homework 1
DESCRIPTION
homeworkTRANSCRIPT
TUGASAN 3 : 19 JULAI 2014
Homework 1 ( 10 markah)
TARIKH SERAHAN : 23 OGOS 2014 (Interaksi 3)
ARAHAN: Sila jawap pada kertas ini dan serah kepada pensyarah masing-masing.
A Bulatkan pilihan jawapan yang betul.
1. Menurut Profesor Syed Muhammad al-Altas kerjaya guru adalah kerjaya yang
profesional kerana perlu bertindak sebagai pengamal budaya ilmu.
Antara berikut, manakah tindakan yang menggambarkan tugas guru sebagai
pengamal budaya ilmu mengikut pendapat tersebut?
A memupuk beberapa ciri peribadi yang positif
B menguasai segala ilmu terhadap mata pelajaran
C menciptakan pengalaman-pengalaman belajar
D memindahkan ilmu yang baik dan memberi petunjuk ke arah kebenaran
2. Kriteria utama untuk profesion keguruan adalah
A menjadi ahli dalam kesatuan
B memunyai autonomi dalam membuat keputusan
C amat diperlukan oleh kumpulan masyarakat tertentu
D memperoleh latihan profesional dalam profesion keguruan
3. Begaimanakah akauntabiliti seseorang guru dapuat menentukan
keberkesanan P&P di dalam bilik darjah?
A Guru yang sentiasa masuk ke kelas dapat melaksanakan P&P dengan
baik.
B Guru yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dapat meningkatkan
proses P&P.
C Guru yang sentiasa akur dengan arahan Guru Besar atau Pengetua dapat
menjamin mutu pengajaran.
D Guru yang sentiasa merancang dan melaksanakan P&P dengan baik serta
membuat penyelidikan bagi meningkatkan mutu pengajaran.
4. Pernyataan manakah yang paling tepat menjelaskan konsep
‘pengetahuan kandungan pedagogi’?
A Pengetahuan tentang kehendak kurikulum sedjek yang diajar.
B Pengetahuan tentang pelajar dari segi pengetahuan sedia dan pola
pemikiran mereka.
C Pengetahuan tentang strategi-strategi pengajaran yang sesuai untuk
mengajar sesuatu konsep dalam isi kandungan.
D Pengetahuan tentang isi kandungan dan teknik-teknik penyapaian yang
pelbagai untuk disesuaikan mengikut jadual waktu.
5. Seorang guru harus menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
atau dibang pengkhususan dan kepakarannya. Di samping itu guru
berkenaan juga harus menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kenyataan di atas, kepakaran guru berkenaan merujuk kepada
A potensi setiap guru
B peribadi sebenar guru
C hasil kerja yang ditunjukkan
D pengetahuan dan kemahiran
B Jawap soalan berikut.
1. Sebagai penjawat awam, guru dan pihak pengurusan sekolah sepatutnya
mempunyai sifat-sifat adil.
a. Berikan DUA ciri yang menunjukkan sifat adil bagi seorang guru.
1. Guru perlu melayani kehendak murid secara adil dan saksama.
2. Memberi hukuman dan ganjaran secara adil terhadap muridnya tanpa
membezakan kedudukan dan taraf murid itu.
b. Berikan EMPAT cara seorang guru boleh menunjukkan sifat kepedulian
terhadap seseorang murid.
1. Mengambil berat tentang masalah murid
2. Sentiasa melakukan komunikasi dua hala dengan murid
3. Memulakan dengan bertanya khabar murid sebelum memulakan
memulakan pengajaran.
4. Memberi galakan kepada murid untuk berusaha dalam sesuatu
perkara. Seperti memberi dorongan untuk menjawab soalan dengan
betul.
2. Berikan EMPAT tindakan yang telah dilaksanakan oleh KPM untuk
menghasilkan guru pakar.
1. Menyedia dan memberikan kursus dan latihan dalam perkhidmatan
secara berterusan.
2. Membimbing guru-guru yang berkelayakan untuk menjadi guru pakar.
3. Menawarkan program pengsiswazahan guru.
4. Menawarkan biasiswa kepada guru-guru yang ingin melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.