hikmat ayatul kursi oleh

18
Hikmat Ayatul Kursi oleh: Ali Zulfakar 1989 Makna Ayatul Kursi DENGAN NAMA ALLAH PEMURAH PENYAYANG Dialah Tuhan, tiada Tuhan yang sebenar melainkan dialah yang hidup kekal berdiri dengan sendirinya. Tidak dipengaruhi oleh rasa mengantuk dan tidur. Tuhan mempunyai segala apa yang dilangit dan apa yang di bumi. Tak seorang pun sanggup memberi syafaat disisinya kecuali dengan izinnya. Tuhan mengetahui apa yang ada disisi mereka, dihadapan dan yang dibelakang. Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu daripada ilmunya sekadar mana Tuhan kehendaki. Amat luas kursi Tuhan sepenuh langit dan bumi. Tidak berat bagi Allah memelihara kedua-duanya dan Allah Maha tinggi lagi Maha Agong. Turun Ayatul Kursi Kata sesetengah ahli-ahli tafsir, ikut mengiring turunnya “Ayatul Kursi” 40,000 Malaikat, dan kata sesetengahnya 80,000 Malaikat yang

Upload: eddy

Post on 25-Jul-2015

468 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Hikmat Ayatul Kursi oleh: Ali Zulfakar 1989

Makna Ayatul Kursi

DENGAN NAMA ALLAH PEMURAH PENYAYANG

Dialah Tuhan, tiada Tuhan yang sebenar melainkan dialah yang hidup kekal berdiri dengan sendirinya.

Tidak dipengaruhi oleh rasa mengantuk dan tidur. Tuhan mempunyai segala apa yang dilangit dan apa yang di bumi. Tak seorang pun sanggup memberi syafaat disisinya kecuali dengan izinnya. Tuhan mengetahui apa yang ada disisi mereka, dihadapan dan yang dibelakang. Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu daripada ilmunya sekadar mana Tuhan kehendaki. Amat luas kursi Tuhan sepenuh langit dan bumi. Tidak berat bagi Allah memelihara kedua-duanya dan Allah Maha tinggi lagi Maha Agong.

Turun Ayatul Kursi

Kata sesetengah ahli-ahli tafsir, ikut mengiring turunnya “Ayatul Kursi” 40,000 Malaikat, dan kata sesetengahnya 80,000 Malaikat yang mengiringkannya ialah kerana kebesaran dan pri mulia serta pentingnya Ayatul Kursi itu.

Masa itu Saiyidina Zaid bin Sabit pun dipanggil oleh Rasulullah s.a.w untuk menuliskannya serentak dengan itu menjadi kelam kabut dan keluh kesah kedudukan syaitan2 yang tidak tahu menahu akan sebab2 kegelisahan mereka.

Page 2: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Iblis Alaihi Al-lanatullah memerintahkan sekelian syaitan2 supaya menyiasat dan mencari punca yang menyebabkan rasa resah gelisah yang berlaku dalam golongan hantu syaitan- lalu mereka dapati itu adalah bahana turunnya Ayatul Kursi di Madinatul Almunawarah.

Nama Ayatul Kursi

Ayatul Kursi mempunyai 390 nama tetapi yang biasa dikenal dan biasa dikatakan ialah “Ayatul Kursi” kerana didalam susunan ayat itu ada tersebut kalimah kursi, maka dinamakan Ayatul Kursi.

Kursi adalah salah satu dari ciptaan Allah sebagaimana Allah menciptakan langit bumi gunung dan lautnya luas dan besarnya.

Kursi diciptakan itu melingkungi tujuh petala langit dan bumi.

Kursi dari mutiara

Kata Abu Al-Syaikh dan Abu Nu`aim –mendapat riwayat daripada Saiyidina Ali Karramal Allah Wajahahu- kursi itu diciptakan Tuhan dari mutiara manakala Qalam diciptakan dari mutiara jua, panjang Qalam itu sama dengan perjalanan 700 tahun dan panjang Kursi tidak diketahui selain dari Allah.

Riwayat daripada Ibnu Jarir dan Ibny Hatim- adalah langit dan bumi terletak didalam Kursi diantara Arasy Tuhan.

Menurut apa yang tercatit dalam kitab Raunaqut tafasir, adalah diantara malaikat yang menanggong Arasy dan Malaikat yang menanggong Kursi 70 lapis awan kelam dan 70 lapis awan cahaya, tebalnya tiap2 selepas awan itu perjalanan 570 tahun- kiranya tidak ada lapis-lapisan yang tersebut nescaya terbakar pukulan cahaya yang begitu kuat dan cerah dari penaggong2 Arasy.

