hikayat raja muda

7
HIKAYAT RAJA MUDA (PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA) Persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat. Perkahwinan itu diketahui oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Setelah berkenal-kenalan dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah cukup tempoh 12 bulan, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Tuan Puteri Bidadari Segerba

Upload: takeshi-chan

Post on 09-Feb-2016

307 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

komsas tingkatan 2

TRANSCRIPT

Page 1: Hikayat Raja Muda

HIKAYAT RAJA MUDA (PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA)

Persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum

Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan

penuh adat istiadat.

Perkahwinan itu diketahui oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke

kayangan. Setelah berkenal-kenalan dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari

Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda

muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri

Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri

Bidadari Segerba. Kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

Setelah cukup tempoh 12 bulan, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin.

Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun

menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang

cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan

kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis

kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang

baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain.

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu

makan dan minum. Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang

sifat semula jadi anak tersebut. Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi.

untuk adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas

emas serta perak.

A) TEMA: Pengalaman hidup Raja Muda atau Sultan Muda.

Contoh: Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti bernikah lain dan meraikan kelahiran

puterinya.

Page 2: Hikayat Raja Muda

B) PERSOALAN:1. Kasih sayang dalam sesebuah keluarga.

Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan.

2. Berkorban demi kebahagiaan orang lain.

Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

C) WATAK DAN PERWATAKANWatak Utama : Raja Muda Berkahwin dua

Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri

Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan

Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan

segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam

Berahi.

Watak Sampingan:1) Tuan Puteri Bidadari Segerba Berasal dari kayangan.

Cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di

kayangan.

2) Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda.

Isteri kedua Sultan Muda

Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari

dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya

D) GAYA BAHASA

GAYA BAHASA CONTOHBersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium

Bersemayam, bersantap

Tidak sedap rasa hati

Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh

Page 3: Hikayat Raja Muda

E) PENGAJARAN:

1. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.

2. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan.

3. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain.

4. Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

5. Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.

Page 4: Hikayat Raja Muda

HIKAYAT RAJA MUDA (PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA)

Persiapan sedang dilakukan untuk _____________________Sultan Muda dengan Tuan Puteri

Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu _____________ secara

besar-besaran dan penuh adat istiadat.

Perkahwinan itu diketahui oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Setelah _______________ dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang _____________ enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun memakan sepah sirih Kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba ___________ ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

Setelah cukup tempoh 12 bulan, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak

______________. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari supaya turun

menyaksikan _____________ anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang

cahaya mata perempuan yang _________. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap

tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu

majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang

baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain.

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu

makan dan minum. Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang

sifat semula jadi anak tersebut. Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi.

untuk adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas

emas serta perak.

A) TEMA: ___________________ hidup Raja Muda atau Sultan Muda.

Contoh: Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti bernikah lain dan meraikan kelahiran

puterinya.

B) PERSOALAN:1. _____________________________________

Page 5: Hikayat Raja Muda

Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan.

2. ______________________________________

Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

C) WATAK DAN PERWATAKANWatak Utama : _______________________

Berkahwin dua

Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri

Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan

Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan

segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam

Berahi.

Watak Sampingan: ______________________________________

Berasal dari kayangan.

Cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di

kayangan.

____________________________________

Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda.

Isteri kedua Sultan Muda

Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari

dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya

D) GAYA BAHASA

GAYA BAHASA CONTOHBersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium

Bersemayam, bersantap

Tidak sedap rasa hati

Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan

E) PENGAJARAN:

Page 6: Hikayat Raja Muda

6. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.

7. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan.

8. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain.

9. Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

10.Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.