nilai saling menghormati antara negara

Upload: syngeling95

Post on 17-Jul-2015

698 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Hormat-menghormati antara negara akan melahirkan suasana kedamaian dan seterusnya mencapai kemajuan dan kemakmuran sedunia. Pegangan Dasar Berkecuali Malaysia , iaitu tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran negara luar perlu dihormati oleh semua negara di dunia.

Malaysia menjalin perhubungan yang baik dengan negara-negara dunia.Melalui Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) , perasaan bertolak ansur dengan negara maju dan barat dititikberatkan untuk menegakkan kepentingan negara sedang membangun dan negara mundur. Negara kita Malaysia perlu memberi layanan yang bersopan kepada negara-negara lain di dunia ini.Negara-negara dunia juga harus memuliakan negara kita untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Kita menyanjung tinggi ideologi negara lain, termasuklah negara demokrasi, negara komunis, dan lain-lain.Setiap negara dunia mempunyai sistem pertahanan masing-masing. Hargailah sistem pertahanan negara lain dan jangan cuba mencerobohi negara orang lain.

Negara yang mencerobohi wilayah atau sempadan negara lain menunjukkan negarai itu tidak menghormati negara lain.

Menghargai dan memuliakan negara-negara lain.Memberi layanan yang bersopan dan bertatasusila. Mendisiplinkan diri dengan mengawal perasaan dan emosi agar melakukan perkara yang dibenarkan sahaja.

Menjaga perlakuan agar tidak biadap atau menyinggung perasaan negara lain. Menyanjung tinggi keperibadian negara lain dan menghargai hak asasi masing-masing.Bersedia mewujudkan persefahaman dan memberikan kerjasama kepada negara lain tanpa mengira bangsa.

Saling memberi dan menerima budaya dan adat negara lain.

Menyokong dasar kerajaan yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa , terutamanya DasarBerkecualiMalaysiayang menghormati semua negara. Melibatkandiri dalam pelbagai program ke arah mewujudkan hubungan yang baik dengan negara lain.

Negara-negara ASEAN mencapai persetujuan menubuhkan Kawasan Aman, Bebas, dan Berkecuali(ZOPFAN) di Asia Tenggara.Negara-negara ASEAN menghargai kedaulatan, kemerdekaan, dan keperibadian kebangsaan setiap negara. Pertubuhan Persidangan Islam mempertingkatkan kedudukan ekonomi umat Islam melalui persefahaman di kalangan negara Islam. Negara kita mengambil bahagian dalam Sukan Asia dan Sukan Olimpik, malahan pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Komanwel. Malaysia menjadi ahli dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel, ASEAN, Pergerakan Negara Berkecuali(NAM), dan sebagainya.

Golongan belia Komanwel berkenalan di Sukan Komanwel yang dijialankansecara bergilir-gilir di kalangan negara-negara anggota.Melalui Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerajaan Afrika Selatan bersetuju menggugurkan dasar aparteidnya. Negara-negara dunia memperjangkan hak rakyat Palestin untuk mempunyai negara mereka sendiri dan tidak ditindas oleh Israel.

Segolongan rakyat negara kita berpendapat Malaysia perlu memutuskan hubungan dengan Vietnam kerana Vietnam ialah negara komunis. Amerika tidak menghiraukan amaran negara China dan tetap menyokong Taiwan menuntut walaupun Taiwan adalah sebahagian daripada China.

Afrika Selatan pernah mengamalkan dasar aparteid yang membezakan taraf pendudukan mengikut warna kulit yang dicemuh oleh negara asing.Jackie memandang rendah terhadap pelarian Kosovo dan mentertawaan nasib mereka yang malang itu. Orang Yahudi dari Israel menyerang Palestin dengan tujuan menghala keluar penduduk Palestin dari menduduki negara mereka.

Segelintir ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merampas sumber hasil dari Antartika dan enggan berkongsi antara semua ahli Pertuhuan Bangsa-Bangsa Bersatu.Iraq menyerang Kuwait dan mengakibatkan tercetusnya Perang Teluk. Jimmy tidak mahu menderma kepada Tabung Bertindak Kosovo sungguhpun dia seorang jutawan.

Ravi mengejek tindakan kerajaan Malaysia memberi bantuan kepada Indonesia dalam meangani masalah jerebu adalah perlakuan yang sia-sia sahaja.

