hmt211

16
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU 1.0 PENGENALAN Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi disebut pertuturan, kalimat atau ujaran. Ia juga merupakan sistem bunyi teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berturutan dan berulang-ulang. Menurut Gumperz (1971), apa sahaja perkara yang dituturkan itu merupakan bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuatu situasi atau perlakuan sosial yang diceritakan. Penalosa (1981), berpendapat bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama, ia melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Keduanya, merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kedua-dua bentuk ini berhubungan erat dan saling bertindak balas. Manusia menggunakan udara yang bergerak keluar dari paru-paru untuk bertutur. Pada masa yang sama, kita mungkin berhenti seketika apabila menyedut udara dan menggunakan kemasukan udara tersebut untuk bertutur. Keadaan ini memberikan kesan kepada penghasilan udara yang nyaring, kuat atau perlahan dan tidak jelas kepada pendengar. Perkara sedemikian mempunyai kaitan dengan penghasilan bunyi bahasa atau bidang fonetik dan fonologi. Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang membawa maksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik lebih tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Tegasnya bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan. Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya. HMT211 Page 1

Upload: nieysa-wan

Post on 05-Feb-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hmt211

TRANSCRIPT

Page 1: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa yang

dihasilkan melalui alat artikulasi disebut pertuturan, kalimat atau ujaran. Ia juga merupakan

sistem bunyi teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berturutan dan berulang-

ulang. Menurut Gumperz (1971), apa sahaja perkara yang dituturkan itu merupakan bahan

percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuatu situasi atau

perlakuan sosial yang diceritakan.

Penalosa (1981), berpendapat bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama, ia

melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Keduanya,

merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kedua-dua bentuk ini berhubungan erat dan

saling bertindak balas.

Manusia menggunakan udara yang bergerak keluar dari paru-paru untuk bertutur. Pada

masa yang sama, kita mungkin berhenti seketika apabila menyedut udara dan menggunakan

kemasukan udara tersebut untuk bertutur. Keadaan ini memberikan kesan kepada

penghasilan udara yang nyaring, kuat atau perlahan dan tidak jelas kepada pendengar.

Perkara sedemikian mempunyai kaitan dengan penghasilan bunyi bahasa atau bidang fonetik

dan fonologi.

Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai

phone yang membawa maksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran

manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan

bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik lebih

tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu

digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa

direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia

bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut.

Tegasnya bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan.

Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan

penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya.

HMT211 Page 1

Page 2: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

2.0 PENGHASILAN BUNYI FONEM

B. Fonem Plosif Bahasa Melayu

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan

atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada

konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan

yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara

manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu

tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu

konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan

yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi

oleh penutur.

Terdapat 6 jenis fonem plosif iaitu:

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]

Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]

Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]

Konsonan letupan gusi bersuara [d]

Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]

Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]

Hentian glotis [ ]

HMT211 Page 2

Page 3: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Cara Membunyikan Fonem Plosif BM

a) konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]

Rajah 1: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]

1. dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru

ke rongga mulut.

2. Lelangit lembut dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara

dari paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan dengan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Palu Sampah Malap

Pedang Sepah Kejap

HMT211 Page 3

Page 4: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

b) konsonan letupan dua bibir bersuara [b]

c) konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]

Rajah 2: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Dua Bibir Bersuara [b]

1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke

rongga mulut.

2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang, iaitu ke dinding rongga tekak untuk membuat

sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara dirapatkan.

4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan menggetarkan pita suara.

5. Sekatan pada bibir dilepaskan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Batu Lumba Kelab

Balu Labu Maktab

HMT211 Page 4

Page 5: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

c) konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]

Rajah 3:Cara Penghasilan Konsonan Letupan Gigi- Gusi Tidak Bersuara [t]

1. hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus

udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaitu ke dinding rongga

tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita

suara.

5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

tebu satu Selat

tabur Ketum pelat

d) konsonan letupan gusi bersuara [d]

HMT211 Page 5

Page 6: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Rajah 4 : Cara Penghasilan Konsonan Letupan Gigi-Gusi Bersuara [d]

1. hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus

udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaitu ke dinding rongga

tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.

3. Pita suara dirapatkan.

4. arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita

suara.

5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d] seperti pada perkataan di bawah:

Awal Tengah Akhir

Datuk Sedut Salad

diari saderi nomad

Jadual 4

e) konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]

HMT211 Page 6

Page 7: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Rajah 5: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]

1. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada

arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita

suara.

5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] seperti pada perkataan

berikut:

Awal Tengah Akhir

HMT211 Page 7

Page 8: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Kalau Bekal Selak

kari cekal elak

Jadual 5

f) konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]

Rajah 6: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]

1. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada

arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus

udara dari paru-paru memasuki rongga hidung.

3. Pita suara dirapatkan.

4. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita

suara.

5. Sekatan udara yang dibuat di belakang lidah dilepaskan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Gajah Megah Beg

HMT211 Page 8

Page 9: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Gelap Sergah Jag

Jadual 6

g) hentian glotis [ ]

Rajah 7: Cara Penghasilan Konsonan Hentian Glotis [ ]

1. lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaiut ke dinding rongga tekak

untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke hidung.

