e-book kursus kecemerlangan diri ke arah … · fadhilat ayat kursi asulullah bersabda yang...

93
UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725 E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH PROFESIONALISME BAGI PEGAWAI JPA 2007 4 – 7 SEPTEMBER 2007 TIARA BEACH RESORT, PORT DICKSON DIKENDALIKAN OLEH UBTC INTELLIGENCE CONSULTANTS SDN BHD 1

Upload: dodieu

Post on 09-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

E-BOOK

KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH PROFESIONALISME

BAGI PEGAWAI JPA 2007

4 – 7 SEPTEMBER 2007

TIARA BEACH RESORT, PORT DICKSON

DIKENDALIKAN OLEH UBTC INTELLIGENCE CONSULTANTS

SDN BHD

1

Page 2: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

FADHILAT AYAT KURSI

ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan malaikat maut berhati-hati ketika mencabut

nyawanya dan ia seperti mujahid yang berperang membela para Nabi hingga akhirnya ia mati syahid.” Itulah antara keistimewaan dan fadhilat Surah Kursi yang diturunkan Allah bersama dengan tujuh puluh ribu malaikat.

R

Surah itu mempunyai banyak fadhilat jika diamalkan oleh umat Islam kerana keagungan surah berkenaan. Ayat Kursi terkandung dalam Surah Al Baqarah ayat 255 yang maksudnya: “Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak pula tidur. Kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah, melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi (kekuasaan) Allah meliputi langit dan

2

Page 3: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.” Kelebihan ayat ini jika dibaca sebelum melangkah keluar dari rumah maka Allah mengirimkan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoa dan meminta keampunan-Nya. Ini adalah kerana ayat Kursi adalah ayat yang paling agung seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: “Sesungguhnya seagung-agung ayat al-Quran adalah Ayat Kursi dan barang siapa yang membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis dari kebaikannya dan menghapus keburukan hingga esok.

Rasulullah juga pernah berpesan kepasa Saidina Ali yang maksudnya: “Apabila engkau berkehendakkan sesuatu hajat, bacalah ayat Kursi kemudian langkahkan kaki kanan. Mudah-mudahan apa-apa dihajati akan diperkenankan oleh Allah.”

Keagungan ayat ini juga pernah diperkatakan Abu Hamid Al-

Ghazali yang memberi beberapa cara untuk menghilangkan rasa duka dan susah dengan membaca surah itu sebanyak 313 kali antaranya selepas solat Isyak, di tempat sunyi, dengan wuduk sempurna dan ketika tengah malam selesai sahaja membaca ayat itu, berdoalah kepada Tuhan sebanyak tujuh kali dan mintalah apa yang dihajatkan, nescaya Allah akan memakbulkanya.

Rasulullah juga bersabda: Sesiapa membaca ayat Kursi sehabis

solat, maka tidak terhalang untuk masuk syurga, kecuali kematian.” Antara fadhilat lain: Membaca ayat itu ketika hendak tidur,

terpelihara dari kejahatan jin, syaitan, manusia dan binatang. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi setiap pagi, Allah akan

memelihara dari kejahatan pada hari itu dan jika dibaca pada malam hari maka terpelihara dari kejahatan sampai pagi.

3

Page 4: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

LAGU TEMA JALINAN Indahnya suasana, kita di hari ini, Ceria, bersama bermesra, Erat silaturrahim, saling hormat menghormati, Tuntutan agama yang mulia….., Oh ! mari bersama, kita jalinkan kasih sayang, Sesama insan, di hari ini kita mulakan, Moga kekal untuk selamanya..... Indahnya, jika kita dapat bersama, Hidup selalu gembira di dunia ini…. Lagi indahnya, jika kita dapat bersama, Hidup di dalam gembira di akhirat sana…aaaaa Erat silaturrahim, saling hormat menghormati, Tuntutan agama yang mulia….., Yang tua dihormati, yang muda disayangi, cetuskan suasana harmoni, Oh ! mari bersama, kita jalinkan kasih sayang sesama insan Di hari ini kita mulakan, moga kekal untuk selamanya, Indahnya jika kita dapat bersama, Hidup selalu gembira, Di dunia ini…. Lagi indahnya jika kita dapat bersama, Hidup di dalam gembira, di akhirat sana….. Kita jalinkan…kasih sayang…..

4

Page 5: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

OBJEKTIF KURSUS KECEMERLANGAN DIRI

KE ARAH PROFESIONALISME

1) Melahirkan pekerja yang memiliki kesedaran, berpengetahuan dan berkemahiran serta mampu memecah ruyung kebiasaan dan seterusnya memperkasakan kehebatan diri.

2) Melahirkan pekerja yang mampu menyumbang dan dapat

bekerja dalam satu pasukan yang mantap.

3) Mendedahkan rahsia budaya kerja cemerlang dan etika pengurusan kerja harian yang mantap bagi memperkasakan kehebatan diri.

4) Merapatkan hubungan pihak pengurusan dan staf sokongan

serta dapat mempraktikkan khidmat pelanggan berkesan.

5) Memacu lonjakan paradigma untuk semua peringkat perjawatan dalam organisasi serta dapat merealitikan impian murni visi dan misi organisasi

5

Page 6: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

KOMITMEN UBTC

Komitmen kami adalah untuk

melahirkan para pekerja yang terlatih,

bercita-cita besar, berani menghadapi

cabaran, berbudaya kecekapan dan

ketepatan dalam pekerjaan dan

keberhasilan dalam setiap usaha bagi

mencapai tahap piawaian yang tertinggi.

6

Page 7: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

KONTRAK KURSUS Saya dengan sukarela sesungguhnya akan patuh kepada kenyataan di bawah ini: 1) SAYA akan menggunakan 3 hari berikut ini untuk belajar dari kegiatan dan latihan. Ini bermakna SAYA sedia melibatkan diri dalam kelakuan yang ditentukan, mendapatkan maklumbalas tentang kesan perangai SAYA ke atas rakan-rakan lain dan menganalisa perhubungan diri SAYA dengan orang lain supaya dapat belajar sebaik-baiknya. 2) SAYA akan belajar bersungguh-sungguh dengan cara:

a) Melibatkan diri dalam acara yang ditentukan dan sentiasa ingin melahirkan perasaan dan reaksi SAYA kepada apa yang berlaku agar rakan lain mendapat maklumat untuk beraksi dengan memberi maklumbalas dan dapat membuat kesimpulan tentang satu-satu aspek pelajaran dan pembelajaran.

b) Menetapkan matlamat peribadi sendiri dan SAYA akan

berusaha dengan giat untuk mencapainya. Tegasnya SAYA akan bertanggungjawab atas pembelajaran SAYA sendiri.

c) Sentiasa sanggup mencuba dan mengamalkan perangai

baru.

d) Sentiasa mencari dan menerima maklumbalas.

7

Page 8: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

e) Mencari kesimpulan kepada pengalaman yang

ditonjolkan dalam kegiatan mahupun latihan. 3) SAYA akan cuba menolong rakan-rakan SAYA mendapat faedah sebaiknya dari apa yang mereka pelajari dengan cara:-

a) Memberi maklumbalas dengan cara membina,

b) Tolong mewujudkan suasana seperti KETERBUKAAN, SENTIASA MENERIMA DAN MEMBANTU dalam mana peserta lain dapat mengalami dan mencuba perangai baru mereka,

c) Menyumbang pendapat dan bersama mencari

kesimpulan. 4) SAYA akan menggunakan budibicara yang bijak untuk mempastikan apa yang berlaku semasa latihan atau kegiatan adalah SULIT. __________________________ (Tandatangan) Nama :___________________ Tarikh :___________________ Tempat :___________________

8

Page 9: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

Saksi 1 : __________________ (Tandatangan) Nama : __________________ Tarikh : __________________ Saksi 2 : __________________ (Tandatangan) Nama : __________________ Tarikh : __________________

9

Page 10: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

HAK ASASI SAYA SEPANJANG KURSUS

1) Saya berhak meluahkan perasaan saya.

2) Saya berhak memberikan pandangan saya.

3) Saya berhak meminta orang lain mendengar.

4) Saya berhak mencuba.

5) Saya berhak memberitahu dan mengajar orang lain.

6) Saya berhak untuk membangun potensi diri.

7) Saya berhak untuk berjaya.

8) Saya berhak membuat kesilapan baru.

9) Saya berhak untuk gagal dalam percubaan pertama.

10) Saya berhak untuk mencuba lagi setelah gagal.

11) Saya berhak untuk ingin tahu dan berasa tidak selesa

pada kali pertama.

12) Saya berhak untuk mencuba mengetahui semuanya.

13) Saya berhak untuk berdiri di hadapan kumpulan.

14) Saya berhak untuk menjadi ketua @ pemimpin.

15) Saya berhak ke atas masa semasa berucap.

16) Orang lain berhak terhadap pendapat mereka.

17) Orang lain berhak tidak mempersetujui pendapat saya.

10

Page 11: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

ETIKA LATIHAN DAN PERBINCANGAN

1) TUMPUAN SEPENUHNYA.

2) SIFAT KETERBUKAAN.

3) BERTANGGUNGJAWAB PERIBADI.

4) SENTIASA BERSIKAP POSITIF.

5) SEMANGAT KERJASAMA.

6) JUJUR DAN IKHLAS.

7) BELAJAR DARI MAKLUMBALAS.

8) SENTIASA KREATIF.

9) SENTIASA PANTAS, CEKAP & TEPAT.