Menurut riwayat daripada Akramah cahaya matahari itu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian cahaya Kursi dan nur Kursi itu sebahagian dari 70 bahagian cahaya Arasy.

Lidah Ayatul Kursi

Pada satu hari Rasulullah s.a.w menepuk-nepuk dada Abuzar sambil berkata:

Tidak terlindung dari engkau Abuzar, Demi nyawaku disisinya. Sesungguhnya Ayatul Kursi itu mempunyai lidah dan bibir mengucap takdis dan tasbih dikaki Arasy, tidak satu yang baik didunia bagi Ahkirat melainkan telah dilindungi olehnya.

Page 3: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Kandungan Ayatul Kursi

Ayatul Kursi mengandungi 16 fasal, tersusun dari 50 perkataan, dirangkai dengan huruf sebanyak 170 huruf, bilangan ini adalah bilangan yang terpilih- siapa mengekalkan membaca Ayat kursi sebanyak bilangan yang tersebut- tidak ada suatu yang dituntut olehnya melainkan berhasil, meransangkan jiwa, digerun dan dihormati. Tidak siapa yang boleh menyusahkannya samada dengan perbuatan atau perkataan.

Cahaya Ayatul Kursi

Pada malam Meraj, Rasulullah s.a.w terlihat 3 jenis cahaya di Lauhul Mahfuz berasing-asingan di 3 penjuru.

Rasulullah s.a.w bertanya apakah cahaya itu, dijawab:

1) Yang pertama itulah dia kedudukan cahaya Ayatul Kursi2) Yang kedua itulah dia kedudukan cahaya surat Yasin3) Yang ketiga itulah dia kedudukan cahaya Qul-huallah –U-Ahad

Bertanya Rasulullah s.a.w apakah ganjaran Ayatul Kursi iyu dijawab, dialah mengandungi sifat2 Tuhan, siapa2 membacanya dia akan melihat wajah Allah pada hari kiamat yang diisyaratkan dalam Al-Quran.

Ertinya: muka di hari penuh berseri kepada Tuhannya ia melihat.

Berat Ayatul Kursi

Abu-Zar Al-Ghafari bertanya kepada Saidiyina Rasulullah s.a.w baginda menjawab:

Jika dibandingkan langit dan bumi dengan Ayatul kursi samalah seperti selingkar rantai dicampakka ke bumi, sekiranya langit dan bumi serta segala yang ada padanya ditaruh dalam sebuah neraca dan ditimbang dengan Ayatul Kursi, nescaya Ayatul Kursi lebih berat timbangannya.

Mempelajari Ayatul Kursi

Terdapat dalam tafsir Bahrul-ulum, menyatakan:

Rasulullah s.a.w bersumpah denga kebesaran nama Allah dan kudrat kuasanya telah bersabda siapa2 mempelajari Ayatul Kursi dan mengetahui benar2 akan hak ayat itu, Allah s.w.t akan membukakan lapan pintu syurga baginya dipersilakan ia masuk di mana2 pintu yang dipilih olehnya sendiri.

Page 4: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Amalan Ayatul Kursi

Ibnu-Dharis meceritakan katanya:

Seorang sahabat telah meningal dunia, setelah dikebumikan pada malamnya saudara bagi mayat itu telah bermimpi dan melihat mayat didalam kuburnya.

Dia bertanya: Apakah amalan yang terlebih baik bagimu?

Jawab mayat: Sebaik2 amalan bagiku ialah membaca Al-quran

Ditanya lagi: Apakah ayat yang terlebih afdhal didalam Al-quran?

Jawab mayat: Ayatul Kursi

Tanya lagi: Adakah engkau bekehendak sesuatu daripada kami

Jawab mayat: Aku tidak bekehendak apa2 selagi Ayatul Kursi menjadi amalanku.

Cemeti Ayatul Kursi

Sabda Rasulullah s.a.w, semulia2 ayat dalam surat Al-baqarah ialah Ayatul Kursi syaitan akan bertempiaran lari dirumah2 yang membacanya, dicemeti oleh Ayatul Kursi.

