amalan 3s - utama - portal rasmi jabatan...

6
KERTAS KONSEP MEMPERKASAKAN AMALAN GURU PENYAYANG MELALUI PROGRAM 3S (SENYUM, SAPA & SALAM) SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Upload: phamhuong

Post on 09-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERTAS KONSEPMEMPERKASAKAN

AMALANGURU PENYAYANG

MELALUI PROGRAM 3S

(SENYUM, SAPA & SALAM)

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAANJABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

AMALAN 3S

1. PENDAHULUANAmalan senyum, sapa dan salam (3S) bukanlah sesuatu yang baharu. Ia

merupakan sebahagian daripada amalan yang dipraktikkan dalam program guru

penyayang. AMALAN 3S ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam

membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif serta harmonis.

Konsep dan amalan 3S ini akan mewujudkan hubungan saling hormat menghormati,

sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling dan menjadikan suasana yang

kondusif dan harmoni.

Amalan ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa semasa bertemu rakan, guru

ibubapa atau tetamu sekolah. Ini dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan

kondusif dalam menyuburkan budaya masyarakat penyayang.

2. TUJUAN2.1 Menjadikan amalan ini sebagai satu budaya yang dapat dipraktikkan di

sekolah-sekolah Negeri Perak.

2.2 Mengurangkan salahlaku pelajar

2.3 Meningkatkan kehadiran pelajar.

2.4 Merapatkan kerjasama sekolah dengan masyarakat.

3. OBJEKTIFAdalah diharapkan amalan ini dapat :

Membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah

Membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif di sekolah

Membentuk sifat hormat menghormati dan kasih sayang

P a g e 1 | 5

AMALAN 3S

Mewujudkan keseronokan datang ke sekolah

4. KUMPULAN SASARAN Semua warga sekolah (pihak pengurusan, guru-guru, pelajar-pelajar, kakitangan

sekolah, pengawal keselamatan dan tetamu yang hadir ke sekolah)

5. KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 3S5.1 Apabila murid sampai ke sekolah, mereka disambut dengan senyuman daripada

guru-guru dan pengawas bertugas. Murid digalakkan untuk turut melemparkan

senyuman sebagai tanda pertemuan.

5.2 Murid akan menyapa guru dengan ucapan-ucapan yang sopan seperti:

- Assalamualaikum cikgu

- Selamat pagi cikgu

- Good Morning teacher

- Apa khabar cikgu

5.3 Sapaan juga boleh berlaku sebaliknya di mana guru yang terlebih dahulu

memberikan salam.

5.4 Seterusnya murid boleh bersalaman dengan guru-guru atau memberikan tanda

hormat yang lain seperti menundukkan kepala, membongkokkan badan atau

meletakkan tangan di dada.

6. CADANGAN PELAKSANAAN6.1 Pelancaran: pada 29.10.2015

6.2 Tempat: ……………………………….

6.3 Pelaksanaan sepenuhnya adalah pada tahun 2016.

7. PENUTUPKejayaan ’AMALAN 3S’ ini adalah pengembelingan bersama-sama semua pihak

khususnya seluruh warga pendidik di seluruh Negeri Perak. Ini juga adalah aspirasi

murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu

melahirkan murid yang ’berkualiti’ dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Adalah

P a g e 2 | 5

AMALAN 3S

diharapkan agar amalan ini menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan pelajar dan

impaknya dapat dilihat dalam seluruh kehidupan pelajar.

8. MOHON PANDANGAN DAN KELULUSAN AHLI MESYUARAT

LAMPIRAN

TAKRIFAN AMALAN 3S (SENYUM, SAPA DAN SALAM)

SENYUM Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

- Gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka

(geli hati, setuju dan sebagainya)

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Senyummu di depan saudaramu adalah

sedekah.” Hadits Riwayat At Tirmidzi dalam sahihnya.

SAPA Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

- Kata-kata yang dituturkan untuk menegur (mengajak berbual)

SALAM Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

- Berjabat tangan tanda memberi hormat

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat

(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih

baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). (An-Nisa' : 86)

Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya untuk menebarkan salam iaitu

ucapan salam sejahtera: “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”.

P a g e 3 | 5

AMALAN 3S

Pemberian salam yang ikhlas dengan nada dan mimik muka yang manis akan

memancing jawapan yang baik atau malah lebih baik lagi sehingga terjadilah

komunikasi dua hala yang disenangi.

Amalan ini disenaraikan sebagai antara amalan yang paling baik di dalam Islam.

CARA LAIN MENUNJUKKAN TANDA HORMAT Membongkokkan badan, menundukkan kepala dan meletakkan tangan di dada.

P a g e 4 | 5