Download - hmt211
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
1.0 PENGENALAN
Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa yang
dihasilkan melalui alat artikulasi disebut pertuturan, kalimat atau ujaran. Ia juga merupakan
sistem bunyi teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berturutan dan berulang-
ulang. Menurut Gumperz (1971), apa sahaja perkara yang dituturkan itu merupakan bahan
percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuatu situasi atau
perlakuan sosial yang diceritakan.
Penalosa (1981), berpendapat bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama, ia
melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Keduanya,
merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kedua-dua bentuk ini berhubungan erat dan
saling bertindak balas.
Manusia menggunakan udara yang bergerak keluar dari paru-paru untuk bertutur. Pada
masa yang sama, kita mungkin berhenti seketika apabila menyedut udara dan menggunakan
kemasukan udara tersebut untuk bertutur. Keadaan ini memberikan kesan kepada
penghasilan udara yang nyaring, kuat atau perlahan dan tidak jelas kepada pendengar.
Perkara sedemikian mempunyai kaitan dengan penghasilan bunyi bahasa atau bidang fonetik
dan fonologi.
Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai
phone yang membawa maksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran
manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan
bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik lebih
tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu
digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa
direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia
bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut.
Tegasnya bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan.
Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan
penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya.
HMT211 Page 1
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
2.0 PENGHASILAN BUNYI FONEM
B. Fonem Plosif Bahasa Melayu
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan
atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada
konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan
yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara
manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu
tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu
konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan
yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi
oleh penutur.
Terdapat 6 jenis fonem plosif iaitu:
Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]
Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]
Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]
Konsonan letupan gusi bersuara [d]
Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]
Hentian glotis [ ]
HMT211 Page 2
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
Cara Membunyikan Fonem Plosif BM
a) konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]
Rajah 1: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]
1. dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru
ke rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara
dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan dengan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Palu Sampah Malap
Pedang Sepah Kejap
HMT211 Page 3
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
b) konsonan letupan dua bibir bersuara [b]
c) konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]
Rajah 2: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Dua Bibir Bersuara [b]
1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke
rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang, iaitu ke dinding rongga tekak untuk membuat
sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara dirapatkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan menggetarkan pita suara.
5. Sekatan pada bibir dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Batu Lumba Kelab
Balu Labu Maktab
HMT211 Page 4
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
c) konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]
Rajah 3:Cara Penghasilan Konsonan Letupan Gigi- Gusi Tidak Bersuara [t]
1. hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaitu ke dinding rongga
tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
tebu satu Selat
tabur Ketum pelat
d) konsonan letupan gusi bersuara [d]
HMT211 Page 5
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
Rajah 4 : Cara Penghasilan Konsonan Letupan Gigi-Gusi Bersuara [d]
1. hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaitu ke dinding rongga
tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.
3. Pita suara dirapatkan.
4. arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita
suara.
5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d] seperti pada perkataan di bawah:
Awal Tengah Akhir
Datuk Sedut Salad
diari saderi nomad
Jadual 4
e) konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
HMT211 Page 6
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
Rajah 5: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]
1. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
HMT211 Page 7
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
Kalau Bekal Selak
kari cekal elak
Jadual 5
f) konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]
Rajah 6: Cara Penghasilan Konsonan Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]
1. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada
arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus
udara dari paru-paru memasuki rongga hidung.
3. Pita suara dirapatkan.
4. Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita
suara.
5. Sekatan udara yang dibuat di belakang lidah dilepaskan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g] seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
Gajah Megah Beg
HMT211 Page 8
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
Gelap Sergah Jag
Jadual 6
g) hentian glotis [ ]
Rajah 7: Cara Penghasilan Konsonan Hentian Glotis [ ]
1. lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaiut ke dinding rongga tekak
untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke hidung.
2. Pita suara dirapatkan sepenuhnya.
3. Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara.
4. Udara yang disekat oleh pita suara tanpa menggetarkan pita suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [ ] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Anak Saat Lemak
I kan Rakyat Budak
Jadual 7
E. Diftong
HMT211 Page 9
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa Yunani yang
membawa maksud suara atau disuarakan. Daripada makna tersebut, terhasillah dipthong
yang bermaksud dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata atau fonem.
Dalam bahasa Melayu, diphtong disebut sebagai diftong.
Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong yang standard, iaitu [ay], [aw] dan [oy].