Diriwayatkan oleh Saidiyina Ali bin Abi Talib- Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidak ada siapa2 yang membaca Ayatul Kursi dalam sebuah rumah melainkan menyingkirkan diri, dan tidak dimasuki oleh pembuatan sihir, Hai Ali ajarkanlah dia kepada anak isterimu, keluarga dan tetanggamu.

Berkat Ayatul Kursi

Al-Hassan bin Syam`un meriwayatkan daripada Saiditina Aisah r.a anha berkata:

Dating seorang sahabat mendapatkan Rasulullah dan mengadu bahawa kekurangan berkat dirumah tangganya.

Jawab Rasulullah s.a.w dimanakah engkau dari Ayatul Kursi? Ayatul Kursi itu tidak dibacakan pada suatu makanan melainkan ada berkatnya.

Ulamak mengambil daripada hadis itu dan menerangkan, Ayatul Kursi sebanyak 313 kali pada apa sahaja makanan dan minuman ditiupkan pada tiap2 kali bacaan pada makanan dan minuman itu, akan bertambah berkat dengan izin Allah.

Page 5: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Peristiwa Ayatul Kursi

Jin tewas

Irfit terbakar

Pertolongan Ayatul Kursi

Abi-Qutadan radial-lahu anhu, meriwayatkan katanya, Rasulullah s.a.w bersabda;

Siapa2 membaca Ayatul Kursi tatkala dalam kecemasan nescaya mendapat pertolongan sebagaimana kejadian seorang dalam pengembaraan kejadian seorang dalam pengembaraan merentas hutan rimba tiba2 diserang oleh seekor serigala maka terus ia membaca Ayatul Kursi, berpaling seriagala itu dan pergi dari mana ia datang meninggalkan mangsanya.

Sheikh Al-Buni Rahimahullah berkata;

Siapa2 membaca Ayatul kursi sebanyak 170 kali, dia ditolong Allah dalam segala kesusahan dan kecemasan, dilapangkan dadanya tidak dukacita dan dijauhkan dari malapetaka daripadanya.

Tidak putus2

Bacalah 312 kali Ayatul Kursi iaitu menurut bilangan rasul2 dan bilangan tentera Jalut yang mengalahkan tentera Talut, sama juga seperti bilangan pejuang2 peperangan Badar, Insya Allah apabila ia membacakan menurut bilangan yang tersebut dengan penuh yakin ia akan mendapat kebajikan, kesenangan, dan kelapangan yang tak terbanyang padanya, dijauhkan dari dukacita samada berhubung dengan perkara dunia atau ahkirat.

Selagi ia terus beramal dan membacanya selagi itu tidak putus pertolongan Allah.

Page 6: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Roket Ayatul Kursi

DALAM AYATUL KURSI LIMA ASMA` iaitu

1 Al-laa-hu laa-elaha-ella-huwa

2 Al-Haiyu

3 Al-Qaiyum

4 Al`-Aliyu

5 Al-A zim

Kelima2 `Asma ini mempunyai rahsia dan nikmat yang terpendam, siapa2 yang megetahui rahsia2 dalam kelima2nya itu adalah dia sangat bertuah da beruntung dunia dan ahkirat.

`Asma pertama mengandungi tiga asam siapa2 kekal menjadikan asma ini sebagai zikirnya. Sambil menuntut sesuatu daripada perkara dunia dan ahkirat. Insya Allah dianugerahkan darjat kebesaran, dijinakkan hati manusia hamper kepadanya dengan rasa mesra dan kasih saying.

Sekiranya ia hendak lebih berkesan lagi hendaklah disambong pada ahkir Asma itu dengan salah satu daripada Asmaul Husna seperti:

1 Meminta rezeki – hendaklah ia sambong pada akhir Ar-Raz-zak

La-ela-ha-ellahur-raz-zak

2 Memohon pangkat - hendaklah ia sambong pada akhir Al-Muez

La-ela-ha-ellahul- Mu-ez

3 Memohon pengetahuan - hendaklah ia sambong pada akhir Al`Alim

La-ela-ha-ellahul-`Alim

4 Memohon kasih sayang - hendaklah ia sambong pada akhir Al-wudud

La-ela-ha-ellahul-Wadud

5 Menurut bela - hendaklah ia sambong pada akhir Al-muna taqim

La-ela-ha-ellahul- Muntaqim

Page 7: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Demikian seterusnya dengan lain2 permohonan disambong dengan `Asmaul Husna yang manasabah dengannya.