10)SERIUS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

11

Page 12: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

KEBEBASAN BERFIKIR

“Dan sesungguhnya kami telah mengulang-ulang bagi manusia dalam al-quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah,”

-surah AL-KAHFI : ayat 54

PERUBAHAN SIKAP

Hendak mengubah sikap atau perangai bukannya mudah. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda maksudnya;- “Kalau ada orang mengatakan gunung uhud itu sudah berubah tempat boleh dipercayai tanpa dilihat terlebih dahulu. Tapi kalau ada orang yang mengatakan polan itu sudah berubah perangainya jangan kita terima kecuali kita saksikan dahulu.” Ini memberi erti kepada kita, gunung lebih mudah untuk diubah daripada mengubah perangai manusia.

12

Page 13: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

MATLAMAT HIDUP

‘Mendapat Kebahagiaan & Keredhaan Allah’

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk

Allah, Tuhan semesta alam”

(Al-An’am : 162)

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhai

Allah” (Al-Fajr : 27-28)

13

Page 14: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

MENGENALI SEORANG INSAN

Jika dia tidak tahu, dan dia tidak tahu yang dia tidak tahu,

dia adalah bodoh, Elakkan dia…

Jika dia tidak tahu,

dan dia tahu yang dia tidak tahu, dia adalah jahil, Ajarilah dia…

Jika dia tahu,

dan dia tidak tahu yang dia tahu, dia adalah tertidur,

Bangunkanlah dia…

Jika dia tahu, dan dia tahu yang dia tahu,

dia adalah bijaksana, ikutlah dia…

14

Page 15: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

MEMECAH RUYUNG

MEMPERKASAKAN KEHEBATAN DIRI

15

Page 16: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

‘KEJAYAAN MILIK INSAN BIASA YANG BERFIKIRAN DAN

BERTINDAK SECARA LUAR BIASA’

‘JALAN PASTI ADA, MESTI ADA CARA…’

16

Page 17: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

RENUNGAN DAN PERINGATAN Kecelakaan Iblis itu disebabkan 5 perkara iaitu :

1. Tidak mengaku berdosa.

2. Tidak merasakan dirinya hina.

3. Tidak mahu bertaubat atas segala dosanya.

4. Tidak mensyukuri rahmat Allah.

5. Derhaka kepada Allah.

Kebahagiaan Nabi Adam A.S itu disebabkan oleh 5 perkara iaitu :

1. Sentiasa merasa berdosa.

2. Menyesal di atas segala dosanya.

3. Sentiasa merasa dirinya hina.

4. Tidak berputus asa terhadap rahmat Allah.

5. Segera bertaubat kepada Allah.

17

Page 18: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

ASAS-ASAS KECEMERLANGAN JATIDIRI

1) Kepercayaan kepada Tuhan.

2) Kesetiaan terhadap organisasi .

3) Boleh dicontohi dan diteladani.

4) Mempunyai minat yang mendalam.

5) Mampu menangani masalah.

6) Bijak membuat keputusan . ASAS-ASAS KECEMERLANGAN DIRI

1) Keikhlasan dan kejujuran berkhidmat kerana Allah.

2) Bijaksana dan panjang akal.

3) Berkeyakinan diri.

4) Berdisiplin dan menepati janji.

5) Kemas, menepati masa, pandai bergaul, tidak

berlagak, tidak sombong dan disegani.

18

Page 19: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

MENCIPTA KEYAKINAN DIRI

1) BERANI MENCUBA

2) BERANI BERTANYA

3) BERANI MENGAMBIL RISIKO

4) BERANI MEMOHON MAAF

5) BERANI MENIRU

6) BERANI BERUBAH

7) BERANI MENCARI ILMU

BINALAH KESEDARAN DAN KETAHUILAH MENGAPA ILMU HARUS DITUNTUT

1) Mempelajarinya adalah takwa.

2) Menuntutnya adalah ibadat.

3) Mencarinya adalah jihad.

4) Mengulang kajinya adalah tasbih.

5) Mengajarkannya adalah sedekah.

6) Memberikannya adalah bakti.

19

Page 20: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

SAYA

SEBENARNYA APA YANG SAYA

FIKIRKAN

20

Page 21: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

FALSAFAH INSAN BERJAYA

1) Menukar kesempitan kepada kesempatan.

2) Menukar masalah kepada cabaran.

3) Menukar halangan kepada peluang.

4) Menukar kebencian kepada kasih sayang.

MENGAPA SAYA MASIH GAGAL ?

1) Tiada matlamat hidup.

2) Kerja adalah tradisi.

3) Pengurusan diri lemah.

4) Tidak sanggup berkorban.

5) Pegangan hidup yang salah.

6) Tidak menerima perubahan.

7) Sentiasa berada dalam persekitaran negatif.

8) Pengetahuan cetek.

9) Tidak menyakini pertolongan Allah.

10) Engkar ajaran agama.

21

Page 22: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

12 LANGKAH MENJADIKAN

DIRI BERMOTIVASI

1) Menghayati hakikat sebenarnya anda seorang juara.

2) Menetapkan matlamat hidup.

3) Membina kemahuan yang tinggi.

4) Menewaskan kesukaran dan kegagalan.

5) Mulakan dengan mencipta kejayaan-kejayaan kecil

ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

6) Beri pengiktirafan kepada diri sendiri.

7) Wujudkan persaingan yang sihat.

8) Sentiasa bergaul dengan mereka yang bermotivasi.

9) Berbuat baik berpada-pada, buat kesalahan jangan

sekali.

10) Sentiasa berada dalam persekitaran positif.

11) Menyakini pertolongan Allah.

12) Berpegang teguh dan hayati ajaran agama.

22

Page 23: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

APABILA ANDA BERMOTIVASI ANDA SENTIASA ……

1) Awal dan mendahului.

2) Rajin dan tekun.

3) Bersemangat dan bersungguh.

4) Positif dan oportunis.

5) Cekal dan tabah.

6) Membaiki diri dan keadaan.

7) Menghasilkan kerja cemerlang.

8) Mensyukuri nikmat Allah.

9) Mentaati perintah Allah.

10) Diberkati oleh Allah.

23

Page 24: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

TIPS MEMPERKASAKAN KEHEBATAN DIRI

1) Yakin kepada diri sendiri dan kebolehan anda.

2) Fokus terhadap apa yang ingin anda capai.

3) Jadikan halangan sebagai cabaran dan jangan

mudah putus asa.

4) Anda perlu minat dengan apa yang anda lakukan.

5) Perjalanan ke arah kejayaan bukan satu laluan

yang mudah dan lurus.

6) Sekiranya anda jatuh berangkaklah jika perlu

tapi kemudiannya, bangun, berdiri dan berlari.

7) Laburkanlah sebahagian wang anda, kelak wang

akan bekerja untuk anda.

8) Jangan sesekali membiarkan kejayaan mengaburi

diri anda.

9) Jangan lupa diri & jangan angkuh.

10) Beramal, bersyukur, bersedekah &

mengeluarkan zakat.

24

Page 25: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

RENUNGAN

Anda boleh kemukakan seribu

alasan kenapa potensi anda kurang

memuaskan pada hari ini, tetapi

sebenarnya anda perlu tahu satu

sebab untuk berjaya iaitu mulakan

langkah pertama yang dilakukan

secara bersungguh-sungguh.

25

Page 26: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

ETIKA BUDAYA KERJA

CEMERLANG 26

Page 27: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

ETIKA BUDAYA KERJA CEMERLANG

1) Sentiasa sedar bahawa matlamat diri seharusnya selari

dengan matlamat organisasi.

2) Sentiasa menyedari kepentingan nilai moral dan agama

penting dalam pekerjaan.

3) Sentiasa melihat kebaikan organisasi.

4) Sentiasa sayangkan organisasi.

5) Sentiasa menggunakan masa dengan optimum.

6) Sentiasa mengadakan mesyuarat harian, mingguan dan

bulanan.

7) Sentiasa membahagikan tugas kepada kakitangan bawahan

berdasarkan kepakaran, kebolehan dan minat.

8) Sentiasa mementingkan perhubungan awam / mengutamakan

pelanggan.

9) Sentiasa meningkatkan kualiti komunikasi di tempat kerja.

10) Sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.

11) Sentiasa menilai dan memperbaiki kualiti pekerjaan.

12) Sentiasa memberi tumpuan sepenuh perhatian terhadap

tugas.

13) Sentiasa bekerja dengan tekun, cekap, sopan, amanah dan

ikhlas.

14) Sentiasa memberi khidmat melebihi ganjaran yang diterima.

15) Sentiasa terbuka dalam apa jua keputusan dan tindakan.

27

Page 28: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

16) Sentiasa menerima kritikan dan teguran dengan hati

terbuka.

17) Sentiasa patuh dan menghormati etika kerja berpasukan.

18) Sentiasa menerima arahan dengan tersenyum dan

mengucapkan terima kasih.

19) Sentiasa bermotivasi, cergas, sihat dan produktif.

20) Sentiasa bersyukur dan berdoa agar mendapat keberkatan

dalam pekerjaan.

ETIKA PENGURUSAN KERJA HARIAN

1) Mulakan hari dengan sikap yang positif.

2) Semak kembali perancangan harian yang telah dibuat.

3) Jauhi daripada membuang masa.

4) Berehat sekejap apabila perlu.

5) Tangani kerja yang remeh-temeh dalam satu masa.

6) Gunakan masa yang pendek untuk membuat persiapan,

perancangan atau membaca dengan dengan ringkas.

7) Siapkan satu-satu kerja.

8) Semak semula kerja-kerja setelah beberapa jam bermula.

28

Page 29: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

9) Pada penghujung hari, lihat kembali pencapaian yang telah

dibuat.

10) Mulakan dengan kerja yang penting.

11) Tangani kerja-kerja yang besar, rumit dan komplikated

dahulu.

12) Mulai merancang untuk esok hari sebelum pulang ke

rumah.

13) Pulanglah ke rumah dengan pemikiran yang positif.