Namun, dalam otografi bahasa Melayu, diftong ini dilambangkan sebagai [ai], [au] dan [oi].
Dalam bahasa Melayu, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua
fonem vokal, tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong mempunyai puncak kelantangan dan
terdapat ciri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada
keadaan sebagaimana hendak membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah
membunyikan vokal yang lain. Penyebaran fonem diftong dalam bahasa Melayu adalah
seperti yang terdapat di dalam jadual berikut:
Jenis diftong Kedudukan diftong
Awal Tengah akhir
/ai/ /aiskrim/ /ghairah/ /pandai/
/aising/ /khairat/ /keldai/
/au/ /aurat/ /daulat/ /kalau/
/auto/ /tauliah/ /pukau/
/oi/ Tiada /boikot/ /sepoi/
/kaloi/
Jadual 2: Penyebaran fonem diftong Bahasa Melayu
Diftong bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring, lebih panjang
dan lebih tekanannya daripada bunyi vokal yang kedua. Rajah 2 menunjukkan pergerakan
lidah semasa menghasilkan arah geluncuran oleh pergerakan lidah daripada satu kedudukan
vokal ke arah kedudukan vokal yang lain. Akhir anak panah ini menunjukkan had pergerakan
bunyi diftong yang berkenaan. Pergerakan lidah ini bermula dengan keadaan lidah berada
pada kedudukan menyebut satu vokal yang kemudiannya bergerak menuju ke arah
kedudukan menyebut vokal yang lain dan tidak disempurnakan artikulasinya.
HMT211 Page 10
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
Rajah 8: Pergerakan lidah bagi penghasilan bunyi diftong
Cara Membunyikan Setiap Diftong.
a. Diftong [ai]
HMT211 Page 11
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
1. Keadaan bibir agak terhampar.2. Hujung lidah menyentuh gigi bawah.3. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal rendah [a].4. Lidah secara cepat digeluncurkan ke arah cara membunyikan vokal yang tinggi [i].5. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.6. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.7. Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [ai] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah AkhirAising Hairan Pandai
Aidilfitri Haiwan Landai
b. Diftong [au]
1. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.2. Hujung lidah menyentuh gigi bawah.3. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan rendah [a].4. Lidah digeluncurkan secara cepat ke arah cara membunyikan vokal belakang tinggi [u]
dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras.
HMT211 Page 12
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
5. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
6. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.7. Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [au] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah AkhirAurat Taufan Bunyau (dialek Iban)audit Tauliah Lenyau (dialek Iban)
c. Diftong [oi]
HMT211 Page 13
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
1. Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.2. Depan lidah pada kedudukan sebelum membunyikan vokal separuh tinggi [o].3. Lidah digeluncurkan secara tepat ke arah cara membunyikan vokal depan tinggi [i]
dengan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [i].
4. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
5. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.6. Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah diftong [oi] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir - boikot Amboi
sepoi
HMT211 Page 14
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
3.0 KESIMPULAN
Melalui tugasan ini terdapat banyak yang kita dapat pelajari daripada bahasa Melayu itu
sendiri di mana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna yang
dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada 2 iaitu fonetik dan fonemik.
Fonemik merupakan kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi bahasa dan
pendengaran. Manakala fonemik berkaitan kajian tentang fungsi dan struktur bunyi bahasa.
Di samping itu saya juga mengkaji bagaimana penghasilan vokal, konsonan dan diftong.
Setelah mengkaji,vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak halangan semasa udara
keluar dari peparu. Lidah dan bibir memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan
bunyi vokal manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan bunyi yang tidak
bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar
dari peparu dan dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga
hidung amat penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu saya juga membuat
kajian tentang diftong. Ia merupakan hasil daripada penggabungan dua vokal. Antaranya
ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ].
Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan daerah-
daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam
penghasilan bunyi manakala daerah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan
dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih mendalam,carta
vokal,konsonan dan diftong dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini.
HMT211 Page 15
HMT 211: FONETIK BAHASA MELAYU
4.0 RUJUKAN
Carr. P. (1999). English Phonetics and Phonology: An Introduction. Oxford: Blackwell
Publisher Ltd.
Dr. Tajul Aripin Kassin. (2012). Modul Pengajaran: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
Lanjutan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu
Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu STPM. Ipoh:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abd. Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu 1. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
HMT211 Page 16