Tetapi hendaklah ingat tatkala memohon hendaklah yakin dengan sepenuh2 hati. Isim yang kedua-al-aliyul-`Adhzim.

Kedua2 Isma mengandungi Al-Aliyul Adhzim erti kebesaran dan ketiggian tiada siapa yang mengamalkan kedua2 Isma ini melainkan dia akan mendapat tempat yang tinggi di muka dunia.

Terutama Isma Al-Aliyul Adhzim pendinding segala keganasan, kesombongan, sekiranya dia takut diapa2kan oleh orang yang besar yang bongkak atau seteru yang zalim, siapa2 menghimpunkan kelima2 Isma yang tersebut di atas iaitu:

“Al-laa-hu-la-elaha-ella-huwal- Haiyul Qaiyum Al-Aliyul Adhzim”

Dibacakan pada satu perkara yang penting sebanyak 313 kali tatkala membacanya hendaklah menghadap kiblat InsyaAllah dengan izin Allah permohonannya dikabulkan dengan lebih cepat dari perjalanan roket.

Rahsia Ayatul Kursi

Saidiyina Ali r.a menceritakan katanya: Aku berjuang dalam peperangan Badar bersama2 RAsulullah s.a.w dan para sahabat 313 orang, Rasulullah diletakkan dalam sebuah khemah sedangkan aku dalam medan perang, sekali sekala aku berulang mendapatkan Rasulullah s.a.w memelihara keselamatannya dan melihat keadaannya. Setiap kali aku lihat baginda sujud membaca “yahaiyu ya Qaiyum” tidak lebih dari itu, setelah itu aku kembali ke medan perang – kemudian aku balik mendapatkannya lahi aku lihat baginda masih dalam keadaan sujud membaca “yahaiyu ya Qaiyum”.

Begitulah seterusnya aku berulang balik, berulang2 kali dan sepanjang2 masa tetapku lihat Rasulullah s.a.w tidak bergerak dan berubah dari keadaannya, dan zikir “yahaiyu ya Qaiyum” sentiasa dibibirnya, yang mana kedua2 kalimah ini terdapat dalam Ayatul Kursi dengan itu tahulah aku bahawa Ayatul Kursi itu mengandungi Rahsia yang tersembunyi bagi menewaskan musuh dan mendapat kemenangan.

Page 8: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

5 Rahsia Ayatul Kursi

Siapa2 membaca Ayatul Kursi sebanyak 170 kali, Tidak ia:

1- Menuntut sesuatu darjat yang mulia dalam kehidupannya didunia dan ahkirat melainkan diperolehi.

2- Meminta rezeki yang halal, mudah dan lapang melainkan mendapat.3- Membayar hutang piutang walau banyak seperti gunung sekalipun melainkan didorongkan

sebab hingga terjelas hutang piutangnya.4- Jika dikepung oleh musuh, atau orang jahat tau binatang buas melainkan dilepas-ia dari

kepungan itu.5- Jika musuh benar2 menyakiti, menganiaya, menyusah dan membuat fitnah. Apabila ingat

dihati musuh itu hendak dimusnahkan, melainkan dikabulkan Allah dan musnahlah musuh itu.

Apatah lagi sekiranya amalan itu dibuat setelah sembahyang fardhu dengan penuh yakin menurut bilangan yang tersebut 170 kali atau diamalkan pada tengah malam, iaitu tiga suku malam yang terakhir, kira2 jam 3.00 pagi sangat cepat kesannya dengan izin Allah. Tetapi ingat bersabar terlebih baik dari mendoakan orang dengan kejahatan.

Khasiat Ayatul Kursi

1- Ayatul Kursi apabila dibacakan lepas sembahyang fardhu diampunkan dosanya dari satu waktu ke satu waktu dan dihapuskan kejahatan.

2- Apabila dibacakan tatkala hendak tidur terdinding dari kejahatan hantu syaitan dan terpelihara dari angkara2nya.

3- Apabila dibacakan sedang ia marah kemudian diludahkan sebelah kiri, padam kemarahannya dan terhenti.

4- Siapa2 berdoa dengan Ayatul Kursi dikabulkan doanya dan didorongkan kepada kebajikan.5- Mendapat kemulian didunia dan ahkirat diutamakan dikasihi sekalian makhluk, tertegah dari

maksiat.6- Terangkat dukacita dan ancaman di atas dirinya.7- Menolak perseteruan dan kebencian.8- Murah rezeki dengan tidak terkira2.