2. Pita suara dirapatkan sepenuhnya.

3. Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara.

4. Udara yang disekat oleh pita suara tanpa menggetarkan pita suara.

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [ ] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Anak Saat Lemak

I kan Rakyat Budak

Jadual 7

E. Diftong

HMT211 Page 9

Page 10: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa Yunani yang

membawa maksud suara atau disuarakan. Daripada makna tersebut, terhasillah dipthong

yang bermaksud dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata atau fonem.

Dalam bahasa Melayu, diphtong disebut sebagai diftong.

Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong yang standard, iaitu [ay], [aw] dan [oy].

Namun, dalam otografi bahasa Melayu, diftong ini dilambangkan sebagai [ai], [au] dan [oi].

Dalam bahasa Melayu, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua

fonem vokal, tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong mempunyai puncak kelantangan dan

terdapat ciri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada

keadaan sebagaimana hendak membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah

membunyikan vokal yang lain. Penyebaran fonem diftong dalam bahasa Melayu adalah

seperti yang terdapat di dalam jadual berikut:

Jenis diftong Kedudukan diftong

Awal Tengah akhir

/ai/ /aiskrim/ /ghairah/ /pandai/

/aising/ /khairat/ /keldai/

/au/ /aurat/ /daulat/ /kalau/

/auto/ /tauliah/ /pukau/

/oi/ Tiada /boikot/ /sepoi/

/kaloi/

Jadual 2: Penyebaran fonem diftong Bahasa Melayu

Diftong bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring, lebih panjang

dan lebih tekanannya daripada bunyi vokal yang kedua. Rajah 2 menunjukkan pergerakan

lidah semasa menghasilkan arah geluncuran oleh pergerakan lidah daripada satu kedudukan

vokal ke arah kedudukan vokal yang lain. Akhir anak panah ini menunjukkan had pergerakan

bunyi diftong yang berkenaan. Pergerakan lidah ini bermula dengan keadaan lidah berada

pada kedudukan menyebut satu vokal yang kemudiannya bergerak menuju ke arah

kedudukan menyebut vokal yang lain dan tidak disempurnakan artikulasinya.

HMT211 Page 10

Page 11: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

Rajah 8: Pergerakan lidah bagi penghasilan bunyi diftong

Cara Membunyikan Setiap Diftong.

a. Diftong [ai]

HMT211 Page 11

Page 12: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

1. Keadaan bibir agak terhampar.2. Hujung lidah menyentuh gigi bawah.3. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal rendah [a].4. Lidah secara cepat digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal yang tinggi [i].5. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung.6. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.7. Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [ai] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah AkhirAising Hairan Pandai

Aidilfitri Haiwan Landai

b. Diftong [au]

1. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.2. Hujung lidah menyentuh gigi bawah.3. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan rendah [a].4. Lidah digeluncurkan secara cepat ke arah cara membunyikan vokal belakang tinggi [u]

dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras.

HMT211 Page 12

Page 13: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

5. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

6. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.7. Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [au] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah AkhirAurat Taufan Bunyau (dialek Iban)audit Tauliah Lenyau (dialek Iban)

c. Diftong [oi]

HMT211 Page 13

Page 14: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

1. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.2. Depan lidah pada kedudukan sebelum membunyikan vokal separuh tinggi [o].3. Lidah digeluncurkan secara tepat ke arah cara membunyikan vokal depan tinggi [i]

dengan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [i].

4. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

5. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.6. Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [oi] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir - boikot Amboi

sepoi

HMT211 Page 14

Page 15: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

3.0 KESIMPULAN

Melalui tugasan ini terdapat banyak yang kita dapat pelajari daripada bahasa Melayu itu

sendiri di mana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna yang

dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada 2 iaitu fonetik dan fonemik.

Fonemik merupakan kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi bahasa dan

pendengaran. Manakala fonemik berkaitan kajian tentang fungsi dan struktur bunyi bahasa.

Di samping itu saya juga mengkaji bagaimana penghasilan vokal, konsonan dan diftong.

Setelah mengkaji,vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak halangan semasa udara

keluar dari peparu. Lidah dan bibir memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan

bunyi vokal manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan bunyi yang tidak

bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar

dari peparu dan dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga

hidung amat penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu saya juga membuat

kajian tentang diftong. Ia merupakan hasil daripada penggabungan dua vokal. Antaranya

ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ].

Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan daerah-

daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam

penghasilan bunyi manakala daerah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan

dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih mendalam,carta

vokal,konsonan dan diftong dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini.

HMT211 Page 15

Page 16: hmt211

HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU

4.0 RUJUKAN

Carr. P. (1999). English Phonetics and Phonology: An Introduction. Oxford: Blackwell

Publisher Ltd.

Dr. Tajul Aripin Kassin. (2012). Modul Pengajaran: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

Lanjutan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu

Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu STPM. Ipoh:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abd. Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu 1. Selangor: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

HMT211 Page 16