Ingin menjalin hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain. Ingin hidup aman dan damai. Ingin bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa besar. Tidak mahu melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar.

Mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Menempatkan pegawai diplomit di sesebuah negara. Mengadakan lawatan rasmi dan tidak rasmi oleh pemimpin negara ke negara lain. Mengadakan program pertukaran persembahan kebudayaan antara negara di dunia. Mengadakan program pertukaran pelajar antara negara.

Menjaga keamanan dunia. Menghormati kedaulatan negara lain.

Dapat memajukan pelbagai bidang seperti bidang ekonomi dan sosial. Mudah mendapatkan bantuan jika ditimpa malapetaka. Dapat menaikkan imej negara.

Mengukuhkan hubungan antara negara.

Saling menghormati

Berhemah tinggi Mematuhi peraturan dan undang-undang antara bangsa. Menghormati dasar luar negara lain. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu program yang melibatkan negara lain.

Tidak mengeluarkan kenyataan yang menyinggung sensitiviti negara lain. Mengadakan kerjasama politik, ekonomi dan sosial antara negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara diplomasi. Mengutamankan kepentingan bersama bersama dalam membuat sebarang keputusan.

Melibatkan diri dalam program pertukaran pelajar antara negara. Melibatkan diri dalam aktiviti mencabar peringkat antarabangsa seperti mendaki gunung dan sebagainya. Mewakili negara dalam pelbagai pertandingan dan program pendidikan.

Mematuhi peraturan dan undang-undang negara lain. Memahami budaya dan corak kehidupan masyarakat negara luar. Tidak menceroboh kedaulatan dan kemerdekaan negara lain. Meminta kebenaran sebelum memasuki negara lain. Berunding sekiranya timbul apa-apa perselisihan.

Dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar Asean yang diadakan di Kuala Lumpur pada November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota.

Dalam deklarasi tersebut, semua negara anggota sepakat mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara.Tidak memihak blok Barat, atau blok Timur untuk mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.

Konsep ZOPFAN teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge pada 1973.Untuk mengatasi masalah itu, ASEAN bercadang untuk mengadakan mesyuarat bagi membentuk Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah Putera Norodom Sihanouk. Cadangan itu dipersetujui oleh Vietnam dan mesyuarat itu telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Terdapat segelintir rakyat negara lain yang tidak berpuas hati dengan negara kita telah menggunakan internet untuk memburukburukkan nama baik Malaysia.(a) Terangkan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh segelintir rakyat negara tersebut. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ (b) Jelaskan dua kesan memburuk-burukkan nama negara lain. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

Pesatan negara luar mencerobohi ruang angkasa negara kita.

Nelayan asing mencerobohi perairan di negara kita.

Wajarkah tindakan mereka? Huraikan jawapan anda dengan merujuk kepada nilai-nilai murni. (10 markah)

Struktur(1)Nilai saling menghormati antara negara Menghargai hubungan antara negara Perbuatan mereka akan menjejaskan hubungan yang dibina selama ini. Nilai rasional Boleh berfikir/membuat pertimbangan wajar. Tindakannya tidak menyelesaikan masalah malah mengeruhkannya lagi.

Nilai kebebasan bersuara Bebas bersuara dengan batasan tertentu. Tidak boleh menyalahgunakan internet untuk memburukburukkan negara lian.

(2)

Menjejaskan ekonomi negara tersebut Pelabur-pelabur tidak akan meneruskan pelaburan mereka ke negara tersebut. Menjejaskan keamanan negara tersebut. Rakyat negara tersebut akan terpengaruh dengan khabar angin tersebut.

EseiNilai saling menghormati antara negara Menghargai hubungan antara negara Tidak boleh mencerobohi kawasan atau wilayah negara lain tanpa kebenaran Memuliakan hubungan antara negara Mengekalkan perhubungan erat antara negara bagi menjamin kesejahteraan sejagat.Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang Menerima peraturan dan undang-undang negara lain Menerima peraturan dan undang-undang antarabangda berkaitan dengan undang-undang laut dan ruang angkasa Mematuhi peraturan dan undang-undang negara lain. Menjadi satu kesalahan melanggar undang-undang negara lain.