Fadhilat Ayatul Kursi

Al-Buni menyatakan dia telah mengamalkan Ayatul Kursi, setelah itu dia menurunkan ijazahnya kepada siapa saja yang ingin beramal dengannya sambil menyatakan fadhilatnya.

Kata Al-Buni satu perkara yang telah mujarab iaitu barang siapamembaca Ayatul Kursi sebanyak 301 kali setelah it uterus ia memohon apa sahaja daripada pertolongan kemurahan dan pengurniaan Allah, insya Allah disampaikan.

Page 9: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Perlindungan Ayatul Kursi

Kalau ada siapa2 yang merasa bimbang dan gelisah dalam hal kehidupannya atau takut, dari kejahatan manusia samada dengan perbuatan2nya yang menyusahkan atau kata fitnah yang merosakkan jiwa dan pergaulannya hendahlah ia baca 170 kali Ayatul Kursi mudah2an dengan izin dan pertolongan Allah akan lebur segala kebimbangan yang dihadapinya selain dari ia terlindung daripada godaan syaitan dan terlindung dari kejahatan manusia siapapun makhluk Allah tidak dapat mengapakan dia.

Pengawal Ayatul Kursi

Setengah2 orang berasa takut apabila hendak tidur dan kalau dia tidur dia terlihat dalam tidurnya bermacam2 perkara yang mengerun dan menakutkannya, siap2 yang selalu mengalami keadaan seperti ini hendaklah ia membaca:

A-u-zubil-lahi minaan Syaitanir rajim 3 kali dan membaca Ayatul Kursi 3 kali diulang2 kalimah 3 kali kemudian mengiring sebelah kanan bacalah apa saja zikir yang boleh dibacanya hingga terlena, Insya Allah ia tidur dalam keadaan kawalan khadam Ayatul Kursi aman dan sentosa.

Saluran Ayatul Kursi

Adat hidup didunia sehari pasang seminggu surut dan ada yang terus dalam kesempitan walaupun ia berusaha tetapi usahanya tidak Berjaya. Kadangkala saluran mendapatkan rezeki tidak terbayang padanya dan sebab musabab kearah itu dipandang kelam. Hendaklah ia membaca 170 kali Ayatul Kursi kemudian disambung dengan wirid:

Ya Kafi, Ya-Ghani, Ya-fattah, Ya-razzak. 3000 kali pada bila2 masa sahaja samada siang dan malam tetapi sebaik2nya biarlah diwaktu malam, Insya Allah dengan izin Allah akan disalurkan kepadanya sebab2 yang boleh mendapat pertolongan dan rezeki.

Amal Mujarab Ayatul Kursi

Satu amalan yang telah diamalkan sangat member kesan dan mujarab bagi orang2 yang ingin mendapat kasih saying, atau hendak menuntut sesuatu perkara yang dicita2kan olehnya, atau tujuan menewaskan seteru yang menyakitinya, atau menghalang kebencian manusia kepadanya dengan tidak bersebab atau menghindar kejahatan dari orang yang irihati, berhasad dengki, bacalah Ayatul Kursi 170 kali diatas niat2 yang tersebut, Insya Allah dikabulkan Allah dengan tidak ragu2 lagi amalan ini telah mujarab.

Page 10: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Pembakar Ayatul Kursi

Oarang2 yang kena rasuk jin, hingga tidak sedarkan diri, bangkan ditelinga kanannya 7 kali, kemudian bacakan surat:

Surat fatihah

Qul-hu-wallah u ahad

Qul-a-`u-zu-birabbin- falaq

Qu-a-`zu-birabbin-nas

Ayatul Kursi

Dan surat2 wassaf-fati hingga akhir

Dan akhir surat Ha-shar iaitu

Lau-an-zal-na-ba-zal-Quran

Hingga akhir dan surat

Wassma-i-Wat-tarriq

Hingga akhir, jin itu kalau tidak ia tidak terbakar dia akan meninggalkan jasad yang dirasukkannya, ini telah diamalkan berkali2 dan amat berkesan.

Tangkal Ayatul Kursi

Tuliskan ayat2 yang tertera dibawah kemudian diapaki sebagai Tangkal, Insya Allah terhindar jauh segala hantu, Syaitan, Polong, Pelesit, Jin dan irfit dan ia tidak akan menemui seseuatu yang tidak diingini, dialah tangkal menjadi banteng kukuh dari segala angkara dan pancaroba.

Pendinding Ayatul Kursi

Pendinding Ayatul Kursi ialah sebagai membekalkan diri untuk keselamatan sehari2 kerana manusia terdedah kepada berbagai ancaman, kejahatan, bahaya, keraguan dan godaan syaitan.

Membekalkan diri itu ialah dengan membaca Ayatul Kursi sekurang2nya 7 kali dimasa pagi dan petang, terutama sekali tatkala masuk rumah dan keluar daripadanya tatkala hendak tidur, tatkala

Page 11: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

belayar. Insya Allah dipelihara akan Allah ahli rumahnya harta benda dari kecurian dan kebakaran jauh dari keraguan2, godaan syaitan, kejahatan2 orang jahat, bahaya2 binatang dan terselamat dari penyakit dengan izin Allah.

Pemulih Ayatul Kursi

Pemulih Ayatul Kursi ini ialah berpandukan kepada sabda Rasulullah s.a.w sabdanya:

“tidak siapa membaca Ayatul Kursi ini ialah berpandukan kepada sabda Rasulullah s.a.w sabdanya:

“tidak siapa membaca Ayatul kursi pada satu2 penyakit melainkan dipulihkan oleh Allah, dan jika dibacakan atas orang gila atau tidak sedarkan diri melainkan sedar”

Bagi orang2 yang menghidap penyakit dan orang2 yang tidak sedarkan diri bacakan Ayatu Kursi 50 kali atau 170 kali atau 313 kali selama 3 hari atau 7 hari atau lebih dari itu, Insya Allah akan pulih segala2nya dengan berkat ini.

Penyuluh Ayatul kursi

Benak hati adalah satu idap2an yang kerap ada pada kanak2, bahkan pemikiran yang tidak cergas juga kadangkala terdapat pada orang2 yang dewasa.

Bagi menhingdarkan idap2an yang tersebut hendaklah ia bacakan Ayatul kursi sebanyak 50 kali dalam sebuah bijana yang mengandungi air hujan ditadah pada malam jumaat. Kemudian diberi minum kepada siapa2 yang benak hati dan orang2 yang dewasa yang tidak cergas pemikirannya dan diterangkan hatinya.

Kepada orang2 yang tidak benak jika meminum air ini akan ditambahkankecerdikan dan kecergasan fikiran, hidup semangat Tauhid, tenang dan luas dadanya.

Penghalau Ayatul Kursi

Biasa terjadi kepada laki2 dan perempuan terutama gadis2, tidak sedarkan diri dan meracau2, menjerit dan sebagainya, kerana dirasuk hantu syaitan, iblis, pelesit dan polong.

Bacakanlah dihulu kepalanya 11 kali Ayatul Kursi, untuk menghalau keluar syaitan yang bertapak di tubuh pesakit. Insya Allah ia sedar dan lari syaitan yang menyelubungi jasadnya.

Kadangkala syaitan akan turut mengikut bacaan itu, jika ini terjadi jangan rasa takut dan tergencat kerana syaitan akan terhenti dan tidak dapat mengikut bacaan hingga akhir ayat. Sebaik2 lepas baca Ayatul kursi, semburkan air ke muka pesakit.

Page 12: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Khadam Ayatul Kursi

Bagi seorang yang menghadap sesuatu perkara yang meragukannya, atau menakutkan sedang ia tidak tahu buruk baiknya, dan tidak dapat jalan keluar daripadanya, jika ia suka mendapat pertolongan khadam Ayatul Kursi bagi menyelesaikan perkara itu dan memberitahu baik dan jahat perkara yang sedang dihadapinya bolehlah ia menyeru khadam Ayatul kursi untuk memberi pertolongan dan penerangan.

Maka khadam yang tersebut tidak ada apa2 bahayanya kerana dia akan menerangkan segala2nya itu didalam tidur.

Cara menyeru khadam itu ikut seperti aturan dibawah ini:

1- Lepas isya hendaklah sembahyang dua rakaat, setelah membaca fatihah baca Ayatul kursi 21 kali dan surat In-na-an-Zalnahu sekali, Qul-hu-wallah-u-ahad 3 kali, Qul-a-uzubirabbin-falaq dan Qul-a-uzurbirabbin-nas sekali, sekali, demikian diperbuat pada rakaat yang kedua hingga salam.

2- Apabila selesai salam bacalah selawat 11 kali dan fatihah sekali dihadiahkan kepada Saidiyina Rasulullah s.a.w, para ambia dan As salihin serta Malaikat2 Al-Muqarabin, Muslimin-muslimat sekelian, sesudah itu serulah dengan doanya.

(seruan dan doa ini dimelayukan bagi memudahkan kepada siapa2 yang berminat mengamalkan)

Seruan dan doa

Ya! Allah, Ya Rabbi, hambamu bersempenakan kalammu yang qadim, hamba mu mohon barang diperlihatkan di malam perkara2 yang terlindung dan tersembunyi dari pengetahuan hamba mu, perkara2 yang sedang berlaku dan akan berlaku, hambamu bermohon dengan kemurahanmu tunjukkanlah kepada hambamu ini jalan yang benar dan jalan keluar dalam perkara2 yang membimbangkan. Ya! Allah sekiranya perkara itu baik tunjukkanlah kepada hambamu terserlah putih atau hijau, dan kiranya merbahaya atau jahat, menyusahkan, sia2 dan tidak berfaedah dan tunjukanlah kepada hambamu ini dengan terangnya hitam dan merah, hantarkanlah kepada hambamu khadam ayat yang mulia ini bertugas dengan seberapa segera.

Wasallahllahu-ala-saidiyina Muhammadin wa-ala-alihi wasahbihi-wasalam, Wal-hamudlil-lahi rabbil-alamin.

Sebutkanlah seruan dan doa ini berkali2 hingga puas seolah2 terasa bahawa doa itu telah didengar oleh Tuhan.

Berdoalah dengan benar2 tulus dn ikhlas dan jujur, yakin dan penuh percaya setelah it uterus dibawa tidur.

Apabila telah dilakukan dengan sempurna seorang diri, khadam ayat ini akan datang dalam tidurnya, ia akan menerangkan kedudukan perkara itu, sekiranya khadam itu tidak datang pada malam yang

Page 13: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

pertama, amalkan lagi pada malam yang kedua, yang ketiga hingga malam khadam itu datang, kerana semangat manusia berlainan2 ada semangat yang cepat serap dan ada semangat yang lambat serap.

PENAWAR AYATUL KURSI

Penyakit Lendir

Siapa2 mengidap penyakit lendir, balqam dan sebagainya dan suka dirawat dengan Ayatul Kursi, bolehlah ia bacakan Ayatul Kursi itu kepada 7 butik garam putih sebanyak 7 kali pada tiap2 pagi sebelum sarapan selama 7 pagi Insya Allah dengan pertolongan Allah akan hancur penyakit balqam yang dihidapi.

Ubat Jantung

Siapa2 mengidap penyakit jantung lemah dan berdebar2 atau penyakit paru2 atau penyakit dalam perut hendaklah ia tuliskan Ayatul Kursi 3 kali dalam sebuah pinggan putih dan suci dan kemudian dihapuskan tulisan itu dengan air diberi minum kepada orang yang menghidap penyakit2 yang tersebut tatkala meminumnya hendaklah ia berniat:

Sahaja aku berniat, sembuhkanlah Allah akan penyakitku (sebutkan nama penyakit). Insya Allah dengan berkat ayat yang mulia ini dia akan pulih.

Tulisan Ayatul Kursi

Mana2 rumah bertulis dengan Ayatul Kursi rumah itu selalu dilintasi oleh malaikat membawa rahmat dan keselamatan sambil menyekat segala urusan2 jahat yang disebabkan kejahatan manusia dan syaitan, kalau ditambah dengan membacanya malaikat rahmat datang datang menghampiri orang yang membaca Ayatul Kursi kerana suka mendengar bacaannya, kalau boleh bacalah 1000 kali Ayatul Kursi pada siang malam selama 40 hari akan dibuka baginya Tabir Rohani dan diziarahi oelh malaikat serta mendapat segala apa jua kehendaknya.

Wafaq Ayatul Kursi

Tuliskan wafaq yang tersebut di atas pada sekeping kertas, kemudian dibungkus sebagai tangkal dan dipakai.

Sebelum memakainyabungkus tangkal itu hendaklah diusapkan terlebih dahulu dengan bu-bauan yang harum.

Page 14: Hikmat Ayatul Kursi Oleh

Gunanya: menghampirkan hati manusia berasa belas kasihan, dan kasih mesra kepadanya menghindarkan malapetaka. Jika digunakan menghadap orang2 yang berkuasa mendapat sambutan baik, dan jaya segala maksud dan tujuannya.