14) Cuba ubah suai had masa sekiranya ia bertembung dengan

perancangan harian.

15) Tahniahkan diri setiap hari setelah melakukan tugas dengan

cemerlang.

16) Bersyukur dan berdoa untuk kerja-kerja yang lebih baik hari

esok.

29

Page 30: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

SIKAP PEKERJA CEMERLANG

EQ IQ

SQ MQ

30

Page 31: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

CIRI-CIRI SIKAP PEKERJA CEMERLANG

1) Fahami matlamat organisasi

2) Sentiasa bersedia

3) Bermotivasi

4) Telus

5) Hilangkan rasa bersalah

6) Amanah

7) Tinggalkan rasuah

8) Hindarkan masalah peribadi

9) Tumpukan perhatian

10) Bina perhubungan baik dengan semua orang

11) Berjimat cermat

12) Hormati ketua

13) Hubungan akrab sesama rakan

14) Menghormati hak peribadi

15) Perhatikan orang cemerlang

16) Berkata benar

31

Page 32: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

RENUNGAN KEJAYAAN

Ambillah masa untuk berfikir,

Fikiran itu adalah sumber kekuasaan. Ambillah masa untuk membaca,

Membaca itu asas kebijaksanaan. Ambillah masa untuk bekerja,

Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha. Ambillah masa untuk solat,

Solat itu kuasa yang paling berkesan. Ambillah masa untuk bermain,

Bermain menjadikan kita sentiasa cergas. Hidup kita telalu singkat untuk kepentingan

diri semata-mata. Ambillah masa untuk tertawa,

Tertawa itu penawar untuk jiwa. Ambillah masa untuk bersahabat, Inilah jalan kearah kebahagiaan.

Ambillah masa untuk berkasih-sayang, Inilah jalan kurniaan Allah Yang Esa

ke atas hamba-Nya.

JALAN PASTI ADA, MESTI ADACARA...

32

Page 33: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

STRATEGI KHIDMAT

PELANGGAN BERKESAN

33

Page 34: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

RAYUAN PELANGGAN

Jangan jual pakaian kepada saya, Jual kepada saya kesegakan, gaya dan kecantikan.

Jangan jual insurans kepada saya,

Jual kepada saya ketenangan jiwa dan masa depan yang terjamin buat diri saya dan keluarga saya.

Jangan jual rumah kepada saya,

Jual kepada saya keselesaan, kepuasan, pelaburan yang baik dan rasa bangga memilikinya.

Jangan jual buku kepada saya, jual kepada saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai dan pelaburan

yang menguntungkan.

Jangan jual mainan kepada anak saya, Jual kepada saya detik-detik kegembiraan,

keseronokan dan kasih sayang.

Jangan jual TV kepada saya, Jual kepada saya masa yang menyeronokkan,

Kepuasan dan kecanggihan teknologi. Jangan jual tayar kereta kepada saya,

Jual kepada saya kebebasan daripada kebimbangan, keselesaan memandu dan keselamatan seisi keluarga.

Jangan jual tiket kapal terbang kepada saya,

Jual kepada saya ketibaan yang cepat, selamat dan rasa seperti orang kaya.

Jangan jual barang kepada saya,

Jual kepada saya kecantikan, kebanggaan memilikinya, kedamaian, kegembiraan dan keselesaan, Jangan jual ubat kepada saya, Jual kepada saya kenikmatan,

kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup.

34

Page 35: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

KECEMERLANGAN DALAM PERKHIDMATAN TELEFON

“ Telefon anda hanyalah alat perhubungan dengan pelanggan. Ia tidak boleh memberikan khidmat untuk anda sehingga anda sendiri membentuk kemahiran professional dalam mengendalikannya” Telefon merupakan salah satu alat terpenting yang boleh menghubungkan kita dengan pelanggan. Walaupun hanya suara yang kedengaran namun dengan suara itu juga dapat mencerminkan imej kita dan organisasi. Pengurusan pengendalian telefon yang cekap dapat meningkatkan imej organisasi kita secara keseluruhan.

1. Kecemerlangan Pengurusan Telefon “ Cara menjimatkan masa dalam penggunaan telefon adalah dengan mendengar secara berkesan dan cara menghormati pelanggan adalah dengan memimpin pelanggan dalam penggunaannya “ a) Beri layanan serta merta dan jujur. b) Berbudi bahasa ketika berbual. c) Nada suara yang cemerlang dan memikat orang yang

mendengarnya. d) Ucapan yang memberangsangkan serta memberi semangat. e) Jadikan suara anda sebagai satu senyuman.

2. Perkhidmatan Telefon Yang Berkualiti

a) Persediaan yang rapi dari segi peralatan dan diri sendiri. b) Sambutan yang professional.

35

Page 36: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

c) Pengendalian panggilan yang cekap, tepat dan berkesan. d) Menamatkan penggilan dengan sopan dan santun.

Biarkan pemanggil meletakkan telefon dahulu.

3. Persediaan Menggunakan Telefon

a) Alat-alat keperluan yang mencukupi. b) Bahan rujukan / fail sebelum membuat sebarang panggilan.

Sediakan maklumat terperinci dengan soalan-soalan yang mudah difahami. Elakkan daripada membuang masa dengan menanyakan soalan yang tidak berkaitan.

c) Catatkan butir-butir perbincangan. d) Tempat duduk yang selesa. e) Fikiran yang tenang.

4. Tatacara Mengangkat Dan Memegang Telefon

a) Pegang dengan cermat dan tetap supaya gagang tidak terjatuh dan mengganggu perbualan.

b) Menggunakan jarak yang sesuai iaitu 1 – 2 inci daripada mulut supaya pemanggil mendengar dengan jelas.

c) Jangan menutup gagang dengan jari kerana akan mengganggu pendengaran pemanggil.

d) Jangan letakkan gagang di bawah dagu kerana mengganggu kelancaran suara.

e) Letakkan semua benda lain yang ada di tangan dan berikan sepenuh tumpuan.

36

Page 37: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

5. Tertib Menerima Panggilan

a) Jawab seberapa segera sebaik-baiknya selepas deringan kedua.

b) Hentikan segala aktiviti lain. c) Berikan perhatian sepenuhnya. d) Perkenalkan diri dan organisasi.

6. Tatacara Memindahkan Panggilan

a) Jika benar-benar perlu sahaja. b) Beri penjelasan kenapa perlu pindahkan talian. c) Minta persetujuan daripada pemanggil. d) Beri maklumat lengkap mengenai pegawai yang berhak

disambungkan. e) Beritahu nombor sambungan. f) Beritahu nama pegawai yang berkenaan. g) Hubungi pegawai berkenaan terlebih dahulu. h) Jika pegawai berkenaan tiada, ambil pesanan. i) Pastikan anda tahu sistem memindahkan talian. j) Sambungkan panggilan dengan serta merta. k) Tutup gagang atau tekan # semasa bercakap dengan

pegawai berkenaan.

7. Tatacara Mengambil Pesanan

a) Catatkan nama, nombor telefon dan jabatan pemanggil dengan tepat.

b) Pastikan tarikh dan masa yang tepat.

37

Page 38: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

c) Tulis pesanan dengan tepat. d) Bacakan semula pesanan yang diambil. e) Ucap terima kasih. f) Berikan jaminan pesanan akan disampaikan sesegera

mungkin. g) Pastikan pegawai yang dipanggil. h) Pastikan kandungan mesej. i) Semak mesej / pesanan. j) Nama dan tandatangan pemesan pesanan. k) Sampaikan pesanan.

8. Petua Membuat Panggilan Luar

a) Rancang perkara yang hendak dicakapkan. -Rancang perkara yang hendak anda cakapkan dengan melakarkan lima perkara penting iaitu apa, bila, di mana, kenapa, siapa dan bagaimana. Hal ini adalah untuk memastikan kita tidak tertinggal sebarang perkara semasa berbual dan tidak membuang masa.

b) Pastikan nombor telefon yang hendak didail betul. -Sebaik-baiknya tulis nombor telefon yang hendak anda dail sebelum membuat sebarang panggilan.

c) Perkenalkan diri dan organisasi. -Perkara ini bertujuan untuk memudahkan penerima panggilan memberi layanan yang serta merta tanpa banyak soal dan keraguan.

d) Pastikan penerima panggilan orang yang betul. -Pastikan orang yang menerima panggilan itu adalah orang yang betul dengan membuat pengesahan melalui

38

Page 39: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

suara, gaya bercakap dan pengenalan lain sebelum mula bercakap.

e) Berikan salam hormat. -Berikan salam hormat bersesuaian dengan masa dan keadaan.

f) Nayatakan tujuan dan perkara yang hendak dibincangkan. g) Wujudkan kemesraan. h) Pastikan penerima mendengar dengan jelas. Jika tidak, buat

panggilan semula. i) Pastikan kita juga dengar. j) Semak maksud membuat panggilan. k) Hargai sambutan dengan ucapan terima kasih. l) Letakkan ganggang dengan tertib.

9. Petua Melayan Panggilan

a) Nada suara yang mantap. b) Sebutan yang jelas dan bertenaga. c) Layan setiap panggilan dengan istimewa, sopan santun,

lemah lembut, sabar dan kawal diri. d) Cakap dengan jelas serta nyata dan bertutur dengan penuh

berhati-hati. e) Bekerja dengan penuh teratur. f) Ambil masa untuk mewujudkan hubungan. Jangan tergopoh

gapah. g) Nada suara berminat. h) Sopan santun dan mesra/senyum. i) Dengar dengan penuh tumpuan.

39

Page 40: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

j) Memberi layanan dan menyelesaikan masalah / keperluan

pemanggil dengan segera. k) Gunakan bahasa yang senang difahami oleh pemanggil. l) Gunakan magic words dalam perbualan seperti terima

kasih……, maaf….., baiklah….., insya-Allah dan sebagainya.

m) Gunakan ulangan yang berpatutan.

10. Kawalan Suara

Kawalan suara amat penting semasa bercakap melalui telefon. Kerana melambangkan perasaan dan sikap pemanggil yang sebenarnya. a) Kelantangan (volume)

-Kita tidak perlu bercakap dengan kuat di gagang telefon. Suara yang terlalu lantang akan membuat pendegar sakit telinga.

b) Nada (pitch) -Gunakan nada yang memberangsangkan terutamanya pada sebelah petang kerana biasanya nada suara kita akan menurun. Pastikan nada suara kita sentiasa ceria dan memberangsangkan.

c) Kelajuan (rate) -Jangan bercakap terlalu laju sehinggakan pendengar tidak dapat memahami pertuturan kita. Kelajuan yang paling sesuai untuk bercakap dalam telefon adalah 120 patah perkataan seminit.

40

Page 41: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

d) Jeda (pause)

-Perlu ada jeda semasa bercakap dalam telefon. Jika tidak kita akan termengah-mengah dan kedengaran seperti tergopoh-gapah.

e) Lafaz sebutan (pronaunciation) -Lafaz sebutan hendaklah jelas. Elakkan bahasa daerah kecuali kita benar-benar kenal dengan pemanggil.

f) Ulangan (repetition) -Mendengar dengan berkesan dapat mengelakkan kita meminta pemanggil mengulangi perkataan antara ayat yang disebutkan. Hal ini menunjukkan yang kita tidak memberi perhatian semasa bercakap.

11. Ketertiban Semasa Berbual

a) Elakkan bercakap dengan kuat. b) Tenang dan tidak tergopoh-gapah. c) Tidak menyinggung perasaan penerima. d) Senyum ketika berbual. e) Tutup gagang sekiranya ada gangguan. f) Mempunyai mesej yang jelas. g) Elakkan membuat kerja lain.

12. Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika

Mengendalikan Telefon a) Jawab telefon secepat mungkin sebaik-baiknya selepas

deringan kedua. b) Ambil nota atau perkara penting yang dibualkan. c) Ulang apa yang dikatakan dengan menggunakan ayat

sendiri.

41

Page 42: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

d) Ulang maklumat utama. e) Dengar dahulu sebelum bercakap. f) Catatkan butir-butir perbualan. g) Minta penjelasan jika sesuatu yang dicakapkan itu kabur. h) Minta izin jika terpaksa meninggalkan telefon. i) Beritahu pemanggil keputusan perbualan. j) Bercakap dengan lancer dan teratur. k) Sebutan yang terang, jelas dan teratur. l) Gunakan bahasa yang mudah difahami. m) Kawal emosi.

13. Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Mengendalikan Telefon

a) Mencelah percakapan pemanggil. b) Melakukan kerja-kerja lain yang boleh menyebabkan

kurang tumpuan. c) Minum dan makan semasa bercakap. d) Membiarkan pemanggil menunggu lama ditelefon. e) Mengganggu talian telefon semasa bercakap. f) Membiarkan emosi mempengaruhi tugas. g) Menjatuhkan maruah dan mengelirukan pemanggil. h) Suka berdebat, bertengkar atau menengking pemanggil. i) Berjenaka tidak kena pada masa dan tempat. j) Melayan pemanggil secara acuh tidak acuh sahaja. k) Membeza-bezakan antara pemanggil. l) Memberi maklumat yang salah atau kurang tepat.

42

Page 43: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

14. Perkara Yang Perlu Dihindarkan Semasa Berbual

a) Menyakiti hati orang lain. b) Menyindir / mencemuh. c) Bercakap dengan cepat. d) Bercakap kasar. e) Mematikan semangat orang lain. f) Makan sambil bercakap. g) Berjenaka lucah.

15. Petua Tersembunyi Dalam Pengendalian Telefon

a) Anda adalah duta organisasi. b) Gunakan common sense. c) Fahami butir-butir organisasi. d) Jaga nada suara. e) Tunjukkan minat terhadap orang lain. f) Hikmah. g) Jangan bergantung kepada ingatan sahaja. h) Mendengar dengan berkesan. i) Bersopan santun. j) Membentuk sentuhan ajaib.

16. Petua Untuk Telefonis

a) Nada suara adalah amat penting. b) Sebutan perlu jelas.

43

Page 44: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

c) Layan setiap pemanggil seperti pelanggan yang paling

istimewa. d) Jangan biarkan pemanggil mengganggu lebih daripada 30

saat. e) Senyum sambil bercakap. f) Jangan potong talian bila orang lain sedang bercakap. g) Tunjukkan minat. h) Wujudkan kemesraan. i) Sesuaikan kelajuan bercakap dengan pemanggil. j) Ulang isi utama. k) Buat catatan jika perlu. l) Jawab panggilan seolah-olah pemanggil berada di hadapan

anda.

17. Pengurusan Panggilan Berbentuk Ugutan

a) Layan dengan sewajarnya. b) Catatkan butir-butir ugutan. c) Elakkan daripada perkenalkan diri. d) Elakkan perkara yang meragukan pemanggil. e) Dapatkan pertolongan.

18. Pengurusan Panggilan Lucah

a) Buat catatan mengenai panggilan. b) Kenal pasti nada suara. c) Dengar sebarang kesan bunyi. d) Jangan layan. e) Putuskan panggilan.

44

Page 45: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

19. Pengurusan Panggilan Aduan

a) Layan dengan tenang dan gunakan psikologi. b) Beri maklum balas yang tenang dan berbudi bahasa. c) Elakkan memberi jawapan yang terburu-buru. d) Elakkan daripada menimbulkan kemarahan pemanggil. e) Ambil catatan aduan yang dibuat. f) Laporkan aduan kepada pegawai berkenaan.

20. Tatatertib Menamatkan Perbualan

a) Ucapan menamatkan perbualan. b) Biarkan pemanggil letak gagang dahulu. c) Letakkan gagang dengan tertib.

21. Petua-Petua Lain Dalam Pengendalian Telefon

a) Kawal pernafasan. b) Kawal kelajuan bercakap. c) Elakkan bahasa teknikal. d) Jika perlu berdiri semasa bercakap. e) Elakkan percakapan senada.

45

Page 46: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN KAUNTER

Perkhidmatan kaunter merupakan perkhidmatan barisan hadapan yang penting dalam khidmat pelanggan. Perkhidmatan kaunter yang berkualiti dianggap perkhidmatan yang memenuhi harapan dan memuaskan hati pelanggan.

1. Perkhidmatan Kaunter Yang Berkualiti.

a) Mempunyai pengetahuan tentang tugas dan organisasi.

b) Bersikap suka menolong dan memberi khidmat.

c) Bersikap simpati dan empati terhadap pelanggan.

d) Bersikap adil dan saksama.

e) Memberi layanan yang memuaskan.

f) Menyediakan kemudahan yang cukup dan lengkap.

g) Memberi maklumat yang betul dan tepat.

h) Mempunyai etika penampilan diri yang menarik dan

menawan.

46

Page 47: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

2. Usaha Mewujudkan Perkhidmatan Kaunter Yang Berkualiti.

PELANGGAN KHIDMAT DI KAUNTER

KHIDMAT SOKONGAN

a) Panduan, papan dan tunjuk arah yang lengkap, jelas dan mencukupi.

b) Kaunter pertanyaan.

c) Ruang menunggu

yang selesa.

d) Sistem giliran

(queue). e) Peti cadangan.

Peningkatan kualiti melalui 4 peringkat : a) Persediaan bagi

memulakan.

b) Melayan pelanggan dengan sopan.

c) Memberi

perkhidmatan dengan cekap dan tepat.

d) Mengakhiri

urusan dengan mesra.

Pengurusan : a) Penggubalan

strategi perkhidmatan.

b) Penetapan

standard prestasi, pengawasan dan penyeliaan.

c) Pengurusan tenaga

manusia.

d) Pembaikan sistem dan prosedur staf sokongan : (i) Peningkatan

USAHA PENAMBAHBAIKAN YANG BERKESAN

47

Page 48: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

kemahiran dalam memberi perkhidmatan.

(ii) Mematuhi standard prestasi, peraturan dan panduan kerja.

(iii) Mengamalkan budaya kerja cemerlang.

Memenuhi kehendak pelanggan

Perkhidmatan kaunter yang berkualiti MAKLUM BALAS MAKLUM BALAS

3. Tatacara Berkomunikasi Di Kaunter a) Komunikasi yang mesra dan berkesan. b) Tingkatkan kemahiran mendengar. c) Berbudi bahasa ketika berbicara. d) Gaya diri dan perwatakan. e) Cara menamatkan urusan.

4. Masalah Perhubungan Awam Di Kaunter

a) Punca masalah daripada pelanggan. b) Punca masalah daripada perkhidmatan kaunter.

48

Page 49: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

5. Kualiti Layanan Di Kaunter a) Fahami kehendak pelanggan. b) Bercakap dalam bahasa pelanggan. c) Pelanggan perlu berasa diutamakan. d) Sentiasa bersedia melayan pelanggan.

6. Menagani Pelanggan Yang Bermasalah

a) Menerima mereka dengan hati yang terbuka. b) Bersedia untuk membantu. c) Minta pelanggan menjelaskan masalah yang dihadapi. d) Mendengar dengan baik. e) Empati. f) Diam seketika. g) Gunakan bahasa yang positif. h) Berikan penjelasan sehingga mereka berpuas hati.

7. Petua Menangani Aduan Pelanggan

a) Setiap aduan diberi perhatian serius. b) Tindakan segera perlu diambil. c) Tunjukkan yang kita ambil berat. d) Tunjukkan yang tindakan telah diambil. e) Selesaikan masalah yang ditimbulkan. f) Dengar aduan pelanggan.

49

Page 50: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

CARA MENYAMPAIKAN PERASAAN MARAH DAN TIDAK SENANG HATI TERHADAP PELANGGAN

“Orang yang berakhlak mulia ialah orang yang boleh melupakan kesalahan orang lain dan sentiasa inagt (insaf) akan kesilapannya”.

a) Meluahkan perasaan marah yang berpatutan dengan tingkah laku yang bersesuaian.

b) Tujuannya bukanlah untuk memaksa orang lain untuk memohon maaf.

c) Jangan menyindir dan menjatuhkan air muka orang lain. d) Penyampaian perasaan marah hendaklah dibuat dengan tenang

dan tegas. e) Penyampaian perasaan marah hendaklah ringkas dan apabila

perkara yang dimaksudkan telah terima, hentikan percakapan anda.

f) Jangan sekali-kali membuat tuduhan. g) Gunakan ganti nama ‘saya’ sebagai penegasan. h) Benarkan orang yang dimarahi memberi penerangan bagi

pihaknya tanpa bertengkar. Bila pelanggan marah, kita sepatutnya :

a) Bertenanglah selalu. b) Dengar dengan penuh simpati dan dengarlah fakta-faktanya

sekali. c) Ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah pelanggan

seberapa segera. d) Tamatkan insiden itu dengan sopan santun. e) Jangan berharap untuk memenangi pertengkaran dengan

pelanggan.

50

Page 51: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

TEKNIK MENYAMPAI PENDAPAT SENDIRI

a) Penyampaiannya hendaklah dilakukan dengan sukarela. b) Penyampaian menerusi pihak lain. c) Penyampaian pendapat mestilah berpadanan dengan

falsafah, prinsip dan kepercayaan sendiri. d) Pendapat sendiri tidak semestinya betul dan penyampai

sepatutnya menerima pendapat lain sekiranya perlu. e) Nyatakan pendapat sendiri dengan tetap, ringkas dan tegas. f) Pendengar mempunyai hak untuk menilai pendapat ataupun

tidak mendengarnya langsung.

CARA MENOLAK PERMINTAAN

a) Fahami betul-betul maksud permintaan sebelum memberi keputusan.

b) Nyatakan dengan pasti dan tegas apabila enggan memenuhi permintaan. Beri penjelasan yang ringkas.

c) Keputusan menolak permintaan dibuat oleh diri sendiri dan bukan oleh orang lain. Menolak permintaan boleh mengelakkan kesusahan pada diri sendiri.

51

Page 52: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

PERKHIDMATAN KAUNTER YANG MEMUASKAN HATI PELANGGAN

a) Cepat. b) Tiada kesilapan. c) Mudah berurusan. d) Layanan yang professional.

1. Tanggapan awal pelanggan :

a) Keadaan bangunan. b) Keadaan kaunter bayaran. c) Keadaan kenderaan. d) Keadaan pejabat. e) Suasana persekitaran. f) Ragam pegawai dan kakitangan.

2. Pelanggan juga memerlukan :

a) Pertolongan. b) Hormat. c) Keselamatan. d) Empati. e) Kepuasan. f) Sokongan. g) Paras rupa yang menarik.

52

Page 53: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

ELEMEN-ELEMEN KEPUASAN PELANGGAN Elemen berikut dapat menentukan kepuasan pelanggan.

Barangan / Perkhidmatan

Lokasi

Budaya Jualan KEPUASAN PELANGGAN

Selepas jualan Masa

Elemen kepuasan pelanggn

Kepuasan pelanggan boleh dilakukan dengan memberi perhatian kepada elemen yang terdapat dalam lakaran di atas. Antara elemen yang boleh memuaskan pelanggan termasuklah :

(a) Barangan / perkhidmatan yang kita tawarkan. Adakah mencapai piawaian pelanggan.

(b) Jualan. Adakah kita mempunyai strategi jualan yang boleh menarik hati pelanggan seperti mengadakan promosi dan potongan harga.

(c) Selepas jualan. Adakah kita juga memberikan perhatian terhadap barangan / perkhidmatan kita selepas jualan.

(d) Lokasi. Adakah kawasan yang kita beroperasi merupakan kawasan strategik dengan mempunyai tempat letak kereta yang selesa dan mudah dicari.

(e) Masa. Adakah kita menawarkan barangan / perkhidmatan kita sepanjang masa atau pada masa-masa tertentu sahaja.

(f) Budaya yang diamalkan oleh pelanggan. Adakah barangan / perkhidmatan kita bersesuaian dengan budaya yang diamalkan oleh pelanggan.

53

Page 54: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

BERKESAN

54

Page 55: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

KOMUNIKASI DI PEJABAT Dos & DON’Ts DI PEJABAT Perkara Yang Perlu Dilakukan:-

1) Memberi salam setiap kali bertemu walaupun beberapa kali.

2) Murah untuk mengucapkan terima kasih walaupun dengan

bantuan yang kecil.

3) Bertolong bantu, bersikap mesra dan menghormati orang

lain.

4) Peka kepada bunyi bising dan memahami perasaan rakan.

5) Meminta bantuan jika anda memerlukan atau menghadapi

masalah.

6) Minta kebenaran jika hendak duduk di kerusi atau masuk ke

bilik rakan sejawat.

7) Bersikap terbuka dan jujur serta beramanah

8) Tunjukkan keceriaan dan kawal emosi waktu marah.

9) Menghargai usaha dan pandangan orang lain.

10) Bertanggungjawab terhadap perbuatan dan kesilapan

sendiri.

11) Tawarkan khidmat bantuan kepada rakan yang memerlukan

bantuan.

12) Personaliti dan imej diri yang sesuai.

55

Page 56: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

Perkara Yang Dilarang Dilakukan:-

1) Bercakap kasar.

2) Menjatuhkan maruah rakan.

3) Mengumpat/gossip.

4) Berbohong.

5) Membawa masalah peribadi ke pejabat.

6) Mengambil rehat dan masa makan yang panjang.

7) Mengatakan : ini bukan kerja awak.

8) Membuat bising dan ketawa yang berlebihan.

9) Bercinta di pejabat.

10) Tidak menghormati azan atau waktu solat.

11) Meminjam barangan peribadi rakan tanpa

dipulangkan.

12) Menyelongkar fail atau barang peribadi rakan.

13) Manis muka di depan tapi menikam dari belakang.

14) Budaya menunjuk-nunjuk kelebihan diri.

56

Page 57: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

SIKAP KELAZIMAN YANG PERLU DIELAKKAN

1) Memakan chewing gum di pejabat.

2) Menggaru-garu anggota badan.

3) Bergurau/menggangu rakan sedang bertugas.

4) Mengetuk-ngetuk pen ke meja.

5) Mengigit pen atau kuku.

6) Memusing-musing pen di jari.

7) Menconteng pada meja dan kertas.

8) Mengorek hidung atau telinga.

9) Mengeliat dan bersiul.

10) Menatap cermin dan bersolek.

57

Page 58: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

PERHUBUNGAN DENGAN RAKAN SEJAWAT Ketinggian personaliti seseorang pekerja dinilai daripada etika perhubungan mereka dengan rakan sejawat dan pelanggan.

1) Kemesraan dan tabiat sentiasa tersenyum.

2) Budi bahasa yang halus.

3) Amanah dan kesetiaan.

4) Ketegasan dalam tindakan.

5) Kesediaan membantu tanpa mengira waktu.

6) Bekerjasama, bertimbang rasa dan tidak berkira.

7) Bijak menyesuaikan diri mengikut situasi.

8) Boleh diajak bergurau dan berjenaka.

9) Boleh diajak berbincang.

10) Berdaya tahan dan beriman.

58

Page 59: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

PERKATAAN PENTING DALAM BERHUBUNG DENGAN RAKAN

1) Perkataan yang paling TIDAK penting

“saya” 2) Satu perkataan yang paling penting

“ Kita”

3) Dua perkataan yang paling penting

“ Terima kasih”

4) Tiga perkataan yang paling penting

“ Apakah anda boleh” 5) Empat perkataan yang paling penting

“Apa pendapat anda pula” 6) Lima perkataan yang paling penting

“ Saya bangga dengan usaha anda” 7) Enam perkataan yang paling penting

“ Saya menghargai anda dan usaha anda”

59

Page 60: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

PENGURUSAN 'STRESS'

60

Page 61: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

DEFINISI 'STRESS' 'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Robbins, 1993, menerangkannya sebagai:

“Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.

Secara keseluruhannya 'stress' adalah:

• Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran • Gangguan fungsi kehidupan. • Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan

dengan masalah, kekangan dan desakan hidup. • Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan

akibat yang negatif . • Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan

ketegangan kepada individu. • Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal

atau tindak balas kimia dalam tubuh.

Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.

Keluk ini menerangkan dari 0 hingga titik optimum, seseorang individu itu boleh mengawal 'stress' mereka. Apabila melampaui

61

Page 62: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

titik optimum, seseorang itu tidak dapat mengawal stressnya dan memerlukan bantuan dari orang yang dipercayai atau disayangi. Ke bawah dari garisan tahap 'stress' individu tersebut tergolong dalam kategori “gila”.

CARA PENERIMAAN 'STRESS'

Setiap individu mempunyai ketahanan yang berbeza sewaktu menghadapi tekanan atau 'stress'. Biasanya terdapat dua kategori penerima 'stress'.

Individu A: Menerima 'stress' dengan tindakbalas yang menggambarkan keresahan, gementar, marah tidak menentu, emosi terganggu, mengalami penyakit dan sebagainya.

Individu B: Menerima stress dengan tenang dan tidak mengalami perubahan emosi dan fizikal yang negatif. Segala-segalanya dalam keadaan terkawal.

62

Page 63: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

Berbanding Dengan Kesihatan Mental Sihat:

‘Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental adalah kemampuan seseorang individu, kumpulan dan persekitaraan untuk berinteraksi dengan individu lain dengan menggunakan cara pemikiran, perasan dan keupayaan berkomunikasi bagi mencapai kesejahteraan hidup yang saksama’.

(Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan Malaysia)

Merasa Selesa Dengan Diri Sendiri

• Menghormati diri. • Bersikap realistik. • Bertolak ansur. • Boleh menerima kekecewaan. • Tidak terlalu emosi. • Boleh menangani pelbagai situasi. • Mendapat kepuasan.

Merasa Selesa Dengan Orang Lain

• Bersikap saling percaya mempercayai. • Merasa diri sebahagian daripada ahli kumpulan. • Rasa bertanggungjawab kepada orang lain. • Boleh menerima perbezaan pendapat. • Tidak mengambil kesempatan. • Berupaya menyayangi. • Memupuk hubungan yang memuaskan dan berkekalan.

63

Page 64: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

PUNCA 'STRESS'

Penyebab kepada 'stress' berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara lain dapat dikategorikan sebagaimana berikut:

• Individu – berpunca dari segi kepercayaan, perasaan, cara berfikir dan cara kita bertindak.

• Interpersonal – mempunyai hubungkait dengan orang yang kita temui.

• Organisasi – institusi di mana kita bekerja. • Masyarakat – tempat kita tinggal dan bekerja. • Lain-lain – budaya, negara, antarabangsa, atau sejagat.

FAKTOR-FAKTOR 'STRESS'

• Faktor interpersonal • Faktor diri • Faktor organisasi • Faktor kekurangan sumber • Faktor luaran

FAKTOR INTERPERSONAL

• Konflik dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain. • Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan

kerjasama. • Konflik dengan pihak atasan.

FAKTOR DIRI

• Hubungan suami/isteri (dalam keluarga) • Sakit/penyakit • Keinginan tidak tercapai • Dendam dan iri hati • Takut kebebasan

64

Page 65: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

• Rasa bersalah • Perpindahan/perubahan mengejut

FAKTOR ORGANISASI

• Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa. • Beban kerja berterusan (kronik) . • Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas. • Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif. • Mengalami kebosanan di tempat kerja. • Merasakan idea sendiri yang betul. • Selalu salahkan orang lain. • Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja.

'STRESS' DI TEMPAT KERJA JUGA BOLEH BERPUNCA DARI:

• Rasa tertekan dengan sikap ketua/ majikan. • Terlalu banyak atau terlalu sedikit kerja. • Pertukaran dalam prosedur atau polisi. • Tiada objektif jelas. • Ruang atau persekitaran tempat kerja yang tidak selesa. • Terlalu bosan dengan tugas akan membawa risiko ‘job

burnout’ tanda-tandanya: - a) Bosan bekerja b) Mengasingkan diri c) Malas ke tempat kerja d) Rasa pekerjaan tidak sesuai dan rendah tarafnya

FAKTOR KEKURANGAN SUMBER

• Peraturan dan polisi • Material • Kewangan • Manusia

65

Page 66: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

FAKTOR LUARAN

• Bunyi bising • Alam pekerjaan • Suhu • Persekitaran

TANDA-TANDA 'STRESS'

• Terlalu runsing – fikiran terganggu • Tidak boleh santai • Rambut keguguran • Sukar tidur • Enggan kerjasama • Tindakan mengambil dadah • Emosi tidak stabil • Takut menghadapi masalah • Otot mengalami sentakan-sentakan kecil • Sistem imun badan lemah • Pernafasan kencang • Sakit jantung • Sakit kepala • Perut sebu masalah penghadaman • Darah tinggi

66

Page 67: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

STRATEGI MENANGANI 'STRESS'

Muhasabah diri

• lihat keupayaan diri – Visi Nasional Wawasan 2020 (ke 2). • kekuatan dan kelemahan. • mengkaji bentuk kemahiran yang diperlukan.

Kemahiran pengurusan kendiri

• perancangan sistematik • pengurusan masa • kaji kegiatan • kaji keseimbangan dalam hidup

Pengurusan emosi

• fahami situasi • kenal pasti reaksi emosi terhadap tekanan • keupayaan mengawal emosi • pelepasan emosi secara sihat

Kemahiran penyelesaian masalah

• kenal pasti masalah • cari maklumat • analisis maklumat • cari alternatif • nilai alternatif • buat tindakan • nilai

Jaga kesihatan fizikal

• amalkan permakanan seimbang • cuba hentikan merokok • kawal berat badan

67

Page 68: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

• latihan jasmani • masa rehat • kurangkan beban kerja

Aktiviti/hobi

• membuat sesuatu yang menyibukkan diri, tetapi tidak menyusahkan orang lain .

• melakukan aktiviti yang menyeronokkan. • ambil cuti dan melancong. • kerap bersama-sama keluarga di hujung minggu. • bermain muzik / menyanyi / karaoke. • melukis • menulis lirik lagu • memancing • berkayak • lain-lain

PENGENDALIAN 'STRESS' YANG BERPUNCA DARI KERJA DAN TUGAS

• Buangkan perasaan ‘superman’ dalam diri. • Aturkan pengurusan masa. • Buat sesuatu yang baik untuk orang lain. • Pergaulan bersama rakan sekerja. • Belajar kemahiran atau perkara yang baru. • Hadapi masalah kerja secara terus. • Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang

dihadapi. • Membantu orang lain. • Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan. • Maklumkan kepada ketua mengenai rancangan kita.

68

Page 69: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

STRATEGI MENGURANGKAN 'STRESS' ASPEK KEROHANIAN

Kerohanian adalah faktor penting 'stress'. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.

• sembahyang • zikir • munajat • meditasi • berguru • berbincang dengan rakan

Proses Meditasi

• Tutup mata selama 10 hingga 20 minit. • Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan. • Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita

‘mengembara ataupun bergerak’. • Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan

asal. • Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan

diberi dengan baik.

Munajat

• Bernafas perlahan-lahan. • Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian

jantung). • Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian

jantung dan hati. • Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau

mendengar melalui kaset.

69

Page 70: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

STRATEGI MENGURANGKAN 'STRESS'

ASPEK FIZIKAL

Strategi mengurangkan tekanan aspek fizikal:

• Diet • Urut • Mandi air suam/berendam kolam air panas • Menangis • Bermain • Menjerit

RENUNGAN

“Perasaan seseorang boleh berubah-ubah. Adakalanya gembira, putus harapan,

sedih, marah dan kecewa. Masalah timbul apabila perasaan ini tidak dapat dikawal. Anda perlu mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk menangani masalah

tersebut.”

70

Page 71: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

PETUA MENJADI BERANI DALAM

ORGANISASI

71

Page 72: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

RENUNGAN

“ Bagi mencapai

kecemerlangan diri, tipu daya

syaitan perlu dikenali dan

diawasi kerana syaitan

sentiasa mencari kesempatan

menyerang dan merosakkan

hati-hati manusia.”

72

Page 73: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

SEPULUH SEBAB HATI MATI Sewaktu Ibrahim Adham keluar ke Pasar Basrah kerana suatu

keperluan, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai yang ingin

menimba ilmu daripadanya. Dalam pertemuan itu, Ibrahim telah

ditanya maksud sebenar firman Allah di dalam Al-Quran tentang

anjuran agar sentiasa berdoa kepadaNya, kelak Dia akan

memperkenankannya. Kata mereka, “Wahai Ibrahim, kami telah

berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankanNya.

Beritahulah kami apakah sebabnya.” Ibrahim menjawab, “Matinya

hati disebabkan oleh sepuluh perkara..”

SEPULUH SEBAB HATI MATI

PERTAMA Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunaikan perintahNya.

KEDUA

Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

KETIGA

Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu yang nyata, tapi kamu menurut hasutannya.

KEEMPAT

Kamu mendakwa mencintai Rasulullah S.A.W., tapi kamu

73

Page 74: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

tinggalkan amalan dan sunnahnya.

KELIMA

Kamu mendakwa mencinta syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

KEENAM

Kamu mendakwa membenci neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

KETUJUH

Kamu mendakwa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

KELAPAN

Kamu sibuk menceritakan tentang keaiban orang lain, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

KESEMBILAN

Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu lupa mensyukurinya.

KESEPULUH

Kamu mengebumikan jenazah saudaramu, tetapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

74

Page 75: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

JENIS-JENIS KETAKUTAN DALAM ORGANISASI DAN CARA MENANGANINYA

BIL. JENIS

KETAKUTAN PERBUATAN

1 Takut, kalau-kalau sikap dan keadaan lahiriah anda berkesan negatif.

Perbaiki sikap dan keadaan anda itu. Pergilah ke tukang cukur. Gosokkanlah kasut anda. Rapikanlah pakaian anda. Yang penting adalah rapi, bukan baru.

2 Takut kehilangan langganan.

Bekerjalah dengan lebih kuat. Betulkan semua, yang kiranya boleh meningkatkan kepercayaannya terhadap anda.

3 Takut tidak lulus.

Jadikanlah waktu untuk gelisah menjadi waktu untuk belajar.

4 Takut akan situasi yang anda tidak boleh kuasai.

Alihkan perhatian anda kepada hal yang berlainan sekali. Pergilah ke halaman anda dan cabut rumput-rumput. Bermain-mainlah dengan anak-anak anda. Pergilah menonton wayang.

5 Takut akan cedera, kerana adanya angin taufan atau ada dalam kepalterbang yang juruterbangnya tidak pandai mengendalikannya.

Alihkan perhatian anda kepada orang-orang lain yang sedang mengalami nasib yang sama dan berusahalah memberi pertolongan. Berdoalah.

75

Page 76: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

6 Takut akan apa yang orang lain katakan atau fikirkan tentang anda.

Yakinlah, bahawa apa yang anda rancangkan adalah baik dan tepat, dan laksanakanlah. Tiada ada orang yang melakukan sesuatu, yang tidak mendapat kecaman.

7 Takut untuk hal menanam modal atau membeli atau membeli sebuah rumah.

Analisa faktor-faktornya. Lalu ambillah keputusan, dan berusahalah dengan tekan, supaya berhasil. Percayalah kepada penilaian anda.

8. Takut pada orang

Letakkan persoalannya yang sebenarnya. Ingat bahawa orang lain itu adalah manusia biasa, mirip dengan anda sendiri.

76

Page 77: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

embunyikan rasa takut anda. Lalu bertindak secara proaktif sekarang kerana tindakan (perbuatan) melenyapkan rasa takut.

TINDAKAN PERTAMA

S - Lupakan diri masa lampau, percayakan diri anda hari ini. TINDAKAN KEDUA

- Berfikirlah secara global, bukan terbatas dalam organisasi anda sahaja.

TINDAKAN KETIGA - Lakukan perubahan dalaman secara drastik, ia memerlukan transformasi tetapi bukannya reformasi. TINDAKAN KEEMPAT

- Tentukan pencapaian matlamat organisasi secara jelas bersandarkan kepada pengalaman, pengetahuan dan maklumat, bukannya kebendaan.

TINDAKAN KELIMA - Bentuklah perkongsian bestari dalam pelbagai bidang yang diceburi. Ramailah kawan, tetapi bukannya lawan. TINDAKAN KEENAM

- Wujudkan budaya organisasi berasaskan intektual, maklumat dan tindakan yang matang.

TINDAKAN KETUJUH - Kurangkan hieraki organisasi supaya wujud komunikasi dua hala. Anda mendapat kepercayaan dan pengiktirafan daripada kakitangan bawahan.

77

Page 78: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

TINDAKAN KELAPAN - Uruskan masa dengan bijak dan cekap. TINDAKAN KESEMBILAN - Beri tumpuan lebih kepada teras perkhidmatan, tanpa mengabaikan ranting. TINDAKAN KESEPULUH - Persiapkan kakitangan dengan isu dan pasaran global. TINDAKAN KESEBELAS

- Berikan motivasi, keupayaan dan kepercayaan kepada kakitangan.

TINDAKAN KEDUABELAS

- Cari, urus, kekalkan dan pertingkatkan bakat yang ada pada diri anda.

TINDAKAN KETIGABELAS

- Fikirkan tindakan anda secara ‘outside in’ dengan orang bawahan, jangan berfikir dan bertindak secara ‘inside out’.

TINDAKAN KEEMPAT BELAS - Bina keterampilan supaya dapat memecahkan persoalan dan pengaruhilah, didik serta kembangkan bakat orang bawahan.

78

Page 79: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

CARA BERFIKIR DAN SIKAP SEORANG YANG BERANI

1) Kemenangan bermula dalam minda.

2) Kemenangan tidak terletak pada jumlah, tetapi pada

keyakinan dan sikap.

3) Belum cuba belum kalah.

4) Kita perlu mengukir sejarah. Biarkan orang lain bercakap

berkenaan dengan sejarah itu.

5) Kesempatan jangan dinanti, tetapi dicipta.

6) Kemenangan awal adalah pembuka pintu bagi kemenangan-

kemenangan lain.

7) Jika kita tidak menang, orang lain yang akan menang. Lebih

baik kita yan g menang.

8) Kemenangan adalah hasil. Yang perlu diutamakan adalah

proses bagi mencapai hasil.

79

Page 80: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

RENUNGAN KECEMERLANG

Tiada Kemenangan Bagi Yang Menyerah Kalah

Jika anda fikir anda sudah kalah anda sememangnya sudah kalah. Jika anda fikir anda tidak berani anda sememangnya tidak berani.

Jika anda mahukan kemenangan, lalu anda berfikir anda tidak bisa mencapainya.

Hampir pastilah anda tidak akan mencapainya.

Jika anda fikir anda akan dikalahkan anda memang sudahpun dikalahkan. Kerana di dalam dunia ini kita temui

Kejayaan itu bermula dengan sebuah azam Semuanya dalam bentuk fikiran.

Jika anda fikir anda sudah tercicir maka anda memang sudah tercicir

anda mestilah berjiwa besar untuk naik Anda mesti yakin dengan diri anda

sebelum Anda memenangi sebarang hadiah.

Kemenangan tidak selalunya pergi

Kepada siapa yang kuat atau siapa yang cepat. Tetapi lambat atau cepat orang yang beroleh kemenangan

Adalah orang yang berfikir bahawa DIA MEMANG BOLEH MENANG !

80

Page 81: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

BONUS...

81

Page 82: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

TEKNIK DAN PETUA MENAWAN HATI PASANGAN

Teknik menawan hati isteri Teknik menawan hati suami

1. Berdoa agar dihormati, disokong didorong.

Berdoa agar disayangi, dimanjakan dan diambil perhatian.

2. Apabila sampai di rumah, tegur, cium dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

Tegur, sentuh dan peluk suami sebelum sambung perkara lain apabila suami sampai rumah.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari seperti “hari ini masak lauk apa?”

Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kejayaan suami sepanjang hari (jika suami kelihatan ceria dan dalam keadaan mood yang sesuai).

4. Berlatih untuk mendengar dengan baik dengan lemah-lembut.

Berlatih untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting ialah simpati dan empati

Jangan terburu-buru untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati dan sokongan.

6. Beri masa sekurang-

kurangnya sejam sehari untuk masa berkualiti

Beri masa sekurang-kurangnya sejam sehari untuk masa berkualiti terhadap suami.

82

Page 83: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

terhadap isteri.

7. Berikan bunga, baju, barang

kemas sebagai hadiah untuk memujuk.

Berikan hadiah yang disukainya pada hari-hari istimewa.

8. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali-sekala.

Masak resipi ibu mertua yang menjadi kegemaran suami sekali-sekala.

9. Berikan pujian untuk penampilan isteri seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.

Berikan pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.

10. Pujuk isteri apabila isteri marah atau kecil hati.

Pujuk suami apabila suami marah atau kecil hati.

11. Beri bantuan dan kerjasama setakat yang mampu.

Minta bantuan suami jika sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjaya.

12. Luangkan masa yang lebih agar tidaklah mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

Elakkan suami dari menunggu terlalu lama apabila bersiap.

13. Apabila lewat pulang, beritahu isteri lebih awal atau telefon di rumah.

Apabila suami beritahu yang dia lewat pulang, ucapkan terima kasih dan ambil tindakan selanjutnya.

14. Apabila isteri meminta bantuan, nyatakan “boleh”

Apabila suami minta bantuan, beritahu dengan serta-merta

83

Page 84: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

dengan tidak mengungkit dan banyak komen.

dengan ikhlas dan gembira dengan tidak banyak bertanya dan banyak komen.

15. Apabila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.

Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jenis pekerjaan yang sedang dijalankan.

16. Jika kita berkelahi dan marah, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan apabila sudah tenang.

Jika marah, tunggu hingga tenang. Apabila sudah tenang, beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan, jangan salahkan suami.

17. Ucapkan kata-kata sayang dan romantik dua kali sehari.

Bisikkan kata-kata sayang dan romantik dua kali sehari.

18. Minta isteri tuliskan senarai barang yang hendak dibeli supaya tidak terlupa.

Sekiranya ingin memesan barang, senaraikan bahan yang hendak dibeli.

19. Beritahu isteri apabila kita ingin berehat dan sebagainya.

Tanya suami apabila dia ingin berehat atau tidur.

20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

Peluk dan cium suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21. Telefon isteri di tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik.

Telefon suami di tempat kerja apabila perlu dan ada kecemasan sahaja.

84

Page 85: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

22. Jika perlu menjauhkan diri, beritahu dia bila anda akan pulang. Beritahu kepada isteri anda perlu bersendirian untuk berfikir.

Apabila suami perlu sekali-sekala menjauhkan diri, tanya bila dia cukup bersedia.

23. Jangan ganggu isteri ketika sedang sibuk melakukan kerja rumah.

Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang digemarinya.

24. Jika isteri marah, biarkan dia melepaskan perasaannya tanpa mengira siapa yang bersalah. Terangkan kedudukan yang sebenar selepas keadaan menjadi reda.

Jika suami marah, jangan menjawab walaupun isteri tidak bersalah. Terangkan keadaan sebenar selepas dia tenang.

25. Buat kerja rumah yang rumit dan susah sebelum isteri minta bantuan.

Apabila minta bantuan suami, terangkan pada suami mengenai kerja-kerja yang perlukan bantuan. Beri pilihan kerja yang disukai. Jangan menyuruh-nyuruh. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

26. Apabila keluar out-station, telefon isteri untuk beritahu nombor telefon, tempat penginapan dan beritahu yang kita sudah selamat sampai.

Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi jika dia tidak berbuat demikian, Cuma terangkan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27. Sentiasa kemas, bersih, Sentiasa kemas, anggun dan

85

Page 86: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

ceria dan wangi sebelum tidur bersama.

menawan sebelum tidur.

28. Sokong dan bela pendapat isteri kalau pendapatnya berbeza dengan pendapat orang lain.

Sokong pendapat suami kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.

29. Apabila memandu kereta, jangan pandu terlalu laju sehingga mencemaskan isteri. Pastikan anda mengetahui arah tujuan jalan dan tidak mengharapkan isteri sebagai jurupandu.

Jangan mengganggu suami yang sedang memandu. Elakkan dari menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak diminta berbuat demikian. Jangan berleter jika suami tersalah jalan ketika memandu.

30. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

31. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita atau masalah dan kerenah isteri.

Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah suami.

32. Minta pendapat isteri sebelum menukar saluran televisyen apabila menonton bersama isteri.

Minta izin suami sebelum menukar saluran televisyen apabila menonton bersama suami.

33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh di belakang jika berjalan.

Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami ketika itu. Segala bantahan dan rasa tidak puas hati boleh dilakukan kemudian.

86

Page 87: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

34. Jika berpegang tangan, lakukan seperti baru bernikah.

Jika berpegang tangan, peganglah sebagaimana yang disukainya.

35. Buatkanlah air minuman untuk isteri sekali-sekala.

Buat air minuman suami tanpa diminta. Pastikan jenis minuman yang disukainya pada ketika yang sesuai.

36. Jangan harapkan isteri memilih menu dan tempat makan setiap kali makan di luar.

Beri peluang kepada suami untuk memilih menu dan tempat makan setiap kali apabila makan di luar.

37. Bersabar apabila isteri terlambat sedikit daripada orang lain semasa di khalayak ramai.

Bersegeralah bersiap untuk ke mana-mana.

38. Beri perhatian yang lebih kepada isteri daripada orang lain semasa di khalayak ramai.

Pandai-pandai menyesuaikan diri di khalayak ramai apabila bersama suami.

39. Lebihkan isteri daripada anak-anak dalam keadaan yang sesuai.

Utamakan suami daripada anak-anak apabila keadaan memerlukan.

40. Belikan hadiah-hadiah yang praktikal dari semasa ke semasa seperti beg tangan, minyak wangi, jamu dan sebagainya.

Belikan hadiah-hadiah yang praktikal dari semasa ke semasa seperti tali pinggang, dompet kegemaran dan sebagainya.

87

Page 88: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

41. Belikan baju untuk isteri.

Pastikan pemilihan corak, warna kulit dan bentuk badan. Kalau tidak pasti, minta bantuan penjual untuk memilih kain yang sesuai.

Terimalah pakaian yang telah dibelikan oleh suami dengan perasaan senang hati. Walaupun isteri tidak berapa suka jangan meminta suami menukarkan dengan yang lain.

42. Beri layanan istimewa kepada isteri pada hari-hari istimewa seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan.

Beri layanan istimewa kepada suami pada hari-hari istimewa seperti hari lahir dan sebagainya.

43. Membawa isteri berbulan madu sekali-sekala.

Mengikut suami untuk berbulan madu sekali-sekala dan ke mana saja yang dipinta selagi tidak menyalahi syarak.

44. Jika isteri melakukan kesilapan, jangan merendah-rendahkannya dan mengungkit kisah lama.

Jika suami melakukan kesilapan, jangan ‘tempelak’ atau ‘memulangkan paku buah keras’.

45. Beri kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa.

Beri kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa.

46. Picit-picit isteri dari semasa ke semasa.

Urut-mengurut suami dari semasa ke semasa.

47. Pamerkan keprihatinan terhadap perasaan isteri. “Isteri abang nampak gebu betul malam ini.”

Pamerkan keprihatinan terhadap perasaan suami. “Abang nampak ceria betul petang ini.”

88

Page 89: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

48. Isteri akan lebih

bersemangat dan bertangggungjawab apabila dia terasa disayangi oleh suami.

Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab apabila dia terasa diperlukan oleh isterinya. Isteri perlu mempamerkan yang dia benar-benar perlukan suaminya.

49. Layanilah isteri sepertimana kita menyayanginya sewaktu baru-baru kenal dulu.

Layanilah suami seperti dulu-dulu.

50. Terus membaik pulih benda-benda yang rosak di rumah tanpa disuruh.

Biarkanlah suami mencuba membaik pulih barang-barang yang rosak tanpa komen yang negatif.

51. Kongsi bersama kerenah anak yang membuat anda gembira dan geli hati.

Ceritakan perkembangan anak kepada suami pada ketika yang sesuai.

52. Tolong kemaskan tempat tidur.

Mengemas tempat tidur macam baru kahwin semalam.

53. Bacakan berita-berita yang mungkin menarik perhatian isteri atau buat keratan akhbar yang disukainya.

Beritahu berita-berita yang menarik perhatian suami dan buat potongan akhbar yang berkenaan.

54. Tolong bawa benda-benda

yang berat walaupun isteri mungkin lebih kuat daripada

Tolong bawa barang-barang walaupun suami kita mampu membawanya semua.

89

Page 90: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

kita.

55. Cari barang-barang

keperluan sendiri di tempat kebiasaan tanpa bertanya-tanya pada isteri lagi.

Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat kebiasaan.

56. Temankan isteri apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam seperti melipat baju, gosok baju, menjahit dan sebagainya.

Beri sokongan kepada suami dan jangan ganggu suami apabila dia membuat kerja bersendirian pada waktu malam.

57. Puji masakan isteri dan jangan mengkritik masakannya.

Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Jangan paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

58. Jangan dera isteri secara fizikal atau mental.

Jangan dera suami secara fizikal atau mental.

59. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan oleh isteri seperti tugas harian, buku atau majalah yang dibaca, orang yang ditemui dan sebagainya.

Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan oleh suami, kerja yang dilakukan, orang yang ditemui dan sebagainya.

60. Beri perhatian yang sewajarnya apabila isteri kurang sihat seperti picitkan kepala, belikan ubat dan manjakan isteri seperti

Beri perhatian yang sewajarnya apabila suami kurang sihat dengan membelai suami seperti membelai anak apabila keadaan memerlukan.

90

Page 91: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

manjakan anak apabila keadaan memerlukan.

61. Berikan respon yang positif sewaktu mendengar isteri bercerita.

Berikan respon yang positif sewaktu mendengar suami bercerita.

62. Masuk tidur serentak dengan isteri, jangan tunggu program televisyen habis baru masuk tidur.

Masuk tidur serentak dengan suami. Jika kita ingin tidur dulu minta izin dengan suami.

63. Ucapkan terima kasih dan “Gua cayang lu” untuk setiap khidmat isteri.

Ucapkan terima kasih untuk setiap khidmat suami.

64. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

65. Doakan isteri dunia akhirat dengan memberi keizinan kepada kegiatan harian.

Doakan suami dunia akhirat dan memaafkan suami.

66. Pujuk isteri secepat mungkin apabila dia merajuk.

Pujuk suami secepat mungkin apabila dia merajuk.

67. Cuba penuhi apa yang isteri hajati.

Cuba penuhi apa yang suami hajati.

68. Nyatakan yang anda merinduinya apabila berjauhan.

Nyatakan kerinduan anda apabila berjauhan.

69. Bawa pulang kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

91

Page 92: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

70. Minta maaf dengan segera

jika kita melukakan hati isteri.

Minta maaf dengan segera jika kita melukakan hati suami.

71. Bersabarlah jika isteri memberi penjelasan mengenai sesuatu itu dengan panjang lebar.

Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu dengan panjang lebar. Penjelasan yang panjang lebar atau berleter mempamerkan seolah-olah isteri tidak percayakan suami.

72. Akuilah kelemahan, kekurangan dan kekalahan.

Elakkan dari membuat suami berasa serba salah, tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.

73. Elakkan mencabar isteri. Elakkan mencabar suami.

74. Apabila berlaku perselisihan faham, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.

Apabila berselisih faham, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.

75. Suami perlu jadi orang baru setiap hari (sentiasa berubah ke arah kebaikan)

Beri dan perbaharui kepercayaan kepada suami sepenuhnya setiap hari.

76. Jangan mungkir janji mengenai apa yang telah dipersetujui bersama. Isteri akan berasa kecil hati apabila suami menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa

Jangan mungkir janji mengenai apa yang telah dipersetujui bersama. Suami akan berasa tercabar apabila isteri mungkir janji.

92

Page 93: E-BOOK KURSUS KECEMERLANGAN DIRI KE ARAH … · FADHILAT AYAT KURSI ASULULLAH bersabda yang maksudnya: “Barang siapa membaca Ayat Kursi selesai sembahyang fardu maka Allah memerintahkan

UBTC Intelligence Consultants Sdn. Bhd. Tel : 09-743 1725, 09-744 1725 Faks: 09-743 1725

yang telah dipersetujui bersama.

77. Fahamilah emosi dan perlakuan isteri setiap hari.

Jadilah Si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami sukar untuk memahami isteri.

78. Berbanggalah jika isteri mencemburui anda kerana cemburu tanda sayang.

Jangan terlalu cemburu.Ini akan merimas dan membuatkan suami serba salah.

79. Nasihatilah isteri dengan lembut tetapi tegas.

Elakkan dari memberi nasihat pada suami jika tidak diminta.

80. Berdoa dan tawakal kepada Allah S.W.T agar hidup kita bahagia dunia akhirat.

Berdoa dan mohon restu daripada Allah S.W.T agar hidup kita bahagia suami isteri di dunia dan di akhirat.

CATATAN

E-BOOK INI DI EDARKAN SECARA PERCUMA UNTUK

PESERTA KURSUS DAN SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMPERTINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN.

TIDAK DIBENARKAN MENGELUAR ULANG MAKLUMAT, MENCETAK, MENGEDAR ATAU MENGGUNAKAN BUKU

INI UNTUK APA-APA TUJUAN KOMERSIAL TANPA MENDAPAT KEBENARAN DARI PIHAK UBTC

INTELLIGENCE CONSULTANTS SDN BHD.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2007

93