Cara Amalkan

? Menjaga pertuturan ? Memberi penghormatan kepada pemimpin ? Sentiasa memberi senyuman, bertanya khabar, atau ucap selamat ? Berkelakuan baik dan bersopan ? Tidak mementingkan diri ? Tidak syak wasangka ? Membantu jiran jika perlukan pertolongan  

4.3 Hormat kepada Raja & Negara

? Menerima dan menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan

CIRI-CIRI

? Mempunyai perasaan taat setia ? Mengetahui perkembangan dalam pentadbiran negara ? Mengharumkan nama negara ? Mendukung dan mengamalkan prinsip rukun negara ? Sanggup berkorban jiwa dan harta benda ? Tidak mengeluarkan tomahan,ancaman dan kata-kata yg mengugat keamanan

Cara amalkan

? Sedia berusaha dan sanggup berjuang mempertahankan tanah air ? Menyangjung tinggi pemerintah dan pemimpin ? Bekerjasama memajukan negara ? Bangga jadi rakyat dan berdira tegak ketika Negaraku dinyanyikan

4.4 Hormat kepada Hak Asasi

? Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang individu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia

CIRI-CIRI   ? Seseorang berhak melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar undang  negara ? Setiap individu mempunyai hak berucap, mengeluarkan fikiran berkumpul, beragama, berpendidikan, mengundi, berpesatuan dan berpolitik ? Mempunyai perasaan untuk menjalin kerjasama dan persefahaman ? Menghormati hak diri dan orang lain ? Bersikap terbuka tanpa melampau 

Page 3: hormat menghormati

? Menerima pendapat serta teguran orang lain secara ikhlas ? Sanggup menerima hukuman

Cara Amalkan

? Meminta kebenaran sebelum mengambil barang orang lain ? Tidak ganggu kawan ketika belajar ? Menghormati kebudayaan orang lain ? Tidak mententuh soal peribadi ? Menggunakan kemudahan awam bersama-sama ? Berhati-hati dalam pertuturan ? Menghapuskan diskriminasi jantina,agama dan bangsa  

4.5 Hormat kepada Kepercayaan dan Adat Resam pelbagai Keturunan

? Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia

CIRI-CIRI

? Amalkan adat resam dan kebudayaan sendiri ? Tidak mengejek, mengutuk, menghina adat dan kepercayaan orang lain ? Bebas mengamalkan adat dengan tidak melanggar peraturan

4.6 Hormat kepada keperibadian individu

? Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu, terutama golongan yang kurang bernasib baik

CIRI-CIRI

? Hormat kepada sifat fizikal, bakat, potensi dan fikiran ? Menjaga perasaan orang lain ? Menghormati golongan yang kurang bernasib baik ? Tidak memandang rendah orang lain ? Mempertimbangkan pendapat orang lain

4.7 Patuh kepada undang-undang

? Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah di tentukan tanpa mengira di mana sahaja seseorang berada  

CIRI-CIRI

? Memahami pentingnya undang-undang ? menerima hukuman setimpal ? berhati-hati dalam tindakan supaya tidak melanggar undang-undang ? mengetahui hak sendiri  

Page 4: hormat menghormati

4.8 Patuh kepada ketepatan masa.

? Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah

CIRI-CIRI

? Menepati janji ? Mengurus masa ? Bahagi dan suna masa sepenuhnya ? Guna jadual waktu ? Tidak berlengah-lengah siapkan kerja ? Tidak menangguh kerja

4.9 Menghargai kebijaksanaan,pengalaman dan jasa

? Menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengalaman, pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu lapangan

CIRI-CIRI

? Menghargai jasa pekerja yang beri khidmat, ilmu dan tenaga ? Menghargai pengorbanan ibu bapa ? Memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh  

4.10 Menghargai Tenaga Pekerja

? Menghargai perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja

Cara Amalkan

? Hari pekerja ? KWSP ? Bonus, ganjaran & insentif

4.11 Menghargai maruah diri

? Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan

CIRI-CIRI

? Mengamalkan sifat-sifat murni seperti baik hati, bercakap benar, berhemah tinggi ? Tidak merosakkan nama baik sendiri ? Menjaga perbuatan, tingkahlaku dan pertuturan ? Berpakaian secara sopan 

Page 5: hormat menghormati

Hormati ibu bapa amalan berterusan

Rasulullah anggap menderhaka kepada orang tua dosa besar selepas syirik

TANGGUNGJAWAB BERTERUSAN: Islam menganjurkan anak berbuat baik kepada ibu bapa walaupun selepas mereka tiada.

ISLAM mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai. 

Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak. 

Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24). 

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15). 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim) 

Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa. 

Page 6: hormat menghormati

Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT. 

Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, “Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw).” (Riwayat Muslim). 

Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan.” 

Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu – tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman ayat 14-15). 

Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam. 

Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka. 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? 

Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari) 

Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa

Page 7: hormat menghormati

besar. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.” (Riwayat Muslim) 

Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya. 

Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara